Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

TAMAR JALIS

Bercakap Dengan Jin
Jilid 6

Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ (http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com) PERHATIAN Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya tidak kira melalui apa cara sekalipun!

ISI KA DU GA [6 siri]

| Kembali Ke Senarai Jilid

(Jilid 06) Siri 91: Cahaya Di Lantai Dec 15, '09 11:20 AM (Jilid 06) Siri 92: Bomoh Tua Bawa Bencana Dec 29, '09 9:01 AM (Jilid 06) Siri 93: Masih Dalam Ujian Jan 15, '10 7:27 AM (Jilid 06) Siri 94: Penjaga Ayam Hutan Jan 21, '10 7:33 AM (Jilid 06) Siri 95: Di Kunjungi Gadis Waktu Malam Jan 29, '10 7:15 PM (Jilid 06) Siri 96: Harimau Disangkakan Kucing Jan 30, '10 8:11 AM CHAPTER LIST

(Jilid 06) Siri 91: Cahaya Di Lantai Dec 15, '09 11:20 AM
by Feroz for group komunitisbdj Saya tergamam mendengar arahan yang bertalu-talu dari datuk dalam keadaan cemas itu. "Saya panas, badan saya berbahang," sahut guru silat sambil mengangkat tikar mengkuang separas kepalanya. "Teruskan, baca surah Al-Ikhlas sebanyak yang boleh," datuk memberi arahan. "Baiklah." Bunyi dengung tidak juga berkurangan, seluruh ruang rumah mula terang-benderang dengan cahaya merah dan hijau. Percikan cahaya itu terkena badan terasa pedih dan sakit. Kepala saya mula terasa pening tetapi, mata saya masih dapat melihat kecekapan guru silat membungkus badan si sakit dengan tikar

1 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

lalu digolekkan ke tepi dinding. Benda bulat yang bercahaya itu terus mengecil dan akhirnya hilang. Telinga saya terasa macam pekak. Bila datuk yakin keadaan beransur aman dan tenang, ia mula melangkah menuju ke arah guru silat yang sedang membuka tikar mengkuang untuk mengeluarkan si sakit yang berada di dalamnya. Sayang, baru tiga tapak datuk melangkah kelihatan satu sinaran cahaya muncul cara tiba-tiba di tengah bumbung rumah. Cahaya itu jatuh berdentum atas lantai. Rumah terasa bergegar dan akibat dari gegaran itu, saya terdorong ke kanan. Mulut saya berlaga dengan papan dinding. Bibir saya pecah dan berdarah. "Kepala manusia," jerit saya macam kena histeria bila melihat kepala tanpa badan terlekap atas lantai, betul-betul di tempat cahaya dari bumbung jatuh. Bahagian lehernya terlekap atas papan dengan darah merah melimpah di permukaan lantai. Badan saya terus menggeletar. Saya renung ke arah isteri si sakit yang terkulai di tepi dinding. Wajahnya pucat. Dadanya nampak berombak membuang dan menarik naFas cemas. Ia kelihatan bagaikan tidak bermaya. Guru silat terdiam, begitu juga dengan si sakit terus diam dalam gulungan tikar mengkuang. Dalam keadaan yang takut dan cemas itu, saya terus merenung ke arah kepala tanpa badan di atas lantai. Wajahnya amat menakutkan. Kulitnya kelihatan kasar dan penuh parut bekas jerawat. Rambutnya panjang dan lebat menutup sebAhagian dari permukaan mukanya. Dahinya dililit dengan kulit ular sawa. Paling menakutkan bila melihat hidung yang besar dan dempak itu bergerak setiap kali menarik dan melepaskan nafas, tidak ubah macam perut katak yang bernafas. Mata kirinya terpelohong seolah-olah macam ada kepala ular tedung terjengkul di situ. Biji mata sebelah kanannya tersebul sebesar telur ayam. Ia bagaikan tersengih ke arah saya mempamerkan giginya yang bersiung di sebelah kiri. Kepala itu bergerak ke arah saya dengan menyemburkan air liur kental berwarna kekuningan macam nanah. Saya bagaikan kena pukau tidak terdaya menggerakkan badan. "Tuk, tolong saya," saya menjerit. "Kamu jangan bergerak Tamar," sahut datuk. "Saya ikut cakap datuk, saya takut tuk." "Duduk diam-diam di situ." Saya pun mengeraskan badan. Kepala itu terus bergerak dengan darah yang berlimpah-limpah. Sesekali saya terpandang kepala ular tersembul dari mata kirinya. Tanpa disedari seluar yang saya pakai terus basah. Bau busuk dari kepala tanpa badan mendekati saya membuat saya mahu muntah. "Hupppp," jerut datuk lalu menerkam ke arah kepala tersebut sambil melepaskan satu sepakan kencang. Kepala atas lantai melayang ke udara macam bola. Berlegar-legar di udara serentak dengan Itu terdengar bunyi suara orang bersorak dan menangis. Angin dan ribut kedengaran menggila di luar rumah. Terdengar bunyi dahan dan pokok tumbang dirempuh angin yang amat kuat. Bunyi suara harimau, gajah dan kerbau serta lembu kedengaran menguasai ruang rumah. Saya tidak tahu dari mana suara tersebut datang. Kepala yang berlegar-legar di awang-awangan itu, terus bergerak dari sudut ke sudut ruang. Darah bercucuran menitik atas lantai dari bahagian bawah kepala iaitu di bahagian leher yang terpotong. Darah segar itu terus mengembang di lantai. Guru silat terpaksa menutup kepala dan badan isteri si sakit dnegan kain untuk mengelakkan dari terkena titik-titik darah dari kepala tanpa badan yang terbang. Datuk terus meniarap dan menggerakkan badannya seperti ular menuju ke arah guru silat. Gerakan badan datuk tidak dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kepala tanpa badan yang terapung-apung di awang-awangan itu terus berlegar-legar mengikut gerakan badan datuk. Apa yang menakjubkan darah yang menitik tidak menimpa tubuh datuk. Darah itu bagaikan ditolak kuasa ghaib menuju ke dinding. "Kita lawan, biar saya pukul kepala tu dengan kayu," guru silat mengemukakan pertanyaan. Tiada jawapan dari datuk. Suara orang bersorak dan menangis bertambah hebat dan kuat. "Jangan bertindak," jawab datuk. Serentak dengan itu saya lihat datuk terus bangun. Kepala terbang menuju ke arah datuk. Berhenti betul-betul di depan muka datuk atau dengan kata lain mereka bertentang wajah. Saya mengerutkan dahi, bila terlihat ular keluar dari mata sebelah kiri kepala tanpa badan. Lidah ular yang bercabang itu hampir saja mahu menjamah muka datuk tetapi, datuk segera bertindak dengan menjatuhkan badannya ke lantai. Paling menakjubkan bila saya melihat kepala tersebut ikut sama jatuh atas lantai. Dari mulutnya bersemburan air liur. Bagi mengelakkan air liur itu mengenai mata dan muka, cepat-cepat datuk menekupkan mukanya ke lantai sambil memusingkan badannya secepat yang boleh. Serentak dengan itu, kaki datuk memberi satu pukulan libas yang amat kencang pada kepala tersebut. Tendangan yang cepat dan kuat dari kaki datuk menyebabkan kepala itu melayang ke kanan lalu melanggar dinding. Dua keping papan dinding terlucut dari pakunya. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang menjerit kesakitan. Datuk segera bangun dan menerkam ke arah dinding yang terkopak. Isteri si sakit terus diangkat oleh guru silat, dibawa ke bilik di bahagian bawah rumah. Manakala si sakit masih berada dalam bungkusan tikar mengkuang. Suasana malam terasa gamat dengan berbagai0bagai bunyi yang tidak pernah saya dengar. Lantai terasa terumbangambing dan bumbung bagaikan bergoyang. "Ke mana kepala sial tu Tamar? Hilang begitu saja," pekik datuk sambil mencari kepala ganjil yang tidak diundang itu. saya gelengkan kepala dan merasa hairan dengan kepala ganjil yang ghaib dengan tiba-tiba. Datuk merenung melalui lubang dinding yang terkopak. Apa yang datuk lihat hanya kegelapan malam yang sedang bermaharajalela. "Ke mari Tamar." Saya terus mendekati datuk dan sama-sama merenung keluar. Saya terlihat seperti ada seketul bara api yang sedang marak di permukaan tanah. Bara api itu kelihatan sekejap mengecil dan sekejap mengembang macam ada manusia yang meniupnya.

2 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Kau tahu apa benda tu Tamar?" "Itulah mata syaitan." "Mata syaitan," saya terkejut. "Ya," jawab datuk lalu mengambil papan dinding yang jatuh di lantai untuk dipasang ke tempatnya kembali. Sebaik saja datuk mengangkat papan dinding separas lutut, seketul cahaya meluru masuk ikut lubang lalu terkana papan dinding yang dipegang oleh datuk. Papan itu terlepas dari tangan datuk dan datuk terjatuh tetapi, datuk berusaha untuk bangun. Usaha datuk berhasil. Benda bulat yang bercahaya sebesar buah mempelam itu berpusing ligat atas lantai. Benda bulat berhenti berpusing dan terus hilang diganti dengan kepala aneh. Bentuk dan keadaannya tetap macam tadi. Datuk renung kepala itu dengan renungan tajam. Semua pancaindera datuk teRtumpu ke situ dan saya kira renungan itu adalah renungan makrifat penuh kebatinan. Datuk menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menegakkan kebenaran. "Mahu menguji aku?" Datuk bersuara keras. Wajahnya nampak berkerut. Renungan datuk yang tajam itu ditentang oleh sepasang mata dari kepala aneh. Mata kanan kepala yang tersembul terus mengecil menjadi macam mata manusia biasa. Begitu juga dengan mata sebelah kiri yang tadi sering mengeluarkan kepala ular tedung, juga bertukar menjadi mata manusia biasa. Datuk terus duduk bersila di lantai. Sepasang tangannya diletakkan atas kedua belah kepala lutut. Matanya tidak berkedip menentang sepasang mata dari kepala aneh. Semua urat-urat di lengan dan tangan datuk kelihatan timbul dan tegang begitu juga dengan urat di leher dan muka. Peluh-peluh halus mula meruap di dahi dan pipi. Tiba-tiba datuk terlentang, macam kena tendangan yang kuat. Kedua belah tangannya terkapar dengan jejarinya terbuka dan bengkok. Seluruh badan datuk menggeletar dan tersentak-sentak seperti terkena kejutan letrik. Kepala aneh terus terlompat-lompat. Mulutnya mula tersengih mempamerkan gigi besarnya. Suara angin dari luar begitu keras dan kuat masuk ke dalam perut rumah. Saya menggeletar dan rasa takut mula menguasai diri. Datuk cuba bangun tapi tidak berdaya, dalam keadaan yang samar-samar saya melihat sepasang kaki yang berbulu tebal memijak bahagian dada datuk membuat datuk sukar bernafas. Datuk terus berjuang cuba menggerakkan badannya ke kanan dan ke kiri. Saya cuba menjerit tetapi, suara saya tidak keluar. Saya terdengar jeritan si sakit memanjang dan meninggi. Dengan sepenuh tenaga datuk menghentakkan siku kanannya ke lantai sambil memusingkan badannya ke kanan. Tangan kirinya melepaskan penumbuk ke kaki berbulu. Sebaik saja tumbukan itu terkena pada sasarannya, kaki yang berbulu itu terus ghaib. Jeritan si sakit terus bergema. Datuk tumbuk lantai lagi sekali. Kali ini jeritan si sakit terus mati. Datuk terus bangun. Berdiri gagah dengan kedua belah kakinya terkangkang. Kedua belah tangannya diluruskan ke depan. Datuk tarik nafas panjang sambil membengkokkan kaki kanannya. Badannya terus direndahkan. Datuk hulurkan kaki kanan ke arah dinding. "Hupppppppp," suara datuk keras dan saya lihat datuk melompat hingga kepalanya tersentuh tulang bumbung. Datuk bagaikan berada di awangan beberapa saat. Ketika berada di awang-awangan itu, datuk kembangkan sepuluh jari tangan dan jari kakinya. Bila semua jari tangan dan kaki terkembang datuk segera membengkokkan badannya. Tubuh datuk yang seketul itu kelihatan berpusing beberapa kali sebelum menyentuh lantai. Semua gerakan yang datuk lakukan, saya perhatikan dengan teliti. Datuk duduk bersila di lantai kembali. Kepala aneh terus bergolek dari sudut ke sudut ruang rumah. Lidahnya yang terjelir mengeluarkan darah kental bukannya air liur. Darah kental itu melekat di lantai. Saya mula terhidu bau hanyir. Sedang saya mengesan dari arah mana bau hanyir itu datang, saya dikejutkan oleh bunyi kaki Orang berlari dalam rumah. Saya segera angkat kepala dan saya terlihat isteri si sakit berdiri di depan saya, seluruh badannya dibaluti dengan kekabu. Susah untuk saya melihat biji mata dan wajahnya. Saya menelan air liur bila melihat isteri si sakit, mengoyakkan bantal panjang yang dibawanya. Semua kekabu itu berterbangan lalu mengenai muka dan badan datuk. Saya lihat, datuk tidak berusaha menepis kekabu yang melekat di hidungnya. Dibiarkannya kekabu itu berada di situ. Isteri si sakit terus merapati datuk sambil melepaskan beberapa tendangan yang kencang. Datuk mengelak ke kiri dan ke kanan. Kerana tendangannya tidak mengenai tubuh datuk, isteri si sakit jadi marah. Dia berusaha melepaskan tendangan yang bertalu-talu. Datuk bertindak, kaki kanan iseri si sakit datuk tangkap dan pusing ke kiri dengan sekuat hati. Tubuh isteri si sakit jatuh atas lantai. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan dari isteri si sakit. Guru silat segera mendekatinya untuk memberi bantuan. "Duduk, jangan dekat dia," suara datuk keras tanpa merenung ke arah guru silat. "Dia sakit," sahut guru silat. "Jangan bantah cakap aku," sergah datuk. Guru silat patuh dengan cakap datuk. Datuk terus memulas kaki isteri si sakit dengan sekuat hati hingga perempuan malang itu terkencing dan terus diam. Terkulai di lantai, tidak sedarkan diri. Kepala aneh segera mendekati isteri si sakit untuk menjilat dahi wanita yang terkapar. Belum pun sempat lidah yang panjang dan berwarna merah garang menyentuh dahi isteri si sakit, datuk segera menepuk lantai dengan tangan kanan. Dia terus melompat dan menerkam ke arah kepala aneh. Bagaikan kilat datuk menarik telinga kiri kepala aneh itu. "Tuk, mulutnya gigit lengan tuk," jerit saya bila melihat mulut dari kepala aneh itu menggigit lengan datuk. Guru silat segera bangun dan mendekati datuk untuk menolong. Baru tiga langkah guru silat melangkah, satu tamparan kencang mengenai pangkal lehernya. Guru silat tersembam dan tidak berdaya bangun. Saya mencapai sepotong kayu untuk membantu, saya juga menerima satu tendangan di rusuk kiri. Pandangan saya berpinar. Lantai rumah terasa bergoyang dan saya terhuyung-hayang lalu jatuh.

3 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Saya cuma dapat melihat lelehan darah di lengan kanan datuk. Gigi tajam dari mulut kepala aneh terus terbenam dalam lengan daging datuk. Muka datuk berkerut menahan rasa sakit. Datuk hentak kepala aneh ke dinding dengan harapan gigitan di lengan akan dilepaskan. Usaha datuk itu tidak berhasil, malah lidah dari mulut kepala aneh itu mula membelit leher datuk. Saya lihat datuk sukar bernafas. Datuk terus terhuyung-hayang dan akhirnya datuk jatuh atas lantai. Datuk terus bergolek atas lantai. Datuk berusaha menghentak kepala aneh pada tiang seri beberapa kali. Gigitan di lengan tidak juga terlepas, begitu juga dengan belitan lidah di leher datuk. Muka datuk berpeluh dan pucat. Batang lehernya terus dilumur darah dari kepala aneh itu. dengan sekuat tenaga datuk hayunkan kepala aneh itu ke tiang seri hingga gigitan di lengan datuk terlepas. Belitan lidah di leher juga terbuka. Datuk segera mengambil bantal panjang yang koyak dan terus menyerkup kepala aneh. Kepala aneh itu terus menggelupur dalam bantal panjang. Kekabu berhamburan dan berterbangan. Datuk memegang hujung bantal itu dengan sekuat hati. "Tamar, mari tolong aku." Saya segera menghampiri datuk, saya diarahkan datuk untuk memotong lengan baju kirinya separa siku. Perintahnya saya patuhi lengan baju yang sudah dipotong itu segera saya apitkan ke celah ketiak. Kemudian saya serahkan pada datuk. "Sudah kamu ikut petua yang aku berikan." "Sudah tuk." "Sekarang kamu pergi dekat guru silat, bisikkan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, kemudian bacakan surah Al-Kursi sekali." "Baik tuk." Saya segera mendekati guru silat. Apa yang dipesan oleh datuk segera saya tunaikan. Saya berhasil, guru silat boleh bangun. Tanpa menerima perintah dari datuk, saya ajak guru silat mendekati isteri si sakit. Apa yang saya lakukan pada guru silat, itu jugalah yang saya lakukan pada isteri si sakit. Saya tidak tahu, kenapa semuanya itu saya lakukan. Saya seperti didesak oleh suara hati saya untuk berbuat demikian. Kepala aneh yang sudah datuk sumbatkan dalam bantal panjang itu terus bergerak-gerak, berusaha mahu keluar dari dalam bantal tersebut. Datuk terus mengikat hujung bantal panjang dengan kain lengan baju kiri. Datuk gantungkan kepala aneh yang berada dalam bantal panjang ke paku di tiang seri. Bantal itu terus bergerak ke kiri dan ke kanan diiringi dengan bunyi deru angin yang amat kuat. Datuk segera mendekati kami. "Bawa perempuan ni ke dapur dan mandikan dengan air. Bila dah selesai dimandikan, kunci dalam biliknya," datuk keluarkan arahan. Deru angin yang kuat terus ditingkah dengan bunyi petir dan hujan lebat. Dalam keadaan yang haru-biru itu, semua perintah datuk dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami mendekati datuk lagi untuk mendengar arahan selanjutnya. TERKEJUT Saya dan guru silat terkejut, bila melihat datuk mengoyakkan gulung tikar yang membalut tubuh si sakit. Saya mengucap panjang, tubuh si sakit dah dipenuhi dengan bulu macam bulu di badan orang utan. Wajah si sakit juga berubah seperti muka beruk jantan mempamerkan sepasang taring yang cukup tajam. Si sakit cuba bangun untuk menyerang datuk. "Jangan apa-apakan dia, dia tak boleh melakukan apa-apa pada kita," kata datuk pada guru silat yang cuba mahu menutup si sakit dengan tikar mengkuang. Tujuan guru silat berbuat demikian untuk menghalang si sakit yang berubah rupa itu dari menyerang datuk. Cakap datuk memang betul, si sakit cuma terdaya duduk saja. Setelah itu ia jatuh terlentang kembali. Cara mendadak saja kami alihkan pandangan pada bantal panjang yang tersangkut di tiang seri. Bentuk dan keadaan bantal sudah berubah, jadi lebih panjang. Bahagian atas dan bawah terikat, macam mayat yang sudah dikafankan terbuai-buai diterpa angin yang berputar dalam ruang rumah. "Haaaaaa," saya terkejut sambil membeliakkan biji mata. Ada tangan terjulur bersama kuku yang panjang dari dalam bantal tersebut. Saya juga melihat sebahagian dari kain tersebut diresapi dengan darah. Terdengar suara orang menangis dan mengilai dalam deru hujan dan angin yang amat keras. "Macam mana boleh jadi begitu, bantal panjang bertukar jadi kain kafan dan ada mayat pula di dalamnya? Mayat siapa pula!" "Tak usah banyak cakap, kita tengok saja," jawab datuk pada rungutan guru silat. Saya renung muka guru silat yang kehampaan. Datuk terus termenung panjang. Mulutnya nampak bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu. "Bantal itu tetap bantal, cuma pandangan mata kita saja ditipu oleh iblis," datuk bersuara lembut. Dia terus bergerak tiga langkah ke belakang. Berhenti. Bergerak ke kanan tiga langkah. Berhenti. Bergerak ke kiri tiga langkah. Berhenti. Datuk tarik nafas dalam dan matanya tidak berkedip merenung ke arah bantal panjang yang nampak seperti kain kafan. Tiba-tiba yang ditenung oleh datuk terlucut dari tempatnya. Jatuh berdentum atas lantai. Rumah terasa bergoyang. Benda ganjil itu terus bergolek, keadaannya juga sungguh luar biasa. Ada waktunya kelihatan menipis, ada masanya membulat, ada ketikanya memanjang. Sepasang mata datuk terus menyorok ke arah benda ganjil itu, tidak kira ke mana benda itu bergolek. Saya lihat bantal panjang yang tadi bersarungkan kain warna merah muda sudah bertukar dengan kain biru muda. Tangan dan kuku yang terjulur tetap seperti tadi, malah kukunya yang tadi nampak berwarna putih pucat sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Urat-urat di belakang tangannya mula timbul seperti akar yang timbul di permukaan bumi. Datuk masih berdiri. Sepasang kakinya bagaikan terpaku di lantai. Perlahan-lahan datuk angkat kaki kanannya agak tinggi dari biasa kemudian menghentakkan ke lantai. Benda yang bergolek terus terangkat seperti ditarik sesuatu hingga ke paras palang pintu. Sebelum benda ganjil itu jatuh, datuk segera mengambil tikar lalu digulungkannya dengan cepat sekali. Tikar mengkuang yang sudah digulung itu segera ditegakkan, ditempat yang diduga benda ganjil itu akan jatuh.

