PGA 101: Kuliah 4

• Teori Tingkah Laku Pembelajaran
– Pavlov – Thorndike – Skinner Implikasi pendidikan

Apakah itu Pembelajaran
• Setiap detik masa kita belajar. Misalnya, kita belajar tentang iklan yang kita baru tonton, memiliki perasaan terhadap seseorang, kita kecewa dengan sesuatu perbuatan dan sebagainya. Pembelajaran berlaku melalui kelimalima deria kita: Penglihatan: melihat ('visual') kejadian sesuatu peristiwa Pendengaran: mendengar ('auditory') sesuatu bunyi Bau: Bau ('olfactory') makanan membuat kita merasa lapar Rasa: Lidah kita merasa ('taste') dan dapat membezakan antara masin dan masam. Sentuhan: Kulit kita merasa sentuhan ('tactile') dan dapat membezakan antara permukaan licin dan permukaan kasar.

• • • • •

a) Pelaziman Klasik
• • • • • • SOALAN: a) Apakah yang dimaksudkan dengan pelaziman klasik? b) Apakah prinsip-prinsip yang terlibat dengan pelaziman klasik c) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman klasik dalam kehidupan seharian.

• •

Bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik • Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). • Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Sebelum Pelaziman RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)

RT (loceng)

>>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

• • • • • • • • • •

Semasa Pelaziman RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur) Selepas Pelaziman RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur) _________________________________________________ Kunci: RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus) RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)

GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response) GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)

• • •

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov? 1) Penguasaan (Acquisition) Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.

• 2) Generalisasi (Generalisation) • Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

Diskriminasi (Discrimination) • Pvlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

4) Penghapusan (Extinction) • Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus

• Apakah tingkahlaku yang terlazim? Bagaimana mempertingkatkan tingkahlaku melalui pelaziman klasik? Bagaimana mengurangkan kewujudan tinkahlaku melalui melazimin klasik? Apakah peranan pelaziman klasik dalam kehidupan seharian dan situasi pendidikan?

Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran Teori Pelaziman Operan (Skinner)

• SOALAN: • a) Apakah pelaziman operan dan bagaimana ia • berbeza dengan pelaziman klasik?

• b) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman operan • dalam kehidupan seharian?

Burrhus F. Skinner 1904 - 1990

Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan Pelazimam Klasik

• Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan

Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan

• Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: • a) PENEGUHAN (reinforcement) yang terbahagi kepada • PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN NEGATIF.

• b) DENDA (punishment)

Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)
• • • • • • Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contoh:(1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan. (2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. (3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan? Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian).

Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)
• Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Contoh:-

• •

(1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik. (2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-pekik.

Denda (Punishment)
• Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan. • Contoh:• (1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan keseronokkan

Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operan (Shaping Behaviour

)

Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan' (shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada tingkahlaku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang.

Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajarpelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila diberjenaka

Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan
– Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga boleh menghasilkan gerak balas yang sama. – Diskriminasai: Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak terhadap peneguhan lain. – Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi.

Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)

• Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. • Apakah hubungan di antara cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran? • Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement).

Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.

• Menurut Nisbah • a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan. • b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.

Menurut Masa
• a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak balas yang wujud selepas 1 minit. b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.

Thorndike
• • • Membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi) berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan • Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. • Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyapMerumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

Implikasi pendidikan
• Proses pembelajaran

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful