P. 1
Kontrak Boleh Batal

Kontrak Boleh Batal

1.0

|Views: 3,434|Likes:

More info:

Published by: MUHAMAD FAIZ B JAFFAR on Sep 25, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/21/2013

pdf

text

original

Kontrak Boleh Batal

Nuarrual Hilal bin Md. Dahlan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

Topik-Topik
• • • • • Pengenalan Takrif Kontrak Boleh Batal Kontrak Terbatal Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan Kerelaan Bebas

1. Pengenalan
• Seksyen 2(h) AK: • ‘Sesuatu kontrak yang sah ialah sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang’ • ‘Yang Boleh Dikuatkuasakan oleh UndangUndang’ bermaksud, pihak-pihak dalam kontrak boleh mengambil tindakan ke atas pihak yang mungkir kontrak dan mendapat relif atau pampasan daripada Mahkamah

Contoh 1
• A berkontrak dengan B untuk membeli saham B di Scomi Berhad dengan harga RM 7.00 sesaham untuk 10 lot saham • A gagal untuk meneruskan transaksi dengan B • B boleh mengambil tindakan undangundang di Mahkamah ke atas A agar A mematuhi kontrak yang telah dibuatnya

• Seksyen 2(g) AK: • ‘Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, adalah tidak sah dan batal’

Contoh 2
• A berjanji dan setuju untuk menjual pistol revolver dengan harga RM 500 kepada B • Pistol revolver adalah barangan jualan yang dilarang penjualan oleh kerajaan • Apabila B gagal untuk membayar setelah A menyerahkan pistol itu, A tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas B kerana barang jualan itu adalah dilarang oleh undang-undang • Perjanjian itu tidak boleh dikuatkuasakan. • Perjanjian itu bukan satu kontrak menurut AK.

Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan oleh Undang-Undang
• Kontrak Boleh Batal (voidable contract); • Kontrak Terbatal (void contract); dan • Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan (unenforcable contract)

1. Kontrak Boleh Batal
• Seksyen 2(I) AK: • ‘Kontrak boleh batal ialah satu perjanjian yang sah pada awalnya sehingga diketepikan oleh pihak-pihak yang berkontrak’

• Kontrak boleh batal mungkin memenuhi semua ciri yang diperlukan dalam sesuatu kontrak tetapi dalam masa yang sama ia mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan kontrak itu dikategorikan sebagai kontrak boleh batal. Pihak yang berkontrak boleh mengetepikan dan membatalkan kontrak yang telah dimasuki atas alasan terdapat unsur yang boleh membatalkan kontrak tersebut

Contoh 3
Latif seorang yang tidak sempurna akalnya telah memasuki perjanjian dengan Bank Rakyat di mana Latif meminjam sejumlah RM 30,000.00 dan akan membayar kepada Bank sejumlah RM 500 selama 7 tahun Bank Rakyat boleh membatalkan kontrak itu atau boleh tidak membatalkan kontrak itu Kontrak yang dimasuki oleh Latif dan Bank Rakyat disebut sebagai KONTRAK BOLEH BATAL

2. Kontrak Terbatal(Void Ab initio)
• Kontrak terbatal adalah sejenis perjanjian yang dibuat tanpa memenuhi ciri-ciri atau kehendak sesuatu kontrak • Contohnya kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak

Contoh 4
• A seorang kanak-kanak berumur 10 tahun telah memasuki satu kontrak jual beli tanah dengan B • A membayar RM 10,000 untuk mendapatkan tanah B di Napoh • Kontrak A dan B terbatal dari awalnya (kontrak terbatal – void ab initio)

4. Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan
• Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan ialah satu perjanjian yang sah tetapi tidak dapat dikuatkuasakan dengan tindakan di sisi undang-undang kerana gagal memenuhi keperluan dan formaliti yang diperlukan oleh sesuatu statut atau undang-undang

Contoh 5
• A ada tanah di Jitra. • Tanah A adalah tanah simpanan melayu • Menurut undang-undang, tanah simpanan melayu tidak boleh dijual kepada orang yang bukan melayu • B seorang warganegara Amerika Syarikat (bukan melayu) berminat dengan tanah itu dan memasuki kontrak dengan A dengan harga RM 500,000 • Sekiranya A gagal meneruskan kontrak itu, B tidak boleh mengambil tindakan ke atas A kerana kontrak A dan B adalah kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan

5. Kerelaan Bebas
• Seksyen 10 AK: • ‘Semua perjanjian akan menjadi kontrak yang sah jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh pihak-pihak yang berkontrak’

Contoh 7
• A ada kereta • B minat dengan kereta A • A dan B memasuki kontrak jual beli kereta dengan harga RM 100,000 • Kontrak A dan B sah sekiranya tiada paksaan daripada B tentang penjualan kereta itu • Paksaan wujud sekiranya B akan membunuh keluarga A jika A tidak menjual kereta A kepada B dengan harga RM 100,000 sedangkan harga pasaran kereta A adalah RM 1 juta

• Seksyen 13 AK: • ‘Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama’

Contoh 8
• A penjual kereta terpakai proton wira • B minat dengan kereta wira biru, 1.5 cc dan dibuat pada tahun 2000 • A dan B memasuki kontrak • Sekiranya A jual kereta wira biru, 1.5 cc tetapi dibuat pada tahun 1995, kontrak itu dikatakan sebagai kontrak yang dibuat tanpa persetujuan bebas B - batal

• Seksyen 14 AK: • ‘Kerelaan seseorang itu dianggap bebas selagi tidak wujud salah satu daripada unsur-unsur berikut: • Paksaan • Pengaruh tak berpatutan • Fraud • Salahnyataan • khilaf

SEKIAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->