You are on page 1of 93

BAB 4 PENTADBIRAN KEWANGAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: • Menerangkan latar belakang pentadbiran kewangan di Malaysia. • Menghuraikan perkara-perkara penting dalam pentadbiran kewangan di Malaysia, iaitu belanjawan, dasar kewangan, bidang kuasa kewangan, dan kawalan-kawalan kewangan.

PENGENALAN
• Malaysia mengamalkan sistem ekonomi terbuka (Ahmad Atory,1996:203).

1983:144). . • Dalam konteks Malaysia. Belanjawan Negara dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober atau November setiap tahun oleh Menteri Kewangan (Ahmad Atory.ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PENTADBIRAN KEWANGAN • Belanjawan Negara merupakan anggaran perbelanjaan dan hasil untuksatu-satu tahun kewangan tertentu.

kerajaan boleh menggunakan belanjawan sebagai strategi menghadapi keadaan semasa ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada langkah-langkah yang bersesuaian.• Belanjawan Negara telah memainkan beberapa peranan penting dalam pentadbiran kewangan negara kita. Di antara peranan tersebut ialah: a) Mengawal perbelanjaan negara -kerajaan akan mengagihkan peruntukan berdasarkan kepada anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang dibuat sebelumnya. . b) Menstabilkan ekonomi negara .

Prestasi pengurusan kewangan agensi berkenaan diukur melalui sejauh mana ia dapat membelanjakan peruntukan pada akhir tahun mengikut perancangan sebelumnya. .c) Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan negara .Belanjawan juga bergantung kepada sistem belanjawan yang digunakan.Menilai kecekapan dan keberkesanan agensiagensi kerajaan dalam merancang dan menggunakan peruntukan yang diberikan. . .

Cukai kepala dan cukai pelabuhan yang dipungut oleh Syahbandar ke atas pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan. Sistem Belanjawan Zaman Masyarakat Melayu Tradisi .Hasil negara yang dipungut dikawal oleh Raja yang dinamakan Perbendaharaan Negeri. . boleh mengeluarkan harta dan perbendaharaan untuk dibelanjakan mengikut keperluan negara. .Hanya Sultan atas nasihat Bendahara. .Hasil yang paling utama ialah dalam bentuk cukai.Tahap-tahap Peralihan Pentadbiran Kewangan Malaysia 1.

2. Sistem Belanjawan Zaman Penjajahan – sistem belanjawan yang digunakan adalah sistem berdasarkan amalan negara penjajah. 3. Sistem Belanjawan Selepas Merdeka - kebanyakan dasar kerajaan termasuk sistem belanjawan masih lagi terikat dengan sistem yang diamalkan oleh British, iaitu kuasa penjajah yang terakhir di Tanah Melayu. 4. Item Belanjawan Lini - tumpuan negara adalah terhadap pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya pembangunan infrastruktur dan luar bandar. Agensi-agensi kerajaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti (objek atau item) yang dirancang untuk dilaksanakan, berserta dengan anggaran perbelanjaan yang terperinci.

5. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP)
- Sistem belanjawan lini didapati kurang berkesan kerana terdapat banyak kelemahan. - Tidak ada mekanisme kawalan untuk menilai kecekapan dan keberkesanan terhadap peruntukan yang dibelanjakan. - Pada tahun 1968, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem belanjawan yang dikenali sebagai Sistem Belanjawan Program dan Prestasi. - Sistem berorientasikan pengurusan kerana ini ia melibatkan aktivitiaktiviti perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu projek. - Ia juga memperlihatkan sejauh mana kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi memperoleh, mengorganisasikan, mengawal dan menggunakan sumber-sumber negara yang terhad itu.

• Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) (samb.)
- setiap agensi dikehendaki menyediakan anggaran belanjawan untuk tahun hadapan dengan menjelaskan secara terperinci objektif-objektif dan strategi-strategi perlaksanaan bagi sesuatu projek. - Prestasi agensi pada tahun perlaksanaan akan diukur berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam menggunakan sumber ke arah pencapaian objektif mengikut strategi-strategi pelaksanaan yang ditetapkan itu.

Diperkenalkan oleh kerajaan dalam tahun 1990 dan merupakan sistem yang digunakan oleh Malaysia sehingga hari ini.Pengubahsuaian ke atas bidang kuasa melibatkan penurunan kuasa untuk membuat keputusan kepada peringkat pengurusan bawahan. Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) .6. Kuasa membuat keputusan ini dihadkan kepada pegawaipegawai pada peringkat akauntabiliti yang bersesuaian. . .Pengubahsuaian yang dilakukan adalah bertujuan untuk memberi keberkesanan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerana setiap aktiviti dapat di tadbir dan dikawal selia oleh individu yang paling hampir dengan pelaksananya. .

iaitu satu persetujuan yang menetapkan tahap prestasi yang ingin dicapai bagi sesuatu peruntukan yang diagihkan. . .Batas Perbelanjaan merupakan satu had perbelanjaan kasar ke atas sesuatu aktiviti tanpa mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak boleh dilampaui oleh agensi yang melaksanakannya.) .pengubahsuaian dalam proses pula melibatkan peraturan dan prosedur dalam agihan peruntukan belanjawan. . .Perjanjian Program.Pengubahsuaian dalam proses juga melibatkan aspek penilaian ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan.• Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) (samb.

