Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

TAMAR JALIS

Bercakap Dengan Jin
Jilid 8

Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ (http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com) PERHATIAN Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya tidak kira melalui apa cara sekalipun!

ISI KA DU GA [9 siri]

| Kembali Ke Senarai Jilid

(Jilid 08) Siri 111: Kelawar Hisap Darah Apr 12, '10 9:10 PM (Jilid 8) Siri 112 : KEPALA KE LANGIT Apr 15, '10 2:42 AM (Jilid 08) Siri 113: KITAB KEJAHATAN Apr 24, '10 12:32 AM (Jilid 8) Siri 114 : HITAM SEPARUH BADAN Apr 24, '10 3:05 AM (Jilid 8) Siri 115 : PULANG DARI KUBUR Apr 27, '10 8:36 AM (Jilid 8) Siri 116 : BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN Apr 29, '10 2:14 AM (Jilid 8) Siri 117 : ILMU TELAPAK PASIR MERAH May 1, '10 4:14 AM 118 KENA SERBUK TULANG May 12, '10 7:48 PM 119 BAYANG HITAM DATANG LAGI May 14, '10 7:40 AM CHAPTER LIST

(Jilid 08) Siri 111: Kelawar Hisap Darah Apr 12, '10 9:10 PM
by ahmad for group komunitisbdj KALAU diturutkan rasa hati, mahu saja saya menyepak kura-kura yang tertonggok macam besi buruk itu. Akhirnya saya sedar, bahawa saya tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya di malam yang kian dingin. "Macam mana kalau aku campakkan kura-kura ini keluar," Mat Prai mempamerkan kemarahan. Sepasang matanya segera diarahkan ke arah belakang kura-kura. Mat Prai terus membongkokkan badannya sambil berusaha mahu memegang badan kura-kura. "Jangan." Saya segera menyergah. Mat Prai terus menegakkan badannya semula.

1 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Kenapa Tamar?" "Biar dia pergi sendiri. Saya bimbang ini bukan kura-kura betul, agaknya ini kura-kura jelmaan," tutur saya lagi. Dedaun hutan yang dijadikan atap pondok mula bergerak-gerak, malah ada yang jatuh ke tanah akibat disentuh angin. Aneh! Angin yang bertiup lembut secara mendadak bertukar menjadi keras. Saya terdengar reranting tua jatuh bertalu-talu ke tanah. Saya dan Mat Prai terdengar bunyi suara tupai. Semuanya mengundang kecemasan dalam diri. Ganjil sekali, bila tupai berbunyi malam. Dalam rasa serba salah dan takut itu, terdengar suara harimau mengaum. Beberapa ekor kelawar berterbangan dalam pondok. Salah seekor dari kelawar itu jatuh di depan saya dan Mat Prai. Jarak kelawar itu dengan badan kura-kura kira-kira tiga hasta saja. Bentuk kelawar yang jatuh itu agak berbeza dengan kelawar-kelawar yang biasa saya lihat. Bentuk badannya agak besar, sayapnya juga agak lebar. Bulunya berwarna kekuningan dan biji matanya tersembul seperti memancarmancarkan cahaya api. "Kamu tengok giginya." Saya segera mengarahkan mata ke arah yang disebutkan oleh Mat Prai. Darah saya tersirap melihat muncung kelawar yang bentuknya macam muncung babi hutan. Giginya yang putih dan besar menyeringai ke arah saya. "Ini kelawar puntianak jenis penghisap darah, " kata saya pada Mat Prai. "Berbahaya," jawab Mat Prai cemas, "biar aku bunuh Tamar." Sebaik Mat Prai selesai bersuara, kelawar di depan kami terus berbunyi dengan nyaring. Kedua belah kepaknya dikembangkan dan terus terbang, berpusing-pusing dalam pondok kecil. Dan kura-kura terus hulurkan kepalanya, seolah turut menyaksikan apa yang dilakukan oleh kelawar itu.. KELAM Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya lemparkan pandangan ke arah luar pondok. Malam yang gelap pekat itu membuat saya tidak dapat melihat apa-apa pun. Deru angin terus mengasak lubang telinga di samping bunyi telapak kaki manusia memijak reranting dan dedaun kering di setiap sudut pondok. "Panggil datuk kamu, Tamar" Mat Prai keluarkan cadangan. Saranan itu tidak dapat saya terima. Terlalu awal rasanya untuk menyampaikan perkara ini pada datuk. Biarlah datuk dan Pak Imam menyelesaikan urusan mereka. Bila melihat saya tidak memberikan sebarang reaksi, Mat Prai mengulangi pertanyaannya lagi. "Tak payah." kata saya tegas. Terbayang kehampaan di wajah Mat Prai. Tetapi, kehampaan itu segera digantikan oleh rasa cemas dan terkejut yang amat sangat. Kura-kura ganjil bergerak dan hilang dengan sekelip mata. "Dia datang." Mat Prai arahkan telunjuk kepada kelawar secara mendadak muncul kembali dalam pondok. Kelawar itu terus berlegar-legar dalam pondok.. Kelawar itu terus menerkam ke arah pelita minyak tanah ambil mengembangkan sayapnya lebar-lebar. Bila berada betul-betul di atas muncung api pelita minyak tanah, kelawar itu terus memukulkan kepaknya ke arah sumbu pelita. Api pelita padam dengan serta-merta. Saya bertambah menggelabah, badan terus menggeletar. "Aduh..tolong.." Suara Mat Prai meninggi. Saya terus berusaha mencari mancis api. Raba sana, raba sini, Mancis tak juga ditemui. Mat Prai terus mengerang kesakitan. "Muka aku berdarah, Tamar." "Kenapa?" "Dicakar kelawar, eh kelawar itu cuba gigit batang leher aku. Tolong aku.. ah.." suara Mat Prai terus berhenti, saya terdengar tubuhnya jatuh ke tanah lalu dituruti dengan bunyi pergelutan yang hebat di malam yang gelap. Saya terus menyeru nama Mat Prai berkali-kali. Sayangnya saya tidak menerima sebarang jawapan. Apa yang saya dengar ialah tarikan nafas Mat Prai tercungap-cungap. Saya tidak boleh berdiam diri, mesti bertindak untuk menyelamatkan Mat Prai. Saya mula meraba-raba ke arah badan Mat Prai. Lain yang saya raba dan saya cari, lain yang saya dapat. Mancis api sudah berada dalam tangan saya. Anak mancis saya lagakan di badannya. Api pun memancar dan sumbu pelita segera saya bakar. Kawasan sekitar terang benderang. Anak mata saya melilau mencari tubuh Mat Prai. "Ya Allah." jerit saya. Mat Prai terlentang mukanya berdarah bersama dengan calar-calar. Bajunya habis koyak-rabak, saya lihat di batang tengkuknya ada benda hitam sebesar telapak tangan. Saya segera mendekatinya. Tanpa membuang masa saya terus membaca petikan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau syaitan. Selesai membacanya, saya seperti memperoleh sebuah kekuatan yang agak luar biasa. Saya tidak takut dan cemas. Bunyi-bunyi yang menakutkan sekitar pondok terus hilang. Begitu juga dengan kelawar aneh, tidak kelihatan lagi. PANGKAL Perlahan-lahan saya pangku kepala Mat Prai. Kemudian saya heret tubuh Mat Prai keluar dari pondok. Saya sandarkan ke pangkal pokok

2 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

yang tidak saya ketahui jenisnya. Dedaun kering dan reranting yang bersepah sekitar pangkal pokok saya kumpulkan. "Kuku kelawar cukup bisa, semua kulit muka terasa pedih." Ratap Mat Prai, saya segera anggukkan kepada. Darah di mukanya saya kesat dengan kain yang saya koyak dari hujung baju. Dengan diterangi oleh sinar lampu minyak tanah, saya dapat melihat betapa dalamnya cakaran dari kuku kelawar aneh di muka Mat Prai. "Tunggu" Itu yang saya ucapkan padanya. "Kau nak ke mana, Tamar? Kau nak panggil datuk kamu? "Ya" saya anggukkan kepala. Tanpa membuang masa saya terus membakar longgokan dedaun kering dan reranting. Dengan sekelip mata, api terus marak. Seluruh kawasan di bawah pokok terang benderan, macam siang. Cengkerik dan katak puru yang berlompatan jelas kelihatan. Mat Prai agak terkejut dengan apa yang saya buat. Dia terus berdiri sambil memeluk pangkal pokok. "Kenapa kau buat semuanya ini, Tamar? Kau nak bunuh aku atau kamu kerasukan syaitan?" "Bukankah kita memerlukan datuk? Inilah cara memanggilnya" "Hiss, kamu, kenapa tidak kau laungkan saja dari sini?" "Ada pesan datuk untuk saya" "Pesan?" Mat Prai bertambah terkejut. Dia merasakan yang saya mahu mempermainkan dirinya. "Apa pesan datuk kamu, budak syaitan?" jerit Mat Prai. Kemarahannya sudah tidak dapat di kawal lagi. Dari gerak-gerinya meyakinkan hati saya yang Mat Prai mahu melakukan sesuatu terhadap saya. Dia yakin saya sudah kemasukan syaitan. "Eh, budak syaitan apa pesan datuk kamu?" dalam keadaan terhuyung-hayang kerana menahan kesakitan. Mat Prai segera mendekati saya. "Kata datuk, jangan laungkan namanya waktu dinihari, lebih-lebih lagi dalam masa kecemasan, nanti syaitan tumpang menyahut" jelas saya dengan tenang. Mat Prai tidak jadi melangkah untuk mendekati saya. Perlahan-lahan Mat Prai undur lalu bersandar di perdu pokok dengan sepasang matanya tertumpu ke arah dedaun dan reranting kering yang dimamah api. Nampaknya Mat Prai mula yakin yang diri saya tidak dirasuk syaitan. Dengan keadaan terhuyung-hayang Mat Prai terus mengutip dedaun kering dan reranting lalu dicampakkannya ke dalam api yang sedang marak. "Eh! Kenapa Tamar?" Darah saya tersirap. Bahu kanan saya dipaut dari arah belakang. Reranting kayu dalam genggaman saya segera terlepas. Jatuh berserakan di hujung kaki. Angin malam terus bertiup, bersama bunyi cengkerik dan jeritan burung hantu yang memanjang. Lolongan anjing yang sayu dan memanjang menegakkan bulu tengkuk. "Eh, kenapa Tamar?" Ulang datuk untuk kedua kalinya sambil menatap wajah saya yang berada dalam keadaan terkejut. Tidak dapat saya pastikan dari arah mana datuk muncul. Walau bagaimanapun, kedatangannya amat menggembirakan hati saya dan Mat Prai. Segera saya mendekati datuk untuk menerangkan keadaan sebenar. Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, Mat Prai terus memeluk datuk. "Kenapa dengan muka kamu?" tanya datuk lalu memimpin Mat Prai ke kawasan yang agak samar-samar. Datuk terus dudukkan Mat Prai di situ. Datuk kesat kesan darah di muka Mat Prai dengan sehelai daun lebar yang dipetik dari sebatang pokok di sebelah kanan tempat datuk duduk bertinggung. "Muka saya dicakar kelawar besar, Ayah Alang" nada suara Mat Prai yang keras dan meninggi itu membayangkan dirinya memiliki semangat baru, akibat kehadiran datuk di sisinya. Datuk terus menatap dengan teliti cakar-cakar di muka Mat Prai. "Kukunya tak berapa dalam terbenam dalam daging muka kamu. Bisanya juga tak seberapa" tutur datuk lagi sambil menekankan hujung jari kelengkeng ke pipi Mat Prai. Setiap kali hujung jari datuk ditekan, kedua belah kelopak mata Mat Prai kelihatan mengecil menahan rasa sakit. Anehnya! Mat Prai tidak memperlihatkan sebarang tindak balas terhadap perbuatan datuk itu, meskipun, perbuatan datuk itu mendatangkan rasa sakit pada dirinya. Agaknya, kelawar yang menyerang saya itu, kelawar jadian yang sudah dipuja" sambil menarah rasa sakit, Mat Prai bersuara tersangkutsangkut. Datuk tidak memberikan sebarang jawapan. Jari telunjuk datuk terus berlari atas permukaan kulit muka Mat Prai. "Kita hanya berusaha dan berdoa, untuk menyembuhkannya adalah milik Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang" kata datuk tenang. Dia berhenti menyentuh kulit pipi Mat Prai dengan hujung jari telunjuknya. TIUP Angin malam terus bertiup, lolongan anjing liar di kali bukit bersama nyanyian burung hantu, bertalu-talu memukul gegendang telinga. Di celah-celah suara anjing dan burung hantu itu masih saya dapat dengar suara Pak Imam membaca surah Yasin. "Taruhkan lagi daun dan ranting kering dalam api tu" datuk mengeluarkan arahan. Cakapnya segera dipatuhi. Api terus marak, kawasan sekitar terus terang benderang. Dengan pertolongan cahaya api, datuk terus memilih pepucuk daun yang hijau. Jumlahnya lebih kurang dua puluh helai. Pepucuk itu

3 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

dijadikan empat longgok dan setiap longgok mengandungi lima helai. Longgokan itu diletakkan sederet di depannya sambil duduk bertinggung datuk terus menepuk kedua belah tapak tangannya tiga kali berturut-turut. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak semacam membaca sesuatu. Mat Prai seperti menerima arahan tertentu terus duduk berdepan dengan datuk. "Di depan kamu ada lima longgok pucuk daun yang baru aku petik. Sekarang, kamu pejamkan kedua belah mata. Kemudian kamu pegang salah satu longgok daun tu dan serahkan kepada aku, faham tak apa yang aku cakapkan?" tutur datuk kepada Mat Prai. "Faham" sahut Mat Prai sambil merenung ke arah saya yang telah mencampakkan dedaun dan reranting kering ke dalam api yang kian membesar. Muka saya mula terasa panas akibat terkena bahang dari api yang saya nyalakan. Di malam yang dingin itu badan saya mula diruapi peluh-peluh halus, tetapi, tangan tidak berhenti melontarkan ranting kering ke dalam api. Bara api yang terkena ranting terus mengeluarkan percikan bunga api, naik ke udara. "Mulakan sekarang" kata datuk. "Sekarang?" Mat Prai seperti terkejut. Dia memang tidak menduga secepat itu datuk menyuruh dia melakukan tugas tersebut. Bila melihat Mat Prai agak keberatan dan ragu-ragu untuk mematuhi perintahnya, datuk terus bersuara dengan lantang dan garang. "Pejamkan mata, buat apa yang aku suruh!" "Baiklah Ayah Alang. Tapi saya takut ada sesuatu yang buruk terjadi" "Tak apa, buatlah apa yang aku suruh," nada suara datuk cukup lembut. Matanya penuh simpati merenung ke arah muka Mat Prai. Mungkin untuk memberikan semangat (pemulih) datuk terus meraba cuping telinga Mat Prai tiga kali berturut-turut. Hasilnya, Mat Prai kelihatan lebih agresif dan berani. Mukanya nampak merah. "Saya mulakan sekarang Ayah Alang" "Silakan Mat Prai" Mat Prai terus duduk bersila. Kedua belah kelopak matanya dicantumkannya. Sepasang bibir bergerak mengucapkan Bismillah.. Tangan kanannya bergerak dan akhirnya menyentuh longgokkan pepucuk daun yang terletak dilonggokkan ketiga di sebelah kiri. Diserahkannya pada datuk. Datuk hanya mengambil sehelai sahaja untuk diletakkan atas kepala lutut kanan. Selebihnya datuk letak di bawah paha kiri. "Saya boleh buka mata sekarang Ayah Alang?" "Tak boleh kecuali bila aku suruh" "Saya tak sanggup Ayah Alang," kata Mat Prai tersekat-sekat. "Macam-macam yang saya lihat dalam mat ni, semuanya menakutkan," sambung Mat Prai. Kedua belah tangannya merewang ke kiri dan ke kanan. Dahinya terus berkedut, kedua belah bulu keningnya hampir bertemu, membayangkan rasa takut dan cemas melihat sesuatu yang amat menakutkan. "Sekarang di depan kamu ada empat longgok lagi. Aku mahu kamu ambil satu persatu dan serahkan pada aku, macam kamu buat tadi," datuk mengingatkan Mat Prai. "Baik Ayah Alang." Mat Prai terus mencakup longgokan itu satu persatu. Diserahkan kepada datuk. Macam tadi juga, datuk hanya mengambil sehelai saja. Manakala bakinya datuk letakkan di bawah peha. Bila sudah cukup lima helai pucuk daun hutan berada di atas kepala lutut datuk, dia segera membongkokkan badannya untuk mengambil pucuk dedaun hutan itu dengan mulut. SABAR Dengan sabar Mat Prai menanti arahan dari datuk untuk membuka kelopak matanya,dan saya lihat tidak ambil kisah dengan Mat Prai yang tertonggok di depannya. Dia seolah-olah menganggap Mat Prai bagaikan tidak wujud di depannya. Pucuk daun berubah tempat, dari atas kepala lutut ke telapak tangan datuk. Pucuk-pucuk daun itu datuk ramas hingga mengeluarkan air kental yang berwarna kehijau-hijauan dan berlendir. Air disapukan oleh datuk ke muka Mat Prai. Hampas dari pepucuk yang diramas itu ditampalkan ke kulit muka Mat Prai. Tidak memadai dengan itu, datuk terus melekapkan daun yang disimpan di bawah paha kiri ke muka Mat Prai. "Sekarang buka mata kamu." Mat Prai membuka matanya. Saya ketawa kecil melihat wajah Mat Prai yang melucukan dibalut oleh dedaun hutan. Cuma biji matanya saja yang bergerak. Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang muka Mat Prai tidak ubah macam muka orang pada zaman primitif. "Kamu jangan gerakkan kulit muka, duduk diam di situ selama sepuluh minit. Mata kamu renung ke langit," kata datuk sambil bangun. Mat Prai resah sendirian dan saya tidak pernah lupa dengan tugas mencampakkan reranting kering ke dalam api. Datuk mundar-mandir, di depan api dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh. "Macam mana kalau kelawar tu datang menyerang saya. Ayah Alang tak benarkan saya bergerak," Mat Prai memprotes. Datuk segera memalingkan muka ke arah Mat Prai. Dia seperti terkejut dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Mat Prai itu. Kata-kata itu seolah-olah membayangkan keraguan Mat Prai terhadap keupayaan datuk mengatasi masalah yang dihadapi. "Tak apa Mat Prai, aku ada di sini," balas datuk.

4 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Saya yakin kalu kelawar tu datang Ayah Alang tak boleh buat apa-apa, kelawar tu kelawar jadi-jadian," sanggah Mat Prai. Datuk menarik nafas panjang. Bersama sebuah senyuman dia menjatuhkan sepasang tangannya lurus ke bawah. "Oooppp..." Datuk melompat sambil membuka buah silat dengan kedua belah tulang sikunya menghala ke arah sepasang biji mata sebesar buah pinang dara. Pokok-pokok renek di depannya bergerak seperti dirempuh sesuatu. "Harimau," kata saya cemas. Seekor harimau sebesar lembu jantan yang cukup dewasa berada di depan datuk. Harimau itu tidak mengaum tetapi, membuka mulutnya perlahan memperlihatkan dua batang siung yang putih dan besar. Bahagian dagu harimau bergerak-gerak. Harimau yang tidak di undang itu merendahkan badannya dengan sepasang kakinya dilunjurkan ke depan sementara kedudukan kaki belakangnya tidak berubah. Saya kira harimau itu mahu melakukan satu lompatan yang kencang untuk menerkam ke arah batang tengkuk datuk. Andainya datuk tidak dapat mengelakkan terkaman pertama sudah pasti leher datuk patah. Di saat itu saya memikirkan hal itu, harimau besar terus melakukan satu lompatan. Datuk mengelak ke kiri, harimau terus menerkam. Elak ke kanan harimau menerpa tanpa tangguh-tangguh. Datuk dan harimau terus bersilat. Tamparan harimau dapat datuk elakkan dengan berguling di tanah. Datuk menggolekkan tubuhnya ke arah api yang marak. Bagaikan kilat datuk menyambar ranting yang dimakan api. Datuk segera bangun, harimau terus melompat melepasi kepala datuk. Ketika harimau berada di udara dan bahagian perutnya betul-betul berada di atas kepala datuk, tanpa membuang masa datuk terus melakukan tindakan mengejut. Dia terus bertinggung sambil meletakkan ranting kayu terbakar atas bumi. "Uhhh..." Pekik datuk lalu mencapai ranting kayu. Secepat kilat ranting terbakar itu dijolokkan ke bahagian perut harimau. Harimau terus mengaum dengan nyaring dan jatuh ke rimbunan pokok-pokok renek dan akhirnya terus hilang. Ghaib entah ke mana. Datuk terus bangun sambil menepis dedaun kering yang melekat pada bajunya. Dia renung saya dengan senyuman kepuasan. "Harimau sesat nak cari durian," katanya dengan tenang melangkah mendekati Mat Prai yang kelihatan kaku. Pada hemat saya, mungkin Mat Prai terkejut melihat kemampuan datuk bersilat dengan harimau yang tidak di undang. Datuk terus menepuk bahu kanan Mat Prai dua tiga kali. Mat Prai gerakkan tubuhnya lambat-lambat. "Bangun." Dia segera bangun, patuh dengan perintah datuk. Mat Prai toleh kiri dan kanan. Kebimbangan berkocak dalam dadanya. "Kau bongkokkan badan macam orang rukuk sembahyang," datang lagi arahan dari datuk. Macam tadi, Mat Prai tetap mematuhi apa saja cakap datuk. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 8) Siri 112 : KEPALA KE LANGIT Apr 15, '10 2:42 AM
by faqir for group komunitisbdj Siri 112 : KEPALA KE LANGIT Datuk berdiri di sebelah kanan Mat Prai memastikan kedudukan rukuk Mat Prai betul seperti yang dihajati, datuk terus menggenggam penumbuk kanan. "Bersedia Mat Prai." "Ya, saya bersedia Ayah Alang." "Kalau sakit jangan mengeluh, jangan mengaduh. Kau mesti tahan semuanya." "Baik Ayah Alang." "Sediaaaaaa..." datuk melepaskan penumbuk sulung ke pangkal belikat Mat Prai. Saya lihat Mat Prai rebah perlahan-lahan serentak dengan itu juga saya lihat hampas dan serbuk dari pucuk hutan yang ditampalkan ke muka Mat Prai terus jatuh berderai. Bertaburan di tanah. "Kamu ni lembik sangat, kena sikit pengsan," datuk seperti merungut di depan tubuh Mat Prai yang terbaring di bumi. Datuk segera memulihkannya hingga sedar. Mat Prai terus duduk bersila di depan datuk dan saya. Cahaya api yang marak mengizinkan saya menatap Mat Prai. Kesan darah dan cakaran yang dalam sudah tidak kelihatan lagi, kecuali garis-garis halus yang tidak berapa dalam. "Aku tengok pangkal tengkuk kamu lebam, rapat dengan aku, biar aku periksa," tanpa banyak cakap Mat Prai hulurkan tengkuknya pada datuk. Dengan teliti datuk membelek-belek kesan lebam itu. Dua tiga kali datuk tekan ibu jari kanannya ke tempat yang lebam itu. Akhirnya kesan lebam itu hilang. "Kelawar tu cuba nak hisap darah kamu, Mat Prai," datuk terus memberi komen sambil menolak tengkuk Mat Prai, suruh beredar dari sisinya. "Agaknya kelawar jadi-jadian," Mat Prai membuat ramalan. Datuk gelengkan kepala. "Mana ada kelawar makan darah manusia," sanggah Mat Prai membantah gelengan kepala datuk. Saya hanya diam saja tetapi, tidak melupakan tugas untuk membalingkan reranting kering ke dalam api yang marak.

5 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Siapa kata tak ada kelawar makan darah," kata-kata datuk itu membuat saya cemas dan takut. Bulu roma terasa tegak berdiri. Saya mula dongakkan kepala ke langit mengawasi kalau ada kelawar berterbangan di udara. Saya dan Mat Prai berpandangan. "Dalam satu kumpulan kelawar yang terbang malam, salah seekor darinya terdapat yang menghisap darah manusia dan binatang, bentuknya besar, kukunya berbentuk macam kuku harimau, taringnya tajam yang di bahagian hujung nampak kehitam-hitaman, kelawar jenis ini memang merbahaya dan jahat. Dia terbang malam antara pukul dua belas malam hingga tiga pagi, masa dia terbang tu, kalau jumpa binatang ternakan atau manusia dia terus menyerang," datuk memberi penerangan. PENERANGAN Selesai saja memberikan penerangan, dua ekor kelawar terus menerkam ke arah batang leher datuk. Kedua belah tangan datuk bergerak pantas menghalang hajat kelawar itu. "Uhhh...," jerit datuk. Dia terus melompat sambil menyambar ranting di bumi. Dengan ranting itu datuk memukul ke arah kedua ekor kelawar serentak. Pukulan datuk tepat pada sasarannya. Dan kedua kelawar terus jatuh ke dalam api yang marak. "Kamu berdua ikut aku," datuk renung muka saya dan Mat Prai. Kemudian kami mengaturkan telapak kaki mengikut langkah datuk. Memang itu yang kami harapkan. Makin hampir ke pondok, makin jelas dan lantang kedengaran suara Pak Imam membaca ayat-ayat suci di malam yang hening, memburu ke fajar menyingsing.Saya sudah membuat keputusan untuk membentang pada datuk tentang peristiwa aneh yang dialami. Sebaik-baiknya perkara itu, diceritakan bila sudah berada ddi pondok di depan Pak Imam. Bercerita sambil berjalan tidak sesuai. "Kamu berdua jumpa ular dan kura-kura?" Saya terkejut dan segera memalingkan muka ke arah Mat Prai, ternyata dia tergamam. Masih di jalanan datuk sudah menyoal, apakah dia yang mengadakan semuanya itu untuk menguji keberanian kami. Timbul pertanyaan dalam diri saya. Datuk berhenti melangkah. "Cakap, apa yang kamu alami tadi? Kamu jumpa ular dan kura-kura?" Datuk tatap wajah saya dan Mat Prai, sambil menarik nafas saya renung ke arah pondok yang dicerahi oleh lampu minyak tanah. Saya nampak Pak Imam terbongkok-bongkok memnaca al-Quran. "Ya, kami jumpa benda-benda yang datuk sebutkan itu dalam pondok, kami tak tahu dari mana datangnya," saya memberikan pengakuan pada datuk. Saya lihat orang tua itu meraba-raba pangkal dagunya yang dirajai janggut. Dia kelihatan cukup tenang. "Dari mana benda-benda ganjil itu datang tuk?" tanya saya lagi. "Aku sendiri tak tahu." "Tapi, macam mana Ayah Alang tahu benda-benda tu datang ke tempat kami," Mat Prai pula mengajukan pertanyaan. Datuk termenung sebentar, barangkali dia merasa sukar untuk memberikan jawapan. Datuk atur langkah kembali. Perjalanan yang terhenti disambung kembali. "Pada mulanya aku tak tahu, aku datang ke situ kerana aku nampak api," tanpa diduga datuk bersuara. "Masa aku sampai tadi, aku nampak ada sisik ular dan bekas kaki kura-kura," sambung datuk. Cukup teliti datuk mengawasi sesuatu tempat. "Kerja siapa semuanya tu tuk?" tanya saya lagi. "Kerja orang yang bertuankan iblis syaitan." "Jadi kura-kura dan ular tu benda jelmaan," cukup pantas Mat Prai menyoal, dia mempercepatkan langkah hingga berada di depan datuk. Perbuatannya itu memang tidak wajar dan datuk memerintahkan Mat Prai supaya berjalan di belakang. Perintah segera dipatuhi. "Bukan jelmaan Mat Prai." "Kalau bukan jelmaan, apa dia Ayah Alang?" "Perbuatan sihir." "Ayah Alang tahu orang yang jadi tukang sihir tu." "Agak-agaknya, aku tahu, orang jahat tu tak lain tak bukan ialah..." datuk tidak dapat menamatkan percakapannya. Sepotong kayu yang panjangnya kira-kira dua kaki meluru ke arah depan. Datuk tidak dapat mengelak dan kayu itu tepat mengenai telinga kirinya. Datuk berpusing-pusing dan bahagian yang terkena kayu itu kelihatan bengkak dengan segera. Datuk hampir mahu jatuh, mujurlah Mat Prai bertindak segera. Badan datuk terus dipangkunya dan dibaringkan di pangkal pokok. Setelah diberi bantuan tenaga datuk pulih dengan serta merta. Datuk terus bangun sambil meraba di tempat yang bengkak. "Syukur pada Allah kerana aku tak luka, kena sikit aje, sampai di pondok boleh diubat," ujar datuk tenang dan memulakan langkah yang terhenti. "Memang kamu handal orangnya." Serentak datuk, Mat Prai dan saya menoleh ke kanan. Seorang lelaki dengan seluar dan baju hitam berdiri di situ. Kepalanya diikat dengan kain merah. Di tangan kanannya terlekap sebatang lembing yang matanya dibuat dari buluh kuning yang sudah dikeringkan. Orang itu, tidak lain tidak bukan ialah Suhaimi Keraba. "Saya tidak handal, saya minta perlindungan dari Allah yang menjadikan kita semua. Saya tak suka orang membesar-besarkan saya macam tu," tutur datuk penuh hormat. "Ya, tak mengapa, lain waktu, lain masa kita bertemu lagi. Cuma saya nak ingatkan awak jangan seretkan orang lain dalam hal kita ini, jangan babitkan Pak Imam." "Saya tak babitkan sesiapa, saya cuma minta bantuan dari orang yang berilmu." "Sudahlah, jangan berdalih, jangan banyak cakap, haaaaa," Suhaimi Keraba menerkam ke arah datuk, secepat kilat dia menghayunkan batang lembing ke kepala datuk. Nasib baik datuk tunduk, batang lembing terkena pokok duku. Batang lembing patah dua, tetapi matanya melayang ke arah saya. Walaupun saya sempat mengelak, tetapi hujung siku saya terkena juga.

6 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Kami bertiga terdengar suara orang ketawa. Suhaimi Keraba tidak kelihatan lagi beberapa batang pokok di sekeliling kami bergegar seperti digoyang orang. Datuk tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di kawasan sekitar. Dia menggesa kami mempercepatkan langkah agar segera sampai ke pondok. Bila melihat kami terpacak di halaman pondok, Pak Imam berhenti mambaca al-Quran. Dia segera membuka kaca mata putih yang terlekap di muka. Dengan tenang Pak Imam menutup al-Quran. Kaca mata putihnya yang tebal diletakkan di sebelah kanan. Pak Imam merenung tepat ke arah datuk. "Dari rupa awan dan kedudukan bintang di langit, memang dah pukul dua lebih," datuk bersuara tenang. "Masa kamu tak ada tadi, macam-macam yang datang kacau aku, ada ular berkepala dua, ada lipan bara yang besar dan macam-macam lagi bermain di depan aku," Pak Imam menyampaikan berita. "Itu hanya ujian," balas datuk dengan senyum. "Berdebar juga hati kita dibuatnya," Pak Imam mengakhiri kata-katanya denga ketawa keil yang memanjang. Saya dan Mat Prai berpandangan. Datuk terus menuju ke perigi. Datang kembali dengan wajah yang basah. Datuk terus basuh kaki. Dia naik ke pondok. Giliran saya pula basuh kaki dan naik ke pondok lalu duduk bersila di sisi datuk. "Dah ambil air sembahyang, Tamar?" "Buat apa? Bukan nak sembahyang," saya menjawab. "Baca Quran, faham," nada suara datuk cukup keras. Saya mula mengelabah. Saya renung ke arah Mat Prai yang sudah duduk tertenggek di mata tangga. Sesekali terdengar deru angin. "Pergi ambil air sembahyang," datuk mendesak. Saya jadi serba salah, saya memang takut untuk pergi ke perigi. Dalam keadaan yang takut, saya cuba berlagak berani di depan datuk. Saya bercadang, bila sudah sampai di halaman pondok, saya akan mengajak Mat Prai menemani saya. Saya terus melangkah ke bibir tangga. "Tamar." Saya berhenti melangkah. Perlahan-lahan saya toleh ke arah datuk dan Pak Imam. Mereka sudah pun membuka al-Quran. Dada saya terus berdebar tanpa sebab. "Kenapa tuk?" "Kamu pergi ke perigi seorang diri, jangan ajak sesiapa jadi kawan kamu, faham." "Haaaa..." cuma itu saja yang terkeluar dari kelopak bibir saya. Sepasang kaki terasa lemah untuk melangkah. Ini satu penyeksaan yang amat kejam. Kenapa datuk bertindak demikian pada saya? Dia mahu menguji saya? Mahu mengajar atau mahu menyeksa? Itu pertanyaan yang berbunga dalam hati, tetapi, tidak berani saya keluarkan untuk didengar oleh datuk. "Kau nak kutip buah durian Tamar?" "Tak." Serentak saya gelengkan kepala. "Kau nak ke mana?" "Nak ke perigi nak ambil air sembahyang," saya tepis tangan Mat Prai. Ketika itu juga saya terdengar suara datuk berdehem. Tanpa mempedulikan samada Mat Prai tersinggung atau tidak saya terus menuju ke perigi. Dalam rasa takut dan cemas, saya dapat menyempurnakan mengambil air sembahyang. Sekurang-kurangnya dapat yakinkan datuk bahawa saya bukanlah seorang yang penakut. Waktu saya mahu melangkah menuju ke pondok semula, tanpa diduga saya terpandang sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih separas bahu. Saya terus membaca surah Al-Ikhlas dalam keadaan yang tidak teratur. Lembaga yang dibalut dengan kain putih semacam mayat itu, bergerak dalam keadaan terlompat-lompat. Saya renung ke arah kepalanya. Ternyata, wajahnya tidak berapa jelas kerana ditutupi rambut hitam yang lebat. Tiba-tiba rambut hitam lebat itu terselak bagaikan ditolak sesuatu. Separuh berada di telinga kanan dan separuh lagi di telinga kiri. Oh! Tuhan mukanya amat menakutkan. Dari bibir atas sebelah kanan dan kiri terjulur gigi (siong) yang besar dan panjang melebihi dagu. Kedua belah telinganya macam telinga monyet terlalu kecil dan hampir tidak kelihatan. Tidak mempunyai hidung dan dahi. Matanya tersembul macam mata udang, merah seperti bara. "Engkau tentu tak kenal dengan aku." Saya pasti, suara itu datang dari lembaga aneh yang berbalut kain putih. Tetapi, kelopak bibirnya tidak bergerak. Dari mana suara itu keluar? Timbul pertanyaan dalam diri saya. "Cakap, kau kenal atau tidak denga aku?" Lembaga ganjil mengajukan pertanyaan. Dan kali ini, saya kira suara itu keluar dari telinga sebelah kirinya. Cara yang paling berkesan untuk memastikan suara itu keluar dari telinga, saya harus mengadakan dialog kecil dengan lembaga ganjil yang tidak diundang. "Saya kenal," kata saya. "Kalau kamu kenal, sila ceritakan tentang diriku," sanggah lembaga putih, dalam kesempatan itu saya arahkan sepasang biji mata ke arah telinganya. Apa yang saya ramalkan memang tepat. Sudah jelas, lembaga itu berkata-kata melalui telinga. Setiap kali kata diucap, daun telinganya bergerak dan dari lubang telinganya terpancar warna kuning yang memanjang. Bila suaranya terhenti, pancaran dari lubang telinga turut mati.

7 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Kamu syaitan yang dilaknat Allah, suka mendampingi manusia dengan tujuan membawa manusia ke jalan kamu," kata saya memberanikan diri. "Kamu salah, aku datang kepada kamu untuk memberikan kebaikan." "Kebaikan?" kata saya terkejut. "Ya," katanya tegas, "Kau cuma tengok rupa aku yang buruk tapi, kau tidak tahu hati aku baik, sesuatu yang aku berikan pada manusia adalah dengan rela hati," tambahnya. Saya termenung sejenak, ketika itu saya merasai diri berada di alam lain, bukan di kawasan perigi. Sekitar saya, terdapat pepokok bunga yang beraneka bau yang amat harum. Ada aliran sungai yang datang dari gunung. Airnya cukup jernih. Tersergam sebuah rumah berbentuk Minangkabau. Ada suara seruling mendayu-dayu dan rerama terbang rendah. Cuaca sekitar terang benderang. "Engkau tentu suka dengan apa yang kau lihat," lembaga aneh bersuara. Keadaannya kini sudah berubah, wajahnya tidak menakutkan. Dia kelihatan seperti manusia biasa. Badannya dibalut dengan pakaian cara orang Arab. Kepalanya dibalut dengan serban yang bersambung dengan jubah yang dipakai. Semua kain yang dipakainya berwarna hijau. Di tangan kanannya ada tongkat dari rotan semambu. Buah tasbih sebesar buah pinang disangkutkan di bahu kanan. "Kamu mahu memperdayakan aku," saya membantah. "Kamu silap," sahutnya dengan senyum memperlihatkan wajahnya yang tampan. Berkulit putih dan berhidung mancung. Ada mirip orang Arab. "Aku mahu memberikan kamu sesuatu yang baik dan bermakna, kekayaan dan perempuan, kau lihat di sana," dia meluruskan telunjuknya ke arah rumah berbentuk Minangkabau. Di halaman rumah itu, terdapat tujuh gadis yang berwajah cantik. Mereka memakai pakaian yang amat jarang sekali. RANGSANG Gerak-geri mereka memberikan rangsangan berahi kepada saya. Sebagai seorang teruna, sudah pasti perasaan saya tergugat dengan kecantikan tubuh dan rupa lawan jenis saya. Dua tiga kali saya mengeluh dan menelan air liur. Ketujuh-tujuh gadis itu sengaja mengangkat kain yang dipakai hingga ke paras pangkal paha. Saya terus urut dada. Di kaki tangga rumah tersusun berpuluh-puluh tempayan serta peti-peti kayu yang berwarna kemerah-merahan. Tempayan dipenuhi dengan syiling manakala peti-peti kayu penuh dengan wang kertas. "Bagaimana? Kau tak mahu semuanya ini?" "Tak mahu, kau cuba menjerat aku." Orang berpakaian hijau terus ketawa. Tasbih sebesar buah pinang terus digerak-gerakkannya. Saya sudah lupa dengan Pak Imam, datuk dan Mat Prai. Saya berada dalam satu dunia yang sungguh menakjubkan. "Kalau mahu kaya, kau jadilah muridku, kalau kau mahu muda seumur hidup, kau hanya perlu tidur dengan gadis-gadis di depan kamu selama tujuh malam berturut-turut, setiap malam kau bawa seorang ke rumah dan begitulah seterusnya. Selain dari itu kau harus mencari tujuh gadis lain dan perdayakan mereka," lanjut lelaki berjubah hijau. Penuh semangat dia memberikan penjelasan. "Terima kasih, saya tak mahu semuanya itu," ungkap saya tegas. "Kau tak rasa menyesal?" "Tidak." "Apa kau tak mahu jadi macam Suhaimi Keraba yang tidak dimakan tua, tidak dimakan sebarang senjata api atau besi." "Tidak." Orang berjubah itu menutup mukanya dengan kain hijau. Dia ketawa gamat. Kamudian perlahan-lahan membuka kain hijau. Keadaannya segera berubah, wajahnya kembali hodoh dan sekujur tubuhnya dibalut dengan kain putih. "Engkau menolak pemberian Khalifah kami, engkau mesti menerima celakanya, kamu tahu? Suhaimi Keraba adalah anak murid Khalifah kami. Apa yang ditawarkan kepada kamu adalah jalan damai antara kami dengan datuk kamu," lembaga ganjil terus bersuara. Saya termenung sejenak. Dua tiga kali buka tutup kelopak mata. Entah berapa kali pula saya gosok mata dengan telapak tangan. Sekarang sudah jelas, saya tidak lagi berada di alam fantasi. Saya dapat melihat sinar pelita di pondok. Suara Pak Imam dan datuk terus mengalun mengisi ruang malam dengan ayat-ayat suci. Mat Prai kelihatan masih mundar-mandir di depan pondok. Bunyi buah durian gugur bertalu-talu. "Apa boleh buat, kamu menolak damai dari kami," cetus lembaga itu. Pada saat itu saya lihat rambutnya yang hitam bertukar menjadi warna kuning tembaga. Dimukanya, di bahagian hidungnya terdapat beribu-ribu ulat, sebesar ulat daun pisang. Ulat-ulat itu bergerak menuju ke lubang mata dan lubang telinga. Beberapa ekor ulat bergerak atau bergantungan pada gigi besarnya yang terjulur. "Huh...," lembaga itu mendengus dan sekaligus terus menghilangkan diri. Tempatnya segera digantikan oleh batang tubuh Suhaimi Keraba. Mata Suhaimi Keraba merenung tajam ke arah saya. "Kamu menolak seruan Khalifah aku di muka bumi," ucap Suhaimi Keraba. "Khalifah gila," kata saya.

8 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Ertinya, kamu mahu bermusuh dengan kami. Aku susah bertindak kerana kamu membabitkan Pak Imam dari kampung ini. Datuk kamu sial," Suhaimi Keraba terus mengutuk datuk dengan sewenang-wenangnya. Saya jadi marah. "Kamu sesat, kamu jadi hamba syaitan, kamu pengisi neraka jahanam," saya terus meledakkan kemarahan. Tindakan saya itu membuat Suhaimi Keraba marah. Dia terus menarik buluh kuning yang terselit di pinggangnya. Buluh kuning berukuran kira-kira satu hasta itu dilontarkan kepada saya. Kerana sudah tahu langkah dan atur silat yang dipelajari dari datuk, saya segera memanfaatkannya, saya dapat mengelak. Buluh kuning yang dilontarkan pada saya terkena pangkal pohon langsat. Api terus marak setinggi berdiri di pangkal pokok langsat. Saya terus menjerit dengan sekuat hati. LANGKAH Saya buka langkah lalu lari menuju ke pondok. Suhaimi Keraba terus ghaib serta merta. Saya tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri. Tercungap-cungap saya berhenti di kaki tangga, buat beberapa ketika. Saya terus duduk di anak tangga tanpa mempedulikan Mat Prai yang dua tiga kali mengelilingi saya. Dia berusaha menarik perhatian saya dengan harapan saya akan menegurnya. Bila saya buat tak isah, Mat Prai seperti berputus asa dan terus duduk di bumi. Angin malam yang bertiup terus menggugurkan buah durian. Bila rasa penat sudah hilang, saya terus basuh kaki dan naik ke pondok. Datuk berhenti baca Quran. "Kenapa macam orang kena kejar aje Tamar?" Pertanyaan yang datuk kemukakan itu membuat saya berada di dalam serba salah. Apakah perlu saya menjawabnya? Kalau dijawab apakah datuk percaya dengan apa yang saya ceritakan padanya? "Kenapa Tamar?" ulang datuk lagi. Kali ini sepasang matanya tertumpu ke wajah saya. Belum pun sempat saya menjawab datuk terus bersuara: "Kamu jumpa benda-benda pelik." (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 08) Siri 113: KITAB KEJAHATAN Apr 24, '10 12:32 AM
by jaja for group komunitisbdj Siri 113: KITAB KEJAHATAN Saya tergamam. Memang tidak saya duga datuk akan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan sedemikian. Rasa cemas masih menguasai rongga dada saya. "Kamu jumpa benda-benda pelik?" Datuk terus sergah, bila melihat saya dalam keadaan tidak tentu arah. Saya segera menoleh ke kiri dan ke kanan. "Cakap Tamar!" Gertak datuk. "Ya tuk, ya saya lihat," bertalu-talu saya anggukkan kepala macam burung belatuk tebuk lubang. "Tak mengapa," nada suara datuk merendah. Hati saya terasa damai, "perkara semacam tu memang tidak boleh dielakkan," sambung datuk. Saya merenung ke arah Pak Imam yang sudah pun menutup Al-Quran. Pak Imam segera alihkan pandangan ke arah datuk. Bunyi buah durian luruh terus mengasak lubang telinga saya. Angin yang bertiup terasa cukup dingin sekali bila menyentuh kulit muka. "Sudah, lupakan semua tu," datuk tatap wajah saya. "Ya, lupakan," sahut Pak Imam sambil menghulurkan Al-Quran kepada saya. "Kau ambil dan kau baca," datuk keluarkan arahan setelah melihat saya agak ragu-ragu mahu mengambil Quran yang dihulurkan oleh Pak Imam. Saya tidak boleh mengelak lagi. Sila pun saya kemaskan. Naskah Al-Quran sudah pun berada di tangan. Dan papan rehal segera datuk letakkan di hujung lutut saya. "Kau bacalah Tamar, saya nak tidur sekejap," ujar Pak Imam. Segera saya renung ke arah datuk. Dia anggukkan kepala. "Orang yang membaca Al-Quran dijauhi syaitan," tutur datuk lembut bersama senyuman. Bila datuk berkata demikian, ertinya dia menyuruh saya mematuhi permintaan Pak Imam. "Mulakan, tunggu apa lagi," terdengar suara Mat Prai dari halaman. Entah berapa kali dia berlegar-legar di halaman pondok macam kucing jantan ketagih kucing betina. Serentak datuk dan Pak Imam merenung ke arah Mat Prai. "Cuba kau duduk diam," datuk luahkan kata-kata untuk Mat Prai. "Kalau duduk diam, badan terasa sejuk. Bila berjalan macam ni terasa panas," dalih Mat Prai. Pak Imam menarik nafas panjang dan datuk senyum sinis. Bila saya memulakan bacaan Al-Quran (sebenarnya menyambung pembacaan Pak Imam), saya lihat Pak Imam segera rebahkan badan ke lantai. Datuk terus berdiri untuk memulakan sembahyang sunat malam.

9 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Selesai saja datuk menyempurnakan sembahyang sunat malam, dia terus sandarkan belakang ke tiang pondok. Saya sudah faham, bila datuk berbuat demikian menandakan yang dirinya amat mengantuk. Beberapa saat kemudian, datuk terus berdengkur. Saya terus membaca Quran dengan tenang. Buah durian yang cukup masak terus jatuh ke bumi. Mat Prai tidak mahu naik ke pondok. Masih berlegar-legar di halaman pondok. Setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, keadaannya menjadi tidak tenang dan tenteram. "Hummmmm…" Saya terkejut hingga Quran di depan tertepis ke kiri. Mat Prai melompat empat anak tangga dan terus duduk bersila di depan satya. Dengan rasa cemas dan hairan saya ambil Quran yang tertangkup di atas lantai. "Kenapa?" Tanya saya. Mat Prai tidak menjawab, malah bergerak menuju ke arah datuk. Bahu kanan datuk digoyangkan beberapa kali. Datuk membuka kelopak mata. "Kamu minta kebenaran dari aku supaya Tamar menemani kamu mengutip buah durian," itu yang datuk luahkan dari mulutnya. Pak Imam yang tidurnya terganggu terus menggosok-gosok mata. Renung kiri, renung kanan. Akhirnya menatap muka Mat Prai. "Ya, memang itulah niat hati saya Ayah Alang". "Tak boleh kutip durian yang gugur," tiba-tiba Pak Imam bersuara. Saya terkejut. Apa hak Pak Imam melarang Mat Prai mengutip buah durian kepunyaannya. Barangkali Pak Imam juga tidak jujur. Mungkin dia ada maksud tertentu. "Kenapa tak boleh Pak Imam?" Soal saya. "Yang jatuh tu bukan buah durian tapi …" Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya. Dia merenung ke arah datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala. Bagaikan faham dengan renungan Pak Imam. Mat Prai terdiam. Saya pula menanti komentar yang bakal diluahkan oleh datuk. Bila sudah demikian, suasana dalam pondok terasa sepi tetapi deru angin malam tetap kedengaran menyentuh dedaun dari pepokok yang tumbuh subur sekeliling pondok. Bunyi buah durian yang gugur kian galak, bertalu-talu bagaikan pohonnya digoncang orang. "Betul kata Pak Imam tu," datuk bersuara, " dia ada pengalaman dalam hal ini," datuk menguatkan hujahnya sambil merenung ke arah Mat Prai yang di dakap kehampaan. Pak Imam alihkan pandangan ke luar, melihat kegelapan malam yang pekat. Dia segera menarik nafas panjang. "Pak Imam ni, dari kecil hingga tua berkubang dalam dusun durian. Dia dah masak dengan pokok durian. Begitu juga dengan buah dan kulitnya, dari bau durian dia dah dapat meneka sama ada buah durian itu baik atau sebaliknya," sambung datuk lagi. "Jangan begitu memuji kita kawan," Pak Imam menangkis dan datuk terus ketawa kecil. "Tapi, makin dekat waktu subuh, makin kerap buah durian yang gugur, bukan begitu Pak Imam," setelah ketawa berakhir, datuk segera menghujani Pak Imam dengan pertanyaan. Pak Imam tidak menjawab, seiring senyum dia anggukkan kepala. RESAH Saya lihat Mat Prai terus resah. Mungkin dalam kepalanya dia menghitung betapa ruginya kalau buah-buah durian yang gugur itu tidak dikumpulkan. Mungkin juga dia bimbang buah duriannya dicuri orang. "Hisss…," Mat Prai terus bangun. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. "Kalau kita dengar tu bukan durian, agaknya buah hantu yang hatuh," tokok Mat Prai meluahkan gelodak hatinya. Datuk senyum dan Pak Imam urut pangkal dagunya dua tiga kali. Mat Prai duduk kembali. Bunyi buah durian gugur tetap berterusan. Muka Mat Prai terus berkerut. "Dalam hidup ini, kalau tamak selalu rugi dan mudah dipermainkan oleh nafsu sendiri. Jadi kamu tak usahlah tamak, Pak Imam tatap wajah Mat Prai setelah meluahkan sebuah sindiran. "Saya Cuma nak tahu buah apa yang jatuh tu, Pak Imam," Mat Prai berdalih menutup kelemahan diri sendiri. Pak Imam tunduk merenung lantai pondok. Deru angin malam terus mengasak lubang teinga. Kedinginan bagai tidak puas-puas mengigit kulit tubuh. Penuh debar saya menantikan kata-kata yang bakal diucapkan oleh Pak Imam untuk Mat Prai. Saat yang saya nantikan itu pun tiba. "Kalau kamu nak tahu, buah durian tidak jatuh berturut-turut," Pak Imam terus tatap batang hidung Mat Prai. "Ada jarak atau perbezaan masanya terutama buah yang sederhana. Nak tahu masa jaraknya tu, kau kena belajar dari orang yang berpenglaman dalam hal ini," sambung Pak Imam lagi. "Betul ke begitu Pak Imam?" Tanya datuk lagi. "Ya," Pak Imam mengangguk. "Dari mana Pak Imam belajar?" Soal datuk lagi. Saya lihat Pak Imam termenung sejenak. Matanya merenung ke luar. Macam ada sesuatu yang dicarinya di kedinginan malam yang mengejar siang. "Belajar dari pengalaman sendiri. Kita dengar bunyi buah durian gugur lebih dari seratus biji. Padahal buah durian yang betul-betul jatuh tak sebanyak itu. Kalau tak percaya pergi tengok sendiri," tutur Pak Imam bagaikan mencabar Mat Prai. "Betul ke ni, Pak Imam?" Datuk memohon kepastian. "Dari pengalaman lalu saya, begitulah," penuh keyakinan Pak Imam memberikan kata putus.

10 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Mat Prai yang sejak tadi membisu, segera meluruskan kaki kanannya. Saya telan air liur sambil menarik nafas dalam-dalam. "Kalau macam tu.." Mat Prai tidak meneruskan kata-katanya. Matanya menjadi liar, renung ke kiri dan ke kanan. Macam orang ketakutan. Dia benar-benar berada dalam rasa cemas. "Yang kita dengar tu, tak ada apa-apa. Semuanya mainan makhluk halus untuk memperdaya kita, bukan begitu Pak Imam?" Secara mendadak datuk bersuara. Ternyata kata-kata itu dipersetujui oleh Pak Imam. Buktinya, Imam tua itu terus anggukkan kepala. "Ahhh..seram". Suara Mat Prai meninggi, dan semua yang berada di dalam pondok terkejut besar. Mat Prai meluru ke arah datuk macam dikejar sesuatu. "Saya mahu duduk dekat Ayah Alang," Mat Prai mendekatkan tubunya dengan tubuh datuk. "Kanapa kamu ni, Mat?" "Saya terasa seram sejuk, bulu roma saya tegak macam ada sesuatu yang duduk dekat saya". "Hissss itu perasaan kamu aje, Mat". "Ya, saya tak bohong Ayah Alang." "Duduk diam-dian di sini, jangan fikirkan buah durian," kata datuk lalu disambut dengan senyum memanjang oleh Pak Imam. Saya tidak memberikan sebarang komentar. Sesungguhnya, saya amat simpati dengan Mat Prai. AYAM Malam kian ke hujung, kokokan ayam mula mengendur. Dan pintu sudah pun terkuak. Di dada langit sebelah timur ada biasan cahaya cerah kemerahan. Sayup-sayup terdengar azan subuh dilaungkan, tepegun mengikuti irama dan alunan azan yang penuh syahdu. Saya terasa diri ini amat kecil dan kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam serta mencipta penghuni alam ini. Saya tersedu dalam kebesaran Allah itu. "Kau menangis Tamar?" Pak Imam terus menepuk bahu kanan saya. Dada terasa sebak mahu menjawab pertanyaannya itu. Saya berusaha dengan sedaya upaya mengawal emosi hingga perasaan saya jadi tenang. "Saya terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada saya tetapi, adakalanya saya terlupa dengan nikmat itu," tutur saya dengan nada suara tertahan-tahan. "Syukurlah kamu sudah menyedarinya, sesungguhnya apa yang ada pada kita ini Tamar adalah hak Allah. Bila sampai masanya nanti hak itu akan diambil-NYa. Jika hak yang diberikan tidak digunakan untuk kebaikan bagi mencari bekal untuk hari akhirat, alangkah ruginya hidup ini, Tamar," saya telan kata-kata yang dituturkan oleh Pak Imam dengan penuh kesedaran. "Bangun, bangun, tadi takut semacam, bila dah tidur semuanya hilang. Kamu ni mengarut betul Mat," saya segera toleh ke arah datuk yang menggoncang-goncang tubuh Mat Prai. "Kita nak ke mana, Ayah Alang?" Mat Prai segera gosok kelopak mata dan menguap. "Tak ke mana-mana. Pergi ambil air sembahyang, kita nak sembahyang jemaah di sini," lanjut datuk dengan tenang. Mat Prai renung ke arah saya. "Kau tak ambil air sembahyang Tamar?" Itu yang diucapkan oleh Mat Prai bila biji matanya bertemu dengan biji mata saya. "Air sembahyang aku tak batal lagi," balas saya. "Saya takut nak pergi ke telaga seorang diri." "Ikut saya," Pak Imam tawarkan diri. "Saya juga nak ke telaga," celah datuk lalu bangun. "Jadi, saya tinggal seorang di pondok ni," saya luahkan rasa bimbang, bagaikan ada kuasa tertentu memaksa saya berdiri. "Tak usah banyak cerita, kau tunggu aja di sini. Tak ada apa yang nak ganggu kamu," datuk memberikan isyarat tangan menyuruh saya duduk. Tanpa banyak cakap, saya terus duduk. Mat Prai, Pak Imam dan datuk melangkah selari menuju ke perigi. Saya hanya memandang saja. Tidak berani membuat bantahan atau rayuan. Oleh kerana Mat Prai menjadi kepala jalan, lampu minyak tanah berada padanya. Cahaya lampu minyak tanah itu dapat saya lihat. Sekejap cahayanya terang, sekejap malap. Quran sudah lama saya letakkan di dalam beg datuk. Sementara menantikan kepulangan mereka dari perigi, saya terus membaca beberapa ayat-ayat pilihan Quran. "Kamu seorang sahaja?" Suhaimi Keraba muncul dari sebelah kanan saya. Dia membawa buku tebal. Kali ini pakaian yang menutup tubuhnya amat berbeza sekali. Dia memakai baju labuh macam pakaian orang Arab. Ada serban terletak atas kepala dan ada kain selendang membalut sebahagian dari dadanya. Saya kira dia berbuat demikian untuk menghindari rasa sejuk di dadanya. "Kamu seorang aje?" Suhaimi Keraba ulangi pertanyaan yang tidak saya jawab. Kelopak mata kirinya nampak bergerak sekali dua. Saya kira dia tahu yang saya terkejut atas kedatangannya di subuh yang dingin. Dia merasa hujung serbannya jatuh atas bahu. "Ya, saya seorang saja," balas saya tenang. "Dah sambahyang Subuh?"

11 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Belum lagi." "Katakan beriman dan taat pada agama, kenapa dah masuk waktu sembahyang tak sembahyang lagi," dalam wajah yang manis, Suhaimi Keraba menyindir saya. KOKOK Sesekali terdengar kokok ayam. Kabus subuh mula bangkit dan menguasai ruang udara dusun durian. Saya terus menggeletar bila sepasang mata Suhaimi Keraba bertemu dengan mata saya. Pondok terasa bergegar dan saya seperti terdengar dentuman yang kuat, membawa seluruh fikiran dan ingatan saya berada di dunia lain. Dalam samar-samar itu saya terpandangkan Suhaimi Keraba menghulurkan kitab yang dibawanya kepada saya. Saya tidak mahu menjamah kitab yang dihulurkannya. Saya bagaikan terlihat api dipermukaan kulit kitab tersebut. "Ambillah, kitab ini akan mebawa kamu kepada kesejahteraan dan kesempurnaan hidup," tuturnya. "Tidak, tidak." "Jangan begitu, ambillah," Suhaimi Keraba mendesak. Dia sengaja mendekatkan kulit kirab itu ke telapak tangan saya. Dengan sedaya upaya, saya terus berusaha agar tidak tersentuh. Dalam saat-saat cemas itu, saya terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Di samping itu saya berusaha membuka bunga silat dengan harapan salah satu dari buah silat yang saya lepaskan akan terkena pergelangan tangan Suhaimi Keraba. "Aduh," jerit Suhaimi Keraba. Usaha saya tidak menjadi sia-sia. Buah kelima dari silat harimau tepat pada sasarannya. Kitab di tangan Suhaimi Keraba terdampar atas lantai. Anehnya Suhaimi Keraba tidak memperlihatkan kemarahan. Dia masih mahu menghulurkan persahabatan. Suhaima Keraba merenung ke arah perigi. "Mereka dah datang, biarlah aku balik dulu," dalam senyum Suhaimi Keraba meluahkan kata-kata. Hati remaja saya terus digelodak kemarahan. Suhaimi Keraba mempermainkan saya. "Kamu tahu, aku tak sendirian di sini?" "Ya." "Kalau begitu, kenapa kau bertanya?" "Bukankah kepuraan itu memang amalan hidup aku," lanjut Suhaimi Keraba. Dia anggukkan kepala lalu melangkah meninggalkan saya sendirian. Atas permintaan Pak Imam, datuk diminta menjadi imam solat Subuh. Tidak menjadi keberatan untuk datuk melaksanakannya. Setelah selesai bersolat dan berwirid, datuk terus mandi embun serta melakukan silat untuk menegangkan urat sendi. Pak Imam hanya melakukan senaman tradisional. Mat Prai terus memikul raga besar untuk mengutip buah durian. "Ke mari kejap kawan." Pak Imam bersuara lantang dari atas pondok. Datuk tidak meneruskan silatnya. Dan saya berhenti dari melihat buah-buahan di hujung dahan. "Ikut aku Tamar." "Baik, tuk." Tidak sampai beberapa detik, saya dan datuk sudah pun berada di dalam pondok. Berdiri dekat Pak Imam. Mata kami tertumpu ke arah buku tebal atas lantai. Saya tahu itulah buku atau kitab yang Suhaimi Keraba mahu berikan kepada saya. Anehnya buku atau kitab itu tidak kelihatan tadi. Kenapa baru sekarang kitab itu menjelma? "Siapa punya? Agaknya kawan yang punya," Pak Imam renung ke arah datuk. Cepat-cepat datuk gelengkan kepala. "Agaknya cucu kawan saya punya." "Saya tahu, cucu saya tak baca buku macam tu. Tulisannya bercampur-campur, sekali pandang macam tulisan Siam dan Urdhu. Jika tengok lama-lama tak ubah macam tulisan sastera Hindu kuno, bahasa Sanskrit," jelas datuk. Biji matanya tidak berkedip merenung kulit buku tersebut. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Wajarkah saya ceritakan apa yang terjadi kepada datuk dan Pak Imam? Apa baik dan buruknya kalau perkara itu saya rahsiakan daripada mereka. Dalam saat saya tidak tahu membuat keputusan itu, bagaikan pancaran kilat sekujur tubuh Suhaimi Keraba dalam ruang mata saya. "Kau anak yang baik, kalau kau dengar cakap aku, kau bahagia dan senang di dunia," tutur Suhaimi Keraba. "Aku tidak percaya dengan kamu," suara batin saya menolak tetapi Suhaimi Keraba memberikan jawapan. "Dengarlah sayang, kitab itu untuk kamu. Jika kamu ceritakan pada orang lain, apa yang kamu alami padahnya kamu tanggung sendiri," dalam senyum Suhaimi Keraba memujuk di samping menyelitkan sebuah ugutan. "Tidak," terkeluar suara dari rongga dada saya. Pak Imam dan datuk berpandangan. Mereka hairan, bagaimana saya termenung boleh berkata begitu. Pak Imam terus tepuk belakang saya. Saya tersentak, bagaikan terkejut dari itdur. Dari telinga sebelah kanan, saya terdengar datuk membaca surah Al-Fatihah sebanyak dua puluh kali, kemudian datuk selawat nabi sebanyak tiga kali beturur-turut. Datuk hembuskan muka saya dengan nafasnya melalui lubang hidung. Buat beberapa saat, saya terasa fikiran saya melayang-layang tidak menentu. Dalam keadaan yang samar-samar itu saya lihat kitab di atas lantai. Kulitnya mula terbakar dan menjadi bara. "Buku tu terbakar," kata saya.

12 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Bertenang, cuba baca Qulya sampai habis, Tamar." Bisik datuk. Nada suaranya cukup lembut sekali. Kepala saya digosoknya penuh mesra. Saya pun membaca Qulya sampai lima kali berturut-turut. "Cuba kau renung buku tu, Tamar." Saya segera dengar cakap datuk. Saya tumpukan perhatian pada buku atas lantai. "Cuba kau lihat betul-betul, Tamar, buku tu terbakar lagi?" "Tak terbakar tapi berasap." "Cuba tengok dengan teliti, masa tengok tu ingatkan Allah, sebut nama-Nya sebanyak mana yang kau mampu," bagailan seorang guru, datuk memberikan penerangan untuk saya. Lagi sekali, seluruh perhatian ditumpukan pada buku ganjil di atas lantai. Terdengar suara Pak Imam membaca sesuatu. Suara keluhan dari datuk terus menyumbat telinga saya. "Masih berasap lagi, Tamar?" "Tidak," tutur saya gugup. "Dah pulih nampaknya. Kuat sungguh iblis di sini," Pak Imam merungut. Datuk memperkemaskan silanya. Sinar matahari pagi mula melemparkan c ahayanya ke dalam pondok. Kicau burung kedengaran di mana-mana. Mat Prai masih belum pulang dari memungut buah durian. Datuk mempertemukan kedua belah telapak tangannya. Digodokkan berkali-kali sambil menahan nafas. Muka datuk nampak merah semacam. Bila nafasnya dilepaskan, kedua belah telapak tangannya menampar lantai pondok. Datuk menerpa ke arah buku ganjil itu untuk disentuh. "Jangan, kawan." Pak Imam menepis tangan kanan datuk. Tentu saja perbuatan itu tidak disenangi oleh datuk. Sebelum bersarang sebarang keraguan dalam kepala datuk, Pak Imam segera menjelaskan. "Maafkan kawan kerana bersikap kasar. Kitab tua tu tak boleh disentuh begitu saja, ada syarat tertentu." "Datuk terus sandarkan badan ke dinding. Dia hulurkan tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman sambil berpelukan. Tindak-tanduk mereka itu menggambarkan yang mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Menghormati ilmu yang ada dalam dada masingmasing. "Kita tu, kitab Jawa kuno yang menyelitkan ilmu kebatinan dan keduniaan. Sepatutnya kitab tu mesti ada dua. Satu mengajarkan kebaikan dan menghancurkan kejahatan. Tapi yang di depan kita ni kitab yang mengajar kejahatan," Pak Imam sedikit demi sediki membuka rahsia dirinya yang kaya dengan keilmuan, mungkin dia lebih pandai dari datuk. Apa yang pasti, orang tua yang kelihatan bersahaja itu bukan sebarang orang. "Kitab siapa ni?" Datuk ajukan pada Pak Imam. Perlahan-lahan Pak Imam angkat kepala merenung ke arah saya dengan senyum yang amat menyenangkan. "Tanyalah si Tamar tu." Datuk segera renung ke arah saya. Belum pun sempat datuk membuka mulut, saya terus bersuara. "Suhaimi Keraba." "Memang tak salah dugaan saya. selama ini dia mengamalkan ilmu dari kitab salah ini, saat celakanya dah tiba," Pak Imam gelengkan kepalanya. UCAP tanpa mengucapkan sesuatu, Pak Imam menerpa ke halaman pondok. Dia jemur muka dan tubuh untuk beberapa saat. Dia bergerak di halaman pondok macam orang menari Kuda Kepang. Tanpa tangguh-tangguh lagi, dia tepuk bumi dengan tangan kiri dan terus bertinggung macam gerakan monyet dalam taridra Sang Hanuman dan Sita Dewi. Lebih dari lima minit Pak Imam membuat gerakan demikian, hingga badannya berpeluh. Pak Imam terus naik ke pondok. Datuk duduk di depan buku. Pak Imam bercakap dalam bahasa yang tidak saya mengerti. "Tadi saya membaca mantera dalam bahasa Jawa kuno, menolak perkara yang tidak baik supaya tidak terkena badi syaitan," terang Pak Imam. Saya dan datuk anggukkan kepala. Pak Imam terus jamah buku. Lembaran buku lama dibukanya sehelai demi sehelai. Sampai pada lembaran yang bertanda dakwat merah, Pak Imam terpegun. Dia terus membacanya dalam bahasa Sanskrit. "Antara amalan yang telah dibuatnya ialah memperkosa anak sendiri, bertapa dalam gua dan memelihara Si Tunjing," Pak Imam memberi penerangan. "Si Tunjing, tu apa?" Tanya saya. "Makhluk halus yang jadi suruhanya, apa yang kita dengar malam tadi, itu adalah perbuatan Si Tujing," Pak Imam berikan penjelasan. "Saya tahu membaca tulisan ini kerana saya belajar dari arwah nenek saya yang berasal dari Bali," lanjut Pak Imam lagi. Mat Prai muncul di halaman pondok. Dia kelihatan hampa sekali. Tidak sebanyak mana buah durian yang dapat dikutipnya. "Sebahagian dari buah durian saya hancur, jadi macam kapur," rungut Mat Prai. Dia sepeti mahu menangis. "Sabarlah, Mat," pujuk datuk. "Mungkin esok perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Engkau lain kali, kalau dapat rezeki lebih buatlah kenduri, sedekah fakir miskin dan berzakat. Kalau tanah ni kepunyaan bersama, jangan bolot sendiri," Pak Imam memberitahu Mat Prai. Saya lihat Mat Prai anggukkan kepala.

13 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Dalam sinaran matahari pagi yang beransur terik itu, Pak Imam sentuh kitab lama. Dicampakkan ke halaman pondok. Dalam beberapa saat saja kitab lama itu terbakar menjadi debu. Pak Imam tenung ke arah datuk. "Bila dia sudah tinggalkan kitab ini, ertinya dia tidak selamat lagi. Kalau mengikut petua, dia sudah berada di saat kematian. Mari ikut saya ke kampung Terang, ke rumah sahabat karibnya," beritahu Pak Imam pada datuk. "Buat apa ke sana? Nak tolong selamatkan dia?" soal datuk lagi. "Untuk memastikan benarkah dia dimakan sumpah ilmu salahnya," jawab Pak Imam. Akhirnya, datuk dan saya bersetuju mematuhi cakap Pak imam kecuali Mat Prai yang mahiu pulang ke rumahnya. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 8) Siri 114 : HITAM SEPARUH BADAN Apr 24, '10 3:05 AM
by faqir for group komunitisbdj SIRI 114 : HITAM SEPARUH BADAN Mat Prai hilang dari pandangan mata dicelah-celah liku jalan. Saya jadi resah dan terus menyalahkan diri sendiri, kerana terburu-buru mematuhi cakap Pak Imam. Kalau ikut Mat Prai bukankah bagus. Boleh duduk rehat dirumahnya, boleh dengar radio. "Eh, apa yang kau menungkan lagi." Datuk tepuk bahu kanan saya. Cepat-cepat saya bangun dari duduk bertenggek di anak tangga pondok durian. Pak Imam sudah pun menyarungkan capal ke kaki dan melangkah beberapa tapak ke depan lalu berhenti di pohon langsat yang condong. "Saya malas nak pergi tuk." "Kenapa pula." "Belum mandi, belum gosok gigi dah nak merayau ke rumah orang," saya melahirkan protes dalam keadaan yang cemas. Datuk menatap wajah saya sejenak. Dia pamerkan air muka kurang senang terhadap saya. Datuk jegilkan biji mata, cepat-cepat saya buat muka kesian. "Kalau macam tu, kenapa kamu tak ikut Mat tadi? Budak macam ragam! Usah nak banyak karenah, ikut saja kemana aku pergi," aduh! nada suara datuk cukup keras. Telinga Pak Imam dapat menangkap dengan apa yang diluahkannya. Ketika itu juga saya terasa dahi diraupi oleh peluh-peluh halus. "Mandi di rumah saya," Pak Imam menyelesaikan masalah. "Budak ni, kadang-kadang mengada-ngada sikit, kita nak berikan dia pengalaman," datuk terus merungut. Pak Imam anggukkan kepala. Saya tidak dapat berkata apa-apa. "Mari," kata Pak Imam. Saya dan datuk pun mengekori langkah Pak Imam. Matahari pagi yang memancar memanah ke arah air embun di hujung dedaun. Nampak berkilau-kilau. Nyanyian unggas di hujung ranting amat rancak sekali. Dan rindu saya pada kampung laman terus membara. Saya terkenangkan nenek yang kasih sayangnya melimpah ruah. Saya jadi hiba dan hampir mahu menangis kerana rindu. Saya menarik nafas dalam-dalam sambil menyingkirkan rasa hiba di hati. Saya teringat cakap nenek. Katanya, saya harus menjadi lelaki remaja yang keras hati, tabah dan sanggup menghadapi apa saja rintangan. Keras semangat dan kedekut dengan air mata. "Ya, aku mahu jadi orang gagah." Saya menjerit sambil menendang rumput lalang dan pokok-pokok renik di kiri kanan denai. Datuk dan Pak Imam berhenti melangkah. Mereka terkejut dengan tindak tanduk saya. "Aduhhhhhhhhhh!" Saya menjerit dan terus duduk atas bumi sambil mengangkat kaki kanan. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Datuk dan Pak Imam terus mengelilingi saya. "Kenapa Tamar," soal datuk. "Saya tersepakkan tunggul buruk, tuk." Datuk menghela nafas panjang-panjang sambil gelengkan kepala. Sepatu getah saya, jenis Fong Keong terus dibukanya. Dua tiga kali datuk urut bahagian hujung jari kaki yang nampak kemerah-merahan. Rasa sengal dan sakit terasa kurang dan akhirnya tidak terasa apa-apa. Saya sarungkan kembali sepatu getah warna kuning di kaki. Saya dongakkan kepala ke langit, melihat awan yang menipis dalam sinaran matahari pagi yang garang. Bila saya berdiri, datuk dan Pak Imam ketawakan saya. Mereka melihat tunggul tembusu yang saya sepak. Bahagian yang reput jatuh atas rerumput selaput alam. "Kenapa kamu ni Tamar? Dah gilakah?" datuk rening muka saya, "Menjerit macam orang hilang akal, kemudian sepak tunggul," tambah datuk lagi. "Kenapa Tamar, kau tak suka ikut kami?" tanya Pak Imam dengan nada suara yang lembut. Terlalu berat rasanya mahu menjawab

14 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

pertanyaan tersebut. Saya kira, tidak ada manusia yang mahu mengakui ketololannya secara terbuka. Jadi, memang wajar saya merahsiakan apa yang ada dalam hati. Tetapi, bersikap terus terang dan mengakui kebodohan sendiri, adalah sifat orang yang berjiwa mulia. Saya mengigit bibir dan membuat keputusan untuk jadi manusia yang berhemat tinggi, berjiwa mulia dan besar. "Saya teringatkan cakap nenek yang mahukan saya jadi lelaki gagah dan berani," kata saya membuka rahsia hati. "Jadi kamu pun menjerit dan tendang tunggul," pintas Pak Imam. "Saya tak tendang tunggul, saya tendang lalang dan pokok-pokok kecil, entah macam mana saya tersepakkan tunggul," saya pertahankan pendirian. "Kamu ni betullah, budak banggang," kata datuk yang diakhiri dengan ketawa. Dan ketawa yang berhenti itu dilanjutkan oleh Pak Imam untuk beberapa saat. Saya malu sendiri. Kulit muka terasa tebal. "Nak jadi orang gagah dan berani, dada dan otak mesti diisi dengan ilmu dan pengalaman. Sudahlah, jalanlah cepat-cepat," datuk mengeluarkan perintah. Perjalanan yang terbantut disambung kembali. Celah ketiak dan celah kangkang saya terasa bergetah. Melangkah pun terasa tidak selesa. Beberapa orang kampung yang berselisih dengan Pak Imam di lorong sempit itu terus anggukkan kepala sambil mengucapkan salam. RANTING Akhirnya, kami sampai ke rumah Pak Imam. Datuk terus menuju ke arah rimbunan pepokok di bahagian belakang rumah. Datuk patahkan salah satu ranting dari rimbunan pokok itu. "Untuk kamu Tamar." Datuk campakkan ranting yang sudah dipatahkan kepada saya. Dengan tenang saya menyambarnya. Panjangnya lebih kurang enam inci. "Sugikan gigi kamu," tutur datuk lagi. Tanpa membuang masa, hujung ranting yang keras itu saya gosokkan ke gigi. Apa yang saya lakukan itu, dilakukan juga oleh Pak Imam dan datuk. "Saya menyebutnya pokok sugi," Pak Imam memulakan cerita tentang pokok yang merimbun itu, "Seorang kawan yang pulang dari tanah suci memberi saya akar pokok itu, saya campakkan di situ. Entah macam mana terus tumbuh dan hidup subur," lanjut Pak Imam dengan rasa bangga. "Boleh saya ambil akarnya sikit nak buat benih, saya nak tanam di belakang rumah," datuk buat wajah selamba. "Boleh, apa salahnya." "Khasiatnya cukup banyak, gigi tahan lama dan nampak putih. Tak mudah diserang sakit dan bengkak gusi," bagaikan penjual ubat di kaki lima datuk memberikan penerangan pada Pak Imam. "Tak tahu pula saya pokok tu ada khasiatnya. Nampaknya mulai hari ini, saya terpaksa gosok gigi dengan dahan pokok tu," Pak Imam tersenyum ke arah datuk. Pak Imam mempersilakan saya dan datuk duduk dianjung rumahnya. Kata datuk, bentuk rumah orang Melayu di sekitar Balik Pulau, mirip dengan bentuk rumah orang Melayu di Jambi Sumatera. Pak Imam tidak merasa terkejut dengan pendapat datuk itu. Alasannya, sebahagian dari penduduk Balik Pulau ada yang berasal dari Acheh, Tanjung Balai, Asahan dan daerah Deli-Medan. Pak Imam mendakwa yang dirinya berasal dari Priaman-Sumatera Barat. "Kita makan dulu, lepas tu baru pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba," Pak Imam renung muka saya. "Kalau begitu, biarlah cucu saya mandi dulu." "Silakan, kain basahan ada di perigi." Saya terus menuju ke perigi yang dindingnya dibuat dari atap rumbia. Airnya terasa cukup sejuk sekali. Kerana perigi itu dibuat tidak jauh dari pokok manggis, saya berkesempatan melihat beberapa ekor tupai berlari di dahan manggis. Waktu keluar dari perigi, saya terlihat kelibat gadis berselubung kain batik. Dalam kesempatan yang terhad itu, tumit kakinya yang putih kemerahan menjadi sasaran biji mata jalang saya. Penuh yakin saya mengatakan gadis itu berkulit putih merah. Bentuk tubuhnya yang tinggi lampai membuat saya kepingin melihat wajahnya. Otak jahat saya mengarahkan sepasang kaki supaya pergi ke arah belakang perigi. Kemudian melangkah secepat yang boleh menuju ke arah pokok amra (kedondong) dari situ memintas ke depan gadis yang berselubung kain batik itu. Apa yang terpeta dalam otak saya laksanakan. Mata juga mesti cekap mengawasi kalau-kalau ada orang lain mengintip pergerakan. Saya bergerak macam kucing memburu burung. Saya pintas depan gadis berselubung kain batik. "Ohhh ooppp..." Si gadis terkejut, kain selubung atas kepala segera jatuh atas bahu. Saya tatap gadis yang wajahnya mirip seniwati Sarimah. Bibirnya merah, macam sirap. Tetapi, jelingannya cukup tajam. Aduh! sungguh mempersonakan. "Kamu siapa?" tanyanya garang dan kelihatan seperti bersedia membuka buah silat. Saya tergamam. "Dari rumah Pak Imam," tutur saya tidak tentu arah tetapi, masih menjual senyum tak malu. Si gadis berkulit putih tatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah dari bawah ke atas. Memang dasar tak malu, saya terus tersenggih. "Agaknya, kita ni adik-beradik," saya mula jual ubat temberang, macam lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan Saadiah dalam filem Musang Berjanggut.

