You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DATO HAJI TAN AHMAD , 72400 SIMPANG DURIAN , NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS .

TEL: 06-4914680 / FAX: 06-4915073

Ruj.Kami : SMADATA 01/01/001 (17) Tarikh : 24 Jun 2013 Pengetua, SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan. Tuan, LAWATAN PENANDA ARAS KE ASRAMA SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa unit pengurusan asrama SMA Dato Hj Tan Ahmad ingin mengadakan Lawatan Penanda Aras ke asrama SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban pada ketetapan berikut : Tarikh : 04 Julai 2013 (Khamis) Masa : 9.30 pagi Bil. Peserta : 40 orang (37 AJK Tertinggi asrama, 1 GPK HEM, 4 warden dan 2 penyelia asrama) 3. Untuk pengetahuan pihak tuan, lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menjadikan asrama sekolah tuan contoh yang terbaik dalam meningkatkan prestasi pengurusan asrama sekolah ini. Semoga hasil lawatan ini akan dapat menjadi panduan kepada barisan AJK tertinggi asrama sekolah kami dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. 4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk menerima lawatan kami, memberi taklimat dan memberi kebenaran kepada pihak kami untuk melawat asrama dan persekitarannya untuk tujuan tersebut. 5. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan/ puan amat dihargai dan didahului setinggitinggi ucapan terima kasih . Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah, .......................................... (ZALEHA BINTI MERAN) GPK 1, SMA Dato Haji Tan Ahmad, 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus.

You might also like