You are on page 1of 6

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BUGIS

Kebudayaan bugis juga boleh dilihat dari sudut bentuk perkampungannya. Dimana bentuk perkampungan bugis merupakan gabungan sejumlah keluarga dengan jumlah rumah sekitar antara 10 -200 buah rumah. Manakala, lokasi atau penempatan suku bugis pada umumnya saling berderetan serta menghadap ke arah selatan. Kebiasaannya, dalam teknik pembuatan untuk suku kaum bugis ini,suku bugis ini akan menggunakan ramuan khusus ke mudiannyan akan dipasang pada tiang penyangga rumah bertujuan untuk menggelakan daripada b ahaya. Dimana, ruang tambahan tersebut di kenali sebagai lego-lego.

Seperti suku kaum yang menapak di Malaysia yang lain juga,suku kaum Bugis juga mempunyai adat perkahwinan tersendiri. Adat upacara perkahwinana di daerah Sulawesi Selatan ,dimana, masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan meminang. Walau bagaimanapun bagi kaum Bugis,tiada adat untuk pertunangan. Hal ini kerana, bagi mereka, yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa kaum Bugis beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat. Hal ini juga timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah. Walaupun begitu, terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang, tetapi masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Disamping itu , penceraian adalah merupakan perkara yang paling tidak di gemari oleh kaum tersebut. Selain itu, untuk undangan perkahwinan, bagi suku kaum bugis ini ia sudah menjadi kebiasaan untuk mengundang orang ramai menggunakan khidmat dua orang wanita untuk memanggil.Memanggil merupakan cara yang menjadi kebiasaan kaum bugis. Dengan membawa dulang berisi rokok atau gula-gula, dibalut dengan kain. Walau pelbagai alternatif lain seperti jemputan melalui kemudahan teknologi komunikasi masa kini iaitu muka buku(facebook),kad undangan,Memanggil masih diamalkan sehingga hari ini. Majlis yang menyerupai adat bertunang ini digelar mapendrekdoik membawa maksud membawa hantaran atau lebih mud ah naik duit. Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang yang mana hamper sama dengan adat perkahwinan m elayu. Sebilangan besar daripada keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja,kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BUGIS

Seterusnya merupakan majlis yang di kenali sebagai malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam berinai.Majlis ini dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mappaci adalah malam u ntuk pengantin perempuan sahaja.Untuk upacara ini pengantin perlu menyediakan bahanbahan tertentu dimana bahan tersebut mempunyai maksud yang dipercyai sejak zaman nenek moyang mereka.Contoh bahan yang perlu ada untuk mengadakan upacara malam mapacci ini ialah 11 helai kain sutera bugis, yang mana kain ini adalah untuk golongan bangsawan yang memberi maksud penghormatan kepada bakal pengatin dan menunjukkan orang bugis mempunyai harga diri yang tinggi.Selain itu , daun pisang pula memberi maksud kesinambungan.Di mana, melalui perkahwinan boleh mngeratkan silaturrahim dan boleh membesarkan keluarga dengan pertambahan zuriat. Daun nangka juga diperlukan pada malam tersebut dengan member makna bahawa orang bugis sentiasa berusaha, bercita-cita tinggi.Di samping itu,beras disediakan dengan beranggapan bahawa ahli keluarga mendoakan bakal pengantin akan hidup bahagia.Tambahan juga lilin turut disediakan bertujuan untuk member keterangan kepada kehidupan baru untuk bakal pengantin. Akhirnya daun ini bermaksud kesucian menurut kepercayaan suku kaum bugis ini. elain kuih Bugis, terdapat pula buah-buahan yang dihidangkan ketika majlis ikatan perkahwinan. Antaranya kelapa bertandan, pisang bertandan, tebu, nanas, jambu dan buah lontar. Buah-buahan ini diisi dalam lawasuji (tempat penyimpanan barang yang diperbuat dari anyaman buluh dengan bentuk segi empat). qiqah pula merupakan adalah tradisi keagamaan yang berasal daripada agama Islam dengan menyembelih kambing bagi bayi yang baru dilahirkan. Upacara aqiqah dilakukan dengan menggunting beberapa helai rambut bayi yang dilakukan oleh imam atau guru kampung. Simbol kelapa diambil daripada kepercayaan asli Bugis dan makanan manis adalah saranan Islam. Gunting hendaklah dibasahkan dengan air kelapa. Kelapa melambangkan kuat dan serba guna. Maka simbol ini berkait rapat denga harapan agar bayi kelak kuat dan berguna. Kemudian makanan manis akan dimasukkan ke dalam mulut bayi dengan harapan kelak ucapan yang keluar dari mulut si anak semanis makanan yang pertama kali dirasainya.

Kambing yang disembelih dalam majlis aqiqah merupakan sebahagian daripada tuntutan yang mempercayai haiwan perlu disembelih sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana kelak haiwan itu akan digunakan sebagai kenderaan pada hari kiamat mengikut kepercayaan asli Bugis. Dalam majlis aqiqah atau maccera ini juga diadakan adat mappenrek tojang atau naik buai iaitu membuaikan anak. Buaian digantung bersama setandan pisang dan 40 biji lepek-lepek atau bilunda (pulut yang dibungkus dengan daun kelapa muda).

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BUGIS Apabila kali pertama bayi dibawa berjalan atau kali pertama turun dari rumah, bayi akan disertakan bersama bekalan nasi putih atau nasi pulut dan telur rebus. Adat ini sebagai simbolik bahaya bayi tersebut sentiasa membawa rezeki walaupun bayi tidak boleh memakan makanan tersebut. Bayi tidak boleh keluar rumah ketika hampir maghrib atau waktu malam atau dalam bahasa Bugisnya kubuallo kerana dipercayai syaitan sedang berkeliaran ketika itu. Adalah menjadi kebiasaan apabila tuan rumah diziarahi oleh bayi pada pertama kalinya akan memberikan cenderamata kepada bayi atau disebut dalam bahasa Bugis Pabbarekkeng sumangek atau penguat semangat.

Pemakaian tangkal yang berwarna kuning atau hitam bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga umurnya tiga tahun adalah untuk mengelakkan gangguan daripada makhluk halus. Kebiasaanya tangkal tersebut akan diisi dengan cebisan kertas al-Quran atau rempah yang telah dijampi. Kadang kala duit syiling yang diikat dengan benang atau tali untuk dijadikan tangkal dan dipasang di bahagian pinggang si bayi.

Adat Upacara Kematian

Kematian seseorang individu biasanya disertai dengan pelbagai bentuk ritual untuk menghantar roh si mati dalam kehidupan seterusnya. Tetamu yang datang menziarahi keluarga si mati akan membawa sidakka (sumbangan kepada keluarga si mati) seperti wang, beras atau kain. Upacara ini akan dijalankan sekiranya semua anggota keluarga terdekat hadir. Upacara kematian ini dilaksanakan mengikut tatacara Islam di samping beberapa unsur kepercayaan asli yang diwarisi daripada orang tua.

Pengurusan mayat dimulakan dengan memandikan mayat yang biasanya dimandikan oleh orang-orang tertentu yang sememangnya biasa memandikan mayat atau daripada anggota keluarga sendiri. Terdapat beberapa bahagian yang dilakukan ketika memandikan mayat iaitu: i. Pajenekang : menyiram air mandian mayat dan diiringi bacaan doa. ii. Pasucina : menggosok bahagian tubuh mayat iii. Pabbisina : membersihkan alat kelamin si mayat iv. Pamaralui : menyiram air mandi terakhir dan mewudukkan mayat.

Setelah selesai dimandikan, mayat akan diroko (dikafan) oleh anggota keluarganya yang dibalut dengan kain putih. Kemudian imam dan beberapa ahli keluarga dan rakan taulan yang lain akan menjalankan pengimangan iaitu menyembahyangkan mayat menurut tatcara agama Islam. Sebelum mayat

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BUGIS dikebumikan saudara mara dan jiran tetangga akan mempersiapkan pabuleka (usungan mayat yang dibuat daripada bambu atau pohon pinang). Sebelum pabuleka digunakan ia akan dilumur dengan darah ayam atau haiwan lain yang disembelih untuk dijadikan kanre pasuru (nasi penguburan). Kanre pasuru hanya boleh dimakan oleh anggota keluarga dari si mayat setelah dibacakan doa dengan pembakaran dupa.

Sebelum pabuleka mayat diusung ke tanah perkuburan, pabuleka akan dilangkah oleh cucu atau anak kecil si mati agar rohnya tidak menganggu anak tadi ataupun tidak mengalami kambo-kamboan. Malah sebelum itu juga, sewaktu mula diturunkan dari rumahnya, pabuleka diangkat dan anak-anak si mati diminta lalu di bahagian bawah pabuleka tersebut. Tujuan ini adalah untuk mengelakkan anak-anak rindu dan terkena badi kematian si mati. Apabila upacara perkebumian dimulakan, bacaan doa dan beberapa ayat al-Quran serta al-Fatihah. Kemudian imam kampung akan membacakan Talqin denga tujuan agar mayat dapat menjawab pertanyaan malaikat di alam barzakh. Imam kampung tersebut akan diberikan tikar dan pakaian si mati sebagai imbalan atau ganjaran atas jasa baktinya.

Ada juga sesetengah pendapat menyatakan pemberian tersebut bertujuan agar arwah atau roh si mati tidak datang kembali menuntut barang miliknya yang ditinggalkan. Setelah selesai dikebumikan, di atas kubur akan diletakkan kelapa dan payung kerana dipercayai arwah si mati tetap berkeliaran. Kelapa dan airnya yang diletakkan di atas kubur bertujuan untuk dijadikan minuman kepada roh si mati dan payung pula bertujuan untuk melindungi roh di samping sebagai simbol keturunan. Sekiranya mayat tersebut adalah bayi atau anak kecil, botol susu akan diletakkan di atas kubur kerana dipercayai hanya jasad si bayi sahaja yang mati manakala roh si bayi tetap wujud dan masih memerlukan susu.

Upacara kematian kemudiannya diikuti dengan kenduri arwah yang diadakan pada malam ketiga, ketujuh, ke-40 dan ke-100. Kebiasaanya ayam akan disembelih satu atau dua ekor (ayam kampung yang dianggap sebagai penyambung nyawa pada malam ketiga selepas kematian). Pada malam ketujuh atau ke-14 seekor kambing ataupun ayam akan disembelih. Pada malam ke-40, lembu akan disembelih bagi keluarga yang berkemampuan. Akhir sekali, terdapat juga pantang larang atau pemmali yang harus dipatuhi. Contohnya. Ketika mayat diturunkan dari rumah semua yang melihatnya tidak boleh menyentuh dinding. ( Siti Ruqayah haji Tibek 1940:40 ).

Adat Upacara Naik Rumah Baru Adat naik rumah baru atau memasuki rumah baru adalah bertujuan memohon kebenaran untuk menggantikan atau mengusir roh-roh atau makhluk halus yang selama ini dipercayai menghuni rumah tersebut. Individu yang akan mengetuai upacara ritual rumah ini adalah panrita bala yang biasanya

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BUGIS mengetahui lokasi yang sesuai untuk membina rumah, kayu-kayan yang tepat untuk menjadikan tiang serta doa dan jampi-jampi yang harus dibaca.

Jika seseorang membina rumah tanpa mendapat bimbingan daripada panrita bala, orang tersebut dipercayai akan mendapat penyakit, meninggal dunia atau ditimpa malapetaka. Gangguan ini tidak semestinya disebabkan oleh bekas roh yang pernah menghuni rumah tersebut tetapi mungkin disebabkan dari pemasangan tiang atau kayu-kayan yang tidak sesuai dan tepat.

Panrita bala adalah individu yang mengetahui cara-cara mengusir makhluk halus dan lokasi makhluk itu bersarang. Kadang-kadang pokok yang ditebang untuk tujuan pembinaan rumah tersebut merupakan tempat kediaman roh-roh jahat. Bagi mengelakkan gangguan daripada makhluk ini, sebelum tiang dipasang, roh-roh itu haruslah diusir terlebih dahulu dengan cara memberikan sajian berupa beras, gula, kelapa, lilin, alannota (dibentuk daripada lipatan daun sirih sebanyak sembilan keping, tiga ulas pinang dan secubit kapur) yang diletakkan dekat pocci bola.

Disamping itu, cebisan ayat-ayat al-Quran akan ditanam di bawah tiang pocci bola yang disertai dengan pembacaan doa dan jampi serapah panrita bala. Sajian tadi ditambah dengan pisang dan buah-buahan manis yang digantung di atas tiang pocci bola. Pocci bola dipercayai tempat roh berkumpul seperti roh dewa Sri ( Sangyang Sri) iaitu dewa yang memelihara sawah dan padi (temubual dengan Musta Sirat 20 Jun 2003 ; Nurhayati Djamas 1985:311). Ketika mendirikan rumah, seseorang individu perlu mengambil berat cara pembuatan lobang pasa atau tempat penyambungan kayu. Kesalahan pemasangan akan menyebabkan penghuni rumah itu meninggal dunia.

Selain itu, setelah tiang siap dipasang, setiap tiang rumah akan dipercik air appasili dengan pembacaan doa-doa pengusir roh. Appasilli bermaksud pembersihan yang bertujuan untuk mengusir roh-roh jahat dan makhluk halus yang akan menganggu kehidupan manusia sama ada gangguan tersebut berupa penyakit atau malapetaka. Ciri ritual appasilli dapat dilihat melalui simbol air yang dicampur dengan daun teh, cempaka atau daun sirih yang kemudiaannya dipercikkan pada setiap bahagian penjuru rumah. Selesai upacara ritual tersebut, majlis jamuan akan diadakan dengan mengundang jiran dan sanak saudara terdekat. Biasanya ritual ini dilakukan pada waktu pagi sebelum terbit matahari. Majlis ini merupakan tanda kesyukuran dan pemberitahuan kepada saudara mara tentang perpindahan itu di samping upacara songka bola yang bertujuan agar penghuni baru kelak terhindar daripada sebarang gangguan. Jika setelah rumah baru itu didiami dan penghuninya masih mendapat gangguan maka upacara songka bola perlu diadakan semula.

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT BUGIS

RUMAH TRADISIONAL

Rumah tradisional kaum Bugis berbentuk panggung yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu tingkat atas, tengah, dan bawah. Tingkat atas digunakan untuk menyimpan padi dan benda-benda pusaka. Hal ini kerana bahagian atas rumah ini jarang digunakan oleh penghuni. Oleh itu, barang-barang berharga boleh disimpan di bahagian ini agar terjamin keselamatannya. Di samping itu, bahagian tengah rumah digunakan sebagai tempat tinggal penghuni. Tingkat ini terbahagi kepada ruang-ruang untuk menerima tetamu, tempat tidur, makan dan dapur. Ruang ini turut digunakan untuk aktiviti santai dan rehat keluarga.