P. 1
gerk0

gerk0

|Views: 86|Likes:
Published by thesyarif_91

More info:

Published by: thesyarif_91 on Sep 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2010

pdf

text

original

Sepak Takraw

1.0

PERATURAN AM

• •

Secara amnya pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF). Sekiranya timbul perselisihan dari segi penafsirannya atau berlaku kejadian diluar dugaan, maka perkara tersebut akan diputuskan dengan:-

* Semua permasalahan am akan diputuskan berasaskan PERATURAN AM SUKAN ILJTM WILAYAH TIMUR 2009. * Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang dilantik oleh pihak penganjur. 2.0 • PENDAFTARAN PESERTA Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah 12 orang (3 regu) , 1 orang Pengurus dan 1 orang Jurulatih. Setiap pemain perlu didaftarkan mengikut nombor jersi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa pendaftaran. Pendaftaran pasukan hendaklah dilakukan pada malam taklimat sebelum kejohanan bermula bagi mengesahkan penyertaan dengan menghantar borang pendaftaran pasukan kepada pihak penganjur. Pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan bagi setiap perlawanan selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu perlawanan bermula. Semua pemain hendaklah menyerahkan kad pelajar/kad kerja dan kad pengenalan kepada urusetia pertandingan bersama-sama dengan borang pendaftaran pemain. Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berhak membatalkan mana-mana pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat di atas. SISTEM PERTANDINGAN Pertandingan akan mengandungi 3 Regu perlawanan jika seri 1 – 1, ianya akan dijalankan secara tertib menurut senarai regu atau barisan pemain-pemain yang telah diserahkan kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum sesuatu perlawanan berlangsung.’ Jika kedudukan seri 1 – 1, regu ketiga akan bermain untuk menentukan keputusan perlawanan. Semua pemain simpanan yang belum bermain dibenarkan untuk bermain untuk regu ketiga. Jika terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka semakan mata dalam set perlawanan akan diambil kira untuk menentukan pemenang. Pertandingan akan dijalankan secara liga pusingan berpasukan. Pasukan yang mengutip mata tertinggi akan dinobatkan sebagai johan. Hanya pengurus dan jurulatih sahaja dibenarkan untuk berada dibahagian tepi gelanggang semasa pertandingan dijalankan. Lain-lain peserta dan orang awam tidak dibenarkan sama sekali berada di tepi gelanggang semasa pertandingan dijalankan. Setiap pemain atau penyokong dilarang sama sekali mengeluarkan perkataan yang berunsur kata-kata lucah/kesat dan sebarang isyarat yang boleh menimbulkan kekecohan semasa perlawanan dilangsungkan maka pasukan tersebut akan dipertimbangkan untuk meneruskan perlawanan. FORMAT KIRAAN MATA Semua perlawanan akan dijalankan dengan kiraan mata 21 mata pada Set 1 dan 2 dan sekiranya kedudukan DEUCE (20-20) pasukan yang mendapat 2 mata seterusnya secara berturut atau pasukan yang mendapat mata 25 terlebih dahulu akan dikira pemenang. Perjalanan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rehat diantaranya. Sekiranya kedudukan berakhir dengan seri iaitu 1 – 1 dalam set tersebut, ianya akan dilanjutkan ke set



3.0



• •

• • •
4.0


• •

(TIE BREAK) dan kiraan mata adalah 15 sahaja.

• • •

Sebelum pusingan ”Tie Break” bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar Petak akan berlaku bila satu regu mencapai 8 mata. Setiap regu/pasukan hendaklah sanggup bertanding lebih dari satu perlawanan dalam satu hari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 10 minit akan diberikan antara perlawanan Sila rujuk Jadual Kiraan Mata dibawah untuk kiraan mata pertandingan (Jadual 1) Jadual 1 : Menunjukkan Jadual Kira Mata Pertandingan : PERLAWANAN (PASUKAN) MENANG 2 - 0 MENANG 2 - 1 MENANG 1 - 2 KALAH 0-2 MATA 3 2 1 0

5.0 • 6.0

MASA REHAT Setiap regu boleh meminta sekali ”time out” selama 1 minit oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set bila bola tidak di dalam permainan. GANTIAN PEMAIN Gantian pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakukan. Mana-mana regu yang mengandungi kurang dari 3 pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap KALAH. UNDIAN DAN ”WARM UP” • Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan membuat undian. Regu yang memenangi undian boleh memilih untuk Sepak Mula atau Petak Gelanggang. Regu yang sepak mula hendaklah memulakan ”Warm Up” selama 2 minit dan diikuti oleh Regu yang satu lagi. Hanya 4 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas didalam gelanggang dengan menggunakan Bola Rasmi. PAKAIAN • • • Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi bernombor untuk pertandingan. Pakaian hendaklah bersesuaian bagi setiap perlawanan dan tidak membahayakan kepada diri sendiri dan orang lain dalam regu tersebut. Ketua Pasukan/ Ketua Regu hendaklah memakai ”Arm Band” @ Lilitan Tangan (Captain) dibahagian lengan kiri. Sebarang benda yang dipakai oleh pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukkan ke dalam (seluar). PERALATAN Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 biji bola takraw berjenama Gajah Mas 501/511. Setiap pasukan hendaklah menyediakan Arm Band (Captain) untuk setiap pasukan. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan. PENGADIL Pengadil disediakan oleh Pihak Penganjur. HUKUMAN Perkara-perkara dibawah akan dikenakan hukuman kepada pemain dan penonton jika melakukannya,

• •
• • 7.0

8.0


9.0

• •
• 10.0


11.0

antaranya:a. Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain pemain atau penonton. b. Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada pegawai, pemain atau penonton. c. Melakukan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud mempengaruhi sesuatu yang dibuat oleh pegawai. d. e. f. g. • a. b. a. b. Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. Memberi bola kepada pasukan lawan dengan kaki. Melakukan tingkah laku tidak sopan. Melanggar Perintah dan Undang-undang Permainan Sepak Takraw. Pemain yang melanggar undang-undang (11) akan dihukum oleh pengadil. Pengadil boleh menggunakan kad-kad berikut:-

Kad Kuning – Amaran Kad Merah – Perintah Keluar

Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti:

Masih berdegil dan berkelakuan buruk selepas diberi AMARAN Berkelakuan ganas (seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya)

c. Memaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat. Nota: Mana-mana pemain yang diberi Kad Merah hendaklah diarah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertib perlu diambil terhadapnya. Pemain berkaitan tidak boleh dibenarkan bermain dalam sebarang permainan sehingga dibenarkan oleh Lembaga Tatatertib. 12.0 HAL-HAL LAIN

• • • •

Regu/Pasukan yang terlewat 10 minit daripada masa yang telah dijadualkan akan dianggap memberi kemenangan kepada pihak lawan kecuali dengan alasan yang munasabah yang boleh diterima oleh pihak penganjur. Menarik diri (Walk Over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ini berlaku, pasukan tersebut akan dianggap kalah. Pembantu-pembantu teknikal yang bertugas akan dilantik oleh pihak penganjur. Segala keputusan yang telah dibuat oleh pengadil perlawanan adalah MUKTAMAD.

GELANGGANG 1.1 Ukuran gelanggangBerukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). 1.2. Garisan GelanggangLebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurangkurangnya 3.0m dari sebarang halangan. 1.3. Garisan TerasGarisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar. 1.4. Garisan Suku BulatanPada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. 1.5. Bulatan Sepak MulaBulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->