You are on page 1of 3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)

Nama : Laila Noor Su’aidah Binti Kamaruddin

Tingkatan: Tingkatan 1 Usaha Bidang/Tema: Pantun

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Jangka masa: 80 minit

Tajuk Pelajaran: Pantun 2 kerat Tarikh: 1 April 2009

Objektif:

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:

• Menyatakan maksud pantun secara lisan dan bertulis,


• Mengenal pasti ciri-ciri / bentuk pantun.
• Menjelaskan tiga nilai dan pengajaran yang terkandung dalam pantun
• Mendengar bacaan pantun mengikut sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai.

Strategi P & P :

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif :


• Mengenal pasti ciri-ciri atau bentuk pantun.

Kemahiran Teknologi Komunikasi Maklumat :


• Melayari internet.

Sumber P&P
Internet, Perisian Persembahan, Perisian Pemproses Perkataan.
Nilai Murni :
• Ingin tahu
• Bekerjasama
• Tabah dalam menjalankan sesuatu perkara
• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Langkah Aktiviti P & P Bahan

Set Induksi Guru menayangkan slide pesta pantun peringkat Perisian


5 minit kebangsaan. Persembahan

Guru mengaitkan slide tersebut dengan tajuk


pada hari ini.

Langkah 2 Guru memberi penerangan tentang isi tajuk LCD, perisian


20 minit melalui paparan elektronik - Pantun. persembahan

Pelajar memberi tumpuan terhadap penerangan


oleh guru.

Langkah 3 Guru membahagikan kelas kepada 5 kumpulan. Soalan


30 minit
Setiap kumpulan diminta berbincang berkaitan
dengan aspek:

• Maksud pantun
• Tema dan persoalan
• Bentuk pantun
• Gaya bahasa
• Nilai dan pengajaran
Papan putih
Ketua kumpulan diminta menulis hasil jawapan di
papan putih.

Guru bersama dengan murid menyemak hasil


jawapan di papan putih.

Langkah 4 Pelajar diedarkan dengan disket yang Lembaran kerja


20 minit mengandungi lembaran pengurusan grafik
berkaitan dengan maksud pantun, tema &
persoalan, nilai & pengajaran dan gaya bahasa.

Murid dikehendaki mengisi jawapan ke dalam fail


lembaran pengurusan grafik tersebut dan
menyimpannya dengan nama fail tugasan_1.

Murid menghantar hasil kerja melalui


e- mail.

Penutup Guru membuat rumusan berkaitan dengan tajuk


5 minit pada hari ini.

Murid mendengar dan bersoal jawab dengan guru


berkaitan dengan tajuk.

You might also like