.Dasar Kewangan (Fiskal) Negara • Kerajaan mempunyai matlamat untuk meningkatkan prestasi dan menstabilkan kedudukan ekonomi negara (INTAN 1991:661).

b) Dasar Perbelanjaan Kerajaan sikap yang diamalkan oleh kerajaan dalam menghadapi sesuatu keadaan ekonomi. - . Perbelanjaan kerajaan boleh menjadi pengganti utama kepada semua perbelanjaan yang tidak dapat dipenuhi oleh sektor (firma atau perseorangan) dalam sistem ekonomi se sebuah negara.• Terdapat beberapa dasar yang sering digunakan dalam usaha menyelesaikan beberapa masalah ekonomi tertentu. iaitu: a) Dasar Percukaian –untuk meningkatkan hasil negara atau mempengaruhi kuasa beli orang perseorangan dan organisasi dalam negara. Kerajaan boleh menentukan sama ada ingin atau tidak melakukan perbelanjaan dalam keadaan yang tertentu.

Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya nilai mata wang negara menjadi semakin rendah berbanding nilai mata wang asas yang digunakan oleh negara pemberi pinjaman. .Kerajaan sukar untuk mengagihkan peruntukan bagi membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditentukan. .c) Pengendalian Hutang Negara .Pinjaman dalam dan luar negara. . terutamanya hutang luaryang besar jumlahnya.

.Dasar ini digunakan bertujuan untuk menggalakkan industri berteknologi tinggi tumbuh dan bertapak di negara ini. .Bertujuan untuk menarik pelaburan dari luar negara.d) Dasar Perlepasan Cukai .

Bidang Kuasa Kewangan • Dalam aspek kewangan Kerajaan Pusat juga mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada kerajaan-kerajaan negeri. • Segala hasil dan pendapatan utama Persekutuan hendaklah dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan hanya melalui akta Parlimen sahaja membolehkan wang tersebut diagihkan atau dibelanjakan. • Hanya Parlimen boleh mengenakan sebarang cukai atau kadar ke atas mana-mana pihak. .

• Prosedur memungut dan membelanjakan ini hendaklah selari dengan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.Bidang Kuasa Kewangan • Kerajaan-kerajaan negeri dibenarkan memungut dan membelanjakan apaapa hasil yang diperoleh dalam bidang kuasanya seperti mana disenaraikan dalam Jadual Ke Sembilan(Senarai Negeri). .

Ketua Audit Negara akan mengemukakan laporan audit kepada Yang Dipertuan Agong dan dibentangkan di Parlimen. satu salinan disampaikan kepada Raja atau yang Di Pertua Negeri dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. .• Semua akaun Kerajaan Persekutuan dan negeri hendaklah diaudit dan dilaporkan kepada Ketua Audit Negara. • Bagi laporan audit Kerajaan Negeri. • Perkara 106 merupakan satu perjawatan peringkat Persekutuan.

• Kedudukan kerajaan pusat lebih tinggi berdasarkan kedudukan di mana Pegawai Kewangan peringkat negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Audit Negara di peringkat Persekutuan. • Jumlah geran yang boleh diberikan kepada negeri dengan berdasarkan dua kriteria utama yang telah ditetapkan. . iaitu berdasarkan bilangan penduduk dan kos penyelenggaraan jalan raya negeri.

dan mengikut peraturan yang ditentukan seperti berikut: . berkesan.Kawalan-Kawalan Kewangan • Kawalan-kawalan kewangan adalah merujuk kepada proses untuk memastikan kewangan negara di tadbir dan diurus dengan cekap.

b) Kawalan Parlimen . .a) Peruntukan Perlembagaan . . Parlimen mengeluarkan akta-akta yang diterima pakai di seluruh Persekutuan.Badan perundangan yang lebih rendah daripada parlimen.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan tiada mana-mana pihak boleh membuat undang-undang dalam Persekutuan yang bercanggah dengan perlembagaan. tidak boleh membuat undang-undang yang bercanggah dengan peruntukan akta berkenaan.Dalam hal kewangan.

.Arahan Perbendaharaan mengeluarkan garis panduan pengurusan kewangan negara secara terperinci. iaitu Kementerian Kewangan. .Melalui kementerian yang bertanggungjawab dalam halhal kewangan.Kementerian Kewangan juga dikenali sebagai Perbendaharaan.c) Kawalan Eksekutif .Arahan perbendaharaan ini boleh dipinda atau ditambah mengikut keperluan semasa melalui surat-surat pekeliling yang dinamakan Surat Pekeliling Perbendaharaan. . .

.Pegawai Pengawal dalam hal berkaitan kewangan agensi masing-masing.Kawalan Pentadbiran pula merujuk kepada kawalan kewangan yang berlaku pada tahap jabatan tertentu.d) Kawalan Pentadbiran . .