15 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Dari mana?" risiknya lagi. "Dari Perak." "Kami tak ada saudara-mara di Perak, saudara-mara kami banyak di Johor, Melaka dan Kuala Pilah," si gadis juihkan bibirnya. Saya jadi serba salah, temberang saya salah letak. CANTIK Buat beberapa saat kami tidak bercakap. Saling berpandangang dan sesungguhnya saya terpukau dengan sepasang anak mata si gadis yang lembut dan bening bercahaya. Engkau terlalu cantik, timbul komentar di sudut hati saya. "Siapa nama?" tanya saya. "Cakap dulu, siapa nama awak." "Awaklah cakap dulu," desaknya lagi. "Tak boleh, awak cakap dulu," balas saya. Si gadis geleng kepala dan bersedia mahu melangkah meninggalkan saya. Tidak ada jalan lain untuk saya melainkan mengaku kalah secara terhormat di depan gadis yang berjaya menguasai hati dan perasaan saya. "Nama saya Tamar," kata saya bangga, penuh yakin. "Macam nama buah dari negeri Arab yang selalu dimakan di bulan puasa," hati saya jadi panas menerima sindiran nakal. Malu rasanya, saya tarik batang hidung yang mancung kemerahan itu. "Pranggggggg." Terdengar bunyi piring jatuh dari arah dapur rumah Pak Imam. Bagaikan kilat saya melompat dan lari menuju ke arah perigi. Dari situ, saya terus menuju ke anjung rumah. Saya jadi terlupa tentang gadis di depan saya. Apa yang saya fikirkan ialah menyorokkan diri agar rahsia peribadi saya tidak diketahui oleh orang lain. Kalau rahsia terbongkar, datuk turut sama merasa malu. "Lama benar kau mandi, aku naik jemu menanti," datuk menyambut kedatangan saya di kepala tangga. Wajahnya masam sekali. Saya tidak bersuara hanya melihat ke arah Pak Imam yang berdiri di pintu anjung. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk melangkah menuju ke perigi. Saya terus naik ke anjung rumah. Duduk berdepan dengan Pak Imam. Setiap kali mata saya bertembung dengan wajah Pak Imam hati saya berdebar. Saya merasakan yang Pak Imam mengetahui apa yang telah saya lakukan. Bagi menghilangkan rasa serba salah dan tidak selesa itu, saya mengambil keputusan merenung ke halaman rumah. Melihat pepohon pisang memagari sempadan halaman. Secara diam-diam saya menyesali ketelanjuran yang telah saya lakukan. Perasaan yang resah itu akhirnya bertukar dengan keriangan, dari jauh saya lihat Mat Prai terbongkok-bongkok mengayuh basikal. "Assalamualaikum..." jerit Mat Prai sambil terjun dari basikal. Salamnya segera dijawab oleh Pak Imam. Mat Prai sandarkan basikal dekat pangkal pokok pinang dara. Dengan membimbit beg rotan, dia menuju ke kaki tangga. "Naiklah Mat, beg siapa yang kamu bawa tu?" tanya Pak Imam. "Beg Ayah Alang, saya fikir tentu dia nak tukar baju," Mat Prai letakkan beg rotan empat segi atas lantai, "Tuk kamu ke mana Tamar?" sambung Mat Prai, matanya menatap wajah saya. "Mandi di perigi." "Tak apa aku tunggu dia," Mat Prai sandarkan belakang pada jenang pintu. Pak Imam masuk ke ruang tengah dan terus menuju ke dapur. Pada hemat saya, dia melihat air kopi dan kuih-muih yang bakal dihidangkan pada saya dan datuk. Saya amat gembira atas kedatangan Mat Prai. Saya boleh tukar baju dan seluar. Tetapi, saya meluat mahu merenung wajahnya, Saya tidak ghairah mahu melayani percakapannya. Telinga dan otak saya tumpukan pada bunyi di dapur Pak Imam. Saya masih mengharapkan, dapat mendengar suara gadis yang wajahnya mirip Sarimah. "Ha, dah lama kamu datang? Apa halnya?" Itu yang diajukan oleh datuk dari kaki tangga, sebaik saja terlihat batang hidung Mat Prai. Saya tersentak dari khayalan yang tidak bertepi. Saya menerpa ke muka pintu dan pada saat yang sama Pak Imam menatang air kopi dan kuih. "Saya bawakan beg pakaian Ayah Alang, saya fikir tentu nak tukar pakaian." "Ha, itu dah cukup baik," datuk terus panjat tangga. Membuka beg rotan. Baju dan seluar saya dikeluarkan. Saya menghadapi masalah baru, di mana saya mahu menukarkan pakaian. "Kamu masuk ke bilik sembahyang, tukar pakaian," Pak Imam mengarahkan jari telunjuknya ke arah bilik yang terletak di rusuk kiri rumah, berdepan dengan pintu menghala ke dapur. Ini peluang baik, gunakan kesempatan masa masuk ke bilik, jeling ke arah dapur. Fikir saya dalam hati. Saya meluru ke bilik, saya jeling ke dapur. Apa yang saya lihat ialah isteri Pak Imam mendermakan senyuman lesu untuk saya. Senyuman itu tidak saya balas. Dengan rasa kesal yang amat sangat saya pun menukarkan pakaian. Lepas saya, datuk pula masuk tukar pakaian. Bila semuanya selesai, kami pun manghadapi makanan, saya lihat jam di dinding sudah hampir pukul sepuluh pagi. "Saya bawa balik beg pakaian Ayah Alang ke rumah saya," Mat Prai terus memasukkan pakaian saya dan datuk yang sudah digunakan ke dalam beg rotan. Datuk anggukkan kepala, setuju dengan cadangan Mat Prai itu. "Kamu tak mahu pergi ke Kampung Terang," Pak Imam tatap batang hidung Mat Prai yang sudah pun mengheret beg pakaian datuk ke bendul. Kemudian terus turun dan meletakkan beg pakaian atas lantai pelantar basikal tua.

16 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Minta maaflah, saya tak dapat serta. Saya nak pulangkan basikal jiran yang saya pinjam," tutur Mat Prai. Dia mula tolak basikal tua ke arah jalan besar. Datuk dan Pak Imam tidak berkata apa-apa. Mereka seolah-olah merestui dengan apa yang diluahkan oleh Mat Prai. Selamat jalan Mat Prai, bisik batin saya. RUMAH Ketika datuk dan saya menanti Pak Imam turun dari rumah hati saya tertanya-tanya, bagaimana mahu pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba? Kalau berjalan kaki, saya sudah tidak sanggup. Barangkali dengan bas, saya mendamaikan perasaan saya sendiri. Dalam saat-saat saya berfikir itu, tanpa disedari, Pak Imam sudah pun berada di halaman rumah. "Kita pergi dengan basikal," katanya. Saya lihat hanya ada sebuah basikal saja di bawah rumah. Mana mungkin sebuah basikal dinaiki oleh tiga orang. Saya terasa lucu dan mahu ketawa sendirian. Tetapi, saya tidak berani mahu ketawa, takut ditengking oleh datuk. "Satu basikal nak naik tiga orang," secara tidak sengaja terpancut kata-kata dari mulut saya. "Ada basikal lain, kau ikut aku ke rumah adik aku, kita pinjam basikalnya," Pak Imam menyelesaikan masalah yang menghuni otak saya. Tanpa banyak cakap, saya ikut langkahnya menuju ke rumah papan berbumbung lima yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahnya. Sampai di rumah tersebut, Pak Imam terus memanggil adiknya. "Ayah dah pergi ke Tanjung," terdengar suara perempuan. Hati saya mengelabah. "Ada apa Tuk Ngah," datang lagi suara dari dalam rumah. Kali ini lebih mersik dan manja. Serentak dengan itu terdengar bunyi telapak kaki memijak papan lantai. "Aku nak pinjam basikal ayah kamu kejap." "Ambillah Tuk Ngah." Suara itu datang dari tingkap sebelah kanan. Biji mata saya tertumpu ke situ. Oh! Tuhan, inilah gadis yang saya temui tadi. Wajahnya lebih mempersonakan tanpa kain kelubung. Saya terpaku tanpa berkata apa-apa. Pak Imam masuk ke bawah rumah tarik basikal Raliegh keluar. Semuanya itu tidak menarik perhatian saya. Seluruh hati dan pancaindera yang satu ini, tidak berkedip merenung gadis yang berdiri di bibir tingkap. Sudah tidak memakai kain kelubung lagi. Rambutnya disikat rapi, dibelah tengah dan bahagian hujung diikat ala ekor kuda. Senyuman bertali-tali di bibir. "Eh, kenapa tercegat di situ?" Suara Pak Imam meninggi, saya tersentak dalam malu. Dia sudah berdiri di kanan saya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu saya bersuara: "Ukiran di kerawang tingkap rumah ni cantik." Pak Imam renung ke arah tingkap, si gadis berkulit putih merah sudah pun menghilangkan diri. Saya urut dada syukur kerana apa yang saya lakukan tidak dapat dikesan oleh Pak Imam. "Tukang rumah Melayu yang buatnya, tentulah ada seninya," Pak Imam menjawab jujur. Dia menyerahkan basikal kepada saya. "Kamu naik dengan datuk kamu." Saya memeriksa brek basikal, tayar dan pemegang (handle) semuanya berada dalam keadaan yang baik. Tanpa banyak cakap saya sorong basikal ke arah rumah Pak Imam. "Bagi tahu ayah kamu Masitah, Tuk Ngah pinjam basikalnya, petang Tuk Ngah hantar." Saya terhenti dari menyorong basikal. Nama Masitah saya sebut beribu-ribu kali, saya sematkan dalam kalbu. Sudah tentu nama itu akan saya kenang sampai mati. "Baiklah Tuk Ngah." Sungguh mempersonakan suara dari Masitah. Tunggulah, petang nanti saya hantarkan basikal ayahmu, Masitah. Batin saya terus menyanyi. PERJALANAN Perjalanan ke rumah sahabat Suhaimi Keraba di Kampung Terang pun dimulakan. Pak Imam naik basikal tuanya. Saya dan datuk naik basikal ayah Masitah. Berbasikal di jalan raya yang di kiri kanannya terdapat pohon-pohon kelapa dan buah-buahan memang tidak terasa panas. Sambil kayuh basikal datuk dan Pak Imam terus berborak. Saya yang bertenggek di belakang hanya pasang telinga saja. Bila ada kenderaan lalu, tidak kira samada besar atau kecil, datuk dan Pak Imam terpaksa ke tepi, kadang-kadang terbabas dan melanggar lopak dan batu. Punggung saya terasa sengal dan sakit, tetapi tidak berani protes. Saya akui yang Pak Imam amat popular di Balik Pulau. Buktinya, sepanjang perjalanan dia sering saja menerima salam dari orang yang berbasikal atau bermotosikal. Setelah meninggalkan kawasan Pekan Genting (juga disebut Simpang Empat) badan saya mula berpeluh. Sebaik saja melintasi sebuah masjid, dalam jarak lima enam rantai kami berbelok ke kiri melalui jalan berpasir dalam kampung. Kebanyakkan rumah di situ, pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Barangkali para penghuninya mencari rezeki. Selesai saja menempuh jalan kampung, kami terpaksa berbasikal di atas batas sawah. Dan kami pun sampai di sebuah rumah papan yang tiangnya dibuat dari kayu bulat. Dindingnya dari papan tidak berketam. Pintunya sebelah papan dan sebelah lagi anyaman buluh. Rumah itu terletak di pinggir sawah. Disebelah kanan rumah ada pokok macang (bacang) besar di bahagian belakang rumah ada pokok jejawi yang besarnya lebih dari sepemeluk. Akar-akar berjuntaian dari dahannya. Sebaik saja basikal disandarkan pada pokok kelapa gading, saya terscium bau kemenyan. Langsir tingkap yang dibuat dari kain hitam

17 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

nipis, nampak bergerak-gerak ditiup angin. Tidak jauh dari pangkal pokok kelapa gading terdapat seekor kucing hitam dengan sepasang mata yang agak kemerah-merahan merenung tajam ke arah kami. Kucing hitam itu menguap, memperlihatkan lidahnya yang merah bersama susunan giginya yang tajam. Tiba-tiba saya terasa seram bila melihat beberapa ekor gagak berlompatan didahan mempelam sambil berbunyi. Keadaan di bawah rumah tidak tersusun, penuh dengan sawang dan sarang labah. Suasana sekitar rumah mengundang rasa takut. Walaupun matahari bersinar tetapi saya merasakan keadaan di pinggir sawah itu terasa lembab dan muram. Datuk dan Pak Imam menuju ke kaki tangga, saya mengekori dari belakang. Dengan suara yang lantang Pak Imam memberi salam. "Waalaikomussalam." Terdengar jawapan dari dalam rumah. serentak dengan itu sebelah pintu yang dibuat dari anyaman buluh terbuka. Manakala sebelah lagi yang dibuat dari papan tetap tidak bergerak. "Naiklah." Saya segera dongak ke pintu. Seorang lelaki bertubuh tegap, berkain sarung dengan baju Melayu teluk belanga berdiri di situ. Lelaki yang berkulit cerah itu menyimpan janggut dan jambang. Tetapi, misainya sudah putih benar. Dalam sekelip mata lelaki itu menghilangkan diri. Pak Imam orang pertama naik ke rumah diikuti oleh datuk. Saya orang yang terakhir. Waktu saya mahu melangkah bendul, saya toleh ke pangkal tangga. Di situ saya lihat ada lingkaran ular hitam dengan kepalanya terhulur keluar. Anehnya, masa saya berdiri di situ sebentar tadi, ular hitam itu tidak kelihatan. Pemilik rumah mendekati Pak Imam. "Nak tengok kawan saya yang salah langkah?" tanyanya. "Ya," angguk Pak Imam bersama senyum. "Yang berdua ni siapa? Kawan atau keluarga?" tambah pemilik rumah sambil merenung ke arah datuk dan saya. "Kawan saya," balas Pak Imam. Pemilik rumah memusingkan badannya ke kanan. Wajahnya dengan wajah datuk berdepan. Dia hulur tangan dan datuk terus sambut. "Saya Haji Taslim Singasari," katanya sambil mendekatkan mulutnya ke telinga datuk. Saya yakin ada sesuatu yang dibisikkannya ke telinga datuk. Pasti dia membawa khabar gembira, kerana datuk tersenyum dan menganggukkan kepala. Apakah rahsia mereka berdua? Timbul pertanyaan dalam hati saya. "Mari masuk ke bilik, kawan yang malang tu ada di sini." Kami pun mengekori langkah Haji Taslim Singasari masuk ke bilik yang keadaannya saya kira agak ganjil kerana dalam rumah papan terdapat bilik yang dibuat dari buluh. Malah lantai bilik juga dilapisi dengan buluh. "Duduk," ujar Haji Taslim Singasari. Tanpa banyak cerita kami pun duduk, "Sudah puas saya nasihat tapi dia tak mahu dengar, inilah akibatnya," sambung Haji Taslim Singsari. Kami hanya anggukkan kepala saja. Di depan kami ada peti yang dibuat dari papan, panjangnya kira-kira enam kaki dan tingginya hampir dua kaki. Setiap penyambung atau sendi peti itu ditaruh ensel. Di bahagian atasnya dibuat selak yang boleh dikunci, dan peti itu ditutup dengan kain dua warna iaitu kuning hitam. Dari dalam peti saya terdengar seperti suara orang mengerang dan sesekali macam bunyi suara kucing dan anjing menyalak. Tiap sudut bilik ada dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Saya juga terlihat senaskah Quran di atas bantal di samping senaskah surah Yasin. "Sepanjang malam saya membaca Quran dan pagi tadi saya mula baca Yasin, semoga dirinya biarlah selamat. Tetapi, saya selalu diganggu oleh pelbagai jenis binatang seperti harimau, ular dan macam-macam lagi," jelas Haji Taslim Singasari. "Kalau tidak memikirkan yang dirinya sahabat karib, semuanya ni tidak saya buat," sambung Haji Taslim Singasari seperti menyesali diri sendiri. "Cuba buka saya nak tengok keadaannya," pinta datuk. Haji Taslim Singasari tidak membantah. Dia rapat ke peti yang sudah dicat warna putih. Kain penutup dua warna pun dibuka. Saya mula terhidu bau masam dan lapuk tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah peti. Begitu juga dengan mata datuk dan Pak Imam. Haji Taslim Singasari membuka selak peti. Dinding peti di sebelah kiri dan kanan jatuh atas lantai. Sekujur tubuh manusia yang ditutup dengan kain kuning terlentang di depan kami. Pak Imam menerpa ke depan dan bersedia mahu menyingkap kain yang menutup tubuh tersebut. Haji Taslim Singasari segera memegang tangan Pak Imam. "Jangan, nanti awak terkejut. Duduklah, biar saya buat." Pak Imam patuh dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Kemudian dengan hati-hati Haji Taslim Singasari membuka kain penutup tubuh di depan kami hingga ke hujung kaki. "Ya Allah," kata saya. "Subhanallah," sambut datuk. "Allah huakhbar," tingkah Pak Imam, buat seketika mulut kami ternganga. Di depan kami, terlentang tubuh Suhaimi Keraba tercungap-cungap macam ikan kekurangan air. Separuh tubuhnya dari pusat hingga ke muka hitam legam macam arang, sukar untuk menentukan di mana letak mata, hidung dan telinganya. Dari pusat ke kaki keadaannya elok sempurna. Saya juga malihat beberapa ekor belalang hitam terbang bebas dan hinggap di bahagian tubuh yang hitam. "Kita mohon pada Allah supaya rohnya segera dikeluarkan dari tubuhnya, dia terlalu seksa," Pak Imam bersuara.

18 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Saya setuju," balas datuk. "Kita baca Yasin," ujar Haji Taslim Singasari. Sebaik saja selesai bercakap, seekor harimau kumbang muncul dari arah bahagian kepala Suhaimi Keraba. Di bahagian kakinya pula muncul kucing hitam. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 8) Siri 115 : PULANG DARI KUBUR Apr 27, '10 8:36 AM
by faqir for group komunitisbdj Siri 115 : PULANG DARI KUBUR Semua yang terjadi di depan mata mengudang kecemasan dan ketakutan. Saya tidak berani bergerak dan berkata-kata. Aneh sungguh, Haji Taslim Singasari tidak gentar dan cemas atas kehadiran kucing hitam dan harimau kumbang. Baginya, seolah-olah perkara itu tidak wujud di depan matanya. Haji Taslim Singasari mengambil beberapa naskah Yasin dari atas rak di luar bilik. Masa Haji Taslim berada di luar bilik, saya seakan-akan terpandangkan Suhaimi Keraba mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dan kini, saya dapat memastikan yang lapik kepalanya bukanlah bantal. Tetapi, batang pisang yang dibentuk seperti sebiji bantal. "Eh, kepala..." Belum pun sempat saya menamatkan kata, telapak tangan datuk terus menekup mulut saya. Kerana dicengkam begitu kuat, kedua belah rahang saya terasa sakit. "Jangan tegur, baca saja Surah An-Nas seberapa banyak yang boleh," Pak Imam membisikkan ke telinga saya. Bila saya anggukkan kepala barulah datuk berhenti mencekup mulut saya. Saya patuh dengan nasihat Pak Imam. Sambil membaca Surah An-Nas, mata saya terus tertumpu ke bahagian kepala Suhaimi Keraba yang bertukar bentuk menjadi macam kepala monyet. Proses pertukaran itu berlaku secara sedikit demi sedikit yang dimulai dari dagu, telinga dan akhir sekali di bahagian kening. "Huuaaahhhh." Terdengar suara dari Suhaimi Keraba, macam mawas (kingkong) jantan. Menderam panjang. Dalam sekelip mata, kepala monyet bertukar menjadi kepala harimau belang. Terus mengaum, menggegarkan rumah. Datuk dan Pak Imam bagaikan tidak peduli dengan apa yang terjadi di depan mereka. "Mari kita baca bersama, setakat mana yang dapat," Haji Taslim Singasari berdiri di kiri saya. Dia hulurkan Surah Yasin pada saya, pada datuk dan Pak Imam. Haji Taslim Singasari terus duduk di sebelah saya. Pada saat itu juga saya terdengar jeritan binatang liar dalam bilik kecil. Saya yakin, suaru jeritan itu hanya saya seorang saja yang mendengarnya. "Pak Imam kita jadi ketua, kita mengikutnya," Haji Taslim Singasari memberikan pendapat. Datuk anggukkan kepala. Saya tidak memberikan sebarang komen. Bersedia mengikut langkah dan rentak yang bakal mereka lakukan. "Boleh kita mulakan sekarang," Pak Imam menyatakan kesediannya beberapa saat kemudian, kamar kecil itu mula dikuasai oleh suara orang membaca Surah Yasin. Dalam masa saya hendak membaca Surah Yasin, saya tidak dapat melihat perkembangan atas perubahan selanjutnya terhadap diri Suhaimi Keraba. Saya tidak tahu apakah kepalanya masih dalam bentuk kepala harimau. Pembacaan Surah Yasin sering terganggu oleh beberapa ekor ular sebesar batang kelapa. Warnanya hitam, bergerak depan kami, lidahnya yang bercabang bagaikan mahu menyentuh tubuh Suhaimi Keraba. Kerana datuk, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari buat tidak kisah, saya jadi berani dan terus bersikap macam mereka. Selain dari ular besar, binatang berbisa yang lain juga turut menjelma seperti kala jengking, lipan, lebah dan tebuan. Pembacaan Yasin yang pertama selesai. Waktu mahu melakukan pembacaan yang kedua, Suhaimi Keraba terus menjerit, menendang ke kiri dan ke kanan. Semuanya itu tidak menghalang pembacaan kami. Bila pembacaan Surah Yasin untuk kali yang ketujuh berakhir. Semua binatang buas yang berkeliaran hilang. Suhaimi Keraba tercungap-cungap. Buah halkumnya nampak bergerak lemah dan dadanya yang hitam kelihatan berombak-ombak. "Ajarlah dia mengucap, Taslim," Pak Imam menganjurkan pada Haji TAslim Singasari. Dan orang tua yang berbadan tegap itu segera merapati Suhaimi Keraba. Dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Suhaimi Keraba yang hitam. Datuk gelengkan kepala, bila Suhaimi Keraba berusaha dengan sedaya upaya memalingkan mukanya yang hitam (tidak tentu bentuknya) itu ke arah lain. Dia seolah-olah tidak mahu mendengar dengan apa yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari kepadanya. "Cubalah," kata datuk menguatkan semangat Haji Taslim Singasari yang mula kecewa. "Ya cubalah, kita usaha," tokok Pak Imam pula dan Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. "Haaaaa..." Bagaikan ada kekuatan luar biasa hadir dalam diri Suhaimi Keraba. Dia terus duduk dan tangna kanannya menolak tubuh Haji Taslim Singasari, orang tua berbadan tegap itu jatuh tertenggung. Seluruh muka Suhaimi Keraba terarah ke wajah datuk.

19 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Secara mendadak, Suhaimi Keraba rebahkan badannya dengan kasar. Dia luruskan tangan dua kali sambil menghela nafas tersekatsekat, urat dileher nampak tegang. "Huaaaahhh..." sepasang kaki Suhaimi Keraba bergerak-gerak. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Dadanya sudah tidak berombak, nafasnya terhenti. Suhaimi Keraba terkulai atas bantal bantang pisang. Dia sudah tidak bernyawa lagi. "Semuanya dah habis," Haji Taslim Singasari bangun sambil menutup mayat Suhaimi Keraba dengan kain hitam. HAMPIR Haji Taslim Singasari menghampiri kami. Dan kami serahkan naskah Yasin kepadanya untuk disimpan. Saya pandang wajah datuk, ada sesuatu yang saya agak aneh dan ganjil. Belum pernah saya mendengar salakan anjing mendayu-dayu seolah-olah menangis di waktu tengah hari rembang. Suara gagak rancak berbunyi. Kokok ayam janyan bertalu-talu dan ketuk ayam betina bagaikan gendang perang. Saya jadi seram dan berdebar. Sumpah saya tidak tahu, apakah Pak Imam dan datuk mengalami perkara ganjil seperti apa yang saya alami? Pada mata kasarnya, saya lihat Haji Taslim Singasari seperti orang keresahan. "Ganjil!" Terkeluar ungkapan dari bibir Pak Imam. "Apa yang ganjil tu?" pintas datuk. "Cuba dengar baik-baik, kawan," mata Pak Imam merauti seluruh wajah Haji Taslim Singasari. Akhirnya sepasang biji mata Pak Imam tumpah ke paras saya dan datuk. "Saya dah dapat dengar dengan jelas. Bunyi reriang rimba bukan main galaknya," sahut datuk. "Saya juga mendengarnya, binatang-binatang tu menegur syaitan yang keluar dari rumah ni menuju ke arah hutan di Gunung Jerai, di Kedah," Haji Taslim Singasari bersuara. Saya menelan air liur, rasa takut masih menguasai tangkai dan jantung hati saya. Datuk memberanikan diri lalu membuka kain penutup mayat Suhaimi Keraba. Datuk tatap wajahnya yang hitam sambil membaca sesuatu. Kerana Pak Imam dan Haji Taslim Singasari bergerak ke ruang tengah, saya segera mengekori jejak mereka. Tinggallah datuk seorang diri di bilik kecil. Kami (saya, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari) duduk bersimpuh di anjung. Lolongan anjing, jeritan gagak, kokok dan ketuk ayam beransur kurang. Ada ketenangan tergambar di wajah Haji Taslim Singasari. Saya merasa selesa disentuh angin dari bibir sawah. Datuk masih berada dalam bilik, entah apa yang dibuatnya, saya tidak tahu. "Apa yang Pak Imam tengok tu..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-katanya. Dia tunduk merenung lantai sambil memperkemaskan silanya. "Perkara semacam itu, sudah jadi perkara biasa pada saya, masa dia mula-mula terbaring dulu, macam-macam binatang ganggu saya," sambung Haji Taslim Singasari. Cukup tenang dia mengungkap pengalaman yang dilaluinya. Dari jendela yang terdedah, saya melihat ke arah langit. Di mana-mana kelihatan awan putih bersih bergerak lemah mengikut hembusan angin. Cuaca amat baik sekali. Tidak ada tanda-tanda mahu hujan atau ribut petir akan berlaku. "Awak kesiankan dia, Haji?" tanya Pak Imam. "Ya." Haji Taslim anggukkan kepala. "Itulah sebabnya, awak kena bahananya," Pak Imam telan air liur. "Dia sahabat saya, kami berkawan bukan setahun dua, saya simpati dan kesiankan dirinya, saya nak bawa dia ke jalan yang benar. Tapi, sudah terlambat," Haji Taslim Singasari mempamirkan kedukaan dan kehampaan di wajahnya. Dia menarik nafas dalam-dalam yang diakhiri dengan sebuah keluhan. Kata Haji Taslim Singasari, dia bertemu dengan Suhaimi Keraba di Pulau Kampoi. Kemudian mereka pergi ke Pulau Niar yang terletak di hujung Pulau Sumatera. Mereka menuntut ilmu dunia. Kerana merasakan ilmu yang diperolehi masih kurang, mereka terus mengembara ke pelosok Pulau Jawa. Berguru dan mencari ilmu dunia. Masa di Pulau Jawa mereka sering berulang alik ke Bali. Dengan takdir Allah, mereka bertemu dengan seorang tua yang mereka panggil sebagai 'Kiai Sabdo' ditempat yang bernama Singasari. (Haji Taslim yang tertarik dengan nama tempat tersebut mengabadikan pada hujung namanya) Kiai Sabdo menasihati mereka supaya jangan meneruskan kegiatan yang tidak bermanfaat itu. Nasihat Kiai Sabdo segera dipatuhi oleh Haji Taslim (yang ketika itu belum bergelar Haji). Tetapi, Suhaimi Keraba tidak memperendahkan nasihat tersebut. Haji Taslim Singasari terus menuntut ilmu akhirat dari Kiai Sabdo dan Suhaimi Keraba dengan kegiatan ilmu kebatinannya. Dia memperolehi sebuah kitab dari seorang gurunya yang namanya tidak pernah diceritakan pada Haji Taslim Singasari. USIR Kerana kitab itu jugalah Kiai Sabdo mengusir Suhaimi Keraba keluar dari rumahnya. Suhaimi Keraba terus pergi ke Wilayah Balidono, Putworejo, Jawa Timur bersemadi di sebuah gunung. Dan Suhaimi Keraba telah memelihara persahabatannya dengan Haji Taslimi Singasari. Tanpa pengetahuan Kiai Sabdo. Dia mengujungi tempat pertapaan Suhaimi Keraba. Atas nasihat Kiai Sabdo, Haji Taslim Singasari meninggalkan Tanah Jawa pulang ke Semenanjung Tanah Melayu. Buat beberapa lama dia menetap di kampung halamannya di Tanah Kebun, Parit Buntar. Kemudian dia pergi ke Perlis dan akhirnya bermastautin di Pattani,

20 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Selatan Siam mendalami ilmu akhirat. Setelah mendapat berita yang Suhaimi Keraba berada di Balik Pulau, Haji Taslim Singasari pun berhijrah ke tempat tersebut lalu membeli sekeping tanah sawah. Persahabatan yang terputus disambung kembali. Suhaimi Keraba sering mengujunginya. "Cita-cita saya mahu memberi kesedaran. Biar dia balik ke pangkal jalan. Tapi, dia cukup liat. Kadang-kadang saya diduganya dengan pelbagai cara. Ilmu hitamnya cukup tinggi," cetus Haji Taslim Singasari. "Sudahlah, dia sudah memilih cara tu, Haji. Apalah yang boleh kita buat," Pak Imam meraba pangkal lehernya. "Sebagai sahabat, saya tetap berdoa setiap kali solat, minta Allah ampunkan dosanya dan rohnya ditempatkan di tempat yang baik-baik," demikian erti setiakawan buat Haji Taslim Singasari. "Seram saya." Kami segera menoleh ke arah datuk yang keluar dari bilik secara mengejut. Mukanya dibasahi peluh bersama bayangan kecemasan. "Kenapa?" soal Haji Taslim Singasari. "Mayatnya bangun mahu menerkam ke arah saya, binatang-binatang bisa berkeliaran atas mayatnya," jelas datuk lalu duduk di sisi pak Imam. "Dengan nama Allah dapat saya atasi dengan sebaik-baiknya," sambung datuk lagi. Dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangan. "Tunjangnya cukup hebat," celah Pak Imam. Saya lihat Haji Taslim anggukkan kepala. Kesedihan atas kematian sahabat rapat yang tidak sejalan itu meninggalkan kesan hiba yang amat sangat terhadap dirinya. Pak Imam, datuk dan Haji Taslim Singasari mengadakan perbincangan kecil dan singkat. Hasilnya, Pak Imam diserahkan tugas pergi ke masjid memberitahu orang ramai tentang kematian Suhaimi Keraba. Urusan mandi mayat dan kafan terletak atas bahu datuk dan Haji Taslim Singasari. Saya cuma jadi pembantu mereka saja. Sebaik saja selesai sembahyang Zohor, sembahyang jenazah dilakukan di masjid kampung tersebut. Mungkin kerana nama Suhaimi Keraba dianggap nama yang tidak membawa keuntungan pada penduduk setempat, menyebabkan orang yang datang menziarah dan menyembahyangkan jenazahnya tidak seberapa. Apa yang membanggakan saya ialah sikap Haji Taslim Singasari, selepas pengkebumian sahabat karibnya, Suhaimi Keraba. Dia seperti menyembunyikan keburukan dan kejahatan sahabatnya dari orang ramai. Dia mengelakkan diri, bila ada orang kampung bertanyakan kegiatan buruk Suhaimi Keraba semasa hayatnya. Tetapi, dia tidak pula keberatan untuk menceritakan tentang kebaikan sahabatnya walaupun kebaikan yang ada amat kecil jika dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan. "Kenapa ditanyakan tentang kejahatan orang yang sudah tiada, bukankah perbuatan itu dilarang oleh agama kita," tutur Haji Taslim Singasari pada seorang anak muda yang menahannya, sebaik saja keluar dari tanah perkuburan. "Sebabnya mudah saja, dia selalu mengganggu orang kampung dengan ilmu jahatnya," jawab pemuda itu. "Hai orang muda. Dia sudah tak ada dan tak ada gunanya awak marah atau menaruh dendam, memaki hamunnya. Perbuatan macam tu, tambahkan dosa kita, sedangkan dia sudah pun mengadap Allah," Haji Taslim Singasari menetap wajah pemuda yang berambut panjang. Ternyata pemuda yang masih menaruh dendam itu, tidak dapat menerima nasihat Haji Taslim Singasari. "Awak jadi pelindungnya, awak jadi taukenya," satu tuduhan yang pedih dilemparkan oleh pemuda kepada Haji Taslim Singasari. "Apa salahnya awak melupakan perbuatan kawan saya itu, sedekahkan Fatihah dan Qulwallah pada rohnya dan minta ampunkan dosanya. Awak dapat pahala dan secara tak langsung awak dapat melatihkan diri awak untuk menjadi seorang Islam yang baik dan berniat ikhlas," Haji Taslim Singasari terus mengajak saya dan datuk beredar dari situ. PANAS Rupanya, pemuda yang panas baran itu tidak puas hati dengan sikap Haji Taslim Singasari. Dia menghalang kami meneruskan perjalanan dengan merentangkan sebatang kayu di depan kami. "Hei! Ketua ilmu sesat, ketua ajaran salah, jangan cuba pertahankan orang kamu," pemuda panas baran terus menuding jari telunjuknya ke muka Haji Taslim Singasari. Datuk nampaknya kurang senang dengan sikap pemuda yang biadap itu. Tetapi dia tidak mahu bertindak. Maklumlah tempat orang, tidak ada gunanya jadi ayam sabung. "Bangsat, datang ke hujung kampung orang nak jadi kepala iblis," sambung pemuda itu lagi. Haji Taslim Singasari tunduk senyum sambil memberi isyarat pada datuk dan saya supaya meneruskan perjalanan tanpa melangkah kayu penghalang di depan. "Heiii...," sergah pemuda itu ke arah saya dan datuk. Dan dalam masa yang sama, Pak Imam keluar dari kawasan tanah perkuburan lalu meluuru ke arah pemuda panas baran. "Kamu balik, jangan nak sedap-sedap saja tuduh orang amal ilmu sesat, ilmu salah. Selidiki dulu sebelum bercakap," Pak Imam paut bahu kanan pemuda panas baran dengan tangan kirinya. "Kenapa Pak Imam masuk campur, Pak Imam dah ikut dia?" "Itu soal aku, kamu mesti tahu, aku imam, aku tahu apa yang aku buat. Jadilah pemuda Islam yang berhemah tinggi, menyiasat dan mengkaji sebelum buat tuduhan. Pergi balik, dengar cakap aku," herdik Pak Imam, tanpa berkata sepatah apa pun, pemuda panas baran terus meninggalkan kami.

21 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Kami pulang ke rumah Haji Taslim Singasari. Di rumah itu juga Pak Imam membuka rahsia diri dia yang sudah lama mengenali Haji Taslim Singasari. Bila waktu terluang mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Tetapi Pak Imam mengakui yang dia tidak tahu hubungan Haji Taslim Singasari dengan Suhaimi Keraba begitu akrab. Haji Taslim Singasari mengakui yang dia merahsiakan hubungannya itu daripada pengetahuan Pak Imam. Sebabnya, dia mahu berusaha dahulu untuk membawa Suhaimi Keraba ke jalan yang benar. Bila gagal, barulah dia memerlukan pertolongan dari Pak Imam dan orang lain. "Sayangnya, cita-cita saya tak sampai. Dia pergi dulu tinggalkan saya. Kalau ikut umur, dia lebih muda dari saya. Pada hukum adatnya, saya yang mati dulu. Tetapi kuasa Allah siapalah tahu," antara jelas dengan tidak, Haji Taslim Singasari menuturkan kata. Kehibaan masih terpancar di wajahnya. "Allah sayangkan dia," meletup suara dari datuk. Apa alasan datuk, orang jahat disayangi oleh Allah? timbul pertanyaan dalam rongga dada saya. "Bila dia dipanggil Allah, ertinya segala kegiatan jahatnya terhenti di situ saja. Itu tanda Allah sayangkan dia. Kalau umurnya panjang penuh dengan kejahatan, tentulah hidupnya tidak bermakna," sambung datuk lagi. Saya dapat menerima alasan itu. Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul empat lebih. Sinar matahari kian redup tetapi, angin dari sawah menghantarkan kesegaran ke tubuh kami. "Saya juga bercadang mahu mengajak si mati kembali ke pangkal jalan, saya pernah bertentang mata dengannya, pernah berdebat. Kita perlu sabar dan tabah untuk menyedarkannya. Ah! semuanya sudah berlalu," secara mengejut Pak Imam bersuara. Datuk anggukkan kepala, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari. Kerana jemu melihat lantai, dinding rumah serta jam tua, saya alihkan pandangan ke luar. Dedaun kelapa di pinggir kampung melintuk liuk disentuh bayu petang. Beburung liar terbang rendah lalu hinggap di reranting pokok yang memagari bibir Kampung Tenang. Awan juga berarak lembut ke arah pekan Balik Pulau. "Si mati jadi marah dan meradang dengan kedatangan seseorang ke kawasan Balik Pulau. Menurut si mati orang itu menghalang kegiatannya dengan kasar, tidak mahu berunding," Haji Taslim Singasari bersuara. Pak Imam renung ke arah datuk. Saya segera membuat ramalan. Orang yang dimaksudkan oleh si mati itu tidak lain dan tidak bukan adalah datuk saya. "Apa kata si mati terhadap orang itu?" saya bertanya, datuk segera mencubit paha saya. Aduh! sakitnya bukan kepalang. Tetapi saya tetap bersikap tenang, seolah-olah tidak ada apa yang terjadi. BATUK Melihat sikap saya yang bersahaja itu, datuk tidak puas hati. Dia berpura-pura batuk, sebagai tanda ingatan agar saya jangan megemukakan sebarang pertanyaan lagi. "Orang yang datang ni, bukan calang-calang orang. Ada ilmu dunia dan akhirat. Sebelum dia tunduk pada orang yang datang itu, dia mahu mengujinya terlebih dahulu. Tapi...," Haji Taslim Singasari terbatuk. Setelah selesai batuk, dia tidak mahu meneruskan kata-kata. Sikapnya itu, membuat kami bertiga resah. Saya terus menganggap Haji Taslim Singasari mahu menyembunyikan sesuatu dari kami. Dalam erti kata lain, masih meragui kejujuran kami. "Kenapa tak teruskan cerita," desak Pak Imam. "Dia kesalkan awak," biji mata Haji Taslim Singasari menampar wajah Pak Imam yang nampak terkejut. "Kesalkan saya? Kenapa?" "Sebabnya, awak menolong orang yang datang tu. Dia menghormati awak," lanjut Haji Taslim Singasari. Datuk nampak resah. Dia sedar dirinya turut dikaitkan dalam masalah ini. Sesungguhnya kedatangan datuk ke Balik Pulau bukan untuk mencari musuh. Dia sekadar mahu menunaikan permintaan Mat Prai. Hidup bagi datuk ialah mencari sahabat sebanyak yang boleh. Musuh jangan dicari, walaupun seorang. "Agaknya, sayalah orang yang dimaksudkan oleh si mati," datuk tegakkan leher. Pak Imam renung ke arah saya dan Haji Taslim Singasari pula renung Pak Imam. Keadaan bertambah gawat, semoga tidak ada tercetus sebarang pergaduhan di sini. Doa saya dalam hati. "Memang awaklah," sahut Pak Imam. "Awak dendam dengannya lagi," Haji Taslim Singasari renuung muka datuk. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala. "Saya tahu niat awak macam saya juga, nak membetulkan kesilapannya, bukan begitu?" tokok Haji Taslim Singasari lagi. Macam tadi datuk anggukkan kepala. Tiba-tiba kami diganggu oleh suara batuk dan bunyi orang berjalan di bilik si mati. Kami berpandangan sama sendiri. Bunyi telapak kaki orang yang melangkah itu semakin lama semakin dekat. Tanpa disangka-sangka pintu bilik yang bercantum itu ditolak dengan kasar. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu bilik. "Ahhh..." Serentak kami bersuara dengan rasa terkejut yang amat sangat. Punggung saya terasa tidak bertemu lantai. Empat wajah manusia dipeluk kecemasan melihat Suhaimi Keraba yang sudah dikuburkan berdiri di ambang pintu bilik. Bentuk tubuhnya kelihatan cukup elok dan sempurna. Mukanya tidak pula hitam, tetapi sepasang anak matanya tidak bercahaya, tersembul macam batu cincin. Walaupun demikian, pandangannya tetap menyorot ke arah datuk. "Huuuuhhhh." Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba telah bersuara. Tangan kanannya menghentak sebelah pintu bilik hingga tercabut. Kami bertambah cemas. Lembaga itu terus melangkah ke arah datuk.

22 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Kembarnya," pekik Haji Taslim Singasari. "Kami menyebutnya Tunjing, benda ni mesti dimusnahkan. Benda ni jadi jahat dan mula mengganas bila tuannya dah tak ada," sahut Pak Imam sambil bangun dan melangkah ke arah tangga. "Semuanya ni syaitan, iblis," datuk terus meluru ke arah Pak Imam yang berada di kepala tangga. Dua kaki saya bagaikan ditarik oleh kuasa ghaib bergerak menuju ke arah datuk. Ketika itu juga terdengar raungan gajah, ngauman harimau dan jerit monyet. Semuanya datang dari arah bilik si mati. Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus melangkah dalam keadaan yang keras. Seluruh daging tubuhnya nampak berulas. Urat-urat hijau bagaikan mahu menolak kulit tubuhnya. Apa yang manghalangnya habis dirempuh atau ditendang. Haji Taslim Singasari tidak bergerak dari tempat asal. Dia bangun dan berdiri di situ. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pada saat itu juga, saya lihat lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba bertukar rupa. Tubuhnya berbulu hitam dan bahagian kepalanya bertukar menjadi kepala beruang. "Suhaimi." Pekik Haji Taslim Singasari. Lembaga itu berhenti melangkah dan bertukar kembali menyerupai diri Suhaimi Keraba yang sebenar. Pak Imam dan datuk terus berbisik sesuatu. Apakah perkara yang mereka bisikkan saya sendiri pun tidak tahu. "Jaga dan hati-hati, Haji," Pak Imam bersuara. "Dengan izin Allah saya boleh mengatasinya," sahut Haji Taslim Singasari sambil membetulkan kedudukan kaki kanannya. Lembaga itu terus merewangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. "Aduh!" Serentak dengan itu Haji Taslim Singasari tersungkur ditolak oleh lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba. Lembaga itu menerkam ke arah datuk. Haji Taslim Singasari berjaya bangun dan menerkam ke arah datuk. "Suhaimi Keraba." Mendengar namanya disebut lembaga itu terhenti dari menyerang datuk. Dia memusingkan kepalanya perlahan-lahan ke arah orang yang memanggilnya. "Kita harus ke tanah, saya tahu pantang larangnya," perintah Haji Taslim Singasari. Kami segera terjun ke halaman rumah. Dan lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus ghaib entah ke mana. Haji Taslim Singasari memerintahkan kami bertiga mendekatinya. Perintahnya segera kami patuhi. "Biar saya hadapi cara ilmu dunia, kalau saya gagal saya minta tolong pada awak berdua," kata Haji Taslim Singasari pada datuk dan Pak Imam. Nampaknya datuk akur dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Bila saja Haji Taslim Singasari memusingkan badannya ke kiri, lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba muncul didepannya dengan kedua belah tangannya menghala ke batang leher Haji Taslim Singasari. "Kau marah aku," tutur Haji Taslim Singasari ke arah lembaga tersebut. Dengan serta merta lembaga itu anggukkan kepala dan haji Taslim Singasari tumbang atas tanah. Lembaga itu bersedia untuk memijaknya. Haji Taslim Singasari mengepal tanah. Tetapi, tidak berjaya. Tanah ditelapak tangannya bertaburan. "Bantu saya," rayu Haji Taslim Singasari. Pak Imam menerpa ke arah lembaga itu. Mereka berdepan. Saya lihat Pak Imam membaca sesuatu, pasti dia membaca ayat-ayat pilihan dari Al-Quran untuk menentang iblis. Ternyata lembaga itu tidak mudah ditundukkan tetapi, Pak Imam terus berjuang dengan sedaya upaya. Akhirnya lembaga itu menjerit sekuat hati bersama dentuman petir yang amat kuat. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 8) Siri 116 : BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN Apr 29, '10 2:14 AM
by jaja for group komunitisbdj Siri 116 ini telah ditaip oleh Fanuna / Fatin. Ribuan terima kasih buat Fanuna. Dentuman petir membuat telinga saya seperti pekak. Tanah yang dipijak seperti bergegar.Saya pun rebah ke dada bumi. Antara sedar dan tidak, terasa tubuh diangkat serta diusung oleh datuk dan Haji Taslim Singasari ke perdu macang (bacang). Saya disandarkan di situ, datuk segera memulihkan semangat saya yang hilang. Bila terasa diri semakin pulih, saya celikkan mata. Apa yang saya lihat sungguh mengejutkan. Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terbakar hangus dipanah petir. Hancur menjadi debu lalu diterbangkan oleh angin ke mana-mana. Penduduk kampung berdekatan menjadi gempar. Mereka merasa sungguh takjub kerana dalam cuaca petang yang terang, boleh terjadi ledakan petir yang sungguh hebat. "Kita sudah melihat kekuasaan Allah, sesungguhnya Allah berhak melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita," Pak imam yang tadi membisu mula bersuara. Matanya menatap wajah datuk dan Haji Taslim Singasari. "Itu pilihan sahabat saya, Pak Imam." Nada suara Haji Taslim Singasari mengundang kehampaan. "Itu takdir dirinya," celah datuk. "Apa boleh buat Haji, saya harap perkara yang terjadi di depan mata kita ni, jangan dihebohkan dengan sesiapa. Nanti boleh timbul macam-macam cerita pula," Pak Imam menatap permukaan bumi sambil menarik nafas panjang. Pak Imam angkat kepala lalu memandang ke arah kami dengan senyuman penuh keyakinan. Dia percaya yang kami akan mematuhi permintaannya. Pak Imam melangkah ke kaki tangga untuk naik ke rumah. Perbuatannya itu segera dituruti

23 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

oleh saya, Haji Taslim Singasari dan datuk. Bila berada dalam rumah, bilik si mati segera kami serbu. Saya jadi bingung. Semua barang miliknya menjadi abu, bersepah-sepah seluruh bilik. Malah ada yang melekat pada dinding akibat ditolak angin. "Jangan disentuh," Haji Taslim Singasari mengingatkan kami. Kami terus membuka tingkap. Dua keping papan dinding yang menghala ke arah sawah dikopaknya dengan jari telunjuk. "Kenapa rosakkan dinding rumah?" Tanya datuk. "Biar angin masuk dan terbangkan debu-debu yang ada dalam rumah ni. Debu-debu ini tak boleh disentuh, kalau kena tubuh kita, kulit boleh terbakar dan daging badan jadi busuk," jelas Haji Taslim Singasari . Saya segera meninggalkan bilik si mati. Beberapa minit kemudian Pak Imam, Haji Taslim Singasari dan datuk turut keluar dari bilik si mati. Kerana waktu Asar hampir tiba, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat. Atas persetujuan para jemaah yang ada, maka Haji Taslim Singasari pun disuruh menjadi imam. Selesai sembahyang dan berdoa, para jemaah mula bercerita tentang bunyi petir yang mereka dengar. Ada bermacam-macam andaiannya dan ramalan yang mereka buat. Kebanyakkannya, dihubungkaitkan dengan kematian Suhaimi Keraba. Ada yang mendakwa, sebelum petir meledak mereka melihat Suhaimi Keraba menari-nari di jalan raya. Ada pula yang melihat Suhaimi Keraba minum kopi dan makan laksa di warung Simpang Empat. Cerita-cerita yang sampai ke telinga membuat saya tersenyum panjang. Betapa mudahnya, orang mengadakan cerita yang bukan-bukan, mereka pandai menggunakan kesempatan dari kematian Suhaimi Keraba yang semasa hidupnya tidak melakukan kebaikan. Beberapa orang jemaah yang berani terus mendekati Haji Taslim Singasari dan Pak Imam. Mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan tanpa mempedulikan kehadiran kami. Mungkin kerana kami orang luar. "Minta maaf, kami tak tahu pula bunyi petir itu ada hubungan dengan si mati," itu jawapan Pak Imam pada pertanyaan mereka. Ternyata jawapan itu tidak memuaskan hal orang yang bertanya. "Mustahil awak tak tahu?" Tanya lelaki berkulit hitam manis dengan misai lebatnya menutupi bibir atas. Pertanyaan ditujukan khas untuk Haji Taslim Singasari mencari jawapannya di samping berusaha menjauhkan diri dari lelaki berkulit hitam yang usianya sekitar lima puluhan. "Petir berbunyi waktu cuaca terang benderang, perkara biasa," sahut Pak Imam. Ternyata lelaki berkulit hitam tidak puas hati kerana jawapan itu bukannya datang dari Haji Taslim Singasari. Matahari petang yang memancar membuat dahi saya dan datuk berpeluh. Pak Imam merenung ke arah kolah masjid. "Bagi saya, itu bukan perkara biasa," lelaki berkulit hitam manis bersuara. Dia menatap wajah Pak Imam dan Haji Taslim Singasari. "Kenapa awak kata macam tu?" Datuk ajukan pertanyaan pada lelaki berkulit hitam manis. Dia tidak berminat mahu bercakap dengan datuk. Mungkin kerana datuk orang luar. Datuk dan Pak Imam berpandangan. Akhirnya mereka tersenyum . "Bagi saya," ulang lelaki berkulit hitam, "perkara itu ada kaitannya dengan sahabat Pak Haji yang mati. Dia tu manusia jahat, isi neraka," begitu senang lelaki berkulit hitam manis bercakap. "Mulut awak celupar. Tak baik menuduh begitu. Saya tak suka cara awak, kita tak boleh menentukan seseorang itu isi neraka atau syurga kerana ia adalah kuasa Allah," nada suara Haji Taslim Singasari mula meninggi. Mukanya nampak merah. "Maafkan saya, Pak Haji." "Awak tahu, Allah boleh melakukan sesuatu apa yang diingini-Nya, apa lagi petir waktu hari bercuaca panas," Haji Taslim Singasari berhenti bercakap. Dia menarik nafas dengan perlahanlahan. Matanya menoleh ke arah saya dan datuk. "Kenapa dalam setiap kejadian kita tidak mahu memikirkan tentang kebesaran Allah? Kenapa mesti dikaitkan dengan manusia yang kita cap atau kita kira sebagai manusia jahat. Ini ertinya kita bercakap dan berfikir menurut perasaan bukannya menggunakan otak," lanjut Haji Taslim. Dia tentang biji mata lelaki berkulit hitam manis. Bahu lelaki itu ditepuk dengan mesra. "Ini kesilapan saya, suka mendengar cakap-cakap orang," terpamer kekesalan di wajah si hitam manis. "Lain kali, jangan cepat sangat percaya dengan cakap-cakap orang, selidik dulu sebelum membuat tuduhan, barulah hidup selamat," Pak Imam mengurui si hitam manis. "Maafkan saya." "Sudahlah, lain kali berhati-hati. Kami tak ada apa-apa dengan awak," tutur Pak Imam mengakhiri kata dengan senyum. Si hitam manis tergesa-gesa meninggalkan kami. Sebenarnya kami bertiga (Pak Imam, datuk dan saya) tidak perlu pergi ke rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam boleh pulang terus ke rumahnya. Sementara saya dan datuk boleh balik ke rumah Mat Prai. Oleh kerana basikal kami masih berada di rumah Haji Taslim Singasari perkara tersebut tidak dapat dilakukan. Terpaksa pergi ke rumahnya dulu. Bila sampai di rumah, Haji Taslim Singasari menahan kami agar minum petang. Dia sendiri yang membuat air kopi dan menggoreng pisang nangka. Minum petang sambil berborak memang menyeronokkan, ketika sedang berborak tanpa disengajakan Haji Taslim Singasari telah menceritakan serba sedikit kebolehan yang ada pada dirinya. Rupanya, perkara yang tidak disengajakan itu telah berbekas dalam diri datuk. Timbul minat dalam hatinya untuk mengetahui beberapa perkara tertentu dari Haji Taslim Singasari. Bagaimanakah datuk mahu menyatakan hasrat hatinya itu? Dan amat mengejutkan saya, bila datuk mahu menerima pelawaan dari Haji Taslim Singasari agar bermalam di rumahnya untuk sama-sama membaca Yasin. "Macam mana dengan basikal yang saya pinjam, saya tak boleh bawa dua basikal sekali," Pak Imam meyatakan keresahannya sambil meletakkan cawan di tangan ke dada piring. "Ya juga!" Datuk terkejut dan menyedari yang perbuatannya itu menyusahkan orang lain. "Itu mudah saja, suruh cucu awak bawa basikal saya, awak naik basikal yang dipinjam. Bila datang ke sini semula, awak naiklah basikal saya bersama cucu awak," Haji Taslim Singasari menyelesaikan masalah yang dihadapi. "Bijak juga awak cari jalan selesai," Pak Imam terus menatap wajah Haji Taslim Singasari , "kalau tak ada apa-apa hal, lepas sembahyang Isyak saya datang ke sini. Saya juga nak baca Yasin," sambung Pak Imam bersama senyum. "Kalau awak datang saya gembira, kalau tak datang saya tak marah," tingkah Haji Taslim Singasari lalu disambut dengan ketawa. Haji Taslim Singasari mengumpulkan cawan dan piring kosong lalu dibawa ke ruang dapur. Kami turun dari rumah. Haji Taslim Singasari keluarkan basikal tua dari bawah rumah. Diserahkan pada saya. Basikal tua itu masih berhabuk tetapi, brek dan tayar masih elok. "Saya jarang menggunakannya," tutur Haji Taslim Singasari sambil menepuk tempat duduk basikal dua tiga kali. "Jangan bawa laju-laju," datuk mengingatkan saya. "Kalau bawa laju nanti tercabut tayar," Pak Imam berjenaka. Saya tersenyum panjang. Kami keluar dari kawasan rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam berada di depan, datuk di tengah dan saya berada di tempat terakhir, semuanya membongkok kayuh basikal. Matahari petang yang kian condong mencipta bebayang diri kami memanjang di dada jalan. Angin yang bertiup memberikan keseronokan dan kesegaran pada diri saya. Sambil kayuh basikal saya bersuil-siul kecil membawakan lagu Terkenang Semasa Dulu. Lagu tersebut cukup popular ketika itu. Kecil besar tua muda kenal dengan suara penyanyi R. Azmi yang setiap hari berkumandang di radio Malaysia (ketika itu disebut Radio Malaya). Akhirnya kami sampai di rumah Pak Imam. Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan yang melonjak dalam dada, bila Pak Imam menyuruh saya menghantar basikal yang dipinjam ke rumah adiknya. Inilah peluang terbaik bagi saya untuk melihat wajah Masitah, si putih kuning penggoda jiwa. Doa saya, semoga emak dan ayah Masitah tak ada di rumah. Kali ini, saya mahu bercakap panjang dengannya. Mahu Tanya kegemarannya. Lagu apa yang diminatinya, pandaikah dia membaca Quran dan berkasidah? Bolehkah dia masak gulai tempoyak, yang jadi kegemaran saya dengan nenek. Kalau boleh dialah bakal isteri saya. Engkau cantik, engkau menawan Masitah. "Assalamualaikum." "Waalaikum salam," terdengar suara halus nyaring. Engkaukah itu Masitah? Saya tersengih sendirian dengan sepasang biji mata tertumpu ke arah pintu yang terdedah. "Siapa tu?" Orang di dalam bersuara lunak. "Saya Tamar, nak pulangkan basikal yang saya pin..," saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Jantung saya berdebar. Oh! Tuhan apakah saya bermimpi? Dua tiga kali saya mengucap panjang. Benarkah yang berdiri di muka pintu itu Masitah? Bisik batin saya. Sudah jelas yang berkemban di muka pintu adalah Masitah. Mata jantan saya tertumpu ke arah bahagian dada yang tidak bertutup. Kulitnya putih melepak dan lembut. Basikal yang dipegang terlepas dari tangan. Jatuh terdampar atas bumi. Masitah yang berdiri di muka pintu menghilangkan diri. Basikal yang rebah saya tegakkan lalu disandarkan pada tiang seri di bawah rumah. "Basikal bawah rumah, saya nak balik," kata saya sambil keluar dari bawah rumah. Hati kecil saya tetap kesal kerana Masitah cukup cepat menghilangkan diri. Waktu saya mahu melintas di depan tangga, saya lihat Masitah berdiri di situ. Dia tidak berkemban lagi. Pakaiannya cukup kemas dengan baju kurung berkain batik. Dia tidak memakai kain kelubung. Rambutnya disikat rapi. "Nama awak, Masitah!" Saya memberanikan diri sambil berjenaka. Tiada jawapan yang saya terima dari Masitah kecuali sebuah jelingan tajam penuh makna dan mendebarkan. "Basikal yang dipinjam tadi, ada di bawah rumah," saya menambah. Masitah tiada juga bersuara, tetapi ada senyum di kelopak bibirnya. Saya tidak mahu senyumnya. Saya mahu mendengar suaranya. "Sampaikan salam saya pada emak dan ayah awak," kata saya tanpa melihat ke arahnya. Saya terus melangkah dengan wajah yang serius. MENGENA Ternyata, tektik yang saya lakukan itu mengena. Saya kira, kalau

24 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

saya jual murah, Masitah jual mahal. Bila saya jual mahal, Masitah jadi serba salah lalu menegur saya. Ini sebuah pengalaman yang amat berharga. "Macam merajuk aje nampaknya, pagi tadi bukan main berani," Masitah mengusik dan menyindir. Bagaikan ada kuasa tertentu, langkah saya terhenti dan wajah saya bagaikan diarahkan kuasa ghaib memandang ke arah wajah Masitah. Kami tersenyum. "Pergi ke mana bawa basikal ayah saya?" "Ke Kampung Terang." "Ada apa di sana?" Saya rasa agak sukar mahu menjawab pertanyaan dari Masitah. Kalau saya katakan yang benar, mungkin dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong. "Saya tak boleh cakap, kalau nak tahu tanyalah ayah saudara awak," kata saya. "Kenapa tak boleh cakap?" "Itu rahsia." "Alahaiii menyampah," Masitah juihkan bibir bawah ke depan bersama kerdipan dan jelingan. Tidak memadai dengan itu, dia tunjukkan penumbuk ke arah saya. Sungguh melucukan tetapi amat menghiburkan diri saya. "Tamarrr." Suara datuk meninggi dan memanjang dalam nada marah. Kegembiraan yang melonjak dalam dada terus hilang. Saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah Pak Imam. Sebelum sampai ke rumah Pak Imam dua kali saya terjatuh tersepakkan akar. Rasa sakit sudah tak terasa lagi, akibat dikuasai rasa takut pada datuk. "Heiii, kamu ni." Datuk beliakkan mata, saya tidak angkat muka. Cuma renung permukaan bumi saja. Rasa gementar terus bersarang di dada. Saya berdoa agar kemarahan datuk berakhir di situ saja. "Apa yang kamu buat di situ? Hantar basikal sampai berjam-jam. Apa yang kamu cari di rumah orang, ha?" Sambung datuk. Suaranya makin meninggi. "Sudahlah tu," Pak Imam memujuk. "Kalau tak ditegur inilah jadinya," ada perubahan pada tekanan suara datuk. Nadanya merendah. Dada saya terasa lapang bia dia berbalas senyum dengan Pak Imam. "Saya pergi dulu," datuk hulur tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman. "Dengar cakap datuk kamu, jadilah cucu yang baik," kata Pak Imam bila saya bersalaman dengannya. "Terima kasih," saya tatap wajah Pak Imam yang tersenyum. Segera saya sorong basikal tua ke arah jalan besar. Datuk mengekori dari belakang. Bila sampai dekat pokok kelapa condong datuk berpatah balik menemui Pak Imam. "Awak datang malam ni ke rumah Haji?" "Insya-Allah lepas isyak saya sampai," itu janji Pak Imam pada datuk. Dan datuk meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke belakang lagi. Sampai di tepi jalan raya, datuk ambil basikal dari saya. Tanpa berkata apa-apa dia terus kayuh basikal. Saya terpinga-pinga kerana datuk terus meluru ke depan tanpa menyuruh saya naik basikal. "Tuk," jerit saya. Datuk tidak peduli dia terus kayuh basikal. Saya jadi cemas dia semakin jauh dari saya. "Tuk," jerit saya. Datuk tidak juga menoleh ke belakang. Terus membongkok kayuh basikal. Ini tidak boleh jadi, datuk dah buat perangai gila-gilanya. Saya buka langkah dan terus memburunya. Bila langkah saya bersaing dengan basikal yang datuk kayuh, tanpa membuang masa saya terus melompat ke atas pelantar basikal. Saya tercunggap-cunggap, tetapi datuk buat endah tak endah dengan kehadiran saya tu. "Tuk," "Hum, ada kamu. Aku ingatkan tadi kamu tak tahu berusaha, nak hidup," kata-kata itu amat menyakitkan hati saya. "Agaknya datuk terlupa nak ajak saya naik basikal." "Aku tak terlupa, aku sengaja tinggalkan kamu. Nak tengok kamu tu cerdik ke bodoh?" "Hum," saya mengeluh dalam hati. Sikap datuk itu amat mengecewakan. Saya ambil keputusan tidak mahu bercakap dengannya. Basikal yang dikayuh oleh datuk agak laju, habis rambut saya mengerbang. Angin terasa begitu kuat memukul kulit pipi dan mata mula berair. Tenaga datuk bagaikan tenaga orang muda. "Duduk diam-diam," datuk mengingatkan saya, bila datuk mendapati saya bergerak ke kiri dan ke kanan atas pelantar basikal. Saya berbuat demikian kerana saya terasa cukup lenguh. "Baik tuk," kata saya. Dari jalan raya datuk belok basikal ke kanan, masuk ke lorong kecil menuju ke rumah Haji Taslim Singasari. Cuaca tidak secerah tadi, matahari sudah mengisut ke kaki langit. Sebentar lagi cuaca samar akan menguasai seluruh kampung yang menandakan malam mula mengusir siang. Cukup cekap datuk mengendalikan basikal yang dikayuhnya. Dia bijak mengelakkan tayar basikal dari melanggar tunggul dan akar kayu yang berselirat di dada lorong. Bila tayar basikal terlanggar lopak kecil atau akar kayu secara tidak sengaja, tubuh datuk bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengimbangi badan dan basikal dari masuk parit. Secara tidak langsung, saya juga turut bergerak. Akibat terlalu kerap bergerak, badan saya berpeluh. "Cepat datang." Sambut Haji Taslim Singasari di kaki tangga Saya terus melompat turun dari pelantar basikal. Kerana saya melompat tanpa memberitahunya, datuk tidak dapat mengawal basikal dengan baik hingga dia terbabas ke arah perdu pisang. Basikal dan datuk jatuh di situ. Haji Taslim Singasari segera menerkam ke arah datuk. "Kamu tak mahu fikir tentang orang lain, bila mahu berbuat sesuatu. Tengok apa dah jadi," biji mata datuk tertumpu ke wajah saya. Kali ini saya tidak merasa takut, kerana nada suara datuk tidak meninggi. "Lain kali jangan buat macam tu lagi," sambung datuk bersama senyum. Entah mengapa datuk tidak naik darah kali ini. Mungkin dia segan dengan Haji Taslim Singasari. Datuk tolak basikal ke bawah rumah. Disandarkan pada tiang kayu bulat. Kemudian Haji Taslim Singasari terus memeriksa tangan kanan datuk. Pada hematnya, tangan kanan itu mesti bengkak atau luka. Semasa datuk jatuh tadi tangan kanan itu terkandas atas kayu bulat. "Tak ada apa-apa, saya sempat mengelak. Dari jauh memang nampak yang tangan saya ni kena kayu bulat," jelas datuk. "Cekap juga awak." "Semuanya dengan izin Allah," balas datuk. "Mari naik," pelawa Haji Taslim Singasari. BEKU Sementara menanti masuk waktu maghrib, saya duduk di anak tangga bongsu melihat ke kawasan hujung sawah. Damai melihat pepucuk pisang yang meliuk-liuk diterpa angin, begitu juga dedaun pinang dan kelapa. Datuk dan Haji Taslim Singasari terus berborak panjang di anjung. Mereka bertukar pendapat, berbincang tentang hal-hal agama. "Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku," tutur Haji Taslim Singasari. "Maksud awak?" Sanggah datuk. "Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu. Sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mahu mencarinya." Jelas Haji Taslim Singasari. "Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat," tingkah datuk. "Ya," Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk. Hari beransur gelap. Pepohon di hujung sawah sudah tidak jelas lagi. Beburung tidak lagi terbang untuk pulang ke sarang. Cahaya merah dan biru di kaki langit sudah pun menghilang . Beduk di sudut masjid pun dipalu orang lalu disusuli dengan suara azan mendayu hiba. Menyeru penduduk kampung supaya menunaikan kewajipan. Kami pun menunaikan solat Maghrib, imamnya Haji Taslim Singasari . Kami membaca surah Yasin hingga masuk waktu Isyak. Bila solat Isyak mahu dimulakan, saya terasa lain macam saja. Macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat bergerak bebas dalam rumah. Bulu tengkuk saya sentiasa saja berdiri. "Itu perasaan kamu saja, Tamar," kata datuk bila rasa gelisah itu saya sampaikan padanya. "Bukan perasaan, perkara tu memang ada," Haji Taslim Singasari renung muka datuk, "pedulikan, kita sembahyang dulu," sambung Haji Taslim lagi sambil mengarahkan saya dan datuk mengambil tempat masing-masing. Dia pun memulakan tugasnya sebagai imam. Bila saya memberi salam yang kedua, bahu saya sepeprti dipegang oleh seseorang. Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa seperti ada orang yang menjabat tangan saya. Digenggam erat sambil digoncang beberapa kali. "Manusia ke syaitan?" Bentak batin saya. Serentak dengan itu, genggaman yang mencangkumi telapak tangan saya terlepas. Ada hembusan nafas yang keras menyentuh kulit pipi. Bahu saya disinggung dengan kuat hingga saya terdorong ke kanan, berlaga dengan badan datuk. "Kau mengantuk, Tamar?" Saya segera gelengkan kepala sambil tumpukan seluruh perhatian ke arah pembacaan doa yang dilakukan oleh Haji Taslim Singasari. Sesekali saya lihat datuk berada dalam keadaan yang resah. Dia mengisut ke arah saya seperti ada orang yang menghimpitnya. Pembacaan doa pun berakhir. Saya terus bersalam dengan Haji Taslim Singasari. "Kamu kurang senang kerana diganggu," Haji Taslim Singasari tenung muka saya. Belum pun sempat saya menjawab, dia ubah pandangan pada datuk. Mereka bersalaman. "Assalamualaikum." Biji mata kami tertumpu ke arah pintu yang tertutup rapat. Lama kami menunggu pintu yang tidak berkunci itu ditolak orang dari luar. Apa yang kami harap tidak juga terjadi. "Pedulikan." Kata Haji Taslim Singasari dengan tenang. "Mari kita baca surah Al-Kahfi," sambungnya lagi. Saya dan datuk anggukkan kepala. Haji Taslim Singasari terus bangun, ambil Quran atas rak lalu diserahkan pada saya dan datuk. "Assalamualaikum," Kami bertiga terhenti untuk memulakan pembacaan. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu. Seorang budak lelaki dalam usia lapan tahun, tanpa pakaian kecuali kain cawat yang menutupi kemaluannya. Rambutnya dicukur bersih, bahagian belakang kepalanya terdapat setompok rambut dalam bentuk jambul. Panjang rambut tersebut hingga bertemu dengan bahagian punggungnya. Sekilas pandang memang wajahnya menyerupai kanak-kanak. Bila ditenung lama-lama ternyata wajah itu cukup dewasa dalam usia empat puluhan. Urat-urat di dahi dan di pipi kelihatan menonjol bagaikan akar rotan di permukaan bumi. Bentuk telinganya macam telinga arnab dan mengeluarkan asap nipis. Saya gerun melihat bentuk matanya yang dalam, tidak ada kelopak, tidak ada bulu mata dan kening. Ada cahaya memancar lembut

25 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

macam mata kucing waktu malam bila terkena sinaran lampu picit. Apa yang pelik dan menakjubkan dari mana dia datang? Mustahil dia masuk ikut pintu, kerana daun pintu tidak bergerak, masih tertutup rapat. "Pedulikan," Suara Haji Taslim Singasari meninggi. Budak kecil di depan pintu terus ketawa dan mengilai panjang. Cukup seram dan menakutkan, bulu roma saya tegak berdiri. Dia jelirkan lidahnya yang panjang lalu menjilat-jilat tubuhnya macam kucing menjilat bulunya. "Mari kita baca," sambung Haji Tasim Singasari. Kami terus mematuhi cakapnya. Dalam beberapa saat rumah di pinggir kampung itu terus bergema dengan pembacaan dari surah Al-Kahfi. Makin lantang suara kami membaca, makin kuat hilai ketawa sungguh ganjil. Dia menari-nari dan melompat di depan kami. Sesekali dia menukarkan taktik dari ketawa kepada menjerit dan akhir menangis tersedu-sedu macam budak kecil lapar susu. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 8) Siri 117 : ILMU TELAPAK PASIR MERAH May 1, '10 4:14 AM
by faqir for group komunitisbdj Siri 117 : ILMU TELAPAK PASIR MERAH Saya kira setelah selesai membaca surah Al-Kahfi, tetamu ganjil yang tidak diundang itu akan pergi. Ternyata perkiraan saya tidak tepat. Tetamu ganjil masih berada di depan pintu, cuma dia tidak ketawa mengilai atau menangis. Kali ini dia duduk dengan membongkokkan badannya. Menyembunyikan wajahnya di celah kangkang agar tidak dapat kami lihat. Bunyi nafasnya cukup kuat. "Biarkan dia di situ," bisik Haji Taslim Singasari pada saya dan datuk, "Masa arwah hidup, dia selalu datang tidak tentu masa," penjelasan Haji Taslim Singasari yang membuat saya dan datuk terkejut besar. "Begitu," kata datuk. "Biar saya uruskan semuanya," itu jaminan Haji Taslim Singasari. Saya makin lemas dengan keadaan yang saya hadapi. Menyesal rasanya, saya ikut datuk. Kalau saya tahu begini jadinya, lebih baik saya tidur di rumah Mat Prai. "Kita makan," Haji Taslim Singasari letakkan hidangan malam di depan saya dan datuk. Hebat juga masakkannya, ikan keli masak rempah, ada ikan gelama kering yang digoreng bersama cabai kering dan bawang besar. Ada sambal kelapa dengan ulam pegaga. Melihat hidangan itu, saya jadi kagum. Masa bila Haji Taslim Singasari menyediakan semuanya ini? Sungguh cekap dia bekerja. Fikir saya dalam hati. "Ya," angguk Haji Taslim Singasari sambil menaruh nasi ke dalam pinggan saya dan datuk, "Masa menanti awak datang, saya siapkan semuanya ini. Masak sendiri dah jadi perkara biasa bagi saya," Haji Taslim Singasari menyelesaikan persoalan yang berlegar-legar dalam tempurung kepala saya. Ketika kami menjamu selera, tetamu ganjil tidak mengganggu. Tidak bergerak dari tempat duduknya. Bunyi hembusan nafasnya beransur lemah. Meskipun dia tidak mengacau tetapi, rasa cemas tetap berada di hati saya. "Sin..." Secepat kilat saya menoleh ke arah tetamu ganjil. Saya yakin, suara yang menyeramkan itu datangnya dari tetamu ganjil. Bunyinya macam bunyi belalang pelesit. Kerana datuk dan Haji Taslim Singasari ada disisi saya, rasa takut terus hilang. Selesai makan, kami terus berehat di ruang tengah rumah. Saya sandarkan badan ke dinding. Ternyata datuk tidak senang, kalau masa yang terluang dibiarkan berlalu begitu saja. Setiap saat yang hadir harus diisi dengan mengingati Allah. "Macam mana kalau kita membaca Quran, datuk meluahkan usul. Rupanya, usul itu disambut oleh Haji Taslim Singasari dengan aman. "Memang elok tu, saya juga berfikir macam tu. Tapi, mesti sekejap lagi kita mulakan, biar nasi dalam perut hancur," Haji Taslim Singasari renung ke arah jam tua yang tersangkut di dinding. "Baru pukul sebelas," tambah Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang kakinya. Senyum datuk berlari di kelopak bibir. Suasana jam sebelas malam di pinggir kampung memang terasa amat sepi. Desiran angin yang menolak cucor atap rumah jelas kedengaran. Suara pungguk merayu bulan terus mendayu-dayu begitu juga dengan bunyi cengkerik dan katak. Mungkin kerana saya makan terlalu kenyang menyebabkan saya terasa amat mengantuk sekali. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk. Pada saat itu, saya sudah terlupa dengan makhluk ganjil. "Makan tak jemput orang pun." Saya segera jegilkan mata. Saya pasti, itu suara dari tetamu ganjil. Saya segera merenung ke wajah datuk. Dari kedutan keningnya, saya dapat membayangkan yang datuk berada dalam keresahan. "Usah bimbang," Haji Taslim Singasari bersuara. Matanya tertampar ke wajah saya dan datuk. "Dia tu kembar si mati, inilah kali kedua dia datang. Kali pertama waktu arwah sakit. Dia datang merawatnya. Ini semuanya iblis," sambung Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang kakinya. "Hal begini, tak boleh dibiarkan," cetus datuk seraya menjeling tajam ke arah tetamu ganjil. Gegendang telinga saya terdengar bunyi suara orang mengeluh dengan sayu sekali. "Sahabat apa namanya, kalau tak boleh menolong sahabat sendiri," datang lagi kata-kata dari tetamu ganjil. Saya jadi resah tidak menentu.

26 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Tiba-tiba pelita yang menyala terpadam seperti dihembus sesuatu. Bagaikan kilat saya terus meluru ke arah datuk. Terus duduk di hujung lututnya. Haji Taslim Singasari terus meraba-raba mencari mancis api. "Rumah ni bergegar, macam di goncang orang," kata datuk sambil memegang pergelangan tangan kanan saya erat-erat. Dia berbuat demikian agar saya tidak terpisah dengannya. Apa yang datuk kata memang benar. Saya sendiri mengalaminya, terasa punggung saya seperti bergerak sendiri atas papan lantai. "Jangan disentuh barang yang jatuh, walaupun ada di hujung tangan kamu," Haji Taslim Singasari mengingatkan. Dia menyalakan mancis lalu membakar sumbu pelita. "Alhamdulillah," datuk bersuara setelah cahaya pelita menerangi ruang. Haji Taslim Singasari membuka baju Melayu potongan teluk belanga lalu disangkut ke dinding. Baju singlet yang masih lekat di tubuhnya kelihatan berwarna agak kekuningan. Beberapa bahagian ada yang koyak sebesar telapak tangan orang dewasa. Tanpa berkata apa-apa Haji Taslim Singasari terus menuju ke dapur. KEMBALI Dia kembali mendekati saya dan datuk, muka dan kedua belah tangannya terdapat kesan air. Dia membiarkan air di hujung jarinya menitik atas lantai. "Ambil air sembahyang?" datuk bertanya. Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Dengan hati-hati dia mengangkat barang-barang yang berserakkan di lantai lalu diletakkan ke tempatnya. "Jangan, biar saya uruskan sendiri," tegah Haji Taslim Singasari. Saya tidak jadi membantunya mengangkat kitab tua bertulis jawi ke atas rak. Datuk masih lagi bersandar di dinding. Matanya merenung sayu ke arah Haji Taslim Singasari. Semua gerak-geri Haji Taslim Singasari ada dalam bola mata datuk. Datuk bagaikan mentafsir segala gerak langkah Haji Taslim Singasari yang mempunyai makna dan maksud tertentu. Semua barang-barang yang bertaburan dikembalikan ke tempat asalnya. Haji Taslim Singasari kembali duduk disisi datuk. Tiba-tiba daun tingkap yang dikunci terbuka dengan sendiri. Angin malam menerbus masuk, mengusap wajah dan tubuh kami bertiga. Saya melihat ke arah tingkap yang terdedah. Cuaca di luar amat gelap. "Kamu pergi rapatkan tingkap." Perintah datuk segera saya patuhi dengan rasa hati yang amat berat sekali. Ketakutan menguasai diri saya. Bila saya hadapkan muka keluar, apa yang dilihat ialah kegelapan malam yang memanjang. Saya terasa seram dan bulu roma saya terus berdiri. Bila daun tingkap saya tarik untuk rapatkan, secara tidak sengaja mata saya terpandang kain putih melayang-layang di udara diterbangkan oleh angin ke atas ke bawah. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya terus terpaku di situ. Kain putih yang dimainkan angin bergerak ke arah saya. Hati kecil berdetik mengatakan kain putih yang saya nampak itu adalah kain kafan Suhaimi Keraba, saya tercium bau kapur barus, sintuk dan bau-bauan lain yang sering digunakan untuk memandikan mayat. "Tamar, kenapa lama sangat kamu di situ?" Suara Haji Taslim Singasari cukup lantang. Saya mempersetankan teguran itu. Haji Taslim Singasari berbuat demikian kerana melihat saya berdiri di situ agak lama. Daun tingkap tidak juga dirapatkan, masih terdedah. "Tamar, apa yang kamu tengok dalam gelap tu?" suara datuk menyusul. Saya terus membisu dengan sepasang mata tertumpu ke arah kain putih yang melayang-layang di udara. Angin kian bertiup, dedahan yang berlaga sama sendiri mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Sesekali terdengar macam bunyi orang mengeluh, orang menangis dan bernyanyi yang tidak berapa jelas senikatanya. Gegendang telinga terus disumbat dengan suara lolongan anjing yang sayup-sayup dari arah kaki bukit. Suara burung hantu terus tingkah meningkah dengan suara burung jampuk. Makin gamat suara lolongan anjing dan suara burung hantu, kian rancak kain putih melayang-layang di udara macam orang menari. Kalau pada awalnya saya dapat mengagak panjang kain putih itu kira-kira enam kaki tapi kali ini panjangnya kian bertambah hampir mencecah awan. "Tamar." Bahu kanan saya di tepuk dengan kuat. Saya menoleh ke kiri. Saya lihat datuk berdiri di sisi saya dengan wajah yang cemas. Saya toleh ke kanan, saya lihat Haji Taslim Singasari berdiri si situ. Saya cuba mahu menutur sesuatu tetapi, suara saya tidak keluar. "Budak ni kena pukau iblis," tutur Haji Taslim Singasari. Dia menentang wajah saya sambil mulutnya berkumat-kumit. Saya tidak tahu apa yang dibacanya. Seluruh kulit muka saya terasa panas seperti terkena api. Haji Taslim Singasari meletakkan telapak tangan kanannya atas dahi saya. Dari dahi, telapak tangan itu bergerak perlahan-lahan menyapu wajah saya hingga ke hujung dagu. Haji Taslim Singasari mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali berturut-turut. "Aiicccuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmm..." Saya bersin hingga terasa hingus keluar dari hidung. Seluruh badan terasa seram sejuk. Saya rebah di lantai. Ketika itulah saya terpandangkan tetamu ganjil seolah-olah berdiri di depan saya. Kali ini wajahnya amat menakutkan. Dia menjelirkan lidah hingga ke perut. Telinganya yang sebesar telinga gajah jatuh atas bahunya. Kelopak matanya merah seperti bara dan dari lubang

27 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

telinganya keluar asap yang nipis. Dia bagaikan ketawa melihat saya terkapar di lantai. Haji Taslim Singasari terus merawat saya. Bila Haji Taslim Singasari berada di bahagian kepala saya, tetamu ganjil itu segera berubah ke hujung kaki. Kehadiran tetamu ganjil itu memang tidak dapat dilihat oleh Haji Taslim Singasari. Dia bergerak bagaikan bayang-bayang. Saya menelan air liur dan cuba menuturkan beberapa patah perkataan. Ternyata saya sudah boleh bersuara. "Di hujung kaki saya," tutur saya meninggi. "Apa dia Tamar?" soal Haji Taslim Singasari kehairanan. Dia renung ke kiri dan ke kanan. Dia gelengkan kepala sambil berkata: "Tak ada apa-apa pun yang aku nampak." Mendengar ungkapan dari Haji Taslim Singasari itu, tetamu ganjil menyeringaikan giginya tanda suka. "Saya nampak apa yang cucu saya katakan," datuk bersuara dengan sepasang matanya tertumpu ke arah hujung kaki saya. Gerak-geri si tetamu ganjil dalam biji mata datuk. "Saya," sahut tetamu ganjil lalu mempamerkan tubuhnya ke alam nyata. Datuk dan Haji Taslim Singasari berpandangan. "Kita mesti bertindak," kata datuk. "Caranya?" soal Haji Taslim Singasari. "Begini, kau ambil surah Yasin dan baca di situ," datuk segera menuding jari telunjuknya ke arah sudut ruang. "Kalau itu, memang ada rancangan dalam kepala saya," sahut Haji Taslim Singasari mematuhi cakap datuk. Datuk terus berdepan dengan tetamu ganjil itu. Kedua-dua kelopak bibir datuk bergerak. Pasti datuk membaca ayat-ayat suci penghalau iblis. Datuk seperti menghadapi kesulitan kerana bibir tetamu ganjil itu ikut bergerak mengikut gerakan bibir datuk, dia dapat menyebutnya dengan fasih, malah membetulkan pembacaan datuk yang tersilap. SUARA Datuk buat tidak kisah dengan telatah tetamu ganjil itu. Dia teru membaca ayat-ayat suci penghalau iblis dengan tenang. Haji Taslim Singasari yang mendengar suara tetamu ganjil mengajuk cakap datuk, terus membaca surah Yasin dengan lantang. "Sampai di sini saja kita berkawan Haji, kamu memang selama-lamanya bermusuh dengan sahabat kami," tiba-tiba saja tetamu ganjil meloncat ke arah Haji Taslim Singasari. Dia jadi marah kerana Haji Taslim Singasari tidak menjawab kata-katanya. Dia menjerit dengan sekuatnya. Dan bersama gema jeritan yang memekakkan anak telinga itu, seluruh tubuh tetamu ganjil bercahaya macam manik-manik kaca disinari matahari. Pada mulanya membesar, kemudian mengecil dan hilang macam debu-debu dibawa angin. Tidak ada apa yang dapat kami lihat. Suasana terasa amat sepi tetapi, bau kemenyan dan kapur barus bagaikan memenuhi ruang rumah. Saya rasa seluruh badan berpeluh dan bertenaga. Saya segera bangun duduk. "Saya fikir semuanya dah selesai," kata datuk. "Saya harap pun begitulah, tapi iblis ni pandai menipu kita," sahut Haji Taslim Singasari agak ragu-ragu. Dia renung kiri kanan. Dia bangun dan dan memeriksa seluruh ruang. Akhirnya daun tingkap yang terdedah dirapatkannya. Lolongan anjing masih sayup-sayup terdengar. Haji Taslimi Singasari dan datuk tidak memberi sebarang komen tentang lolongan anjing itu. "Bagaimana? awak yakin dia tak dapat datang lagi?" tanya datuk sambil menatap wajah Haji Taslim Singasari. Saya lihat Haji Taslim Singasari seperti tergamam. Dia segera mengedutkan dahi dan keningnya. "Saya rasa semuanya dah selesai." "Awak yakin, dia tak datang lagi?" datuk minta kepastian. Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. "Jadi sekarang, apa yang patut kita buat, Haji." Pertanyaan datuk tidak mendapat jawapan. Haji Taslim Singasari menelan air liur. "Apa yang patut kita buat, Haji?" ulang datuk lagi. Haji Taslim Singasari senyum sinis. Dia terus meluru ke ruang dapur. Buat beberapa saat, saya dan datuk saling berpandangan. Malam yang kian tua membuat suasana terasa hening. Kedinginan terasa menggigit seluruh tubuh. Sesekali terdengar kokok ayam dari hujung kampung. Datuk ambil senaskah Quran dari atas rak. Badannya disandarkan ke dinding. Dengan wajah yang tenang, datuk membuka Quran dan bersedia untuk memulakan pembacaan. "Nanti dulu, ini yang patut kita buat," biji mata saya dan datuk tertumbuk ke arah Haji Taslim Singasari yang berdiri di ambang pintu. Dia menatang talam bulat yang berisikan teko dan cawan kosong, "Tadi awak tanya saya apa yang patut kita buat. Jawapannya inilah dia," sambung Haji Taslim Singasari lalu duduk. Talam yang berisikan teko dan cawan diletakkannya atas lantai. "Apa benda ni," tanya datuk sambil menutup Quran. Datuk bangun dan terus meletakkan Quran atas rak. "Kita minum dulu, lepas tu baru kita buat yang lain," Haji Taslim Singasari pun menuangkan air kopi ke dalam cawan. Saya terus memerhatikan asap nipis yang bangkit di permukaan cawan. Haji Taslim Sinagsari menjeling ke arah saya tetapi, tangannya terus meletakkan cawan yang berisi kopi di depan saya dan datuk. "Minum, biar panas badan, bila kena kopi O keras macam ni, barulah seronok. Sampai ke siang kita boleh berjaga," tutur Haji Taslim Singasari. Dia ketawa kecil, mempamerkan giginya yang kelihatan putih dan tersusun rapi. Tidak ada satupun giginya yang patah atau rosak.

28 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Nanti, bila ada masa lapang, saya nak himpit orang tua ni. Saya nak minta petua dan amalan yang dipakainya untuk gigi tahan lama, bisik batin saya. Wajahnya saya tatap dan Haji Taslim Singasari bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya. Dia senyum sambil anggukkan kepala lalu meneguk air kopi O panas. Dia bangun dan terus menuju ke ruang dapur untuk kali kedua. Saya dan datuk merasa agak ganjil dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haji Taslim Singasari. Jangan-jangan dia lebih hebat dari Suhaimi Keraba dalam bersubahat dengan iblis, timbul semacam perasaan dalam diri saya. Datuk terus memeluk tubuh erat-erat. Kamudian dia meluruskan tangan dan jari-jemarinya. Kedua belah cuping telinganya diraba tiga kali berturut-turut. Datuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk tarik nafas dalam-dalam. Dilepaskannya perlahan-lahan. Tangan yang diluruskan segera dijatuhkannya. Jari-jemarinya digenggam kemas-kemas. Wajah datuk nampak aman sekali. "Tak ada apa-apa Tamar, dia jujur," tutur datuk. "Saya tahu, tetamu saya ni meragui kejujuran saya," kata Haji Taslim Singasari, kami segera menoleh ke kanan. Memang saya dan datuk tidak sedar bila Haji Taslim Sinigasari berada di situ. Datuk merasa malu kerana rahsianya dapat dikesan oleh orang lain. Haji Taslim Singasari terus duduk di sisi saya. "Bukankah beringat-ingat dan berhati-hati tu, memang disuruh oleh agama kita," itu dalih datuk. "Ya, perkara semacam tu memang harus ada pada setiap manusia, kita tidak disuruh menyerah pada takdir. Bukankah agama kita mengajar kita supaya berfikir," begitu bersahaja Haji Taslim Singasari bersuara. Dia terus meneguk air kopi O panas. "Kalau kita ikhlas dan jujur sesama manusia, apa yang menjadi kesangsian pada orang lain mudah dikesan, buktinya, awak dapat mengesan kejujuran saya. Antara kita berdua saling ingat mengingati," datuk melanjutkan kata-kata. MELAWAN Haji Taslim Singasari bangun lagi terus menuju ke ruang dapur untuk kali ketiga. Beberapa detik berikutnya, Haji Taslim Singasari datang kembali menatang pinggan. Dia duduk meletakkan pinggan atas lantai. "Saya ke dapur tadi memasakkan ini," jelasnya. "Kalau tak silap saya, ini pulut kuning," mata datuk merenung ke arah pulut kuning yang ada dalam pinggan. "Ya, memang betul cakap awak tu." "Bila Haji memasaknya?" "Tadi, biasanya bila saya berjaya melawan hantu syaitan, saya mesti makan pulut kuning. Memang sejak kematian sahabat saya, saya yakin kembarnya mesti datang, jadi saya bersedia terlebih dahulu. "Ini ajaran guru awakkah Haji?" datuk menyoal lagi. Haji Taslim Singasari tidak menjawab. Dia terus mengepalkan pulut kuning dan diberikan kepada kami. "Ini bukan ajaran atau amalan, ini petua guru saya. Tidak ada kena mengena dengan agama, sudah penat berlawan kita mesti berehat dan makan barang yang boleh beri kita tenaga, itu saja maksudnya," dengan wajah yang tenang Haji Taslim Singasari menjelaskan. Dia menghirup kopi O panas dan mengunyah pulut kuning. "Makan, lepas ni kita membaca Quran atau melakukan sembahyang tahjud, kalau kamu tidak mahu kamu boleh tidur," Haji Taslim Singasari renung wajah saya. Datuk ketawa. "Budak ni, kalau disuruh tidur memang jadi, dia ni kaki tidur," kata datuk. Hati saya jadi panas dengan usikkan datuk itu. Kalaulah datuk itu kawan sepermainan, sudah tentu saya maki. Menjatuhkan nama baik saya di depan orang. "Tak apa, kalau kamu nak tidur, tidurlah, tapi orang yang pandai selalu memilih berjaga dari tidur. Berjaga banyak mendatangkan manfaat, kalau digunakan untuk menambah ilmu," Haji Taslim Singasari terus menepuk belakang saya dengan mesra sekali. "Kalau waktu berjaga digunakan berborak kosong, membaca buku yang tidak berfaedah, berangan-angan, tentulah merugikan diri sendiri," sambung Haji Taslim Singasari, bagaikan berfalsafah di depan saya. "Cakap awak tu, Haji memang betul," sampuk datuk dengan senyum yang memanjang. Entah macam mana di malam yang dingin itu, datuk berjaya memujuk Haji Taslim Singasari supaya menceritakan pengalaman petualangnya di Tanah jawa mengisi ilmu akhirat dan dunia di dalam dadanya. "Saya tak banyak mengambil ilmu dunia. Awak tahu, ilmu dunia kadang-kadang bercanggah dengan agama Islam. Tetapi..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-katanya. Dia renung kiri, renung kanan. Macam ada sesuatu yang dibimbangkannya. "Tetapi saya ada juga belajar untuk tahu saja," sambung Haji Taslim Singasari yang secara tidak langsung membuka rahsia ddirinya. "Saya pernah ikut arwah ke tempat perguruan di hutan. Saya melihat arwah sahabat saya bersemadi di bawah batu besar. Makan sebiji beras sehari dan minum dua hari sekali. Air minuman dari embun di hujung daun," Haji Taslim Singasari memperkemaskan silanya. "Itu untuk ilmu apa, Haji?" soal datuk. "Untuk melihat muka orang halus, bertutur dan berkampung sama-sama mereka," jelas Haji Taslim Singasari. Haji Taslim Singasari juga menyatakan arwah (Suhaimi Keraba) diiktiraf murid yang terbaik oleh gurunya. Arwah dikurniakan kain ikat kepala warna merah. Arwah Suhaimi Keraba (ASK) juga menuntut ilmu 'Telapak Pasir Merah'. Khasiat dari ilmu ini, bila ASK menghentam atau menumbuk seseorang pasti orang yang kena hentam itu akan muntah darah segar. Ketika mangsanya mengeletek kesakitan ASK menghilangkan diri dan berada di tempat lain. ASK juga menuntut ilmu 'Cakra Dewa', khasiatnya boleh membunuh orang dari jauh, juga boleh digunakan sebagai ilmu guna-guna.

29 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Selain dari ilmu-ilmu yang disebutkan itu, ASK juga menuntut ilmu 'Cakar Dewa'. Orang yang mengamalkan ilmu ini, bila dia mengerakkan jemarinya ke wajah seseorang, maka rosaklah wajah orang yang tersebut ketika itu juga. "Ini ilmu dunia yang tidak pernah saya amalkan. Tetapi saya tahu kehebatannya. Saya juga merasa pelik macam mana arwah boleh kalah dengan awak?" sepasang biji mata Haji Taslim Singasari meraut wajah datuk yang sudah mula berkedut itu. "Entahlah, setiap kali saya berdepan dengannya, saya mohon pada Allah supaya usaha-usaha saya diberkati. Tujuan saya ialah mahu mengajak sahabat awak ke jalan yang benar." Datuk memberikan pengakuan. JAKARTA Dalam bulan Februari 1980, saya berkunjung ke Jakarta kerana urusan peribadi. Sebaik saja sampai di sana, semua akhbar dan majalah memuatkan berita tentang seorang penjenayah yang handal bernama Kunsi Kandut. Kunsi Kandut dihukum mati kerana kesalahan merompak, membunuh dan sebagainya. Kunsi Kandut terkenal sakti dan berilmu, sehingga ramai yang mengatakan tubuhnya tidak boleh ditembusi peluru. Kematiannya disangsikan. Maka dalam penjara dia diberikan beberapa keistimewaan, disediakan peti tv dan sebagainya. Tetapi Kunsi Kandut berjaya menghilangkan diri dari tembok batu. Setiap kali dia bolos, pihak berkuasa berjaya memberkasnya. Hasil dari penyelidikan sendiri, ternyata ilmu yang dimanfaatkan oleh Kunsi Kandut, sama dengan ilmu yang diamalkan oleh ASK. Saya terfikir, mungkinkah dua insan ini seperguruan, sayangnya mereka sudah tiada lagi. Kalau salah seorang daripada mereka masih ada mungkin saya boleh bertanya. "Saya tahu, arwah pernah menyatakan pada saya yang dia mahu mengajar ilmunya pada orang-orang yang berminat, caranya dia mahu mendirikan gelanggang silat dulu," Haji Taslim Singasari terus bangun. Berjalan dari sudut ke sudut di ruang tengah. "Ada anak muridnya?" tanya datuk. Haji Taslim Singasari telan air liur. Dia tidak dapat memberikan jawapan dengan segera. Haji Taslim Singasari duduk kembali. "Ada." Jawab Haji Taslim Singasari selamba. "Dimana, Haji?" "Saya tidak tahu dengan tepat, boleh jadi ada di Perak, Kedah, Selangor. Maklumlah dia tu boleh pergi ke mana-mana dengan sekelip mata. "Hum..." datuk mengeluh kehampaan. Buat beberapa saat, suasana dalam rumah dicengkam kesepian. Tiga kepala cuba berusaha memecahkan persoalan yang ditinggalkan oleh Suhaimi Keraba. Saya segera terfikir, banyak kejadian ganjil di dunia yang dapat diterima oleh akal. Ada pula yang tidak logik! Ah semuanya ini menjadi misteri yang membingungkan orang. Apa yang jelas kematian Suhaimi Keraba mendatangkan masalah pada datuk dan Haji Taslim Singasari. "Kalaulah benar, dia ada anak muridnya, kita harus berusaha mencegahnya supaya ajaran ini tidak merebak ke mana-mana," datuk memberikan cadangan. "Ya, kita mesti menyedarkan mereka yang perbuatan itu memang bertentangan dengan agama," sahut Haji Taslim Singasari. "Kita berjanji," kata datuk. "Ya, saya berjanji," sahut Haji Taslim Singasari ambil berjabat tangan dengan datuk. Mereka bergoncang tangan, memperkuatkan tekad. "Awak mesti ikut saya ke kampung laman saya minggu depan, saya memerlukan bantuan awak, sebelum ke tempat saya kita ke tempat lain dulu," tiba-tiba Haji Taslim Singasari bersuara sambil menarik telapak tangannya yang bercantum dengan telapak tangan datuk. (bersambung)...

CHAPTER LIST

118 KENA SERBUK TULANG May 12, '10 7:48 PM
by adi for group komunitisbdj 118 KENA SERBUK TULANG Saya tergamam, bila melihat datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan dahinya, saya kira datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim nSingsari. "Bila haji nak pergi?" "Tiga empat hari lagi." Datuk menyentuh uujung kening kirinya dengan jari telunkuk kanan. Haji Taslim Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masih tertumpu kea rah saya. "Begini haji." Haji Taslim SIngasari segera memalingkan wajahnya ke arah datuk. Mereka bertukar senyuman untuk seketika. "Apa dia?" Soal Haji Taslim Singasari .

30 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Kalau begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkan orang rumah" "Dah tua-tua begini rindu lagi ke?" Usik Haji Taslim SIngasari seiring dengan ketawa sinis. "Bukan apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri, kesihatannya juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, tak mahu memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suamai yang baik," tutur datuk. Saya lihat Haji Tasli Singasari menganggukkan kepala. "Cakap awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam Islam," Haji Taslim SIngasari memberikan semangat. "Hajat tu memang begitu" celah datuk. "saya tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak" itulah kata-kata yang datuk nantikan dari Haji Taslim SIngasari. "Awak ikhlas ke Haji?" "Saya ikhlas" "Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuan sebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ, bila orang kampung bertanya, senang saya nak menjawabnya," tutur datuk dengan tenang. Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis. "Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang nak tahu," dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir datuk. "Dua-dua boleh pakai" sahut datuk. "Begini," Haji Taslim mengemaskan silanya, " saya ajak ke kampung saya supaya awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya" "Itu saja," wajah datuk Nampak kesal. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat dalam hati datuk dan dia terus bersuara lagi. "Kita pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-hidup" "Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya" datuk minta kepastian. Saya juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu. "Saya tak bergurau, saya tak berbohong," Haji Taslim memperlihatkan kesungguhannya. Saya dan datuk saling berpandangan. "Hantu apa yang nak ditangkap?" datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan saya. "Nak tangkap hantu susu" Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak saja bulu roma saya terus berdiri. "Hei, macam cerita budak-budak je" kali ini giliran datuk tersenyum sinis kearah Haji Taslim. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan datuk. "Benar kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya. Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapat menentukansejauh mana benarnya cerita tersebut," Haji Taslim merenung muka datuk. Say lihat datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin datuk berfikir, mana ada hantu susu dalam dunia yang serba moden ini. Beberapa saat yang panjang, tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami. Suasana terasa amat sepi sekali. Bunyi deru angn di luar tidak seganas tadi. Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. Begitu juga dengan suara burung hantu. Tubuh, saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginan malam yang kian tua. "agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan sahabat awak yang mati tu?" datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim. Saya lihat Haji Taslim menegakkan badannya. Dia terus menggelengkan kepala. Tidak mahu menjawab pertanyaan datuk. "Kalua bukan dirinya, boleh jadi anak muridnya" datuk terus memancing jawapan dari Haji Taslim. Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat dari gerak geri air mukanya, Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang datuk tuturkan. Jerat datuk mengena, fikir saya dalam hati. "Setahu saya, semasa dia menuntut dulu, tak pernah dia bercerita yang dia menuntut ilmu yang semacam itu." Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membuka mulut. Dia bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas. Saya menjadi cemas, takut perkara buruk berulang lagi. Haji Taslim menatap kegelapan malam seketika. Daun jendela dirapatkan kembali. Dengan tenang Haji Taslim melangkah kearah saya dan duduk bersila di atas lantai. "Agaknya dia memang menuntut, tapi tak beritahu awak. Kalau diberitahu awak, nanti awak melarang dia," kata datuk. "Boleh jadi cakap awak betul." Balas Haji Taslim dengan tenang, "Boleh jadi ada orang lain yang mengamalkan ilmu itu" tambahnya. Kata-kata yang diluahkan oleh Haji Taslimmmebuat keraguan bersarang dalam dada saya. Dia masih melindungi dan mempertahankan arwah sahabatnya. Saya menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengan cermat. Mana tahu, dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri saya dan datuk. "Orang yang sudah tiada, usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia," tutur Haji Taslim lagi, memperkuatkan keraguan dalam hati saya. "Saya tidak berniat buruk terhadap arwah, saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan aje," datuk bertindak membersihkan dirinya dengan span. Semoga tidak ada tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya.

31 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"say faham, awak bercakap sekadar ingat-mengingati," Haji Taslim terus menepuk bahu kanan datuk. "Cakap awak tu memang ada manfaatya. Kena fikir bersama, barangkali ada kebenarannya." Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya. "Pada hemat saya, setiap perkara buruk mesti ditentang, terutaman yang mnyesatkan iman," cetus datuk dengan cara mendadak saja. "Betul, memang betul," Haji Taslim menjengilkan matanya ke ara h datuk. "Tapi kerja macam tu tak mudah, banyak cabaranya, Haji," tingkah datuk sambil meraba hujung dagunya. Say terdengar sesuatu di tingkap. Mata pun saya arahkan ke situ. Tak ada apa-apa, Cuma angin saja, kamu cepat sangat takut", Haji Taslim menujukan kata-kata kepada saya, rupa-rupanya dia dapat membaca apa yang tersirat dalam dada saya. "Apa yang awak katakan tadi, cuba ulang sekali lagi," Haji Taslim mengarahkan jari telunjuknya ke arah datuk. "Banyak cabarannya, bukan kerja mudah", ulang datuk lagi. "Ya, sebab itulah kita memrlukan kawan yang berilmu. Dua ilmu dari dua kawan, kita satukan untuk menentang kejahatan, saya memang memerlukan awak dalam hal ni," wajah Haji Taslim Nampak riang sekali. "Saya tak sehebat mana, Haji. Kalau Allah mengizinkan, jadilah ia. Kalau tidak, hampa melayang," datuk tetap macam selalu, suka merendah diri. "Sudah lah tu, hidup kalau terlalu merendah diri, ti dak juga baik. Sekarang saya dah terangkan tujuan sebenar. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah." "Nampaknya begitulah Haji," sanggah datuk. Mereka berbalas ketawa, dan ketawa mereka berhenti secara mengejut. Biji mata mereka tertumpu kea rah tingkap yang terbuka sendiri. BESAR Ada lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Jumlah jari cuma empat sahaja. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. Semua jejari itu berbulu dan dilekati tanah warna kekuningan. Di lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam, tidak ubah seperti lengan mawas (king kong), terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaan yang amat penat. Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Seluruh tubuh saya menggeletar. "Syaitan apa tu Haji?" "Sudah lama dia tak datang, kenapa malam ni dia datang" Haji Taslim seperti merungut. Datuk merenung kea rah anak mata saya, dari renungannya, bagai ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada saya. "Makhluk peliharaan awak, Haji?" "Rasanya iman saya belum tergugat lagi." "Jadi, dia datang ni untuk siapa?" tingkah datuk Haji Taslim mempamerkan kemarahan di wajah. Hatinya kurang senang dengan pertanyaan yang bertalu-talu. "Saya tak mahu menjawab pertanyaan awak, cari sendiri jawapannya" nada suara Haji Taslim mula meninggi. Dia genggam penumbuk. Matanya tertumpu kea rah lengan yang sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Jejarinya sekejpa terbuka sekejap tertutup. "Peliharaan arwah, Haji?" Haji Taslim mengangukkan kepala. "Masa arwah ada, kerap dia datang" Haji Taslim mengangukkan kepala. "Minta makanan," soal datuk lagi. Tiada jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala. Mungkin bosan dengan Haji Taslim yang main angguk-angguk kepala saja, datuk terus berhenti bertanya. Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap. Saya ikut apa yang datuk lakukan. Dari hujung jari jemari itu, darah keluar lalu menitik ke atas lantai. Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik, tidak ada kesan darah. Entah ke mana darah itu menghilang. Mustahil meresap ke dalam papan lantai. Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung kea rah tangan berbulu yang bergerak bebas di atas bendul tingkap. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat dan hebat. Saya menjadi resah. Tetapi rasa takut agak berkurangan keranan datuk ada di sisi saya. Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran, kini sudah bertalu-talu, begitu juga dengan suara burung hantu yang bersorak, deruan angin mula kedengaran. "masa arwah hidup dulu, dia beri makan darah binatang?" soal datuk pada Haji Taslim. Jawapan yang diperolehi ialah anggukan. "Darah ayam" Haji Taslim mengangguk. "Darah manusia," Angguk juga yang diperolehi.

