You are on page 1of 1

PERATURAN BILIK SAINS BAGI MURID SK TAMAN BUNGA RAYA 2

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Bilik Sains dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. Peralatan sains dan bahan kimia dalam bilik sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. Peralatan sains dan bahan kimia hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. Semua peralatan sains dan bahan kimia yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Setiap kerosakan, peralatan/radas pecah atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam bilik sains. Kerusi bilik sains hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam bilik sains hendaklah bersih dan kemas selepas digunakan. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu makmal. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik bilik sains. Beg murid tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik sains. Air pili di dalam BILIK tidak boleh diminum. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.

PERINGATAN Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang murid itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

--------------------------------------Tandatangan Ketua Panitia Sains SK Taman Bunga Raya 2 PENGAKUAN

--------------------------------------

Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan bilik sains ini dan mengakui akan mematuhi segala peraturan di dalamnya.

Tandatangan Murid --------------------------------------( )

Tarikh: __________________