BAB 5 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA .

dan kesilapan di dalam penilaian prestasi. • Membincangkan faktor-faktor yang mewujudkan masalah disiplin. jenis-jenis temuduga.OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini. keperluan pekerja menyertai kesatuan sekerja. faktor. klasifikasi masalah displin. proses. dan jenis-jenis ujian. kaedah. kaedahkaedah pengrekrutan. • Membincangkan alternatif-alternatif pengrekrutan. • Menerangkan objektif penubuhan kesatuan sekerja. anda seharusnya boleh: • Mendefinisikan konsep-konsep penting dalam pengurusan sumber manusia. dan tahap tindakan displin. • Menghuraikan matlamat. • Membezakan di antara pengurusan kerjaya dan perancangan kerjaya. • Menerangkan maksud dan bentuk pampasan. • Menjelaskan jenis-jenis dan kepentingan perkembangan kerjaya. • Menjelaskan peranan. dan jenis tindakan perusahaan. . dan teknik-teknik latihan.

pampasan. . serta perhubungan industri dan keselamatan pekerja. latihan dan pembangunan.PENGENALAN • Pengurusan sumber manusia hendaklah bermula daripada peringkat awal sebelum kemasukan pekerja ke dalam organisasi. • Pengurusan sumber manusia bolehlah didefinisikan sebagai polisi dan praktik yang diperlukan untuk menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan sumber manusia termasuk pengrekrutan dan pemilihan pekerja. penilaian prestasi dan perkembangan kerjaya. iaitu pada peringkat pengrekrutan dan pemilihan dan sentiasa berterusan agar mereka terus setia di dalam organisasi tersebut.

PENGREKRUTAN DAN PEMILIHAN • Pengrekrutan – proses mengambilan individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di sesebuah organisasi. – Membantu organisasi memenuhi tanggungjawab sosial dan perundangan seperti mengurangkan kesan diskriminasi. – Dua perkara berkaitan dalam proses pengrekrutan yang perlu dibincangkan ialah alternatif kepada pengrekrutan dan kaedah pengrekrutan: .

Alternatif kepada Pengrekrutan • Bagi sesetengah keadaan. • Sesebuah organisasi boleh menimbangkan alternatifalternatif lain selain daripada pengrekrutan iaitu: – – – – – Kerja lebih masa Subkontrak Pekerja sementara Employee Leasing Kaedah Pengrekrutan . pengrekrutan bukanlah jalan terbaik untuk membantu organisasi mengatasi masalah kekurangan pekerja.

Kaedah Pengrekrutan a) Pengrekrutan dalaman b) Pengrekrutan luaran Pengiklanan Agensi mencari pekerjaan swasta dan awam Pengrekrutan kampus Acara khas "Walk-In Interview" .

.1993:208). • Matlamat proses ini adalah untuk memadankan calon dengan tugastugas yang akan dilaksanakan.Pemilihan • Merupakan satu proses di mana sesebuah jabatan atau organisasi memilih daripada senarai pemohon. calon yang paling layak atau berkebolehan untuk menjawat sesuatu jawatan (Mondy dan Noe.

• Bentuk-bentuk pemilihan adalah seperti berikut: .• Proses pemilihan selalunya bermula dengan penapisan caloncalon untuk mengeluarkan pemohon-pemohon yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

2) Ujian Pemilihan – langkah pemilihan yang seterusnya ialah mengadakan ujian bagi caloncalon yang berjaya di dalam temu duga. • Di dalam temu duga tidak berstruktur soalan yang dikemukakan tidak mengikut format yang ditetapkan. soalan yang dikemukakan adalah soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh penemu duga dan bentuk soalan adalah sama bagi setiap calon. • Temu duga berstruktur. iaitu temu duga tidak berstruktur dan berstruktur. temuduga panel. temu duga tekanan dan lain-lain.1) Temu Duga Pekerjaan • Terdapat dua jenis temu duga. • Teknik yang boleh digunakan di dalam temu duga: temu duga berkumpulan . .

insentif. iaitu gaji dan upah. • Merupakan satu alat yang penting untuk menarik serta mengekalkan pekerja-pekerja yang produktif. serta faedah-faedah sampingan. . Pampasan boleh diberi dalam bentuk wang. 1993:442). perkhidmatan atau faedahfaedah lain yang sesuai.PAMPASAN • Pampasan merupakan setiap bentuk faedah yang diterima oleh pekerja sebagai pulangan ke atas kerja yang dilaksanakan (Mondy dan Noe. • Pampasan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama.

• Sistem penilaian prestasi yang baik akan dapat membantu organisasi mencapai objektif yang ditetapkan serta dapat memotivasikan pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka.PENILAIAN PRESTASI • Penilaian prestasi merupakan satu sistem penilaian berkala untuk menilai prestasi dari segi kualiti dan kuantiti kerja yang dihasilkan dan juga tingkah laku individu pekerja (Mondy. dan Edwards. Noe. 1986:55). .

• Objektif Penilaian Prestasi: Imbuhan Pembangunan sumber manusia Maklum balas prestasi Meningkatkan motivasi Perancangan sumber manusia Pengrekrutan dan pemilihan Perkembangan kerjaya .

