You are on page 1of 41

PENGENALAN TEORI PELAZIMAN KLASIK

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.

Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).

EKSPERIMEN PELAZIMAN KLASIK PAVLOV


Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah).

Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Sebelum Pelaziman RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar) Semasa Pelaziman RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur) Selepas Pelaziman RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur) Kunci: RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus) RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus) GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response) GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)

KESIMPULAN KAJIAN PAVLOV


1. Penguasaan(Acquisition) Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku berperingkatperingkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2. Generalisasi (Generalisation) Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama.

3. Diskriminasi (Discrimination) Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.

4. Penghapusan (Extinction) Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan.

Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

PENGENALAN TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER


Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas.

EKSPERIMEN SKINNER
Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam kotak skinner. Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar.

Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak.

Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan.

Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

KESIMPULAN KAJIAN SKINNER


Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya.

Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

PENGENALAN TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF KOHLER

Wolfgang Kohler, seroang perisik Jerman semasa Perang Dunia I, yang bertempat di Tenerife, Afrika Barat mengkaji tingkah laku cimpanzi menyelesai masalah. Hasil kajiannya ditulis dalam buku betajuk The Mentality of Apes (1925). Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan menggunkan cimpazi.

Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya.

EKSPERIMEN " CELIK AKAL"


Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkar. Pisang digantung daripada bumbung sangkar. Di dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan saiz. Mula-mula haiwan itu melompat-lompat untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya.

Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk mendapatkan pisang itu. Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.

KESIMPULAN YANG DIDAPATI DARI HASIL KAJIAN KOHLER


i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya.

Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh.

Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain.

PENGENALAN TEORI PELAZIMAN INSTRUMEN


Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhi organisam maka itu sesuatu gerak balas boleh dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya.

Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan RG mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman.

3 HUKUM TEORI PELAZIMAN INSTRUMEN


i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike sebagai:

a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu.

b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak mengalir adalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi. c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan.

ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iaitu tindakan mengulang) tidak dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah.

iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur. Kedua, sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah, teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.

EKSPERIMEN THORNDIKE
Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing, Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box yang mempunyai kunci.

Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan bermacam-macam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat.

Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama. Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kuci pintu dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.