You are on page 1of 4

Perbincangan :

1.

Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?

Semasa pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Kumpulan saya telah membahagikan kesemua haiwan ini kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A, Spesis B, Spesis C, Spesis D, dan Spesis E. Antara ciri luaran fizikal yang diutamakan ialah bentuk abdomen yang bercorak, panjang atau besar, bentuk kepala, jenis kaki, bentuk mata, bentuk ekor dan sesungut. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala.

2.

Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut?

Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Untuk kumpulan spesis A, MoonMorf tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar, bagi kumpulan spesis B, mereka pula memiliki perut yang bercorak, kumpulan spesis C mempunyai tangan yang bercorak, kumpulan spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan bagi kumpulan spesis E, mereka mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.

3.

Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah?

Jika setiap spesis menerima variasi individu yang tinggi, maka MoonMorphs dapat dikumpulkan kepada banyak sub-spesis sehingga pengelasan dibuat satu ciri kepada satu spesis. Namun jika variasi individu sangat rendah, maka pengelasan yang boleh dilakukan adalah sangat terhad kepada beberapa subspesis sahaja atau hanya melalui satu ciri asas sahaja pengelasan dapat dilakukan.

4.

Jelaskan

bagaimana

seorang

taksonimis

dapat

membahagikan

sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru?

Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu?

Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi

berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal Age-group (ontogenetic) : Perbezaan kumpulan umur adalah perbezaan yang dihasilkan oleh kehadiran individu yang mempunyai umur yang berbeza di dalam sesuatu populasi contohnya seperti kanak-kanak dan orang dewasa di Johor berbeza daripada segi ketinggian namun kanak-kanak yang berumur 6 tahun di Johor dan kanakkanak berumur 6 tahun di Perak tidak banyak beza secara keseluruhannya. Begitu juga jika diaplikasikan kepada spesis haiwan. Genetik : Individu yang berbeza biasanya memiliki set gen yang berbeza. Perbezaan yang nyata seperti warna kulit, warna mata adalah ciri-ciri gentik manusia yang berbeza-beza. Begitu juga dengan haiwan, contohnya rama-rama mempunayi set gen yang berbeza menyebabkan wujudnya variasi seperti corak, warna sayap, bentuk abdomen dan juga bentuk sayap yang berbeza-beza. Persekitaran : Persekitaran yang berbeza juga mewujudkan variasi di dalam sesuatu spesis contohnya seperti persekitaran di Jepun yang sejuk menyebabkan manusia yang tinggal di tempat tersebut berkulit cerah namun lain pula dengan persekitaran di Afrika di mana cuacanya panas dan kering dan manusia yang tinggal di tempat tersebut pula mempunyai warna kulit yang gelap. Mutasi : Perubahan di dalam struktur genetic pada DNA menyebabkan variasi di dalam spesis tersebut.

6.

Mengapakah spesis Moonmorf ini dipanggil morfospesis? Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang

merujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesies Moonmorf dikenali sebagai morfospesies disebabkan spesies tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesies. Morfospesies merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesies adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesies-spesies lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

7.

Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal. Spesies tersebut merupakan bukan spesies biologikal kerana maklumat

yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesies ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal.

Kesimpulan: Haiwan dapat dikelas dengan menggunakan kaedah morfologi iaitu pengelasan berdasarkan ciri-ciri luaran sepunya.