1994:334).Kaedah Penilaian Prestasi a) Rating scale .Penggunaan teknik ini menghendaki pengurus dan pekerja mencatatkan tingkah laku efektif dan tidak efektif di dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Setiap pekerja akan dinilai berasaskan pencapaian mereka terhadap setiap kriteria yang ditetapkan mengikut skala terendah hinggalah tertinggi (Dessler. b) Critical incidents . .

pekerja akan disenaraikan mengikut turutan prestasi mereka daripada cemerlang ke bawah (Dessler.c) Ranking . d) Behaviorally Anchored Rating Scale (BARS) Kaedah ini memerlukan pengurus merekod tingkah laku efektif dan tidak efektif tetapi dengan lebih objektif. 1994:34). .

penilaian terhadap pekerja dengan memberi nilai kadaran secara purata atau sama terhadap semua pekerja ataupun penilai. c) Kecenderungan memusat .Kesilapan di dalam Penilaian Prestasi a) Standard yang tidak jelas b) Kesan halo .penyelia menilai pekerja bawahnya berdasarkan satu ciri tertentu sahaja dan berat sebelah. .

penilai melakukan pertimbangan yang tidak objektif dan bergantung kepada prasangka dan stereotaip. ."Leniency" terjadi apabila penilai membuat penilaian secara murah hati dan tidak tegas terhadap kriteria prestasi yang ada.d) Leniency dan strictnes. e) Berat sebelah . "strictness" pula terjadi apabila penilai membuat penilaian dengan tegas dan ketat yang menyebabkan kebanyakan pekerja mendapat markah yang rendah di dalam penilaian tersebut.

KESATUAN SEKERJA DAN PERHUBUNGAN INDUSTRI • Satu badan yang dapat mewakili hakhak dan kepentingan pekerja perlu diwujudkan bagi menjaga kebajikan mereka. • Kesatuan Sekerja - Kesatuan sekerja secara umumnya merupakan satu gabungan pekerja yang bekerjasama untuk memperbaiki keadaan kerja mereka (Maimunah, 1994).

• Objektif Penubuhan Kesatuan Sekerja:
– Memperbaiki suasana fizikal pekerjaan. – Meminta gaji atau upah yang setimpal dengan kelulusan dan kemahiran yang ada pada mereka. – Memperbaiki kemudahan sosial semasa bekerja seperti pengangkutan dan tempat tinggal. – Mendapatkan hak atau suara dalam kerajaan – Mewujudkan suasana industri yang demokratik.

• Kepentingan Pekerja Menyertai Kesatuan Sekerja:
– – – – – – Meningkatkan Kuasa Perundingan. Gaji dan Upah yang Setimpal. Perlindungan Hak. Saluran untuk Bersosial. Jaminan Pekerjaan. Peluang untuk Menjadi Pemimpin dan Ketua.

Perundingan bersama ialah satu proses di mana pihak pengurusan dan wakil kesatuan sekerja bertemu untuk membuat perundingan tentang syaratsyarat pekerjaan ataupun peraturanperaturan pekerjaan (Dessler. maka perjanjian bersama ditulis dan ditandatangani.Rundingan mencapai kata sepakat.1994:566). . .• Perundingan dan Perjanjian Bersama .

. .Merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh ahliahli kesatuan sekerja apabila pertikaian perusahaan tidak dapat diselesaikan secara rundingan. .Mogok merupakan perbuatan menarik diri dari pekerjaan oleh sekumpulan pekerja.Konsep menarik diri daripada pekerjaan termasuk keengganan pekerja untuk terus bekerja ataupun keengganan menerima kerja serta melewatkan perlaksanaan tugas yang bersangkutan.• Tindakan Perusahaan .

• Mogok Politik atau Umum . .• Jenis mogok: • Mogok simpati -sekumpulan pekerja yang tidak terlibat di dalam pertikaian perusahaan membuat keputusan untuk mogok bagi menunjukkan sokongan dan perpaduan dengan kumpulan pekerja yang sah bermogok. bukan kepada majikan. • "Wildcat strike“.Mogok yang ditujukan kepada kerajaan.mogok tanpa undi atau tanpa mengikut prosedur.

. dan bersopan seterusnya dapat mengawal diri agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh organisasi.DISIPLIN • Tatatertib adalah peraturan-peraturan atau tata kelakuan yang perlu dipatuhi oleh kakitangan sesebuah organisasi supaya organisasi dapat mencapai kestabilan dan objektif yang telah ditetapkan (Malaysia Kita. 1991). berakhlak. • Disiplin juga merupakan suatu latihan terhadap pemikiran dan kelakuan supaya dapat melahirkan para pekerja yang berfikiran rasional.

kecuaian. kurang perasaan bertanggungjawab. . salah faham akan sesuatu arahan.• Ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan kebiasaannya disebabkan oleh kurang pengetahuan tentang undang-undang. tatatertib atau disiplin adalah berkaitan dengan tata kelakuan dan larangan yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib). • Di dalam perkhidmatan awam. dan sikap yang sengaja tidak mahu mengikut peraturan.

iaitu: (i) Peraturan atau undang-undang mestilah digariskan dengan jelas dan hendaklah diberitahu kepada pekerja.Tindakan disiplin akan diambil apabila berlakunya pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.Terdapat tiga syarat bagi memastikan tindakan disiplin yang diambil adalah adil kepada pekerja. . (ii) Sistem tindakan disiplin dibuat secara progresif. (iii) Pekerja diberi peluang untuk membuat rayuan. .• Tindakan Disiplin . iaitu semua jenis hukuman hendaklah bergantung kepada jenis-jenis kesalahan dan bilangan kesalahan dilakukan.

• Masalah Displin . Kurang komunikasi di antara pegawai atasan dan bawahan. Pengawasan yang lemah. . . tetapi juga disebabkan oleh pengurusan displin yang lemah oleh organisasi. Polisi dan peraturan yang tidak munasabah.Faktor-faktor yang membawa kepada pengurusan displin yang lemah ialah: Prosedur pengrekrutan yang lemah.Masalah displin bukan hanya timbul disebabkan oleh sikap atau tingkah laku pekerja. Kekurangan latihan dan pengembangan kerjaya.

Gangguan emosi. . .Prestasi yang lemah.Melanggar peraturan dan undangundang. .• Klasifikasi Masalah Displin: . .Penentang atau pemberontak.

seksyen 36 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) menggariskan sembilan jenis hukuman atau tindakan disiplin yang boleh dikenakan oleh Lembaga Tatatertib iaitu: (i) Amaran (ii) Celaan (iii) Denda (iv) Lucut Gaji (v) Hentikan Kenaikan Gaji (vi) Tangguhkan Kenaikan Gaji (vii) Turun Gaji (viii) Turun Pangkat (ix) Buang Kerja • Sebelum tindakan disiplin diambil terhadap pekerja.• • Tahap-Tahap Tindakan Disiplin . siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk tujuan keadilan. Bagi kakitangan awam. iaitu mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. .tindakan disiplin yang adil mestilah mempunyai sistem yang progresif.

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN • Pembangunan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi amat penting bagi memastikan bahawa pekerja sentiasa peka terhadap sebarang pembaharuan yang diwujudkan. . keupayaan dan kemahiran. • Pembangunan sumber manusia memerlukan usaha yang terancang dan berterusan bagi memperbaiki atau meningkatkan kemahiran pekerja dan seterusnya prestasi organisasi dan usaha ini dapat dilakukan melalui latihan. serta mengubah sikap pekerja dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan pekerja dalam menjalankan tugas yang lebih mencabar. • Latihan merupakan satu alat untuk meningkatkan pengetahuan.

• Mengelakkan daripada kemahiran yang ada pada pekerja menjadi usang. .• Matlamat Latihan: • Meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi. • Menghasilkan pekerja yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan.

• Faktor-faktor yang Mempengaruhi Latihan • sokongan daripada pihak pengurusan • kemajuan teknologi • persaingan di antara organisasi • pengetahuan tentang faktor kemanusiaan .

c) Analisis faedah dari segi kos .memastikan individu yang memerlukan latihan dan dalam bidang yang ditentukan berdasarkan tanggungjawab dan kesesuaiannya.Sebelum sesuatu program latihan dijalankan. boleh dicapai dan dapat membantu organisasi membuat keputusan tentang kandungan program. b) Menetapkan objektif latihan – Objektif latihan hendaklah jelas. .• Proses Latihan. iaitu: a) Identifikasi keperluan latihan . Perancangan program latihan perlu melalui beberapa tahap.Analisis yang dilakukan juga memudahkan pihak pengurusan membuat belanjawan bagi program latihan yang hendak diadakan. perancangan awal hendaklah dilakukan untuk memastikan kelancaran program latihan dan memberikan pulangan yang setimpal dengan kos yang dikeluarkan oleh organisasi.

tempat latihan. f) Mengendalikan program latihan . e) Mengatur keperluan latihan . Selain daripada itu. peralatan dan kelengkapan latihan serta keperluan-keperluan lain.d) Mengenal pasti teknik latihan dan memilih fasilitator . .program latihan dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat.Keperluan latihan termasuklah penentuan bilangan peserta.teknik latihan yang dipilih hendaklah mengambil kira cara penilaian yang akan digunakan untuk menilai sejauh mana kemahiran atau pengetahuan yang diperolehi oleh pelatih. ia juga dapat digunakan untuk mengukur tahap prestasi pelatih sendiri. Hasil penilaian ini dapat membantu organisasi memperbaiki lagi program latihan yang akan diadakan pada masa akan datang. g) Penilaian program latihan -menilai keberkesanan program latihan tersebut serta sejauhmana kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh setiap pelatih.

• Teknik Latihan: – – – – Teknik audio visual Kuliah Latihan semasa bekerja Program latihan menggunakan bantuan komputer .

PERKEMBANGAN KERJAYA • Perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang tersusun dan terancang untuk mencapai keseimbangan di antara kehendak kerjaya seseorang pekerja dan juga keperluan tenaga kerja sesebuah organisasi (Leibowitz. Farren. 1986). . dan Kaye. • Ia merujuk kepada usaha untuk membantu individu pekerja merancang kerjaya mereka supaya selari dengan objektif dan perancangan strategik organisasi.

pengurus dan juga individu pekerja itu sendiri. terdapat tiga pihak yang terlibat di dalam proses perkembangan kerjaya iaitu pengurusan atasan. .• Perkembangan kerjaya juga merupakan satu sistem yang menghubungkan matlamat kerjaya individu pekerja dengan keperluan organisasi terhadap sumber manusia. • Berdasarkan kepada definisi ini.

. • Penyediaan perancangan kerjaya oleh individu pekerja adalah penting untuk meningkatkan penyertaan mereka di dalam program-program perkembangan kerjaya yang lain.• Perancangan Kerjaya -Perancangan kerjaya ialah proses perancangan yang dilakukan oleh seseorang pekerja seperti memilih pekerjaan dan organisasi yang ingin diceburi.

• Terdapat tiga elemen yang perlu dianalisis terlebih dahulu oleh organisasi bagi memastikan program-program berkenaan bukan saja tersusun dan sistematik tetapi juga efektif dan benar-benar memberi faedah kepada organisasi dan juga pekerja-pekerja. . pembangunan kerjaya. kaunseling kerjaya. Elemen-elemen tersebut ialah analisis keperluan organisasi. dan peningkatan kerjaya.• Pengurusan Kerjaya-Pengurusan kerjaya pula ialah suatu program perkembangan kerjaya yang tersusun dan sistematik yang dilaksanakan oleh organisasi untuk membantu perkembangan kerjaya pekerja. Antara tindakan organisasi ialah mewujudkan program-program maklumat kerjaya. analisis keperluan pekerjaan dan analisis keperluan individu.

• Jenis-Jenis Program Perkembangan Kerjaya: – Perancangan kerjaya – Program maklumat kerjaya – Kaunseling kerjaya – Program pembangunan kerjaya – Peningkatan kerjaya .

BAB 6 BIROKRASI .

anda seharusnya boleh: • Mendefinisikan konsep-konsep penting birokrasi.OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini. • Menghuraikan evolusi perkhidmatan awam di Malaysia. • Menerangkan konsep-konsep asas birokrasi di Malaysia. • Membincangkan kritikan-kritikan terhadap konsep birokrasi. • Menghuraikan ciri-ciri struktur birokrasi. • Menjelaskan tiga peranan utama birokrasi di Malaysia. . • Menjelaskan tiga model utama birokrasi. • Membincangkan tiga kecenderungan utama dalam birokrasi.

. • Teori Marx Weber .PENGENALAN • Birokrasi adalah satu konsep yang sukar difahami dan sering kali disalahtafsirkan kepada bentuk yang negatif.

KONSEP ASAS BIROKRASI • Birokrasi sebagai fenomena yang berkaitan dengan organisasi yang besar dan kompleks yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. • Kecenderungan birokrasi adalah seperti berikut: . • Victor Thomson melihat birokrasi sebagai organisasi yang mengandungi pengelasan pekerjaan yang mendalam.

tugas. v.a) Berdasarkan ciri-ciri struktur: i. Jawatan yang berhierarki. Pengelasan pekerjaan berdasarkan kemahiran dalam sesuatu tugas. iv. Prosedur kerja dalam menghadapi tugas seharian. . ii. Pemilihan jawatan dan kenaikan pangkat berdasarkan kebolehan teknikal. vi. Tidak ada unsur-unsur berat sebelah dalam hubungan sesama pekerja dan pelanggan. Sistem peraturan yang meliputi hak. dan tanggungjawab seseorang pemegang jawatan. iii.

iaitu objektif (objectivity). – Ciri-ciri yang diutarakan oleh Friedrich (1963). – Ketiadaan kebebasan dalam hubungan (depersonalization of relationships) telah mewujudkan konflik di antara penjawat awam dengan pelanggan-pelanggan. – Pegangan yang total terhadap peraturan-peraturan di dalam birokrasi demi mencapai keberkesanan kerja akan mewujudkan tingkah laku negatif seperti kebergantungan terhadap isu-isu teknikal dan pendekatan yang lebih konservatif. konsisten (consistency). . tepat (precision). tiada ketelusan dalam pekerjaan.b) Berdasarkan ciri tingkah lakunya. dan kebijaksanaan (discretion). tiada sifat keprihatinan. – Tiada fleksibel dalam pelaksanaan tugas. dan tiada kebijaksanaan dalam tugas. tiada unsur delegasi tugas.

c) Bentuk pencapaian matlamat. – Kesesuaian sesuatu tingkah laku itu banyak bergantung kepada bagaimana sumbangannya terhadap pencapaian matlamat organisasi. – Birokrasi sebagai sebuah organisasi yang cuba memaksimumkan kecekapan di dalam pentadbiran atau cuba untuk menginstitusikan tingkah laku sosial yang teratur demi mencapai keberkesanan dalam pentadbiran. . – Sesebuah organisasi itu di lihat sebagai birokrasi bilamana ia mencapai matlamatnya dan ini bermakna elemen-elemen struktur dan tingkah laku itu akan sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan.

kekuatan. dan kesinambungan dalam sesuatu bentuk pentadbiran.STRUKTUR BIROKRASI a) Hierarki – ciri yang paling penting kerana ia menggambarkan keupayaan untuk merasionalisasikan kerja-kerja pentadbiran. – Sistem yang formal ini penting demi menentukan hala tuju. .

. Perbezaan dalam pengkhususan kerja mewujudkan peranan tertentu.b) Perbezaan atau Pengkhususan wujud kerana pembahagian tugas dan ia amat penting dalam mewujudkan kerjasama di antara satu sama lain demi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

.c) Kelayakan atau Kebolehan penting dalam menjamin supaya peranan yang telah dikhususkan akan mampu dilakukan dengan efektif oleh individu yang memegang peranan tersebut. Kelayakan ini datang melalui persiapan atau pendidikan.

terdapat dua bentuk birokrasi iaitu personal servant bureaucracy dan machine model bureaucracy. terdapat dua bentuk birokrasi.” i. yang mana pemerintahan adalah di bawah kekuasaan birokrasi atau parti. Kerajaan yang berteraskan ideologi. .MODEL-MODEL BIROKRASI a) Stateness Model – Diperkenalkan oleh Heper (1987) melalui penulisannya dalam “The State and Public Bureaucracies. iaitu bonapartist bureaucracy dan birokrasi yang dikuasai oleh parti. Kerajaan personalist yang diterajui oleh seorang pemerintah. ii.

. Kerajaan mengamalkan dasar liberal. di mana tidak ada kuasa yang dominan dalam pemerintahan negara.ii. iii. Kerajaan praetorian di mana tidak wujud sebuah pemerintahan yang bersistematik dan bentuk birokrasi yang terdapat di dalam sistem ini ialah spoils system bureaucracy. model birokrasi yang diamalkan ialah weberian legal-rational bureaucracy.

. iaitu tingkah laku sesuatu pentadbiran mestilah berlandaskan kepada pengetahuan. model ini menggunakan konsep rasional. – Dari sudut tingkah laku pula. dan kelayakan. – Model ini menggabungkan pendekatan struktur dan tingkah laku dalam pengaplikasiannya.b) Model Klasik (Classic Model) – Model Klasik kadangkala dikenali juga sebagai model Weber mengambil sempena nama Marx Weber. – Model ini menggunakan ketiga-tiga unsur penting dalam sesebuah pentadbiran birokrasi iaitu hierarki. pengkhususan.

– Masyarakat membangun secara keseluruhan terutama dari sudut tingkah laku sosial. – Diperkenalkan oleh Riggs pada tahun 1973.c) Model Prismatik (Prismatic Model) – Model ini lahir berdasarkan perkembangan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan di negara-negara membangun. .

• Model Prismatik (Prismatic Model) (samb. – Birokrasi di negara tersebut sebagai tergolong kepada dua kumpulan iaitu: .) – Riggs lebih melihat fungsi birokrasi di negaranegara membangun dalam konteks yang negatif yang berdasarkan kepada terma dan piawaian dari perspektif barat.

i. Kumpulan pertama ialah birokrasi yang mempunyai kuasa yang banyak sehinggakan ia turut mencampuri urusan-urusan politik dan pemerintahan kerajaan. – Ini berlaku apabila pembahagian yang tidak rata dalam perkhidmatan. . ii. Kumpulan yang kedua pula ialah birokrasi yang mempunyai kuasa yang banyak akan mengurangkan kecekapan dalam pentadbiran. dan ketidaksamaan antara harapan pelanggan dan tindakan sebenar. ketidakberkesanan dalam permohonan sesuatu projek. percubaan untuk melindungi daripada dikenakan tindakan akibat melanggar peraturan. pengambilan berdasarkan kenalan dan ahli keluarga (nepotisme).

. peraturan-peraturan yang mengawal penjawat awam akan menjadi penghalang dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. • Menurut Merton. • Faktor tidak dipengaruhi oleh perasaan dalam melakukan hubungan dengan pelanggan akan turut memberi kesan yang negatif apabila pelanggan merasakan bahawa kehendakkehendak mereka tidak dilayan dengan sepenuhnya.KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP KONSEP BIROKRASI • Idea Weber dalam menerangkan teori birokrasinya melalui konsep rasional sebagai mekanisme untuk mencapai ketepatan dan keteguhan adalah tidak tepat.

1970). • Fungsi birokrasi berlandaskan ketaatan terhadap peraturan sebagai elemen penting dalam konsep rasional tidak akan tercapai apabila pekerja-pekerja bawahan akan lebih selesa mengikuti perintah pihak atasan berdasarkan kesesuaian dan kehendak-kehendak semasa. .• Talcott Parson adalah di antara tokoh terkenal yang tidak bersetuju dengan konsep birokrasi berdasarkan teori Weber yang mengklasifikasikan penjawat awam sebagai kumpulan profesional yang mempunyai kuasa untuk memberi arahan (Albrow. • Talcott menyatakan bahawa arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tidak semestinya sesuai jika pegawai berkenaan tidak mempunyai kepakaran dalam jabatan di bawah pentadbirannya.

mahupun ekonomi. ekonomi. • Negara-negara ini kebanyakanya mempunyai ciriciri yang sama jika di lihat dari aspek sosial. . • Teori birokrasi yang diamalkan di negara tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik jika di aplikasi di negara-negara membangun yang mempunyai struktur pemerintahan. sistem sosial. dan ekonomi yang berbeza di antara satu dengan yang lain. politik.• Model birokrasi yang digunapakai dalam pentadbiran sesebuah kerajaan adalah berpaksikan kepada perkembangan politik. politik. dan sosial di negara-negara maju seperti Eropah Barat dan Amerika Syarikat.

BIROKRASI DI MALAYSIA • Kerajaan British apabila mereka memulakan dasar kolonialisme ke atas Tanah Melayu. • Telah memper kemaskan perkhidmatan awam yang ada untuk melicinkan jentera pentadbiran. . • Struktur yang ada kemudiannya telah diteruskan apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pulau Pinang.• Ahli-ahli di dalam perkhidmatan awam merupakan kakitangan kerajaan yang akan melaksanakan polisi-polisi yang telah digubal oleh kerajaan. dan berani. • Kakitangan-kakitangan kerajaan yang bertugas di Perkhidmatan Awam Negeri adalah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing kecuali negeri Melaka. adil. • Mereka mestilah berkecuali dalam memberi sokongan terhadap mana-mana parti politik. • Kakitangan ini hendaklah bertugas secara bebas. Negeri Sembilan. .

– Keadaan ini mencerminkan bahawa penekanan birokrasi pada ketika itu lebih menjurus kepada penjagaan keselamatan dan keamanan sesuatu daerah atau kawasan daripada ancaman luar. bukan kepada perancangan-perancangan pembangunan. fungsi pentadbiran awam lebih terhad kepada memberi perkhidmatan kepada sultan dan pembesarpembesarnya. .Evolusi Perkhidmatan Awam di Malaysia a) Sebelum Kedatangan British – Di dalam masyarakat feudal.

Burma. struktur birokrasi di Malaysia adalah lebih kompleks jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand. . dan Filipina kerana pemerintahan kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British adalah berpusat di kalangan negeri masing-masing. – Menurut Milne (1969).b) Zaman Penjajahan British – Sejarah perkhidmatan awam di Malaysia adalah distrukturkan berdasar kepada pengaruh penjajahan British di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.

– Kepentingan kerajaan British terhadap Tanah Melayu menyebabkan British membentuk sistem pentadbirannya sendiri di negara ini. . – Ini telah menyebabkan tertubuhnya Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service). – British telah mengambil kesempatan di atas perpecahan ini dengan memulakan pengaruhnya di Tanah Melayu apabila Francis Light menubuhkan tapak perniagaan untuk Syarikat Hindia Timur di Pulau Pinang pada tahun 1786.– Negeri-negeri ini pula sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana terlibat dalam peperangan bagi menguasai industri bijih timah mendatangkan keuntungan kepada pemerintah.

sistem federalisme masih kuat diamalkan. – Ini bermakna. di mana kuasa hanya tertumpu di kerajaan pusat sahaja.c) Selepas Merdeka – Masih lagi mempunyai persamaan dengan struktur pentadbiran sebelumnya. – Pemecahan kuasa juga berlaku di mana kuasakuasa pentadbiran telah dipertanggungjawabkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi melicinkan jentera pentadbiran. perkhidmatan awam Tanah Melayu banyak dikuasai oleh pegawai-pegawai British (expartriates). – Sebelum kemerdekaan. .

PERANAN BIROKRASI • Proses-proses pemodenan yang berlaku di dalam perkhidmatan awam di Malaysia pada hari ini adalah berasaskan kepada perananperanan yang perlu dimainkan sejajar dengan tuntutan semasa. • Perkhidmatan awam di Malaysia telah melalui tiga tahap penting yang telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam peranan perkhidmatan awam seperti berikut: .

• Perkhidmatan awam ini juga bertanggungjawab melaksanakan polisi-polisi British. • Tugas utama perkhidmatan awam ialah untuk menjaga dan memelihara undang-undang dan peraturan di dalam negara. .1) Tahap 1: Pemeliharaan Undang-Undang dan Peraturan (1950-1960) • Perkhidmatan awam di lihat sebagai kerajaan kerana ia merupakan satu-satunya alat untuk British meneruskan pemerintahan mereka di Tanah Melayu.

2) Tahap 2: Penekanan Terhadap Pentadbiran Penyelenggaraan (1960-1970). • Permintaan-permintaan yang semakin bertambah terutamanya daripada pihak luar telah menyebabkan perkhidmatan awam berusaha mempertingkatkan keupayaan prestasinya. • Isu utama yang menjadi tumpuan ialah bagai manakah perkhidmatan awam dapat melakukan proses pemodenan tanpa melibatkan sensitiviti perkauman. . • Dasar-dasar sosioekonomi yang dilancarkan amat mengambil kira pertimbangan komunal. • Peranan-peranan yang semakin bertambah ini wujud kerana negara Malaysia pada ketika itu baru sahaja mencapai kemerdekaan dan perlu menumpukan kepada pembangunan nasional.

• Melalui dasar ini. • Untuk mencapai matlamat tersebut. perkhidmatan awam terpaksa memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. • Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970 adalah bertujuan mengimbangi ketidaksamarataan dalam penguasaan ekonomi di antara penduduk Bumiputera dengan orangorang Cina.3) Tahap 3: Penekanan terhadap Pentadbiran Pembangunan (1970-1990). • DEB juga berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. • Dasar-dasar baru juga diperkenalkan bagi melicinkan jentera pentadbiran kerajaan. kerajaan berhasrat menggalakkan lebih banyak perkongsian maklumat mengenai sesuatu perkara agar matlamat kerajaan untuk membangunkan masyarakat dan negara dapat dijalankan dengan lebih berkesan melalui bantuan kepakaran daripada pihak swasta. .

TAMAT BAB 4. . 5 DAN 6.