4 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Bila tikar sudah ditegakkan di tempat yang datuk fikirkan sesuai, datuk segera berlari mendekati kami. Wajahnya kemerah-merahan dan penuh dengan peluh. Saya lihat peluh tersebut menuju ke hujung dagu lalu jatuh atas dada datuk. "Sekarang bersedia," kata datuk lalu merenung muka saya dan guru silat. Saya menggigit bibir, saya mencari tujuan sebenar kata-kata yang datuk ucapkan itu. Dan saya kira guru silat juga tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata yang datuk hamburkan itu. "Sedia apa?" tanya guru silat. "Bukankah sudah aku cakapkan tadi," jawab datuk. "Awak tak beri apa-apa arahan pun." "Betulkah saya tak beri arahan?" "Betul tuk," balas saya dan guru silat anggukkan kepala. Datuk terus gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Sinar matanya lembut tertumpu ke wajah saya. Datuk senyum dan saya sudah ‘arif benar dengan perangai datuk. Bila dia senyum begitu, ertinya secara tidak langsung datuk mengakui kesilapan yang dilakukannya secara tidak sengaja. "Kita mesti cepat bertindak, mari kita baca ayat Al-Kursi sebelum benda itu jatuh atas tikar yang saya tegakkan tadi," ujar datuk. Saya dan guru silat segera anggukkan kepala. Dan kami segera berdiri di sisi datuk. Kami pun membaca ayat suci yang dikatakan oleh datuk dalam hati dengan teliti dan sebutan yang betul. Sebaik saja pembacaan kami berakhir, benda ganjil tadi terus jatuh atas tikar mengkuang yang ditegakkan, kami terdengar bunyi petir yang amat kuat di luar rumah. Tikar mengkuang yang ditegakkan terus rebah dengan sendirinya. Terdapat api kecil di sekeliling tikar yang rebah itu. api itu terus marak, macam disiram petrol. Ternyata, api itu marak hanya untuk beberapa minit saja. Kemudian api itu terus padam. Tidak jauh dari tikar tersebut terdapat bantal panjang dalam keadaan yang elok, tidak ada yang koyak. Keadaannya tetap seperti asal. Bunyi angin yang menguasai ruang rumah terus hilang. Dekat tiang seri dapat tempurung kelapa jantan yang dibaluti sabut nipis. Tempurung kelapa jantan itu tergolek di situ. Tiba-tiba anak telinga saya menangkap suara aZan memecah subuh yang bening. Keadaan dalam rumah jadi tenteram. "Kau pergi buka bilik orang yang kau kunci tadi," datuk keluarkan arahan pada guru silat. Saya lihat guru silat keberatan untuk memenuhi permintaan datuk. "Kenapa diam, pergilah buka," sergah datuk. "Tapi." "Tak ada tapi, dia tak akan menjerit atau mencekik kamu, syaitan yang menguasainya sudah lari," kata datuk. Guru silat segera pergi ke tempat yang diarahkan. Datuk dan saya segera mendekati si sakit. Datuk tepuk dahi si sakit tiga kali. Tanpa diduga, si sakit terus bangun. "Apa macam," itu yang diucapkan oleh si sakit pada datuk. "Kau bagaimana pula?" "Saya rasa badan saya segar, macam tak ada sesuatu yang saya tanggung," jawab si sakit dengan senyum. Dia terus bangun. Berjalan dalam ruang rumah. Bila dia mahu keluar datuk segera memegang bahunya. "Kenapa?" "Kau belum boleh pijak bumi selagi matahari belum terbit. Kalau badan kau dah sihat, pergilah mandi. Kita sembahyang subuh kemudian kau buatlah sembahyang syukur pada Allah yang menghilangkan penyakit yang kamu tanggung selama ini." "Baik," jawab si sakit dan terus menuju ke bilik mandi. Saya menggigit bibir, lelaki yang setiap kali malam saya lihat terlantar dengan perut buncit dan bila mahu bangun terpaksa menggunakan bantuan tali, kini sudah boleh bergerak ke mana saja. Melihat gerak-gerinya, lelaki itu bagaikan tidak pernah mengalami sebarang sakit. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 06) Siri 92: Bomoh Tua Bawa Bencana Dec 29, '09 9:01 AM
by Feroz for group komunitisbdj Kuku di ibu jari saya gigit dan sepasang mata merauti wajah datuk. Cara mengejut dan tidak diduga, datuk terus menepuk bahu kanan saya. "Pergi ambil air sembahyang, Tamar." "Sejuk tuk." "Pergilah, jangan banyak cakap," suara datuk meninggi. Saya terus merenung ke arah bilik air. Saya terdengar banyak air berjatuhan di lantai. Saya senyum.

5 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Ada orang di bilik air tuk, terpaksa tunggu dia keluar," suara saya tersangkut-sangkut. "Siapa?" "Si sakit tadi tuk." "Hum.. aku lupa, kalau begitu kau pergi mandi di telaga." "Saya takut tuk." "Ha kamu," datuk beliakkan biji mata sambil menggaru pipi kanannya beberapa kali. Saya tahu datuk mula marah. Tetapi, saya merasa bertuah dan beruntung kemarahan yang mula berbunga di hati datuk segera menurun kerana kehadiran guru silat dan isteri si sakit di sisi datuk. Senyum pun terkembang di bibir datuk. Tidak lama kemudian si sakit yang berada di bilik mandi pun datang. Matanya tidak berkedip merenung wajah isterinya. Dan isterinya terus menatap sekujur tubuh suaminya. "Bengkak perut dah hilang dan kau boleh berjalan, boleh mandi sendiri," si isteri bersuara. Wajahnya dibalut keriangan yang amat panjang. Si isteri segera mahu mendekati si suami. Tanpa rasa segan si isteri angkat tangan kanan menyentuh pipi suaminya. "Jangan sentuh dia," datuk bersuara keras. Semua biji mata tertumpu ke arah datuk. Semuaya merasa hairan dan kurang senang dengan sikap datuk. "Dia suami saya." "Saya tahu, tapi bersabarlah untuk beberapa jam. Bila kita dah selesai sembahyang Subuh dan bumi sudah cerah disinar matahari, kamu boleh buat apa yang kamu suka," kata datuk. "Kenapa tak boleh buat sekarang?" "Ini cara dan petua kalau awak mahu ikut, kalau tak mahu ikut pun tak apa tetapi, kalau petua dan syarat orang tua-tua dilanggar ada masanya boleh membawa padah," satu ingatan yang bersahaja dari datuk. Isteri si sakit menggigit bibir dan menelan air liur. Sedia mematuhi perintah datuk. "Kita sembahyang Subuh di sini?" tanya guru silat. "Ya, di mana lagi? Kalau bukan di sini?" Balas datuk. "Imamnya?" "Saya kata datuk. Guru silat tersenyum dan tanpa banyak bicara dia segera menuju ke bilik air mengambil air sembahyang. DOA Sebaik saja selesai menunaikan Fardhu Subuh, kami semua membaca doa. Selesai baca doa, isteri si sakit terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Guru silat turun ke halaman rumah lalu melakukan senaman kecil untuk menggerakkan darah dan menegangkan urat. Datuk terus membaca beberapa ayat suci. Si sakit yang baru sembuh masih duduk bersimpuh di sisi datuk. Saya kira tentu ada sesuatu yang mahu diajukannya pada datuk. Sangkaan saya tidak salah, sebaik saja datuk berhenti membaca ayat-ayat suci, lelaki bermata cengkung itu menghampiri datuk. "Berapa lama saya tak boleh bersama isteri saya?" "Sekejap lagi bolehlah, kau pergi berdiri dekat tingkap dan lihat matahari. Bila matahari sudah terbit, kenakan seluruh tubuh kamu dengan sinar matahari, lepas tu kamu bolehlah bersama." "Terima kasih, saya ingatkan sampai berbulan-bulan." "Tidak," datuk tersenyum. Datuk mengajak saya turun ke halaman rumah. Cakapnya saya turuti. Saya dan datuk melakukan senaman harimau menangkap musuh dan beberapa senaman lain hingga badan saya berpeluh dalam dingin pagi. Selesai menjalani senaman datuk mengajak saya berjalan keliling kampung sambil membasahkan kulit dengan air embun. Saya membantah ajakan datuk itu. Tidak sanggup rAsanya dalam cuaca pagi yang samar-samar dan dingin itu menyentuh air embun di hujung daun untuk disapukan ke kulit tubuh. Protes saya menimbulkan rasa kurang senang dalam hati datuk. Kerana tidak mahu ketegangan yang terjadi itu berlanjutan, saya segera mengalah. Datuk gembira. Bila kami mahu memulakan langkah, guru silat terus bersuara. "Nak ke mana tu?" "Mandi embun." "Jangan lama-lama, nanti ada masalah di rumah saya tak tahu nak mengatasinya." "Belum matahari keluar kami balik," jawapan itu amat menyenangkan diri guru silat. Senyumannya terus terukir di bibir dan dia meneruskan latihan silatnya. Berjalan dalam suasana dingin begini tidak boleh lambat-lambat. Langkah mesti dipercepatkan, biar semua sendi bergerak lancar lalu melahirkan peluh yang boleh menghilangkan rasa sejuk dan dingin. Sedang saya dan datuk asyik menghulurkan jejari pada air embun di hujung daun, kami terdengar bunyi orang memijak sesuatu dari hutan kecil di sebelah kanan. Langkah datuk dan saya segera berhenti. "Ada binatang buas tuk." "Pada hemat aku, itu bukannya bunyi langkah binatang."

6 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Kalau bukan binatang langkah apa tuk?" Datuk terus membisu lalu membongkok kepala lutut kanannya ditemukan dengan permukaan bumi. Manakala lutut kirinya tetap tegak menentang dada langit. Kelima-lima jari kirinya dikembangkan dan terus diletakkan di atas tanah. Hidungnya dihalakan ke arah angin datang. Hidung datuk nampak kembang kempis menghidu sesuatu. "Manusia Tamar," mata datuk bersinar merenung ke arah hutan kecil. Dahinya berkedut tetapi wajahnya tetap tenang serta bersedia menghadapI sebarang kemungkinan. Barangkali, ada orang kampung yang menggunakan hutan kecil itu sebagai jalan pintas untuk pergi ke suatu tempat, fikir saya dalam hati. "Manusia dari mana tuk?" saya menyoal kembali. "Entah, pedulikan, mari kita pergi," datuk segera menarik tangan saya. Kami meneruskan perjalanan yang terhenti. Tidak beberapa jauh melangkah, datuk berhenti kembali. Macam ada sesuatu yang tidak menyenangkannya. Dan saya sendiri pun merasakan ada sesuatu yang mengikuti segala gerak dan langkah kami. Dalam saat-saat tertentu, benda yang serasa ada itu bagaikan wujud di depan saya dan datuk tetapi, sukar untuk dilihat apatah lagi untuk dirasa dan dipegang. RESAH Keadaan yang dihadapi membuat saya resah dan gelisah. Saya segera memujuk datuk supaya pulang ke rumah adik guru silat. Datuk gelengkan kepala sambil tumit kaki kirinya menghentak-hentak tanah beberapa kali. Tanpa diduga, datuk terus membengkokkan badan dan kedua belah tangannya menepuk bumi tiga kali berturut-turut. "Kerja kamu dah selesai," saya segera merenung ke kiri. Saya lihat bomoh tua berdiri di situ. Matanya tidak berkedip merenung ke arah saya. Aneh sekali kenapa dia tidak mahu memandang wajah datuk? Apakah ini cuma satu helah darinya untuk memperdayakan datuk? Bermacam-macam pertanyaan bermain dalam kepala saya. "Aku hanya menyelesaikan kerja kamu yang belum selesai," balas datuk sambil membelakanginya. Saya kira, cara datuk itu amat merbahaya. Kenapa dia memberi belakang pada bomoh tua, kenapa datuk tidak mahu menentang muka bomoh tua? "Tapi kamu tidak pernah minta iZin dari aku," saya terdengar suara bomoh tua. Apa yang bermain dalam kepala saya terus hilang. "Ya, niat saya ikhlas untuk menolong," suara datuk rendah. "Cara kamu menyakitkan hati aku." "Apa! Kerana aku menolong hamba Allah yang sakit. Boleh membuat kamu marah, aku tak faham dengan cara kamu." "Ya, aku nak beRi kamu faham sekarang." "Terangkan." "Kamu sepatutnya jangan campur dalam hal ini. Kerja aku dengan orang yang minta tolong belum selesai." "Kamu terima upAh untuk menjahanamkan orang lain." "Kerana si sakit itu memang jahat." "Kalau kamu dah tahu dia jahat, kenapa kamu ubati dia?" "Aku mahu mempermainkan orang yang mengupah aku dan orang yang sakit." "Kamu memang iblis," pekik datuk. Bomoh tua itu hilang dari pandangan saya. Datuk tergamam bila bomoh tua muncul di depannya dan mengajak beradu tenaga. "Itu bukan cara aku. Dalam hidup aku, menjual dan membeli bukan cara aku. Kita hamba Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W kita disuruh berbaik-baik," jawab datuk dengan nada suara yang rendah. "Agaknya kamu takut, ilmu kamu tidak sebanyak mana," bomoh tua seperti mengejek datuk. "Tak usahlah kita nak tunjuk handal. Kita lupakan semuanya. Kalau saya tersalah, maafkan saya," datuk hulurkan tangan pada bomoh tua. Cepat-cepat bomoh tua menepis huluran tangan datuk sambil membuka langkah untuk menyerang datuk. "Kalau benar awak Handal, jawab pertanyaan saya. Kalau semua jawapan awak betul, saya ikut awak," datuk memberi cadangan. "Kamu mempermainkan aku." "Aku ikhlas, aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa pun." "BohOng," suara bomoh tua meninggi. Dia terus menyerang datuk dengan sebatang kayu. Datuk tidak bergerak dari tempatnya, menanti serangan bomoh tua dengan tenang. Datuk hanya mengangkat ibu jari kanannya dan kayu di tangan bomoh tua terpelanting dengan sendirinya. Bomoh tua jatuh terlentang macam ada sesuatu yang menolaknya. Bomoh tua cuba bangun dan datuk cepat-cepat memusingkan ibu jari kanannya menunjuk ke bumi, bomoh tua tidak terdaya bangun. Bila datuk menegakkan ibu jarinya, bomoh tua dapat bangun dan berdiri berdepan dengan datuk, bersedia untuk melepaskan penumbuk pada datuk. Lagi sekali datuk meluruskan ibu jarinya ke bawah. Bomoh tua jatuh terlentang terkapar-kapar.

7 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Cuma itu saja yang ada pada aku, bangunlah," kata datuk tenang sambil memeluk tubuh. Bomoh tua tidak mahu bangun. Dia duduk bersila di tanah. JarI kelingkingnya terus menguis-nguis tanah. "Apa yang mahu kamu tanyakan pada aku?" "Aku cuma nak menyatakan rasa kesal, kerana kamu seperti orang yang beragama tetapi membuat kerja terkutuk." "Sudahlah, cakap perkara apa yang mahu kamu tanyakan padaku." "Kamu beragama Islam?" datuk memulakan pertanyaan. "Ya, aku percayakan Allah, Quran dan hari kiamat serta malaikatnya," jawab bomoh tua penuh keyakinan. Matahari mula memunculkan diri di kaki langit. Saya terus menyanDarkan badan pada sebatang pokok yang berdaun lebat. "Sebagai orang Islam aku cuma nak tanya tiga perkara. Harap kamu dapat memberikan jawapannya." "Silakan, apa perkara yang nak kamu tanya sila kemukakan. Fasal agama, adat, ilmu dunia, ilmu akhirat, silakan," bomoh tua terus ketawa kecil. Jari kelengkengnya tidak berhenti menguis tanah. Tidak memperlihatkan sebarang rasa kebimbangan. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk raba telinga kemudian terus duduk bertinggung. Muka bomoh tua direnung dengan tepat tanpa berkedip. Kali ini bomoh tua menentang wajah datuk. "Silakan, aku menanti," bomoh tua seperti mendesak. "Sebagai orang Islam, aku mahu tahu dari mana kamu datang?" datuk menyambut cabaran dari bomoh tua. "Apa, ini saja soalannya?" "Ini soalan pertama, dua soalan lagi akan menyusul kemudian," terang datuk dengan tenang. "Aku mahu kamu terus mengemukakan tiga soalan sekali. Aku tak mahu satu-satu, cara itu melambatkan." "Baiklah, kalau itu kemahuan kamu. Soalan pertama aku mahu tahu dari mana kamu datang," datuk berhenti bercakap dia. Dia menahan air lir sambil batuk kecil. "Apa kamu buat dan ke mana kamu nak pergi?" datuk menambah soalannya. Bomoh tua kerutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya dua tiga kali. "Dah habis soalan kamu." "Dah habis," jawab datuk tegas. Bomoh tua menggigit kuku di ibu jari kanannya. Matanya merenung ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia garu telinga yang tidak gatal. Saya kira bomoh tua masih mencari jawapannya. Saya juga berfikir, apakah jawapan yang tepat pada soalan yang datuk kemukakan. Saya kira, inilah kali pertama datuk mengemukakan soalan yang sedemikian. Agak aneh dan luar biasa sekali pada tanggapan saya. "Soalan yang mudah, anak cucu aku sendiri boleh jawab. Kamu tahu yang tak pergi sekolah pun dah tahu jawapannya, ha.. ha…," bomoh tua ketawa berdekah-dekah. "Jawab sekarang, usah ketawa," suara datuk meninggi. "Dari Allah aku datang, aku dilahirkan untuk membuat amalan dan akhirnya aku pergi pada-Nya juga. Apa kau sudah puas hati sekarang." "Kurang puas hati." "Sebabnya?" bomoh tua beliakkan biji mata. Cepat-cepat dia berdiri dan terus mencekak pinggang. Misai tebalnya dipulas beberapa kali, macam lanun dalam drama purbakala yang mahu memperkosa gadis jelita dalam bilik tidur. "Jawapan kamu masih ada kurang. Membayangkan kamu kurang pengetahuan," suara datuk lembut. "Kurang ajar. Cakap apA yang kurang, kalau kamu tak cakap buruk padahnya." "Baiklah. Jawapan pertama begini: dari setitik mani kedua orang tua, kita dijadikan oleh Allah dan dikeluarkan dari rahim ibu. Tidak kira orang itu keturunan baik-baik atau tidak, sama ada berkulit hitam atau putih semuanya keluar dari lubang yang satu," datuk berhenti bercakap. Dia menarik nafas dalam-dalam. "Jawapan yang kedua pula?" bomoh tua juihkan bibir ke bawah. Datuk segera gosok pangkal hidung. Perbuatan datuk itu menimbulkan keresahan dalam diri bomoh tua. "Jawapan kedua apa dia? Cepat cakap. Aku tak ada masa nak dengar temberang kamu." "Baiklah sekarang aku…..," datuk berhenti bersuara. "Eh, cakaplah. Jangan berdalih lagi." Bomoh tua mula marah. "Sekarang kau sudah tahu dari mana asal-usul kita, kau tahu kenapa kita dijadikan? Apa yang patut kita buat," datuk berhenti lagi. "Eh, aku mahu jawapan dari soalan kedua," kali ini suara bomoh tua meninggi. Matanya mula menahan marah. Datuk masih bertenang. "Aku baru memulakan jawapan untuk soalan kedua. Sekarang aku sambung kembali. Allah mencipta manusia dan jin semata-mata untuk mengabdikan diri pada-Nya. Jadi kita semua hamba Allah harus ikut perintah-Nya. Tidak boleh membesarkan diri, tak boleh minta disanjung atau dipuja kerana kita ini hamba Allah," datuk menggaru pangkal pipi sebelah kanannya. Bomoh tua terus merenung bumi.

8 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Sinar matahari mula memancar lembut menjamah bumi dan dedaun. "Jawapan yang ketiga pula apa dia?" Desak bomoh tua. "Kamu sudah tahu asal kita, tahu apa yang mesti kita buat waktu berada di dunia. Dan akhir sekali ke mana kita akan pergi," datuk senyum panjang. "Akhirnya kita mati," mendadak bomoh tua mencelah. "Jawapan yang kurang tepat," sanggah datuk. "Habis," apa yang tepat?" "Kita akan kembali pada yang menciptanya. Segala apa yang kita buat di dunia diperhitung. Perbuatan jahat dibalas jahat, perbuatan yang baik menerima yang baik. Masa menghitung segala kebaikan dan kejahatan kita tidak dibeZakan sama ada orang itu keturunan diraja atau hamba, semua duduk bersama. Hanya di dunia saja manusia mencipta perbezaan. Kau faham sekarang." "Sudahlah. Kamu nak jual temberang, kamu khianat kerja aku," cara mengejut bomoh tua naik darah. Melihat keadaan yang tidak begitu aman, datuk segera menjeling serta melakukan serangan. Belum pun sempat datuk menemui tempat yang dihajati, bomoh tua melepaskan penumbuk sulung ke arah bahu kiri datuk. Nasib datuk dapat mengelak. Bomoh tua terdorong ke depan lalu tersandar di pohon halban liar. Datuk segera mengangkatnya. Rupa-rupanya bomoh tua tidak mahu menjalikan persahabatan dengan datuk. Sebaik saja dia dapat berdiri, tanpa membuang masa dia terus melepaskan satu penumbuk lagi. Datuk tidak terdaya mengelakkannya. Penumbuk yang agak kencang itu terkena pangkal telinga datuk. Saya lihat datuk terhuyung-hayang macam orang mabuk. Bomoh tua menerpa ke arah datuk untuk melepaskan serangan. Kasihan. Atur langkah bomoh tua tersilap. Walaupun datuk terhuyung-hayang tetapi dia tidak kurang tenaga dan akal. Tendangan bomoh tua disambutnya dengan satu tepisan yang kencang. Bomoh tua jatuh terkangkang atas tanah. "Bunuh saja tuk. Bila dah mati mayatnya kita buangkan ke sungai," secara tidak disengajakan kata-kata itu terungkap dari mulut saya. Bomoh tua yang kesakitan renung muka saya. "Kamu jangan biadab Tamar," sergah datuk. "Saya tak sengaja tuk." "Jaga mulut, jangan celupar sangat." "Maafkan saya tuk." "Sudahlah, bukan keturunan kita jadi pembunuh. Sikap kita berbaik dengan semua orang." Bomoh tua bangun, hulur tangan pada datuk. Dengan wajah yang tenang dan damai datuk menyambut huluran tangan itu. "Kita sesama hamba Allah. Buat apa kita bermusuhan," suara bomoh tua merendah. "Saya sependapat dengan awak." "Kalau awak dah sependapat dengan saya, awak kenalah menghormati saya dan menunaikan permintaan saya." "Apakah ini satu syarat?" tanya datuk sambil menatap biji mata bomoh tua. Saya lihat bomoh tua seperti terkejut mendengar pertanyaan dari datuk. Bomoh tua menggaru hujung kening kanannya. "Terpulanglah pada kamu sendiri. Kalau kamu memikirkan itu sebagai syarat, dia akan menjadi syarat. Kalau kamu fikirkan itu bukan syarat, dia tidak jadi syarat," penjelasan dari bomoh tua berbelit-belit dan berteka-teki serta mempunyai maksud yang tertentu. Datuk kerutkan dahi. Dia perlu berhati-hati membalas kata-kata bomoh tua. Silap jawab diri akan terperangkap. "Saya tidak menganggap itu syarat tetapi apa yang awak minta pada saya itu juga yang saya minta pada awak," balas datuk. "Ha, awak bijak." "Baiklah, apa yang awak mahu dari saya," tanya datuk. "Mudah saja, saya minta awak jangan ganggu saya. Ini cara saya cari makan. Saya tahu, awak bukan sebarang orang. Saya tersilap duga. Saya fikir awak macam orang-orang lain yang pernah saya duga. Lagipun awak tidak memperlihatkan kebolehan atau rasa sombong. Inilah yang membuat saya terperangkap," bomoh tua seperti merayu. "Saya tak faham," datuk berdalih. "Sebenarnya saya mendamping benda-benda halus yang ada kaitannya dengan angin, tanah. Benda-benda halus inilah yang banyak membantu saya. Jika ada orang datang minta ubat, benda-benda halus ini memberitahu saya apa penyakit yang dihadapi oleh orang itu. "Oh begitu, barulah saya tahu. Lepas itu apa yang kamu buat?" soal datuk. "Saya terus memberitahu pada orang yang datang di mana sakitnya, apa puncanya hingga mereka percaya pada saya. Saya kenakan bayaran yang mahal. Saya juga ambil upah membuat orang, kemudian mengubat orang yang kena buatan itu. Benda-benda halus inilah yang membantu saya," begitu jujur bomoh tua menerangkan kedudukan yang sebenar. Saya hanya anggukkan kepala. Datuk lebih banyak termenung setiap kali menerima penjelasan dari bomoh tua. "Salah seorang yang kamu kenakan, orang yang aku tolong?" tanya datuk. "Ya." "Kenapa kamu lakukan perkara tu."

9 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Aku sebenarnya dendam padanya dan selalu bertelagah dengan aku tentang hal-hal agama, suka membantah." "Aku fikir kerana kamu mahu mencampurkan perkara karut-marut dalam hal agama. Umpamanya suruh orang percaya pada keramat, memuja kubur, membayar niat di keramat. Bukan begitu? "Ya, memang begitu janji aku dengan makhlus halus." "Lagi apa janji kamu dengan makhluk-makhluk halus tu?" "Berusaha mengurangkan akidah agama pada orang kampung. Makhluk-makhluk halus itu pula berusaha menarik perhatian atau mengabui mata orang kampung supaya memuja dan mengagumi kebolehan aku. Orang-orang di sini kebanyakannya buta agama." Saya mula merenung ke arah matahari yang kian meninggi. Rasa benci dan menyampah pada bomoh tua mula bertandang dalam dada saya. Datuk terus meramas sepuluh jari di tangan yang terasa lenguh dan sakit-sakit. "Macam mana kamu gunakan buatan pada orang yang aku tolong? Datuk bertanya lagi. Bomoh tua terdiam sejenak. Dia kelihatan keberatan mahu menceritakan kisah sebenar pada datuk. "Bagaimana kamu membuatnya?" ulang datuk. "Satu hari ada orang mengadu dirinya sakit. Aku katakan kena buatan orang. Dan orang yang membuatnya adalah orang yang kamu lindungi itu. cara kebetulan mereka pernah bertengkar satu masa dulu. Apalagi, aku jalankan jarum," bomoh tua menelan air liur. Keningnya bergerak dua tiga kali menahan sinar matahari yang terik. "Aku suruh orang itu membalas dendam. Dia setuju aku. Aku pun jalankan tugas. Bila orang yang didendam sakit, aku pergi mengubatinya," sambung bomoh tua itu lagi. "Ilmu kamu tak sebanyak mana. Tapi kamu berlagak macam orang pandai kemudian memperdayakan orang kampung. Kamu pengkhianat," datuk bersuara dengan keras. Muka bomoh tua ditentangnya. Saya segera mendekati datuk. "Kita dah bersahabat. Kau tak boleh marah," tingkah bomoh tua. "Ya. Aku tak akan melakukan apa-apa pada kamu. Kejahatan kamu adalah urusan kamu dengan Allah. Tetapi selagi aku masih hidup aku akan melindungi orang-orang lain dari kejahatan kamu." Suara datuk merendah. "Jangan khianati aku kawan." "Hum, datuk juihkan bibir. Kemudian datuk tarik tangan saya. Kami tinggalkan bomoh tua di situ, di bawah sinar matahari yang kian mengembang. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 06) Siri 93: Masih Dalam Ujian Jan 15, '10 7:27 AM
by Feroz for group komunitisbdj Hujan turun mencurah-curah. Dentuman petir memekakkan telinga dan mengecutkan tali perut. Tempias hujan terus menerpa ke kamar, lalu jatuh atas halaman akhbar yang tersedai di dada meja. Rasa dingin terasa menggigit kulit tubuh. Tingkap segera saya rapatkan. Bunyi deru hujan amat jelas kedengaran. Dalam saat-saat tertentu saya tersentak oleh bunyi petir, diikuti dengan cahaya kilat yang tajam menyelinap menerangi ruang kamar. Bagi menghilangkan kebekuan itu saya terus membaca berita yang termuat dalam akhbar. Sejak pulang dari kampung halaman guru silat, saya dan datuk menghabiskan masa ke kebun getah ata pisang, pada sebelah pagi. Pada sebelah petangnya pula, pergi ke sawah. Kalau tidak turun ke sawah kami pergi memburu ayam hutan atau melihat jerat di pinggir belukar. Satu hal yang membanggakan datuk ialah, kerana saya sudahpun menamatkan ilmu persilatan dengan guru silat. Sudah diadakan ujian dan menutup gelanggang tetapi, datuk tetap mengatakan apa yang saya tuntut itu masih belum cukup. Mesti diperlengkapkan dengan pengalaman dan ujian-ujian yang tidak diduga. Di samping itu, datuk tetap menyuruh saya menambahkan ilmu mempertahankan diri sebanyak yang terdaya oleh saya. "Kau harus belajar lagi, jangan sampai terpesong dari ajaran Islam. Kau harus mendalami ilmu agama kamu," secara mendadak sahaja saya teringat cakap datuk. Saya senyum sendirian. Bunyi deru hujan mula beransur reda. Sudah hampir enam bulan saya meninggalkan kampung halaman guru silat. Tidak ada berita tentang bomoh tua yang disampaikan oleh adik guru silat kepada datuk. Apakah bomoh tua itu sudah bertaubat atau kian mengganas? Apakah adik guru silat tidak pernah menulis surat pada abangnya? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Saya membuat keputusan sendiri. Besok atau lusa saya akan menemui guru silat untuk bertanyakan perkara tersebut. Kalau guru silat enggan bercerita, saya sendiri akan menulis surat pada beberapa orang kawan di kampung halaman guru silat. "Bagaimana kalau aku sendiri pergi ke sana, menyiasat keadaan yang sebenar? Tidak mungkin. Kalau datuk tahu aku pergi sendirian ke sana, teruk aku kena penamparnya," bisik hati kecil saya. Saya senyum sendirian teringatkan tingkah laku bomoh tua di hari meninggalkan kampung halaman guru silat. Bomoh tua itu menahan perjalanan kami yang mahu pergi ke perhentian bas. Dia mengingatkan datuk tentang hasratnya untuk bersahabat dengan datuk, ingin

10 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

belajar sesuatu dari datuk. Ternyata hati datuk tidak dapat dilembutkannya. Datuk menyuruh dia bertaubat dulu serta kembali ke jalan yang betul. Pada mulanya, saya begitu menyesali sikap datuk yang tidak mahu bertolak ansur itu. saya kesal kerana datuk begitu angkuh dengan orang yang mahu menjalinkan persahabatan dengannya. Rasa kesal saya itu berakhir bila saya menerima penjelasan dari guru silat. "Tuk kamu tak angkuh Tamar. Dia tahu bomoh tua tu tak ikhlas, bomoh tu mahu memperdayakan dirinya," satu penjelasan dari guru silat. Tapi, saya kurang yakin dengan penjelasan itu. guru silat segera melanjutkannya. "Kau sendiri tahu, datuk kau bersikap lembut. Dia suruh bomoh tua itu bertaubat. Bila bomoh itu mengetahui dan bersedia mahu bertaubat tentu dia mahu bersahabat. Datuk kau terlalu berhati-hati," sambung guru silat ketika berada dalam bas, waktu kami pulang dulu. Akhirnya saya percaya dengan apa yang diluahkan guru silat tersebut. Sebabnya bukan apa-apa. Saya mahu mendapat keterangan yang tepat dari datuk. Kata datuk, dia memang menghargai hasrat bomoh tua itu. tetapi, dia tidak yakin apa yang dikatanya itu ikhlas dan jujur. Buktinya, waktu kamu mahu naik bas, bomoh tua itu cuba menggunakan ilmu hitamnya dengan memasukkan segenggam pasir ke dalam beg kain yang saya galas. Pasir tersebut bila berada dalam beg dalam jangka waktu lebih kurang tiga jam akan bertukar menjadi habuk yang cukup halus macam habuk rokok. Melekat pada pakaian. Bila pakaian itu dipakai, seluruh tubuh menjadi bengkak dan gatal. Bila terlalu kerap digaru, kulit akan tercalar lalu berair. Dan air itu akan mengeluarkan bau yang busuk. Tidak ada ubat yang boleh menghilangkan penyakit tersebut kecuali dengan cara tradisional iaitu menggunakan pasir yang sudah digoreng dengan hampas tebu. Hanya orang-orang yang tahu sahaja yang boleh melakukannya. Bukan senang mencari orang yang tahu cara perubatan tradisional itu. kalau tidak menemui orang yang tahu, alamat si sakit akan menderita sampai mati. Mujurlah datuk sempat bertindak. Kalau lambat bertindak, padahnya akan ditanggung sampai mati. Cara datuk mengesan perbuatan bomoh tua itu juga amat menarik. Bila datuk terpandangkan bomoh tua menaruh pasir ke dalam beg yang saya galas, datuk segera mengoyakkan bahagian bucu beg. Semua pasir di dalamnya terus jatuh di permukaan jalan raya, menjadi debu. Melihat tindakan datuk itu, bomoh tua berasa malu lalu meninggalkan kami tanpa mengucapkan sesuatu. Walaupun begitu datuk masih yakin bomoh tua itu akan membalas dendam. Bila masanya bomoh tua mahu bertindak tidak ada sesiapa pun yang tahu. Walaupun begitu, datuk tetap berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk serahkan segalagalanya pada Allah yang maha kuasa. "Assalamualaikum." Saya tersentak dari lamunan. "Waalaikumsalam, naiklah." Terdengar suara datuk menjawab. Perasaan saya bagaikan digaru-garu mahu mengetahui suara siapakah yang memberi salam. Rasa-rasanya saya pernah mendengar suara itu. Di mana dan bila, saya kurang pasti. Saya terus mengamati dengan teliti suara orang yang bercakap dengan datuk itu. "Ah, dia datang." Saya melonjak kegembiraan dan terus bangun. Buku jendela, titik hujan sudah berhenti luruh dari dada langit. Saya keluar dari kamar lalu menuju ke ruang tengah. Senyum tetap terukir di bibir dan hati terus dikocak kegembiraan. "Kamu dari mana Tamar?" Tanya guru silat. "Apa lagi, buat tahi mata lebih-lebih lagi waktu hujang begini," tingkah datuk. Saya terus duduk dekat guru silat. "Saya tak tidur tuk!" "Kalau kau tak tidur, kau buat apa dalam bilik?" "Saya membaca tuk." "Kau baca apa?" "Baca suratkhabar." "Hummmmm aku ingatkan baca kitab," datuk juihkan bibir sambil menarik naFas panjang. Guru silat terus senyum. Belakang saya ditepuknya dua tiga kali berturut-turut. Saya merenung ke arah jam dinding. Sudah petang. Secara mendadak saya teringat hari itu adalah hari Khamis. Bila matahari terbenam di kaki langit, saya akan berada dalam suasana malam Jumaat. Ada beberapa aturan yang mesti saya patuhi. Peraturan itu amat membosankan tetapi apakan daya saya terpaksa mematuhinya. Biasanya setelah menunaikan fardhu Maghrib, datuk berwirid panjang. Lepas itu membaca surah al-Waqiah atau surah al-Mulk atau surah at-Taubat. Jika tidak membaca salah satu surah itu, dia akan membaca surah Yaasin. Pokoknya, dari waktu Maghrib hingga sampai waktu Isyak mesti diisi dengan kegiatan yang mendatangkan faedah. Kegiatan itu ditamatkan setelah menunaikan sembahyang Isyak. Memang menjadi kebiasaan saya, setelah selesai menunaikan fardhu isyak saya menyusur tepi dinding perlahan-lahan kemudian menyelinap masuk ke kamar lalu mematikan diri. Saya tidak mahu melibatkan diri dengan datuk untuk membaca Quran. "Eh, apa yang kamu menungkan, Tamar?" Nenek sergah saya. Cepat-cepat saya renung ke arAh datuk dan guru silat. Mereka juga saya lihat mengelamun tetapi anehnya kenapa nenek tidak menegur mereka.

11 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Jangan fikir apa-apa. Minum kopi panas ni," tambah nenek lalu meletakkan cawan kopi di depan saya, di depan datuk dan guru silat. Asap nipis merayap di permukaan cawan. "Kopi bujang aje ke?" usik datuk. "Ada kawannya. Tunggulah dulu." Nenek terus menuju ke dapur. Datang kembali bersama mangkuk bubur kacang. Bau daun pandan yang ditaruh dalam mangkuk bubur membuat selesa saya terbuka luas. "Memang bagus ni," kata guru silat. "Silakan," pelawa datuk. "Ya, sila. Jangan malu," tingkah nenek. "Jangan bimbang, fasal makan saya memang tak tolak punya," guru silat berjenaka disambut dengan ketawa. Nenek kembali ke ruan dapur. Saya memang mengharapkan kedatangan guru silat pada petang itu akan membawa cerita yang baru dan segar untuk saya. Kopi dalam cawan sudah habis, bubur dalam mangkuk juga sudah selesai. Cerita yang saya harapkan dari guru silat tidak juga muncul. Dia dan datuk asyIk bercerita tentang harga getah, asyik bercerita tentang babi hutan dan monyet yang menyerang tanaman di kebun. Cerita yang membosankan. Tetapi, saya masih bertahan di ruang tamu. Masih mengharapkan cerita dari guru silat. LUNTUR Dalam cita-cita yang meluap-luap itu tiba-tiba semangat jadi luntur untuk duduk berdepan dengan guru silat dan datuk. Tidak ada gunanya menjadi kucing yang menunggu ikan dipanggang. Saya segera angkat punggung. Meraut bilah buluh di pelantar untuk membuat bubu lebih baik dari duduk di depan wajah manusia ini, bentak batin saya. Saya segera mencari pisau raut dan mengeluarkan bilah buluh dari tempatnya. Sebaik sahaja saya bersila di pelantar, saya terdengar suara datuk mengajukan pertanyaan pada guru silat. "Apa kau tak dapat berita dari adik kamu?" "Ada, pagi tadi saya terima surat darinya." "Apa cerita? Soal datuk lagi. Guru silat saya lihat menarik nafas dalam-dalam. Dia termenung sejenak. Saya terus memasang telinga. Dan mengharapkan kata-kata yang terhambur dari guru silat akan mengembirakan hati saya. Cepatlah, aku nak dengar cerita daRi kampung halaman kamu guru silat, suara batin saya melonjak-lonjak. Saya jeling ke arah guru silat dan datuk. Mereka kelihatan tenang dan bersahaja. Mungkin tidak ada sesuatu cerita yang menarik, sebab itulah agaknya guru silat tak mahu cerita apa-apa pada datuk, saya cuba mendamaikan perasaan yang bergelora dalam dada. "Saya bersyukur pada Allah." "Sebabnya?" datuk menyoal. "Bomoh tua tu…," gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saya keresahan menanti kata selanjutnya dari guru silat. "Kenapa dengan bomOh tua tu? Dia dah bertaubat?" suara datuk agak keras, mungkin tanda protes kerana guru silat lambat sangat menyambung kata-kata yang terputus. "Bukan bertaubat." "Kalau bukan bertaubat, dia dah mati agaknya," datuk buat ramalan. "Dia tak mati." "Habis dia buat apa?" "Pindah ke tempat lain," guru silat telan air liur. "Ke mana?" datuk tidak sabar lagi. "Ke Langkawi." "Langkawi," mulut datuk separuh terbuka. Guru silat tunduk menatapi permukaan lantai. Batang tubuh bomoh tua segera terpamer dalam tempurung kepala saya. Ketika itu juga saya bagaikan terdengar-dengar suaranya di gegendang telinga saya. "Biarlah dia dengan halnya. Tapi, adik ipar kamu macam mana? Aku lebih suka mendengar cerita tentang dirinya dari mendengar cerita bomoh tua tu," datuk memperkemaskan silanya. Kali ini saya cuba melintasi di depan datuk. Berdiri dekatnya sebentar. Tiada teguran dari datuk, ini menandakan datuk tidak akan marah kalau saya duduk di sisinya untuk mendengar perbualan selanjutnya antara dia dengan guru silat. Dengan batuknya yang dibuat-buat, saya pun bersila tidak jauh dari guru silat. "Menurut suratnya pada saya, dia dah boleh turun ke bendang, sudah boleh membuat kerja-kerja berat," jelas guru silat. "Syukurlah. Aku harapkan apa yang dialaminya akan mendatangkan keinsafan pada dirinya. Kemudian aku harap dia akan mengikut perintah Allah. Tidak lagi macam dulu, suka membuat kerja yang sia-sia," datuk menarik nafas dalam-dalam. Saya terus melunjurkan sepasang kaki. Perbuatan saya segera ditegur oleh datuk. Perbuatan saya itu, tidak senonoh dan biadab. Teguran dari datuk segera saya patuhi. Guru silat nampak resah. Sesekali ekor matanya merenung ke arah saya. "Saya juga harap macam tu," guru silat bersuara lembut. "Dari apa yang aku tahu, adik ipar kamu tu buas juga orangnya. Suka berjudi, suka menipu orang," celah datuk.

12 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Macam mana awak tahu semuanya ini," mata guru silat terbeliak. "Dari orang-orang kampung kamu dulu." "Ha, siapa yang cerita?" guru silat kerutkan kening. "Beberapa orang yang aku jumpa di kedai kopi dulu yang menceritakan pada aku." "Tapi, saya tak nampak awak bercakap dengan sesiapa pun masa di kedai tu dulu." "Masa aku bercakap dengan mereka kau belum datang lagi ke kedai tu. Bila aku dah selesai bercakap, baru kamu datang." "Hum. Kalau macam tu, tak hairanlah kalau kamu tahu perangainya," guru silat ketawa kecil. Perlahan-lahan dia menepuk pangkal paha datuk. "Aku harap kedua-duanya bertaubat," ujar datuk. "Saya harap juga macam tu. Kedua-duanya lebih kurang saja perangainya," guru silat menambah. Senyum terus berbunga di kelopak bibirnya. "Kau," guru silat renung ke arah saya. "Selalulah datang ke tempat aku untuk mendalami ilmu yang ada," sambung guru silat. "Betul nasihat kamu tu, ilmu yang ada belum cukup lagi." "Bukan apa-apa. Saya cuma mengingatkan, ramai anak murid saya yang sudah tamat tak tamu datang lagi ke tempat saya untuk bertanya itu dan ini," keluh guru silat. Di wajahnya terbayang kehampaan yang amat sangat. "Ada masa saya tetap ke sana. Saya tahu apa yang ada pada saya ni masih belum cukup. Banyak perkara lagi yang mesti saya pelajari," itulah janji saya pada guru silat. Ternyata janji itu menghadiahkan kegembiraan yang amat sangat untuknya. "Dah pukul berapa sekarang Tamar?" "Ha," saya segera meraba pergelangan tangan kiri. Hari ini saya terlupa memakai jam. Saya segera bangun tetapi terpaksa duduk kembali. Guru silat memegang pergelangan tangan kanan saya. "Kamu nak ke mana Tamar?" "Nak tengok jam." "Jam tangan kamu yang aku hadiahkan minggu lalu mana dia?" "Saya lupa pakai pak guru." "Tak tahu menghargai pemberian orang. Cuai dan pelupa," datuk memberi teguran pahit dalam suasana yang tidak menyenangkan. "Kamu tak payah tengok jam. Aku tahu, sekarang pukul lima lebih. Kau tengok jam gantung di dinding," guru silat mengarahkan jari telunjuknya ke dinding. Saya segera merenung ke arah yang ditunjuknya. Kenapa ketika pertanyaan itu diajukan, saya tidak teringat atau memandang ke arah jam dinding? Apakah ini menandakan daya ingatan saya terlalu lemah? Timbul pertanyaan dalam hati saya. Lebih memalukan bila guru silat berkata: "Orang muda mesti mempunyai ingatan yang kuat. Mesti ingat apa yang ada dalam rumah." "Semuanya itu memerlukan latihan," datuk turut campur. "Selain itu mesti ada rasa cinta atau perhatian pada keadaan sekeliling kita, saudara-mara kita, keadaan rumah kita sama ada dari luar atau dari dalamnya. Semuanya ini memerlukan ketelitian," guru silat memulakan syarahan pendek. "Saya cuba belajar semuanya itu." "Bagus," guru silat tepuk bahu saya. Ternyata usaha saya untuk membersihkan mereka dari memperkatakan kelemahan diri saya beroleh kejayaan. Kini tajuk perbualan sudah berubah pada perkara menanam pokok dan memelihara binatang. Memang saya mengharapkan perbualan itu akan berjalan terus. Semoga salah seorang daripada mereka tidak akan mengungkit-ungkit hal saya. "Biarlah saya balik dulu," guru silat minta diri. "Tunggulah sampai maghrib baru balik," datuk menahan. "Hajat saya mhu menyampaikan berita sudah tertunai. Saya juga meinta maaf kerana terpaksa balik. Bukan tak sudi dengan pelawaan awak, tapi saya ada hal." "Kalau ada hal pun tak akan sampai tak boleh ditangguhkan," datuk berusaha agar guru silat memenuhi permintaannya. Sikap datuk itu membuat guru silat berada dalam keadaan serba salah. "Saya minta maaf, balik lepas waktu maghrib merbahaya." "Merbahaya?" "Ya, sekarang musim harimau mengganas," wajah guru silat cemas. "Oh. Kalau begitu, saya mula faham. Eloklah kamu balik, musuh jangan dicari." "Saya pun berpendapat macam tu."

13 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Datuk dan guru silat berjabat tangan. Datuk dan saya hantar guru silat hingga ke basikal tuanya yang tersandar di pangkal pohon manggis. Sebelum lompat atas basikal lagi sekali datuk dan guru silat bersalaman. Guru silat terus kayuh basikal keluar dari kawasan rumah. Saya dan datuk mendoakan agar perjalanan guru silat diberkati oleh Allah, terhindar dari segala bencana. "Cuba kamu pergi tengok jerat aku di kaki bukit." "Bila tuk? Esok ke atau petang ni." "Petang ni, dah suntuk tuk," saya mula berdalih. "Tak suntuk. Baru pukul lima. Setengah jam berhalan sampailah ke tempat tu. Cuma ada enam jerat saja. Manalah tahu, kalau dapat ayam hutam. Biasa lepas hujan ayam hutan selalu keluar." "Tapi tuk?" "Tak ada tapi, pergi sekarang. Bawa parang dan kayu panjang untuk memudahkan kamu berjalan." "Saya takut tuk." "Eh budak ni, belajar silat dah tamat. Sebanyak sedikit petua dah tahu. Apa kamu tak berani pergi ke kaki bukit. Eh Tamar, orang lelaki mesti berani tau." "Saya tau tuk, tapi…" "Pergiiiii…," jerkah datuk. TERKEJUT Saya terkejut dan dalam sekelip mata saya seperti memperolehi kekuatan yang amat sangat. Tanpa berkata apa-apa pada datuk saya meluru ke dalam rumah. Pakai baju dan seluar. Dengan parang di tangan saya melangkah. "Kau tak bawa kayu panjang." "Tak payah," jawab saya tegas. Langkah saya diatur. Saya tidak tahu apa kata datuk tentang sikap yang saya tunjuk itu. satu hal yang pasti ketika saya berada agak jauh dari kawasan rumah saya terdengar sayup-sayup suara batuk datuk memanjang. Saya yakin benar bahawa batuk itu sengaja dibuat-buat oleh datuk. Mungkin dia cuba menarik perhatian supaya menoleh ke arahnya. Saya keras hati tidak mahu menoleh. Kali ini saya mahu buktikan pada datuk yang saya bukanlah seorang cucu yang penakut atau pengecut. Saya mampu pergi ke mana-mana sendirian. Mampu melakukan apa sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak-anak muda yang seusia dengan saya. Langkah pun saya percepatkan. Berjalan di celah pepohon kecil selepas hujan memanglah amat menyulitkan. Kesan air hujan di daunan bila kena baju atau seluar membuat pakaian terasa lembap. Bila kena kulit, tubuh terasa sejuk. Semuanya terpaksa saya hadapi. Sesekali saya dongak ke langit. Matahari tidak mahu bersinat lagi. Dalam waktu tertentu, saya gunakan parang untuk memotong reranting yang menghalang perjalanan saya. Dalam keadaan yang dingin itu, badan saya berpeluh. Nafas tercungap-cungap terasa amat penat sekali. Siapa pun akan merasai penat bila berjalan dalam keadaan yang agak mendaki. Cuaca tidak begitu menggalakkan. Sejak hujan berhenti, matahari terasa amat malas untuk bersinar. Pada hal kalau cuaca baik, saya tidak mengalami keadaan seperti ini. Hati kecil saya terus merungut dan merasakan tindakan datuk memang tidak patut. Saya jadi marah dengan tiba-tiba. Rasa marah itu terus membara dan tidak boleh dikawal lagi. Bagi melepaskan rasa marah itu, saya patahkan ranting kayu yang menghalang perjalanan saya. Perbuatan itu tidak mendatangkan kepuasan. Saya ambil parang lalu ranting yang sudah patah itu saya tetak beberapa kali hingga menjadi potongan kayu yang amat kecil. Tidak memadai dengan itu, ranting kayu yang sudah potong itu saya pijak-pihak hingga terbenam dalam bumi. Semuanya tidak mendatangkan kepuasan dalam diri. Rasa marah terus menjadi-jadi. Pertama kali saya mengutuk datuk dengan semahu-mahunya. Saya tuduk datuk manusia kejam, suka memerintah dan timbul sebuah aZam dalam hati untuk memusuhi datuk, tidak mahu menghormatinya lagi. Saya tikam bumi dengan parang, terpacak di sutu. Ulu parang yang dibuat dari gading itu saya urut beberapa kali. "Yahooooooo, kamu kejam." "Begitulah saya memkik dengan sekuat hati, bergema ke seluruh kawasan di kaki bukit. Saya kira mengejutkan monyet dan lotong di dahan. Mengganggu perjalanan beburung dan haiwan. Tidak memadai dengan itu, saya tendang apa yang ada di kiri kanan saya. Sesungguhnya saya luahkan perasaan marah saya pada apa sahaja yang ada di sekeliling saya. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 06) Siri 94: Penjaga Ayam Hutan Jan 21, '10 7:33 AM
by Feroz for group komunitisbdj Saya terus menyandarkan tubuh pada sebatang pokok. Saya pejamkan sepasang mata hingga rasa marah hilang dari sanubari. Kemudian perlahan-lahan kelopak mata saya buka lebar-lebar. Ketika itu perasaan saya sungguh aman dan tenteram. Dada saya terasa lapang.

14 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Saya meneruskan perjalanan. Jerat pertama saya tengok, tak mengena apa-apa tetapi kesan laluan ayam hutan memang terdapat di situ. Agaknya ayam hutan tahu, di sana ada jerat untuknya. Saya terFikir dan kemudian tersenyum panjang. Jarak jerat antara satu sama lain tidak menentu. Ada yang jaraknya sepuluh kaki, ada yang dua puluh kaki. Sebab jaraknya tidak sama kerana mengikut laluan binatang yang dihajati. Waktu saya pergi ke jerat yang ketiga, letaknya tidak jauh dari kolam kecil. Saya terlihat laluan pelanduk, saya amati sekelilingnya, memang tidak salah lagi. Di situ terdapat kesan tapak kakinya. Mungkin pelanduk tersebut pergi ke kolam kecil untuk minum. Saya ikut kesan tapak kaki itu hingga sampai ke jerat. Aneh, saya dapati jerat itu bingkas dan ada bekas tapak kaki pelanduk di situ. Ini mesti pelanduk yang kena jerat ni diambil orang. Siapa yang melakukan semuanya ini? Pasti orang yang sudah lama mengintip gerak-geri datuk. Manusia suka membuat kerja mudah, rungut hati saya. Jerat yang sudah bingkas itu saya pasang kembali. Saya berdiri di situ mengingati sesuatu. Kata datuk jerat yang dipasangnya berjumlah lima jerat semuanya. Ertinya masih ada dua jerat lagi yang mesti saya lihat. Kedudukan kedua-dua jerat ini agAk jauh ke dalam bahagian kaki bukit. Pesan datuk, saya mesti melihat kelima-lima jerat itu. Kalau tak mahu kelima-limanya sekali, mesti lihat tiga. Pokoknya saya mesti membuat kerja yang ganjil. Saya tidak boleh melihat dua atau empat jerat kerana itu perbuatan genap, saya mesti meninggalkan jumlah ganjil. Tiba-tiba saya merasakan, memang wajar melihat semua jerat itu. Siapa tahu, jerat empat dan lima sudah mengena. Bila sudah mengena, saya tidak pulang dengan tangan kosong. Saya kira datuk dan nenek tentu gembira melihat saya pulang ke rumah dengan ayam di tangan. Selain dari itu, saya mahu menerima pujian dari datuk tentang ketabahan hati saya. Biar dia kagum dengan apa yang saya lakukan. "Ya, aku mesti tengok semua jerat." Itulah keputusan muktamad yang saya ambil dalam masa sekelip mata sahaja. Apa yang terjadi, keputusan yang diambil mesti dilaksanakan. Saya pun melangkah perlahan menuju ke jerat yang keempat. Letaknya di bawah pokok yang rendang. Datuk sengaja memilih tempat tersebut untuk menahan jerat. Mungkin tempat tersebut dipilih kerana kedudukan kawasan tanahnya yang agak cerah, tidak ditumbuhi rerumput yang tebal. Ada dahan sebesar paha manusia melintang arah ke parit kecil. Pada hemat saya, di ranting besar itu jadi tumpuan ayam hutan berdiri sambil mengepakkan badan terutama ayam jantan. Amat suka berkokok di tempat yang agak tinggi. "Memang pandai datuk memilih tempat." Saya memuji datuk dalam hati. Saya terus melangkah. Hari sudah beransur agak gelap. Tetapi langit masih kelihatan cerah walaupun matahari tidak bersinar. Saya sampai ke jerat yang keempat. Kali ini saya melihat kawasan di situ cukup bersih seperti baru lepas disapu. Tanah di situ kelihatan seperti baru sahaja dikais-kais oleh ayam. Saya garu kepala dua tiga kali, terasa suasana seperti itu amat ganjil sekali. Rasanya tidak mungkin ayam hutan mampu mengubah dedaun dan reranting yang terdapat di situ. Lebih menakjubkan jerat yang tidak mengena atau bingkas tetap macam biasa. Batang jerat kelihatan bergerak macam baru disentuh oleh tangan manusia. Hati saya mula berdebar. Saya renung kiri dan kanan. Bersedia untuk memulakan langkah seribu. Bulu roma terus tegak berdiri. Mesti ada sesuatu yang tidak kena terjadi di sini. Mungkin harimau, mungkin beruang, mungkin kucing hutan berguling-guling di sini. Macam-macam yang timbul dalam hati saya bersama rasa takut yang amat sangat. Tiba-tiba saya lihat pepohon kecil di kanan bergerak, macam dilanggar sesuatu. Dedaun kering bergerak seperti dipijak sesuatu. Beberapa ekor cengkerik dan katak keluar dari bawah dedaun kering macam ada sesuatu yang memburunya. Dalam keadaan yang serba membingungkan itu, saya terlihat seekor ayam hutan jantan menerpa ke arah jerat dan terus sarungkan kakinya ke dalam jerat. Dalam beberapa detik sahaja jerat tersebut bingkas. Dan ayam jantan hutan tergantung di udara menggelepar sambil berbunyi. Melihat ayam kena jerat, rasa takut hilang dari hati saya. Semua perkara yang saya kira ganjil dan aneh hilang dari ingatan saya. Hati saya bersorak kegembiraan melihat ayam hutan di depan mata. Saya mendekati jerat lalu membongkok untuk merendahkan kayu jerat. Bila tali jerat berada dalam tangan, kepala ayam jantan itu saya urut berkalI-kali. Ayam itu tetap menggelepar sambil berbunyi nyaring. Simpul jerat di kaki ayam berhasil saya buka. Kali ini kaki ayam tersebut saya ikat dengan tali guni, lalu saya masukkan ke dalam karung yang dibuat dari mengkuang. Di bucu karung ditebuk lubang kecil untuk udara, memudahkan ayam bernafas. Hujung karung saya ikat dengan tali lalu saya sandangkan ke bahu. Saya memulakan langkah untuk pergi ke jerat yang kelima. Kedudukannya, betul-betul berada di lereng bukit tidak jauh dari pohon bertam. Memang saya mengharapkan jerat yang kelima akan mengena. Kalau tak dapat ayam hutan dapat napuh atau pelanduk pun sudah memadai, sebuah harapan berbunga dalam hati saya. Langkah kian rancak, cuaca yang sudah beransur samar-samar tidak menjadi masalah. Kalau cuaca terus jadi gelap saya tidak sudah hati. Kawasan sekitar kaki bukit itu sudah sebati dengan diri saya. Tidak dinafikan saya boleh mengingati kedudukan pelbagai jenis pohon besar di situ. Saya juga tahu di mana letaknya parit atau danau kecil. Kalau saya dicampakkan ke kawasan tersebut pukul dua pagi, saya masih dapat mencari jalan pulang. "Hai, apa khabar? Seorang aje." Saya menoleh ke kanan. Mulut saya bagaikan terkunci untuk menjawab. "Banyak jerat awak yang mengena, berapa ekor awak dapat ayam?" Saya menjadi bertambah menggelabah. "Kenapa tak jawab apa yang saya tanya, awak takut?" Saya tarik nafas panjang. Renung ke langit, renung kiri kanan. Dada saya terus berdebar. Sesungguhnya, saya tidak tahu dari mana perempuan muda itu muncul. Saya amati wajahnya yang sedang senyum. Orangnya memang menarik. Tetapi, sayang saya tidak kenal

15 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

dengannya. Ternyata perempuan ini bukannya anak watan kampung saya. Sebagai orang muda, dalam rasa takut dan darah gemuruh itu, keinginan untuk memikat hati perempuan muda di depan mula bercambah dalam diri. Saya amati dirinya. Baru memasuki usia dua puluhan. Berkulit putih merah. Hidung mancung. Saya terpikat dengan sepasang matanya yang lembut tetapi kelihatan sayu. Mukanya bujur sirih. Aduh! Senyumannya tidak berhenti menari di bibir nipisnya. "Kenapa tak sembelih ayam tu di sini? Awak tak bawa pisau?" perempuan yang berambut ikal berbulu kening tebal merapati saya. Darah gemuruh saya terhenti dari bergerak dalam urat saraf. Keinginan mengenali perempuan itu lebih dekat terus berkocak dalam rongga dada. "Saya tak bawa pisau menyembelih." "Awak mahu pisau? Kalau mahu nanti saya ambil di rumah." "Tak payahlah." "Macam mana kalau saya minta sikit daging ayam?" "Boleh, apa salahnya." "Sepatutnya saya tak payah minta sebab ayam yang kena jeRat awak itu saya yang punya." "Ha…haa..?" mulut saya terlopong. Perempuan itu tetap senyum. Hati saya berkata, mungkin perempuan ini mahu bergurau. Ayam hutan mana ada tuannya. Sesiapa pun boleh menjerat atau menembaknya. Dengan rasa jijik saya renung wajah perempuan itu. dia bagaikan tahu yang diri saya tidak mempercayai apa yang diucapkannya. "Setiap benda di dunia ini ada tuannya, ada penjaganya. Tetapi manusia selalu melupakan semuanya itu." "Kamu mengarut dan merepek." "Kalau kamu tak percaya tak mengapa, tetapi saya mahu mengambil hak saya kembali." Saya segera mengedutkan kening. Karung mengkuang yang saya sandang terasa bergerak-gerak. Ayam di dalamnya menggelepar. Karung mengkuang terasa amat berat macam ada batu pejal di dalamnya. Bahu saya bagaikan mahu patah dibuatnya. Saya terpaksa meletakkan karung mengkuang atas tanah. Perempuan itu tetap berdiri di depan saya tanpa mengucapkan sesuatu. Sepasang anak matanya melihat gerak geri saya dengan teliti. Paling mengejutkan saya, tali guni yang saya ikat di hujung karung mengkuang terbuka dengan sendiri. Ayam yang ada di dalamnya keluar dengan mudah lalu berkokok bertalu-talu sambil menggoyangkan ekornya. Paling menyakitkan hati, bila ayam itu menghalakan muncungnya ke arah saya dan terus berkokok sambil menjungkitkan ekornya tinggi-tinggi. Kalau diturutkan kata hati mahu rasanya membalingkan seketul kayu pada kaki ayam itu. biar kakinya patah. "Suhh..," pekik saya. "Jangan halau dia," suara perempuan itu cukup lembut. "Kurang ajar punya ayam." "Jangan cakap macam tu. Itu ayam saya, marii..," saya lihat bapak ayam hutan terus meluru ke arahnya. Terbang dan hinggap di bahu sebelah kanannya. Ayam itu berkokok lagi. Saya terpukau dengan suasana yang saya anggap aneh tetapi melucukan. "Terima kasih kerana kamu sudah memulangkan hak saya." "Tapi ayam tu tak bertuan." "Itu pendapat kamu. Hakikat sebenar memang bukan begitu. Terima kasih." Perempuan itu segera memusingkan badannya membelakangi saya. Ayam jantan yang berbalung merah tetapi berdiri di bahu. Satu perkara yang pasti, waktu perempuan itu menentang wajah saya, suasana sekitar terasa cerah. Bila dia membelakangi saya, suasana bertukar menjadi samar-samar. "Eh, nama saya Tamar." Perempuan itu segera tOleh ke arah saya kembali. "Nama awak siapa?" Perempuan itu menarik nafas dalam-dalam. "Cakaplah siapa nama awak?" "Nanti kita jumpa lain kali. Masa tu saya cakap nama saya." "Cakap sekarang," kata saya lalu mengejar ke arahnya. Dalam sekelip mata sahaja perempuan itu ghaib tetapi ayam miliknya masih dapat saya lihat duduk di ranting dan terus berkokok bertalu-talu. Beberapa detik kemudian ayam jantan itu pun ghaib. "Syaitan mempermainkan aku," kata saya dalam nada suara yang agak tinggi. Saya pusing ke kanan. Memulakan langkah pertama, mencari jalan pulang. Saya terdengar bermacam-macam suara,ada suara kokok ayam. Saya sedar, bila hati dikuasai rasa takut bermacam-macam yang didengar padahal perkara itu tidak wujud sama sekali. Cuma perasaan kita sahaja yang merasakan begitu. Makin kuat saya menetapkan dalam hati apa yang saya dengar itu adalah perasaan, makin kuat suara-suara yang tidak saya ingini

16 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

datang dalam gegendang telinga saya. Saya terus lari dengan semahu-mahunya melanggar apa sahaja. Parit lebar saya lompat kerana saya menyangka parit itu kecil. Akibatnya saya terhumban dalam parit. Habis pakaian saya basah kuyup. Keluar dari parit saya terus lari lintang pukang. Dalam cuaca yang mula samar-samar itu, saya terus berlari dan berlari hingga sampai di bahagian dapur rumah. Bila saya jengukkan muka di pintu dapur, nenek terus menjerit dengan sekuat hatinya. Seluruh kampung dikuasai oleh suara nenek. Datuk yang berada kira-kira tiga rantai dari rumah segera menerpa ke bahagian dapur. "Kenapa muka kamu penuh dengan lumpur, pakaian basah kuyup. Kenapa Tamar?" soal datuk. "Sayaaa…" saya tidak dapat meneruskan kata-kata, mata saya terasa pedih dan hidung saya bagaikan tersumbat dan saya terus bersin dengan sekuat hati. Beberapa orang jiran tetangga segera datang ke rumah. Mereka ketawa melihat keadaan saya. "Saya jatuh parit tuk." "Kamu kena kejar harimau?" "Tidak." "Habis kamu kena kejar jembalang?" "Bukan dikejar jembalang, saya diburu hantu." "Hantu?" biji mata datuk terbeliak. Bila keadaan sudah kembali tenang. Saya ceritakan pada datuk, pada nenek dan jiran-jiran yang datang apa yang saya alami. Kebanyakan dari mereka tidak percaya dengan apa yang saya ceritakan. Nenek secara terang-terangan mengatakan saya mengigau siang. Perbuatan mereka itu membuat saya jadi marah dan tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya. Tetapi, datuk cuba melahirkan simpatinya pada saya. "Itu perkara biasa, dalam dunia ni selain dari manusia terdapat makhluk lain. Kau tak usah takut. Barangkali makhluk itu mahu bersahabat dengan kamu," kata datuk. "Satu pengalaman yang menakutkan tuk." "Tak mengapa, petang esok kau pergi lagi. Kalau kau jumpa dengannya kau ajak dia datang ke rumah." "Mengarut, tuk mengarut. Agaknya tuk tahu yang saya akan berjumpa dengan benda macam tu. Kerana tu tuk suruh pergi seorang diri." Aku tak tahu Tamar. Tapi dulu aku pernah mengalami perkara semacam tu, itu semuanya syaitan yang cuba nak mengusik kamu." "Hum…" saya mengeluh dan tunduk merenung tanah. Nenek tersenyum. Datuk menyuruh jiran-jiran yang datang pulang ke rumah masing-masing. Perlahan-lahan saya angkat muka. Sepasang mata saya terpaku ke wajah datuk. Kegelisahan segera bersarang dalam dada. Kurang senang rasa hati melihat senyuman datuk yang saya rasa bagaikan menyindir diri saya. "Tuk tak percaya dengan apa yang saya cakapkan ni?" "Sudahlah, pergilah kamu mandi." Saya kerutkan dahi. Dengan langkah yang longlai saya menuju ke perigi. Setiap kali air perigi menyentuh kulit tubuh, apa yang saya alami segera terbayang dalam kepala. Sesungguhnya, apa yang telah saya alami itu adalah satu pengalaman yang tidak pernah saya duga akan terjadi dalam hidup saya. Selesai mandi saya segera pulang ke rumah. Sebelum memijak anak tangga, dua tiga kali saya pusing ke belakang. Saya takut dan bimbang macam ada sesuatu dekat saya. "Cepat naik, jangan pandang kiri kanan lagi. Jangan fikirkan perkara yang dahulu," terdengar suara datuk. Saya segera angkat muka. Datuk berdiri di serambi. Hari sudah beransur gelap. Suara burung kuang sayup-sayup kedengaran di pinggir bukit kota. Saya menarik nafas. Kecantikan paras perempuan yang saya temui bermain-main dalam tempurung kepala. "Eh, kami ni. Naik cepatlah." Tanpa tangguh-tangguh lagi saya pijak anak tangga. Berhenti bila sampai anak tangga kelima. Renung ke halaman yang sudah dikuasai cuaca senja. "Kita jemaah di masjid, Tamar." "Kenapa kita tak sembahyang di rumah tuk?" "Agama Islam menggalakkan pengikutnya sembahyang berjemaah di masjid atau surau. Sekali-sekala bolehlah kita bersembahyang jemaah di rumah. Kalau dah terlalu kerap berjemaah di rumah, tak elok jadinya." "Saya malas nak pergi tuk." "Ah, jangan banyak karenah, ikut cakap aku," bentak datuk keras. Saya tidak ada pilihan lain lagi. Cakap datuk harus dipatuhi. Saya masuk ke rumah menukarkan pakaian. Amat selesa rasanya memakai selua dan baju Melayu warna kuning tanah liat. Datuk senyum panjang. Saya tahu kenapa datuk senyum begitu. Bukan apa-apa kerana letak songkok saya melintang. Letak songkok segera saya betulkan. Tanpa banyak soal jawab saya terus mengekori datuk ke masjid. Sepanjang jalan saya lebih banyak mengelamun. Sesekali kelihatan datuk meraba pangkal telinga sebelah kanannya. Ada masanya datuk batuk kecil. Saya tidak tahu, apakah batuk itu memang benar-benar terjadi atau batuk yang sengaja dibuat-buat.

17 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Selesai menunaikan solat maghrib, saya dan datuk seperti orang-orang kampung yang lain terus mengikuti tafsiran hadis. Apa yang diungkapkan oleh guru agama tersebut semuanya tidak masuk dalam kepala saya. Fikiran saya masih memikirkan apa yang telah saya alami petang tadi. Ada masanya, saya rasakan peristiwa itu harus berulang dalam hidup saya. Satu ketika yang lain saya berdoa supaya peristiwa itu jangan berulang dalam hidup ini "Kalau mahu dinisbahkan tentang banyaknya makhluk Allah di dunia ini, lebih kurang begini. Para malaikat 90 peratus, para jin 9 peratus dan manusia cuma satu peratus saja. Kalau kita boleh melihat para Malaikat dan para Jin, kita jadi takut dan tidak boleh bergerak," tutur guru agama. Semua biji mata dalam masjid terbeliak, tidak jadi mengantuk. "Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Kaya kerana itu para Malaikat dan para Jin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Kalau Allah menghendaki seseorang itu melihat para Malaikat dan para Jin, perkara itu tetap akan terjadi," tambah guru agama. Saya terus gosok pangkal hidung beberapa kali. Datuk tumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama yang tertonggok di ruang tengah masjid dengan para jemaah mengelilinginya. "Makhluk jin juga ada yang baik dan ada yang jahat. Kalaulah ditakdirkan kita dapat melihat Jin, agak sukar untuk kita menentukan yang mana baik dan yang mana jahat," lanjut guru agama itu. pelajaran tafsir itu berlanjutan hingga menjelang waktu Isyak. Saya kira setelah selesai solat Isyak, wajah guru agama tidak akan saya lihat. Begitulah juga dengan suaranya tidak akan saya dengar. Perkiraan saya itu meleset sama sekali. Tidak saya duga datuk mengundang guru agama itu datang ke rumah. Banyak perkara yang datuk tanya pada guru agama itu. semuanya berkaitan dengan hukum agama. "Kalau pelajaran tafsiran hadis ni dapat diadakan setiap minggu alangkah baiknya," datuk bersuara. "Saya faham, ramai para jemaah berpendapat macam awak. Mereka mahu pelajaran tafsiran ini diadakan pada setiap minggu." "Soalnya, bila diadakan dua minggu sekali, perkara yang dipelajari hampir mahu lupa disambung pelajaran yang baru." "Ya, ya saya faham. Kalau boleh saya mahu datang tiap-tiap minggu di sini. Boleh jumpa awak selalu dan boleh makan dan tidur di sini. Tapi apa boleh buat semua jadual sudah disusun." "Tak bolehkah dirombak?" "Tunggu tahun depan." "Hum…," datuk seperti mengeluh. Guru agama tersenyum. CAKAP Dan malam itu datuk terus bercakap-cakap dengan guru agama. Datuk terus membaca Al-Quran di bahagian surah al-waqiah. Guru agama terus membuat tafsirannya dan menghuraikannya dengan teliti. Datuk terus mendengar huraian terjemahan itu. dalam waktu tertentu datuk mencatatkan ke dalam buku kecil. Guru agama itu juga menasihatkan datuk, kalau ada masa supaya membaca surah al-waqiah pada setiap malam, terutama setelah menunaikan sembahyang Subuh. Menurut guru agama itu, surah tersebut surah yang baik. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah memahami tafsirannya. Sesekali saya terdengar datuk dan guru agama berdebat panjang. Perdebatan mereka segera terhenti bila mereka dapat membuat sesuatu kesimpulan. Saya sandarkan badan ke dinding bilik. Jari-jemari saya terus melukis sesuatu di kertas. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, saya begitu minat pada lukisan. Saya mahu abadikan apa yang saya lihat ke kertas untuk dinikmati oleh orang lain. Sambil melukis saya terus pasang telinga. Mengikuti dengan teliti apa yang dibualkan oleh datuk dengan guru agama. Ada perkara yang menarik dan ada perkara yang tidak menarik jadi topik bualan datuk dengan guru agama. Bila perkara menarik diperkatakan, saya terus jelingkan biji mata dan mengikutinya dengan penuh minat. Kalau perkara yang membosankan saya terus rasa mengantuk. Ketika itu saya terdengar suara kedua-duanya sayup-sayup dan akhirnya menghilang. Dalam saat begitu, saya terus tersengguk-sengguk. Bila mereka bincang tentang alam ghaib, mata saya terbeliak besar. Minat saya untuk mengikutinya bertambah ghairah. Saya tahan mata dari mengantuk. Saya bersenam memanaskan badan. Sayang seribu kali sayang, perkara alam ghaib hanya disentuh sambil lalu sahaja. Perkara begini amat saya kesalkan. Apakan daya, saya tidak ada kuasa untuk menyuruh datuk dan guru agama memperkatakan perkara yang amat saya minati. Dalam keadaan demikian, saya terus terlelap. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 06) Siri 95: Di Kunjungi Gadis Waktu Malam Jan 29, '10 7:15 PM
by Tamar for group komunitisbdj Macam dikejutkan sesuatu, saya terus terjaga. Saya lihat jam tua ditangan. Sudah pukul dua pagi. Badan terasa dingin. Saya segera beredar ke katil. Sebaik sahaja saya rebahkan badan di katil, perempuan yang saya temui di kaki bukit berdiri di hujung katil. Pamerkan senyum seiring dengan renungan dari sepasang mata yang tajam. Saya tergamam, tidak tahu apa yang harus saya lakukan. "Ubah tempat tidur?" Saya terus membisu. "Udah kamu tanya pada orang-orang di sini tentang diri aku?" Saya gelengkan kepala. "Cuba tanya nenek kamu, tentang anak Haji Rashid yang bernama Siha. Dia tentu dapat memberikan jawapan yang tepat."

18 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Saya kerutkan dahi, masih belum dapat mengucapkan sesuatu. Dada saya cemas dan sekujur tubuh berpeluh di malam yang begitu dingin. Saya renung kiri kanan, atas dan bawah. Suara datuk dan guru agama masih kedengaran. Mereka tidak lagi berbincang masalah agama, tetapi mereka membaca Quran. Saya cuba menyebut nama datuk, malangnya suara saya bagaikan tersekat di kerongkong. "Kamu takut dengan aku? Kamu nak panggil datuk kamu?" Saya anggukkan kepala. "Datuk kami juga kenalkan aku, sampaikan salam aku padanya." "Eh, kenapa kau tak jumpa dengannya sendiri, bukankah kamu berada di rumahnya?", cara mendadak sahaja saya bersuara. Saya runung mukanya. Kali ini, saya merasakan diri saya seperti memperolehi kekuatan tenaga yang tersendiri. Saya cuba bangun. "Aku segan", katanya sepontan. Perempuan yang menamakan dirinya Siha terus duduk di bibir katil. Jari-jemarinya menekan permukaan tilam. Saya resah. "Biar aku beritahu tuk yang kamu ada di sini" "Tak payahlah, aku datang cuma nak tengok kamu saha" "Sebenarnya aku tak suka kamu datang ke sini lagi" "Baiklah, kalau kamu tak suka, biar aku balik dulu", sebaik sahaja perempuan itu mengakhiri kata-katanya dia terus ghaib dari pandangan saya. Saya terus mengucap beberapa kali. Saya segera merasa telinga dan bibir. Saya menarik nafas panjang. Saya tidak berkhayal dan juga tidak bermimpi. Saya berada di alam nyata. aneh, kenapa perkara yang tidak masuk di akal itu terjaddi di depan saya. Kalau diceritakan pada orang lain pasti jadi bahan ketawa. Dahi segera saya kedutkan. Badan saya mula menggigil. Saya cuba berdiri di lantai, ketika itu saya terasa badan terlalu ringan dan sepasang kaki yang bagaikan tidak mampu mengimbangi berat badan. Saya terlayah ke kiri dan ke kanan. Saya rebah ke lantai. Datuk dan guru agama segera mendekti saya. Apa yang saya dengar hanya bunyi kokok ayam hutan bertalu-talu memekakkan telinga. Saya juga terlihat rimbunan hutan tebal. Saya bagaikan berada di dalam hutan yang amat besar. Saya melihat ular sawa, harimau dan gajah. Semuanya menerkam ke arah saya. Apa yang terdaya saya lakukanialah menjerit sekuat hati dan cuba melarikan diri dari berdepan dengan semua binatang tersebut. Dalam keadaan yang berhempas pulas itu, saya terasa ada telapak tangan menyentuh dai saya. Daun telinga saya seperti dihembus sesuatu dan diikuti dengan suara lembut mengucapkan kalimat dari Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nas berkali-kali. Harimau, gajah, ular dan hutan tebal yan wujud didepan saya terus ghaib. Diganti denan lautan yang bergelombang lembut. Lubang telinga saya terus disumbat ayat-ayat suci yang biasa saya dengar malah pernah saya ucapkan. Maki jelas kalimatkalimat suci itu masuk ke telinga saya. Makin samar-samar gelombang air laut di depan mata dan akhirnya terus ghaib. Saya mula melihat tubuh datuk, nenek dan guru agama. Semua menghadap ke arah saya denan wajah yang tenang. Mulut guru agama terus membaca ayat-ayat suci. Dari gerak mulutnya saya yakin, guru agama itu masih membaca Ayatul Kursi dengan penuh khusyuk. "Bangun anakku", guru agama tepuk bahu kanan saya. "Kau sebenarnya tidak apa-apa", sambungnya dengan tenang. Senyum terus terpamer di kelopak bibirnya. Saya segera menggosok pangkal hidung beberapa kali. Nenek segera mendekati saya, badan saya dipicitnya penuh kemesraan. Datuk tidak berkata apa-apa. Matanya tidak berkedip merenung wajah saya. "Masa kamu tak sedar tadi, apa yang kamu nampak?", soal guru agama. "Bila saya tak sedar, bila?", saya menyoal guru agama kembali. Datuk menarik nafas panjang. Dia terus mendekati saya. "Apa yang kamu nampak tadi?", tanyanya. "Saya nampak...", saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Saya cuba mengingati sesuatu. "Kamu nampak binatang, kamu nampak laut?", tiba-tiba datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala. Datuk renung muka guru agama. Cepat-cepat guru agama melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. "Lupakan apa yang kamu ingat", ujar guru agama penuh sopan. Saya segera mengangguk. Nenek saya lihat menarik nafas lega. "Tidurlah, kau tak apa-apa, tidurlah", datuk seperti memujuk. "Tidur cu", sahut nenek. Saya pun merebahkan badan atas katil. Datuk dan guru agama segera meninggalkan saya tetapi nenek masih setia menungggu saya di hujung katil. Mata saya masih tertumpu kepada lelangit rumah. Saya berpusing ke kiri, berpusing ke kanan. Perasaan terasa tidak tenteram sekali. Nenek mengikuti gerak-geri saya dengan teliti. Sesekali dia meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi merasa suhu badan saya. Kalau panas sudah pasti saya demam. "Kamu tak demam Tamar. Hawa badan kamu macam biasa" "Memang saya tak demam nek" "Tapi kamu aku tengok resah tak tentu pasal" "Hum..." Saya menelentangkan badan. Nenek menyelimutkan sepasang kaki saya dengan gebar. Mungkin kerana rasa mengantuk yang amat sangat, nenek terus merebahkan badannya di lantai. Tidak sampai sepuluh minit nenek terus berdengkur. Saya terdengar suara perempuan memanggil nama saya dihalaman rumah. Saya segera membuka tingkap. Saya lihat perempuan yang baru mengunjungi saya sebentar tadi berdiri di tengah halaman sambil tersenyum ke arah saya. Kali ini dia memakai buju kebaya dan kain putih bersih. Rambutnya terhurai atas sepasang sayap bahu. Tangan kanannya melambai-Iambai ke arah saya.

19 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Tingkap segera saya rapatkan. Mungkin ketika daun tingkap itu bercantum telah mengeluarkan bunyi yang mcnyebabkan nenek terjaga dari tidur. Dia terkejut melihat saya meninggalkan katil. "Kenapa Tamar?" Pertanyaan nenek tidak saya jawab. Cepat-cepat saya melangkah dan terus duduk di bibir katil. Sikap membisu saya menimbulkan rasa tidak puas di hati nenek. Dia segera mahu mendapatkan datuk yang berada di ruang tengah rumah. Sebelum nenek melangkah hasratnya itu saya halang. SAYU Saya bersyukur pada Allah. Nenek masih mahu mematuhi permintaan saya. Dia duduk di bibir katil merenung sayu ke wajah saya. Saya terus didakap keresahan yang memanjang. "Kenapa kamu bangun Tamar?" "Sengaja bangun, nek .. Tak ada apa-apa nek" "Dengan aku kamu nak berbohong?" Nada suara nenek merendah. Mengandungi rasa hampa dan kecewa yang amat sangat. Saya rasa bersalah kerana memperlakukan demikian pada nenek. "Nek kenal tak dengan Siha, anak Haji Rashid?" "Kenapa dengan dia Tamar?" "Masa saya pergi ke kaki bukit menengok jerat, saya jumpa dengannya. Dia kata ayam hutan di kaki bukit kepunyaannya." "Baa...", mulut nenek terlopong macam orang terkejut besar. Dia renung kiri kanan. Nenek segera meraba pangkal leher dan terus termenung panjang. "Agaknya kamu ni mimpi Tamar?" "Tidak nek, tadi dia datang dan kirim salam pada nenek dan datuk." "Eh, kamu jangan bergurau Tamar" "Saya tak bergurau nek. Kenapa nek?", saya minta satu kepastian darinya. Nenek terus gelengkan kepala beberapa kali. Saya bertambah takjub. Kedinginan dinihari kian kuat menguasai kulit tubuh. "Kenapa dengan perempuan tu nek, saya tak pernah dengar nama Haji Rashid dan anaknya, Siha" "Kedua-dua manusia tu berada di kampung ni sebelum kamu dilahirkan. Aku kenal baik dengan kedua-duanya. Haji Rashid tu kawan datuk kau. Anaknya, si Siha memang terkenal dengan kecantikannya." . "Begitu," saya segera memotong kata-kala nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Nenek dapat membaca rahsia hati saya yang memang minat dengan cerita yang diluahkannya itu. "Masa zaman Jepun, Haji Rashid di tangkap kerana menentang tentera Jepun. Dia dipancung hingga mati, mayatnya dibawa ke Pulau Pinang. Sampai sekarang tidak ada sesiapa yang tahu di mana kuburnya", nenek memulakan cerita di malam yang kian mendekati siang. Saya segera melompat dari katil lalu duduk di sisi nenek. "Anak perempuannya bagaimana nek?" Tanpa sabar-sabar saya terus menyoal nenek yang kelihatan terpinga-pinga. Perlahan-Iahan nenek membetulkan silanya. Renung kiri kanan, macam ada sesuatu yang dibimbangkannya. "Apa dah jadi pada Siha, bila ayahnya mati?", saya mendesak. Nenek menggigit bibir. Dia keberatan untuk menerangkan tentang Siha. Kenapa? Apakah Siha sudah meningalkan sumpahnya? Apakah cerita diri Siha memang jadi rahsia? Macam-macam persoalan dan pertanyaan timbul dalam tempurung kepala saya. Muka nenek saya tatap. "Panjang dan sedih ceritanya," nenek memulakan. Silanya diperkemaskannya. Kedinginan terus menggigit kulit tubuh. Suasana dinihari terasa amat sunyi. Saya tumpukan seluruh perhatian pada nenek. Saya berdoa, semoga nenek tidak akan memberhentikan cerita tentang Siha, anak gadis Haji Rashid separu jalan. "Sayang, gadis yang baik tu jadi korban" "Korban siapa nek?" "Korban nafsu tentera Jepun. Dua bulan sesudah ayahnya hilang, ibunya pula meninggal dunia. Dia marah pada Jepun, dia berpendapat semua kecelakaan yang terjaddi tu, berpunca dari Jepun." "Jadi apa yang dilakukannya nek?" "Dia terus menyerang pondok kawalan tentera Jepun di kepala simpang dengan pelepah kabung yang sudah ditajamkan, senjata tu dipanggil selegi kabung" "Berapa orang yang dibunuhnya nek?" "Tiga orang." "Hebat orang perempuan bunuh tiga orang askar Jepun." "Bukan sebarang perempuan, dia tu pendekar. Alang-alang lelaki jangan cuba nak rapat", nenek terus senyum panjang. Sebaik sahaja nenek selesai bercerita terdengar tapak kaki orang memijak dedaun kering diluar rumah. Saya renung muka nenek. Tidak lama setela itu terdengar suara perempuan batuk. Bulu roma saya mula tegak. Badan saya terus menggeletar bila terdengar bunyi suara orang perempuan berbisik sesuatu di luar rumah. Saya cuba mengamati buah butir perkara yang dibisikkan. Semuanya tidak jelas dan sukar dimengertikan.

20 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Jangan pedulikan semuanya itu", datuk urut ibu jari kaki kanannya berkali. Nenek kelihatan tenang. Mala terus bangun menuju kearah pintu. Saya kira nenek mahu membuka pintu. Perkiraan saya itu tidak tepat. Nenek hanya berdiri disitu buat beberapa ketika. Kembali mendekati saya. "Entah macam mana, Siha dapat diberkas oleh tentera Jepun. Tujuh oran tentera Jepun menangkapnya", sambung nenek. "Kemudian dia dibunuh?", tanya saya. "Tidak" "Dia diperkosa tentera Jepun sampai mati?" "Juga tidak" "Habis, apa yang jadi padanya, nek?" "Dia berjaya melepaskan diri dan terjun ke dalam sungai dan terus hilang sehingga sekarang" "Ke mana agaknya dia menghilang, nek?" "Entah", nenek menggelengkan kepala. Tetapi, nenek berpendapat sebagai makhluk, Siha pasti mati. Kalau masi hidup tentu dia kembali ke kampung halamannya. Lebih-lebih lagi bila dia mengetahui keadaan negaranya yang sudah bebas dari penjajahan Jepun dan Inggeris. "Masa Jepun menyerah pada orang putih, ada orang melihat Siha berdiri di tepi tebing sungai waktu senja, kemudian ada orang melihat Siha bermain-main di halaman rumahnya waktu terang bulan. Bila ada orang-orang kampung menyebut namanya, dia akan datang dekat orang yang menyebutnya." "Berapa lama masa dia datang tu nek?" "Sekejap aje, lepas tu dia hilang entah kemana. Masa darurat dulu ada orang ternampak dengannya. Kemudian orang-orang kampung baca Yasin beramai-ramai. Dia terus hilang, sekarang dia datang balik. Anehnya, dia mencari kamu", nenek menamatkan ceritanya. Dan saya tidak mahu bertanya tentang Siha pada nenek lagi. Saya kembali atas katil semula. Nenek masih duduk sambil berdiri lutut. Perlahan-Iahan saya rebahkan badan atas katil untuk beberapa detik sahaja. Saya bangun kembali. "Apa yang kita dengar tadi nek, bole jadi suara Siha?", saya tatap wajah nenek. "Dia sudah tak ada, jangan fikirkan tentang dirinya. Kau tidur, jangan fikirkan perkara yang bukan-bukan. Kalau dia datang biar aku selesaikan," jawab nenek. Saya menarik nafas panjang-panjang. Rebahkan badan atas katil, kembali merenung lelangit rumah. Saya baca beberapa ayat Quran untuk mencari ketenangan dan akhirnya saya terlelap. Bila kelopak mata saya buka, nenek sudah tiada di sisi. Rasa marah dan geram mula bersarang dalam dada. Kenapa saya ditinggalkan sendirian. Ini sudah keterlaluan? Di mana letaknya rasa kasih sayangnya pada saya? Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, terdengar suara azan Subuh sayup-sayup menyentuh gegendang telinga. Saya segera bangun lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Keluar dari bilik air, saya lihat nenek berdiri dekat pintu dapur. Dia merenung ke arah saya dengan senyum. "Cepat, datuk dan kawannya menanti di kaki tangga" "Hum, saya fikirkan tadi nak sembahyang di rumah" "Sudahlah, jangan banyak cerita. Pergi siap" Saya terus masuk bilik. Pakai kain sarung dan baju kemeja putih. Songkok hitam saya letak melintang dikepala. Melangkah keluar menuju ke pintu. "Apa yang kamu tanya, apa yang kamu rasakan, semuanya sudah nenek sampaikan pada datuk kamu", kata nenek sebaik sahaja saya melintas di depannya. "Kenapa nenek cerita dengan datuk?" "Itu cara yang baik, barangkali dia lebih banyak tahu perkara begitu dari aku" "Tapi, saya tak suka, nek" "Suka atau tidak, perkara tu dah terjadi" Saya diam dan terus menggabungkan diri dengan datuk dan guru agama yang menanti di kaki tangga. Kami meredah kabus pagi yang bangkit dari permukaan tanah kampung. Langkah terus dipercepatkan. Sampai di masjid terus tunaukan sembahyang fardu dengan berimam tuan guru. Lepas itu diadakan kuliah Subuh. Kali ini memperkatakan tentang ilmu Tauhid. Selesai mengikuti kuliah Subuh, semua paras jemaah bersarapan pagi diluar kawasan ruang sembahyang. Seorang penduduk yang baik bati menyediakan makanan dan minuman untuk sarapan. Satu hal yang membanggakan diri saya, orang kampung yang baik hati itu tidak pernah memberitahu pada para jemaah yang dia menyediakan sarapan pagi setiap kali kuliah Subuh diadakan. Hanya tuk siak dan bilal sahaja yang tahu. Saya tidak tahu, siapakah manusia dermawan di kampung tumpah darah saya itu. Memang sukar untuk mengesaninya. Siak dan bilal tetap bersikap tutup mulut. Bagi mereka memberitahu nama penderma pada orang lain adalah perbuatan tidak amanah dan bersubahat menggalakkan amalan riak serta takbur dalam masyarakat Islam. Bagi orang-orang kampung mereka menderma dengan rasa ikhlas pada saudara seagama dan sebangsa. Bukankah meringankan beban saudara seagama itu memang dituntut oleh Allah. Tetapi, bila pertolongan itu jadi bualan atau dihebohkan, perbuatan begitu memang

21 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

tidak baik dan tidak digalakkan oleh Allah dan boleh mengurangkan pahala dari amalan yang kita lakukan. Orang-orang kampung rata-ratanya mendapat pendidikan dari sekolah atap di zaman penjajah begitu patuh dengan ajaran agama. Mereka tidak buat apa yang ditegah. Mereka lakukan apa yang disuruh oleh Allah dengan rendah hati dan penuh kejujuran. Mereka bercakap benar. Menjaga amanah yang diberikan. Jika ada orang hulurkan wang derma untuk surau atau masjid, wang itu tetap digunakan untuk masjid, tidak hilan di tangan atau menjadi hak orang lain. Orang yang menderma pula tidak minta resit atau sebarang tanda yang mereka telah menderma. Prinsip mereka mudah sahaja. Tuas mereka hulurkan derma dengan iklas. Tugas orang yang menerima derma mesti menjalankan kewajipan dengan betul hingga derma itu dapat dimanfaat seperti yang diingini. Kalau tukang kumpul derma menggelapkan wang derma tersebut, itu adalah urusan dirinya dengan Allah. Oran yang menderma tak perlu mengheboh-hebohkan perkara tersebut. Tidak perlua menceritakan keburukan pengutip derma pada oran. Perbuatan membuka pekung seseorang pada orang lain adalah perbuatan yan ditegah oleh Allah. Orang yang wajar bertindak iala ahli jawatankuasa masjid atau surau. Mereka boleh bermuafakat dengan orang yang melakukan kesilapan. Minta orang yang terlibat membetulkan kesilapan yang dibuat. Kalau orang yang terlibat tidak mahu, perkara tersebut dibawa ke pengetahuan pihak yang berkuasa. Biasanya, orang yang melakukan kesilapan akan insaf dan terus membetulkan kesilapan yang dibuat. Bila perbuatannya dibetulkan, dia akan bertindak meninggalkan kampllng pindah ke tempat baru. Malu merenung muka penduduk kampung. Kalau tidak pindah, dia akan mengadakan majlis pertemuan dengan orang-orang kampung dalam masjid. Dalam majIis pertemuan itu, pak imam akan bertindak sebagai kepala. Menerangkan pada orang kampung apa yang terjadi. Kemudian orang yang melakukan perbuatan salah itu segera bangun secara terbuka tentang perkara yang dilakukannya. Bila orang-orang kampung memberi jawapan yang mereka memaafkan perbuatannya itu, orang tersebut akan menemui setiap orang kampung. Majlis minta maaf itu akan diakhiri dengan pembacaan doa. Orang-orang kampung diingatkan jangan mengungkit·ungkitkan perkara tersebut oleh pak imam. Biasanya, bila sudah diingati begitu, tidak ada seorang pun yang berani menyebut·nyebut perkara yang lalu. Di kampung, imam dihormati dan buah fIkirannya dikagumi. Biasanya, orang yang jadi imam orang yang sudah berumur, luas pengetahuan agamanya. "Tamar, apa yang kamu ingat?" Saya segera garu pangkal leher. Renung ke kanan, menatap wajah kawan yang menegur saya. Dia ketawa kecil. Renung hidangan di depan. Nasi lemak dan air kopi masih seperti tadi, tidak berubah tempat. "Sejak duduk tadi, aku tengok kamu menung aje, tengok orang dah selesai makan, barang makanan kau tak jamah", tambah kawan itu. "Aku memikirkan sesuatu" "Apa yang kau fikirkan?" "Tentang orang yang menyediakan sarapan pagi ni" "ltu bukan urusan kita. Itu urusan penderma dengan Allah. Urusan kita ialah makan apa yang ada di depan kita" "Betul juga cakap kamu", balas saya. Kami ketawa dan saya pula menjamah sarapan pagi. Selesai sahaja bersarapan, saya terus mendekati datuk dan guru agama yang menanti saya di halaman masjid. Para jemaah seorang demi seorang pulang ke rumah masing-masing di bawah keramahan sinar matahari pagi. "Datuk kamu dah ceritakan pada aku, apa yang kamu alami," guru agama itu renung muka saya dengan senyum. Saya tidak memberikan sebarang jawapan. Saya kira kisah itu tidak wajar diceritakan pada manusia seperti guru agama. Boleh mengganggu tugasnya. "Perkara seperti itu tidak mustahil, apa yang mesti kamu fikirkan ialah betapa Maha Kuasa Allah. Boleh mengadakan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan," lanjut guru agama itu lagi. Saya renung muka datuk. lngin mendengar pendapat darinya. Datuk terus membisu. Dalam saat-saat demikian, saya kira tidak ada gunanya mengenangi apa yang telah terjadi. Saya mahu segera pulang ke rumah. "Syaitan tak akan berhenti dari menguji keimanan manusia. Bila dunia dah kiamat, dah hancur baru syaitan berhenti menyesatkan manusia," terdengar suara datuk seperti orang merungut. Guru agama yang berdiri tidak jauh darinya dapat mengikuti dengan teliti apa yang diucapkan oleh datuk. "Ini sudah jadi perkara biasa. Kita harus mengawal diri supaya jangan terpengaruh, terutama mengawal keinginan dan nafsu", sahut guru agama sambil meraba-raba pangkal dagunya dua tiga kali. "Barangkali ini ujian untuk manusia" "Perkara ini, bukannya barangkali, tetapi memang benar dihadapkan pada manusia untuk menguji sejauh mana kemampuan akal fikiran manusia digunakan dengan sebaik mungkin". "Ya, itulah kebesaran Allah", ucap datuk setelah mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh guru agama. Guru agama terus mendekati saya. Bahu saya ditepuknya dua tiga kali. Matanya menatap seluruh wajah. Dia senyum. "Bila kamu diberikan kekayaan, kau jangan lupa kekayaan itu bukan milik kamu" "Sebab?", saya bertanya. "Kekayaan itu milik Allah, kau cuma diberikan amanat, untuk menjaga dan menggunakannya. Di akhirat nanti, cara kita menggunakan dan memanfaatkan kekayaan akan disoal". "Oh", mulut saya terlopong.

22 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Kekayaan yang ada itu, pada bila-bila masa saja boleh diambil oleh Allah dengan berbagai-bagai cara seperti dicuri orang, terbakar dan macam-macam lagi." "Begitu", saya anggukkan kepala. Senyum guru agama bertambah lebar. Datuk tetap memperhatikan dengan teliti segala tindak-tanduk guru agama pada saya. Sesekali saya lihat datuk senyum. "Eloklah diberikan nasihat padanya", suara datuk meninggi. "Bukan nasihat, kami bercerita," jawab guru agama. "Bercerita?", saya terkejut. Datuk terus ketawa. Saya tidak tahu apa yang menggelikan perasaannya hingga datuk ketawa begitu. "Saya bercerita, terpulanglah pada kamu untuk gunakan akal fikiran, apakah perkara yang saya ceritakan itu memang benar atau tidak? Kalau benar atau betul kau ikut, kalau salah kamu buang", lanjut guru agama. "Cucu saya tu, tak faham bercakap macam tu, dia tak faham bahasa kiasan", sahut datuk. ''Tak apa, suatu hari nanti dia akan faham", sanggah guru agama. Datuk anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat guru agama tersebut. Panas pagi mula beransur keras, langit nampak cerah dengan gumpalan awan putih bersih. Guru agama segera mendekati datuk. Hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan mereka bergoncangan. "Saya balik dulu", lembut suara guru agama. "Selamat jalan. Kalau ada umur kita jumpa lagi". "Saya juga berharap macam tu. Jaga cucu awak baik-baik". "Insya-Allah", jawab datuk. Kami pun berpisah dengan guru agama tersebut. Kata datuk, rumah guru agama agak jauh. Kira-kira lima puluh batu dan terpaksa naik bas. "Berapa dia dapat duit mengajar tuk?" "Hum...", datuk seperti tersentak. Langkahnya terus dimatikan matanya merenung langit dan awan. "Kenapa kamu tanya macam tu Tamar?" "Setahu saya, bila seseorang itu dipanggil guru dia dapat gaji macam guru sekolah, ada kereta dan rumah tapi guru ini naik bas pula?" Datuk menggaru kulit pipinya yang tidak gatal. Perjalanan yang terhenti diteruskan kembali. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 06) Siri 96: Harimau Disangkakan Kucing Jan 30, '10 8:11 AM
by Tamar for group komunitisbdj Sudah hampir lima rantai berjalan. Datuk tidak juga menuturkan sesuatu. Saya masih sabar menanti jawapan darinya. Tetapi, lama-kelamaan rasa sabar itu segera bertukar menjadi rasa cemas dan takut. Mungkin datuk tersinggung atau mungkian dia marah dengan pertanyaan-pertanyaan yan saya ajukan kepadanya. Tak mengapa, apa pun yang akan terjadi terpaksa saya hadapi. Sesunguhnya, saya ingin mengetahui sesuatu dengan jelas dan tepat. Saya kira apa yang saya lakukan itu meman wajar, fikir saya sendirian. "Imam beri dia duit, yang dikumpul dari derma para jemaah", tanpa diduga datuk bersuara. Melenyapkan kebimbangan yang bersarang dalam dada saya. "Berapa dia dapat tuk?" "Itu aku tak tahu, biasanya tak banyak" "Tak banyak tu berapa tuk?", saya terus mendesak. "Kamu ni, suka sangat bertanya. Kamu tahu, dia cuma ambil dit tambang dia datang dan balik, kemudian dia ambil tiga empat ringgit untuk beli beras". "Kalau macam tu, sampai bila-bila pun dia tak senang". "Dia bukan nak cari kesenangan, dia mahu menyebarkan ilmu agama pada umat Islam, itu sumbangannya. Kamu harus tahu setiap kita yang hidup ini, bila mati akan disoal apa sumbangan kita pada agama dan manusia". "Hum... Kalau macam itu sampai bila pun dia tak akan senan". "Eh kamu", datuk terus menengking saya.

23 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

Saay terdiam, sesungguhnya saya terkejut dengan perubahan sikap datuk dari ramah bertukar menjadi bengis dan marah-marah. "Aku tak mahu kamu tanya tentang guru tu, dia tidak mengharapkan wang ringgit dari hasil usahanya", kata datuk dan saya mula mengetahui punca datuk menengking saya. "Dia mengajar dengan ikhals, dia tidak mengharapkan wang ringgit", kata datuk lagi, mengulangi apa yang telah diucapkannya. "Begitu, tapi ada orang mengajar agama kerana wang". "Itu bukan mengajar namanya, Tamar". "Kalau bukan mengajar, nak sebut apa tuk?" "Jangan kamu tak tahu, itu namanya gunakan agama untuk cari duit, itu perbuatan tak ikhlas, faham. Jangan tanya-tanya hal itu lagi". "Baiklah tuk". Perjalanan seterusnya terasa sunyi. Cuma kicau burung yang terdengar. Saya mengambil sikap mengunci mulut dan berazam tidak akan menyoal datuk hinga sampai ke kaki tangga. Tanpa diduga, datuk bersuara. "Kamu balik dulu, aku ada hal". "Tuk nak kena mana?" "Aku nak pergi ke kaki bukit, nak tengok jerat yang kamu tinggalkan petang semalam". "Baik tuk balik dulu, lepas tu kita pergi bersama". "Tak payah, beritahu pada nenek kamu aku ke sana". "Jangannnnnn...", jerit datuk. Mukanya nampak merah. Saya segera mempercepatkan langkah ke rumah. Dalam asyik melangkah itu, saya terpandangkan sepasang anak kucing bermain-main di tepi jalan. Timbul keinginan untuk menangkapnya. Saya terus mendekati dan sepasang anak kucing itu melompat ke dalam semak. Saya terus memburu. Rupa sepasang anak kucing itu sungguh menarik, berbeza dengan anak kucing peliharaan. Bulunya memikat dengan jalur yang besar dan terang. Makin saya kejar, makin manja sepasang anak kucing itu melompat-lompat di hadapan. Seolah-olah mcncabar saya supaya menangkapnya. Keghairahan saya kian menjadi untuk memiliki dan memelihara sepasang anak kucing tersebut. Kerana asyik memburunya, dua tiga kali saya terjatuh. Akibatnya kain yang saya pakai terus koyak, begitu juga dengan baju. Songkok yang dipakai, tidak lagi berada di kepala. Sudah hilang, entah di mana jatuhnya, saya sendiri tidak tahu. Pedulikan dengan songkok. Tiba-tiba saya dapati diri saya sudah berada jauh dalam hutan. Saya tidak mahu sorot kembali, walau apa pun yang terjadi, sepasang anak kucing itu mesti saya tangkap. Badan saya mula berpeluh dalam sinar matahari pagi yang kian keras. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu, hutan tebal saya redah. BERHENTI Sepasang anak kucing itu berhenti dari berlari, masuk ke kawasan yang ditumbuhi dengan pepokok kecil. Tidak jauh dari pepokok kecil itu terdapat sepohon pokok yang amat besar. Akar-akar berjuntaian di dahan, kerana daunnya terlalu lebat, sinar matahari tidak sampai ke kawasan tanah di bahagian pangkal pokok. Walaupun begitu, keadaan sekitar kawasan bawah pokok kelihatan bersih. Dalam sekelip mata sahaja sepasang anak kucing hilang di pangkal pokok besar. Saya kira, anak-anak kucing itu pasti menyembunyikan diri dalam lubang yang terdapat di perdu pokok. Saya melangkah dengan perlahan-lahan, saya berusaha supaya ranting dan daun kering yang dipijak tidak mengeluarkan bunyi yang akan mengejutkan anak-anak kucing tersebut. Hidung saya mula terhidu bau yang kurang menyenangkan. Saya yakin bau itu adalah bau binatang. Tetapi, saya tidak dapat mempastikan apakah bau itu dari binatang yang merbahaya atau sebaliknya. Kerana mahu menangkap anak-anak kucing, bau tersebut tidak saya perhiraukan, saya terus berjalan membongkok menyusup di bawah akar-akar yang berjuntaian. Secara mendadak sahaja hati saya berdebar, kaki saya tidak berdaya melangkah, perkara yang tidak pernah terlintas dalam otak, kini wujud di depan mata. Badan saya berpeluh. Ya Allah, selamatkan aku dari kecelakaan dan bencana ini. Sesungguhnya, kerana gagal mengawal nafsu dan keinginan membuat aku jadi susah. Mencari celaka sendiri. Tolonglah, suara batin saya terus meraung. Badan terus menggigil. Perlahan-lahan saya rendahkan badan lalu duduk dibalik pokok besar. Saya kumpulkan tenaga untuk memulakan langkah seribu. Ternyata saya tidak berupaya berbuat demikian. Saya rasa, maut sudah hampir benar dengan saya. Dalam keadaan terdesak saya teringatkan surah Al-Fil. Kata datuk, kalau surah itu dibaca dalam keadaan diri kita terdesak, boleh menguatkan jiwa, berani mengadap sesuatu dengan cekal. Dengan terketar-ketar saya menyebut surah al-Fil yang bermula dengan: Alam tarakai fafa 'ala Rabukka bi asha bil fil... ayat itu saya ulang berkali-kali. Rasa gementar pun hilang. Saya serahkan diri saya pada Allah. Kalau janji saya mahu mati di pangkal pokok besar ini, tetap saya terima. Kalau saya terselamat saya bersyukur pada Allah kerana usia dilanjutkan lagi. Perlahan-lahan saya bangun dan merenung ke arah tanah yang agak lapang. Saya perhatikan sepasang anak harimau (yang pada awalnya saya sangka anak kucing) bermain-main dengan ibunya. Ekor ibunya bergerak-gerak. Sesekali menampar dan menggigit badan anaknya yang nakal. Entah macam mana, ibu harimau itu terpandang ke arah saya. Ia segera bangun dan membuka mulut, memperlihatkan gigi dan lidahnya. Semuanya, terpaksa saya hadapi dengan tenang. Hati saya tidak pernah penat membaca Surah Al-Fil. Satu saat mata saya dengan mata harimau bertentangan. Perlahan-lahan harimau merendahkan badan. Berguling-guling di bumi bermesra dengan sepasang anaknya yang comel. Saya segera meletakkan telapak tangan ke bibir. Saya terkejut melihat perangai harimau beranak dua itu. Tidak mempedulikan kehadiran saya. Ternyata harimau itu tidak mahu menjadikan diri saya sebagai musuh utamanya. Saya harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Ketika itu juga, saya teringat kata orang tua-tua yang berbunyi "Musuh jangan dicari. Tuah jangan ditolak". Berpegang

24 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

pada kata-kata tersebut, saya segera berundur setapak demi setapak. Setelah dihitung, lebih dari dua puluh tapak saya undur ke belakang dan yakin harimau tidak akan mengikuti saya. Cepat-cepat saya memusingkan tubuh (membelakangi harimau) lalu memulakan langkah seribu. Saya terus memecut dengan sekuat hati, bagaikan tidak cukup bumi. Sambil berlari, saya merenung ke belakang. Saya bimbang, kalau harimau beranak dua menyusuri jejak langkah saya. SELEKOH Sampai di satu selekoh kecil yang kerap digunakan oleh orang-orang kampung sebagai jalan pintas pergi ke hutan mencari rotan, saya toleh ke belakang. Dalam perhitungan saya, itulah renungan terakhir untuk harimau dan anak-anaknya. Beberapa langkah dari selekoh kecil itu adalah kawasan perkampungan yang subur dengan pepohon pisang dan perdu tebu. "Aduh" Saya terasa bahu sebelah kanan terlanggar sesuatu yang lembut dan badan saya ikut jatuh bersama benda yang saya langgar itu. Apa yang saya lihat ialah kepulan awan putih. Saya tidak terdaya mahu merenung ke kiri dan kekanan. Bila saya gerakkan anggota tubuh terasa sakit. Dalam keadaan yang agak cemas itu, saya terasa benda yang saya langgar bergerak lemah. Serentak dengan itu saya terdengar desir nafas. Apakah desir nafas itu dari manusia? Atau dari ular sawa? Timbul pertanyaan dalam diri. Kata orang, hembusan nafas ular sawa yang tertindih, tidak jauh bezanya dengan hembusan nafas manusia. Saya jadi panik dan saya kira saya jatuh atas lingkaran badan ular sawa. Saya tidak berani menggerakkan badan dan saya pasrah pada Allah. Saya segera membayangkan, sebentar lagi ular sawa yang tertindih itu akan membelit tubuh saya lalu menjerutnya dengan sekuat hati. Segala tulang-temulang saya remuk. Badan menjadi lembik dan ular menelan saya perlahan-lahan. Benda yang saya tindih terasa bergerak dan sepasang tangan memeluk tubuh saya erat-erat. Saya cuba meronta-ronta. Sehelai daun tebu jatuh atas pipi kiri. Saya mula terasa miang. "Babi kamu Tamar, lari tak tengok orang," terdengar rungutan. Serentak dengan itu badan saya di angkat dan ditolak ke kanan dengan kuat. Saya jatuh atas dedaun tebu kering. Saya terpaksa bangun perlahan-lahan diperdu tebu. "Kamu tak ada otak", sambung Mazlan lalu mencabut golok perak di pinggang. Saya lihat mukanya bercalar terkena tebu muda. Bajunya koyak, kain ikat kepalanya terlucut. "Kalau orang lain, aku tikam kamu dengan golok ini sampai terburai isi perut. Kamu tengok botol kopi aku pecah, nasi bekal aku habis bertabur atas tanah", lanjut Mazlan yang kerja sehari-hariannya mencari rotan. Saya terdiam. Saya lihat air kopinya yang meresap ke bumi, saya lihat bekalnya bertaburan. Timbul rasa belas dalam hati. "Kamu bayar semua ini?", Mazlan mula mengugut. "Aku tak sengaja". "Tak sengaja, kepala bapak kamu". "Maafkan aku Mazlan, aku tak sengaja" "Bodoh, sial", kutuk Mazlan. "Cakap jangan sebarang, silap cakap buruk padahnya", rasa marah mula meruap dalam dada saya. Terasa malu dan hilang harga diri bila disebut bodoh dan sial. Mazlan yang lebih besar bentuk tubuhnya itu saya renung. "Ada mata, tak tahu nak guna, lari membabi buta inilah akibatnya. Ada otak tak tahu guna", Mazlan membakar perasaan saya dengan kata-kata yang amat menyakitkan. "Kamu juga tak tahu gunakan mata, kalau kamu gunakan mata tentu kamu boleh mengelak bila aku datang", saya meningkah. Kata-kata itu menaikkan kemarahan Mazlan seratus-peratus. Matanya tidak berkedip merenung muka saya. Mazlan menerpa ke arah saya sambil mengangkat goloknya tinggi-tinggi. Bila dia menjatuhkan goloknya ke arah bahu kanan saya, Cepat-cepat saya mengelak dan melepaskan buah silat lalu menendang tangan yang memegang golok. Mazlan terdorong ke kiri. Mata goloknya yang tajam sempat merebahkan lima batang tebu dalam sekelip mata. Andainya saya tidak sempat mengelak, bukanlah satu perkara yang mustahil tali perut saya bertabur atas bumi. Mazlan yang marah itu terus bangun serta-merta. Dia membuka langkah silat. Saya tergamam. Bukanlah mudah untuk menentang kawan seperguruan. Masingmasing tahu kelemahan dan kelebihan rentak serta langkah masing-masing. Siapa silap membaca langkah dan lambat bertindak, orang itu pasti tewas. "Jaga kamu Tamar" Mazlan terus menyerang. Saya mengelak lagi sambil menyusun langkah di balik batang tebu. Mazlan bertambah marah. Dia tahu saya cuba menjadikan batang-batang tebu yang tumbuh itu sebagai perisai. Dia terpaksa merebahkan batang-batang tebu terlebih dahulu, sebelum menghunuskan mata goloknya ke tubuh saya. Mazlan terus bertindak macam orang gila. Semua batang tebu yang saya jadikan perisai habis rebah ke bumi. Saya terdesak. "Hei, kamu tahu, aku langgar kamu tadi kerana harimau kejar aku", saya menjerit. Langkah silat dan gerak tangan Mazlan yang pantas bergerak, terhenti serta-merta. "Apa Tamar?" "Aku dikejar harimau, fasal tu aku lari" "Tamar", suara Mazlan lemah. Golok di tangannya terlepas. "Harimau, aku dikejar harimau",saya bersuara dengan keras dan berpusing ke kanan lalu lari.

25 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Tamar, nanti dulu", pekik Mazlan. Saya berhenti berlari dan menoleh ke arahnya. "Aku tak boleh tunggu kamu, Mazlan. Aku takut" "Tunggulah, aku maafkan kamu. Jangan tinggalkan aku", suara Mazlan bertambah lantang. Rasa belas timbul dalam hati. Ingin sekali saya memenuhi permintaannya. Bagaimana? Bila sudah berdekatan dia bertindak lain pula, mana tahu dia terus menyerang. Mungkin saya menemui ajal di hujung goloknya atau cedera parah. Cakapnya, bukan boleh dipercayai. Hati manusia selalu berubah. Sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Ada baiknya, saya melupakan tentang dirinya. Pergi jahanam dengan Mazlan. Saya membuat keputusan nekad. "Maafkan aku Mazlan, aku tidak boleh menolong kamu", jerit saya lalu membuka langkah semula. Melihat saya tidak mahu menunggunya, Mazlan segera renung kiri dan kanan dengan wajah yang amat cemas. Beberapa detik kemudian, Mazlan terus membuka langkah seribu. Saya lari arah ke rumah datuk dan Mazlan lari ke rumahnya. Dia terus berteriak sepanjang masa berlari. "Tolong, harimau, harimau masuk kampung", teriaknya bertali-tali. Berjaya menarik perhatian para penduduk kampung. Mereka keluar beramai-ramai ke halaman rumah dengan rasa terkejut dan hairan. Beberapa orang dari mereka yang turun ke sawah dan ke kebun pagi itu terpaksa membatalkan rancangan mereka. Anehnya, tidak sampai setengah jam kemudian, keadaan kampung jadi haru-biru. Bermacam-macam cerita yang menakutkan mula timbul. MENGADU "Dah dua orang di baham harimau keramat", kata seorang penduduk yang datang mengadu pada datuk. Saya yang kepenatan terus duduk di kerusi kayu dekat tiang seri di bawah rumah. Datuk pula yang kebetulan baru sahaja pulang dari melihat jerat di kaki bukit termenung sejenak. Wajah penduduk kampung yang singgah di kaki tangga direnungnya. "Jadi kamu ni nak ke mana?", tanya datuk. "Nak ikut orang-orang kampung menghalau harimau keramat dan nak ambil mayat orang yang dibahamnya", terang penduduk tersebut. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Baru setengah jam saya meninggalkan pinggir hutan bermacam-macam cerita terjadi. "Siapa yang kena baham harimau tu?" "Zaharin, anak Alang Usman" "Mana kamu tahu?", soal datuk bersungguh-sungguh. Rasa penat yang menguasai diri saya beransur kurang. Saya lihat beberapa orang kampung membawa kayu dan parang berlari ke arah pinggir hutan. Datuk jadi cemas melihat keadaan tersebut. "Aku baru balik dari kaki bukit, aku tak nampak apa-apa", datuk menarik nafas sambil menggaru pangkal dagunya. "Itu saya tak tahu, orang-orang kampung semuanya dah bersiap sedia nak halau harimau" "Dari mana kamu tahu semuanya ini?", datuk mula mencungkil rahsia. "Si Ramli beritahu. Dia dapat cerita dari Suhaimi dan Suhaimi pula dapat tahu dari Syamsuri dan Syamsuri dapat cerita dari siapa saya tak tahu", orang itu menelan air liur. Di mukanya terbayang keresahan. Tidak suka dirinya disoal begitu. "Kalau awak nak ikut mari, saya nak bantu orang kampung, kemudian nak cari mayat si Zaharin", orang itu memberi kata putus lalu melangkah meninggalkan datuk. Dua tiga kali datuk gosok pangkal hidung. Dia jadi serba salah. Hati menyuruh pergi, sedangkan fikirannya menyuruh dia bersabar. Setelah ditilik dan ditimbang dengan teliti, datuk membuat keputusan untuk mengikut kata hatinya. Datuk segera mengikut langkah lelaki itu. Dua kali saya memanggil nama datuk. Sayang, seribu kali sayang, panggilan saya tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga datuk. Dia memburu lelaki itu. Mereka bersatu dan melangkah seiring sebaik sahaja sampai dekat pokok tualang yang mati pucuk. Rasa sesal mula bertandang dalam hati. Kerana penat berlari saya tidak dapat menerangkan keadaan sebenar pada datuk. Apa yang perlu dilakukan sekarang? Perkara yang wajar dibuat, ikut datuk dan lelaki itu. Terangkan keadaan sebenar pada mereka. Itu keputusan yang saya ambil. Tanpa berlengah-lengah lagi saya terus mengejar datuk. Bukan mudah mahu mendekati mereka. Mereka sudah terlalu jauh. Saya terus berlari. Saya berazam, bila datuk menoleh ke belakang, saya akan melambaikan tangan ke arahnya. Apa yang saya harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Datuk dan lelaki itu sampai ke pinggir hutan (di tempat saya melanggar Mazlan hingga jatuh). Bila saya sampai ke tempat tersebut, datuk dan lelaki itu sudah meninjau ke arah lain. Melihat batang-batang tebu yang bcrsepah. Badan saya berpeluh, saya lihat ramai orang-orang kampung di situ. Beberapa orang dari mereka memikul senapang kampung berlaras satu dan dua. Sebahagiannya membawa kayu dan parang panjang. Keadaan di situ memang kelihatan sibuk. Semua yang hadir bercakap besar. Masing-masing mahu membantai harimau jahanam sampai mampus. Beberapa orang pemuda membawa buluh kuning yang sudah ditajamkan. "Kamu hidup lagi, tadi dia orang kata kamu dibaham harimau, badan kamu dah dibawa harimau ke dalam hutan", kata Shahril lalu melihat tubuh saya atas bawah. Dia bagaikan tidak percaya yang dirinya sedang berdepan dengan kawan sekampung yang pernah main gasing dan guli. Malah pernah bertumbuk kerana kalah main congkak. "Dari mana kamu dengar cerita ni, Sha?" "Jaafar, dia dapat cerita dari Mazlan", Shahril terus memerhatikan pakaian saya yang terdapat kesan tanah dan koyak. Dia melihat lengan kanan saya luka dan bercalar. Wajahnya jadi cemas. "Kau berjaya selamatkan diri dari harimau, kau gunakan ilmu silat menentang harimau, kau memang handal", jerit Shahril hingga menarik perhatian orang-orang lain. Dalam beberapa detik sahaja saya terus dikerumuni oleh orang-orang kampung. Saya jadi resah. Terasa seram sejuk, bila bercupak-cupak biji mata orang kampung tertumpu ke arah saya. Dari raut muka dan gerak-geri beberapa orang dari mereka secara terang-terangan mengagumi kehebatan saya. Mulut Shahril yang tidak terkawal itu terus memuji-muji diri saya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, saya lihat datuk dan kawannya berdiri tidak jauh dari depan saya.

26 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Mana satu yang betul, tadi orang ini mengatakan Zaharin anak Alang Usman yang dibaham harimau. Sekarang dah lain pula orangnya",datuk melangkah setapak, memisahkan dirinya dari kumpulan orang ramai. Jari telunjuknya masih mengarah kepada lelaki di sebelahnya. "Siapa di antara kita yang berbohong. Perkara mati jangan dibuat main-main, boleh menyusahkan orang yang hidup, terutama keluarga yang terbabit", sambung datuk lagi. Semua wajah orang kampung ditatapnya satu-persatu. "Kamu Sha", jari telunjuk datuk menghala ke arah Shahril,"Jumpa Jaafar di mana?", lanjut datuk lagi. "Dekat kedai, dia dapat cerita dari Mazlan", jawab Shahril dengan tenang dan penuh keyakinan. Orang kampung berpandangan sama sendiri. Mereka masih tertanya sesama sendiri, macam mana cerita seperti ini boleh tersebar dengan luasnya. "Itu dia Zaharin", kata salah seorang dari kumpulan orang kampung. Semua biji mata tertumpu arah selatan. Zaharin berjalan dengan tenang keluar dari rerumpun pokok kecil sambil membuka kain ikat kepalanya. Dia mendekati kumpulan orang kampung. "Kenapa berkumpul? Ada apa-apa masalah?", tanyanya. "Kami dapat tahu kamu dibaham harimau", jawab rakan datuk. "Dibaham harimau? Siapa yang beritahu?", Zaharin kehairanan. "Mazlan", jawab datuk. "Hiss...ini dah mengarut, memang kami berdua nak ke hutan mencari rotan. Saya masuk ke hutan dulu dan berjanji dengannya bertemu di tempat biasa", Zaharin berhenti bercakap. Sepasang matanya merenung tepat ke wajah saya. Dia menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan. Hati orang-orang kampung terus berdebar, menanti cerita darinya. "Saya tunggu-tunggu, dia tak datang. Saya keluar ni nak cari dia", terang Zaharin dengan wajah kesal. Dia sendiri terasa aneh, macam mana cerita dirinya dibaham harimau boleh timbul. "Kita ni sebenarnya, salah faham. Bila dah salah faham kita pula tak mahu mencari macam mana punca salah faham tu boleh timbul", datuk bersuara dengan rasa kecewa. Tanpa disangka-sangka sepasang mata datuk tertumpu ke arah saya. "Kamu ni, apa kena calar-balar? Pakaian koyak-rabak apa fasal? Apa tadi kamu tak terus pulang ke rumah", saya tergamam dengan pertanyaan yang tidak diduga sama sekali keluar dari mulut datuk. Saya renung ke arah Shahril minta simpati dan bantuan darinya. "Kamu mesti selesaikan perkara ini, terangkan pada kami kedudukan sebenar. Macam mana kamu dengan Zaharin disebut-sebut sudah dibaham harimau?", terdengar suara dari arah belakang. Saya renung ke arah datuk. Dia nampak serius. Tunduk merenung bumi. "Ceritakan, kami nak tahu siapa yang bawa cerita palsu ini?", terdengar lagi suara dari arah belakang. "Ya, kami nak tahu", sahut dari sebelah kiri. Saya jadi serba salah. "Begini mulanya, sa...", saya tidak terdaya meneruskan kata-kata. Diganggu oleh bunyi sorakan yang kuat dari arah pangkal kampung. Saya segera menoleh ke arah tersebut. Apa yang saya lihat amat mengejutkan. Mazlan dipegang oleh beberapa orang lelaki dan dibawa ke arah kami. Mazlan meronta-ronta dan cuba menendang ke kiri dan ke kanan. Usahanya itu tidak mendatang apa-apa hasil. Orang-orang kampung yang memegangnya bukan orang lain tetapi dari keluarganya sendiri. "Sekarang terangkan pada kami macam mana perkara ini boleh terjadi", Usman, Abang Mazlan yang paling tua bersuara. Mazlan merenung ke arah saya. "Kau terangkan Tamar", katanya. "Aku, Mazlan?" "Ya, siapa lagi kalau bukan kamu" "Hum", kata saya lalu renung muka datuk Perlahan-lahan datuk anggukkan kepala suruh tunaikan permintaan Mazlan. Semua orang kampung yang berada di situ tatap muka saya kembali. "Tadi balik dari masjid saya nampak anak harimau. Saya ikut sampai dalam hutan dan tengok ibunya. Kemudian saya lari kerana takut. Masa lari tu saya terlanggarkan Mazlan", dengan tenang saya mulakan cerita. Semua orang kampung terdiam. Masing-masing pasang telinga mahu dengar cerita dari saya. Tangan Mazlan tidak lagi dipegang oleh keluarganya. Dia dilepaskan. Miang daun tebu jelas kelihatan lekat di pipi dan baju Mazlan. Lengan dan pipinya calar balar. Ada kesan luka dipangkal kening kirinya. "Bila saya langar Mazlan, dia terus marah dan nak tikam saya dengan golok", saya sambung kembali cerita yang terputus. "Lepas tu apa yang terjadi?, soal Abang Mazlan. "Kami bergaduh. Masa bergaduh tu saya beritahu Mazlan ada harimau kejar saya. Mazlan terkejut. Masa Mazlan tergamam tu saya tinggalkan dia" "Kamu lari ke mana?", datuk ajukan pertanyaan. "Saya lari ke rumah, Mazlan saya tak tahu ke mana dia pergi" "Habis siapa yang beritahu orang kampung tentang harimau yang mengganas?", lelaki di sisi datuk menyoal. Saya terdiam dan terfikir bahawa soalan yang diajukan ada kena-mengena dengan diri Mazlan. Ada baiknya Mazlan menjawab pertanyaan tersebut. "Saya yang beritahu, saya menjerit sepanjang masa saya berlari. Saya beritahu, harimau, harimau", Mazlan menyelesaikan kebuntuan yang bersarang dalam hati saya.

27 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Habis, macam mana boleh timbul aku yang kena baham harimau?", mendadak sahaja Zaharin menyoal. Saya lihat Mazlan menarik nafas lemah. "Masa lari tu, saya jumpa Jaafar dia tanya kamu, aku kata kamu di hutan. Itu saja", dengan penerangan Mazlan itu kesilapan kian terserlah. Dan tanpa diduga, Jaafar yang ada dalam kumpulan orang kampung tampil ke depan. "Cakap Mazlan tu betul. Apa yang saya dengar saya beritahu orang kampung, saya cuma menambah sikit cerita tu dengan menyebut mungkin Tamar mati dibaham harimau, begitu juga dengan Zaharin yang ikut Mazlan ke hutan. Entah macam mana cerita itu boleh berubah begitu jauh", Jaafar bersuara dengan rasa penuh kesal. Orang-orang kampung segera gelengkan kepala. Beberapa orang dari mereka segera mencampakkan kayu yang mereka bawa ke dalam hutan. Manakala yang memikul senapang terus mengeluh dengan penuh rasa kesal. "Semuanya terjadi kerana tidak ada usul periksa, terlalu cepat bertindak ikut perasaan. Apa salahnya bila dah dengar khabar ada yang kena baham harimau pergi tanya keluarganya dulu sebelum beritahu orang lain", lelaki di sisi datuk melepaskan kehampaan. Dia wajahnya terbayang rasa kecewa yang amat sangat. Mungkin dia merasa dirinya bersalah kerana menyampaikan berita yang tidak tepat kepada datuk dan kemudian mengheret datuk ke mari. "Tak apalah, jadilah semuanya ini satu pengalaman dan pengajaran. Di masa-masa akan datang jangan diulangi", ujar datuk dalam nada suara yang lembut. Dengan penuh hormat datuk menggesa orang-orang kampung yang berkumpul itu supaya bersurai. Permintaan datuk diperkenankan. MARAH Kerana marah dileter oleh datuk agak lama, saya mengambil keputusan memprotes perbuatannya itu. Saya mengelakkan diri dari memandang wajahnya serta tidak mahu bertutur walau sepatah pun perkataan dengannya. Sejak lepas makan tengah hari, saya terus meninggalkan rumah. Menghabiskan masa dengan kawan-kawan bermain catur di bawah pokok cempedak dekat surau. Jemu main catur, kami main gasing atau godam. Kawan-kawan bagaikan bersimpati dengan saya. Tidak seorang pun yang mahu bertanya berhubung dengan peristiwa pagi tadi. Mereka melupakan terus bagaikan peristiwa itu tidak pernah terjadi. "Tamar, aku nak cari kerja, kau nak ikut?", Najib anak anggota polis yang baru bersara membisikkan ke telinga saya. Saya tergamam sebentar. Otak saya ligat berfikir, apakah cadangan Najib itu wajar saya terima atau saya tolak. "Kerja apa kau nak minta?" "Aku nak minta polis, aku dapat tahu tak lama lagi polis nak cari orang baru. Aku nak minta kerja tu di Alor Setar" "Kenapa nak pergi ke sana. Alor Setar tu jauh Jib" "Di sana peluang aku cerah" "Peluang kau cerah di sana?", saya bertanya hairan. Sukar untuk menerima alasan yang dikemukakan oleh Najib. Mungkin dia mahu bergurau dengan saya. Mungkin kerana Najib tidak mahu rancangannya diketahui oleh kawan-kawan yang lain dia segera menarik tangan saya menuju ke warung Wak Dollah. Kami duduk di bangku yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Najib minta dua cawan kopi sambil memberitahu saya: "Kamu jangan bimbang Tamar, hari ini aku belanja kamu. Tapi, kamu mesti ingat, aku cuma belanja minum saja. Kalau kamu makan kuih, sendiri bayar" "Aku tahu, kamu bukannya ada duit sangat" "Kamu bijak", jawab Najib bérjenaka. Serentak kami ketawa. Beberapa detik kemudian air kopi yang dipesan diletakkan oleh Wak Dollah atas meja depan kami. "Sebab aku nak ke Alor Setar kerana harapan aku nak dapat kerja cukup cerah", Najib membuka rahsia. Memang saya tahu, kedua orang tua Najib berasal dari Alor Setar. Datang ke kampung kelahiran saya sejak Najib dilahirkan. Kedua orang tuanya mahu memperjudikan nasib di rantau orang. Mereka membeli tanah sawah. Ternyata usaha kedua orang tua Najib berhasil. Dari sekeping tanah, mereka berjaya membeli berpuluh keping tanah sawah dan jadi orang yang agak kaya dan ternama di kampung saya. "Bapa saudara aku jadi OCPD di Alor Setar, dia boleh tolong rekemenkan aku. Kalau kamu mahu, dia boleh tolong", satu cadangan dan harapan yang amat baik dari Najib. Soalnya, apakah datuk bersedia mengizinkan saya pergi ke Alor Setar mengikut Najib. "Apa macam nak ikut tak?", tanya Najib. "Kena tanya datuk aku dulu" "Kalau dia tak izinkan, macam mana?" "Aku tak pergilah" "Tapi, kamu nak jadi polis, bukan begitu" "Tentu", saya anggukkan kepala. Najib terus menghirup air kopi. Otak saya terus bekerja untuk mencari jalan bagaimana mahu memujuk datuk. Kalau permintaan saya tidak diperkenankan apakah yang wajar saya lakukan. "Kalau datuk kamu tak kasi, kamu lari saja dari rumah ikut aku", Najib memecahkan kebuntuan yang bersarang dalam kepala saya. "Itu satu cadangan yang baik tapi, sulit untuk aku kerjakan Najib" "Tak sulit, kau bukan lari untuk selama-lamanya, lari sehari dua untuk cari kerja. Sama ada dapat kerja atau tidak kau balik juga ke rumah"

28 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 6

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=6

"Betul juga cakap kamu Najib", kata saya riang. Susulan dari keriangan itu, cepat-cepat telapak tangan Najib saya sambar. Buat seketika tangan kami bergoncangan. Mata berpandangan penuh sejuta makna. "Jadi", kataku. "Berjaya", sahut Najib. Senyum kami pun bertambah lebar. Serentak kami menghirup kopi dalam cawan hingga habis. "Bila kita mulakan?", saya menyoal tanpa sabar. "Aku tulis surat dulu pada bapa saudara aku, bila pemilihan itu mahu diadakan, bila dapat jawapan kita terus pergi" "Kau jangan main dan tipu aku" "Tidak, aku berjanji", jawab Najib. Lagi sekali telapak tangan kami bercantum dan bergoncang. Warung Wak Dollah kami tinggalkan. Saya mula membayangkan betapa hebatnya saya memakai pakaian seragam polis dengan kayu cota di pinggang. Bertindak cergas menangkap orang jahat. Saya senyum sendirian. (bersambung)...

CHAPTER LIST

29 of 29

30/12/2010 11:27 AM

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful