You are on page 1of 7

LATIHAN MODUL SCE3108 TAJUK 6 : MENULIS RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

a. Rujuk HSP dan pilih satu hasil pembelajaran untuk 1 jam pengajaran harian. Tulis satu hasil pembelajaran yang sesuai dengan komponen-komponen yang anda kehendaki. Hasil Pembelajaran : Murid-murid dapat : Menjalankan eksperimen bagi membanding beza isipadu kubus dan kuboid. Menyatakan secara lisan formula isipadu pepejal: (panjang x lebar x tinggi)

b. Baca dengan teliti aktiviti PnP dalam modul ini dan pilih yang sesuai dengan hasil pembelajaran anda. Aktiviti PnP yang sesuai adalah Pembelajaran Koperatif iaitu merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi

memaksimumkan hasil pembelajaran sama ada secara individu atau kumpulan. Selain itu, Latih Tubi juga digunakan bagi meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar. Ia juga bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi kekal dalam ingatan.

c. Huraikan bagaimana anda menilai pelajar anda. Penilaian merupakan perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memberi maklumat tentang keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Kesinambungan dari itu, guru dapat memantau kemajuan murid bagi tujuan laporan dan tindakan susulan. Terdapat 3 jenis penilaian yang digunakan iaitu Penilaian Diagnostik, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. i. Penilaian Diagnostik iaitu penilaian yang dijalankan sebelum pengajaran berlangsung atau awal persekolahan bagi meninjau minat, gaya belajar, kecenderungan, keupayaan dan pengetahuan sedia ada murid. Penilaian boleh berlangsung secara lisan, tulisan atau pemerhatian. Maklum balas penilaian dapat membantu guru merancang pengajaran. ii. Penilaian Formatif dilaksanakan secara berterusan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran. Penilaian ini menggabungkan penilaian formal dan informal bagi mendapatkan maklum balas dan membuat tindakan susulan. iii. Penilaian Sumatif dikaitkan dengan penilaian akhir tahun atau akhir semesta. Penilaian yang dijalankan dapat memberikan nilai yang dapat membezakan pencapaian bagi tujuan pemilihan dan penempatan. Penilaian yang baik mempunyai keesahan, kebolehpercayaan, serta positif dan

keobjektifan, konstruktif.

kebolehtadbiran,

keberkesanan

d. Bina satu RPH berdasarkan model 5 fasa Needham. Matapelajaran Tarikh/Hari Masa Kelas Tema : Sains : 22.06.2013 / Khamis : 8.15 9.15 pagi ( 1 jam) : 4 Al-Farabi : Menyiasat Daya Dan Tenaga

Bidang Pembelajaran : Pengukuran Hasil Pembelajaran Umum : 1.3: Memahami dan menyatakan bagaimana mengukur isipadu pepejal. Hasil Pembelajaran Khusus : Menjalankan eksperimen bagi membanding beza isipadu kubus dan kuboid. Menyatakan secara lisan formula isipadu pepejal

(panjang x lebar x tinggi) Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid-murid permukaan KBKK: Membanding beza, merekod data Strategi Pembelajaran: Eksperimen, perbincangan, bersoal-jawab telah mengetahui cara mengukur luas suatu

BBM: Kubus(kecil, besar),kuboid Nilai Murni: Bekerjasama, teliti

Fasa Pengajaran Set Induksi / Orientasi (5 minit)

Isi Kandungan

Aktiviti PnP

Catatan

Membanding beza Jenis Aktiviti : dan meneka isipadu kubus 1. Murid diminta untuk menyentuh objek di dalam kotak dan meneka bentuk objek tersebut. Meramal

BBM : Kubus, kuboid, silinder, sfera, pyramid, kon

KPS : Meramal

2. Murid menyentuh dan meneka bentuk di dalam kotak tersebut dan menjawab soalan guru. 3. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh: Apakah bentuk yang kamu sentuh di dalam kotak? Perkembangan Menjalankan Langkah 1 Pencetusan Idea (15 minit) eksperimen bagi memastikan isipadu kubus dan kuboid, yang mana lebih besar 1. Guru mengedarkan kubus dan kuboid kepada setiap kumpulan (4 orang setiap kumpulan). 2. Murid memasukkan kubus kecil Mengeksperimen Nilai murni: Sistematik KPS: Jenis Aktiviti Mengeksperimen BBM: Kubus kecil, kubus besar, kuboid Nilai murni: Sifat ingin tahu

berukuran 1 cm X 1 cm X 1 cm ke dalam kubus dan kuboid dengan arahan dan bimbingan guru. 3. Murid merekod bilangan kubus kecil yang terdapat di dalam kubus dan kuboid yang diberi. Langkah 2 Penstrukturan Idea (15 minit) Menyatakan formula isipadu pepejal : 1. Murid dibimbing panjang X lebar X tinggi Menyatakan unit isipadu pepejal dalam sistem metrik untuk menghasilkan formula isipadu berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Jujur dalam 2. Guru menunjukkan formula isipadu pepejal di papan tulis. 3. Murid dibimbing untuk mengira isipadu kubus dan kuboid dengan menggunakan formula. 4. Murid membandingkan jawapan isipadu pepejal yang mereka perolehi dengan merekod data Nilai murni: Jenis Aktiviti : Hands-on KPS: Mengukur dan menggunakan nombor

menggunakan formula dan kubus kecil. Langkah 3 Aplikasi Idea (15 minit) Mengira isipadu pepejal menggunakan formula 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dalam kumpulan. 2. Murid menjawab soalan yang diberi dengan berbincang bersama rakan sekumpulan. 3. Beberapa orang murid dipilih untuk membuat pengiraan di papan tulis. 4. Guru membetulkan mana-mana jawapan yang kurang tepat. 5. Guru menjelaskan bahawa isipadu pepejal adalah tetap. Penutup (10 minit) Peneguhan Jenis Aktiviti: Latihan 1. Guru mengedarkan soalan baru kepada setiap murid. BBM: Lembaran kerja Nilai murni: Berhati-hati dalam menjawab soalan Komunikasi KPS: Jenis Aktiviti : Perbincangan BBM: Lembaran kerja

2. Murid menyiapkan latihan secara individu.

e. Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan RPH anda. Kekuatan : 1. Mempunyai fasa dan arahan yang jelas bagi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. 2. Menggunakan bahan maujud bagi meningkatkan kefahaman murid tentang isipadu pepejal. 3. Terdapat kepelbagaian strategi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan murid bosan. 4. Murid terlibat dengan aktif dalam proses PnP.

Kelemahan : 1. Tiada demonstrasi bagi murid untuk memasukkan kubus kecil ke dalam kubus besar dan kuboid. Hal ini mungkin akan mengakibatkan kesilapan berlaku. 2. Sebilangan kecil murid tidak mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti yang dijalankan. 3. Aktiviti susulan bagi murid lemah tidak disediakan.