32 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah satu urat di bawah ketiak," sambung datuk. Macam tadi juga, tidak sepatah kata keluar dari mulut Haji Taslim. Dia terus main angguk kepala, macam belatuk patuk batang buruk. Rumah bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. Suara orang ketawa dan mengilai mulai kedengaran. Haji Taslim ubah tumpuan kearah datuk. (bersambung)...

CHAPTER LIST

119 BAYANG HITAM DATANG LAGI May 14, '10 7:40 AM
by faqir for group komunitisbdj Siri 119 : BAYANG HITAM DATANG LAGI Haji Taslim Singasari terus bangun. Tetapi, datuk masih bertahan di bangku. Keberatan untuk bangun dan bermenung panjang, macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dua tiga kali datuk dongakkan kepala ke langit sambil mengedutkan dahinya. "Pelik, macam tak masuk di akal Haji," itu yang terpancut dari kelopak bibir datuk. Haji Taslim Singasari jegilkan biji mata ke arah datuk. "Apa dia yang pelik tu?" "Mengapa si arwah tu, mahu menceritakan kelemahan dirinya pada awak. Saya kira arwah tu tersilap." "Hmm..." Haji Taslim Singasari mengeluh kecil. Dia melangkah ke arah tangga dan duduk di anak tangga kedua. Sinar matahari menjamah wajahnya, sebahagian dari sinar matahari itu menghala ke tanah di bawah tingkap yang terdapat serakan tulang. Datuk terus mengawasi gerak-geri Haji Taslim Singasari. Demikian juga dengan saya. Haji Taslim Singasari bangun. Dia melangkah ke arah datuk dan lalu berdiri di depan datuk sambil memeluk tubuh. "Bukan apa-apa," Haji Taslim Singasari memulakan bicara dengan wajah yang serius, "kalau dia tak beritahu, akhirnya saya tahu juga," tambahnya lagi. "Siapa yang beritahu awak?" potong datuk. "Guru saya boleh beritahu." "Patutlah arwah buka rahsia, kerana dia tahu ada orang lebih handal darinya." "Bukan pasal tu," sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki. Sinar matahari kian terik. "Kalau bukan pasal tu, pasal apa." desak datuk dengan nada suara yang agak keras. Saya segera mendekati mereka. Duduk di sebelah datuk. Saya ingin mengikuti cerita selanjutnya dengan terperinci. "Arwah mahu menunjukkan yang dirinya jujur dalam bersahabat. Dia beritahu dulu, sebelum orang lain beritahu," jelas Haji Taslim Singasari. Datuk mengigit bibir. "Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal datuk lagi. Saya terus memasang telinga dalam sinar matahari yang kian keras itu. "Dia memang jahat, tetapi kejujurannya dalam persahabatan tak ada orang yang boleh menandinginya. Setianya pada sahabat sampai mati, terpamer rasa bangga di wajah Haji Taslim Singasari. Kedua belah tangannya yang memeluk tubuh segera dijatuhkan. "Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang, minta dosa arwah diampunkan dan rohnya tidak diseksa," ungkap Haji Taslim Singasari lagi. Wajahnya nampak sedih sekali. Tanpa tangguh-tangguh lagi, datuk terus berdiri. Tubuh Haji Taslim Singasari terus dipeluknya dengan erat sekali. Perbuatan datuk itu amat mengejutkan Haji Taslim Singasari. "Saya bersama Haji, sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraan orang yang seagama dengan kita, tidak kira yang hidup atau yang mati," ucap datuk dalam nada suara yan tersekat-sekat. Mereka terus berdakapan dalam jangka waktu yang agak panjang. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang. "Aduhhh!!!" Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya. Tidak tahu dari arah mana batu itu dibalingkan kepada saya. Apa yang pasti, sakitnya bukan kepalang. Haji Taslim Singasari dan datuk segera menghampiri saya. Baju saya segera dibukakan. "Lebam sebesar penumbuk," kata datuk. "Mana batunya?" tanya Haji Taslim Singasari. Saya segera menuju ke arah batu di tanah. Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu, tetapi segera dilepaskannya ke bumi. Wajahnya nampak berkerut menahan kesakitan. "Kenapa Haji?" tanya datuk. "Batunya panas, macam bara api," jawab Haji Taslim Singasari. Dia terus membongkok mengambil dan menggenggam tanah. Setelah membaca sesuatu, genggaman tanah itu segera dilemparkan ke arah batu. Saya lihat batu itu berasap dan terus mengecil sebesar telur ayam jantan. Datuk terus mengambil sehelai daun paku rawan. Datuk ramas hingga hancur dan mengeluarkan air. Datuk membaca beberapa ayat dari Al-Quran, kemudian air atau lendir dari daun itu disapukan ke bahagian tubuh saya yang lebam. Terasa sejuk macam ketul ais yang ditekankan di situ.

33 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Bila datuk lekapkan telapak tangannya, bahagian kulit yang lebam itu terasa amat panas sekali. Saya tidak menahan air mata dari mengalir di pipi. "Hei, tak malu orang jantan menangis," sindir datuk dan dia berhenti menekapkan telapak tangannya ke bahagian tubuh yang lebam itu. "Apa rasanya sekarang," tanya datuk lagi. "Tak ada apa-apa," sahut saya lalu merenung ke arah tubuh yang kena batu itu. Daging yang lebam membiru sudah tiada lagi. Sudah pulih seperti sediakala. Baju segera saya sarungkan ke tubuh. Tetapi, Haji Taslim Singasari masih menbelek-belek batu hitam sebesar telur ayam jantan itu dari beberapa sudut. Haji Taslim Singasari masih tidak berani menyentuhnya. "Apa yang ditengok, buang saja Haji." "Ini bukan sebarang batu." "Habis, batu dari langit?" datuk berjenaka bersama ketawa tetapi Haji Taslim Singasari tidak memperlihatkan reaksi gelihati dengan telatah datuk. Dia kelihatan serius sekali. Matanya tidak berkedip melihat batu kecil yang dipanah matahari. "Cuba renung batu tu lama-lama," kata Haji Taslim Singasari dalam nada suara yang keras. Mata saya dan datuk segera tertumpu ke arah batu kecil. Bila direnung agak lama ternyata batu itu bukan berwarna hitam, tetapi berwarna kemerah-merahan macam bara api dan mengeluarkan percikan cahaya yang berwarna kebiru-biruan. "Batu apa ni, Haji?" "Inilah batu petir yang sudah dijadikan batu tuju-tuju untuk menjahanamkan manusia, batu ini sudah dipuja," jelas Haji Taslim Singasari. "Apa yang mesti kita buat Haji." "Terpaksa dihancurkan menjadi pasir," suara Haji Taslim Singasari merendah. Dia menarik nafas panjang dua tiga kali. BUMBUNG Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan di langit. Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya. Haji Taslim Singasari ubah pandangan, merenung dikakinya sejenak. Saya dan datuk berpandangan. "Ahemmmmm..." Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan datuk. Dia angkat tangan kanannya separas bahu, memberi isyarat supaya kami beredar dari sisi batu hitam yang aneh itu. Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di hujung halaman rumahnya. Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasa takut atau curiga. Sebabnya bukan apa-apa, semuanya berlaku di waktu siang dan cuaca pula terang benderang. Kalau waktu malam, memang wajarlah saya merasa takut atau curiga. Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Semuanya sedang tidur nyenyak. Demikianlah pada anggapan saya. Saya dan datuk terkejut, bila melihat Haji Taslim Singasari berlari dengan kencangnya kearah saya dan datuk. Bagaikan kilat kami bangun. "Ikut saya," tutur Haji Taslim Singasari. "Ke mana?" soal datuk. "Ikut apa yang saya buat." "Baiklah Haji." Haji Taslim Singasari segera berlari sambil membongkokkan tubuh. Saya dan datuk juga ikut berlari seperti itu menuju ke arah batu hitam kecil. Kami kelilingi batu hitam dalam keadaan membongkok. "Cukup, berhenti di situ," suara Haji Taslim Singasari nyaring sekali. Saya dan datuk akur dengan perintahnya itu. Berdiri dalam keadaan membongkok memang menyeksakan. Sinar matahari yang kian menyengat membuat dahi dan badan saya berpeluh. Tetapi saya lihat datuk masih dalam keadaan yang tenang dan stabil. "Tegakkan badan, lepas itu melangkah tujuh tapak ke belakang dan berdiri di situ," datang lagi arahan dari Haji Taslim Singasari. Apa yang diperintahnya segera dipatuhi. Saya dan datuk menanti perintah selanjutnya dari Haji Taslim Singasari. Lima minit masa berlalu, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan. Haji Taslim mendekati datuk membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian dia mendekati saya pula. "Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam, tumpukan perhatian zahir batin pada Allah yang Maha Besar. Kita semua minta tolong pada-Nya," itu yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya. Dan saya yakin, kata-kata yang sama juga diungkapkannya pada datuk. Haji Taslim Singasari kembali berdiri di tempat asalnya. Kerana saya membelakanginya, saya tidak tahu apa yang dilakukannya. Saya terdengar bunyi telapak tangan menampar pipi seseorang. Saya segera menoleh ke arah Haji Taslim Singasari, dia sedang berdepan dengan sesuatu yang aneh. Sukar untuk saya mentakrifkan benda tersebut, samada manusia atau binatang. Rupa dan bentuknya sukar sekali untuk ditentukan. Apa yang pasti, bentuknya hitam dan besar. Tingginya melebihi paras kelapa dara. Besar tubuhnya lebih kurang tiga empat pemeluk pangkal balak. Kakinya, sebesar batang kelapa. Semuanya muncul dalam bentuk yang samar-samar menghala ke arah Haji Taslim Singasari.

34 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

Apa yang menakjubkan saya, Haji Taslim Singasari bersilat sendirian di tengah panas. Menepis kiri, menepis kanan. Sesekali Haji Taslim Singasari melompat tinggi dan kalanya berguling di bumi. Setelah melihat gerak-geri Haji Taslim Singasari yang serba pantas dan cekap itu, ternyata dia mencampur-adukkan Silat Bangau Putih dengan Silat Harimau Betina Mati Anak. Setiap buah silat yang dilepaskan oleh Haji Taslim Singasari terkena sasaran yang dituruti dengan suara orang mengeluh dan mengaduh. Saya mengigit bibir, saya cuma mendengar suara orang tetapi batang tubuhnya tidak kelihatan langsung. Dan bebayang hitam terus wujud di depan Haji Taslim Singasari dalam keadaan yang tidak jelas. Dalam keadaan saya terpegun kehairanan itu, Haji Taslim Singasari terus mengulingkan tubuhnya di tanah menuju ke arah saya. Sebaik saja sampai di kaki saya, dia terus bangun. "Jangan renung saya, tumpukan perhatian ke depan. Jangan tengok saya. Mohon perlindungan dari Allah," itu yang dituturkan oleh Haji Taslim Singasari. Saya segera memalingkan wajah ke depan. Pada saat itu juga muncul di depan saya seorang lelaki tua yang sudah bongkok. Rambutnya yang putih terdampar atas dua sayap bahu. Janggut putihnya yang panjang menyentuh bumi. Bila saya menggerakkan kedua belah bibir untuk mengucapkan salam, orang tua di depan saya terus menghayunkan tongkatnya ke arah kaki saya. Cepat-cepat saya melompat lalu melepaskan satu tumbukan ke bahunya. Tetapi tidak kena sasaran kerana orang tua itu mengelak dengan cepatnya lalu hilang dari pandangan saya. "Bantu saya." Saya dan datuk memalingkan muka ke arah suara tersebut. Haji Taslim Singasari sedang bekerja keras menghalang orang tua bongkok dari mencapai batu hitam. "Bantu saya." Ulang Haji Taslim Singasari. Bebayang hitam yang menakutkan itu sudah tidak kelihatan lagi. Saya segera meluru ke arah Haji Taslim Singasari, tiba-tiba datuk menerpa ke arah saya lalu menghalang perjalanan saya dengan menjatuhkan saya ke bumi. Tuhan saja yang mengetahui sakitnya jatuh ke tanah. Saya cuba bangun tetapi tidak terdaya. Datuk menekan bahu kanan saya dengan jari kelingkingnya. "Kenapa tuk?" "Kamu tak layak campur tangan dalam urusan ini, kamu mesti belajar lagi." "Pak Haji tu mesti ditolong tuk." "Biar aku yang menguruskannya," kata datuk lalu memisahkan hujung jari dari kulit bahu kanan saya. Barulah tubuh saya bertenaga dan boleh digerakkan. Masa hujung jarinya menjamah bahu, seluruh badan terasa kebas dan seakan-akan lumpuh. Tidak berfungsi langsung. HUJUNG Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikan pegerakkan tubuh. Jadi, sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh datuk bukan sentuhan sebarangan. Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringi sentuhan itu. "Kamu duduk diam-diam di sini, Tamar," datuk mengingatkan saya dalam panas terik. Seluruh badan saya sudah dibasahi peluh. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan anggukkan kepala tanda patuh pada perintahnya. Dengan tenang datuk melangkah menuju ke arah Haji Taslim Singasari lalu berdiri dalam jarak dua tiga kaki dari arah belakang Haji Taslim Singasari. "Apa boleh saya tolong Haji?" "Awak bacalah surah yang boleh menjahanamkan syaitan." "Saya cuba setakat yang saya boleh," jawab datuk lalu memeluk tubuh dengan sepasang mata merenung tajam ke arah orang tua bongkok bersama janggut yang menyentuh bumi. Orang tua itu menujah-nujahkan tongkatnya ke arah Haji Taslim Singasari dengan sekali-sekala merebahkan badannya untuk mancapai batu hitam kecil tersebut. Setiap kali orang tua bongkok itu berusaha mengambil batu hitam, Haji Taslim Singasari pasti melangkah setapak ke depan dengan mulut yang berkumat-kumit. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. Rupanya, setiap kali Haji Taslim Singasari melangkah, datuk juga melangkah dalam arah yang berlawanan. Dan akhirnya orang tua bongkok yang tidak berubah tempat berada di tengah-tengah antara datuk dan Haji Taslim Singasari. Bila menyedari dirinya berada dalam keadaan terdesak, orang tua itu terus menghilangkan diri. Datuk dan Haji Taslim Singasari saling berpandangan. Apa yang jelas, di wajah Haji Taslim Singasari tergambar kepuasan yang amat sangat. Datuk renung ke arah batu hitam yang kecil itu sejenak. Dia menggigit bibir. "Pernah awak jumpa dengan orang tua itu sebelum ini, Haji," sambil meyapu peluh didahi, datuk ajukan pertanyaan. "Pernah. Ada dua kali, masa arwah hidup. Orang tua tu datang jumpa arwah waktu Maghrib. Saya beri salam, dia tak jawab, bila terdengar suara azan Maghrib orang tua tu hilangkan diri," itu penjelasan Haji Taslim Singasari. Datuk anggukkan kepala. Haji Taslim Singasari mengedutkan dahi luasnya sambil menggosok hujung jari beberapa kali. Saya segera berlari ke bawah pohon mempelam telur. Saya tidak sanggup berjemur lama-lama di tengah panas yang terik. "Dia datang ke rumah awak buat apa, Haji?" terdengar suara datuk agak keras. "Jumpa tuannya." "Maksud Haji, si mati tu." "Yalah, siapa lagi."

35 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

"Pernah dia berlawan dengan awak, Haji." "Tak pernah, cuma hari ni dia buat perangai. Saya tahu benda tu nak cari perlindungan dan mahu menjadikan saya tuan barunya," cukup tenang Haji Taslim Singasari menuturkan kata-kata tersebut. Kemudian dia menyuruh datuk duduk mencangkung menghadapi batu kecil. Haji Taslim Singasari mengamati saya. "Kamu juga duduk mencangkung mengadap batu tu," kata Haji Taslim Singasari sebaik sahaja saya mendekatinya. Cakapnya itu segera dipatuhi. Dan Haji Taslim Singasari sendiri turut duduk mencangkung menghadap batu hitam kecil. "Batu ni, kalau tak dimusnahkan, banyak orang yang binasa. Terutama awak," Haji Taslim Singasari menghalakan jari telunjuknya ke arah datuk. Serta merta saya lihat wajah datuk berubah. "Kenapa pula, Haji?" "Arwah pernah mahu menggunakan batu ini untuk ditujukan pada awak, kalau kena kulit awak seluruh badan jadi hitam." "Kenapa dia nak buat perkara tu pada saya," datuk minta kepastian. Haji Taslim Singasari tidak memberikan penjelasan yang konkrit. "Saya sendiri pun tak tahu, kenapa perkara itu tak jadi dibuatnya pada awak. Ada juga dia beritahu saya, yang dia mahu menyuruh orang suruhannya yang taat pada perintah ketua, walaupun ketuanya sudah mati," Haji Taslim Singasari memberikan penjelasan untuk kali kedua. Satu keterangan yang dapat meyakinkan hati saya dan datuk. Perlahan-lahan Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kanannya. Dengan jari-jemari yang terkembang, telapak tangannya terus jatuh atas bahu datuk. Dan jari-jemari itu mencengkam erat kulit bahu datuk. "Sekarang," Haji Taslim Singasari segera memisahkan telapak tangannya dengan bahu datuk, "sekarang kita mulakan tugas, batu hitam ini mesti dihancurkan," sambung Haji Taslim singasari lagi dengan wajah yang serius. "Bagaimana caranya?" mendadak datuk menyoal. "Sabar dulu sahabat, apa yang kita lihat tadi, semuanya bayang-bayang. Kita bertiga saja yang nampak. Orang lain tak nampak." "Kenapa orang lain tak nampak?" secara spontan saya mengajukan pertanyaan. Buat beberapa detik Haji Taslim Singasari buat tidak kisah dengan apa yang saya tuturkan. Dia terus menepuk dada bumi sebanyak tujuh kali berturut-turut. "Ha! Begini," cukup lantang suara Haji Taslim Singasari. Matanya merenung bumi, "sebabnya cukup mudah, aku ni sahabat karib arwah, kamu dan datuk kamu, musuh ketatnya. Dia datang kerana mahu menjadikan aku tuan barunya. Dia juga mahu membinasakan kamu dan datuk kamu," lanjut Haji Taslim Singasari. Dia juga menyuruh saya dan datuk mengepal tanah. Semua yang disuruhnya kami patuhi. "Bangun." Saya dan datuk segera bangun. "Ikut saya, bila saya campakkan tanah ke batu hitam, awak berdua ikut sama. Kena campak sampai tujuh kali berturut-turut. Ingat, kita mesti ambil tanah serentak dan membalingnya serentak, sebelum dibaling ke batu baca Qul' aa'uzubirobbinnas..." selesai saja haji Taslim Singasari memberi penerangan datuk kenyitkan mata ke arah saya. TAKUT Kenyitan mata itu bermaksud supaya saya jangan merasa takut atau gentar. Hadapi saja apa yang datang, kecuali bila sudah terdesak barulah meminta pertolongan darinya. "Bersedia." Haji Taslim Singasari menjeling tajam ke arah datuk dan saya. "Lontarkan." Haji Taslim Singasari terus memulakan, lalu diikuti oleh saya dan datuk. Baru enam kali dilontarkan tanah ke batu hitam yang kecil itu, terdengar satu letupan yang tidak berapa kuat tetapi mengganggu kerja-kerja yang kami lakukan. "Teruskan." Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. Lontaran tanah berjalan terus. Genap tujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan. Batu hitam kecil bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Dikelilingi api yang entah dari mana datangnya. Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu. Tanpa memberitahu apa-apa pada kami, Haji Taslim Singasari terus membongkok mengambil segenggam tanah (untuk kali yang kelapan). Saya dan datuk berpandangan kerana menyedari yang Haji Taslim Singasari sudah melanggar syarat. "Kamu berdua ragu dengan aku," Haji Taslim Singasari renung muka datuk dan saya. Cepat-cepat saya dan datuk gelengkan kepala. Mata Haji Taslim Singasari terpaku ke wajah kami sejenak, seolah-olah membaca apa yang tersirat dalam kalbu saya dan datuk. Haji Taslim Singasari segera berdiri dan anggukkan kepalanya perlahan-lahan. "Yang kelapan ini, biar aku uruskan. Dalam keadaan sekarang tidak semuanya boleh aku beritahu, bila dah selesai baru aku cakap," keterangan itu memang melegakan hati saya dan datuk. Haji Taslim Singasari terus mengkepal-kepalkan tanah dalam telapak tangannya. Dia terus membuka silat, kira-kira dua tiga minit lamanya. Haji Taslim Singasari berhenti dari bersilat. Berdiri lurus sambil memeluk tubuhnya erat-erat. "Jangan tegur apa yang aku buat." Datang lagi ingatan dari Haji Taslim Singasari. Dia buka ketayap putih di kepala dan mengeluarkan blangkon (songkok orang Jawa yang dibuat dari kain batik yang bahagian belakangnya terdapat benjolan) dari saku baju butang lima. Blangkon diletakkan atas kepala dan baju yang dipakai terus dibuka, dihamparkan atas tanah. Haji Taslim Singasari terus bersila di situ. Dalam panahan matahari yang keras itu, saya lihat badan Haji Taslim Singasari berpeluh. Perutnya yang agak buncit kelihatan seperti

36 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 8

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=8

terlekap pada pahanya. "Bantu saya, kalau saya rebah." Kata Haji Taslim Singasari itu terus terpahat dalam sanubari saya. Datuk saya lihat terus anggukkan kepala. Tetapi, kerdipan matanya dapat dilihat oleh Haji Taslim Singasari. "Caranya mudah untuk menolong saya. Bila saya rebah, ambil apa juga ranting yang berdaun, pukulkan ke tubuh saya tujuh kali berturut-turut bersama dengan selawat," Haji Taslim Singasari bersuara lagi. Macam tadi juga, datuk tetap anggukkan kepala. "Dengan izin Allah, kamu terus labur." Tanpa membuang masa, Haji Taslim Singasari terus melontarkan tanah yang dalam genggamannya ke batu hitam yang berasap. Sebaik saja tanah dari lontaran ke lapan itu terkena batu hitam, warna kekuningan di batu bertukar menjadi putih. Api yang mengelilinginya terus hilang dan asap nipis juga turut hilang. "Ah..." Saya terkejut. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu, saya terlihat samar-samar sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki, berbadan besar. Berdiri membelakangi saya tetapi menghadapi Haji Taslim Singasari. Batu hitam yang penuh misteri itu berada betul-betul di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar itu. "Allah juga yang Berkuasa, syaitan, jin dan manusia adalah ciptaannya. Tertakluk pada-Nya. Pada Allah juga aku memohon perlindungan," sambil bercakap Haji Taslim Singasari bangun perlahan-lahan. Dalam keadaan separuh berdiri, dia terus menepuk tangannya. Kemudian dia duduk bersila kembali. "Prappp..." Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Selesai bertepuk tangan terdengar bunyi letupan yang beruntun. Batu hitam di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar mula bergerak, berpusing sambil mengeluarkan cahaya api. Dan letupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu, bunyinya macam mercun. Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit. Kawasan tempat kami berdiri dipenuhi dengan asap tebal berwarna hitam. Bau kemenyan terus menusuk lubang hidung, saya terbatuk dua tiga kali. Asap tebal yang hitam itu berubah warna menjadi kelabu dan kian menipis. Dan akhirnya terus hilang. Bayang lelaki berbadan besar tidak kelihatan lagi. Begitu juga dengan batu hitam, tempatnya sudah digantikan dengan timbunan debu-debu halus yang menyerupai tepung gandum. "Hal ini sudah selesai," tutur Haji Taslim Singasari pada datuk. Dua tiga kali bahu datuk ditepuknya. Debu di tempat batu hitam itu segera ditutup oleh Haji Taslim Singasari, dia menyarungkan baju butang lima ke tubuh. Menyimpan blangkon ke dalam saku dan mengenakan ketayap putih ke kepalanya. "Kalau begitu biarlah kami beransur dulu," beritahu datuk pada Haji Taslim Singasari. Waktu datuk mahu memulakan langkah ada bayangan hitam legam seakan-akan melintasi depan datuk. Langkah datuk terhenti. "Haji nampak apa yang saya nampak." "Nampak, laknat tu mahu menghancurkan saya, bila dia gagal menjadikan saya tuannya." "Perlukan bantuan saya Haji...?" "Tak..." Haji Taslim Singasari tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia diganggu oleh kemunculan seekor monyet besar berwarna hitam. Tidak ada siapa yang tahu dari arah mana monyet itu muncul. (bersambung)...

CHAPTER LIST

37 of 37

30/12/2010 11:30 AM

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful