You are on page 1of 2

Kelantan – Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Kelantan merupakan salah satu kerajaan negeri yang ditadbir oleh kerajaan pas dan
Menteri Besar Kelantan adalah Tok Guru Nik Aziz B. Nik Mat. Kelantan dikatakan
salah satu negeri yang agak terpinggir dari segi pembangunan yang dirancang oleh
kerajaan pusat. Kelantan yang terletak disebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia
itu telah dimasukkan ke dalam salah satu projek mega yang dirancang oleh kerajaan
pusat dimana ianya digabung oleh beberapa negeri di sebelah Pantai Timur juga
iaitu Terengganu, Pahang dan kawasan Mersing di Johor. Projek mega ini dinamakan
sebagai Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER)
telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
pada 29 Oktober 2007 dengan dihadiri oleh semua Menteri Besar yang terlibat
termasuk Tok Guru Nik Aziz iaitu Menteri Besar Kelantan. Lima teras ekonomi utama
iaitu pelancongan, minyak gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian, dan pendidikan
akan dimajukan di bawah pelan ECER untuk menggerakkan pembangunan bagi menangani
ketidakseimbangan ekonomi, meningkatkan keupayaan dan pengetahuan serta kualiti
hidup kira-kira 3.9 juta penduduk di wilayah berkenaan.

Teras utama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan


Pendidikan
Kelantan diletakkan sebagai pusat perdagangan dan pembangunan modal insan.
Kelantan dilihat berpotensi melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan
berpengetahuan tinggi kerana kebanyakkan remaja yang tinggal di Kelantan adalah
merupakan cerdik pandai. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) menyatakan
akan mewujudkan beberapa universiti baru di Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu.
Antara universiti baru yang telah beroperasi adalah Universiti Malaysia Kelantan
(UMK) di Bachok, dimana ianya menyediakan kursus-kursus seperti keusahawanan dan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Disebabkan negeri Kelantan bersempadan dengan
Negara Thailand, secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada negeri
Kelantan untuk menarik lebih banyak kemasukkan pelajar asing khususnya dari
Thailand ke Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Pelancongan
Kelantan adalah merupakan kawasan yang agak besar dan luas malah sesuai dijadikan
sebagai tempat pelancongan negara. Kerajaan telah mengambil usaha yang jitu untuk
membangunkan beberapa kawasan di Kelantan sebagai kawasan pelancong antaranya
Pengkalan Kubor sebagai bandar yang maju dan dinamik. Ianya memainkan peranan
sebagai pembangunan segitiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang
menjadi pusat hubungan perdagangan dengan negara-negara Asia Tenggara. Selain itu,
Kota Bharu juga dikenalpasti sebagai salah satu lagi kawasan pelancongan di negeri
Kelantan. Dengan terbinanya Kota Bharu City Centre (KBCC) di Palekbang, maka
kawasan ini dikatakan akan terus dimajukan sebagai kawasan pelancongan bandar yang
kaya dengan budaya dan warisan negeri itu. Bagi memperkenalkan Kelantan di
peringkat Antarabangsa dalam sektor pelancong maka eko-pelancongan telah
diperkenalkan sebagai mempromosikan beberapa kawasan yang dikenalpasti iaitu
Gunung Musang dan Lembah Sungai Nenggiri.
Pertanian
Pertanian merupakan salah satu teras utama yang terdapat dalam Wilayah Koridor
Pantai Timur (ECER) dimana sektor pertanian moden merupakan cara yang paling
berkjesan untuk memperbaiki pendapatan penduduk Pantai Timur yang berada di
kawasan luar bandar. ECER ini memberikan tumpuan kepada program pertanian komersil
berskala besar berlandaskan konsep perladangan kontrak. Ianya dapat membangunkan
lembah pertanian moden untuk buah-buahan dan sayur-sayuran dengan keluasan 2000
hektar di Bachok dan Pasir Puteh. Pembanguan lembah pertanian ini diterajui oleh
syarikat swasta dan disokong oleh terminal makanan nasional di Kota Bharu. Di
dalam pembanguan ini, ia memberikan jaminan mutu keluaran produk dimana satupusat
pemgumpulan, pembuingkusan dan pemprosesan ditubuhkan di Besut, Terengganu. Selain
pembangunan lembah pertanian, pembangunan dari segi industri herba dan biotek juga
mempunyai potensi di dalam pasaran dan ianya terletak di Gua Musang. Terdapat
empat komponen utama di dalam pembangunan ini dimana ianya merupakan satu pusat
penyelidikkan, ladang herba organik, pusat pemprosesan dan pusat latihan dan
inkubator usahawan. Bukan itu sahaja malah satu lagi peluang pekerjaan di dalam
teras utama pertanian ini ialah taman kekal pengeluaran ayam yang terletak di Gua
Musang. Ianya bertujuan untuk membangunkan kawasan pengeluaran ayam yang moden dan
bersih. Bagi perikanan pula, ianya dapat meningkatkan jualan tangkapan dan memberi
peluang pekerjaan dengan memajukan sebuah pelabuhan perikanan laut dalam di Tok
Bali. Pelabuhan ini dikatakan akan menyediakan perkhidmatan untuk kapal-kapal
nelayan laut dalam yang beroperasi di laut China Selatan dan untuk pengeluaran
akuakultur. Selain berfungsi sebagai pusat pengagihan dan pengeluaran ikan, ia
juga dikatakan dapat menyokong aktiviti pemprosesan ikan berskala besar serta
aktiviti perdagangan.
Pembuatan
Teras utama dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu sektor pembuatan mempunyai
peranan dan aktivitinya haruslah dipertingkatkan dan dipelbagaikan. Di Kelantan,
sebuah taman industri halal akan dibangunkan di Pasir Mas sebagai projek yang
mengintegrasikanaktiviti huluan dan hiliranindustri ternakan. Ia juga menyediakan
sokongan teknikal kepada pengusaha perladagan serpti penambahbaikan ladang,
pembangunan kemahiran dan pengembangan pasaran selain menyediakan tapak bagi
usahawan industri pemprosesan halal. Industri kecil dan sederhana (IKS) diberikan
penekanan khusus yang berkaitan dengan pembuatan produk makanan dan kraftangan,
malah menyediakan program sokongan seperti latihan, geran, modal teroka serta
pinjaman mudah.

Kesimpulan
Rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini dapat memberikan faedah dan
manfaat buat rakyat Kelantan khususnya yang berpendapatan rendah dan negeri
Kelantan. Dengan adanya pembangunan ini maka membuka peluang pekerjaan, pendidikan
dan menjadikan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang maju selaras dengan
pembanguna negara. Di sini, seluruh rakyat kelantan haruslah memainkan peranan
penting dalam mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan di bawah Wilayah
Ekonomi Pantai Timur ini.

You might also like