P. 1
pga101-kuliah 1

pga101-kuliah 1

4.5

|Views: 974|Likes:
Published by numbersense
piaget
piaget

More info:

Published by: numbersense on Jan 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

Teori Pembelajaran Kognitif • Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami

. • Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka, Kohler, Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. • Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik.

Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
• Jean Piaget (1896-1980)-seorang ahli kaji biologi berbangsa swiss yg kemudian berminat di dalam kaji psikologi. Beliau amat terkenal dgn teori kognitif atau inteleknya. Menurut beliau knk-knk berkembang dari segi mentalnya mengikut tahap atau peringkat

• Tahap –tahap perkembangan ini mengikut urutan masa tertentu, ini bererti semua kanak-kanak melalui semua tahap berikut
– Tahap motor-deria (0-2 tahun) – Tahap pra-operasi (2-7 tahun) – Tahap operasi konkrit (7-12 tahun) – Tahap operasi formal (12 tahun ke atas)

Tahap motor-deria (0- 2 tahun)
• Knk-knk pada tahap ini bergantung pada motor deria utk berinteraksi dengan alam persekitarannya • Ia belajar meneroka persekitaran dengan mengangkat benda, memainkannya, merasa dan menggigitnya • Ia dapat memperhatikan benda itu melalui penglihatan dan pendengaran bunyinya. • Apabila sebuah objek yang dilihatnya disimpan dia menganggapkannya objek itu tidak wujud lagi, ia belum memperoleh konsep objek kekalan sehingga umur 2 tahun

Tahap pra-operasi (2-7 tahun)

• Knk-knk tahap ini bersifat egosentrikmereka mementingkan diri sendiri • Ini kerana persekitarannya masih terkongkong dan peregerakkannya masih terhad w’pun mereka sudah boleh berjalan dan berbahasa

• Mereka belum dapat membezakan antara pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Keadaan ini juga mungkin mnyebabkan mereka percaya bahawa dunia ini dicipta untuk diri mereka • Akibatnya, mereka sukar memahami kenapa kehendak mereka tidak boleh dipenuhi dan kenapa mereka perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain

• Apabila umurnya meningkat 4 tahun, knk-knk akan berubah daripada egosentrik menjadi insan yang lebih bersifat sosial • Pelupusan sifat ini bermula dalam diri knk-knk bila mereka mula berinteraksi dengan orang lain secara pragmatik, iaitu kebolehan mendengar, memberi perhatian dan menerima pandangan orang lain • Knk-knk tahap ini belum dapat memperoleh konsep kuantiti, berat, panjang, luas, isipadu, cecair dan jisim (mass). Contohnya mereka akan mengatakan bahawa cecair di dalam dua bekas yang sama saiz dan bentuk jika dituangkan ke dalam bekas yang berbeza akan berubah dari segi kuantiti. • Knk-knk tersebut dikatakan belum mempunyai konsep pengekalan kuantiti n

• Piaget menyarankan agar guru menyediakan persekitaran yang merangsangkan untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang sendiri • Beliau tidak menggalakkan guru mengajar sesuatu konsep sebelum ianya diperolehi knkknk. Menurut beliau knk-knk akan memperolehi pengalaman dan pengetahuan sendiri secara aktif jika persekitaran itu sesuai

• Dan orang dewasa dikira akan membantutkan perkembangannya jika mereka mengajar sesuatu konsep sebelum knk-knk mencapai tahap tersebut • Bagi menentukan samada knnk-knk sudah mencapai tahap pengekalan, Piaget menggunakan beberapa ujian. Ujian-ujian dpt dijalankan oleh guru

Tahap operasi konkrit (7-12 tahun)
• Knk-knk yang sudah memperolehi konsep pengekalan digolongkan ke dalam tahap ini • Mereka sudah berupaya menaakul (reasoning) beberapa operasi mental yg bercorak matematik, lojik, geometri atau algebra mudah • Operasi ini hanya dapat dilakukan secara konkrit iaitu dengan menggunakan benda-benda maujud atau konkrit • Oleh itu guru hendaklah sentiasa menngunakan alat bantu mengajar kerana knk-knk pada tahap ini masih bergantung pada benda maujud untuk membina konsep mereka

Tahap operasi formal (12 tahun ke atas)
• Merupakan tahap paling penting dalam perkembangan mental remaja. • Pada tahap ini mereka ada kebolehan berfikir secara formal atau abstrak • Mereka sudah dapat menaakul serta menyelesaikan masalah yang abstrak dan kompleks

KOGNITIVISME
• .Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. • Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. • Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai.

Konstruktivisme.
• Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. • Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. • HOW??? Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu

skema, asimilasi dan akomodasi
yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi

Skema
Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi

Asimilasi
• • • • Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seorang pelajar mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Proses ini melibatkan: a) sesuatu organisma makan makanan, b) hadam makanan itu, dan c) asimilasikan atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada badan manusia. Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada.

Akomodasi
• Akomodasi merupakan proses untuk meminda/menambah skema yang ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi ini tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan. • 1) pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu. • 2) Skema yang ada boleh dipinda supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan. • Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.

APAKAH KONSTRUKTIVISME ?
• (McBrien & Brandt,1997) Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

• (Briner, M.,1999) Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Implikasi dalam Pendidikan
• PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS • perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabaran- cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme.

Peranan Murid
• Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. • Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. • Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. • Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Peranan Guru
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. • Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. • Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. • Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. • Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.

• Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. • Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. • Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. • Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

Cabaran Guru Konstruktivis
• Guru merasa mereka tidak mengajar . • Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik. • Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi . • Kawalan kelas agak merosot. • Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekata konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

PERBANDINGAN PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL DAN KONSTRUKTIVISME

• SEKIAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->