PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODULPENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH

PSV3112 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara

Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

KANDUNGAN

Bibliografi Panel Penulis Modul .1 Hasil Pembelajaran 2. Tajuk 1 xxxxxxxxxx 2.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk ……………………………….Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 xxxxxxxxxx 1.0 Sipnosis 1. ……………………………….0 Sipnosis 2. ……………………………….2 Kerangka Tajuk ……………………………….

Ikon Modul .

PANDUAN PELAJAR .

Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. . Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Walau bagaimanapun. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. dan masa anda. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. sumber-sumber pembelajaran.Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. 2. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 4. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. 3. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda.

Pelajar boleh menggunakan kemudahan Pembelajaran Melalui Talian(OLL) sebagai input tambahan serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan.PENGENALAN Modul panduan pembelajaran ini disediakan bertujuan membantu pelajar melengkapkan diri untuk menguasai ilmu dan kemahiran Lukisan dan penyuburan diri . Pelajar juga perlu mengikuti setiap topik dalam buku ini mengikut urutan agar berlaku perkembangan ilmu yang sistematik . Kandungan buku ini terbahagi kepada dua tajuk iaitu : i. Lukisan dan penyuburan diri Setiap tajuk mengandungi beberapa aktiviti sebagai pengukuhan pembelajaran. Kandungan pembelajaran anda penting didokumentasikan untuk tujuan refleksi kendiri. Pembelajaran secara ekses kendiri dan perbincangan bersama rakan atau pensyarah juga membantu pelajar untuk menjawab soalan tugasan. Pelajar perlu menyiapkan tugasan aktiviti yang diberi dalam tempoh yang ditentukan.

Lukisan Dalam Gubahan Pelbagai Aliran dan Budaya  Pendekatan dari pelbagai tamadun .Arang  Penerokaan alat dan bahan Pelbagai Fungsi Lukisan  Mengumpul dan menyampaikan maklumat  Berkomunikasi  Luahan idea dan emosi  Bentuk dan makna  Ilustrasi  Dokumentasi budaya dan sejarah.Pastel .India Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum.Islam . graf  Fesyen  Lukisan perspektif Alat dan Bahan  Jenis .Marker .Conte . Jam 1 3 2 3 3 3 4 . Tajuk/Topik Teori Jenis-Jenis Lukisan  Figuratif dan non-figuratif  Arkitektural dan teknikal  Ilustrasi  Carta.Media campuran .Pen & ink . rajah.Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka AGIHAN TAJUK (PSV3112) Panduan kepada pengguna AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma ) Bil.Pensel dan pensel warna . Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Isipadu  Struktur  Sifat objek 3 . cemas)  Ciri dan sifat objek  Kadar banding dalam lukisan .Bil. bentuk & proposi  Kedudukan objek  Skala dan Kadar banding  Pencahayaan. belakang)  Suasana (panas. sejuk. riang.Nisbah kemasan  Rupa bentuk.China Kesan pengolahan teknik mengikut pelbagai . Jam  3  5 Pertimbangan dan Pengamatan Asas Dalam Lukisan  Hal benda  Ruang (hadapan.Falsafah Contoh karya lukisan daripada pelbagai aliran dan budaya Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum.Budaya . Tajuk/Topik . tengah. sedih.Stail .Zaman .

1.1 Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan tentang makna lukisan disamping menerangkan secara ringkas jenis-jenis lukisan terutamanya berkaitan dengan lukisan figuratif. Menjelaskan kepentingan dan fungsi lukisan Menghuraikan sejarah awal lukisan Kerangka tajuk-tajuk 3. 4. rajah. lukisan arkitektural dan teknikal.TAJUK 1 JENIS-JENIS LUKISAN 1. graf Fesyen Lukisan perspektif . ilustrasi. fesyen dan lukisan perspektif. 2. rajah. non-figuratif. 1. lukisan arkitektural dan teknikal. graf dan fesyen lukisan perspektif. Ilustrasi.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat. 1.3 Figuratif dan non-figuratif Arkitektural dan teknikal Lukisan Ilustrasi Carta. Menjelaskan konsep lukisan Menghurai lukisan figuratif dan non-figuratif. Carta. Arkitektural dan teknikal.

bayang. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. • Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa. • Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi.LUKISAN Definisi Lukisan Banyak pengertian tentang lukisan. bentuk. • Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi  idea serta data menyimpan memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan. keintelektual & spiritual manusia.  Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis. • Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). daya emosi dan daya estetika. sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya: • Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri. Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di . Justeru. cahaya. diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi. kajian dan perakam peristiwa. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. daya visualisasi. keintelektualan dan juga spiritual. sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman) penyelidikan. jalinan dengan menggunakan media kering. tetapi ianya adalah milik semua manusia. • Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati. lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan. mengikut gerak hati & perasaan pelukis masing-masing.

Perak. Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di Perancis terutama di Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet.gua-gua. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama.M. Ardeche. Perancis Gua Lascaux. iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’ yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang. lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Perancis dipercayai lukisan paling awal iaitu pada tahun 1500013000 S. iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama. Gua Chauvet. Ardeche.  Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua Tambun. Lukisan tersebut menggambarkan sekumpulan kuda atau binatang perburuan yang dihasilkan oleh manusia pada zaman paleolitik Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang kehidupan seharian sepeti perburuan dan pengembaraan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Perancis . SEJARAH LUKISAN Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.

Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar untuk merakamkan sesuatu peristiwa sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik) sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yg terbaik. Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain dalam minda dan melalui perasaan dalamannya? JENIS – JENIS LUKISAN 1. Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. antaranya ialah: • • • • untuk penyelidikan. . Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. secara umumnya empat kepentingan lukisan. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia.KEPENTINGAN LUKISAN Menurut Betti & Sale (1997). Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang.

sebagai contoh. ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.6 x 130.2 cm Tate Gallery . gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Maguire Antoine de Villiers ‘Ron drawing’ Pastel & charcoal on Paper 65 x 46. sesuai dengan nama gaya atau alirannya.5 cm 2004 Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk.The Art of Figure Drawing by Thomas H. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak). Wassily Kandinsky Cossacks 1910-11 Oil on canvas 94.

sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya: membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk. ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam . umumnya sebagai skala.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek. Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan. LUKISAN ARKITEKTURAL Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek. melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan. Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan. ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik. menghubungkan idea dan konsep rekaan. sebagai dokumentasi kerja yang telah siap. Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Lukisan Kajian Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian.2. Contohnya. untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. antaranya ialah diagram. cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian CAD. Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan. contoh lukisan pelan rumah . oleh Adolf Leonard van Gendt. lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas kertas. Secara konvensional. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih.sesuatu struktur. The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam. Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. 1888. memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap. ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula dengan tangan.

sistem-sistem tatatanda. seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim. (ZAP) . unit-unit ukuran. tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. MG42 technical drawing Weapons by Dr Dan Saranga Technical drawing of the new ZAP-X electric crossover SUV engineered by Lotus. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami. Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina. gaya visual. perspektif. Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal. atau susunan.Lukisan Teknikal Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak.

. Sedangkan menurut Jan D. Ilustrasi dapat memperjelas teks atau ungkapan terutama bagi kanak-kanak yang belum mampu membaca. seseorang. White (1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas. seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia. serta menguasai berbagai cara menggambar. atau informasi tertulis lainnya. ada korelasi antara visual dan latar belakang cerita. Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator. gambar foto atau karya seni lain untuk menjelaskan maklumat (seperti sebuah cerita. dan bahkan objek tertentu agar dapat menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita. Diharapkan dengan bantuan visual. Tujuan ilustrasi adalah untuk menerangkan atau menghiasi suatu cerita. memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik. ianya dapat menerangkan secara umum karakter atau keseluruhan isi cerita.Ilustrasi Ilustrasi merupakan satu paparan visual yang dipersembahkan samada dalam bentuk lukisan. binatang. yang mampu mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata. ilustrasi juga dapat mewakili perwatakan cerita yang ditampilkan. Selain fungsi tersebut. anatomi manusia dan binatang. Ilustrasi merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. sajak atau rencana akhbar) melalui satu persembahan visual dalam bentuk grafik. ilustrasi berfungsi untuk menarik pembaca agar tertarik untuk membaca cerita. dan menguasai teknik menggambar. seorang ilustrator harus pandai menggambar. ilustrasi adalah seni membuat gambar yang berfungsi untuk memperjelas dan menerangkan naskah. tulisan tersebut lebih mudah dicerna. Sebuah ilustrasi yang dipaparkan dalam sebuah majalah berfungsi sebagai pendukung estetik dari sebuah cerita. puisi. tulisan. menguasai berbagai macam bentuk benda. dan mahir dalam menggunakan alat-alat gambarnya. dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar. Selain itu. Oleh yang demikian. Fungsi Menurut Baldinger (1986:120). Ia dapat menggambarkan suasana. dan dapat mengatur komposisi yang baik. Dengan menggambarkan suatu adegan dalam sebuah cerita. Selain itu.

Ciri-ciri ilustrasi yang baik antaranya 1. Dapat menerangkan konsep Ilustrasi berfungsi untuk 1. 3. 5. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks 4. Memberikan eksplanasi atas pernyataan. Menggunakan alat dan bahan dengan betul 6. warnanya berkesan. Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan. 6. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan 5. Menonjolkan keistimewaan daripada produk Memenangkan persaingan Menciptakan suasana khas Dramatisasi pesan. Menonjolkan suatu merk atau semboyan dan mendukung judul iklan. 4. Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia. 9. 8.Fungsi khusus ilustrasi antara lain:   Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan ilmiah      Memberikan bayangan langkah kerja Mengkomunikasikan cerita. 7. Menarik perhatian. Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati. Disesuaikan dengan tema dan tajuk 7. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis 3. Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas . Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan. 8. Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan. Keaslian dan rekaan yang kreatif 2. 2.

.Albert Durer. Tema yang banyak muncul adalah aspirasi bangsa Amerika saat itu. majalah. Arthur Rackham dan Kay Nielsen. Hans Burgkmair.Pada kurun ke 16. ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek Young Hare 1502 oleh Albrecht Durer water colour 25. dan buku berilustrasi yang memungkinkan adanya eksperimen teknik oleh senimannya. Edmund Dulac. Masa keemasan ilustrasi Amerika Serikat berlangsung pada tahun 1880. seniman pada masa keemasan dipengaruhi oleh kelompok Pre-Raphaelite dan gerakan-gerakan yang berorientasi kepada desain seperti Arts and Crafts Movement. Contohnya Walter Crane.6 cm A Lion Lying Down Rembrandt Harmenszoon van Rijn. dan Les Nabis. Aubrey Beardsley. Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran . setelah perang dunia I. Art Nouveau.Sejarah Konsep ilustrasi bisa ditinjau kembali ke masa silam melalui lukisan dinding prasejarah dan konsep tulisan hierioglif. Hal ini terjadi seiring dengan populernya surat kabar. .1 cm × 22.Pada kurun ke 17. sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi. Di Eropa. Pada saat inilah banyak ilustrator yang menjadi kaya dan terkenal. dengan diketuai oleh Rembrandt. .

Ilustrasi Maklumat Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah.Nepenthes villosa John Muirhead Macfarlane (1855–1943) 8. carta. peta dan pelan . jadual.

3 titik & perspektif pelbagai titik lenyap .ataupun mural 2. Unsur garisan amat penting dalam karya lukisan yang merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan.arca. Perspektif & Proposi -perspektif mrupakan asas kpd mbtk karya yg sempurna.ilustrasi maklumat. 3. . -pdedahan kpd nilai & dpt menerangkn kedudukn perspektif yg betul adalah penting. contoh paparan graf bagi menyampaikan maklumat ELEMEN ASAS LUKIS 1. Kualiti Garisan -sgt penting dlm hasil sesebuah lukisan -garisan dpt mbentuk imej -kualiti garisan mberi kesan ilusi . mberi penegasan kpd objek yg dlukis dan boleh membtk mod sesuatu karya. Kesan Pencahayaan -akan lebih menarik sekiranya pengkarya dpt manfaatkan kesan cahaya pd karyanya. -penekanan kpd pespektif 1 titik lenyap. 2 titik .

garisan bergoris dsb -juga dpt mbtk kedalaman intensiti ton 5. jalinan & struktur -btk2 asas spt ulat. segiempat. . ton. ruang dalam. 8. dominasi keseluruhannya. Bentuk -kajian btk digabungkn ant perspektif. 6. Corak & reka bentuk -umumnya adalah mjurus kpd pengadunan pkarya dlm lukisannya . kun dsb. Lukisan tekni byk gunakn struktur. Ruang -ruang perlu dibahagi dgn sempurna -3 jenis ruang. bintik. ruang cetek & ruang datar adalah bgantung kpd susun atur objek yg akan dilukis. Struktur -perlu ditentukn sblm mghasilkn sesebuah lukisan -harus mbtk struktur yg betul agar lorekan utk mbtk imej mnjadi lebih menarik. Jalinan -dibtk mlalui garisan & kesan warna -dibtk mlalui garisan silang. 7.-dpt mberi mood pd karya tsebut 4.

bkn sapuan yg jelas kelihatan. BLENDING –akan mghasilkan lukisan yg mpunyai prubahan tona & warna yg lembut. HATCHING -melukis guna garisan selari 2. SGRAFFITTO . Teknik ini sgt sesuai dgn penggunaan oil pastel yg mana sesuatu lukisan aakan dilukis dgn warna btindan2 & bkeadaan lembab utk dikikis dgn objek tajam 4.teknik mengikis 1 warna menggunakan objek keras spt pallete knife utk mendedahkn warna di bwhnya. guna jari/kertas gulung -satukan warna . CROSSHATCHING –siri garisan yg selari arah tetapi ditindan dgn siri lain pd arah berlainan /berbagai arah 3.TEKNIK LUKISAN 1.

kemudian tompokan itu diolah mjadi sesuatu lukisan dgn tambahan unsur garisan/gubahan 8. -kertas diletakkan di atas permukaan yg berjalinan sentuh yg rata dandigosokkan dgn pensel utk mdptkn jalinan ojek tsebut. VIGNETTING -sering digunakan dlm mlukis potret menggunakan pastel. . Tanda pensel/pastel ditekan ke dlm kertas & mghasilkn kesan yg pantul /bkilat. Ruang dan Perspektif 1. Carta. Warna kertas sendiri jadi latar/ support. SCRAPERBOARD –papan putih yg disapu dgn dakwat hitam yg mbolehkkan papan itu dikikis dgn alatan tajam.Selalu diguna pd peringkat akhir. graf  Fesyen Ilustrasi Fesyen Sangat popular sejak tahun 1920 lagi  Lukisan perspektif Ciri -Ciri Lukisan Perspektif objek yang hampir besar dan lebih tinggi dibandingkan objek yang jauh Garisan objek yang hampir lebih jarang dan garisan objek yang jauh lebih rapat. 7.5. rajah. jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. BURNISHING –lanjutan drpd kaedah Blending. Perubahan saiz. 6. Mbawa maksud gambar atau motif yg tidak mpunyai sempadan. BLOT DRAWING –menggunakan tompokkan dakwat yg tjadi secara spontan. FROTTAGE – teknik ini juga dikenali sbg teknik gosokkan. Pemadam juga boleh diguna. juga tidak punyai latar. 9.

Perspektif 2 titik lenyap c. Perspektif 3 titik lenyap 1. proses tersebut dinamakan perspektif.2. Dalam karya 2 dimensi. Perspektif 1 titik lenyap b. PERSPEKTIF 1 TITIK LENYAP . Dalam konteks seni. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara a. 3. 4.

2. PERSPEKTIF 2 TITIK LENYAP Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan. .

memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis. warna pensel dan warna air. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. PERSPEKTIF 3 TITIK LENYAP TAJUK 2 ALAT DAN BAHAN MEDIA Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Contohnya. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. . Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. TUJUAN PENGHASILAN Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya.3. Contohnya. lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah.

Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam. kemudian HB.  Jenis Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu. Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. seterusnya B. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya.Contohnya. 1B hingga 8B (paling lembut). Tidak dinafikan juga. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. lukisan itu akan kelihatan samar – samar. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan. ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H. PENSEL Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Manakala kesalahan . ARANG Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan.

PEN MATA BOLA Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan. PEN DAKWAT Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan. CONTE CRAYON Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza.pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. KRAYON LILIN Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. . Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang. Pen seperti Rapidograph. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama. Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. PEN FELT Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan. PASTEL Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya kepada pengkarya.BERUS Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan.Marker . Albrecht Durer.Pensel dan pensel warna . berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar. Pelukis agong.Pen & ink .Media campuran .Arang Penerokaan alat dan bahan TAJUK 3 PELBAGAI FUNGSI LUKISAN Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line. Melukis dengan kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati lukisannya. Namun begitu. Ini adalah kerana. delineation without color or with a single color.Pastel . Lazimnya. melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. pengertian lukisan itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan dan catan adalah sama. .Conte . dalam lukisannya yang . arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. cetakan. terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad.

Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain.   Mengumpul dan menyampaikan maklumat Berkomunikasi . cetakan. Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Penggunaan garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan.bertajuk ‘Head of an Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut. Biasanya. seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam lukisannya yang bertajuk ‘The Omval’ memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk lanskap yang menarik. Garisan. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan. Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Catan. lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. arca. Jadi.

  TAJUK 4 LUKISAN DALAM GUBAHAN PELBAGAI ALIRAN DAN BUDAYA  Pendekatan dari pelbagai tamadun .  Luahan idea dan emosi Bentuk dan makna Ilustrasi Dokumentasi budaya dan sejarah.Zaman .China Kesan pengolahan teknik mengikut pelbagai .India .Islam .Budaya .Falsafah  Contoh karya lukisan daripada pelbagai aliran dan budaya .Stail .

Isipadu Struktur Sifat objek   . sedih. tengah. belakang) Suasana (panas. cemas) Ciri dan sifat objek Kadar banding dalam lukisan .TAJUK 5 PERTIMBANGAN DAN PENGAMATAN ASAS DALAM LUKISAN          Hal benda Ruang (hadapan.Nisbah kemasan Rupa bentuk. bentuk & proposi Kedudukan objek Skala dan Kadar banding Pencahayaan. riang. sejuk.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful