You are on page 1of 2

MTE 3112 TUTORIAL 2 Membuat refleksi tentang pentadbiran pentaksiran semasa praktikum mengenai: Keadaan fizikal Kawalan masa

masa Persediaan psikologikal Moderasi ujian Skim pemarkahan

________________________________________________________________ Refleksi: Semasa menjalankan praktikum, saya telah mentadbirkan ujian Matematik bagi murid Tahun 4 Cemerlang. Dari segi keadaan fizikal, saya memastikan kelas di mana ujian dijalankan berada dalam keadaan yang baik. Suasana yang kondusif seperti semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan juga diperlukan semasa ujian berlangsung. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa murid boleh berfikir secara kritikal dalam keadaan yang tenteram. Saya juga memastikan kebersihan kelas berada pada tahap yang boleh diterima. Selain itu, saya juga menyediakan jam semasa ujian dijalankan memandangkan jam dalam kelas tidak berfungsi. Selepas itu, saya menjarak kedudukan tempat murid-murid dalam kelas. Saya berbuat demikian bagi mengelakkan perbuatan tiruan berlaku semasa ujian dijalankan. Saya ingin memastikan pencapaian murid dalam ujian tersebut adalah berdasarkan kebolehan diri sendiri. Dari segi kawalan masa, saya tidak lupa mengumumkan perjalanan masa menjawab soalan 10 minit sebelum masa menjawab tamat. Saya memberitahu baki masa supaya murid-murid sedar dengan perjalanan masa. Ini dapat membantu mereka daripada melengah-lengah dan akibatnya tidak sempat menyiapkan kertas ujian.

MTE 3112 TUTORIAL 2 Proses moderasi tidak perlu dijalankan. Hal ini kerana semua item ujian adalah dalam bentuk objektif. Jadi, jawapan lain yang munasabah tidak akan wujud. Penyemakan kertas ujian juga tidak melibatkan lebih daripada satu guru. Justeru, langkah ini tidak perlu dilaksanakan. Saya mula menyemak jawapan berdasarkan skema jawapan yang telah disediakan sebelum ini. Murid-murid telah menjawab soalan objektif pada kertas OMR yang diberi. Oleh yang demikian, saya menebuk lubang pada jawapan yang betul terlebih dahulu. Selepas itu, saya menggunakan kertas OMR yang telah ditebuk lubang pada jawapan yang betul untuk menyemak jawapan murid-murid. Cara ini banyak membantu dalam menjimatkan masa. Kesimpulannya, ujian ditadbir dengan lancar dan tiada apa-apa masalah yang besar berlaku.