You are on page 1of 45

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Ketidaksamaan Dalam Pendidikan


Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :


Meliputi kemudahan mendapat guru Bahan-bahan rujukan Peluang kerjaya selepas tamat belajar Max Weber : Ada 5 Kelas Sosial 1. Golongan atasan/orang kaya/ahli koperat 2. Kumpulan pertengahan atasan orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik 3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil diploma. 4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru (ada PMR, SPM) 5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah melalui pendidikan formal.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Saifuddin Hj Masduki (1977) : wujud hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Semakin tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa semakin tinggi tahap pencapaian anak-anak mereka. Murid berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan Suasana tempat tinggal Jumlah keluarga kecil/besar Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketidaksamaan dalam peluang pendidikan Terdapat sekolah kurang murid (SKM)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Cabaran KPM memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan latihan mencukupi di beri kepada sekolah-sekolah. Usaha KPM bantu: 1. RMT 2. Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) 3. bantuan Makanan Asrama 4. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid 5. Jaket Keselamatan 6. Elaun bulanan pelajar kurang upaya 7. SPBT 8. Skim Baucer Tuisyen (SBT) 9. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan University Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10.Asrama Harian

Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang


Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan disebabkan oleh beberapa faktor seperti: - lokasi sekolah, - latarbelakang sosio-ekonomi pelajar, - pencapaian akademik, - kecenderungan semulajadi, - peluang hidup, - sosialisasi dan - perbezaan bahasa. pendidikan mungkin

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kelas Sosial

Jantina

Ketaksamaan Peluang Pendidikan Kumpulan Minoriti Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Berkeperluan Khas

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kelas Sosial:
Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2 golongan: 1. Bourgouisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran 2. Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Jantina:
Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala golongan perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas. Peluang pekerjaan mengikut gender. Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki. Kuato kemasukan ke universiti lelaki atau perempuan???? Sekolah teknik/vokasional : lelaki/perempuan???

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kumpulan Minoriti:
Jumlah kecil - tidak dapat mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Faktor geografi - cth orang asli, kadazan, murut dsb Mereka menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa. Kini???? Di sekolah terdapat juga kumpulan minoriti. Bersifat negatif - cth murid yang suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, lepak, gengsterisme dll. Mereka adalah murid yang tercicir. Pihak sekolah perlu beri perhatian Bersifat positif : spt ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dll. Bergerak dalam kumpulan sendiri/kecil Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Mereka juga perlu diberi perhatian.

Murid Berkeperluan Khas:


Dua kategori MBK: 1. kategori masalah 2. kategori masalah khusus Kecerdasan yang amat rendah. Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam masyarakat. Kanak-kanak pintar cerdas Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan sebaya. Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

7 kategori kanak-kanak istimewa memerlukan Program Pendidikan Khas i. Kerencatan mental ii. Bermaslah pembelajaran iii. Kecelaruan tingkah laku iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi v. cacat penglihatan vi. Cacat fizikal vii. Pintar cerdas dan berbakat istimewa.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Isu-isu ketaksamaan peluang: - Orang Asli - kadar keciciran tinggi - masih terpinggir - golongan bijak pandai masih kurang - latar belakang akademik rendah - tahap pendidikan isi rumah juga rendah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Indigenous: Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak. Dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya Di Sabah terdapat 23 suku kaum Terbesar Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei Di Sarawak : Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh, Penan, Kelabit.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu. Ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku. Mereka masih belum menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masyarakat pedalaman Faktor Ketaksamaan peluang pendidikan; Kurang guru pakar Pertumbuhan pusat urban yang lembab Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang memberangsangkan Lokasi Jurang digital.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Isu-Isu Ketidaksamaan Peluang Pendidikan:


Secara am, terdapat dua isu berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan iaitu budaya tersekat dan pendidikan imbuhan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Budaya Tersekat:
Budaya Tersekat bermaksud sekatan peluang ke atas segolongan masyarakat disebabkan faktor-faktor seperti kemiskinan, etnik dan lain-lain. Konsep ini amat popular semasa tahun 60-an di Amerika Syarikat di mana kanak-kanak berkulit hitam (African American) atau taraf sosio-ekonomi yang rendah dipinggirkan haknya. Dalam konteks Malaysia, sebelum kemerdekaan, pelajar kawasan terpencil atau luar bandar itu dianggap sebagai tersekat hak mereka untuk mendapatkan kemudahan pendidikan yang asas berbanding dengan pelajar bandar.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Budaya Tersekat:
Budaya Tersekat juga merujuk kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah kerana latar belakang keluarga. Isitilah ini juga digunakan untuk bermaksud culturally disadvantage kerana dipercayai bahawa masalah utama ialah kekurangan relatif antara pengalaman rumah dengan corak budaya yang diperlukan untuk pembelajaran di sekolah. Contohnya, di kebanyakan kawasan luar bandar di Malaysia, pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa adalah rendah. Tambahan pula, tumpuan diberi kepada tugas-tugas mengerjakan kebun.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Budaya Tersekat:
Selain itu, loghat bahasa tempatan digunakan dalam kehidupan seharian. Suasana persekitaran rumah seumpama ini tidak membantu seseorang kanak-kanak untuk memenuhi kehendak pembelajaran di sekolah yang memerlukannya menulis, membaca dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa formal. Jelaslah bahawa latar belakang seseorang kanak-kanak itu boleh menjadi satu kekangan atau halangan terhadap pencapaiannya di sekolah. Kemahiran yang dikuasai dan nilai yang telah diterap semasa di rumah tidak dapat digunakan di sekolah kerana kekurangan relatif.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Budaya Tersekat:
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak kelas menengah di bandar, pendapatan keluarga dan pendididkan formal ibu bapa mereka adalah lebih tinggi, dan tumpuan diberi kepada pendidikan di sekolah. Ibu bapa membeli bahan-bahan untuk anak mereka dan menggalakkannya membaca serta menggunakan bahasa yang lebih kompleks untuk berkomunikasi. Latarbelakang seumpama ini banyak memberi seorang kanak-kanak kelebihan dari segi peluang untuk lebih berjaya di sekolah. Berbanding dengan golongan kanak-kanak ini, tidak mustahil mengapa kanak-kanak daripada kalangan budaya tersekat mempunyai risiko keciciran sekolah yang tinggi (Sharifah,1995). Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pendidikan Imbuhan:
Satu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan peluang pendidikan ialah yang disebabkan oleh ketidaksamaan status sosio-ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluang pendidikan yang berbeza. Atas sebab ini, maka pendidikan imbuhan diperkenalkan untuk mengatasi keadaan yang tidak seimbang itu. Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep baru dalam pendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua di beberapa negara Barat. Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap kepentingan pendidikan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pendidikan Imbuhan:
Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk menuntut hak peluang pendidikan yang sama, khasnya untuk kalangan rakyat kelas bawahan (Chazen, 1973). Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluang pendidikan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah, kolej dan universiti amatlah terhad untuk kanakkanak kelas sosio-ekonomi yang rendah berbanding dengan mereka daripada golongan memengah dan atasan. Ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapa yang rendah mengurangkan atau menghalang anak mereka daripada menerima pendidikan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pendidikan Imbuhan:
Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian mengakibatkan masalah keciciran yang serius dan pengangguran yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan sesebuah negara. Akibat kesedaran tentang kesan buruk masalah tersebut dan desakan rakyat, maka beberapa negara Barat telah mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem pendidikan mereka. Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat. Apabila berlakunya masalah ketidak stabilan sosial yang serius, akibat ketidaksamaan pendidikan, satu program baru yang dipanggil Head Start telah diperkenalkan untuk membantu perkembangan pendidikan dalam kalangan golongan rendah masyarakat. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pendidikan Imbuhan:
Di Malaysia pula, lanjutan daripada Laporan Keciciran (1973), Kementerian Pendidikan talah melaksanakan dan melancarkan Projek Pendidikan Wajib pada tahun 1975. Di bawah projek ini, pelajar-pelajar luar bandar dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk mengajar.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Faktor Persekitaraan Rumah Dan Sekolah Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pencapaian akademik seseorang pelajar tidak bergantung kepada IQ semata-mata. Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti perbezaan kelas sosial, sosialisasi, dan lokasi di bandar atau luar bandar juga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Perbezaan Kelas Sosial:


Mengikut Ting (1985), Kelas Sosial merujuk kepada golongan individu yang mempunyai status sosio-ekonomi yang sama, contohnya gaji, jenis rumah yang didiami, dan lokasi rumah. Ahli sosiologi selalu mengaitkan pencapaian akademik pelajar dengan latarbelakang budaya ibu bapa, tahap pendidikan dan profesion mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pengaruh Kelas Sosial Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar


Aspek 1. Bahan Pembelajaran 2. Kelas tambahan Kelas Sosial Atasan Kelas Sosial Bawahan
Tidak ada bahan pembelajaran atau tidak Bahan pembelajaran yang mencukupi mencukupi Kesan: Kesan: Pelajar bersedia untuk belajar Pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran dan oleh kerana itu keupayaan belajar terjejas Pelajar mempunyai seorang tutor Tidak mampu membayar yuran kelas tambahan Kesan: Kesan: Kemahiran dan pengetahuan pelajar Pemerolehan pengetahuan bergantung sepenuhnya dapat ditingkatkan kerana menerima kepada sekolah dan diri sendiri bimbingan secara individu Pakaian seragam sekolah pelajar kelihatan bersih, kemas dan baru Kesan: Harga Kendiri pelajar tinggi. Yakin semasa mengikuti pelajaran yang diajar Pakaian seragam sekolah pelajar selalunya menjadi lusuh, compang-camping dan tidak terurus. Kesan: Harga kendiri pelajar rendah. Kurang yakin untuk mengikuti pelajaran yang diajar

3. Pakaian seragam Sekolah

4.Pendidikan Ibu Bapa

Ibu bapa biasanya berpendidkan tinggi Ibu bapa biasanya berpendidikan rendah dan tidak dan mementingkan pendidikan anak memberi perhatian kepada pendidikan anak Menggalakkan anak mencapai akademik Mereka kurang berpengetahuan lalu tidak boleh yang lebih tinggi. Mereka membimbing membimbing kerjaya anak. anak dalam kerjayanya. Kesan: Kesan: Pelajar kurang bermotivasi untuk pencapaian Pelajar sedar tentang pentingnya akademik yang cenerlang pembelajaran dan perancangan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh awal kerjaya mereka

Perbezaan Sosialisasi Dan Bahasa


Mengikut Marimuthu (1990), sosialisasi merujuk kepada proses seorang individu belajar cara bagaimana hidup bermasyarakat supaya dapat disebatikan cara tersebut dengan personalitinya. Melalui proses ini, individu berkenaan memperoleh nilai, kepercayaan, norma, dan ciri-ciri serta tingkah laku sosial masyarakat dimana dia adalah seorang ahli. Sebaliknya, komunikasi adalah satu alat untuk berkomunikasi. Berdasarkan kegunaannya, bahasa boleh diklasifikasi kepada dua kategori utama: bahasa kompleks dan bahasa biasa. Bahasa kompleks berkait dengan kegunaan kata sifat, kata kerja, kata penghubung dan kata nama. Corak bahasa sejenis ini membolehkan seorang itu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat. Manakala, bahasa biasa lebih menggunakan kata nama dan frasa biasa sehingga menjadi pertuturan yang stereotaip (Sharifah Alwiah, 1985). Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi Sosialisasi Dan Bahasa Terhadap Pencapaian Akademik


Aspek Sosialisasi Bahasa Kompleks Bahasa Biasa

1. Nilai: Kepentingan ilmu Pengurusan Masa

Penggunaan bahasa biasa oleh ahli Penggunaan bahasa komplek oleh ahli keluarga tidak dapat memupuk nilai yang keluarga dapat memupuk nilai yang berkaitan dengan kepentingan ilmu dan berkaitan dengan kepentingan ilmu dan pengurusan masa di kalangan anak pengurusan masa di kalangan anak mereka remaja mereka Kesan: Kesan: Pelajar tidak bagitu sedar tentang Kesedaran di atas menjadi motivasi kepentingan pendidikan maka intrinsik kepada anak untuk mencari ilmu mengabaikan tanggungjawab untuk mencari ilmu Bimbingan terhadap kepercayaan agama Kepercayaan agama digalakkan oleh ahli oleh ahli keluarga yang menggunakan keluarga atau ibu bapa dengan bahasa dan loghat tempatan tidak begitu menggunakan bahasa yang kompleks. berjaya dan anak remaja kurang Anak mendapat bimbingan yang baik menerima bimbingan tersebut Kesan: Kesan: Ajaran agama menjadi garis panduan Ajaran agama diabaikan, dan anak tindakan anak-anak remaja dan mereka remaja kurang dibimbing atau dibantu. memberi tumpuan kepada kepentingan Maka kepentingan memperoleh ilmu memperoleh ilmu. bukan merupakan tanggungjawab utama
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

2. Kepercayaan agama

Perbezaan Lokasi Bandar Dan Luar Bandar


Sebagaimana yang kita ketahui, pelajar-pelajar di negara ini tinggal bersama keluarga mereka sama ada di bandar mahu pun di kampung. Data statistik menunjukkan bahawa sebanyak 84% daripada sekolah-sekolah rendah terletak di kawasan luar bandar dan 40% daripada sekolah-sekolah tersebut mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang (Sharifah, 1995). Hal ini membawa implikasi terhadap pencapaian akademik pelajar.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Perbezaan Kemudahan Awam Antara Bandar Dengan Kampung.


Aspek Bandar Mempunyai bekalan air dan lektrik Kesan: Pelajar boleh memberi tumpuan kepada pelajaran. Mereka boleh belajar dalam keadaan yang selesa. Kampung Ada kalanya tidak mempunyai bekalan air dan elektrik Kesan: Pelajar membazir masa mengangkut air daripada perigi dan sungai.

1. Bekalan air dan lektrik

2. Pusat tuisyen

Terdapat banyak pusat tuisyen Kesan: Boleh mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan
Terdapat perpustakaan awam. Kesan: Ini membolehkan pelajar membuat rujukan tambahan dan tempat belajar yang selesa
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sukar mendapat pusat tuisyen Kesan: Pembelajaran hanya bergantung kepada input sekolah sahaja

3. Perpustakaan

Tidak ada perpustakaan awam. Kesan: Hanya bergantung kepada bahan rujukan perpustakaan sekolah. Oleh kerana saiz sekolah kecil, maka bahan rujukan adalah terhad.

Ciri-ciri Sekolah Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik


Terdapat beberapa ciri sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Tiga daripada ciri-ciri tersebut, ialah budaya sekolah, jangkaan guru, dan keberkesanan sekolah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

A) Budaya Sekolah
Mengikut kebiasaan, budaya sekolah merujuk kepada persekitaran keseluruhan pelajar itu di sekolah. Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong dikatakan mempunyai kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Colin Marsh (2000), budaya sekolah sering berubah dan tidak statik.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ciri-ciri Positif Sekolah


Aspek 1. Keadaan fizikal sekolah yang baik Ciri Positif a. Bilik darjah yang mencukupi dan tiada kelas terapung membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar b. Kemudahan untuk aktiviti rekreasi, contohnya padang, dan jimnasium mengurangkan tekanan pembelajaran di kalangan pelajar Sekolah menganjurkan projek gotong royong, dan kem kaunseling untuk memupuk nilai murni, dan Hari Kantin bertujuan mengutip derma untuk pelajar miskin serta memberi pelajar mencari pengalaman berniaga a. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah membantu pelajar memilih kerjaya masa depan b. Pengetahuan yang dipelajari itu membantu pelajar membentuk personaliti dengan kreativiti sendiri

2. Aspek sosial yang menghasilkan seorang insan yang baik dan berguna

3. Budaya ilmu yang positif

4. Menguasai bahasa a. Pelajar yang dapat menguasai bahasa dengan baik boleh mengambil bahagian dalam bahas, pidato, dan lain-lain b. Penguasaan bahasa yang baik memberi keyakinan kepada pelajar untuk berinteraksi dengan orang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(B) Jangkaan Guru


Jangkaan guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap pencapaian pelajarnya dalam aktiviti pembelajaran. Jangkaan ini terbentuk hasil daripada penelitian data pencapaian akademik yang lepas, pemerhatian perlakuan pelajar serta interaksi guru dengan pelajar. Jangkaan ini membantu guru memotivasi pelajarnya ke arah pencapaian akademik yang lebih tinggi. Guru selalunya menyampaikan jangkaan ini melalui mimik muka, gaya dan tingkahlaku personal.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Hubungan Antara Jangkaan Guru Dengan Pencapaian Akademik Pelajarnya


1. Jangkaan guru yang tinggi terhadap kemampuan pelajar bertujuan untuk: Meningkatkan usaha pembelajaran; Mempunyai keyakinan dalam penglibatan diri semasa aktiviti pembelajaran; Menghasilkan tugasan yang baik; dan Selalu bersedia untuk menerima pembelajaran yang baru. Contoh: membaca topik dahulu sebelum pengajaran dilaksanakan, dan menyediakan soalan yang berkaitan untuk bertanya dalam kelas. Kesan: Pencapaian akademik pelajar meningkat.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

2. Jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian pelajar menyebabkan pelajar: : Malas untuk mencuba; Mengamalkan sikap mencari jalan yang paling senang semasa melengkapkan tugasan; Kurang memberi tumpuan kepada guru; dan Kurang terdorong untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di bilik darjah seperti bertanya dan menjawab soalan. Kesan: Pencapaian akademik pelajar mula merosot.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ciri-ciri Sekolah Berkesan


Secara am, sekolah berkesan menawarkan peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar tanpa mengira ras, status sosio-ekonomi atau jantina. Selain daripada itu, sekolah berkesan juga memastikan bahawa semua pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Mortimore (Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai sekolah yang menolong pelajar berkembang lebih daripada jangkaan berdasarkan latar belakang keluarganya. Beliau menambah bahawa sebuah sekolah adalah berkesan sekiranya ia dapat: Mendorong pelajar untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya. Memastikan setiap pelajar boleh memaksimumkan potensinya. Meningkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar dalam semua aspek. Sentiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Perhubungan Antara Ciri-ciri Sekolah Berkesan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar


Ciri-ciri Sekolah Berkesan 1. Pengurusan yang berkesan, dinamik, proaktif, dan mesra dengan klien; 2. Peraturan sekolah yang jelas; 3. Guru berterampilan dalam bidang masingmasing dan mesra dengan klien; 4. Kemudahan dan infrastruktur fizikal yang mencukupi; 5. Persekitaran sekolah yang ceria; 6. Jangkaan yang tinggi terhadap pelajar dan guru; 7. Kepimpinan yang kukuh; 8. Semua ahli mempunyai komitmen untuk mencapai kejayaan; 9. Kerjasama rakan sejawat dan kerja berpasukan. Pencapaian Akademik Pelajar 1. Pelajar berasa selamat dan selesa belajar dalam iklim sekolah; 2. Pelajar bermotivasi untuk mengikuti pelajaran; 3. Tumpuan murid terhadap pengajaran menjadi lebih berfokus; 4. Disiplin pelajar terkawal; 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan; 6. Keperluan pelajar dapat dipenuhi; 7. Persaingan yang sihat di kalangan pelajar dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik; 8. Hubungan yang mesra antara murid dan antara guru dengan murid menyebabkan persekitaran sosio-emosi yang boleh merangsang pembelajaran. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rujukan:
Ebel, Robert L. & Fribie David A. (1991). Essentials of educational measurement. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall. Gay, L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: Competencies for analysis and application. 2 nd Edition. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill Publishing Co. a Bell and Howell Company. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia. Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Sprinthall, R.C. (1994). Basic statiscal analysis. 4th Edition. Needham Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1990). Educational measurement and testing. 2nd Edition. Needham Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education. http://WWW.collegetermpapers.com Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: Publishing Co.

Macmillan

Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca: Peacock Publishers,Inc.

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2.Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and Psychology. Forth Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc. Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division. Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Linn R. L. & Gronlund, N. E. (1995). Measurement and assessment in teaching. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah-satu perspektif sosiologi.Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia (2000). Sosiologi pendidikan.Serdang: Fakluti Pengajian Pendidikan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like