You are on page 1of 40

Pengurusan matapelajaran

Disediakan oleh : ONG ZHEE CHEI SIH CHI MAN WOO KAR YAN

Pengenalan
Sumber manusia

Sumber bahan/ alat


Bahan sumber ialah bahanbahan yang dijadikan sumber P&P.

Sumber kewangan

Sumber elektronik Radio

Bahan cetak Cartacarta Gambar-gambar rajah

Televisyen

Komputer

Majalah

Cakera padat

Buku-buku skrap

Sumber manusia

Sumber kewangan
Memohon peruntukan untuk membeli bahanbahan sumber

Tenaga dan kemahiran guru

Pembantu makmal elektronik

Murid-murid

Pengurusan, Penyediaan dan Penggunaan Sumber


Bahan-bahan sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata pelajaran. Guru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan.

Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat tempahan terlebih dahulu. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah.

Guru-guru perlu mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik sumber ( jika ada ) atau pelajarpelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat elektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil.

Sesuai dengan tajuk dan nilai yang diajar Bentuk, warna dan saiznya sesuai Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik Membantu menambah keberkesanan pengajaran Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas Sesuaikan dengan tahap umur pelajar Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

Jenis-jenis Bahan Sumber


Bahan bercetak

Gambar bersiri Komik Kad-kad situasi Surat khabar

Bahan-bahan permainan untuk diterapkan nilai dalam bentuk kad atau papan

Teka teki Silang kata Permainan ular dan tangga

Bahan-bahan maujud

Bendera Pakaian
Cerita Lagu

Bahan rakaman

Bahan pandang dengar

Video CD-Rom
Slaid Projektor LCD

Alat-alat tayangan

Kepentingan Bahan Sumber


Menjadi daya penarik kepada pelajar Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses P&P dan menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar.

Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep danteori-teori dalam Pendidikan Moral dapat diperjelaskan dengan lebihterperinci dan berkesan

Melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran pembelajaran moral di dalam dan di luar sekolah

Aktiviti pengajaran pembelajaran moral di dalam sekolah


Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa bersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.

Aktiviti pengajaran pembelajaran moral di dalam sekolah

Aktiviti kelas Aktiviti kumpulan Aktiviti individu

Melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama secara serentak. Aktiviti kelas dapat memupuk kemahiran bersosial dan juga mampu memupuk nilai murni seperti kerjasama, hormatmenghormati, keadilan dan semangat bermasyarakat. Dalam masa yang sama juga, aktiviti kelas mampu memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat, memberi arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi pada akhir pembelajaran.

Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita harus sesuai dengan tahap kanak-kanak, menarik, dan berbantukan gambar. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral. Guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua orang tidak mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambing-kambingnya.

Demonstrasi melibatkan penglihatan, komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Guru akan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru akan membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan melihat dengan teliti. Selepas itu, murid akan membuat apa yang telah dilihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru. Dalam pendidikan moral, kanak-kanak boleh diajar cara menggosok gigi dengan betul, cara menyikat rambut dan mengikat tali kasut.

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi, sebagai isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup. Pemilihan lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan isi pelajaran supaya dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lirik lagu boleh diubahsuaikan mengikut tema atau nilai yang dirancang oleh guru supaya murid dapat mempelajari nilai-nilai murni semasa menyanyi.

Merupakan satu kaedah P&P yang membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama. Murid-murid dapat belajar melalui rakan sebaya mereka dalam aktiviti ini. Aktiviti kumpulan mampu memupuk kemahiran sosial dan penyelesaian masalah. Ianya juga boleh menerapkan nilai-nilai murni

Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid dan murid juga akan menjadi lebih aktif. Selain itu, aktiviti lakonan juga dapat menggalakkan interaksi di kalangan muridmurid. Dalam pendidikan moral, aktiviti lakonan yang dapat dijalankan adalah seperti melakonkan cerita Si Tanggang untuk memberi keinsafan kepada anak derhaka.

Main peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru. Contohnya, melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri. Melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan supaya dapat menerapkan nilai dan cara-cara menjaga kebersihan kepada murid-murid.

Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan pelajarnya atau antara pelajar dengan pelajar dalam situasi di kelas. Tujuan utamanya adalah untuk melatih pelajar memberikan pendapat berhubung dengan sesuatu topik yang ditetapkan. Antara tajuk/isu Pendidikan Moral yang boleh dijadikan perbincangan:
Menabung amalan mulia Makan seimbang asas kesihatan diri Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Aktiviti individu juga turut memberi peluang kepada murid mendapatkan perhatian secara personal daripada guru. Peluang untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikari dan kerajinan adalah tinggi. Murid adalah bebas untuk mencuba dan meneroka dengan gaya tersendiri. Antara contoh aktiviti individu ialah melukis gambar, mengunting dan menampal dan menyusun bongkah.

Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Guru menentukan jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental. Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan menghasilkan rancangan mereka serta menerapkan nilai bertanggungjawab. Contoh Projek pendidikan moral:
Mengumpul dan menampal gambar pemimpin dan Raja dalam buku skrap. Projek menyiapkan buku skrap berkaitan satu isu moral

Mengadakan pameran keratan akhbar dan gambargambar berkaitan isu-isu moral. Isu-isu tersebut dikategorikan kepada bidang pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral. Menganjurkan pertandingan melukis poster bertemakan nilai-nilai moral. Mengadakan ceramah kesihatan Program mengosok gigi diadakan dan ditunjukkan cara menjaga dan menggosok gigi yang betul. Aktiviti mengumpul bahan terbuang yang boleh dikitar semula dilakukan dalam sekolah dan pertandingan antara kelas diadakan untuk menggalakkan murid giat mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral Di Luar Sekolah

Lawatan
Projek lawatan: Suatu jenis sokongan yang membolehkan murid memerhatikan apa yang hendak dipelajari melalui buku dalam situasi yang sebenar. Lawatan: Satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah ke stesen pembelajaran.

Dalam Pendidikan Moral, lawatan diadakan ke tempat-tempat yang ada kaitan dengan topik pelajaran. Contoh: Rumah orang tua Rumah anak yatim Muzium Perpustakaan Tempat rekreasi

Tujuan Lawatan:
1. Memberikan kesempatan kepada muridmurid untuk memperolehi pengalaman secara langsung sert menarik. 2. Memberikan kesempatan kepada murid membandingkan perkara-perkara yang dipelajari dalam kelas dengan situasi yang sebenar.

3. Memperkukuh ingatan tentang perkaraperkara yang dipelajari. 4. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah. 5. Mengeratkan hubungan antara sekoah dengan masyarakat.

Langkah-Langkah Pelaksanaan Lawatan:


SEBELUM LAWATAN 1) Pilih tempat melawat yang berkaitan dengan topik yang murid baru pelajari. 2) Mendapat kebenaran daripada pengetua, pihak tempat melawat, pihak polis serta ibu bapa murid.

3) Menguruskan kenderaan yang ada membawa murid-murid ke tempat lawatan. 4) Memberi taklimat kepada murid-murid tentang keselamatan, tingkah laku semasa lawatan, tujuan serta perkara-perkara yang hendak diperhatikan. 5) Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan.

SEMASA LAWATAN 1) Membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil mengikut topik kajian masing-masing. 2) Memastikan setiap orang murid melibatkan diri secara akatif dalam aktiviti kajian. 3) Menjaga keselamatan murid dan melarang mereka bertindak sesuka hati. 4) Memberikan penerangan apabila muridmurid menunjukkan keraguan.

SELEPAS LAWATAN 1) Adakan satu sesi perbincangan/sesi refleksi berhubung dengan perkaraperkara yang telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan. 2) Adakan aktiviti susulan seperti membuat model, melukis pelan dan poster atau mempamerkan benda-benda yang dikumpulkan dari tempat lawatan.

Gotong-Royong
Dapat memupuk pelbagai nilai seperti: Kebersihan dan keindahan persekitaran Menyayangi alam sekitar Peka terhadap isu alam sekitar Boleh diadakan di tempat-tempat seperti: Rumah orang tua Rumah anak yatim Taman negara

Kempen-Kempen
Contoh: Anti dadah Anti rokok Anti rasuah Nilai: Keyakinan diri Kasih sayang Kebersihan fizikal dan mental

Slogan Anti Rokok

Slogan Anti Dadah

Program Sambutan Kemerdekaan


Nilai: Cinta akan negara Semangat kemasyarakatan

Bibliografi
Ali Mohd (2008, September 20). Unit 2 Pengenalan Kepada Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral. Retrieved Februari 22, 2013, from http://www.scribd.com/doc/6125026/Unit-2PENGENALAN-KEPADA-KAEDAH-DAN-TEKNIK-PENGAJARANDANPEMBELAJARAN-PENDIDIKAN-MORAL Eka Ateq (2010, November 5). Topik 5 Pengurusan Kurikulum Perkembangan Kerohanian Dan Moral. Retrieved Februari 20, 2013, from http://www.scribd.com/doc/41103752/aktiviti-kelas-kumpulandan-individu Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral. Retrieved Februari 20, 2013, from http://majorpra.blogspot.com/2010/11/1.html