You are on page 1of 6

-nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh

-dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan -diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor

-dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara
-Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

a) Hilang Hak Mengutip Cukai -Dato Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh -Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh
b) Pembinaan Balai Polis -pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman -konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius -Dato bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya c) Perlucutan Gelaran -Hugh Clifford menganggap Dato Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British -British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan -tindakan British memalukan Dato Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang

-16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
-tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua

-peristiwa ini mencetuskan perang


-26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi -Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura -Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang -pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan -British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru

-Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato Bahaman di Bentong -Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua -pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu -di terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British -14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai -British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula Jeram Ampai

-Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan


-pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang

-Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British -kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang -kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 1894 -British terpaksa menanggung hutang yang banyak -Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

You might also like