P. 1
NOTA KAYU

NOTA KAYU

4.87

|Views: 19,217|Likes:
Published by Ali Mohd
Disumbangkan oleh Mohd Zulraimin bin Zulkifli RBT2
Disumbangkan oleh Mohd Zulraimin bin Zulkifli RBT2

More info:

Published by: Ali Mohd on Feb 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2014

pdf

text

original

BAB II

LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain (Breyer,Fridley dan Cobeen,1999)

2.2

Penggunaan Struktur Kayu

Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang di gunakan bagi pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot dan lain-lain struktur. Penggunaan kayu secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau pembinaan, bergantung kepada dua kriteria utama, iaitu pemilihan kayu yang sesuai untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara penyambungan yang paling baik.

7 Manakala yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan mendapatkan gred kayu yang sesuai dan betul.

2.3

Sifat Kekuatan Struktur Kayu

Dalam pemilihan untuk kesesuaian kayu sebagai bahan binaan, kekuatan kayu merupakan faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar yang dikenakan. Dengan erti kata yang lebih mudah, kekuatan ialah ukuran daya tahan kepada kegagalan.[8].

2.3.1

Kekuatan Kayu

Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan terhadap api. Namun dalam kekuatan mampatan, tidak diberikan penekanan yang mendalam. Dalam projek ramalan ini, kekuatan struktur kayu ricihan dan tegangan struktur kayu sambungan jejari diberi penekanan.

2.3.1.1 Kekuatan Tegangan

8

Kekuatan tegangan kayu ialah kebolehan struktur kayu dalam menahan daya yang merengangkannya dari kedua-dua arah. Kekuatan tegangan kayu yang selari dengan ira merupakan kekuatan tertinggi kayu iaitu sehingga sehingga mencapai 40 kali ganda pada keadaan kering udara. Kekuatan ini bergantung kepada kekuatan serat, panjang dan tentu-arah serat tersebut [8].

Kekuatan tegangan dikaitkan dengan sifat mekanik struktur kayu yang meliputi tiga keadaan iaitu rintangan terhadap ubah bentuk dan sifat kenyal, sifat kekuatan dan sifat prestasi yang lain. Bagi menerangkan sifat mekanik, dua konsep digunakan iaitu; tegasan (δ) dan terikan (ε).

Tegasan ialah nilai daya dalaman bagi dalaman bagi setiap unit luas yang ditanggung oleh sesuatu bahan akibat beban luaran yang dikenakan ke atas bahan tersebut. Terikan pula ialah ukuran keupayaan bahan keupayaan bahan untuk mengalami ubah bentuk, iaitu sama ada secara memanjang atau mampat di bawah tegasan.

Sifat kenyal dikaitkan dengan keupayaan bahan untuk ubah bentuk oleh tegangan kepada keupayaan bahan untuk mengembalikan semula dimensi asalnya apabila tegasan disingkirkan. Ciri untuk kekenyalan bukanlah amauan ubah bentuk, tetapi keupayaan sesuatu bahan untuk mengembalikan sepenuhnya dimensi asalnya apabila tegasan disingkirkan (Rajah 2.1). Manakala kelikatan merupakan kualiti sebaliknya yang boleh dianggap sebagai keplastikan. Sesuatu benda yang betul-betul plastik adalah yang tidak berupaya untuk kembali kepada dimensi asalnya apabila tegasan disingkirkan.

9

Bentuk asal Daya Tegangan Bentuk asal Daya Tegangan

Rajah 2.1 : Perubahan bentuk sampel kayu bila dikenakan daya tegangan [6]

Plastik merupakan suatu sifat bahan selepas satu tahap elastik dan takat alah. Pada tahap plastik, bahan tersebut tidak akan kembali semula ke bentuk asalnya setelah beban yang dikenakan terhadapnya tidak berubah. Manakala elastik, ialah keupayaan bahan tersebut untuk kembali seperti tidak dikenakan daya lagi.

Dalam kejuruteraan, elastik dan plastik ini di istilah berdasarkan Rajah 2.2; Tegasan-Terikan.

10 Tegasan (δ) plastik

elastik

Terikan (ε)

Rajah 2.2 : Gambarajah Tegasan Melawan Terikan Secara Umum

Tegasan dan keterikan merupakan dua keadaan yang biasa berlaku pada sesuatu bahan. Keadaan ini hanya akan berlaku dalam keadaan plastik akibat dari daya mampatan. Titik di mana ia boleh kembali kepada bentuk asal dikenal sebagai had elastik. Rajah 2.2 menunjukkan hubungan antara tegasan dan terikan.[2].

Bagi meramal kekuatan struktur kayu bersambungan jejari dalam struktur tegangan, ianya banyak bergantung kepada keadaan dedahan, jumlah masa pembebanan, agihan beban, faktor beban, tegangan axial, dan tegangan lenturan. Secara teknikal, kayu keras ia terlalu lemah dalam mampatan selari dengan ira. Walau bagaimanapun, ia lebih kuat dalam tegangan.[8] Bagi meramal kekuatan struktur kayu dalam struktur tegangan, ianya banyak bergantung kepada keadaan dedahan, jumlah masa pembebanan, agihan beban, faktor beban, tegangan axial, dan tegangan lenturan. Secara teknikal, kayu keras ia

11 terlalu lemah dalam mampatan selari dengan ira. Walau bagaimanapun, ia lebih kuat dalam tegangan.[8]

2.3.1.2 Kekuatan Mampatan

Kekuatan mampatan adalah kebolehan kayu menahan daya yang cuba memampatkan kayu dalam kedua-dua arah. Kekuatan mampatan sangat penting bagi penggunaan kayu untuk binaan bagi struktur seperti tiang, dinding dan sebagainya. Kekuatan mampatan kayu ini biasanya dipengaruhi oleh kandungan lembapan dalam kayu, di mana kayu yang mempunyai kandungan lembapan yang kurang ataupun kayu kering adalah lebih kuat berbanding kayu yang lembab. Kekuatan mampatan tegak kepada ira adalah antara 10% hingga 30% daripada kekuatan mampatan maksimum selari dengan ira, dan mempunyai kaitan rapat kekerasan kayu [7] berbanding kekuatan mampatan yang serenjang dengan ira. Kekuatan mampatan selari dengan ira akan menghasilkan nilai kekuatan yang tinggi dan baik. Ini adalah kerana struktur kayu mempunyai unit-unit sel yang berbentuk tiub, dalam erti kata lain ia menyerupai ‘straw’ yang diikat dalam satu kumpulan. Apabila dikenakan daya mampatan pada sesuatu arah, ia sukar untuk menggagalkan kumpulan sel-sel yang telah diikat tadi.

Untuk menentukan kekuatan struktur kayu bagi yang mengalami mampatan, pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Antaranya adalah seperti berikut: a. Panjang Efektif- Panjang yang sesuai perlulah dikira berdasarkan susunan dan keadaan sesuatu struktur tersebut. b. Saiz kayu- Terdapat perbezaan dari segi kekuatan mampatan apabila kayu yang digunakan adalah berbeza.

12 c. Nisbah Kelangsingan- Nisbah kelangsingan ialah nilai panjang efektif dibahagikan dengan jejari struktur kayu yang mana nilainya tidak boleh melebihi 180. Nisbah ini diperlukan bagi menentukan sama ada rekabentuk untuk struktur langsing atau tidak langsing [7].

2.3.1.3 Kekuatan Ricihan

Kekuatan ricih ialah sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba untuk menggelangsarkan sebahagian daripada di atas bahagian yang lain. Daya ini dinamakan daya ricih. Dalam struktur kayu bersambungan jejari, ricihan boleh berlaku dalam bahagian sambungan akibat daya tegangan yang di kenakan. Kekuatan ricih yang selari dengan ira adalah lebih rendah berbanding keadaan serenjamg dengan ira. Terdapat empat jenis ricihan yang boleh berlaku samada ricihan selari dengan ira, ricih tegak kepada ira, ricihan serong dan ricih gelek.

2.4

Faktor Yang Mempengaruhi Sifat Kekuatan Kayu

Sebelum menggunakan struktur kayu sebagai bahan binaan, beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dari segi sifat kekuatan struktur kayu. Antara faktorfaktor yang mempengaruhi nilai kekuatan kayu ialah sudut kecondongan ira, ketumpatan, kandungan lembapan, buku, cerun ira, ciri ortotropik, dan saiz kayu yang digunakan. Kesemua faktor tersebut memainkan peranan yang penting dalam penentuan kekuatan dan ketegangan sesuatu kayu.

13

2.4.1

Pengaruh Sudut Kecondongan Ira

Untuk beberapa penggunaan kayu, pengaruh sudut kecondongan ira merupakan ciri yang penting. Sudut kecondongan ira ditakrifkan sebagai perbezaan susunan di antara ira kayu dengan paksi pugak kayu tersebut dan ia boleh dinyatakan dalam bentuk darjah atau pecahan. Adi Khirazli bin Marji (2002) menyatakan nilai kekuatan mampatan selari dengan ira adalah lebih tinggi berbanding kekuatan serenjang dengan ira. Ini membawa maksud, semakin besar sudut kecondongan ira, maka semakin kuranglah nilai kekuatannya.

2.4.2

Pengaruh Kandungan Lembapan

Kandungan lembapan adalah salah satu faktor yang penting dimana ia akan mempengaruhi sifat kekuatan kayu. Kandungan lembapan didefinisikan adalah jumlah air yang terdapat dalam sesuatu struktur kayu semasa pertumbuhan.

Peratus kandungan lembapan telah dinyatakan di dalam MS 758:1981 dalam lingkungan 12% sehingga 15% bagi kepingan kayu yang berperekat. Perekatan yang baik adalah pada kandungan lembapan kurang daripada 10%. Norshairulfadli bin Hussin @ Hashim (2002) mendapati nilai kandungan lembapan untuk yang tetap untuk pembuatan kayu yang berperekat adalah sukar di Malaysia kerana beriklim tropika dimana kandungan lembapan adalag sangat tinggi dan mungkin mencapai takat tepu. Pada keadaan ini, kandungan lembapan sangat cepat diserap oleh kayu. Kandungan lembapan turut mempengaruhi ikatan antara perekat dan kepingan kayu.

14

2.4.3

Pengaruh Ketumpatan Kayu

Ketumpatan kayu ini sebagai indeks kepada kekuatan kayu bergantung kepada ketebalan dinding sel. Ini memberikan maksud secara teorinya bahawa kayu yang berada dalam kategori gred A misalnya lebih kuat daripada kayu dalam kategori gred B dan sekaligus memberikan nilai kekuatan ricihan yang tinggi bagi gred A daripada gred B. ketumpatan tinggi beerti kurang rongga-rongga udara di dalamnya dan kekuatan kayu semakin meningkat [8].

2.4.4

Pengaruh Saiz Kayu

Saiz kayu juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kekuatan kayu yang digunakan. Ini kerana saiz kayu yang bersaiz besar akan memberikan tahap kerintangan yang tinggi terhadap sebarang daya yang dikenakan berbanding bagi kayu yang bersaiz kecil akan memberikan nilai kekuatan yang kecil. Selain itu, kecacatan pada kayu juga menjadi menyumbang utama kepada ciri kelemahan kayu dimana bagi kayu bersaiz besar berisiko tinggi berbanding kayu bersaiz kecil.

2.4.5

Pengaruh Ciri Ortotropik

2.4.5.1 Arah Ira dan Tindakan Beban

15 Kayu merupakan bahan yang mempunyai darjah anisotropik dan ortotropik yang tinggi. Ini menyebabkan kekuatannya berubah-ubah bergantung kepada arah ira. Apabila suatu daya bertindak terhadap kayu berira condong, akan terbentuk kompenen tindakan terhadap kayu berira condong akan terbentuk komponen tindakan daya dalam arah melintang iranya, sedangkan kayu terlalu rendah kekuatannya dalam arah melintang ira.

2.4.5.2 Panjang Sel

Kekuatan kayu juga dipengaruhi oleh panjang selnya. Semakin panjang sel kayu akan memberikan nilai kekuatan ricih yang lebih besar.

2.4.5.3 Pusaran

Pusaran mengakibatkan terjadinya perubahan orientasi ira. Ini menyebabkan susunan ira bersudut dan berpusar serta mengakibatkan perubahan arah pembebanan. Rajah 2.3 menunjukkan hubungan nisbah pusaran dan kekuatan [14].

16

Rajah 2.3 : Hubungan nisbah pusaran dan kekuatan [11]

2.5 Klasifikasi Kayu

Kekuatan kayu dapat diketahui daripada pengkelasan kayu. Selain dari kekuatan kayu, ketumpatan kayu juga dapat diketahui. Kayu boleh diklasifikasikan dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan faktor kekuatan kayu lihat (Jadual 2.1). manakala klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasikan sebagai kayu keras-berat, kayu keras-sederhana, kayu keras-ringan dan kayu lembut [9]. Ciri kayu keras mempunyai daun yang lebar dan biji benih berkulit manakala kayu lembut daripada jenis tumbuhan berbentuk kon yang dicirikan dengan daun berbentuk jarum dan biji benih tanpa kulit.

Jabatan Perhutanan Malaysia telah mengelaskan kayu keras kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatan dan kelasakan semulajadi kayu tersebut. Rujuk Jadual 2.1[10].

17

Jadual 2.1 : Kumpulan kekuatan kayu dan ketumpatan kayu Nama Merbau Chengal Tualang Kempas Balau Bakau Resak Kapur Merpauh Keruing Meranti kuning Gerutu Meranti merah Machang Jelutong Terentang Pulai Ketumpatan(kg/m3) 800 945 835 880 975 1040 945 755 755 880 655 690 705 560 465 435 465

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

2.6 Pemilihan Struktur

Kumpulan D

Kayu

Dalam projek ramalan ini, kajian ditumpukan pada kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti). Ini kerana kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti) mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti) adalah dari kategori kayu keras dan berat di mana purata kering udaranya adalah sekitar 700 kg/m3 dengan 15% kandungan lembapan. Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti) dikelaskan dalam kumpulan C iaitu kayu keras ringan, di mana ketumpatannya adalah 705 kg/m3 [11].

2.6.1

Sifat-sifat Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti)

18 Kayu Meranti tergolong dalam sepsis Shorea dan Parashorea yang di kelaskan melalui nama dagangan. Spesis ini dinamakan Meranti di Malaysia tetapi di kenali sebagai Gerutu apabila ia di eksport.

Kayu Meranti mudah dikenali. Kayu Meranti ini boleh dikelaskan kepada dua iaitu Meranti Merah Muda dan Meranti Merah Tua. Bagi Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti) berkualiti baik, berat purata 710 kg/m3 dan kandungan lembapan 15% manakala Meranti Merah Muda mempunyai berat purata 545 kg/m3 dan kandungan lembapan sebanyak 15%.

2.6.2

Ciri Tumpuan

Salur sederhana besar, tilosis biasanya banyak, parenkima aliform-konfluen ke konfluen, saluran damar tegak normal banyak, lebih kurang berterusan dalam siri tangen, saluran individu lebih besar daripada kebanyakkan sepsis Shorea dan kadangkala lebih kurang sama dengan salur, jelas sebagai garis putih-kuning pada semua permukaan, seperti yang digambarkan di dalam Rajah 2.4.

19

Rajah 2.4: Keratan menegak kayu menunjukkan keratan rentas membulat bagi sel dan membentuk ruang-ruang antara sel [8].

2.7

Tanggam Kayu

Tanggam kayu adalah bahagian yang digunakan untuk mencantumkan atau menyambungkan struktur kayu atau papan. Cara penyambungan yang cekap harus dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan kekuatan kayu yang padu [9]

20 Dalam projek ramalan ini,penekanan diberikankan kepada sambungan jejari. Penggunaan jenis tanggam jejari ini bergantung kepada jenis dan kegunaan.

2.7.1

Matlamat Penggunaan Tanggam

Penggunaan tanggam pada struktur kayu dapat memberikan altenatif yang baik dalam memperbagaikan penggunaan struktur tanggam dalam sesuatu pembinaan. Antara kebaikan penggunaan tanggam ialah: a. Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan. b. Dapat menjimatkan kos dan bahan c. Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan d. Menambah kekukuhan binaan e. Dapat menyambung struktur kayu

2.7.2

Kategori Tanggam

Tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembinaan bangunan dan pertukangan kayu boleh dikumpulkan kepada empat kategori mengikut fungsinya [9].

21 2.7.2.1 Tanggam Melebar

Tanggam ini ialah untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk menjadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot, dinding dan sebagainya. Antara contoh tanggam melebar ialah tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah dan tanggam tetingkat.

2.7.2.2 Tanggam Siku

Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada penjuru ataupun pertengahannya, contohnya dalam pembinaan kotak dan sebagainya. Antara contohnya tanggam temu, tanggam temu tetingkat, tanggam rencong biasa dan tanggam bajang biasa.

2.7.2.3 Tanggam Pemidang

Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi, contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar dan lain-lain. Antara contoh tanggam pemidang ialah tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting.

22

2.7.2.4 Tanggam Memanjang

Tanggam ini digunakan apabila menyambungkan dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan. Ada tiga jenis tanggam memanjang yang sering digunakan iaitu tanggam skaf, sambung jari, tanggam sambut lekap dan tanggam plat sambut. Dalam projek ramalan ini, struktur kayu bersambungan jejari diberi penekanan.

2.8 Rekabentuk Tanggam Jejari

Dalam projek ramalan ini, sambungan jejari dibincangkan untuk meramalkan kekuatan ricihan dan tegangan struktur kayu bersambungan jejari. Sambungan jejari merupakan salah satu tanggam yang di kategorikan dalam tanggam memanjang. Sambungan jejari merupakan tanggam yang sering digunakan dalam menyambungkan kepingan struktur kayu dengan kepingan struktur kayu yang lain supaya menjadi lebih panjang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5. Bagi lukisan perincian struktur kayu bersambungan jejari seperti dilampirkan pada lampiran A.

Rekabentuk tanggam ini dapat mengurangkan buangan kayu di samping memberikan luas permukaan yang maksimum untuk perekatan. Tanggam jejari biasanya digunakan pada kayu yang bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin. Bagi menguatkan antara sambungan perekat di gunakan mengikut kesesuaian.

23

Rajah 2.5: Struktur Tanggam Jejari

2.9

Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Tanggam Jejari

2.9.1

Kandungan Kelembapan

Kandungan lembapan adalah jumlah lembapan yang terdapat di dalam struktur kayu mengikut kategori kayu. Kelembapan pada kayu merupakan faktor yang penting kerana kebanyakan sifat mekanik kayu bergantung kepada kandungan lembapan. Keadaan persekitaran yang lembap akan menyebabkan kandungan lembapan pada kayu meningkat kerana sifat higroskopik kayu. Kandungan

24 lembapan yang stabil akan memberi kesan kepada tisu-tisu struktur kayu semasa perekat disapu , ini menyebabkan sambungan antara kayu kuat dan kukuh.

Berdasarkan kandungan lembapan seimbang untuk struktur kayu adalah sebanyak 19% sebagai garis pemisah untuk keadaan lembap dan keadaan kering. Bagi kandungan lembapan yang melebihi 19% tegasan keadaan lembap hendaklah digunakan, dan sebaliknya bagi kandungan lembapan yang kurang daripada 19% tegasan keadaan kering boleh digunakan [10].

2.9.2

Buku (Simpulan)

Buku pada kayu mempengaruhi sifat kekuatan, bergantung kepada saiz, kedudukan dan jenis. Kehadiran buku pada kedudukan yang tidak diingini iaitu pada kecondongan ira boleh menyebabkan kayu gagal lebih awal.

2.9.3

Sudut

Sudut memainkan peranan yang penting dalam menentukan kekuatan antara sambungan jejari. Ini kerana jika sudut bersaiz kecil maka cengkaman antara sambungan adalah kuat berbanding dengan sudut yang besar.

2.10

Perekat

25

Perekat merupakan suatu bahan cecair yang dapat memegang struktur bahan di antara satu satu sama lain melalui penyentuhan permukaan. Perekat di gunakan untuk mendapatkan kekuatan yang secukupnya pada struktur sambunganjejari.

Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1958 oleh Sebo dan Knauss, perekat “casein” di gunakan khususnya untuk pemasangan kayu lapis dalaman manakala perekat “resin” di gunakan untuk kayu lapis kegunaan luaran. Perkembangan pembuatan bahan asas perekat dapat memberi lebih kekuatan terhadap ikatan struktur bahan yang di gunakan. Perekat ini dapat merintangi kelembapan dan keadaan cuaca yang berubah-ubah [1]

Dalam projek ramalan ini, perekat jenis Phenol Resorcinol Formaldehyde (PRF) di gunakan pada anggota struktur bersambungan jejari. Ini kerana berdasarkan kekerapan penggunaannya dalam struktur yang berperekat.

2.10.1 Jenis-Jenis Perekat

Pada masa kini terdapat empat jenis perekat yang digunakan dalam kejuruteraan struktur perekat yang memenuhi piawaian BS1204:Part 1 dan BS 4169:1988 iaitu:-[1] dan[3]. i. ii. iii. iv. Urea Formaldehyde(UF) Melamine-Formaldehyde(MF) Phenol Formaldehyde(PF) Phenol Resorcinol Formaldehyde(PRF)

26

2.10.1.1

Urea Formaldehyde (UF)

UF banyak di gunakan sebagai perekat untuk pembuatan papan lapis dan dalam industri partikel kayu di Malaysia. Pemangkin di gunakan sebagai bahan yang bertindak mempercepatkan perekat untuk mengeras.

2.10.1.2

Phenol Formaldehyde (PF)

Perekat PF ini boleh diperolehi dalam bentuk cecair likat, debu atau “impregnated paper sheet”. Bentuk debu adalah sesuai di gunakan kerana ia boleh disimpan dalam satu tempoh yang lama. Perekat PF mempunyai kelemahannya yang tersendiri seperti warnanya yang kegelapan mencacatkan permukaan kayu ia memerlukan penjagaan yang sempurna. 2.10.1.3 Phenol Resorcinol Formaldehyde (PRF)

Perekat jenis ini digunakan adalah hasil tindakbalas “resorcinol” dengan “formaldehyde”. Perekat jenis ini disediakan dalam bentuk cecair likat, bewarna gelap dan mengeras pada suhu 50C hingga 1000C.

Perekat PRF boleh menghasilkan kekuatan sambungan yang baik. Ini kerana dengan sifat keperekatan yang baik dapat menahan dari serangan kulat, serangga, bahan kimia keadaan suhu yang tinggi. Dalam bidang kejuruteraan struktur, kayu yang dilekatkan dengan menggunakan PRF hendaklah mempunyai kandungan lembapan kurang dari 15% pada masa perekatan.

27

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->