 Malaysia mengamalkan sistem

Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara.  Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.  Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga sebuah negaramerupakan yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

 Dalam sistem berparlimen, badan

perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen.  Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurangkurangnya lima tahun sekali.  Parlimen (legislature) ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara.  Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat.

 Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua

dewan.  Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara: atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian.  Britain, India dan Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti i. Singapura, Denmark dan Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi.

 Parti atau gabungan parti-parti

yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan.  Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undang-undang untuk perbahasan dan dan keputusan.  AhIi-ahli parlimen biasa, termasuk pembangkakang, boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi Iazimnya ini dilakukan oleh parti yang memerintah. Rang undangundang ini diteliti oleh parlimen.  Setiap rang undang-undang melalui tiga tahap — bacaan pertama, di mana rang undangundang tersebut diedarkan kepada ahli-ahli parlimen; bacaan kedua, di mana perbahasan umum diadakan; dan bacaan ketiga, di mana rang undangundang itu dikaji fasal demi fasal.

 Selepas diluluskan oleh

dewan rakyat, rang undangundang tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula, (dipanggil senat, dewan negara dan sebagainya) iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan.  Di senat perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan.  Selepas diluluskan oleh senat rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk ditandatangani.  Selepas ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang undangundang.

 OIeh kerana kabinet yang

mengemukakan rang undang-undang dan dasardasar, sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang.  AhIi-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar itu.  Tetapi menteri-menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan,

 Mereka juga mengetuai

kementerian-kementerian yang melaksanakan dasardasar yang diluluskan oleh parlimen.  Sebagai contoh, menteri pengangkutan bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasar-dasar pengangkutan, beliau juga yang menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan (atau birokrasi).  Menteri-menteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya bertanggungjawab melaksanakan.  Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam.

 Legislature (perundangan) dan

ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.  Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan sangat rapat.  Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen mi selalu digelar sebagai satu “fusion of power” ataupun satu “percantuman kuasa” Justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semangat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal.

 Demokrasi berparlimen juga

mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil.  ini ialah badan kehakiman (judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalamsistem yang pertama itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden.  Badan kehakiman di negara-negara demokrasi berpresiden seperti Amerika Syarikat Iebih bebas dan berkuasa jika dibandingkan di negara-negara demokrasi berpresiden seperti England, Jerman Barat dan Kanada.

 Mengikut teori demokrasi,

badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan atau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri.

 Kebebasan kehakiman

adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi.  Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak.  Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undangundang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya.  Kebebasan kehakiman mi merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik itu.

Persembahan ini tidak ade kaitan dengan manamana pihak , sama ada yang masih hidop atau yang memang mati. Persembahan ini hanyalah sekadar pemutih mata.