Siri Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis) - Jilid 2 (2)

Tamar Jalis

Siri Bercakap Dengan Jin
Jilid 2

[1]

25. Sumpah Nasi Tangas 26. Isterinya Jadi KelipKelip 27. Manusia Tanpa Kepala 28. Kubur Berasap 29. Dikacau Penunggu Kolam 30. Ilmu Raja Kelawar 31. Rumah Misteri 32. Bomoh Hujan Kena Uji 33. Muntahkan Ulat Dan Paku Karat 34. Berjanji Dengan Syaitan 35. Mengusung Iblis Tengah Malam 36. Pukau Ular Tedung 37. Terkena Badi Belibis 38. Suara Azan Dalam Kolam 39. Dendam Orang Sabar 40. Pemuda Menjerit Malam 41. Berkasih Dengan Langsuir 42. Sepasang Tangan Berbulu 43. Buaya JadiJadian 44. Skandal Pawang Buaya 45. Badan Pawang Berasap 46. Berjalan Atas Angin 47. Syaitan Datang Menguji 48. Bertemu Ibu Santau

[2]

Suasana di pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. LopakIopak yang terdapat berhampiran bangunanbangunan kedai di situ ditakungi air, akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya. Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung. Di perhentian bas kirakira 10 hingga 15 anak muda menanti bas. Mereka mahu pergi ke bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula resah. Uda Lodin, kawan datuk belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah. "Agaknya ada aral dijalan", keluh datuk. Saya renung wajahnya dengan senyuman. Orang silih berganti keluar dan masuk ke warung. Tiba tiba datuk menekan pangkal ketiak kanan dengan tangan kiri. "Alamat kurang baik”, ujar datuk tenang. "Maksud nya dia tak ada?" "Kalau dia datang, dia tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih tempat. Kalau pergi juga susah diri kita” "Jadi apa yang patut kita buat tok?" "Tunggu sampai Uda Lodin tiba" Saya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun sampai dengan teksi sapu Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin minta maaf. Menurutnya, dia singgah di pejabat pos Pantai Remis menemui menantunya yang bertugas di situ. Dari Pantai Remis dia naik teksi sapu dan berhenti di Pekan Pancur membeli buah kelapa dan nangka sebagai buah tangan pada keluarga rumah yang akan di temuinya. "Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kirakira pukul lima petang ni kau tunggu aku di situ dan kita pergi bersama”, kata datuk pada Uda Lodin. "Sebabnya?" "Kau jangan tanya, itu hal aku" "Di mana nak duduk sementara menanti pukul lima?", tanya Uda Lodin. Datuk terus membayar harga minuman. Dia renung muka saya sambil senyum. Kemudian kami bertiga ke luar dari perut warung menuju ke gigi jalan besar. "Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku datang. Kau nanti aku di sini" "Baiklah" [3]

"Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang berbunga sulong serta tujuh helai daun sirih yang bertemu urat" "Lagi?" "Tak ada apaapa. Kalau kau tak tunggu aku terus balik." "Mesti saya tunggu”, Uda Lodin ketawa kecil. Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air kuning. Rumah yang kami tuju ialah sebuah rumah yang berbumbung lima yang letaknya tidak jauh daripada rumah Pendekar Meor Abdul Rahman, seorang guru seni silat gayung yang terkenal. Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan lamanya. Kami jadi hampa bila mendapati tingkap rumah itu tertutup rapat. Seorang jiran memberi tahu bahawa tuan rumah dan keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor, kerana urusan nikah kahwin anaknya. Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lahing di Padang Rengas. Tetapi keputusan itu segera di tukar oleh datuk dengan alasan terlalu jauh. Lantas dia membuat keputusan baru untuk pergi ke Batu 10 Terung. Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya tidak membantah. Elok pada datuk, eloklah pada diri saya. Datuk terus mencari teksi sapu di Pekan Changkat Jering. Akhirnya kami naik teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang di pandu oleh seorang lelaki India. Tidak sampai setengah jam, kami pun sudah berada di rumah Anjang Shamsuddin, orang Batu Bara. Dari percakapan dengan datuk, tahulah saya bahawa datuk memang kenalan rapat pada ayah Anjang Shamsuddin dengan menyebut Ayah Tandang. Sebelum saya bertanya maksud panggilan itu datuk telah menerangkan Ayah Tandang merupakan satu panggilan yang berunsurkan penghormatan tinggi pada orang tua dikalangan keturunan orang Batu Bara. Lama juga datuk bercakap dengan Anjang Shamsuddin, termasuk kisah‐kisah pengalaman datuk bersama arwah ayah Anjang Shamsuddin berlayar dari Sumatera membelah Selat Melaka menuju ke Pangkalan Bharu waktu mudamuda dulu. "Walaupun datuk kau dan datuk saya datang dari berlainan daerah di Sumatera, tetapi mereka berkawan berdasarkan semangat Bangsa Melayu yang tidak mengenal batas keturunan dan suku”, ujar Anjang Shamsuddin sambil mengerling tajam pada saya. Datuk tersenyum sambil berkata: "Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengan sifat tegasnya" "Agaknya memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau”, celah Anjang Shamsuddin sambil mengatakan keturunan orang Batu Bara tidak terdapat di Malaysia kecuali di beberapa kampung sekitar daerah Dinding (sekarang Manjung) iaitu di Kampung Empat Puluh Pantai dan Kampung Bharu, Lumut. Salah seorang dari pada orang Batu Bara itu telah meneroka badar Lumut serta Teluk Rubiah dan pernah berperang dengan angkatan Siam serta Belanda di Pulau Pangkor.

[4]

Anjang Shamsuddin (sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada salah seorang pengarah dan pelakon filem terkenal di tanah air dewasa ini. Masa itu bintang filem tersebut belum lagi menjadi pelakon filem. Menurut bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi ke Ipoh mengikut abangnya yang menjadi salah seorang pegawai Rida (sekarang Mara). Hingga kini saya tidak berhadapan dengan bintang terkenal itu kecuali melihat lakonannya di dalam filem. Lebih kurang pukul tiga petang saya dan datuk meninggalkan rumah Anjang Shamsuddin dan terus naik bas menuju ke Pekan Terung. Uda Lodin tidak mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan. Pukul lima setengah petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala Terung, saya dan datuk sampai ke tempat yang di tuju. Kami menginap di sebuah rumah berhampiran dengan pengkalan nelayan. Perkara pertama yang di lakukan oleh datuk ialah pergi melawat tanah perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan di situ. Datuk hampir mahu membatalkan kerjakerjanya itu apabila mengetahui jenazah perempuan itu dikebumikan ke Kampung Terung dan bukannya di Kuala Terung. "Bagaimana?" tanya Uda Lodin. "Mana di rumah yang selalu didatanginya?" tanya datuk. Uda Lodin menunjukkan sebuah rumah yang tidak jauh letaknya dari pada tempat saya dan datuk menginap. Bentuk rumah itu agak sederhana dengan atap rumbia dan berdindingkan papan lidah. Kedudukannya agak terpencil dengan rumahrumah yang lain di dalam kampung tersebut. Saya dan datuk diperkenal oleh Uda Lodin dengan tuan rumah yang berkulit hitam manis, berdahi luas dan rambutnya keriting. Setelah bercakap beberapa patah perkataan lelaki itu mempersilakan kami naik ke rumah. Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki yang menjangkau usia lima puluhan ialah: "Seminggu berapa kali dia datang?" "Boleh dikatakan pada setiap malam" "Apa yang dibuatannya?" "Makan sisa makanan yang lebih di dapur" "Sejak awal berikhtiar menghalaunya, apa pula yang awak dapat?" Lelaki itu terdiam. Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia tidak senang duduk sambil memicit dagu tirusnya berkalikali. Datuk kerutkan dahi dan Uda Lodin meraba misai tebalnya. "Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu”, ujar lelaki itu dengan tenang sambil memberitahu empat orang anak yang tinggal bersamanya sudah berpindah ke rumah lain. "Awak kenapa tak pindah?" soal datuk lagi. "Buat apa menyusahkan orang”, sahutnya dengan jujur. [5]

"Apa rancangan awak?”, tanya datuk lagi. Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga bergaris empat. ”Tak ada apaapa rancangan. Saya bimbang benda ganjil tu sudah mula mengacau orang lain. Saya takut rumah saya akan di bakar oleh orang yang tidak boleh dapat mengawal perasaan" "Sebab?" "Mereka yakin, hantu itu adalah isteri saya" "Kau percaya dengan mereka?", tanya datuk lagi. Lelaki itu nampak resah dan gelisah. Tanpa di tanya oleh datuk lagi, lelaki itu memberitahu dia juga yakin bahawa hantu yang selalu menganggunya itu adalah hantu isterinya kerana setiap kali hantu itu datang dia pasti memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara isterinya. Ada kalanya, semua barangbarang di dapur seperti bawang dan cabai berubah tempat, satu kegemaran yang dilakukan oleh isterinya sebelum meninggal dunia. "Saya mahu berikhtiar menghalaunya”, nada suara lelaki itu lembut tetapi mengandungi harapan yang besar. Dia nampak resah dan sepasang mata tertumpu ke wajah datuk dan Uda Lodin. "Saya bawakan orang yang boleh menolong awak”, kata Uda Lodin sambil menepuk bahu datuk di sebelahnya dua kali. Datuk tersenyum. Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu anggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin. "Barang yang aku minta, sudah kau sediakan?", tanya datuk pada Uda Lodin. Saya lihat Uda Lodin anggukkan kepala macam ayam jantan berjumpa ayam betina. "Aku mahu tidur di sini dan kau bawakan barangbarang itu ke sini”, beritahu datuk pada Uda Lodin. "Rumah yang saya sediakan tu, tak sesuaikah?" "Sesuai. Aku kira di sini lebih baik lagi”, jawab datuk. Uda Lodin pun terdiam. Uda Lodin meninggalkan kami di situ dan pergi mengambil barangbarang yang disediakannya untuk di bawa ke rumah lelaki itu. Bila barangbarang itu diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah waktu sembahyang Isyak. Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak benar pertanyaan yang diajukan oleh datuk pada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya. "Saya selalu ke laut, banyak hal yang berhubung dengan dengan dirinya saya tak tahu”,kata lelaki itu dengan jujur.

[6]

Datuk terdiam dan mati akal kerana setiap kali perkara yang berhubungan dengan isteri lelaki itu disoal, itulah jawapan yang diberikan kepada datuk. Akhirnya datuk membuat kesimpulan bahawa hubungan antara lelaki itu dengan isterinya agak renggang dan penuh rahsia. Ada rahsiarahsia rumah tangga yang dilindungi oleh si isteri dari pengetahuan suaminya. ”Tak apalah, awak tak tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi hal ini”, datuk memberikan janji itu pada lelaki tersebut. "Memang itulah yang saya harapkan" "Awak pernah berkelahi dengannya?", tanya datuk lagi. "Dulu saya ni memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati itu adalah isteri saya yang kelima", kata lelaki itu membuka rahsia. Datuk menggigit bibir. Secara tidak langsung dia sudah dapat mengetahui rahsia diri lelaki yang nampak cemas itu. "Isteri yang lain tu kemana perginya?" "Semua saya ceraikan, tetapi dengan isteri yang mati saya tidak sanggup berbuat begitu" "Kenapa?" "Saya tak tahu. Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya, ada kalanya saya jadi begitu bodoh bila berhadapan dengannya" "Begitu”, suara datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang pertanyaan terhadap diri lelaki itu. Kerana waktu Maghrib sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air sembahyang di perigi. Saya lantas memberitahu datuk yang saya lebih senang mengambil air sembahyang bersamanya. "Kenapa?", tanya datuk. "Periginya jauh tuk, saya rasa seram" "Pergi. Tidak ada benda yang mesti kau takutkan”, nada suara datuk yang keras itu sungguh menghampakan. Saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila memijak bumi di tengah cahaya yang samarsamar itu. Lebih menggerunkan sepanjang jalan menuju jalan ke perigi terdapat beberapa pohon jejawai yang besar dan akar berjuntaian. Angin ketika itu tidak bertiup. Beberapa ekor burung gagak liar terbang rendah pulang ke sarang sambil berbunyi. Bunyi gagak itu, saya amatamati seperti bunyi orang mencarik kain kapan. Saya tahu, kalau saya berpatah balik tentu datuk naik darah. Saya terus melangkah.

[7]

Langkah saya mati bila seekor kucing hutan melompat di hadapan saya. Sebelum kucing itu melompat ke dalam semak, matanya merenung muka saya sambil membuka mulutnya dengan lebar bersama suara yang nyaring dan kuat. Hari bertambah gelap. Pondok perigi nampak berbalambalam di hadapan. Saya berlari terus masuk ke dalam pondok perigi yang berdindingkan tepus tanpa atap. Pepohon rumbia yang berdiri dekat pondok perigi kelihatan kaku dan menakutkan. Saya terus membaca niat dan membasuh muka. Dengan tiba‐tiba saya berhidu bau busuk yang amat sangat. Serentak dengan itu saya terasa dinding pondok perigi diraba orang dari luar. Saya resah tidak menentu. Kemudian saya terasa ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba menjeling. Kerana keadaan bertambah kabur, saya tidak dapat mempastikan dengan tepat siapakah yang berdiri di belakang saya. Perasaan saya cukup cemas. “Orang baru mahu ambil air sembahyang”, lubang telinga diasak dengan suara orang perempuan. Saya terus menoleh ke belakang. Tidak ada apa yang saya lihat, kecuali bau busuk yang cukup hebat. Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir panjang saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah. "Kenapa?", tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi. "Ada suara orang perempuan dan bau busuk" "Tak apa. Itu perkara biasa”, balas datuk sambil melihat ke wajah tuan rumah yang berdirinya di sebelahnya. Tuan rumah saya lihat resah tidak menentu. "Itulah dia”, tiba‐tiba keluar dari mulut tuan rumah. Tanpa berlengahIengah lagi datuk mengajak tuan rumah pergi mengambil air sembahyang di perigi. Saya terpaksa tinggal sendirian di rumah. Bagi menghilangkan rasa takut, saya duduk di anak tangga bongsu sambil menyanyikan lagu 'Tudung Periok'. Saya pasti benar rangkap lagu yang saya sebut itu lintang pukang. Nada atau iramanya tetap sumbang. Untuk menghiburkan hati yang takut saya menyanyi terus. Saya terdengar ayam di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu. Kucing kepunyaan tuan rumah lari tidak menentu macam di kejar sesuatu. Suara ayam kian keras dan kemudian hilang. Saya mula terhidu bau busuk. Macam ada kelibat manusia lalu di hadapan saya. Dan saya lihat lampu minyak tanah terpasang dengan dirinya di ruang tengah. Daun tingkap tertutup dengan sendirinya. "Awak siapa? Ada hajat? Rasa aku adik beradik aku dan suami aku tak ada mempunyai saudaramara macam muka kamu" Saya terdengar suara orang perempuan dalam rumah. Saya terdiam. Kemudian saya terdengar bunyi pinggan mangkuk dan periuk berlaga sama sendiri di bahagian dapur macam orang mencari sesuatu. [8]

Saya juga terdengar suara perempuan merungut sesuatu. Bau busuk bertambah hebat. Hari bertambah gelap. Saya tidak sedar bila masa tuan rumah dan datuk berada di hadapan saya. "Nak, mari kita sembahyang”, kata datuk. Saya memberitahu datuk tentang bau busuk dan peristiwa yang saya alami. Datuk tidak peduli. Tuan rumah dan saya terus sembahyang Maghrib dengan berimamkan datuk. Aneh, sesudah memberi salam terakhir, bau busuk sudah tidak ada lagi. Datuk menyuruh tuan rumah turun ke dapur melihat periuk dan pinggan mangkuk. Tuan rumah patuh dengan perintah datuk. "Baki nasi saya habis dimakannya. Dia membasuh pinggan mangkuk yang kotor”, dengan wajah yang tenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah memeriksa barangbarang di dapurnya. "Kalau begitu kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus ini”, ujar datuk sambil memberi batang tepus yang sudah di potong sedikit. Tuan rumah terus memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila semuanya sudah siap, saya dan tuan rumah makan. Atas permintaan datuk nasi di bahagian atas ditinggalkan didalam periuk. Lebih kurang pukul dua malam, datuk pun mengejutkan saya dari tidur. Datuk menyalakan api pada sebatang liIin. Uda Lodin yang datang ke rumah itu lepas waktu Isyak juga dibangunkan oleh datuk dari tidurnya. Tuan rumah yang tidur dekat tiang seri tidak di kejutkan oleh datuk. Dengkur tuan rumah cukup keras. Datuk terus bertafakur setelah mengenakan baju hitam dan seluar hitam ke badan serta melilitkan kepalanya dengan kain merah sebesar dua jari. Kemudian dia suruh saya mengatur tujuh helai daun sirih dimuka pintu. Dia juga menyuruh Uda Lodin meletakkan batang tepus dalam keadaan selangseli pintu dapur. Datuk pun menepuk dahi tuan rumah sebanyak tiga kali dan meraba urat lehemya. "Apa yang awak buat padanya?", soal Uda Lodin pada datuk. "Saya pukau dia supaya tidur terus”, jawab datuk pendek sambil memperkemaskan silanya. Datuk pun menyuruh kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan mengambil periuk berisi nasi lalu diletakkan dekat tiang seri. Suasana malam itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa menyentuh kulit muka dan badan. Sesekali angin bertiup dengan kuatnya di luar menggugurkan dahandahan pokok yang mati. Suara jampuk tidak kedengaran, suara burung hantu juga begitu. Kecuali suara itik dan ayam di reban macam melihat sesuatu. Bau busuk mula masuk ke lubang hidung. Datuk terus membuka pintu dan datuk membentangkan kain hitam yang berbucu tiga. Datuk duduk bersila di situ. Sebatang lagi lilin datuk nyalakan. Lilin yang baru dibakar sumbunya itu datuk letakkan betulbetul di tengah pintu. Datuk terus bertafakur. Dia membaca sesuatu. Cara mendadak api lilin di tengah pintu padam. Bunyi tapak kaki orang melangkah jelas terdengar. Datuk bangun sambil memeluk tubuh. "Siapa?", terdengar suara perempuan. [9]

"Tetamu suami kamu”, jawab datuk. "Apa halnya?" "Saja datang" "Aku nak masuk ke rumah, lalu kau dari situ?" "Masuklah ini rumah kamu. Tapi nyalakan api liIin yang padam" Selasai sahaja datuk bercakap, api liIin yang padam terus menyala. Bau busuk bertambah kuat. Muka saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan cium. Ternyata muka saya dilekati lumpur dari kubur. Baunya juga cukup busuk. Bunyi tapak kaki orang melangkah kian kuat. Dengan pertolongan cahaya lilin saya dapat melihat satu lembaga memakai kain putih yang sudah koyak dan penuh lumpur. "Kain kapan”, kata hati saya. Lembaga itu bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya, lalu secebis kain kapan yang busuk di campakkan kepada saya. Bentuk mukanya tidak dapat saya lihat dengan jelas. "Aku lapar”, saya terdengar lagi suara perempuan. "Makanlah”, sahut datuk. Saya lihat periuk nasi bergerak dan saya terdengar suara orang mengunyah sesuatu. Saya menggit bibir. Uda Lodin menutup lubang hidungnya dengan tangan. Dalam cahaya samarsamar itu juga saya lihat lembaga yang berkain kapan kotor menghampiri suaminya. Ia mencangkung di situ sambil merabaraba pipi dan rambut suaminya. Perempuan itu menangis tersedusedu. Darah saya tersirap kerana jarijari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi. Hanya tulang jari dengan kuku yang panjang jelas kelihatan berlariIari atas pipi dan tengkuk suaminya. Beberapa daging lengan dan pahanya yang sudah reput jatuh ke atas lantai. Datuk terus melompat dan memukul belakang perempuan itu dengan batang tepus sebanyak tujuh kali. Datuk juga menyuruh Uda Lodin memasang api pada pelita minyak tanah. Bila pelita sudah di pasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya sudah berlubang, daging pipinya jatuh satusatu kelantai macam habuk kayu yang baru di ketam. Giginya masih kuat dan kelihatan putih bersih. Saya tidak sanggup memandang wajah yang amat menakutkan itu. "Apa yang kau lakukan pada suamimu?”, tanya datuk. Perempuan itu tidak menjawap. Dia berjalan kearah periuk nasi. Kedua belah kakinya di kangkangnya, dengan periuk nasi itu betulbetul berada di celah kangkangnya. Beberapa ketul daging yang buruk di bahagian punggung jatuh ke dalam periuk tersebut. Setelah beberapa saat periuk itu di berikan pada [10]

suaminya. Macam ada sesuatu kuasa yang luar biasa, suaminya bangun lalu memakan nasi itu dengan lahapnya, kemudian suaminya tidur kembali. "Kauberikan suamimu nasi tanggas?", tanya datuk. "Ya. Saya sayangkan dia. Saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak mencari betina lain" "Perbuatan ini dikutuk Tuhan dan berdosa besar" Perempuan itu tidak menjawap. Dia terus duduk merenung wajah suaminya dan memukulmukul dadanya. "Dari siapa kau dapat ilmu ini?", soal datuk. Perempuan itu tetap membisu. Datuk pukul lagi hingga perempuan itu mengakui bahawa dia menuntut ilmu dari seorang yang perempuan tua yang memang menaruh dendam pada lelaki. Menurutnya, perempuan itu memang seorang yang baik. Tetapi lakinya yang kuat berjudi itu selalu memukulnya bila kalah main. Kemudian dia dimadukan oleh lakinya dengan seorang perempuan. Mula dari hari itulah dia mencari ilmu nasi tanggas dan di kenakan pada suaminya, hingga suaminya jadi bodoh dan tidak boleh membilang hingga kesepuluh kecuali di tunjuk atau diajar olehnya sendiri. Datuk terdiam. Saya dan Uda Lodin berpandangan sama sendiri. Saya lihat datuk membuka kain yang melilit kepalanya. Datuk membuka bajunya dan menyarungkan ke tubuhnya dalam keadaan terbalik. "Kau tahu, perbuatan kamu salah dengan ajaran agama. Dan kau tidak di terima oleh bumi. Roh kau ditolak ke dunia merayaurayau selama empat puluh hari sebelum dihumbankan ke neraka" "Saya tidak tahu" "Suami kau seorang lelaki yang baik, kenapa kau buat perkara ini?", soal datuk lagi. Perempuan itu diam. Dia cuba bangun dan dan mahu menerkam ke arah datuk. Cepat‐cepat datuk memukul badannya dengan batang tepus. Ternyata pukulan itu tidak mendatangkan kesan. Dia membuka kian kapannya lalu melemparkan pada datuk. Datuk menahannya dengan kedua belah tangannya hingga kian kapan itu berbalik kepadanya. Datuk lalu membaca beberapa potong ayat suci sehingga perempuan yang sudah tinggal rangka itu terperosok ke tepi dinding sambil menutup mukanya. Dia kelihatan takut dan cemas sekali. "Roh engkau tidak akan diterima Allah selagi kau takut minta ampun dan maaf pada suamimu”, pekik datuk. "Engkau siapa yang menyuruh aku berbuat begitu”, balas perempuan itu dengan kuat. Datuk lalu mengambil sebatang tepus lagi dan menekan ke dada perempuan itu. "Engkau syaitan. Engkau syaitan”, ujar datuk kemudian membaca beberapa ayat suci lagi.

[11]

Ternyata hantu perempuan itu tidak mahu mengaku kalah. Barangkali, rasa sabar datuk sudah hilang, datuk terus menepuk kedua belah tangannya. Perempuan itu menjerit macam kena sesuatu yang panas dan terus bersuara minta ampun pada suaminya. Bila suara jeritan perempuan itu hilang, semua pelita dalam rumah padam. Bila dinyalakan semula, perempuan itu sudah hilang. Datuk tepuk dahi suami tiga kali sambil mengurut lehernya. Suami hantu perempuan itu tersedar dari tidur. Dengan nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita yang padam. Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding rumah. Saya lihat Uda Lodin membongkokkan badannya sambiI menekan perut. "Kau sedar apa yang berlaku?", tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari tidur. Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut. Lelaki itu mengeluh panjang. "Masa isteri kamu mahu mati apakah perkara ganjil yang kau nampak yang terjadi padanya?", datuk mengajukan pertanyaan. Lelaki itu terdiam memikirkan sesuatu. Tiba‐tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah datuk. ”Tak ada yang ganjil cuma..”, lelaki itu berhenti bercakap. Dia menelan air liur. Saya dan datuk berpandangan dan lelaki itu menyambung kata‐katanya: "Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat” "Siapa yang cakap?", tanya datuk. "Anakanak saya" Datuk tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda Lodin. Datuk pun segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam keadaan cemas. Perkara pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah memegang buah betis kaki nya dan menguruturut dengan perlahanlahan. Usaha datuk tidak mendatangkan sebarang kesan. "Ambilkan aku sehelai sirih”, datuk mengeluarkan perintah. Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu bagaikan kena bahang panas. Dari celahcelah jari datuk keluar asap menipis naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus meramasramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiri daun sirih masih lagi elok dan segar. "Kau kena badi hantu perempuan”, datuk memberitahu Uda Lodin yang pucat lesi itu. [12]

Datuk menguruturut bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali merah. Datuk menyuruh Uda Lodin melakukan senaman kucing mencangkung. "Bagaimana rasanya?", tanya saya pada Uda Lodin. "Baru terasa segar sedikit" "Kau baca ayat ini”, datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf jawi pada Uda Lodin. Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki itu masih terpaku duduk di sudut dinding. Barangkali dia memikirkan sesuatu. "Ada berapa anak kau?", dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan. Saya segera duduk di sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu. "Empat orang, semuanya lelaki" "Ada di mana?", saya gatal mulut bertanya. "Semua dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk menyewa di Kampung Pandan”, terang lelaki itu dengan jujur. Datuk segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya saya berhenti dari mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu. Uda Lodin terus mengeliat. Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam yang bertiup di luar melanggar dedahan pokok getah yang melahirkan bermacammacam bunyi. Saya menguap dan mata terasa cukup mengantuk. "Masih dinihari lagi. Baiklah kita tidur”, kata datuk. Dan saya secara tiba‐tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus merebahkan badan dengan harapan saya akan terlena dan tidak akan membuang air kecil pada waktu subuh. Ternyata rancangan saya tidak berjaya. Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Seluruh pangkal pinggang saya terasa sakit. Saya mencapai pelita dan terus ke bahagian dapur untuk buang air kecil. Selesai buang air kecil saya pun melangkah untuk masuk ke ruang tengah. Kaki kanan saya tersepak sesuatu. Pelita pun saya rendahkan. Dengan pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat seketul tanah merah bersama secarik kain putih yang ada kesan darah kering. Bila kain dan tanah itu saya dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan. Cukup busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkok saya mula meremang. Saya meletakkan pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk. Tetapi,saya tidak dapat tidur. Macammacam bunyi saya dengar di Iuar. Macam ada bunyi tapak di kaki orang melangkah dan memijak sesuatu di bawah rumah. Saya juga terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan kuatnya. Saya cuba bangun untuk melihat dari tingkap. Datuk segera memegang dan menekan bahu kanan saya. Dia memaksa saya tidur. "Orang curi ayam tok” [13]

"Bukan" "Kalau bukan kenapa ayam direban berbunyi?" “Kau tidurlah, jangan banyak cakap" Saya tidak dapat berkata apaapa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena. Sedang asyik dibuai mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang subuh. Uda Lodin terus jadi imam sembahyang subuh. Bila matahari terbit di kaki langit, saya dan datuk pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak saya pergi ke reban ayam kepunyaan lelaki tuan rumah itu. Saya terkejut besar bila terpandangkan beberapa ekor ayam mati dengan tali perutnya berjelajela keluar. Saya Iihat bahagian perut ditebuk dengan kuku. Bila datuk memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui beberapa cebisan kain putih yang ada kesan darah kering dan tanah merah. Sedang datuk asyik membelekbelek ketul tanah dan kain putih itu, lelaki tuan rumah menghampiri datuk. "Setiap kali benda tu datang, habis perut ayam di makannya”, ujar lelaki itu, dan datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung panjang. Datuk mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua kuali dan periuk dan nasi berselerak. Lebih kurang pukul sepuluh pagi beberapa orang penduduk setempat datang menemui datuk. Mereka bercerita pada datuk, sejak berlakunya peristiwa aneh di kampung tersebut, banyak ayam peliharaan mereka mati akibat ditebuk perutnya oleh makhluk aneh itu. Manakala bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena gelidah. Nasi yang tinggal di periok habis di makan oleh makhluk ganjil itu. Biasanya periuk yang sudah disentuh oleh makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan lagi. Meninggalkan bau yang cukup busuk. Macam selalu datuk memberikan janji untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Datuk juga meminta mereka supaya jangan melakukan sesuatu terhadap lelaki yang isterinya menjadi makhluk ganjil. "Semuanya terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain yang membuat salah dan orang lain pula yang menerima hukuman”, kata datuk memberitahu mereka. Ternyata keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan mereka pun pulang. Selepas sembahyang Zohor, datuk dan saya dengan ditemani oleh Uda Lodin terus menemui Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Mengadakan mesyuarat kecil di dewan orang ramai. Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung bersetuju menyerahkan pada datuk untuk mengatasi masalah yang menimpa kampung. Mereka berjanji akan memberi sebarang pertolangan sekiranya datuk memerlukan pertolongan. Bila mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan kampung sembahyang Asar di surau. Datuk jadi imarnnya. Dari surau kecil, kami pun menuju ke tanah perkuburan. Lelaki malang itu terus menunjukkan kepada datuk, kubur isterinya. Seluruh kawasan kubur isteri lelaki itu di

[14]

periksa. Tidak terdapat sebarang keganjilan. Nisan yang dibuat dari kayu teras berbentuk bunga rebung tetap utuh dibahagian kepala dan kaki. Pokok puding tetap hidup subur. Uda Lodin terus menguisnguiskan dedaun getah kering yang menepuk tanah perkuburan itu dengan ranting getah. Beberapa orang Ahli Jawatan kuasa Kemajuan kampung meminta diri untuk pulang kerana urusan masingmasing. Matahari petang kian menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa sunyi. Dua kali saya mengajak datuk pulang datuk tak mahu pulang. Dia masih mahu mencari sesuatu di situ. Uda Lodin terus membersihkan kubur dan lelaki yang kematian jsteri datuk termenung di pangkal getah. "Pukul berapa sekarang?", tanya Uda Lodin pada datuk. Cepat‐cepat datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung muka Uda Lodin. "Lebih kurang pukul empat setengah”, kata datuk pendek. Lelaki yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju kebahagian batu nisan dibahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun kering yang terdapat di situ. "Lubang”, katanya. Saya segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu kaki bulat. Bila saya mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan menolak saya ke tepi. Kerana hari sudah beransur gelap saya tidak dapat mengagak berapa dalam lubang itu. Datuk mahu menimbus lubang, namun hasrat datuk tidak terlaksana kerana kami tidak membawa cangkul. Uda Iodin menutup lobang itu dengan daundaun kayu kering. "Dah berapa lama isteri kamu meninggal?", mendadak saja datuk menyoal lelaki itu. Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan pepohon keduduk dan anakanak getah yang terpegun dalam kesamaran senja yang kian gelap. Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya takut melihat batubatu nisan yang terpacak. "Hari ini genaplah 44 hari”, jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya terdengar pokok‐pokok kecil di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang. Saya menoleh ke arah bunyi itu. Disebabkan suasana bertambah gelap saya tidak nampak samada pokok‐pokok di situ bergoyang atau tidak. Saya juga mula terdengar bunyi orang mencarikcarik kain dan bunyi papan kena ketuk. Semuanya datang dari arah hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila bunyi itu hilang, saya terdengar bunyi suara orang perempuan menangis. Pada mulanya saya mengira semuanya berpunca dari perasaan saya yang takut. Bila Uda Iodin sendiri memberitahu saya bahawa dia juga mendengar seperti apa yang saya dengar, ternyata saya tidak berkhayal. Satu kenyataan yang berlaku di depan mata yang tidak boleh dilihat. "Ada macammacam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya”, lelaki kematian isteri menyatakan pada datuk dan saya. [15]

Datuk diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat datuk. Kemudian datuk pun mengajak kami pulang. Sepanjang jalan pulang kami terdengar bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila direnung kebelakang, tidak ada apaapa yang kelihatan. Kami berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke rumah tempat dia menginap. Kami meneruskan perjalanan. Datuk bagaikan tahu yang langkah kami diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat dilihat. Datuk menyuruh kami berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat pokok besar, datuk suruh kami bersembunyi di balik pokok itu. "Dah dekat waktu Maghrib ni”, kata datuk yang juga bersembunyi di balik pokok besar. Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati pangkal. Daun itu datuk genggam sambil membaca sesuatu. Datuk pun memberikan daun itu kepada kami. "Kalau kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu. Kemudian kamu gigit pangkalnya dan renung ke depan” Arahan yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang saya lihat amat menakutkan. Saya nampak satu lembaga berjalan terloncatloncat. Bahagian bawah lembaga itu tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan meloncat di atas awangawangan. Bahagian atas atau kepala lembaga itu menajam ke atas. Kain putih yang membalut tubuh lembaga itu sudah koyak penuh dengan darah kering dan selut tanah merah. Lembaga itu menoleh ke arah kami. Bahagian mukanya sudah hancur. Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal kelihatan menggerutu macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke depan. Hidungnya sudah tiada tetapi, giginya masih kukuh dengan rambut hitam terurai atas bahu. Lembaga itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis dan sekejap macam suara orang mengeluh. Serentak dengan itu, terdengar bunyi suara gagak dan suara burung tukang sayupsayup bertingkah dengan bunyi suara burung puyuh jantan. Suasana terasa amat menyeramkan. Lembaga itu terus meloncat ke depan tanpa menoleh ke arah kami lagi. Datuk pun meminta daun serunai laut dari kami. Daun itu datuk genggam dan terus ditanam ke dalam tanah. Dua kali datuk melangkah kawasan yang sudah ditanam dengan daun serunai laut tersebut. "Itulah isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia tidak akan aman. Tetap berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat”, beritahu datuk pada lelaki itu. Saya menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya nampak berubah mengundang rasa kesal yang amat sangat. Belum pun sempat lelaki itu memberikan sebarang jawapan datuk terus mengajak kami pulang. Datuk mengajak lelaki bersembahyang Maghrib di surau. Lelaki itu menolak dengan alasan kepalanya terasa pening. Jadi, saya dengan datuk terus ke surau, sesudah mengambil air sembahyang di kolah, saya terserempak dengan Uda Lodin di kaki tangga surau. Atas permintaan orang‐orang kampung, datuk terus jadi imam untuk sembahyang Maghrib, jadi tugas datuk bersambung lagi. Waktu sembahyang Isyak mereka juga minta datuk jadi imam. Permintaan itu tidak datuk hampakan. Selepas menunaikan sembahyang Isyak datuk bercakap sesuatu dengan ketua [16]

kampung. Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak tahu. Tetapi, selesai bercakap ketua kampung terus bangun dan bercakap dengan lantang. "Saya minta orang yang ada disini mengikut saya ke rumah orang yang mati isteri bersama orang tua ini”, ujar ketua kampung sambil menuding jari kelingkingnya ke arah datuk. Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah itu segera ke luar dari perut surau. Beberapa saat kemudian orang yang diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga surau. Angin malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di tengah surau lalu dibawa turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun. "Kita kesana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu saya minta orang yang ada ini membaca surah Alfatihah dan Qulya di dalam hati, jika ada sesuatu yang ganjil jangan tegur atau direnung” Tiba‐tiba semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin padam dengan sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam gelap malam mengenai tubuh badan orang yang berkumpul. Suasana menjadi gawat. Datuk pun menekup kedua belah telinganya dengan tapak tangan. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya seperti sedia kala, bau busuk mula menerpa ke dalam lubang hidung orang ramai bersama dengan bunyi suara orang ketawa yang amat memanjang. Bunyi bergegar, bagaikan digoyang oleh satu tenaga yang amat kuat. Lampu gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelipkelip datang menuju ke arah kami. Cahaya yang keluar dari punggung kelikelip itu menerangkan sebahagian dari pada halaman surau. Datuk membuka kain ikat kepalanya lalu mengibas ke arah kelipkelip itu hingga kumpulan kelipkelip itu berpecah dan hilang. Beberapa orang yang berkumpul di halaman surau terus menghilangkan diri. Kumpulan yang berjumlah lebih dari dua puluh orang itu menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kirakira lima orang. Datuk tersenyum, dia tahu kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masingmasing. Tidak sanggup berhadapan dengan percubaan dari syaitan. "Kita bergerak sekarang”, kata datuk. Kumpulan yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya berjalan dengan tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Lebih kurang setengah rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang dari kumpulan itu melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar setinggi pokok kelapa berdiri di halaman rumah lelaki itu. "Begini, saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak sanggup bersama saya, sila beritahu saya”, kata datuk. Uda Lodin muncul didepan datuk bersama ketua kampung. Mereka menyatakan tidak sanggup untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk membenarkan mereka pergi. Tinggallah saya bersama datuk dan seorang penduduk kampung yang bernama Kamal. Kami meneruskan perjalanan dan masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu. Sebaik saja berada di depan tangga rumah lelaki itu, Kamal terus jatuh [17]

pengsan sesudah dia melihat wajah seorang perempuan yang amat hodoh memangku kepala lelaki di muka pintu. Datuk terpaksa mengeluarkan sehelai daun sireh dari saku baju sebelah kiri. Daun sireh itu di kunyahkunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan daun sirih itu ke muka Kamal sehingga Kamal sedar dari pengsannya. "Kaumakan daun sirih ini”, datuk menghulurkan secebis daun sirih lain kepada Kamal. Kamal terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah. "Apa rasa kau, ada rasa takut?”, soal datuk lagi. "Tak ada”, jawab Kamal serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di muka pintu terus ghaib. Hanya yang tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian pipi dan pangkal leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu datuk segera melarangnya. "Jangan di sentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk. Saya terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Lelaki yang kelihatan lesu itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke tanah. Datuk membiarkan lelaki itu terkapar dihalaman. Dengan pertolongan sinar gasolin, saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi dia tidak berdaya. Datuk dan saya serta Kamal terus masuk ke bawah rumah. Dalam beberapa saat lembaga perempuan itu muncul dan cuba menghampiri lelaki yang terkapar di halaman. Lelaki itu cuba menjerit. Suaranya tidak keluar. Lelaki itu cuba bangun tapi ternyata dia tidak berdaya. Datuk menepuk bumi dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali. Lembaga dengan wajah yang amat menakutkan itu merenung ke arah kami. Saya dan Kamal tidak sanggup memandangnya, segera merenung ke arah lain. Datuk bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu berhadapan antara satu sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk berkumatkamit membaca sesuatu. Lembaga itu bagaikan ditekan oleh sesuatu kuasa segera sujud di kaki datuk. Datuk tidak ambil kisah lalu mengambil tanah dan dikepalkepalnya tanah itu dengan tangan. "Dari tanah asalmu, ke tanahlah kembalimu”, suara datuk cukup lantang. Tanah yang dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu jeritan yang amat menakutkan berlaku di malam yang sepi. Lembaga itu hilang dan tempatnya segera digantikan dengan beriburibu kelipkelip sambil mengeluarkan cahaya yang amat terang. Kelipkelip itu berkumpul dan memanjang naik ke udara. Datuk segera menyuruh Kamal mengambil cangkul dan kami bertiga meredah malam menuju ke tanah perkuburan. Saya membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan yang kami temui siang tadi. Datuk tanpa membuang masa terus merebut cangkul dari tangan Kamal. Lubang yang terpelohong segera datuk timbus. Sebaik saja lubang di timbus, terdengar suara ribut yang amat kuat, dahandahan kering berjatuhan. Batu nisan di perkuburan saya lihat bagaikan bergerakgerak. Bila suara ribut hilang [18]

tanah perkuburan kelihatan terang dari cahaya kelip yang datang beriburibu banyaknya. Saya terdengar suara orang menangis. "Kita pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat”, kata datuk dan kami pun terus pulang. Waktu kami sampai di rumah lelaki itu hari sudah subuh. Lelaki malang itu masih terkapar atas tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih. "Kau ampunkanlah dosa isterimu”, bisik datuk pada lelaki itu. "Saya bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya”, terang lelaki itu dengan jujur. Hari beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki itu ke perigi lalu memandikannya. Datuk pun membasuh kepala dan muka lelaki itu dengan air daun pisang dara. Datuk juga membasuhkan seluruh tubuh lelaki itu dengan air bunga tujuh jenis dan tujuh warna. Kedua belah tapak kaki dan tangan lelaki itu dibasuh oleh datuk dengan air tanah liat. Akhirnya, datuk menjiruskan air penawar dari kepala ke kaki lelaki itu datuk merimbaskan badan lelaki dengan kain hitam sebanyak tiga kali. Dengan penuh teliti, datuk menyarungkan kain pelikat ke badan lelaki malang itu dalam keadaan terbalik. Cara menyarungnya juga agak ganjil iaitu, dari kepala ke kaki. Datuk membawa lelaki tersebut pulang ke rumahnya. Datuk minta lelaki itu baring di muka pintu dan datuk meletakkan batang tepus atas dada lelaki itu. Datuk berdiri di anak tangga terakhir sambil matanya menatap wajah lelaki itu. "Kau sekarang bangun perlahan dengan tangan kiri kau menolak batang tepus hingga ke hujung kaki”, kata datuk dan lelaki itu patuh dengan apa yang dikatakan oleh datuk. "Sekarang, tak ada suatu apa pun yang mesti kautakutkan. Tugas aku sudah selesai”, beritahu datuk pada lelaki itu sambil melangkah ke dalam perut rumah. Datuk duduk dengan tiang seri menyandarkan badannya. Saya bersandar dekat dinding. Matahari pagi kian meninggi, sudah masuk pukul sepuluh pagi. Saya kira bila kerja datuk sudah selesai tentu dia akan pulang. Paling lewat tiga atau empat petang kami akan meninggalkan Kuala Terong, fikir saya dalam hati. Lelaki yang sudah diubati oleh datuk terus menghidangkan kopi pada saya dan datuk. Lelaki itu sendiri menuangkan air kopi ke dalam cawan. "Minumlah. Goreng pisang belum masak”, ujar lelaki itu. Datuk senyum. Saya terus menghirup kopi. Tiba‐tiba saya terse‐dak. Air kopi bersembur ke atas lantai. "Kenapa?", suara datuk keras. [19]

Biji matanya terbeliak merenung wajah saya. Hati saya jadi ke‐cut bila datuk memandang demikian. "Kopi ni panas tok”, ujar saya. "Kalau dah tahu panas, kenapa kau telan. Apa kautak boleh tunggu sampai air itu sejuk”, teka‐nan suara datuk cukup keras dan meninggi. Wajahnya masam. Saya tahu, datuk memang tidak senang dengan perangai gelojoh saya itu. Datuk mahu saya menjadi manusia yang penuh sopan santun, bila menghadapi hidangan terutama sekali bila berada di rumah orang. "Tak apalah tu. Tapi Kamal mana dia?", tanya lelaki itu sambil menyapu air kopi yang tumpah di lantai dengan kain buruk. "Dia terus balik”, jawab saya. "Oh begitu, saya tak sedar. Uda Lodin juga tak nampak batang hidungnya”, tingkah lelaki itu lagi. "Uda Lodin tu penat”, datuk bersuara tenang. Lelaki itu tersenyum. Tanpa memberitahu saya dan datuk, lelaki itu terus ke dapur. Datang semula sambil membawa sepiring goreng pisang. Kami pun makan bersama. Memang sedap makan goreng pisang panas bersama air kopi. Bila sarapan pagi sudah selesai, datuk menghampiri lelaki yang isterinya menjadi hantu itu sambil berkata: "Kau ampunkan dosa isterimu?" "Saya ampunkan" "Kalau begitu, malam ini kita adakan majlis tahlil" "Saya tak ada wang" "Aku beri kau wang”, nada suara datuk cukup tegas. Datuk selok saku dan mengeluarkan wang. Dengan wajah yang agak cemas lelaki itu menerima wang pemberian datuk. Saya juga hairan dari mana datuk memperolehi wang. Setahu saya sewaktu datang dulu, datuk tidak banyak membawa wang. Saya segera menghampiri datuk dan terus bertanya dari mana dia dapat wang. Datuk menerangkan pada saya, bahawa wang yang diberikan pada lelaki itu adalah daundaun kering. Dalam tempoh tertentu wang itu akan akan jadi daun kembali. "Kenapa tok buat begitu?" "Untuk menolong orang susah" "Rugilah orang yang menjual barang padanya"

[20]

"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual barang tersebut" Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada dirinya. Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa di duga atau dijangka oleh sesiapa. Berdasarkan pada itulah saya lebih senang mengikutinya walau ke manamana. Dan majlis tahlil pun berlangsung di rumah lelaki itu. Lima belas orang telah hadir. Datuk sendiri jadi tukang masak dan membacakan doa. Bila acara majlis itu selesai, datuk memberitahu pada orang yang datang itu bahawa apa yang berlaku itu adalah petunjuk dari Allah untuk renungan manusia yang masih hidup. "Jadikanlah ini sebagai contoh dan tauladan. Allah dapat menunjukan kebesaran dan kekuasaanNya pada bilabila masa”, nada suara datuk menurun. Orang yang berada dalam rumah tertegun. Tumpukan perhatian pada cakap datuk. ”Jika kamu sayangkan isteri kamu, cuba elakkan atau kawal diri mereka dari jadi penderhaka pada kamu. Isteri yang derhaka pada suami, tidak akan mencium bau syurga” "Tetapi, suami akan berdosa besar, kalau menggunakan taat setia seorang isteri untuk mencari kesempatan”, datuk mengakhiri cakapnya. Bila semua tetamu malam itu pulang, saya dan datuk mengambil tempat di ruang hadapan untuk tidur. Lelaki itu tidur dalam bilik, manakala Uda Lodin tidur di rumah lain. Uda Lodin bimbang kalau dia tidur di situ, pengalaman ngeri yang dilalui akan terulang lagi. Lebih kurang pukul dua belas malam lelaki itu mengejutkan datuk. Saya secepat kilat bangkit dari baring. "Ada apa?" tanya datuk. ”Bagaimana cara saya nak ampunkan isteri saya?" "Hum..", datuk garu pangkal kening. "Saya termimpikan dia menangis di atas tanah lapang”, ujar lelaki itu lagi. Saya sandarkan badan ke tepi dinding. Datuk pun menyoal lelaki itu waktu bi‐la ia mengalami mimpi itu. Apakah masa dia mahu tidur tadi badannya bersih dan ada membaca ayatayat suci. "Masa saya masuk tidur saya ada air sembahyang. Sebelum tidur saya membaca ayat al Kursi”, jelas lelaki itu. "Isteri kau mengharapkan keampunan dari kau?" "Apa yang mesti saya buat?" tanyanya lagi. [21]

Datuk bangkit dari tidur. Datuk berjalan di kawasan ruang itu dua tiga kali. Suasana malam cukup sepi. "Kau pergi ke kubur isterimu tujuh pagi. Bacakan surah Yassin. Setiap kali kau sembahyang subuh, berdoalah pada Allah minta dosa isteri kau diampun‐kan", itu nasihat datuk pada lelaki malang itu. "Saya buat. Saya mahu rohnya tenang dan damai. Saya ampunkan dosanya”, kata lelaki itu. Dia pun meninggalkan saya dan datuk di ruang hadapan. Malam itu tidur saya cukup nyenyak. Bila bangun pagi, badan terasa segar lebihlebih lagi bila mandi embun bersama datuk. Kulit badan terasa sejuk dan kelihatan kemerahmerahan. Pagi itu saya bersama datuk meninggalkan Kuala Terung menuju ke pekan Pekan Terung. Datuk terus menemui Uda Lodin yang memang menanti kedatangannya. "Kita balik berasinganlah”, beritahu datuk pada Uda Lodin. "Sebab?" "Aku nak pergi ke pekan minggu di Changkat Jering. Aku nak beli parang" "Bagaimana bayaran ubat menolong orang tu? Saya dah minta pada orang kampung tiga ratus ringgit. Mereka setuju bayar" Dahi datuk bergerakgerak. Biji matanya macam berputarputar merenung muka Uda Lodin. Datuk terus memegang batang leher Uda Lodin. "Kenapa ni?”, Uda Lodin terkejut. "Ingat aku bukan cari makan dengan cara ini. Aku menolong orang kerana Allah, bukan niat aku nak buat harta dengan ilmu yang ada pada aku ni. Ilmu ini pemberian Allah untuk menolong orang. Aku nak hidup mesti berusaha cara lain. Lagi sekali kau cakap macam itu, aku patahkan batang leher kau”, cukup keras suara datuk. Dua tiga orang yang lalu di situ berhenti. Mereka mendekati datuk dan Uda Lodin. Salah seorang daripada mereka menyangka datuk dan Uda Lodin ber‐gaduh, lalu menasihati datuk dan Uda Lodin supaya berdamai. "Jangan campur, ini urusan kami”, ujar datuk pada orang itu. Dengan wajah yang tersipusipu orang itu menjauhkan diri dari datuk dan Uda Lodin. "Kau pergi beritahu pada orang yang kau cakapkan mahu wang, katakan apa yang aku buat itu semuanya percuma. Tak kena bayar satu sen pun”, datuk mengeluarkan perintah pada Uda Lodin. Tanpa banyak cakap Uda Lodin terus naik bas yang memang menanti penumpang untuk pergi ke Kuala Terung. Datuk terasa lega. "Kawan ni adakalanya jadi racun”, rungut datuk sebaik saja bas bergerak menuju ke Kuala Terung.

[22]

Datuk yakin Uda Lodin akan memberitahu pada orang tertentu dengan apa yang di katakan oleh datuk padanya. Saya dan datuk terus menahan teksi yang dipandu oleh pemuda berbangsa Cina menuju ke pekan minggu Changkat Jering. Memang, tujuan utama datuk ke situ untuk membeli sebelah parang panjang. Setelah membayar harga teksi tersebut, saya dan datuk terus masuk ke dalam gerai menjual buahbuahan kampung hingga ke gerai makanan, saya dengan datuk berjalan dalam suasana tenang. Akhirnya, kami pun sampai ke gerai yang menjual golok serta parang ke‐punyaan Usman Rumba dari Sayong, Kuala Kangsar. Di samping menjual golok dan parang, Usamn Rumba juga menjual labu sayung atau labu air yang terkenal itu. Datuk memberi sebilah parang panjang berulukan tanduk kerbau serta tiga biji labu air. Setelah membayar harga barang yang kami beli, datuk pun mengajak saya pergi ke gerai kopi yang berhampiran dengan balai polis di situ. Waktu mahu masuk ke gerai ter‐sebut, seorang angota polis lengkap dengan pakaian seragam dengan pistol terselit di pinggang, berlari ke arah datuk. Polis itu menepuk bahu datuk dari belakang. Darah saya tersirap. Apakah salah yang telah datuk lakukan? Kenapa datuk mesti di tangkap? Persoalan itu timbul dalam tengkorak kepala saya. "Kau Atan”, ujar datuk sebaik saja matanya tertumpu ke wajah anggota polis yang berusia kira‐kira empat puluh tahun itu. Anggota polis itu me‐nyatakan rasa kagumnya kerana datuk masih dapat mengingatinya, walaupun sudah hampir dua puluh tahun tidak bertemu. Anggota polis itu berasal dari Johor dan pernah bertugas di balai polis Pekan Bruas sekitar tahun 19431945. Awal tahun 1946 dia ditukarkan ke balai Polis Umbai, Melaka. Sejak itu hubungannya dengan datuk putus sarna sekali. "Ini siapa?", tanya anggota polis itu pada datuk sambil merenung muka saya. "Tamar cucu aku”, jawab datuk. Anggota polis tersenyum. Dia memberitahu datuk bahawa anak sulungnya yang sebaya dengan saya sudah bekerja sebagai anggota polis dan ditempatkan di Kuala Terung juga. Kemudian Atan (anggota polis), mengajak saya dan datuk ke rumahnya. Barangkali ada tujuan yang ter‐tentu. Paling kurang, dia mahu menuntut ilmu dari datuk, fikir saya. Memang tepat apa yang saya duga. Dia memang sudah lama mencari datuk untuk diajak ke Batu Pahat. Dia menyatakan hanya datuk seorang saja yang boleh menyele‐saikan masalah yang di hadapi oleh pihak keluarganya. Sudah banyak pawang dan dukun terkenal dipanggil ke tempatnya. Tetapi, mereka tidak berjaya mengatasi masalah yang yang menimpa keluarga anggota polis itu. "Apa masalahnya?”, soal datuk. "Kubur anak saudara saya berasap" "Kuburnya berasap?" datuk terkejut.

[23]

"Biasanya kubur itu berasap pada sebelah pagi dan senja. Serentak dengan itu orang yang dekat tanah kubur terdengar suara orang menjerit minta tolong”, terang anggota polis itu. Datuk terdiam. Datuk tidak jadi minum kopi yang di hidang oleh isteri anggota polis itu. Saya kira datuk terkejut dengan apa yang didengarnya itu. Lama juga datuk termenung. Dahinya berkerut. Belum pemah dia mendengar dan berhadapan dengan peristiwa semacam itu. "Ada gambar anak saudara awak tu di sini Atan?", datuk renung muka anggota polis itu. "Ada, nanti saya ambilkan”, anggota polis masuk ke dalam bilik dan keluar dengan sekeping gambar poskad ditangan. Gambar itu diserahkan pada datuk. Lama juga datuk merenung wajah anak saudara anggota polis tesebut. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk memulangkan gambar tersebut pada anggota polis yang berasal dari Johor itu. "Saya boleh cuba”, pendek datuk memberikan jawapan. "Terima kasih”, wajah anggota polis itu saya lihat berseriseri. Senyumnya tidak putusputus bermain dibibir. "Bila kita akan pergi?”, tanpa sabarsabar anggota polis itu mendesak. Datuk menggigit bibir sambil merenung ke wajah saya. "Minggu depan, kita bertolak petang" "Eloklah tu, saya boleh minta cuti" "Cara nak pergi macam mana? Pergi bersama atau bersingan?”, datuk mengajukan pertanyaan. "Kita pergi dengan kereta saya”, lega hati saya mendengar pengakuan dari anggota polis itu. Saya tahu, kalau berasingan, datuk akan menunggang harimau peliharaannya waktu malam. Satu cara yang amat tidak saya sukai. Seram sejak badan saya memaut batang leher harimau, meskipun harimau itu jinak dan boleh diurut ekor dan kepalanya. Datuk terus memberi alasan kenapa dia terpaksa pergi ke Batu Pahat minggu depan. Pertama dia mahu menemui isteri mudanya (orang bunian) sebelum berjalan jauh. Kedua, dia perlu menghubungi harimau belaannya untuk jadi pengiring ketika dia berada di sana. Dan ketiga datuk perlu membuat persiapanpersiapan yang tertentu. Sementara menanti minggu depan, saya dan datuk pulang ke kampung. Sernasa berada di kampung boleh dikatakan setiap malam datuk memanggil harimau belaannya datang ke halaman rumah. Datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih dan menyediakan air dalam bekas buluh gading. Datuk bermainmain dengan harimau di bawah cahaya bulan yang sedang mengambang dan datuk memberitahu pada harimau belaannya itu supaya pergi ke arah selatan tanahair. Kadangkadang saya lihat datuk duduk atas belakang harimau dengan isterinya orang bunian menuju ke arah Bukit Kota. Anehnya, bila saya bangun dari tidur pada esok harinya, saya dapati datuk berada di rumah. Waktu bila dia pulang saya sendiri tidak tahu. [24]

Pagi Selasa itu, sebuah kereta Austin 1100 bercat merah yang dipandu oleh Atan (anggota polis) datang ke rumah datuk. Mana barang yang difikirkan perlu dimasukkan ke dalam bahagian belakang kereta itu. Tepat pukul sepuluh kami pun bertolak. Lebih kurang pukul empat petang kami pun sampai di Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur. Kami singgah di rumah Kadir Khan, pangkat abang ipar kepada Atan (Kadir Khan baru saja ditauliahkan menjadi sarjan di Balai Polis tersebut). Balai polis Cheras kami tinggalkan setelah menunaikan sembahyang Maghrib. Sepanjang perjalanan datuk tidak putusputus bercerita dengan Atan. Ternyata banyak yang datuk tahu tentang keluarga dan sanaksaudara Atan. Perjalanan yang amat membosankan itu saya isikan dengan tidur. Bila jaga saya akan melihat keluar. Pemandangan malam memang tidak menyenangkan hati saya. Saya juga tidak pernah bertanya pada datuk, bandar atau pekan yang dilintasi oleh kereta yang saya naik itu. Buat apa bertanya, buat penat mulut saja. Tidak banyak kendaraan yang kami temui atau berselisih dengan kami sepanjang perjalanan. Badan terasa cukup sejuk. Bila saya melihat keluar, saya terasa takut melihat hutan dan bukit yang tertegun di kiri kanan jalan. Tiba‐tiba saya terasa Atan memperlahankan laju keretanya. "Pukul berapa?", saya terdengar suara datuk. Atan tidak tidak menjawab pertanyaan itu. Kereta bagaikan ditarik sesuatu dari belakang. "Pukul dua” "Kita dekat mana ni Atan?" "Dekat Sungai Rambai, dah dekat sempadan Johor" Saya terasa cukup resah. Saya yakin kereta yang saya naiki itu tidak bergerak. Walaupun Atan menekan minyak dan dan memutar setering. Saya panjangkan leher ke depan. Kepala saya hampir saja mahu menyentuh kepala Atan. Saya terkejut besar. Saya lihat muka Atan pucat. Matanya tajam merenung ke depan. Ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada kami. "Tok”, saya mecuit bahu datuk, ”kereta kita tidak berjalan tok”, tambah saya lagi. Datuk anggukkan kepala. Secara mengejutkan saja, datuk menampar dahi Atan. Saya lihat Atan terpingapinga macam orang bangun tidur. Dia menyebutkan sesuatu mengenai kereta yang di pandunya tidak bergerak. Empat tayar kereta bagaikan terlekat pada sesuatu. Tidak ada sebuah pun kereta yang lalu untuk diminta pertolongan. Suasana cukup gelap. Datuk membaca sesuatu dan menghembus pangkal telinga Atan. "Mengucap Atan”, kata datuk. Atan pun mengucap dan datuk tahu bahawa Atan sudah pulih dari keadaan khayalan. Bila datuk bertanya pada Atan kenapa dia jadi demikian, Atan menyatakan yang dirinya berada di satu tempat lain yang indah, diapit oleh wanita sambil mendayung sampan.

[25]

"Kau diresapi syaitan penunggu”, bisik datuk ke telinga Atan. Dengan pertolongan lampu kereta, saya melihat tubuh manusia tanpa kepala sedang menunggang basikal. Saya segera memberitahu pada datuk dan Atan. Rupanya mereka melihat apa yang saya lihat. Tubuh manusia tanpa kepala yang naik basikal itu kian hampir pada kami dan berhenti betulbetul di hadapan kereta yang di pandu oleh Atan. Jentera kereta sertamerta mati. Datuk buka pintu kereta, saya dan Atan pun keluar sarna. Dada saya berdebar. Jalan raya itu terasa kosong benar. Tidak ada kenderaan yang lalu, tidak ada manusia yang berjalan. Dari hutan kecil di kiri kanan jalan raya terdengar bermacammacam bunyi. Ada bunyi air terjun, ada bunyi suara orang menyanyi. Hati saya jadi kecut, lembaga tanpa kepala itu turun dari basikal. Saya lihat batang lehernya berlubang penuh dengan uraturat yang bertuntai atas dada. Darahnya meleleh di seluruh badan. "Syaitan”, jerit datuk. Mulutnya membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu lalu dilemparkannya ke arah lembaga tanpa kepala. Lembaga itu menjerit dan terus melompat ke atas basikal. Kami segera masuk kereta. Datuk menyuruh Atan mengekori lembaga itu. Bila sampai ke kawasan Sungai Kesang, lembaga tanpa kepala itu terus hilang. Sampai ke Batu Pahat hal itu diceritakan oleh Atan pada kawankawannya. Menurut kawankawan Atan, tubuh tanpa kepala itu memang selalu mengacau pemandu kendaraan. Menurut mereka tubuh tanpa kepala itu berasal dari tentera Gurkha yang di pancung oleh tentera Jepun dalam perang dunia yang kedua dulu. Lebih kurang pukul sembilan pagi pada hari Isnin, kami pun sampai ke Kampung Jorak Ilahi. Atan memperkenalkan datuk dengan ayah saudaranya iaitu, Omari berusia lebih kurang enam puluh tahun, ada ladang kelapa dan kopi. Pada mulanya, datuk membuat keputusan untuk menginap di masjid berhampiran tanah perkuburan itu. "Tidur di rumah saya. Masjid itu dikawal jin”, Omari memberitahu datuk. Kemudian Omari pun bercerita tentang beberapa keanehan yang terjadi pada masjid itu. Datuk tidak begitu tertarik dengan cerita tersebut. Datuk hanya tertarik tentang kubur anak Omari yang berasap dan menjerit waktu senja dan pagi. Setelah berbincang dengan Omari dan Atan, datuk bersetuju melihat kawasan kubur yang di katakan itu. Bila bunga senja mula jatuh di seluruh Kampung Jorak Ilahi, datuk pun memakai seluar hitam dan baju hitam. Datuk ikat kepala dengan kain merah. “Biar saya tinjau dulu dengan cucu saya”, beritahu datuk pada Omari dan Atan. Kedua‐duanya anggukkan kepala tanda setuju. Omari menyerahkan pada datuk sebatang anak kopi berdaun tiga. Memang, datuk menyuruh Omari menyediakannya untuk tangkal. Waktu saya dan datuk sampai di pinggir jalan kawasan perkuburan, tengkok saya terasa seram. Ada bunyi suara burung murai batu dan puyuh tanah. Suasana sekeliling kelam dan samarsamar. Datuk dan saya berdiri tenang menghadapi batubatu nisan yang memenuhi tanah perkuburan. [26]

Angin yang bertiup menolak dedaun di tanah perkuburan. Dedaun itu berlaga sesama sendiri dan melahirkan bunyi air ombak diselangseli dengan bunyi orang ketawa. Terdengar bunyi suara jampok dan burung hantu kubur mengkaiskais tanah. Secara mendadak saja saya memeluk tubuh datuk, bila saya terdengar bunyi suara orang menjerit dan minta tolong di tanah perkuburan dalam suasana senja yang bertambah gelap. Tanpa banyak bercakap, datuk mengheret saya ke tengah kawasan perkuburan. Langkah kami mati bila berhadapan dengan sebuah kuburan yang mengeluarkan asap nipis dari rekahan tanah antara dua batang nisan. Datuk pun membakar liIin. Asap itu jelas kelihatan macam wap yang keluar dari ketul ais. Suara orang minta tolong dan ampun menendang gegendang telinga saya. Suasana di kawasan perkuburan itu amat menakutkan saya. Saya masih dapat mengawal perasaan. Datuk pun memadamkan api yang membakar sumbu lilin. Nyamuk mula menggigit cuping telinga dan muka. Dalam samarsamar senja itu datuk memandang wajah saya tepattepat. "Kita balik saja”, kata datuk. "Kenapa?" "Jangan banyak soalan, ikut cakap aku" "Tapi tok.." "Jalan”, pekik datuk. Saya lihat wajah datuk lain macam. Langkah datuk cukup cepat. Saya lihat tapak kakinya bagaikan tidak menyentuh bumi. Supaya tidak ketinggalan jauh darinya, saya terpaksa berlari tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudian saya terdengar bunyi yang ganjil dari arah belakang, macam bunyi tapak kaki orang memburu saya. Bila di toleh ke belakang tidak ada suatu pun yang saya nampak kecuali dedaun rumput menutup bumi yang runduk kena pijak. Saya terdengar bunyi suara reriang rimba yang bertalitemali. Bunyi‐nya berubah dari satu pokok ke satu pokok. Bunyinya cukup nyaring dan memanjang pula. Kata nenek, kalau reriang rimba berbunyi dalam bunga senja dan bunyinya tidak putus, membawa alamat ada penghuni kampung yang akan meninggalkan kampung dan tidak akan kembali hingga hari kiamat. "Siapakah yang akan mati?", timbul pertanyaan dalam hati kecil saya. Tentu saja pertanyaan itu tidak akan menerima jawapan dari sesiapa. Barangkali, kalau pertanyaan yang sama diajukan pada datuk kemungkinan menerima jawapannya cukup cerah. Sayang, saya tidak berani bertanya padanya. Datuk terus melang‐kah. Saya renung ke kiri. Pokok getah berdaun lebat tertegun kaku. Saya toleh ke kanan, pohon‐pohon koko yang berbuah rapatrapat tidak bergerak. "Tok”, mendadak saja memanggil nama datuk dalam warna senja yang kian gelap itu.

[27]

Datuk berhenti. Entah macamana sepasang mata saya tertumpu pada sepasang kakinya yang tidak memijak bumi. Saya kedutkan kening dan dahi. Belum pernah saya melihat datuk dalam keadaan demikian. Hati saya mula raguragu. Apakah saya berhadapan dengan datuk atau dengan satu makhluk asing yang menyerupai datuk. Bagi membuktikan apakah datuk yang wujud di hadapan saya itu datuk yang sebenar atau sebaliknya, saya segera menarik hujung bajunya dengan sekuat hati. Badan saya bagaikan ditarik oleh satu kuasa menyebabkan saya terdorong ke depan. Bahu sebelah kanan saya menyondol pangkal belikat datuk. Kemudian saya terasa satu hentakan yang amat kuat mengenai pangkal telinga kanan saya. Seluruh badan terasa lemah. Saya tidak mendengar apaapa. Semuanya terasa sunyi dan sepi. Saya tidak tahu, berapa lama saya berkeadaan demikian. Saya tersedar apabila badan saya digoyang oleh datuk beberapa kali. Telinga saya diasak dengan bacaan ayatayat suci. Bila saya membuka mata, saya lihat datuk tersenyum. "Saya lihat datuk ber.." "Aku faham”, datuk memotong cakap saya dan menyuruh saya bangun. Suasana sekeliling bertambah kelam. Bunyi suara burung kuangkuik cukup jelas kedengaran. Kata orang tuatua, burung itu berbunyi dari atas kepala harimau. Ada juga yang mengatakan burung itu jadi kepala jalan kepada hantu dan syaitan. Sering berbunyi waktu senja begini dan tengah malam menjelang subuh. Saya tidak boleh bangun. Kedua belah sendi lutut saya terasa longgar, tidak mampu menahan badan saya agak gemuk ini. Bunyi suara burung kuangkuik semakin dekat. Saya cemas dan saya faham, kalau tidak kena caranya saya dan datuk akan jadi korban harimau. "Kita dalam bahaya tok. Rumah Omari agak jauh tok" "Tak apa. Sepatutnya kau tidak boleh menegur aku bila melihat aku dalam keadaan yang ganjil" "Kenapa tok tak cakap tadi?" "Aku terlupa”, kata datuk dengan wajah yang kesal. Tanpa diminta, datuk menerangkan pada saya bahawa, dia terpaksa berjalan atas angin untuk menghindarkan sebarang kejadian buruk. Menurut datuk jarak tapak kakainya dengan bumi lebih kurang satu kaki setengah ruang yang kosong antara tapak kaki dengan bumi akan dilalui oleh angin yang boleh me‐misahkan kuasa jahat dari meresap ke dalam tubunya. "Apa dia kuasa jahat tu tok?", tanya saya. "Jin tanah atau jembalang tanah" "Ganjil benar bunyinya. Ini dah tahyul tok”, kata saya sambil tersenyum.

[28]

Belum pun datuk memberikan ja‐wapan pada pertanyaan itu, saya tercium satu bau yang agak ganjil. Suara burung kuangkuik terdengar dari dahan pokok atas kepala. Datuk masih juga bertenang. Dia suruh saya berdiri tetapi saya tidak berdaya. "Kalau aku berjalan memijak bumi tadi, tentu saja aku lumpuh semua badan. Tempat ini agak keras”, dengan mendadak saja datuk memberitahu saya. Datuk juga menyatakan, sekiranya saya tidak menarik bajunya, perkara itu tidak berlaku pada diri saya. Sebabnya, ketika dia berjalan tadi semangat dan perasaannya sudah disatukan dengan semangat saya. Datuk pun memicit buku lali kanan saya. Mulutnya terkumatkamit membaca sesuatu. Hari bertambah gelap. Bunyi reriang rimba tidak kedengaran lagi. Ternyata usaha yang datuk lakukan tidak dapat memberikan kejayaan. Saya tidak mampu berdiri dan saya rasa tempurung lutut sudah tidak wujud pada tempatnya. "Kau tahu Tamar kenapa aku berjalan atas angin?" "Tak tahu" "Kau perlu belajar dan mengenal adat budaya dan kepercayaan nenek moyangmu yang tidak lari dari asas agama Islam" "Maksud tok?" "Manusia tidak dapat melarikan diri dari empat unsur ini iaitu, tanah, air, api dan angin. Begitulah yang dikatakan oleh guruku" "Sebab apa begitu tok?" "Kalau tidak ada bendabenda ini, manusia tidak akan dapat bergerak atas alam ini" "Maksud tok memang saya tak faham" "Mudah saja. Manusia berasal dari tanah akan kembali ke tanah. Air pula mesti ada dalam tubuh manusia. Api yang bermaksud darah mesti ada dalam diri manusia. Begitu juga dengan angin, jika tidak ada angin manusia tidak akan boleh bemafas" Saya terdiam mendengar keterangan dari datuk itu. Lalu dia menyatakan makhluk lain sama ada dari jin dan sebagainya juga bergantung pada perkaraperkara yang disebutkan itu. "Pada zahirnya, engkau nampak kakiku tidak memijak bumi. Tetapi dari segi kebatinannya aku tidak terpisah dengan bumi, seluruh pancaindera bertaut rapat dengannya. Kerana itu aku tidak boleh bercakap atau mengerakkan tubuhku. Bila bergerak, kuasa jahat akan meresap ke tubuhku”, datuk pun memberikan penjelasan.

[29]

Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan sendirinya sudah terjawap. Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan tajam sekali. Dari sinar matanya itu, datuk seolaholah berkata begini: “Jangan kau tanya lagi hai cucuku, Tamar Jalis” Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya bergerakgerak dan dalam samarsamar senja itu sinar matanya seakanakan bercahaya. "Kau datang sayang”, kata datuk. Harimau bergerak untuk menghampiri datuk. Dengan tenang datuk menghulurkan lengan tangan kanan kanannya pada harimau itu. Lidah harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan kanan merebahkan bulubulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat. Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk merabahraba misai harimau, dan harimau besar itu menguap panjang. Taringnya yang tajam berwarna putih jelas kelihatan. "Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya”, ujar datuk lagi. Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak kekanan sambiI menggerakgerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun menguruturuturut badan harimau itu berkalikali. "Cucuku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya” Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu menggeliat dengan kedua belah kaki depannya mencengkam bumi. Manakala kedua belah kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan bahagian belakang badannya meninggi dan bahagian kepalanya rendah separas bumi. Harimau itu mengaum kecil sambil membetulkan kedudukan badannya seperti asal. "Kau harus membuatkan senaman macam harimau ini untuk menguatkan pinggang dan uraturat kaki dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh. Jadikan amalan setiap pagi dan petang”, kata datuk pada saya sambil menyuruh saya melihat gerakgeri harimau tersebut. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk pada saya, lalu mengulangi perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut‐turut. Dengan tenang harimau itu membuka mulutnya luasIuas lalu menjulurkan lidahnya hingga ke pangkal leher. Dengan tenang harimau itu menghampiri saya. Apa yang saya rasai ialah rasa geli dan sejuk di bahagian kepala lutut, bila lihat harimau itu menjilat kulit badan saya dari kepala lutut hingga ke buku lali. Sesekali saya terasa gigi harimau yang tajam itu berlarilari lembut atas tempurung lutut. Saya kira lebih kurang tiga minit harimau itu menjilat dari tempurung kepala hingga ke buku lali. Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip mata. Burung Kuangkuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun. Memang menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya boleh melangkah dengan penuh tenaga dan kekuatan. "Bagaimana? Kau kuat sekarang?" "Ya tok, saya kuat" [30]

Tiba‐tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri betulbetul disebelah kanannya. Datuk pun meletakan tangan ke atas bahu saya. "Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan”, ujar datuk. Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan rasa melayang. Bunyi angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya bagaikan terkhayal sejenak. "Sedia” Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki saya memijak bumi. Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun berada di kaki tangga rumah Omari. Dengan wajah yang tenang Omari menjemput kami naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib hampir tiba, saya dan datuk tergesagesa mandi dan mengambil air sembahyang. Datuk dan Omari berbualbual di ruang tengah sementara menanti waktu Isyak. Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan untuk makan malam sekadar yang termampu olehnya. Malam itu kami makan nasi beras bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng serta sambal belacan. Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Untungnya, kami makan sesudah menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak sudah pasti saya rasa tidak selesa untuk rukuk dan sujud. Lebih kurang pukul sepuluh malam, saya dan datuk meninggalkan rumah Omari menuju ke masjid. Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya berhatihati bila tidur dalam masjid tersebut. Menurutnya, sudah banyak orang dicampak keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh dan ikut suka hati. Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam. Berdasarkan dari keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang ganjil kalau masjid itu dipanggil masjid jin. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati saya ialah untuk sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah perkuburan yang amat luas. Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn tanpa membawa pelita minyak tanah atau lampu suluh. Sedang kami berjalan, tiba‐tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia bergerak dalam gelap di celahcelah batu nisan yang terpacak kejap di situ. "Datanglah. Aku kenal awak. Samasama anak Adarn”, nada suara datuk cukup keras. Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher. Saya segera merapatinya. "Keluarlah”, ujar datuk lagi. Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap oleh datuk. Saya dan datuk terus tegak kaku di situ. Dalam gelap itu saya rasa ada orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan mendadak kirakira dalam jarak enam kaki tingginya. Bila datuk berdiri semula di tempat asalnya, dia sudahpun memegang pergelangan tangan seorang lelaki tua. [31]

"Nyalakan lampu minyak tanah kau" Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu, jelas kelihataan wajah lelaki dalam usia lima puluhan. Wajahnya pucat sungguh. "Dari mana kau?", soal datuk. "Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit" "Kubur siapa?" "Anak Omari" "Kau siapa?" "Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini dan saya tinggal di pondok belakang masjid" Bagi mempastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk lain yang menjelma sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah. Tanah itu datuk gosokkan ke lengan lelaki itu. Datuk senyum, Mohammad Tammat memang manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan ke lengannya melekat di kulit. Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu ditekan kedalam uratnya. Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati Mohammad Tammat sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam masjid tersebut. Bila semua urusannya selesai Mohammad Tammat pun pulang ke pondoknya. Memang ada terasa seram sejuk bila berada dalam masjid tersebut. Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid berhampiran dengan tingkap dan pintu. Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang datuk terus membaca alQuran. Saya akhirnya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut memakai serban dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada cahaya ketenangan di wajahnya. "Kau tidur di sana nak”, katanya tenang. "Terima kasih" Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditujukkannya. Datuk terus membaca alQuran. Sila lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang lelaki memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar datuk membaca ayatayat suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau silap segera ditegur. Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada lampu letrik. Saya terus tidur dan bangun bila terdengar suara azan subuh memukul gegendang telinga. Saya segera mengambil air sembahyang. Dalam sekelip mata saja, saya dapati masjid itu sudah dipenuhi dengan manusia untuk sembahyang subuh. Sebelum memulakan sembahyang saya bersalam dengan seorang imam. Tidak banyak perkataan yang diucapkan ketika saya berjabat salam dengannya. Dia lebih banyak membaca Allahu Akbar. Datuk saya lihat cukup tenang berhadapan dengan orang‐orang yang tidak dikenali itu. Saya sembahyang agak jauh [32]

dengan datuk. Lepas sembahyang orang‐orang itu bersalaman antara satu sama lain. Akhirnya bersalaman dengan saya sebelum meninggalkan masjid. Pak imam yang berbadan tegap adalah orang yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai dihalaman masjid, dia berpatah balik mendapatkan datuk. "Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?", soalnya. "Memang, ada hajat besar" . "Apa hajatnya?" "Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur" "Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu" "Maksud pak imam?" "Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang yang menyiramnya tu, tidak berapa sempuma” "Saya kurang faham" "Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam ada tempat ibadat, memang elok sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan semangat persaudaraan sesama Islam. Sembahyang seorang dengan sembahyang jemaah berbeza pahalanya”, kata pak imam itu dengan senyum. Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik datuk itu akan berjaya. "Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala kejadian yang berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di dunia”, itulah kata‐katanya yang diucapkan pada datuk dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di halaman masjid. Batang tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik sampai ke arah sebarang pokok. Bila saya menoleh ke dalam masjid, saya lihat datuk terus membaca ayatayat suci alQuran. Suasana subuh yang amat menyejukan itu membuat saya dua tiga kali menguap panjang. Sesekali menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badan. "Kau ambil yassin dan baca”, perintah datuk. Saya pun terus membaca yassin dengan perlahanlahan, pembacaan saya sering terganggu dan tidak selancar pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang berdekatan datang sembahyang subuh di masjid tersebut. Mereka merasa agak pelik kenapa saya dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah bersama mereka. Dari gerakan dan kerdipan mata mereka membayangkan kesangsian. Agaknya, mereka mengira saya dan datuk berlainan mazhab atau menerima ajaran agama yang silap. Bila mereka selesai sembahyang, Mohammad Tammat menghampiri datuk. "Kenapa tak berjamaah sekali?”, tanya Mohammad Tammat. [33]

"Kami sudah sembahyang jemaah" "Dengan siapa?" "Tadi ramai orang datang penuh satu masjid" "Haa.." "Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum dengan bilal muda" Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak. Cepat‐cepat dia menuju ke sudut masjid sebelah kanan dan mengambil sebotol air jernih. Dia datang pada datuk semula. "Awak bermimpi agaknya?" "Saya bercakap benar air dalam botol yang awak ambil tu pemberian pak imam" "Pelik" Saya lihat muka Mohammad Tammar berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat hati hingga menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah. "Awak berjemaah dengan jin" "Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah”, datuk pun menadahkan ke dua belah tangannya. Orang‐orang kampung pun mula meninggalkan masjid begitu juga dengan Mohammad Tammat. Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk pun keluar untuk mandi embun. Memang diluar dugaan, dalam langkah yang punya matIamat itu kami sampai ke bahagian belakang masjid yang berhampiran dengan kawasan perkuburan. Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan menangis. Saya dan datuk menuju ke arah bunyi suara itu. Matahari pagi mula memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang terkena sinaran matahari nampak bermanikmanik. Burungburung mula melompat dari dahan ke dahan sambil berkicau riang. Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad Tammat terbongkok bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas tanah kubur. Saya dan datuk terus menghampiri Mohammad Tammat. Dia tidak memperdulikan kedatangan kami. Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air yang di siram oleh Mohammad Tammat habis satu botol. Mohammad Tammat pun meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut, botol kosong itu bergerakgerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya botol itu hilang. "Perkara itu satu perkara biasa”, kata Mohammad Tammat memberitahu saya yang kehairanan.

[34]

Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar dengan jelas apa yang terkeluar dari dalam perut bumi itu. "Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya”, itulah yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya di pagi yang hening itu. Datuk masih membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur cukup keras, walaupun hari masih pagi benar. Saya perhatikan dengan penuh teliti, memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah kubur. Di bahagian kaki yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ bagaikan retak tetak kecil. Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk menyuruh saya diam. Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ. Datuk terus membaca ayatayat suci. Saya tetap berada disamping datuk. Bila datuk selesai membaca ayatayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati pak imam yang berjubah hijau berdiri disisinya. Pak imam bersalam dengan datuk sambil berkata: “Dia anak derhaka” Pak imam itu hilang. Suasana ditanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau burung tidak kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok saya meremang tidak menentu. Suara dari dalam kubur terus hilang. Saya dan datuk pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari datuk duduk diruang tengah memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk merenung ke arah matahari terbit. Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah kiri lututnya terletak mangkok putih tanpa air. Datuk bertafakur kirakira sepuluh minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari dan saya penuh teliti. Datuk memejamkan matanya rapat rapat. Saya terdengar suara orang batuk. Entah dari mana datangnya saya tidak tahu. "Kaubenarbenar mahu menolongnya?”, terdengar suara ghaib. "Ya, pak imam" "Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang melahirkannya" "Lagi pak imam?" "Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya" Sebaik saja suara itu hilang, datuk membukakan matanya. Di tangan kanan datuk tergenggam sehelai kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke lehernya. Datuk merenung ke wajah Omari tepattepat. "Kau sayangkan anakmu?", tanya datuk. "Tentu" Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan memaki ibunya sesuka hati. Malah pernah melukakan perasan ibunya yang melarang dia bercampur gaul dengan budakbudak nakal. Larangan itu tidak diperdulikan oleh anaknya. Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan penghisap ganja dan jadi peminat ekor tiga nombor (masa itu judi empat nombor masih belum ada). [35]

"Anak saya itu membuat kerjakerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur lama menurun nombor ekor”, kata Omari dengan wajah yang amat muram. Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya menentang perbuatan itu hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat mengawal perasaan lalu memaki ibunya sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa itu Omari bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi. "Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya merawatnya. Masa merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan kayu hingga dahinya luka, isteri muda saya meninggalkan saya" "Lepas itu apa yang terjadi?", tanya datuk. "Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal dunia" “Awak terlalu manjakan anak”, cungkil datuk lagi. "Memang. Dialah satusatunya anak saya”, suara Omari tersekatsekat dan menangis. Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari isteri tuanya. Akhirnya isteri tua Omari ditemui di Pontian sudah menikah dengan saudara berketurunan Pakistan. Datuk membawa isteri tua ke rumah Omari. Isteri muda tidak dapat ditemui menurut beberapa orang kampung di situ, isteri muda Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai Indonesia. Semua peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada isteri tua Omari. Perempuan itu menangis tersedusedu. Hatinya terasa pilu atas perbuatan bekas suaminya yang tidak memberitahu tentang kematian anaknya. Malam itu, saya dan datuk tidur ke masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang ke masjid agak lewat. Kirakira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami disambut oleh pak imam berjubah hitam dimuka pintu masjid. "Kau sudah jumpa emaknya?", tanya imam itu. "Ya, pak imam" “Mana dia?" "Dia ada di rumah adik Omari" "Kita ke sana”, jawab pak imam berjubah hijau. Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara saya dengan datuk. Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak dapat memandang tubuh pak imam. Mereka hanya mendengar suaranya saja, sedangkan saya dan datuk dapat melihat gerakgeri pak imam. Pak imam melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian dia mengajak datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum matahari terbit pak imam itu memberi sebotol air jernih kepada datuk. [36]

"Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas tanah kubur itu dan suruh dia baca ayat ini”, pak imam beritahu pada datuk sambil menyerahkan sehelai kertas yang bertulis jawi. "Lagi pak imam?" "Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang tahajud tengah malam minta Allah mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia terlebih dulu dengan hati yang suci mesti mengampunkan perbuatan anaknya itu terhadapnya" Janda Omari dan iparnya termanggumanggu mendengar suara ghaib itu. Mereka hanya nampak sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah hijau waktu berdiri di muka tangga sebelum menghilangkan diri dari kami semua. Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari dengan sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut, kecuali menemani janda Omari pergi kekubur selama lapan pagi berturut‐turut. Masuk hari yang ke empat belas, suara tangisan dari kubur sudah tidak kedengaran lagi. Dan janda Omari pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk pulang ke Pontian. "Tangguhkan lah dulu”, kata Omari pada jandanya. "Kenapa?" "Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku minta pada kau demi kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan hasratnya. Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir. Kalau dia memenuhi permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di Kampung Jorak Ilahi. "Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat baik tu”, jawab janda Omari. Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi. "Bila suami awak datang?", datuk menyoal perempuan yang berwajah lembut. Kedua‐dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya. "Tengahari ini”, jawabnya pendek. "Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini”, celah datuk. Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.

[37]

"Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya. Tugas isteri membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan sebarang perbuatan yang tidak disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya”, ujar perempuan itu dengan tenang. Datuk tesenyum dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan dengan syaitan dengan gagah dan berani. Tetapi,datuk terpaksa tunduk dengan perempuan yang kuat iman dan mengikut perintah Allah. "Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk syaitan dan nafsu”, suara datuk lemah. Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk dimuka pintu menanti kedatangan suaminya. Lepas kurang pukul sebelas pagi, suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui suami perempuan itu. Bercakap sesuatu dengannya. "Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan”, balas suami perempuan itu. Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta teksi itu datang menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya. Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk bercakap dengan Omari sebentar. Tanpa memberitahu saya datuk pun menghilangkan diri. Bila tetamu sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang kampung bersama seorang lelaki berjubah hijau. Lelaki itu saya lihat tidak banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang. Kemudian duduk tunduk membilang tasbih. Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang ramai menjamah hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus membilang tasbih. Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang, orang berjubah hijau terus bangun dan dan berjabat salam. Tidak ada orang yang berani bertanya tentang dirinya sama ada pada datuk atau pada Omari. Mulut orang ramai bagaikan terkunci. Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung ke arah lelaki berjubah hijau. "Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua pengetahuan dan petunjuk yang baik”, ujar orang yang berjubah hijau itu. Kemudian dia bagaikan kilat hilang dari dari pengelihatan kami. Kerana semuanya sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk menolak pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit. "Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah sematamata. Bersyukurlah pada Allah atas limpahan kurnia nya yang kita terima”, kata datuk. "Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang yang berjaya macam awak ni sudah jadi perkara biasa"

[38]

"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anakanak yatim" "Maafkan saya”, ujar Omari. Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba‐tiba teringatkan anak saudaranya itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak. "Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk. "Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?" “Ikhtiar dengan bertanya pada orang" Tidak kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya datuk dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu. Tidak lama saya dan datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi membekalkan saya satu pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf namanya. Menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan tanah kubur. Menurut Yusuf tempat dia tinggal itu dipanggil Kampung Bagam (beberapa tahun yang lalu waktu saya pergi ke Singapura, kawasan di situ sudah banyak berubah. Sudah ada kedai perabut kepunyaan orang Melayu bertingkat tingkat tingginya. Sudah ada tempat menjual minyak petrol. Lebih kurang pukul dua belas malam, saya terdengar pintu rumah Yusuf di ketuk orang bertalutalu. Bila dia mahu membukanya Yusuf menahan. "Kenapa?", tanya saya. "Syaitan”, jawab Yusuf. Mendengar cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat wajah Yusuf kelihatan pucat. Anak dan isterinya tidak dikejutkannya. "Syaitan macam mana?" datuk minta kepastian. "Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat perempuan berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan penjelasan. Sebaik saja Yusuf habis bercakap datuk terus meinbuka pintu. Apa yang dikatakan Yusuf memang benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan berambut panjang dengan wajah yang pucat. Dengan sekilas datuk sudah tahu, perempuan yang dilihatnya itu bukan hantu. "Apa hal?" tanya datuk. "Saya lapar" "Masuk”, perempuan itu pun masuk. Perbuatan datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan itu makan. Bagi menguji sama ada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau tidak, datuk mencampakkan kain hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu. Tidak ada tindakbalas dari perempuan tersebut. Setelah datuk mengadakan [39]

temubual dengan perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat orang salah, ternyata perempuan itu gila dan di singkirkan oleh keluarganya. Terpaksa tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang‐orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu bukan manusia tetapi hantu perempuan berambut panjang. Malam itu juga datuk cuba memberi rawatan segera pada perempuan itu. Datuk juga menyuruh perempuan itu bermalam di rumah Yusuf. Akibat dari perbuatan datuk itu, tersebarlah berita kononnya Yusuf menyimpan hantu berambut panjang. "Aku terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik”, kata datuk saya dan Yusuf. Dan Yusuf tidak dapat berkata apaapa. Sama ada dia rela atau dia tidak dia harus patuh dengan permintaan datuk yang suci itu. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan memandikan seluruh tubuhnya dengan tujuh biji air kelapa muda selama tiga pagi. Pada sebelah petangnya, selama tiga petang datuk menanam separuh badan perempuan ke dalam di tanah di bawah sinaran matahari selama tiga jam. Kepala itu dilumurkan dengan asam jawa. Setelah itu, datuk memaksa perempuan berambut panjang mandi di sungai hingga menggigil kesejukan. Hari terakhir, datuk pun memanggil semua jiranjiran Yusuf berkumpul di halaman rumah kirakira pukul empat petang. Datuk menyuruh perempuan itu duduk di atas bangku khas. Dibawah bangku itu pula datuk letakkan sabut kepala. Supaya perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan di ikatkan pada bangku. Ketika itu datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam, kepalanya diikat dengan kain merah. Dia pun memerintahkan saya mencurah minyak api lalu membakar sabut. Datuk berpeluk tubuh mulutnya kumatkamit membaca sesuatu. Perempuan yang berambut panjang terus menjerit sekuat hati. Tiba‐tiba datuk menepukkan kedua belah tangannya. Api yang marak segera padam diganti oleh asap tebal. Perempuan itu terbatukbatuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai melihat tulangtulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita tersebut. Datuk menyuruh saya menyiram air atas sabut yang dibakar. Perempuan yang berambut panjang terkulai atas bangku. Datuk lalu mengumpulkan serpihan kaca dan tulang lalu dimasukkan ke dalam uncang kecil. Datuk menepuk bumi, perempuan itu tersedar, wajahnya berseriseri. Boleh bercakap dengan baik dan teratur. "Dia sebenamya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya ditolak kaum keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah perempuan ini lepas ketengah orang lain. Orang yang meminangnya dulu berdendam lalu mengenakan ilmu sihir padanya”, kata datuk. Bila datuk mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk kedalam rumah, seorang lelaki segera menerkam kepalanya dan mengaku pada datuk bahawa dia adalah ayah saudara pada perempuan itu. Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada perempuan yang malang itu. Datuk menasihatkan lelaki itu supaya membela anak saudaranya dengan sebaik mungkin, dengan rasa rendah diri lelaki itu menyesal atas perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara anak saudaranya seperti anaknya sendiri. [40]

"Awak salah”, kata datuk. "Apa salah saya?" "Sebagai seorang Islam awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya terhadap anak saudara awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu perbuatan yang tidak terpuji mengikut ajaran Islam”, jelas datuk lalu membawa anak saudaranya pulang. Pagi esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf menuju ke utara dengan sebuah teksi. Kami sampai ke Ipoh lebih kurang pukul tujuh petang. Kami bermalam di rumah kenalan datuk di Kampung Pengkalan Peguh yang letaknya beberapa batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya kenalan datuk sendiri menghantar kami ke kampung. Dua bulan kemudian, datuk menerima surat dari Yusuf yang mengatakan perempuan yang berambut panjang telah menemui jodoh dengan seorang pemuda dari Masjid Tanah, Melaka. Pemuda itu ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah ibunya. Pemuda itu berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di bahagian R.A.S.C. (Royal Army Service Cop) bertempat di Kem Seletar. Seminggu selepas kahwin dia membawa isterinya ke tempat bertugas, demikianlah Yusuf menulis dalam suratnya. (Sepupu saya itu Yusuf kini menetap di Taman Pelangi Johor Bharu, setelah meletakkan jawatan sebagai guru untuk bergiat dalam lapangan pemiagaan. Cukup gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga berdoa supaya jodoh perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan berkekalan hingga ke anak cucu. Sejak datuk pulang dari Batu Pahat, kesihatannya tidak begitu baik. Dia selalu diserang batuk mulai pukul dua belas malam hingga menjelang waktu subuh. Bila saya menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu. Dia mengatakan pada saya sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri. Kadangkadang saya terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti datuk. Boleh menolong orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan sedalamdalamnya, memang saya tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk. Datuk cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan diri saya. Datuk bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalahgunakan. Dia hanya menurunkan ilmuilmu yang mudah pada saya seperti mengurut tangan orang yang tersilap urat serta beberapa petua dan doa untuk diri saya sendiri yang tidak boleh digunakan untuk orang lain, walaupun untuk anak isteri. Dari sinilah mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan pelajaran yang terkandas. Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah malam di kampung saya. Datuk tidak tahu, bahawa saya akan menyambung alam baktinya dengan cara yang tersendiri. Saya berazam untuk menjadi seorang doktor. Dengan itu saya akan boleh menolong orang. "Datuk kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi pantang larangnya terlalu ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek ni, kalau tak sabarsabar dah lama tinggalkan dia”, kata nenek pada saya, setelah saya nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu petang. Tanpa

[41]

diduga perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera mendekati kami. Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang tersirat dalam dada saya. "Aku boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal itu tidak dapat aku berikan pada nenekmu. Kalau dia menuduh aku sebagai lelaki tidak bertanggungjawab aku tidak marah. Apa yang dikatakannya itu memang benar”, kata datuk dari kepala tangga. Nenek merenung muka saya. "Memang begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri dan kaum keluarga, kalau tidak ilmuku tidak menjadi. Tuhan telah memberi aku seorang isteri yang setia dan sabar. Inilah nikmat dari Allah yang aku terima”, sambung datuk lagi. Matanya merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum cukup manis. Belum pernah saya menikmati senyum nenek semanis itu. Agaknya, dia megah kerana pengorbanannya selama ini di sanjung oleh datuk. Barang kali sikap bertolak ansur, timbang rasa dan saling memahami tugas masingmasing membuat rumahtangga datuk dan nenek kukuh hingga ke anak cucu, fikir saya dalam hati. Meskipun rumah tangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta dulu baru kahwin, mereka mengambil langkah nikah dulu kemudian cinta. Ternyata kebahagiannya lebih panjang, kemesraannya terlalu padat. Susah mahu diresapi pertingkahan, fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala. "Nenekmu seorang wanita yang baik”, tambah datuk lagi. Datuk terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan nenek dengan kerjanya mengupas buah kelapa. Bagi mengisi masa lapang petang itu, saya berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawankawan yang sebaya bermain gasing. Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah saya ambil. Citacita saya mahu memangkah dua tiga biji buah gasing kawankawan hingga terbelah. Secara mendadak saja saya teringatkan batang pancing yang tersadar di pangkal pokok mempelam. Gasing dan tali saya tinggalkan. Batang pancing saya ambil. "Nak ke mana dah petang begini”, tanya nenek "Nak memancing ikan di sawah" "Usahlah, dah petang”, tahan nenek. "Kejap aja nek”, jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju kesawah yang terbentang luas. Matahari sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu sudah pukul lima lebih. Memang tidak wajar saya turun ke sawah memancing. Saya terus meniti atas batas bendang menuju ke sebuah kolam kecil yang terletak di bawah sebatang pokok tualang besar dan tinggi. Kiri kanan pokok itu ditumbuhi oleh pokok‐pokok buluh. Akarakar jejawi berjuntai di dahan tualang, sebahagian darinya mencecah bumi. Beberapa akar itu saya potong separas dada. [42]

Sebelum saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan bermain angin. Memang menyeronokkan. Kemudian saya memancing dengan umpan cacing yang saya korek di tanah pangkal pokok tualang. Nasib saya memang baik petang itu, pancing saya selalu saja mengena. Tidak sampai satu jam saya sudah dapat berkatikati ikan keli, haruan dan puyu. Ikanikan itu saya letakkan dalam raga. Azam saya mahu menangkap separuh dari ikanikan yang terdapat dalam kolam tersebut. Hati saya berdebar dengan tiba‐tiba. Daun telinga kanan saya bergerakgerak dan terasa angin lembut menyentuhnya. Saya mula rasa raguragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang bertiup. Saya segera menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikanikan hasil dari pancing saya. Saya dapati ikanikan di situ semuanya hilang, kecuali seekor ikan haruan kecil sebesar ibu jari terlompatIompat dalam raga. Saya renung ke langit, matahari sudah pun runduk di kaki langit. Keadaan sekeliling sawah sudah tidak secerah tadi. Hati saya bagaikan dipengaruhi oleh sesuatu kuasa untuk terus memancing, ikanikan saya lihat bagaikan melompatIompat dipermukaan kolam. Saya membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja memancing ikan di kolam. Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur gelap. Senja kala sudah datang. Saya bagaikan terdengar suara datuk memanggilmanggil nama saya. Saya bersedia untuk pulang dan rapat kepangkal pokok tualang untuk mengambil raga yang berisi ikan. Lagi sekali saya terkejut, tidak ada seekor ikan pun di situ, kecuali anak haruan kecil sebesar ibu jari terlompatIompat dalam raga. Saya menarik nafas panjang. Saya jadi bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang datuk berikan pada saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali, saya perlu mencubanya sama ada jadi atau tidak, fikir saya. Dengan tenang saya menjamah bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca sepotong ayat dari surrah alFalak iaitu Qul a'uzubirabbilfalaq hingga akhir. Saya terasa diri saya bagaikan mendapat sesuatu kekuatan ghaib. Saya jadi berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis saya tekan ke bumi. Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi sekali semangat saya tergugat. Disebelah kanan saya terlihat sepasang kaki macam kaki itek yang cukup besar, berbulu roma tebal hingga ke buah betis. Saya dongakkan kepala. Saya berhadapan dengan satu lembaga putih yang cukup tinggi. Lebih tinggi dari pokok tualang. Hari sudah beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup hebat, bagaikan ribut besar sedang berlaku di sekeliling saya. Saya terdengar pokok tualang digoncang bertalutalu. Saya nampak dengan jelas dengan dedaun tualang jatuh ke bumi. Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu pun hilang. Suasana terasa terlalu sepi. Saya campakkan batang pancing dan raga ke dalam kolam. Saya bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan dengan satu lembaga yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih kurang sama tinggi dengan bentuk tubuh datuk. Kepala lembaga itu tidak berapa jelas. Tetapi, dari bahagian leher hingga ke paras pinggang ditumbuhi bulu. Kedua belah tangannya berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang hingga ke kaki serupa dengan

[43]

bentuk tubuh manusia biasa. Dalam saatsaat cemas begitu, saya terdengar nama saya dipanggil sayupsayup dari arah kampung. Saya kenal benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan itu, tetapi tidak berdaya. Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang menahan pangkal kerongkong saya. Saya renung ke arah lembaga itu kembali. Kini saya sudah pasti benar bahawa, lembaga itu memang aneh, kepalanya juga berbentuk burung ada paruh dan muncung. Kedudukan matanya macam kedudukan mata manusia. Sinar matanya tajam tidak berkelipkelip memandang ke arah saya. Suara datuk, makin lama makin dekat kedengaran. Dalam saatsaat begitu saya tidak dapat berbuat apaapa. Saya hanya berserah pada Allah yang Maha Besar. Saya cuba membaca beberapa potong ayat alQuran, tapi banyak yang silap dan lintangpukang. Perkara yang patut di dahulukan dibaca kemudian begitulah sebaliknya. Saya jadi tidak tentu arah. Suara datuk kian dekat. Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Memang saya lihat datuk ke arah saya dengan membawa sepotong kayu. Saya cuba melambaikan tangan ke arah datuk. Lambaian saya itu seolaholah tidak dapat dilihat oleh datuk dalam suasana yang agak samarsamar itu. Lembaga ganjil itu terus melihat gerakgeri saya. Dalam warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak saya dengan datuk lebih kurang antara sepuluh hingga lima belas kaki. Tetapi, datuk tidak dapat melihat saya. Suara datuk cukup jelas saya dengar. Sayangnya, saya tidak dapat menjawab suaranya itu. "Tak mahu dengar cakap orang inilah padahnya, aku yang susah”, keluh datuk. Saya lihat dia berdiri betulbetul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus memacakkan kayu yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat lembaga ganjil membuka kedua belah sayapnya lalu terbang kearah dahan tualang. Secara mendadak saja saya boleh bersuara dengan selantangIantangnya. Datuk terkejut bila dia mendapati dirinya berhadapan dengan saya. Tanpa banyak cakap datuk terus menyapu wajah saya dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali. "Kau masuk salah tempat”, kata datuk dan terus membawa saya pulang. Sampai dijalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampirhampir saja dia mahu menampar muka saya. Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang sedang naik itu. Apa yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk akal. Kalau diceritakan pada sesiapa, saya pasti dituduh gila atau berkhayal, paling tidak dianggap suka mengadaadakan cerita yang tidak munasabah. Tetapi, lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin apa yang terjadi pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan dengan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya.

[44]

"Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku patahpatahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut terselit satu ugutan yang amat menakutkan. "Faham!" sergahnya. "Faham tok!" Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak putusputus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu. Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara tidak sengaja. "Barang kali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut”, datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan malam. "Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada saya. Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula mangkuk nasi pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding. Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur. Datuk mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang tengah. Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan kapur. Ketigatiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya di rendamkan dalam cawan beberapa saat. Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis yang halus. Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu. "Ini ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai. Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi. Ada beberapa perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham. Memang, ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur kurang. Menjelang pukul dua belas malam,batuk datuk tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak putusputus. Saya terdengar kokok ayam bertalutalu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula terasa sejuk. Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan daun tingkap bilik terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan. Saya cuba mencarinya tetapi, belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras. Angin dinihari yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya, saya sendiri pun tidak tahu. Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik. Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu. Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok‐pokok di luar macam digoncang manusia. Saya juga terdengar sekawan burung berakberak terbang tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya. Burungburung [45]

itu berpusingpusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa, saya pun dongakkan kepala ke langit. Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertalitali) dari bahagian bawah lembaga yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara. Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalutalu dari dahan pokok kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap malam yang memanjang itu, saya bagaikan terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya. Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik kearah tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas bertalutalu dengan kuatnya. Semua rumah bergegar. Datuk terjaga dari tidurnya. Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk menyuruh saya beredar dari situ dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri dimuka tingkap dan burung berekberek lalu berlegarlegar atas bumbung rumah semula. Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam menembusi malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah daun tingkap lalu menguncinya. Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk mahu merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk segera berubah jadi lebam kebirubiruan. Datuk jatuh ke atas lantai. Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya lihat datuk bergulingguling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan datuk berdarah kena cakar kaki burung. Saya jadi kelamkabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala manusia yang berbulu burung. Dalam saatsaat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipusipu melihatnya berbogel di depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir. Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki. Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah. "Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati. Nenek tergesagesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras eraterat dan memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke arah lembaga bermata merah. Satu jeritan terdengar ditengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu bersahutsahutan. Lembaga bermata merah hilang di muka jendela. Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental. Baunya cukup busuk macam bau bangkai. "Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda. Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat‐cepat. Aku nak basuh muka. Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni. Daging pipi aku macam kena api”, datuk berkata dengan tenang pada nenek. Dan nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis rendah di belakang rumah. Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh datuk. Sambil membaca beberapa ayatayat alQuran datuk membasuh mukanya dengan air kelapa pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan segar.

[46]

Air yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke dalam satu baldi kecil. "Esok kena tanam”, kata datuk. Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya tidak tahu apa yang di buatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air sembahyang. Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca alQuran. Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail. Mr. Ismail lulusan Kirkby College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah. Mr. Ismail akhimya bertukar mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi. Dalam pilihanraya tahun tujuh puluhan, Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah ditangan calon Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak saya dengar lagi. Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke pekan kecil. Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh basikal. Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis, dalam waktu satu jam kami pun pulang. Sementara menanti waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat raga dan lukah (bubu). Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih walau sedikit pun. Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting buluh dari batangnya dan membelah buluh yang sudah di potong oleh datuk. Buluh yang sudah di belah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya matahari. Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja kami berhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan saya makan. "Jarangjarang kita dapat makan bersama”, kata saya. "Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek. "Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni" "Kenapa pula?" tanya saya pada datuk. "Ada alamat aku akan panggil orang" "Apa alamatnya tok?" "Masa aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin. "Hum baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk. Disambut dengan ketawa oleh nenek. Memang tepat cakap datuk, lebih kurang pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki tangga. Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek dan memakai selipar Jepun. [47]

"Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik. "Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi. Anak muda yang termanggumanggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari. “Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu. "Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan bomoh" "Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik” "Siapa?" "Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis" "Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar" "Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah. Sebelum memulakan sebarang perjalana, datuk menghitung dan mengira apakah perjalanannya membawa tuah atau celaka. Setelah bertafakur berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak membantah permintaan datuk itu. Di luar sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman rumah. Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama hembusan bayu yang lembut dan nyaman. Kepala saya digayuti persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang yang memerlukan pertolongannya. Apakah datuk mahu mencari dan menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya? Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala saya. "Kenapa kau yang sibuksibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ mencari aku?", datuk menyoal anak muda itu. "Tidak" "Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?" "Ada hubungan dengan ayah saya"

[48]

"Ayah kau? Siapa dia ayah kau?", datuk agak terkejut. Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerakgerinya ternyata anak muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya dari datuk. "Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan memudahkan kerjakerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda itu. Anak muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah. "Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak muda itu menyatakan pada datuk. Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung keluar. Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak angin. Bergerakgerak penuh malas. "Pernahkah pakcik dengar nama tu?" "Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya" "Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu" Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan pangkal belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk. "Ayahmu sakit?" soal datuk lagi. "Tidak" "Jadi untuk apa kau datang ke mari?" "Ayah saya sudah meninggal dunia" Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat bergerakgerak. Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi. Datuk letakkan kain hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut. Kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya. Datuk melihat uruturut yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu memegang pangkal siku anak muda tersebut. Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang amat sangat. Saya lihat datuk tidak memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit tangan dengan kulit dibahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci. Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga kepangkal dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang menyenangkan. Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda itu nampak termengahmengah macam berlari berbelas batu dalam panas yang terik. Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam baru kena hujan. [49]

"Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?", soal datuk sebaik saja anak muda itu menyandarkan badannya ke dinding. Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu batin antara anak muda itu dengan datuk. Cukup susah saya mahu menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata uraturat dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah. "Berterusterang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”, pekik datuk sekuat hati. Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh datuk saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi papan yang berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi hitam macam arang. "Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu mula menangis. Datuk terdiam. Dari gerakgerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu. "Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterusterang saja dengan aku" "Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan di gerak oleh sesuatu untuk berbuat begitu" "Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya" Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan akidah Islam. "Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu. "Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia. "Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu" "Lagi?" "Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti memuja bulan, matahari dan laut. Adakalanya bendabenda yang dipuji itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini" "Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?" "Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke Mekah. Tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang. Ayah saya tidak pernah sembahyang [50]

Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia" "Apa tindakan orang‐orang kampung tempat kamu?” "Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adikadik yang lain membawa diri ke tempat lain” Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang arwah ayahnya. Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang dinding dan lantai. Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah roh ayahnya bercerai dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku antara orang kampung. Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain. Alasan mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya bukan seorang Islam. Mana kala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan di tanah perkuburan Islam. Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang Islam. Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang Islam. Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam atau tidak, bukanlah terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lainlain lagi. "Hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau sebaliknya", kata datuk. Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak. Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak muda itu setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk. "Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam ditanah perkuburan orang‐orang Islam”, anak muda itu menyambung perbualan yang terputus. Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram. Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya. "Apa yang ganjilnya tu?", saya pula menyoal. "Mukanya ditumbuhi bulu macam burung”, jawabnya. "Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan. "Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah" Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya. Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit. Kami termenung panjang. Masingmasing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu. Anak muda itu bangun dan berdiri dekat [51]

pintu. Merenung kearah pokok‐pokok mempelam dan manggis yang disinari mata hari petang. Lama juga dia termenung di situ. "Selepas orang‐orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Hujan itu berhenti bila masuk waktu subuh", tanpa di duga datuk terus berkata demikian. Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk. "Mana pakcik tahu?", anak muda terkejut besar. "Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk denganjujar padanya. Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu itu di kenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh kelasikelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman dahulu. Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu. Orang yang mahu memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh badan dalam tahi kelawar. Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul di Pulau Jawa. Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan pada sekeping papan yang sudah berusia beriburibu tahun. Papan yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu menuntut ilmu. Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang mahu memperhambakan diri. Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang paling berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu. Dilarang sama sekali melakukan perkaraperkara yang disuruh oleh Allah. Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari. Bila amalannya sudah genap, 100 hari tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia. Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya. Setiap malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan di bawah pokok nibung. Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya. "Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya. "Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu perbuatan laknat”, kata datuk lagi. Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa arwah ayahnya masih hi

[52]

dup, selalu mengasingkan dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak pemah berada dirumah kecuali waktu menjelang subuh. Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke sebuah kampung kecil dipinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung (dulu Daerah Dinding). Masa yang kami ambil untuk sampai kesitu lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi. Anak muda itu terus menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan rumah lain dikarnpung tersebut. "Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di situ. Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu", anak muda itu menceritakan tentang rumah papan yang kami lihat dari jauh. "Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk. "Sejak akhirakhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain pula”, tambah anak muda itu. Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin petang yang bertiup kencang mengugurkan dedaun getah tua yang me‐magari pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah bertutup rapat. Di kaki tangga ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur yang sedang berbunga lebat. "Apa yang kau nampak?", tanya datuk pada saya. "Tak ada apaapa tuk" "Baguslah”, balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah. Anak muda yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu nampak cemas. "Nama kamu siapa?" Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak muda itu. Agaknya datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan tujuan tertentu, fikir saya dalam hati. "Nama saya?", ulang anak muda itu. "Ya nama kau" "Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad penge‐nalan dan surat beranak Osman" "Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?", datuk mencungkil rahsia. Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang kian redup. Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang bum‐bung rumah papan beratap rumbia. Gagakgagak itu

[53]

berbaris menghala ke arah matahari sambiI berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau di teliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan. "Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama se‐bilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya. "Mana kau tahu?", tanya datuk lagi. "Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan lahir dan ibu akan mengandung sampai mati. Beliung itu ayah yang berikan pada bidan" Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar. Tiba‐tiba sahaja badan saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya rasai. "Beliung itu ada pada kau?", saya terdengar datuk menyoal Osman. "Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang tujuh warna" "Apa warnanya?" "Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain" Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap menggaru pangkal kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang datuk lakukan serba tak kena. Dalam keadaan datuk yang tidak menentu itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia. Saya lihat bahagian tingkap yang tidak kena sinar mata‐hari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat manusia berdiri di situ. Saya memberanikan diri untuk meli‐hatnya, tiba‐tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun yang dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening. Saya segera merenung ke arah lain. Pen‐dengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening terus hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi. "Kau simpan beliung tu di mana?" Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habishabis menyoal Osman dan tidak merasa bosan macam saya. Dia menjawap dengan jelas apa yang disoal oleh datuk. Osman terus memberi tahu datuk bahawa beliung itu disimpan dirumahnya yang terletak berhampiran jalanraya. Osman juga memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih. Tiga ekar lagi dijadikan dusun. "Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa me‐mandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut memandang rumah pusaka itu. Matahari kian condong ke barat.

[54]

Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Bila datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman menerangkan bahawa dia pemah mendirikan ru‐mah di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya. Malah, dia sendiri sudahpun mencari seorang gadis sebagai calaon isterinya. Dia mahu menjadi‐kan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya. Te‐tapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah di dirikan dan dia tinggal di situ. Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh makh‐luk ganjil yang dapat dilihatnya. "Setiap malam badan saya dan pakaian saya di‐lumuri dengan najis manusia dan binatang. Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya pindah”, beritahu Osman pada datuk. Osman juga mem‐beritahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan di serang oleh beribu kelawar dan gagak. Akibatnya orang yang kena serang kelawar badannya agak gatal dan bengkak. Manakala orang yang diserang burung gagak badannya kemerahmerahan akibat dicakar oleh burung tersebut. "Kebun getah tu, sudah jadi hutan”, keluh Osman. Hati saya cukup hiba, bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk meninggalkan kampung buat selamalamanya. "Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang‐orang kampung mula men‐curigai saya. Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila pakcik sudah berjaya, semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak ada biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh. Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung citacita Osman disamping memberi satu pengharap baru pada dirinya. "Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup mesti berusaha”, bisik datuk ke telinga Osman. Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali berturut‐turut. Osman pun melihat jam tangan. "Dah pukul enam pakcik”, ujarnya. Saya renung wajah datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam mencari sesuatu. "Mari kita masuk ke rumah tu”, suara datuk separuh keras. Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman. "Mari”, ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.

[55]

Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah, mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan. Wajah datuk ditatapnya sejenak. "Kita menempah bahaya pakcik”, katanya. "Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai" "Saya terasa seram sejuk pakcik" "Usah takut, aku ada dekat kau" Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi. Saya dan Osman terus mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya mencari makanan. Bunyi suara gagak kian gamat seolaholah tidak merestui atas kedatangan kami bertiga. Beberapa ekor burung gagak terbang rendah ke arah kami. BerlegarIegar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan pokok kiri kanan kami. Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot tajam ke arah burungburung gagak itu. Memang bentuk burung gagak itu agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat. Bahagian kepalanya botak hingga ke leher. Dibawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang tetapi panjang macam janggut manusia. "Jangan tengok burung tu”, kata datuk pada saya sambil memusingkan leher saya hingga tertumpu ke hadapan. Memang, terasa sakit leher bila datuk berbuat demikian pada saya. "Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat sukasuka tau”, tambah datuk. Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit kelihatan cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari sudah pukul enam lebih. Kami terus melangkah mengikut langkah datuk yang teratur. Dada saya terus juga terus berdebar. Lebih kurang dalam jarak dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia, secara mendadak sahaja datuk berhenti melangkah. Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya. Dan langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah tumit tidak boleh menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai sepatu. Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas. Datuk juga mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang ganjil. Semua perintah datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa. Kepala tiang itu terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga datuk meletakan tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan bergoyanggoyang hingga uraturatnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan tangan datuk. Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi datuk nampak cukup tegang. "Allahu Akbar..”, pekik datuk sekuat hati. Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga. Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong ayat alQuran. [56]

"Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambi I merenung wajah saya dan Osman. Burung gagak terus berbunyi. Tiba‐tiba datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu” Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci. "Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan lantang. Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai tiga bilik. Salah satu dari pada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu. Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labahlabah dari anjung hingga ke dapur. Ketika berada di ruang tengah datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu bertaburan di situ. Waktu datuk mahu menjamah tulangtulang kelawar itu, kami terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Serentak dengan itu seluruh ruang di penuhi dengan beriburibu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang kami. Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga menjadi bulat. Mulutnya terkumatkamit membaca sesuatu. Saya dan Osman terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu. Datuk melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan sertamerta kelawar yang beriburibu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus menyarungkan kembali ke badannya. Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri datuk memegang ibu kunci eraterat. Mukanya merah padam. Saya lihat datuk meramasramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan atas lantai. Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada mulanya Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah dengan diikuti oleh datuk dan saya. Dalam bilik itu datuk menjumpai satu rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak dari rangka itu terletak dari atas sebatang kayu pulai kering. "Kita balik”, kata datuk. Tanpa banyak bicara kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah beransur gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di tepi jalanraya. Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih. Tidak jauh dari tempat Osman jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang berwarna merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya. Malam itu selepas menunaikan sebahyang Isyak, datuk minta Osman mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya. Tanpa berlengahIengah lagi Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil [57]

yang diletakkan dibawah katil. Lama juga datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu bukanlah beliung yang dibuat dari pada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia. Selagi beliung itu di simpannya ada satu kuasa yang mendampingi dirinya. Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya di samping memelihara hantu kelawar peninggal ayahnya. "Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu se‐lamaIamanya didampingi oleh syaitan. Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan de‐ngan darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menja‐hanamkan orang lain”, kata datuk pada Osman. "Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur. Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu memang benar. Bagi menghilang‐kan keresahan di hati Osman, datuk terus berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang diha‐dapi oleh Osman. "Minta pakcik alQuran”, ujur datuk pada Osman lagi. "Saya tak ada menyimpannya pakcik" "Surah yasin?" "Pun tak ada" "Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan alQuran di rumah atau Surah Yasin. Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan membacanya. Paling kurang setahun sekali kau harus membaca al Quran selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin pula dibaca pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?" "Boleh pakcik" "Bagus. Paling akhir kau membaca alQuran bila?" "Paling akhir sekali kirakira lima tahun yang lalu waktu saya tamat belajar dengan Haji Mat Zain" "Lepas itu?" "Tak pernah" Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman itu. Menurut datuk, orang muda sekarang kian jauh dari alQuran walaupun mereka tahu dan boleh membaca alQuran. Perbuatan membaca alQuran itu diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca alQuran akan terpisah dari diri mereka.

[58]

"Ada yang memikirkan membaca alQuran sebagai satu sikap menunjukkan diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan faedah”, datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah panjang. Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru alQuran kampung tersebut) meminjam kitab suci alQuran. Bila alQuran berada dihadapan datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh. Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok Osman. Tetapi, bila saya mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh, di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Osman, datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri. Kerana hari gelap, datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu mengenai perut datuk. "Jangan kacau aku!", pekik datuk. Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok‐pokok berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan badan. Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam dan bersedia mahu mengambil air sembahyang. Dalam samarsamar subuh itu, saya dan datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar. Datuk terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan bunyi suara burung hantu dan gagak. Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai dirumah ternyata Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba‐tiba. "Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik datuk sambil menyepak punggung Osman. Tergesagesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa datuk memberi salam akhir, satu tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya bagaikan ditamparkan oleh orang. Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap meneruskan kerjanya membaca doa. Rumah terasa bergoncang lagi. Satu lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakanakan kuning, kemudian menjadi putih. Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal. Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga itu. Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara burung hantu. Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap dalam bahasa yang tidak saya fahami. Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu tidak saya nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau sepatah apa pun. Mukanya pucat lesi. "Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang. Apa yang kau mahu”, datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya. Datuk berdiri dengan kaki kanannya kehadapan dalam jarak satu kaki dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu. Bila mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang [59]

dan terpacak tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu bergerak dengan meloncatIoncat. Datuk menjatuhkan kedua belah tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk menepuk tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka. "Ayah”, jerit Osman. Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman terus pengsan. "Biarkan dia di situ kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat akan meresap ke tubuhnya”, demikian datuk memberitahu saya. Sekarang lembaga itu membukakan ke dua belah tangannya dan bersedia mahu menyerang. Datuk dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu memukul ke arah lembaga itu. Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu manusia berkepala burung. "Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu. Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya. Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang. Datuk basuh beliung kecil itu dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit. Kemudian datuk merendamkannya pula ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah cukup keras bersinar, datuk letakkan be‐liung tulang yang direndam itu ditengah halaman. Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk di sisi datuk menjadi merah macam udang kena bakar. Tiba‐tiba beliung itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala. Bekas merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi jalanraya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat di panah petir). Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi kerumah papan teratap rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah bertimbuntimbun bulu gagak dan bangkai kelawar. Bila kami masuk ke bilik tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi. Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu. Sebelum datuk mening‐galkan kawasan rumah itu, datuk menanamkan empat batang buluh sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga datuk tanam pula paku karat yang berbalut kain kuning. "Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk kerumah ini lagi”, bisik datuk pada Osman dan saya. Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan pagi, dengan ditemani oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung. "Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung yang berkulit hitam manis, memakai songkok hitam. Usianya dalam lingkungan enam pu‐luhan. Dia mempersilakan kami duduk.

[60]

"Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak men‐duga yang dia tu ada memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni. Dia tidak tahu apaapa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan pada datuk. Secara diam‐diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut ketua kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan kepercayaan orang kampung terhadap Osman. Kalau boleh biar semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup menderita. "Sikap tuk ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang‐orang Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun yang tujuannya un‐tuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah” Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar. "Bagaimana, ada harapan perkara ni akan be‐rakhir?”, tanya ketua kampung. "Dengan izin Allah akan berjaya" "Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari, nampaknya ti‐dak berkesan”, tambah ketua kampung lagi. "Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surrah Yasin tidak semestinya per‐mintaan kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi syaratsyarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatikan diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya. Cara kita meminta itu harus dengan ikhlas. Dan tidak memaksa, jangan bila sudah terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus berikhtiar”, lagi sekali datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua kampung. Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup menemani datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada sebelah malamnya. Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila mahu menjalankan tugastugas yang berat datuk akan memakai seluar hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah. Lebih kurang pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi yang amat mengerikan,macam suara gajah. Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang berderang. Saya terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri dihadapan kami. Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi lemah dan dia juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi disekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman. Saya mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan beratap rumbia. Saya tidak tahu macam mana anjinganjing liar berada di situ. Suara burung jampuk dan burung hantu bertalutalu dan kedengaran suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan merayu.

[61]

Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri dihadapan datuk matanya bersinarsinar bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang sama saya melihat berpuluhpuluh mayat yang sudah dikapan dengan kain putih terbujur dihadapan datuk. Mayat mayat itu bagaikan bergerak dalam kain putih. Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah dihadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk menggengam tanah itu kejapkejap. Dari celahcelah jari datuk keluar asap. Bila tangannya di buka, tanah itu menjadi merah menyala. Datuk membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung. Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, sertamerta lembaga itu ghaib. Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah ditajamkan hujungnya kirakira lapan inci panjang dari rusuk kirinya. “Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan kuasamu”, jerit datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan. Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah tujuh kali datuk menikam, tidak ada apaapa yang aneh terjadi di hadapan saya. Bla datuk menikam ke kiri untuk kali yang yang ke sembilan, saya terdengar suara jeritan yang cukup kuat. Suara jeritan itu bergema ke seluruh kampung melesapi puncak Gunung Tungga. Datuk terus mencacakkan buluh runcing ke dada bumi dan melipatkan kaki seluar sebelah kiri separas lutut. Datuk duduk mencangkung dengan tapak tangan kirinya terletak pada bahagian atas buluh runcing. Mulutnya terus ber‐gerak, membaca sesuatu. Ketua kampung masih belum sedarkan diri. Saya lihat kaki kanan Osman bergerakgerak lemah. Kedua belah tangannya menguakkan dahan dan dedaun yang menutupi tubuhnya. "Bangun”, bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya jangan bertanya sesuatu. Osman patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucatIesi. Waktu saya menoleh ke kanan kembali saya lihat datuk sudah berdiri dengan kedua belah tangannya lurus mengarah ke rumah papan beratap rumbia. Mukanya nampak berpeluh. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya, saya terdengar satu letupan, macam orang memukul bumi dengan pelepah pisang. Serentak dengan itu, saya lihat api mula berbunga di tulang bumbung rumah. Api itu terus marak dengan hebatnya. Bahang dari api itu terasa panas memukul wajah saya. Kulit muka rasanya bagaikan terbakar. Cahaya api dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami ber‐teduh. Api terus menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi letupan keciI yang sambungmenyambung. Tidak sampai dua jam, rumah papan beratap rumbia itu terus menjadi abu. Ketua kampung pun tersedar dari pengsan. "Kenapa panas sangat ni?", tanya ketua kampung.

[62]

"Itu”, saya menunjukkan kearah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari telunjuk. Biji mata ketua kampung terbeliak. "Siapa yang bakar?", tanyanya lagi. "Terbakar sendiri!" Ketua kampung menge‐rutkan dahi sambil menggaru batang leher. Da‐tuk pun mencabut buluh runcing yang di tanam kebumi. Datuk melihat bahagian bawah buluh yang su‐dah ditajamkan itu. Memang terdapat kesan‐kesan darah pada buluh itu. Datuk meng‐hilangkan kesan darah pada hujung buluh dengan me‐nikamkan buluh itu pada batang pisang emas yang baru tumbuh jantung. Bila datuk mahu mencabut buluh dari ba‐tang pisang, saya dan Osman serta ketua kam‐pung disimbah dengan air dari arah belakang.

Saya tidak dapat memastikan dari mana arah air itu datang, sama ada dari sebelah kanan atau kiri kerana malam terlalu gelap. Di langit kelihatan bintang‐bintang bertaburan di manamana. Angin malam yang bertiup agak keras membuat badan saya mengeletar kesejukan. Saya tidak dapat mengagak dengan tepat pukul berapa ketika itu. Tetapi berdasarkan arah tiupan angin dan gerak awan bersisik ikan di langit, saya agak waktu itu sudah pukul empat pagi. Suara pungguk dan lolongan anjing liar sudah tidak kedengaran lagi. Dari longgokan bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut men‐julang ke udara yang kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk meng‐hampiri saya. "Kau kena simbah air Tamar?" "Ya tok" "Cuba kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak" Saya pun ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya tetapi, ketua kampung dan Osman turut bersama mencium lengan kiri masingmasing. "Busuk, macam bau bangkai”, jawab mereka serentak dan saya anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman. Datuk menyuruh kami bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru tumbuh jantung. Kami disuruh berdiri dengan menemukan bahu masingmasing. Sesudah itu, datuk menyuruh saya melihat ke arah utara, ketua kampung ke arah selatan dan Osman ke arah barat. Dengan keadaan itu kami tidak dapat memandang wajah antara satu sama lain. Datuk terus mengoncangkan perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung dengan sekuat hati. Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan kami. "Sekarang cium lengan kiri kamu semua”, ujar datuk dengan tenang sambil menekan pangkal dagunya dengan ibu jari kiri. [63]

"Tak ada baunya lagi”, jawab saya. "Dah hilang busuknya”, tingkah Osman. "Ya dah hilang”, sahut ketua kampung bersama senyum. Datuk menyuruh kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk membuka lipatan kaki seluar sebelah kiri. Angin sudah tidak sekuat tadi bertiup, menandakan waktu subuh hampir. Langit kelihatan cerah dan bintangbintang beransur kurang. Bara api masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah, bungabunga api kelihatan menjulang pendek di udara sebelum padam. Datuk memperkemaskan silanya dan terus menekapkan kedua belah tangannya ke dada. Embun subuh sudah terasa menitik ke ubunubun kepala. Rasa sejuk kian terasa. Saya tidak tahu apakah yang dilakukan oleh datuk ketika itu. Biji mata saya terbeliak bila aya terpandang dari atas bara api keluar benda putih dan bulat, sebesar buluh lemang yang panjangnya kirakira dua kaki, terapungapang di udara macam ditarik oleh sesuatu dari atas. Benda putih terus naik setinggi pokok kelapa dara. Berhenti di situ sebentar. Kemudian benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami. Datuk menyuruh kami meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala. Tetapi angin dari benda bulat itu berjaya menerbangkan songkok ketua kampung dan cuping teling saya bagaikan mahu tercabut rasanya dirempuh oleh angin dari benda bulat itu. Ketika itu juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara katak betung bersahutsahutan yang diselangseli dengan bunyi suara orang bersorak dan ketawa yang amat menyeramkan. Embun subuh kian rancak menimpa kulit kepala. Terdengar kokok ayam hutan bertalitemali dari kaki Gunung Tunggal. Saya tidak dapat menahan rasa sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya kerutkan. Dagu saya menggeletar yang mengakibatkan gigi atas dan bawah saya berlaga dan mengeluarkan bunyi kerupkerup yang tidak tentu panjang pendeknya. Suara lolong anjing liar mula kedengaran sayupsayup dan memanjang macam orang menangis dan meratap sesuatu. Benda putih itu terus berlegarIegardi atas ruang kepala kami. Hari masih lagi gelap. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk bergulingguling atas tanah menuju ke pangkal pisang yang baru tumbuh jantung. Datuk duduk sambil menyandarkan badannya pada perdu pisang itu. Datuk merasa selamat kerana benda putih yang bergerak di awangawangan itu tidak memburunya. Datuk segera berdiri sambil menekapkan ke dua belah tapak tangannya ke cuping telinga kiri dan kanan, macam orang yang mahu melaungkan azan. Lebih kurang dua tiga minit datuk berkeadaan demikian. Akhirnya dia datang ke kawasan lapang. Benda putih itu mula meluru ke arahnya. Datuk tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah di situ. Kedua‐dua belah tumit kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya dibengkokkan sedikit. Bila benda putih itu berada betulbetul di ubun kepalanya dengan segera datuk membuka kain merah yang melilit kepalanya. Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan datuk sambil mengeluarkan suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena jolok. Kerana terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi tubuh datuk. Saya tidak dapat melihat [64]

datuk dengan jelasnya. Dalam sekelip mata saja saya lihat datuk terhoyonghayang macam ditolak sesuatu. Hati saya mengelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang sesuatu. Ada niat menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak. Tempurung lutut dan dan sendisendi kaki saya terasa bagaikan longgar sekali. Ketika itu, ada cahaya terang mula bangkit di kaki langit, keadaan hari mula beransur cerah. Datuk masih lagi terhoyonghayang tidak tentu arah. Tetapi di tangannya masih terlekat kain merah. Datuk bertempik dengan sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga kaki. Ketika datuk melompat itu dia memukul benda putih itu dengan ikat kepalanya. Dua kali lompat, dua kali pukul tidak menda‐tangkan sebarang kesan pada benda putih itu. Datuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil terbatukbatuk. Mukanya pucat. Datuk mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam kucing yang bersedia untuk menerkam tikus. Kemudian datuk melompat untuk kali yang ketiga dan terus memukul benda putih itu dengan kain ikat kepalanya sekuat hati. Hari mula beransur samarsamar, di kaki langit cahaya putih mula kelihatan dengan jelas. Datuk kali ini saya lihat terhumban berhampiran dengan bara api yang sedang marak memamah kayukayu rumah yang punah. Belumpun sempat badannya menjamah bumi, datuk sudah meletakkan badannya dalam keadaan tegak. Ketika itu juga bara api bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari bara api itu mengeluarkan api. Saya terasa desiran angin dipermukaan bumi. Saya lihat tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas angin sambil memeluk tubuhnya eraterat. Dan benda putih di awangawangan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap nipis. Bila asap nipis itu hilang, terdengar letupan seperti letupan mercun kecil. Benda putih itu terus hilang dan masa itu juga beberapa bilah buluh kering bertaburan atas tanah. Datuk segera menghampiri kami. Kali ini saya lihat wajahnya berseri dan kedua kelopak matanya lembam sedikit kerana kurang tidur. "Kita balik, sembahyang subuh”, kata datuk. "Dah selesai ke semuanya pakcik?", tanya Osman. "Dah. Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui nampaknya kita berjaya" "Dia tak ganggu kita lagi?", ketua kampung pula bertanya. "Nampaknya begitulah" Kami terus pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh. Ketua kampung mempersilakan kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga menyatakan pada saya, ada sesuatu yang mahu dibincangkannya dengan datuk. "Saya rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya”, ulang ketua kampung dengan senyum. Osman merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung kosong ke depan.

[65]

"Begini saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu”, nada suara datuk lembut sambil bangun. "Kenapa begitu?" "Saya ada hal sedikit" "Apa halnya?" "Saya nak bersenam kemudian nak mandi air embun itu saja. Lepas semua kerja tu saya buat, saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak hari pun cerah dan kopi sudah tersedia” "Ha tak apalah”, balas ketua kampung. Datuk dan ketua kampung ketawa besar. Ketua kampung dan Osman meninggalkan saya dan datuk di pondok. Saya diminta oleh datuk supaya bersenam gerak kucing dan harimau bangun tidur. Tujuan senaman cara lama itu dilakukan untuk menghindarkan dari mengalami sakit pinggang dan lenguhlenguh sendi. Satu senaman baru yang diajarkan oleh datuk pada saya dan di situ ialah senaman ular salin kulit. Senaman jenis ini lebih banyak memberatkan perkara menarik dan melepaskan nafas, serta pergerakan sendisendi urut. Tujuan utama senaman ini ialah, memelihara kulit badan dan muka. Kulit badan tidak mudah kendur dan muka kelihatan muda atau tidak dimakan tua. Senaman jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan senaman ini di tegah memakan makanan yang banyak mengandungi zat asam selama tiga hari tetapi digalakkan memakan daun hijau yang boleh dibuat ulam seperti daun pegaga, daun ulam raja, daun saderi dan daun kesum serta pucuk manggis muda. Selesai melakukan semua jenis senaman itu, saya dan datuk terus merayaurayau ke seluruh kawasan kecil berhampiran pondok Osman untuk mandi embun. Akhirnya datuk mengajak saya pergi ke bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang mahu datuk cari di situ. Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara api sudah banyak yang padam, kayukayu alang rumah semuanya sudah rentung menjadi arang. "Mari kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi”, saya terkejut dengan ungkapan dari datuk itu. Bulu tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar. "Mari”, datuk terus menarik tangan saya. Memang saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami berlegarlegar di kawasan yang kami jangkakan tempat bilahbilah buluh itu jatuh. Apa yang kami temui di situ ialah bilahbilah buluh yang sudah rentung. Datuk menguisnguiskannya ddengan hujung kaki. "Memang buluh sumpahnya”, keluh datuk sambil menggigit bibir. "Saya tak faham cakap tok ni?”

[66]

"Hanya dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang menuntut ilmu itu. Aku harap malapetaka yang menimpa orang‐orang di sini akan tamat”, tambah datuk lagi, lalu mengajak saya kerumah ketua kampung. Sarapan pagi dirumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan dengan kopi panas dan pulut berlaukkan ikan gelama goreng. Anehnya datuk tidak menjamah pulut itu. Dia hanya minum kopi panas sahaja. Ketua kampung tidak puas hati dengan sikap datuk. "Kenapa tak makan pulut?", tanya ketua kampung. "Minta maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni." "Kami tak tahu, apa sebabnya? Ada pantang larang ya?" "Saya ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok makan pulut, kerana pulut ni cukup bisa bagi orang yang mengidap sakit itu. Kalau sudah sembuh pun akan sakit semula jika makan pulut" Ketua kampung puas hati dengan penerangan datuk itu. Ketua kampung merasa bersalah kalau datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia menyuruh anaknya membeli kuih di kedai. "Jangan, ini sudah cukup untuk saya”, beritahu datuk pada ketua kampung. "Saya tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja, tengah‐ari ni, makan di sini", ketua kampung membuat tawaran lagi. Tawarannya itu diterima oleh datuk dengan senang hati. Sementara menanti tengah hari datuk kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama. Sampai saja di pondok, Osman ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air perigi. Air itu datuk campurkan dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis bunga. Kemudian datuk memerintahkan Osman memakai kain basahan dan di suruh duduk di bawah tangga. "Nak buat apa ni?,” bisik saya ke telinga datuk. "Nak buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya”, balas datuk. Bila Osman duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ketubuh Osman dalam tiga peringkat. Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada Osman tujuh kali. Bila sudah selesai barulah Osman disuruh oleh datuk memakai pa‐kaian semula. "Aku harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah hancur. Kau boleh hidup aman di atas tanah miliknya”, jelas datuk pada Osman. Ketua kampung hanya melihat sahaja apa yang di‐lakukan oleh datuk itu dengan tenang. "Memanglah, syaitan tak tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.

[67]

"ltu memang kerjanya. Dalam Surah AnNisa telah menjelaskan kerjakerja syaitan yang berbu‐nyi: Dan kehendak syaitan itu ialah menyesat‐kan kamu satu kesesatan yang jauh”, ujar datuk lagi. Ketua kampung angguk kepala. Perbualan datuk dengan kedua kampung cukup rancak sekali. Ba‐nyak benar kisah yang datuk dengar dari ketua kampung. Malah datuk sendiri tidak merasa segan dan silu mencari penga‐lamanpengalamannya di masa lalu. Perbualan mereka terganggu bila anak gadis tok ketua yang dikiranya menganggu perbualan antaranya dengan datuk. "Apa halnya”, kata ketua kampung. Osman segera bangun dan mere‐nung tajam ke wajah anak gadis ketua kampung yang berambut panjang, berkulit putih. Mukanya bujur sirih. Tinggi lampai dan berleher jinjang. Saya memang tertarik dengan gadis desa berwajah ayu itu. Bila saya lihat wajah Osman, rasa tertarik yang mula berputik di hati segera saya padamkan. "Ada orang datang ayah" "Siapa?" "Pak Mardan bomoh hujan" "Hum, sekejap lagi aku balik" Anak gadis ketua kampung meninggalkan kawasan pondok Osman. Kerana waktu makan tengahari sudah hampir, ketua kampung mengajak kami pergi bersamanya sekali. "Eloklah tu, saya ingin juga berkenalan dengan bomoh hujan tu, kalau dia baik hati dapat saya menuntut ilmu darinya”, datuk segera bangun. "Dia tu bukan orang lain dengan saya, kami satu pupu”, tingkah ketua kam‐pung dengan tenang. Ada rasa megah dalam dirinya kerana datuk mahu menuntut sesuatu dari sepupunya. Lepas makan tengahari datuk dapat bercakap panjang dengan Pak Mardan yang sudah berusia hampir lima puluh tahun. Orangnya tegap. Memelihara misai, janggut dan jambang. Dia tinggal di Kampung Kota yang terletak lebih kurang dua batu dari pekan kecil Bruas dalam daerah Manjung. Menurut Pak Mardan, dia kenal baik dengan bomoh patah yang tinggal sekampung dengannya iaitu Bedul Hasyim. Datuk minta Pak Mardan menyampaikan salamnya pada Bedul Hasyim bila dia pulang ke kampungnya kelak. "Dengan izin Allah akan saya sampaikan”, katanya. "Saya dah lama tidak jumpa dia" "Dia masih sihat lagi”, balas Pak Mardan. Menurut Pak Mardan dia dalam perjalanan ke Sungai Tinggi (sebuah kampung yang terletak dalam daerah Matang, lebih kurang dua puluh batu dari bandar Taiping). Dia diundang oleh anak saudaranya kerana anak saudaranya mahu menikahkan anak perempuannya dengan orang dari Gunung Semanggul. [68]

"Tujuan mengundang kita tu ada tujuan yang tertentu”, keluh Pak Mardan sambil merenung muka ketua kampung. "Apa tujuannya?", soal Osman. "Tenaga aku ni diperlukan anak buah, bila mahu menghalau hujan”, Pak Mardan melahirkan rasa hampanya, disambut oleh ketua kampung dengan ketawa memanjang. Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi datuk menolak dengan alasan dia tidak dijemput ke majlis nikah kahwin. Tetapi bila Pak Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa untuk menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk menerimanya dengan senang hati. Saya mengerti, tujuan utama datuk menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi minyak. Tetapi dia mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan. Esoknya saya, Pak Mardan dan datuk terus pergi ke Sungai Tinggi. Kami bertolak dengan bas dari Segari pada sebelah pagi dengan bas. Ketua kampung dan keluarganya bertolak lebih lewat daripada kami. Kedatangan kami di sambut dengan ramah oleh anak saudara Pak Mardan. Kami sempat menyaksikan acara akad nikah yang diadakan pada sebelah pagi, lebih kurang di antara pukul sepuluh hingga sebelas. Acara naik pelamin diadakan kirakira pukul empat petang setelah tetamu yang dijemput selesai makan. Pak Mardan merasa senang kerana tidak ada tanda‐tanda hari akan hujan. Beberapa orang anak muda di situ melancarkan kutipan memungut wang secara kilat bagi mengundang pancaragam dari bandar Taiping pada sebelah malamnya. Kutipan itu, ternyata tidak cukup dan nasib baik pihak tuan rumah sanggup menambahkan bahagian yang tidak cukup itu. Majlis perkhawinan itu bertambah rancak dengan kehadiran pancaragam dari Taiping itu yang membawakan lagulagu rancak dan irama Melayu asli yang disampaikan para penyanyi dari pancaragam tersebut, antara penyanyinya ialah Kamal Harun, Aida Suhana dan Zainal Udah. Walaupun begitu rancak pancaragam dari Taiping mempersembahkan permainannya, saya lihat Pak Mardan tetap gelisah, begitu juga dengan datuk. Bagi menghilangkan rasa resah itu Pak Mardan terpaksa menghisap rokok tembak berbelasbelas batang. Pak Mardan menarik tangan datuk untuk pergi ke satu sudut. "Aku rasa ada sesuatu yang tak kena malam ni”, Pak Mardan menyatakan pada datuk. Datuk termenung panjang mendengar cakap Pak Mardan itu. Dia meraba pangkal kening kanan tujuh kali, meraba telinga kiri lima kali. "Usah bimbang, kalau ada yang perlu saya tolong tetap saya tolong”, kata datuk. Walaupun begitu wajahnya saya lihat agak sugul sedikit. "Malam ini ada majlis bersanding?", datuk menyoal Pak Mardan. "Ada. Sekejap lagi pengantin lelaki datang” "Kalau begitu eloklah kita kita beringatingat, manalah tahu kalau ada hal buruk terjadi" [69]

"Saya faham tu” Pak Mardan dan datuk duduk kembali di tempat asal. Bila orang ramai mula datang mahu melihat pengantin naik pelamin, tiba‐tiba hujan turun mencurahcurah bersama dentuman petir dan guruh. Muka Pak Mardan kelihatan pucat, dia lalu membisikkan pada datuk bahawa hujan yang turun malam itu, bukan sebarang hujan. Pak Mardan yakin hujan itu dibuat oleh manusia dengan kuasa ilmu halus yang tujuannya tidak baik. Hujan jenis ini amat berbahaya buat manusia, sebabnya di dalam air hujan itu terkandung berbagaibagai kekotoran buatan manusia, begitulah Pak Mardan memberitahu datuk. "Kau tunggu di sini Mardan”, kata datuk, sebaik sahaja ungkapan itu berakhir, saya dapati datuk ghaib dari penglihatan saya. Pak Mardan terpingapinga. Lebih kurang lima minit datuk menghilangkan diri. Dia muncul kembali dihadapan saya dan Pak Mardan. "Aku setuju dengan kau Mardan, kita hadapi semuanya ini”, tekanan suara datuk mula meninggi. Lalu datuk minta Pak Mardan mencari baldi plastik untuk menadah air yang turun dari curung (hujung) atap. Bila air sudah penuh satu baldi, datuk merendamkan tangan kirinya ke dalam baldi itu. Pak Mardan dan saya jadi terkejut bila melihat tangan datuk hitam dan air dalam baldi bergolak. Muka datuk merah padam mulutnya membaca sesuatu, tiba‐tiba baldi plastik itu pecah. "Aku rasa kau saja selesaikan semua urusan ini. Kau sudah tahu hujan itu buatan manusia jahat", datuk memberikan amanat pada Pak Mardan. Dengan senang hati Pak Mardan menerimanya dan meminta saya membantunya. "Bantulah dia Tamar. Aku ada, bukan apaapa kau hanya melihat saja”, datuk memberikan keizinan pada saya. Dia juga memberikan saya beberapa butir batu gunung yang putih untuk di taruh dalam kocek baju. "Mardan, dalam dugaan aku, orang ini mengirimkan gunaguna melalui hujan buatannya pada pengantin perempuan”, pesan datuk pada Pak Mardan. Saya lihat Pak Mardan anggukkan kepala lalu meminta baldi plastik yang baru dari tuan rumah. Dia menadah air hujan hingga penuh satu baldi. Kemudian Pak Mardan mengajak saya masuk kerumah dan terus ke bilik pengantin. "Usah bimbang, aku ni pangkat datuk pada kau”, Pak Mardan memberitahu pada pengantin perempuan yang duduk terseliput dihadapan katil. Kemudian Pak Mardan meminta pada pengiring pengantin supaya membawa pengantin itu ke bilik lain. Permintaan Pak Mardan dituruti. Tinggalah saya dan Pak Mardan dalam bilik itu. Pak Mardan terus membasuh seluruh mukanya dengan air hujan di dalam baldi. Dia kemudiannya memusatkan seluruh pancaindera dan membaca mantera yang dipelajari dari gurunya. Saya lihat mulut Pak Mardan bergerak sebanyak 29 kali. Bila mulutnya bergerak untuk kali yang ketiga puluh, saya terdengar bisikbisik halus dari jauh yang tidak menentu. Tetapi akhirnya saya dengar nama Halimah disebutsebut. [70]

"Apa yang kaudengar?", Pak Mardan menyoal saya. "Orang memanggil nama Halimah" "Halimah tu nama pengantin tadi, kita masih ada masa untuk berusaha" "Kau tunggu di sini" Pak Mardan terus keluar. Saya mula terasa khayal tidak menentu, bermacammacam bunyi yang saya dengar. Rasa khayal itu segera hilang bila Pak Mardan menepuk bahu kiri saya. Bila saya menoleh ke belakang, pengantin perempuan sudah ada dalam bilik. Pak Mardan menyuruh pengantin perempuan itu duduk di tepi katil. Dia juga menyuruh tuan punya rumah memberitahu orang ramai dan pihak pengantin lelaki acara bersanding terpaksa ditangguh dengan alasan Halimah sakit. Pak Mardan menyuruh Halimah memegang besi kuning yang diberikan oleh Pak Mardan padanya. "Kau pegang besi kuning tu kuatkuat, jangan kau lepaskan walau ada yang terjadi. Kau jangan menjerit”, itulah pesan Pak Mardan pada Halimah. Saya lihat Halimah anggukkan kepala. Kemudian saya dan Pak Mardan keluar dari bilik pengantin. Pak Mardan membimbit baldi. Hujan dan petir terus menjadijadi. "Ke mana Pak Mardan?" "Ke bahagian belakang rumah" Saya dan Pak Mardan memijak anak tangga dengan teliti. Bila sampai dihadapan datuk, Pak Mardan tersenyum. "Buatlah apa yang patut. Aku menanti di sini kerana perbuatan jahat dibuat melalui air hujan eloklah kausaja yang selesaikan. Kau lebih arif dari aku”, cukup tenang datuk bercakap dan Pak Mardan menerimanya dengan rasa yang tenang. Pak Mardan dan saya terus ke bahagian belakang rumah. Lama juga Pak Mardan berlegarlegar di situ. Hujan terus turun mencurahcurah. Petir dan kilat sabungmenyabung di malam yang pekat. Saya dan Pak Mardan naik ke bilik pengantin. Halimah masih memegang besi kuning eraterat. Pak Mardan meletakkan baldi di sudut bilik dan terus duduk di situ. "Kau Tamar, duduk dekat lutut aku ni”, Pak Mardan memerintah dan saya patuh pada perintahnya. Pak Mardan merenung ke muka Halimah yang sudah kelihatan cemas. Saya lihat mulut Pak Mardan bergerakgerak. Saya tidak tahu apa yang di bacanya. "Kau jangan tegur apa yang kami buat Halimah. Aku tahu sebahagian dari anak rambut kamu sudah terkena tempias air hujan”, suara Pak Mardan parau. Matanya mula bersinar garang. Pak Mardan terus bersemadi di depan baldi di plastik berwarna merah. Dalam masa itu Pak Mardan menumpukan seluruh per‐hatian pada ilmu yang di tuntut dari gurunya, [71]

saya lihat baldi dalam air plastik merah bergerak macam air sedang mendidih. Diluar hujan terus mencurah‐curah, cahaya petir jelas kelihatan menyelinap ke dalam bilik pengantin. Kerana saya ada mendapat petua sedikit dari datuk bagaimana mahu me‐numpukan seluruh pancaindera pada alam lain, saya segera melakukannya. Me‐mang saya terasa yang diri saya terpisah dari keadaan keliling. Saya berhadapan dengan satu alam yang sunyi dan tenang. Lebih kurang setengah jam kemudian, saya terdengar sayupsayup bunyi berdesing. Makin lama, makin jelas bunyi itu seperti benda yang sedang terbang me‐nuju ke arah bilik pengantin. Tidak lama kemudian terdengar bunyi ledakan yang cukup kuat di atas bumbung rumah, bunyinya macam letupan meriam buluh. Serentak dengan ledakan itu, saya terdengar bunyi besibesi kecil berlaga sesama sendiri. Saya juga terdengar bunyi logam berjatuhan dari tulang bumbung berhampiran dengan hujung kaki Halimah. Bila saya membuka mata, saya dapati Halimah tidak sedarkan diri. Di hujung kakinya terdapat berpuluhpuluh batang paku, kaca dan jarum karat berserakan. Pak Mardan segera menghampiri saya. "Kalaulah kita terlewat Tamar, aku tidak dapat membayangkan apa yang terjadi”, ujar Pak Mardan pada saya sambiI meraba pangkal kening sebelah kiri. Bunyi suara hujan diluar mula berkurangan. Tiba‐tiba terdengar bunyi letupan kecil betulbetul di hujung kepala lutut Pak Mardan. Saya lihat Pak Mardan rebah atas lantai, mukanya segera bertukar menjadi kehitamhitaman. Saya mengelabah, paku dan besi buruk serta jarum karat bagaikan bergerakgerak ke arah saya dan Pak Mardan. "Datukkkk tolongggg”, pekik saya dengan sekuat hati. Ketika itu saya rasa batang leher saya cukup panas, bila menelan air liur terasa pedih. Punggung saya bagaikan berada di atas bara api. Dalam keadaan yang gawat itu, saya dapati datuk sudah pun berdiri diambang pintu. "Bertenang”, kata datuk lalu melemparkan kain hitam yang terselepang di dada atas lantai. Pak Mardan boleh bergerak dan duduk semula seperti asli. Leher saya tidak terasa panas lagi, punggung saya kembali berada di atas papan lantai. "Kau saja selesaikan perkara ini Mardan”, kata datuk. Pak Mardan anggukkan kepala. Datuk terus duduk bersila di tengah pintu. Halimah masih lagi terkapar di kaki katil macam mayat. Tetapi besi kuning masih berada dalam dalam genggamannya. "Bantu saya kalau saya tewas”, beritahu Pak Mardan pada datuk. "Saya akan bantu mana yang patut, Allah bersama kita”, balas datuk. Pak Mardan pejamkan mata, saya juga begitu. Tidak ada sesuatu yang aneh berlaku. Pak Mardan menampar paha kanan saya sekuat hati. "Begini saja. Kau dan aku samasama melihat air dalam baldi”, bisik Pak Mardan sambil merenung ke wajah datuk. Dan datuk bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Pak Mardan pada saya. Datuk anggukkan kepala kepada saya dengan maksud supaya mematuhi apa yang diperintahkan Pak Mardan. Saya pun [72]

merenung ke arah air di dalam baldi, saya lihat air di dalam baldi bergerak macam air sedang mendidih, mengeluarkan asap tebal macam asap rokok, berlegarIegar di permukanan baldi, asap itu naik meninggi dan akhirnya terus hilang. Saya mula terhidu bau hamis, seperti bau darah seekor ayam yang baru disembelih. Kepala saya terasa pening tetapi saya masih lagi dapat mendengar bunyi hujan yang kian berkurangan diluar. Pandangan saya jadi berpinarpinar. Dalam samarsamar itu, saya lihat bayangan wajah seorang lelaki yang tidak saya kenali. Dalam keadaan saya terkhayal itu, saya lihat Pak Mardan menepuk air di dalam bilik. Kemudian Pak Mardan menutup permukaan baldi dengan kain putih. Datuk melihat saja dengan apa yang dilakukan oleh Pak Mardan. Halimah mula bergerak dan melepaskan besi kuning yang di genggamnya. "Kau terlepas dari bahaya Halimah”, kata Pak Mardan dan menyuruh Halimah beredar dari situ. Hujan berhenti terus. Orang ramai mula membetulkan kainkain khemah yang jatuh dirempuh angin. Pancaragam dari Taiping diminta meneruskan permainannya kembali. Pak Mardan terus menemui ayah Halimah dan minta meneruskan acara yang telah ditetapkan. Walaupun acara bersanding agak lewat diadakan dari masa yang ditetapkan, orang ramai tidak merasa kecewa malah memuji pihak tuan rumah yang sanggup mengadakan majlis tersebut. Upacara bersanding berjalan dengan penuh kemeriahan. "Semuanya sudah selamat”, kata datuk pada Pak Mardan yang ketawa kecil melihat pengantin perempuan dan lelaki di atas pelamin. Bila upacara bersanding selesai, Pak Mardan terus menerpa ke bilik Halimah untuk mengutip paku dan besi yang berserakan. Malam itu saya dan datuk serta Pak Mardan tidur di masjid. Pada mulanya pihak tuan rumah melarang kami tidur di masjid. Setelah diberitahu oleh Pak Mardan bahawa tindakan itu bukanlah berniat mahu memalukan tuan rumah, tetapi bertujuan menghindarkan sesuatu yang buruk terjadi kalau Pak Mardan masih ada di situ, orang yang berniat jahat terhadap Halimah akan mengulangi perbuatan terkutuknya. Alasan itu, dapat diterima oleh pihak tuan rumah dengan baik. Banyak perkara yang ditanya oleh datuk pada Pak Mardan berhubung dengan ilmu menahan hujan. Saya lihat datuk cukup berminat belajar sesuatu dari Pak Mardan. Rasa meluat mula datang dalam hati saya terhadap sikap datuk itu. Apa perlunya datuk mencari ilmu lagi? Apakah dia tidak terfikir usianya sudah lanjut? Apakah ilmunya yang ada tidak mencukupi? tanya saya dalam hati sambil menyandarkan badan pada pada tiang seri masjid. "Saya bukan apaapa, sekadar mahu tahu saja. Bukankah belajar dan me‐nambahkan ilmu pengetahuan itu memang dituntut oleh agama Islam”, saya terdengar suara datuk agak meninggi. "Memang”, sahut Pak Mardan.

[73]

"Saya teringat tentang Surah ArRahman ayat 33 yang bermaksud lebih kurang begini: Wahai para jin dan manusia! Kalau kamu sanggup me‐nembus sempadan langit dan bumi, maka tembuslah. Kau tak akan sanggup melintasi melainkan dengan kekuatan”, ujar datuk dengan tenang. Pak Mardan tersenyum seraya berkata, "Maksud kekuatan dari ayat itu ialah ilmu pengetahuan" "Betul. Tepat sekali cakap awak tu”, sahut datuk. Kedua‐duanya saling tepuk ‐menepuk antara satu sama lain. Melihat dari cara mereka bercakap itu, saya segera membuat kesimpulan antara datuk dan Pak Mardan memang terdapat rasa persefahaman. Tetapi secara tidak langsung antara mereka masih mahu menunjukkan yang diri masingmasing samasama tahu. Dan saya kira kalau datuk masih meneruskan sikapnya itu, Pak Mardan tidak begitu mudah mahu melahirkan sesuatu yang dia tahu pada datuk. Suasana di luar masjid cukup gelap. Suara cengkerik dan katak bersahutsahutan. Saya merasa kedinginan dan kelopak mata mula rasa agak berat. Dua kali saya men‐guap panjang. Barangkali datuk mula sedar bahawa Pak Mardan tergolong dalam golo‐ngan orang yang agak sombong dan membanggakan diri, yang mengakui dirinya tidak begitu pandai tentang halhal ilmu dunia. "Saya ni baru sangat dalam hal ini. Ilmu dunia tidak sebanyak mana, ilmu akhirat lagi kurang, saya masih belajar”, begitu lemah nada suara datuk. Ekor matanya menjeling ke arah saya dalam sinaran lampu gasolin yang sekejap terang dan sekejap gelap. Mendengar kata‐kata datuk itu, Pak Mardan termenung panjang. Dia kerutkan kedua belah keningnya, macam memikirkan sesuatu. “Saya tidak ada kuasa untuk menahan hujan”, katanya lemah. "Jadi apa yang awak buat?", sanggah datuk. "Awak ini macam tak tahu pula, bukankah AIlah berkuasa atas segalagalanya. Saya mohon doa pada Allah minta hujan jangan turun di suatu kawasan" "Lagi apa yang awak buat?" "Mengamalkan beberapa petua dari nenek moyang itu saja. Setakat ini permohonan saya diberkati, itu saja yang buat" Datuk anggukkan kepala mendengar keterangan dari Pak Mardan. Tetapi datuk merasakan Pak Mardan menyembunyikan sesuatu darinya. Kerana itu datuk agak keberatan bila Pak Mardan menyuruh dia baring di atas lantai masjid. Datuk terus melawan dia bercakap hingga Pak Mardan memberitahu datuk yang dia memang menuntut ilmu menahan hujan dari seorang bomoh hujan yang berasal dari Selatan Siam, iaitu di negeri Patani. "Tiga tahun aku tinggal di sana”, Pak Mardan memberi keterangannya pada datuk.

[74]

Menurut Pak Mardan, ayahnya dulu salah seorang pendekar yang terke‐nal di Perak. Berjaya memotong leher pihak lawan dalam perang Larut. Ayahnya telah diberikan 50 ekar tanah sawah oleh Sultan Perak masa itu, sebagai me‐ngenangkan jasanya. Tanah itu dikecualikan dari sebarang cukai. Bila tanah itu bertukar pada dirinya, Pak Mardan menjualkan tanah itu pada seorang jutawan Melayu dari Kuala Kangsar. Hasil wang dari jualan tanah itu, Pak Mardan membeli tanah lain di Kampung Kota. Saya tidak tahu, bagaimana datuk memujuk Pak Mardan hingga dia sanggup memberikan pada datuk beberapa petua dan amalan yang mesti dila‐kukan untuk menahan hujan. Pak Mardan juga memberitahu datuk yang dirinya ada menyimpan ilmu melompat yang dituntutnya dari arwah ayahnya dulu. "Ilmu tu dinamakan lompat sekayu kain. Masa perang Larut dulu, ilmu itu telah digunakan oleh ayah saya bagi menewaskan pihak lawan”, Pak Mardan tersenyum bangga menceritakan tentang keperwiraan ayahnya. Datuk menguruturut dada. Kemudian dia tersenyum sinis. Pak Mardan kurang senang dengan sikap datuk itu, lalu dia menentang biji mata datuk lamalama. Datuk juga berbuat demikian. Dari gerakan dan kelipan mata Pak Mardan, datuk dapat membaca pembawa atau peribadi Pak Mardan. Datuk tahu Pak Mardan orangnya pantang dicabar. Kesempatan itu datuk gunakan untuk menguji sejauh mana kebenaran kata‐kata Pak Mardan. "Aku tak yakin kau ada ilmu melompat sekayu kain”, amat lantang suara datuk. Tiba‐tiba saja Pak Mardan bangun. Dia beliakkan mata kearah datuk. "Awak mahu saya buktikan?" "Itulah yang sebaiknya?" "Mari keluar" Pak Mardan keluar dari masjid. Datuk pun begitu. Saya jadi serba salah. Dalam samarsamar lampu gasolin saya lihat jam tua yang tersangkut di tiang seri. Jarum pendek dan panjang menunjukan ke angka dua belas. Rasa dingin cukup hebat menggigit kulit badan saya. Bibir saya mengeletar. Suara katak dan cengkerik kian bertambah hebat. Datuk menghampiri Pak Mardan dengan tenang. "Begini saja, sekarang pukul dua belas tepat. Pesan guru saya, tidak baik melakukan sesuatu tepat jam dua belas malam atau siang, banyak buruk dari baiknya”, beritahu datuk pada Pak Mardan. Nampaknya Pak Mardan tidak membuat sebarang bantahan pada datuk. Sementara menanti jarum jam berganjak dari pukul 12.00 ke pukul 12.02 minit, datuk duduk di kaki tangga masjid. Pak Mardan berdiri di halaman masjid. Dia sudah pun memakai baju hitam dan seluar serta berselepang kain kuning. Dia membelakangi datuk. "Datuk mahu bergaduh?", tanya saya pada datuk.

[75]

"Tidak. Sekedar mahu menguji. Setahu aku seorang pendekar atau pahlawan tidak akan menunjukkan kebolehannya di khalayak ramai. Pahlawan selalu bersikap macam harimau menyimpan kuku”, kata datuk. Cakap datuk itu memang benar. Sudah setengah jam masa berlalu Pak Mardan tidak juga menunjukkan kebolehan dan kemampuannya. Datuk pun mula bertindak. Dia mencabar Pak Mardan dengan membalingkan sebilah sundang ke arah belakang Pak Mardan. Dalam gelap itu Pak Mardan berjaya menyambar sundang dengan tangan kanannya lalu membalingkan ke arah datuk kembali dan datuk bagaikan kilat menangkap hulu sundang lalu ditikamkan ke batang pisang. Sundang terus melekat di situ. Saya segera masuk ke masjid dan membawa lampu gasolin keluar. Saya letakkan di atas simen kolah tempat orang mengambil air sembahyang. Cahaya dari gasolin itu menerangi sebahagian daripada halaman masjid. Datuk terus menyerang Pak Mardan. Tujuan datuk berbuat demikian supaya Pak Mardan naik semangat. Tujuan datuk memang berjaya. Pak Mardan lalu membuat serangan balas yang cukup hebat, buah silat yang dilepaskan pada datuk cukup tajam dan cepat. Datuk terus mengelak dan menepis hingga buahbuah silat yang ditujukan padanya tidak menjamah badan. Datuk lalu mencabut sundang dari batang pisang, menerkam ke arah Pak Mardan. Cepat‐cepat Pak Mardan melompat separas kepala datuk lalu menyepak pergelangan tangan datuk dari udara. Pak Mardan tidak berjaya, saya lihat dia bagaikan terapungapung di udara membuka silat baru, kemudian kakinya menjamah kaki bumi. Saya lihat datuk melepaskan sesuatu macam bola api ke arah kaki kiri Pak Mardan. Dia menjerit lalu melompat melepasi bumbung masjid. Pak Mardan bagaikan terbang di udara. Tubuhnya nampak bulat macam seketul kayu itu menuju kearah pokok pisang tempat sundang terletak tadi. Lebih kurang dalam jarak empat kaki mahu sampai ke perdu pokok pisang, Pak Mardan hulurkan kaki kanannya. Dari kaki kanannya itu saya lihat keluar cahaya bulat dan memanjang, macam api andang. Saya tengar pekikan dari Pak Mardan cukup lantang, serentak dengan itu terdengar satu letupan kecil. Saya lihat pokok pisang rebah ke bumi dan terbakar. Dalam beberapa saat saja saya lihat Pak Mardan dan datuk berdakapdakapan di halaman masjid. "Jangan menguji saya sampai macam itu. Nasib baik saya dapat arahkan pada perdu pokok pisang, kalau pada awak sudah lain jadinya”, ucap Pak Mardan sambiI menukar baju hitam kepada baju kemeja putih. "Saya tahu. Saya cuma menguji bukan bergaduh”, balas datuk, "awak bukan calangcalang orang" "Ah, tiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Macam kau dengan aku ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Yang sempurna dan gagah hanya Allah yang Maha Besar”, sebaik saja mengakhiri cakap itu, lagi sekali Pak Mardan memeluk tubuh datuk. Kami masuk ke masjid. Ketika saya mahu merebahkan badan di sisi datuk. Pak Mardan menghampiri saya, muka saya direnungnya lamalama. "Belajarlah sesuatu dari datuk kamu" [76]

"Datuk kedekut dengan ilmu" "Betulkah cakap cucu awak ini? Tak patut buat begini”, Pak Mardan mengajukan pertanyaan pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum. "Tak betul tu. Ada saya curahkan ilmu penjaga diri dan beberapa petua untuknya. Saya rasa itu sudah cukup yang lain tak mustahak. Saya dah pesan gunakan ilmu itu bila ada musuh atau masa terdesak, tidak boleh di gunakan sebarangan”, ternyata penjelasan datuk itu memuaskan hati Pak Mardan. "Zaman kami mudamuda dulu, kalau tak cukup syarat dengan ilmu di dada kami tidak merantau. Tetapi, anak anak muda sekarang ini lain pula. Adat budaya dan cakap orang tuatua di lupakan, sudah mahu merantau. Baru ada ilmu tak sampai sebuku sudah tunjuk pandai”, Pak Mardan macam merungut. Datuk anggukkan kepala mengiakan cakapnya. Saya menguap lagi, kelopak mata terasa cukup berat. Suara datuk dan Pak Mardan yang sedang bercakap saya dengar kian lama, kian jauh dan akhirnya saya tidak terdengar apaapa lagi. "Bangun, bangun”, saya dengar suara datuk meninggi dan badan saya digoncang oleh Pak Mardan. Saya membuka mata dalam gelap. Lampu gasolin tu sudah lama padam. Rasa marah mula datang dalam hati, bagaimana saya tidak marah, kalau tengah sedap tidur terpaksa bangun. "Kenapa tok?" "Bangun, jangan banyak cakap" Hasrat saya untuk mengajukan pertanyaan mati bila terdengar nada suara datuk begitu keras. Datuk menyuruh saya dan Pak Mardan berpisah. Saya disuruh merangkak ke arah utara masjid, Pak Mardan ke selatan dan datuk sendiri merangkak ke arah pintu masjid. Suara katak dan cengkerik di luar masjid berambah hebat. Saya mula terdengar deru angin melanggar ranting dan dahan kayu. Dengan tiba‐tiba bulu roma saya tegak. Dari tingkap masjid yang terbuka di tolak oleh angin, saya lihat ada api bergerak dalam gelap mengelilingi masjid. Tiba‐tiba pintu masjid terbuka dengan lebarnya kemudian terkatup dengan sendirinya, macam ada tenaga manusia menolaknya dari luar. "Apa hajat?", teriak datuk sekuat hati. Dan api yang bergerak mengelilingi masjid terus padam. "Apa hajat?", ulang datuk lagi. Saya lihat cahaya api itu datang kembali berada betulbetul di luar pintu masjid. Teriakan datuk tidak mendapat jawapan. Pak Mardan tanpa disuruh terus menghidupkan lampu gasolin. Lampu itu dibawa ke pintu masjid. Bila melihat cahaya lampu gasolin itu hati saya mula rasa tenteram. Kerana Pak Mardan sudah berdiri di samping datuk, saya segera menghampiri mereka. [77]

"Kau nampak apa tu?", Pak Mardan menepuk bahu saya. Dengan pertolongan cahaya lampu gasolin, saya dapat melihat dengan jelas sebatang kayu terpacak di halaman masjid, di hujung kayu bahagian atas terletak tengkorak manusia. Saya pandang wajah datuk. Dia nampak serius, saya pandang wajah Pak Mardan, ada tanda‐tanda keresahan dimukanya. "Datanglah, apa hajat kamu?", pekik datuk lagi dan lampu gasolin terus malap. Kayu di tengah halaman masjid mengeluarkan cahaya api. Bunyi tapak kaki manusia memijak dahan dan rantingranting kering mula kedengaran dari tiap penjuru masjid, saya terasa bagaikan ada beribu manusia yang bergerak di sekeliling masjid. Datuk terus bertafakur lebih kurang lima minit. Bila dia membuka mata, lampu gasolin yang malap bersinar terang. Di halaman masjid terdapat seorang manusia berdiri di sisi kayu yang ada tengkorak. "lnilah orang yang saya lihat dalam baldi di rumah pengantin tadi”, bisik Pak Mardan pada datuk. Dengan tenang datuk anggukkan kepala lalu keluar dari masjid. Datuk berdiri berhadapan dengan orang itu. Suara katak dan cengkerik kian hebat. Angin juga mula bertiup agak ganas. Bila angin berhenti bertiup, hujan pun turun menambahkan rasa sejuk pada diri saya. Titik hujan yang halus itu terus menjadi kasar. Pak Mardan segera menarik tangan datuk. Orang yang berdiri dengan kayu itu terus memeluk tubuhnya. Titiktitik hujan tidak mengenai tubuhnya. "Masuk, orang ini mahu membalas dendam”, beritahu Pak Mardan pada datuk. Saya lihat datuk termenung sejenak. Dengan tenang datuk memegang kain hitam di kepala. Kain hitam itu dibukanya. Datuk simpulkan kain hitam itu hingga menjadi seketul, macam buku benang. "Kalau niat kau baik, engkau tidak apaapa. Tetapi kalau niat kau buruk kau akan binasa”, ujar datuk pada lelaki ditengah halaman dari muka pintu masjid. Datuk lemparkan kain itu ke arah lelaki tersebut. Bila kain itu jatuh di hujung kaki lelaki itu, kelihatan asap berkepulkepul naik ke udara. Batang tubuh lelaki itu hilang dalam kepulan asap. Pak Mardan terus duduk lalu membaca beberapa mentera hingga hujan yang mula teduh berhenti sama sekali. Bila kepulan asap itu hilang, tengkorak yang yang berada di hujung kayu jatuh ke atas tanah. Batang tubuh lelaki itu segera bertukar menjadi hitam. Lidah lelaki itu terjujur keluar macam lidah anjing yang kehausan, biji matanya mula merah. Datuk menepuk tangan kanannya tiga kali ke bendul masjid. Orang lelaki di tengah halaman mula batuk dan muntah darah dua kali. Pak Mardan segera mengambil air dari dalam kolah satu gayung dan menyerahkan pada datuk. "Tawarkan dia”, Pak Mardan menyarankan dan datuk terus menunaikannya. Setelah datuk membaca sesuatu pada air didalam gayung, saya pula ditugaskan menyimbah air kebadan lelaki itu. Bila air dalam gayung terkena badan lelaki itu, kulitnya yang hitam segera bertukar macam biasa, dia sudah tidak muntah lagi. Pak Mardan menghampiri lelaki itu. Sebelum berdiri di hadapan lelaki [78]

tersebut, Pak Mardan terlebih dahulu membaca beberapa mentera. Dia menguncikan semua pancaindera lelaki tersebut. Saya merasa terkejut, bila secara tiba‐tiba Pak Mardan mendapatkan datuk semula. "Awak tengok apa kerja maksiatnya selama ini”, suara Pak Mardan lemah. Datuk terdiam, dia terus bertafakur lagi. Bila semuanya selesai datuk terus memberitahu Pak Mardan bahawa lelaki itu pernah meminang Halimah untuk dijadikan isteri mudanya. Pinangan itu di tolak oleh ayah Halimah kerana lelaki itu sudah beristeri sepuluh kali. Enam isterinya sudah diceraikan, empat masih dipakainya lagi. Dia hanya mengharapkan hasil dari titik peluh isterinya untuk menyarai dirinya. Dia tidak pernah mahu melakukan sebarang pekerjaan. Dia lebih senang duduk di rumah atau berjalan ke sana ke mari dengan pakaian yang kemas. Walau pun usia sudah hampir lima puluh tahun, tetapi dia kelihatan muda, macam anak teruna yang berusia dua puluhan. Gagah dan tampan. Datuk juga memberitahu Pak Mardan lelaki itu tidak pernah mandi, kecuali kalau dia bertemu danau di tengah hutan yang ada teras kayu terendam di dalamnya. Kalau dia mandi, hanya memadai dengan sekali selam tanpa memakai kain basahan. Bila air di badannya kering dengan sendiri barulah dia memakai baju dan seluar. Lepas itu, dia akan mengurungkan diri dalam bilik selama satu minggu. Masa dia mengurungkan diri dalam bilik itu dia akan melumurkan seluruh kulitnya dengan najisnya sendiri. Bila Pak Mardan mendapatkan penjelasan itu dari datuk, dia segera berdiri di hadapan lelaki itu. "Kenapa kau berbuat begitu pada Halimah?", pertanyaan dari Pak Mardan itu, dijawab oleh lelaki itu dalam bahasa yang tidak dapat saya dan datuk faham. Pak Mardan segera memberitahu datuk yang lelaki itu bercakap dalam bahasa Siam. Kerana Pak Mardan boleh bercakap Siam, lelaki itu terus dilawan bercakap dalam bahasa itu. Perbuatan itu tidak menyenangkan hati datuk. Datuk membuka tapak tangan kirinya dan terus membaca sesuatu. "Orang ini menuntut ilmu bomoh Siam. Biar saya kembalikan hati dan perasaannya kepada bangsanya sendiri”, rungut datuk lalu melangkah ke arah lelaki itu. Sebaik saja datuk sampai di hadapan lelaki itu, dia terus menampar perut lelaki itu dengan tapak kanannya. Lelaki itu menjerit lalu membongkok sambil memegang perutnya. Ketika itu juga lelaki tersebut muntah, dari mulutnya terkeluar segumpal kain kuning yang penuh dengan ulat, sebesar ulat nangka, bau kain kuning itu macam bau bangkai. Datuk menekan kain kain kuning itu dengan jari telunjuk kirinya hingga kain itu pecah. Bila kain itu pecah bertaburan, kaca, batu dan ketul ketul daging jatuh keatas tanah. Ular hidup berserakan atas kawasan muntah orang lelaki itu. Pak Mardan mencari daun kayu lalu memukul tubuh lelaki itu dengan sekuat hatinya. Wajah lelaki yang tampan berubah menjadi kendur dan bergaris garis macam orang lelaki yang berumur lima puluh tahun. Lelaki itu rebah ke tanah. Datuk segera menghentakkan pangkal siku kirinya ke belakang lelaki itu dengan sekuat hatinya. Lelaki itu dengan tiba tiba bangun. [79]

"Kau orang Islam?" tanya datuk. "Ya saya orang Islam" "Rukun Islam berapa perkara?" "Lima perkara" "Pertama apa dia?" "Mengucap dua kalimah syahadah" "Cuba kau mengucap dua kalimah syahadah" Ternyata orang itu tidak dapat menunaikan permintaan datuk. Mata orang itu terkebil. Toleh kiri, toleh kanan macam orang ketakutan. Pak Mardan mengheret lelaki itu ditepi kolah. "Kita mandikan dia sekarang”, kata Pak Mardan. "Aku setuju”, balas datuk. Saya pun menjiruskan air ke tubuh lelaki dengan gayung. Lelaki itu menggeletar. Dalam kedinginan dinihari bibirnya kelihatan biru. Lututnya berlaga sama sendiri. Datuk membuka seluar yang dipakai oleh lelaki itu, digantikan dengan kain dan baju Melayu kepunyaan Pak Mardan. Bila lelaki disuruh masuk ke masjid dia enggan. Perbuatan itu membuat datuk naik darah. "Kenapa?", tanya datuk. "Saya sudah bersumpah dengan guru saya. Tidak akan masuk masjid atau membaca AlQuran" "Awak mengarut”, datuk mendorong lelaki ke pintu masjid. Bila lelaki itu melangkah bendul dia jatuh dan dari tubuhnya keluar kepulan asap nipis. Serentak dengan itu terdengar deru angin yang amat kuat diluar masjid. Deru angin itu makin kurang dan akhirnya terus hilang. Datuk terus mengajarkan lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan meminta dia bertaubat. Cukup sukar untuk menyuruh lelaki itu bertaubat, dia begitu fanatik dangan ajaran gurunya. Sesudah berbagai pandangan diberikan padanya oleh Pak Mardan barulah dia mahu bertaubat. "Awak tidak akan membalas dendam pada saya?", tanyanya pada Pak Mardan. "Tidak. Aku mahu kau bertaubat dan jangan sekali kali mengulangi perbuatan yang lalu" Mendengar cakap Pak Mardan lelaki itu terdiam. Walau bagaimanapun, datuk memberikan kesempatan pada lelaki itu membuat keputusan sendiri. Datuk tidak mahu memaksa dia. Datuk mahu dia kembali ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

[80]

Saya lihat lelaki itu duduk diatas anak tangga sambil tunduk memicit pangkal keningnya. Pak Mardan dan datuk hanya memperhatikan saja telatah lelaki itu dalam kedinginan malam yang mula merangkak ke subuh. Di langit, bintang timur mula bangkit bersama kokok ayam yang bertalu talu dari kampung berdekatan. Datuk menggeliat, dia tahu sebentar lagi orang‐orang kampung akan datang berjemaah di masjid. Kalau boleh, datuk dan Pak Mardan tidak mahu orang orang kampung tahu tentang perbuatan lelaki itu. Kalau orang orang kampung tahu bahawa angkara yang terjadi di malam pengantin berpunca dari lelaki itu, tentu sahaja lelaki itu akan menerima akibat yang buruk. Datuk dan Pak Mardan mahu menghindarkan kejadian itu dari berlaku dalam kawasan masjid. "Bagaimana? Apakah lafaz taubat yang kau ucapkan tadi benar benar ikhlas atau ditekan oleh rasa terdesak?", soal Pak Mardan. Lelaki itu tidak menjawap. "BertaubatIah dengan hati yang jujur. Janganlah kamu ulangi perbuatan yang terkutuk ini. Ilmu dunia tidak ada yang kekal, tidak ada siapa yang gagah dan berkuasa selain daripada Allah”, ujar datuk dengan nada suara yang lembut. Sinar mata datuk redup memandang wajah lelaki itu penuh simpati. "Kalau kau dah sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Allah amat mencintai pada makhlukNya yang insaf”, Pak Mardan terus memberi nasihat. Lelaki itu tidak menjawap. Dia tetap tunduk sambil memicit pangkal kening. Dan datuk sudah tidak boleh bersabar dengan perangai lelaki itu, waktu subuh sudah hampir. Dalam beberapa minit orang‐orang kampung akan sampai. Datuk tahu kalau dia tidak bertindak, bererti dia mendedahkan diri lelaki itu pada kecelakaan. Datuk lagi sekali menghampiri lelaki itu. Angin subuh yang bertiup memberi kesejukan pada diri saya. Kokok ayam terus juga bersahut‐sahutan. Bintang timur di kaki langit kian mengecil. Tiba tiba saya lihat datuk menekan tulang bahu lelaki itu dengan tangan kanannya sekuat hati. Saya lelaki itu rebah perlahan lahan, badannya kelihatan semacam lembik. Datuk pun berhenti menekan bahu lelaki itu. "Pulanglah sebelum orang‐orang kampung datang. Kalau mereka datang kamu akan menerima padah yang buruk”, ujar datuk sambil menampar belakang lelaki itu dengan tapak tangan kirinya. Lelaki itu bagaikan tersedar dari tidur. Toleh kanan dan mula mahu menyembah kaki datuk. Datuk terus menolak lelaki itu hingga tersungkur ke belakang. "Jangan perlakukan aku macam itu, antara kita tidak ada siapa yang besar dan harus disembah. Menyembah manusia dan patung perbuatan yang salah dari segi hukum Islam”, kata datuk dalam dingin subuh itu. Lelaki itu bangun, matanya merenung wajah datuk. Dahinya masih berkerut. Dia membuka mulut sambil berkata: "Jika aku bertaubat kau tidak akan melakukan sesuatu pada aku?" "Jangan bertaubat kerana takutkan manusia, bertaubatlah kerana insaf dan cinta kau pada Allah”, balas datuk. [81]

Lelaki itu menarik nafas panjang. Matanya masih merenung wajah datuk meminta simpati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dirinya. Datuk meminta dia bercerita bagaimana puncanya dia boleh menuntut ilmu yang bertentangan dengan agama Islam yang suci. Menurutnya, dia terdorong menuntut ilmu salah itu berpunca dari masyarakat di kampungnya yang tidak mahu memaafkan atas perbuatan yang dilakukannya. Meskipun dia mengakui pada mereka, perbuatan itu terpaksa dilakukan kerana terdesak. "Apa yang kau buat?", tanya Pak Mardan. "Saya mencuri dua kepul besar padi untuk anak saya yang sakit" "Bila kau lakukan perkara itu?", datuk pula menyoal. "Masa mula mula Jepun datang ke Malaya. Mereka adukan perbuatan saya itu pada Jepun. Saya disiksa meskipun saya menyembah kaki orang yang punya beras itu untuk meminta maaf" "Lagi?" tanya datuk lagi. "Saya merasa malu, anak isteri saya merasa malu. Akhirnya saya lari ke Selatan Siam dan menuntut ilmu ini dengan harapan saya akan dihormati dan dikagumi”, jelas lelaki itu dengan jujur. Datuk dan Pak Mardan berpandangan. "Tetapi, bila sudah ada ilmu kau jadi manusia yang takbur dan mahu tunjuk kuasa lalu memeras orang lain untuk hidup”, ujar datuk lagi. Lelaki itu terdiam dan termenung panjang. Datuk dan Pak Mardan tidak tahu apa yang bermain dalam tempurung kepalanya. "Jangan takut dan merasa malu sesama manusia, tetapi takut dan malulah pada Allah yang memberikan kau nyawa, tubuh badan dan pancaindera yang tidak ternilai harganya buat kau, bersyukurlah pada kuasaNya dengan mengikut segala suruhanNya dan menjauhi dari perbuatan yang ditegahNya”, datuk terus memberikan penerangan. Lelaki itu kelihatan resah. Dia mundar mandir di halaman masjid. Duduk di anak tangga masjid kembali. Tiba‐tiba dia batuk bertalu talu. Dia menguruturut dadanya dengan tangan. Nafasnya kelihatan sesak. Bibirnya kelihatan kehitam hitaman. Saya mula tercium bau kapur barus, bau sintuk dan limau yang selalu digunakan untuk memandi mayat. Datuk menghampiri lelaki itu yang mahu merebahkan badannya atas tanah. Datuk berdiri lutut, kepala lelaki itu diletakkannya atas peha kanan. Pak Mardan dan saya berpandangan. Subuh sudah pun tiba, sebentar lagi masjid itu akan didatangi oleh orang‐orang kampung. Kokok ayam juga sudah mula berkurangan, tidak serancak tadi. Tetapi rasa sejuk terus menggigit kulit badan bersama hembusan bayu subuh yang tenang. Langit biru kelihatan bersih, [82]

bersama kepulan awan yang berbagai bentuk. Sesekali saya terdengar bunyi ranting getah dan cempedak yang reput jatuh ke bumi. Saya menoleh ke arah tanah kubur yang terletak di sebelah kanan masjid. Samarsamar saya lihat batu nisan terpacak kaku. "Badannya dah lemah, gerak nadinya juga lemah”, beritahu datuk pada Pak Mardan. Mata lelaki itu tegak memandang langit, mata hitamnya sudah tidak bercahaya lagi. Datuk rasa cuping lelaki itu. "Dia ni dah parah macam terkena bisa”, tambah datuk sambil meraba seluruh kulit lelaki itu. Tiba‐tiba datuk meletakkan tapak tangan kirinya ke atas ubunubun kepala. Mulutnya bergerak gerak membaca beberapa ayat dari Surah Yasin. "Ilmu yang dituntutnya memakan dirinya sendiri”, keluh datuk dan dahi datuk kelihatan berpeluh. Pak Mardan menekan bibir bawahnya dengan gigi atas. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat lelaki itu menarik nafas panjang dan terus mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan jelas. Sebaik saja dia selesai mengucap, nafasnya terus terhenti dan datuk merapatkan kelopak matanya dengan menggosokkan ibu jari kiri pada kulit matanya. "Allah sayangkan dirinya dan dia mati sebagai seorang Islam. Pada zahirnya kita lihat dia sesat dan jauh terpesong dari ajaran agama. Tetapi dengan kuasa Allah dia sempat mengucapkan dua kalimah syahadah”, keluh Pak Mardan. Datuk pun mengangkat mayat lelaki itu ke dalam masjid. "Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan kita sebagai manusia tidak berhak menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai murtad atau kafir. Yang berhak menentukan semuanya ini adalah Allah. Dan Allah akan menghitung amalan dan kejahatan seseorang, "kata datuk pula. Orang orang kampung yang ke masjid subuh itu terkejut melihat mayat dalam masjid. Datuk lalu memberitahu orang kampung apa yang terjadi. Akibatnya, timbul perbalahan kecil kerana ada orang orang kampung yang tidak mahu menanamkan jenazah lelaki itu. "Kamu harus ingat, tanggungjawab orang yang hidup ialah menguruskan mayat ini dengan sempurna, kalau tidak ada seorangpun yang mahu menyempurnakannya seluruh penduduk kampung ini menanggung dosa. Ini fardhu kifayah. Soal dia membuat dosa itu ialah urusan dia dengan Allah”, suara datuk lantang. Orang kampung yang baru selesai sembahyang subuh berpandangan sesama sendiri. Dan perbalahan yang terjadi terus hilang. Semuanya bersetuju menguruskan mayat lelaki itu. Akhirnya Pak Mardan dapat juga mengetahui asalusul lelaki itu. Dia berasal dari satu kawasan di Perlis yang letaknya berhampiran dengan sempadan Siam. Dia datang kesitu kirakira sepuluh tahun yang lalu, membeli sekeping tanah yang letaknya agak terpencil dari kawasan rumah orang‐orang kampung disitu. [83]

Setelah urusan mengkebumikan jenazah selesai, Pak Mardan, saya dan datuk bersiap siap untuk meninggalkan daerah kampung Sungai Tinggi. Sebaik saja kami melangkah keluar dari masjid, beberapa orang kampung datang menemui datuk. Mereka minta datuk dan Pak Mardan tinggal beberapa hari lagi di situ. "Kenapa?", cukup lembut Pak Mardan bertanya pada mereka. "Kami bimbang kalau ada sesuatu yang buruk terjadi”, balas orang kampung. Datuk garu pangkal kening kiri dua kali. Datuk renung ke langit melihat awan putih yang berarak tenang. Datuk renung muka orang kampung. "Kenapa kita mesti takut pada cerita yang belum terjadi? Kenapa kita tidak takut pada pada Allah? Kenapa kita tidak memohon perlindungan dariNya, Allah yang berkuasa. Penuhkan masjid dan surau bila sampai waktu sembahyang, bacalah Surah Yasin dengan betul pada setiap malam daripada menghabiskan masa dengan bersembang tidak tentu arah”, terang datuk sambil memasukkan kad pengenalannya ke dalam saku baju. "Kalau ada awak lagi baik”, balas orang kampung. "Saya pun memohon dan minta pada Allah. Ingatlah Allah sayangkan orang yang mencintai diriNya. Biarlah kami pulang, saya akan menolong awak jika difikirkan perlu”, datuk pun menarik tangan saya, meninggalkan kawasan masjid dengan diikuti oleh Pak Mardan. Orang orang kampung hanya memandang langkah kami yang telah menuju ke tepi jalan raya. Kerana hari masih awal baru jam dua petang, Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Taiping untuk membeli beberapa helai kain pelekat cap siput. Datuk pun memenuhi permintaan Pak Mardan, cara kebetulan pula datuk mahu membeIi beberapa butir kemenyan putih serta pulut hitam. Sementara menanti bas dari Pantai Remis ke Taiping, datuk dan Pak Mardan terus bercakapcakap. "Aneh juga manusia yang meninggal tu”, Pak Mardan memulai bicara. Datuk tersengih sambil menekan daun rumput dengan hujung kasut capal buatan orang Minang. Saya sudah diatas batu tanda jalan. "Usahlah dikenang dan disebut orang yang dah mati”, balas datuk. "Kenapa awak tak berusaha mengubatinya?”, Pak Mardan bertanya. "Bila ajal seseorang itu sudah sampai, tidak ada siapa yang boleh menahannya" "Kita boleh berikhtiar" "Menurut cakap guru aku, seorang dukun atau pawang hanya boleh mengubati dan menyembuhkan penyakit setakat 99 jenis penyakit saja dengan izin Allah”, balas datuk.

[84]

Pak Mardan menggosok gosok batang hidungnya dengan ibu jari kanan. Kerana terlalu lama digosok batang hidungnya yang dempak itu menjadi merah dan berkilat bila dipanah sinar matahari. "Penyakit ini ada berapa jenis?", soal Pak Mardan sambil berhenti menggosok batang hidung. Matanya tajam merenung wajah datuk. "Kata guru aku yang diketahui ada 100 jenis, manusia cuma boleh berikhtiar dan berusaha mengubatinya setakat 99 saja yang satu lagi tetap menjadi hak Allah. Di sinilah letaknya timbang rasa dan kasihnya Allah pada manusia, dia cuma mengambilnya satu saja. Manusia sudah merasa berat sedangkan yang 99 itu dia suruh manusia berikhtar mencari ubatnya sesuai dengan peredaran masa dan zaman”, datuk bagaikan berkuliah di hadapan Pak Mardan. Bas yang dinanti pun tiba. Kami pun naik, lebih kurang 45 minit berada dalam perut bas, kami pun sampai diperhentian bas bandar Taiping yang tidak mempunyai bangunan. Dari situ kami bergerak menuju ke bangunan kedai batu sederet yang terletak dijalan besar. Masuk ke kedai menjual kain pelekat kepunyaan India Muslim. Setelah berlaku tawar menawar antara Pak Mardan dengan penjual kain pelekat, Pak Mardan setuju membeli sehelai kain pelekat cap siput yang bercorak besar. "Untuk dipakai masjid”, kata Pak Mardan pada saya. "Cukup cantik warnanya”, balas saya. “Warna tak penting yang penting berapa lama kain ini boleh digunakan”, sahut datuk lalu saya dan Pak Mardan ketawa. Tuan punya kedai tersenyum dan memasukkan wang yang diambil dari Pak Mardan ke dalam laci yang bermeja panjang. Dari kedai itu, kami menuju ke pasar besar Taiping untuk membeli kemenyan putih dan pulut hitam dari pekedai Melayu. Memang jadi kebiasaan pada diri datuk lebih suka membeli barang dikedai Melayu. Kalau tidak ada, baru dia pergi ke kedai India Muslim. Saya kira datuk menyimpan sedikit rasa perkauman. Tetapi, bila hal itu diajukan padanya datuk menafikan dengan alasan dia berbuat begitu bukan kerana sikap perkauman. Dia mahu menolong bangsanya yang agak mundur dalam bidang pemiagaan. "Kalau aku tidak tolong bangsa aku, siapa lagi?" katanya. Memang ada lojiknya cakap datuk itu. Ketika datuk memilihmilih kemenyan putih yang baik, dia bertemu dengan seorang kenalannya dari Gunung Semanggul, seorang ulama terkenaI di Perak dan pengasas sekolah AlEhya AlShariff, iaitu Ustaz Abu Bakar Al Baqir (sudah meninggal dunia). Datuk memperkenalkan kawannya itu dengan Pak Mardan. Setelah bertanya khabar tentang anak isteri, datuk terus bercerita pada kawannya itu yang memakan masa lebih kurang sepuluh minit. Mereka bersalam dan berpisah. Dari pasar kami bergerak menuju ke sebuah kedai buku. Di kedai buku itu datuk membeli beberapa buah kitab yang bertulis jawi.

[85]

“Saya balik dulu”, tiba‐tiba Pak Mardan memberitahu datuk dalam perjalanan menuju ke masjid bandar Taiping untuk menunaikan sembahyang Asar. Datuk tidak menjawab kecuali tersenyum sambiI meneruskan perjalanan ke masjid. Bila selesai sembahyang dan berdoa, datuk segera menghampiri Pak Mardan dan berkata: "Adat orang berkawan, kalau datang berdua pulang pun berdua, mesti sabar dan setia serta bertimbang rasa" "Saya ada hal”, balas Pak Mardan. "Pelik juga, tiba tiba saja ada hal. Kita balik bas pukul tujuh sesudah sembahyang Maghrib di sini" "Saya tak mahu. Saya nak pulang sekarang”, saya lihat muka Pak Mardan berubah. Matanya kelihatan bercahaya. Datuk termenung panjang. "Terpulanglah pada awak. Cuma yang dikesalkan permintaan awak saya penuhi. Tetapi permintaan saya awak hampakan. Langkah dan rentak awak tak sama dengan saya”, datuk meluahkan perasaannya. Pak Mardan diam. Tangan kanannya menekan jenang pintu. Dia merenung kearah datuk macam orang mahu bergaduh. "Saya tak merasa rugi kalau tak berkawan dengan awak”, memang diluar dugaan saya Pak Mardan mahu berkata begitu pada datuk. Darah saya naik dengan tiba‐tiba. Malu rasanya diri, bila datuk diperlakukan demikian. Saya bangun. Tiba‐tiba datuk memegang kaki kanan saya. "Jangan ikut darah muda. Ilmu kau tidak sebanyak mana jangan cuba nak berlagak. Inilah salah satu sebabnya aku tidak mahu menurunkan ilmu aku pada kau. Kau terlalu pemanas”, kata datuk. Saya duduk kembali. "Tak apalah Mardan. Pulanglah semoga Allah memberkati perjalananmu, terhindarlah kau dari sebarang kecelakaan dalam perjalananmu Mardan. Maafkan aku”, cukup lembut suara datuk dalam ruang lingkup masjid Taiping yang sejuk dan nyaman itu. Pak Mardan tidak membalas cakap datuk itu, sebaliknya dia menghempaskan daun pintu masjid dengan sekuat hati. Dia melangkah meninggalkan masjid. Datuk termenung panjang, dia memerah otaknya memikirkan sikap Pak Mardan yang tiba‐tiba menjadi marah tanpa sebab. Akhirnya, datuk membuat kesimpulan apa yang dialaminya sebentar tadi sebagai satu pengalaman baru yang aneh dalam hidupnya. "Ini satu ujian atau sememangnya dia mahu mencabar aku. Kerana dia tahu aku dengannya tidak seguru, bukan sikap aku membeli tidak bertempat”, keluh datuk dalam perut masjid sambil memandang kipas angin yang berputar.

[86]

Saya hanya memicit pangkal kening sambil merenung keluar menerusi tingkap masjid yang terdedah. Kenderaan dan manusia yang berjalan dijalan jelas kelihatan dalam sinarsinar matahari petang yang kian redup. "Sabar itu kunci kebaikan dan marah itu punca kecelakaan. Itu pesan guru aku dulu dan pesan itu aku sampaikan pada kau Tamar untuk jadi pelita hidup kamu. Dunia ini penuh dengan misteri”, kata datuk merenung muka saya. Datuk juga memberitahu saya sebab dia mengambil keputusan untuk pulang lewat kerana menurut gerak rasa pancainderanya, perjalanan yang dibuat sebelum matahari terbenam akan berhalangan besar. Sementara menanti matahari terbenam datuk menghabiskan masanya dengan membaca AlQuran. Saya pun keluar dari perut masjid menuju ke sebuah kedai yang berdekatan. Saya membeli buku tulisan yang setebal dua puluh muka dan sebatang pensil yang sudah siap diasah. Bila buku dan pensil berada di tangan, saya terasa lapang. Ada sesuatu yang mesti saya kerjakan sementara menanti datuk berhenti membaca AlQuran. Dengan menjadikan mata tangga masjid sebagai meja, saya terus menulis beberapa rangkap pantun orang tuatua yang saya minati dalam tulisan jawi yang tidak berapa cantik. Kebanyakan daripada rangkap pantun itu saya perolehi daripada nenek. Semuanya berunsurkan nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Bila ada masa terluang pantun yang saya tulis itu saya bacakan pada nenek, suka benar hatinya. Ini salah satu sebab yang mendorong saya untuk menulis pantun. "Kenapa duduk menulis di sini, kamu anak siapa? Anak peminta sedekah mana pula yang mahu menumpang di sini? Di sini bukan tempat peminta sedekah. Masjid bukan rumah kebajikan”, berdesing telinga saya mendengar kata kata itu yang keluar daripada mulut seorang lelaki lima puluhan. Orangnya kurus dan badannya agak bongkok bila berjalan, memakai kain pelekat dan baju Melayu, misainya tebal tidak padan dengan bentuk wajahnya yang kecil dan kering. Dia memakai songkok putih yang sudah bertahi lalat. "Saya tunggu datuk saya" "Mana datuk kamu?" "Dalam masjid baca AlQuran" Lelaki itu diam. Dia terus ke dalam masjid, ambil penyapu lalu membersihkan kesan kesan pasir yang terdapat ditangga masjid dan ruang hadapan. Tahulah saya bahawa lelaki itu menjadi siak masjid tersebut. Datuk selesai membaca AlQuran. Datuk menghampiri saya dan matanya memerhati dengan tajam ke arah Tuk Siak yang menyapu bahagian kiri masjid. Lama juga datuk tenung Tuk Siak yang berbadan melengkung.

[87]

"Tamar masuk ke dalam baca kitab atau Surah Yasin dari membuang masa di situ”, suara datuk yang agak tinggi dan keras itu membuat Tuk Siak berpaling ke arahnya. Tuk Siak datang mendekati datuk sambil membawa menyapu. "Awak Mail. Dah lama kerja di sini?" "Dah lama. Sejak bercerai dengan isteri, saya tinggalkan Kampung Paya Takung dan menetap di sini" "Baguslah”, balas datuk dan mereka pun bersalaman. Datuk menyatakan pada Mail (Tuk Siak) yang saya ini adalah satu satunya cucu yang paling disayangi dan selalu dibawa ke mana mana sebagai teman. Mail agak terkejut kerana dia memang tidak pemah mengenali saya. Cucu datuk yang lain lain dikenalinya. Saya memang jarang merayau dalam kampung walaupun jarak kampung saya dengan Paya Tekung tidaklah begitu jauh, lebih kurang sebatu saja. "Semalam saya ke rumah. Orang rumah kata awak dah keluar dan belum tentu bila baliknya”, kata Mail. "Apa halnya?" "Nak minta awak tolong ikhtiarkan tentang anak saya" "Apa kenanya?" "Dah berbulan bulan terbaring dalam bilik. Kadang kadang menjerit jerit dan terpaksa diikat. Dua tiga orang tak boleh terpegang" "Kita bukan pawang, kita bukan bomoh tapi kalau nak mencuba bolehlah. Kita berikhtiar, yang menentukan Allah" Mail terdiam. Kerutkan mukanya sambil mengigit bibir. Dari gerak matanya, saya kira ada rasa kesangsian bermain dalam hatinya tentang kemampuan datuk. Sudah berbelas dukun dan pawang yang handal dipanggil, tetapi, semuanya gagal. Semua doktor yang ditemui mengatakan anaknya tidak mengalami apa apa penyakit. Matahari yang tersangkut di langit bandar Taiping kian menurun, sinarnya bertambah redup. Di kemuncak Bukit Maxwell (sekarang Bukit Larut) kelihatan kabus tebal. "Kita berikhtiar, itupun kalau kau mahu”, datuk bersuara membuat Mail yang termenung itu terkejut. Dia anggukkan kepala tanda setuju. Dan Mail memberitahu pada datuk, jika anaknya itu diletakkan di bawah pokok asam kumbang besar dibelakang rumah, dia akan segar dan berkeadaan seperti orang biasa. "Begini saja. Lepas sembahyang Isyak aku ikut kau ke rumah melihat dulu keadaannya”, beritahu datuk pada Mail. "Saya ingat kita pergi sekarang" "Boleh juga, dimana rumah kau?" [88]

"Di Kampung Pinang. Saya beli tanah di situ dan buat rumah. Saya dah kahwin dengan orang Kulim" "Baguslah”, datuk senyum dan Mail menyatakan pada datuk, bahawa nenek saya yang ditemuinya semalam tetap sihat. Untuk pergi ke rumah Mail, saya dan datuk terpaksa naik lanca (beca roda tiga) yang dikayuh oleh seorang lelaki bangsa India, sedangkan Mail mengekorinya dengan basikal. Waktu membelok di satu selekoh, beca yang kami naiki berlaga dengan sebuah kereta. Badan datuk yang tercampak dari beca menghentak dinding kereta Morris Minor kepunyaan guru besar Sekolah Melayu Selama yang baru dua hari lulus ujian memandu. Dalam perlanggaran itu, saya tidak apa apa. Tetapi, tayar beca sebelah kanan jadi macam angka lapan. Dinding kereta Morris Minor remuk dan pintunya tidak boleh dibuka, melihat keadaan kereta itu, hati saya berdebar. Tentu datuk mengalami kecederaan yang parah. Saya tersentak bila melihat datuk boleh bangun sambil mengibas ngibas kesan batubatu kecil yang terletak di pakaiannya. Dia tidak luka dan tidak pula bengkak. Guru besar segera keluar dari perut kereta dengan wajah yang masam dan mula menyalahkan penarik beca. Pertengkaran pun berlaku, masing masing tidak mahu mengaku salah. Penarik beca kepal buku lima. Guru besar lipat lengan baju. Mereka mahu beradu kekuatan. Orang ramai mula berkumpul. "Mana yang rosak biar saya baik”, ujar datuk lalu memukul dinding kereta dengan tapak tangan kiri. Bahagian dinding yang remuk elok kembali. Kemudian datuk memegang tayar beca yang jadi angka lapan. Dia urut tiga kali macam urut tangan yang bengkak. Tayar beca itu kembali elok macam asal. Dalam keadaan orang ramai kelam kabut begitu datuk menarik tangan saya meninggalkan kawasan kejadian sesudah memberi wang pada pemandu beca itu. Akhirnya kami sampai juga ke rumah Mail dengan beca lain. Di rumah barulah saya mendapat tahu dengan jelas tentang Mail. Di samping menjadi siak dia juga menguruskan pengebumian jenazah orang yang mati di penjara Taiping kerana hukuman gantung (jika tidak dituntut oleh pihak waris). Setelah bercerai dengan isterinya yang dulu, dia membawa anak sulungnya tinggal bersamanya. Setelah anaknya tamat sekolah melalui jasa orang besar Jajahan Larut yang bergelar Tengku Menteri (kalau tak silap saya), anaknya itu dapat bekerja sebagai budak pejabat di Jabatan Ukur. Sejak bekerja, anaknya tidak tinggal bersamanya lagi. Tinggal bersamasama kawankawan dengan menyewa rumah di pinggir bandar Taiping, tidak jauh dari kawasan perumahan sesak di Tupai. "Naik”, kata Mail. Saya dan datuk pun ikut perintahnya. Kami terus masuk ke bilik anaknya terlantar, tidak bergerak kelihatan macam mayat. Badan kurus dengan pipi yang cekung. "Siapa namanya Mail?" "Razman, orang panggil Man"

[89]

"Jadi nama panggilan sehari hari Man ya. Emaknya siapa namanya?" "Munah" "Umurnya?" "Umur siapa emak atau anak?" "Anak" "Dua puluh tiga tahun" Datuk rapatkan mulut ke telinga Razman dan membisikkan sesuatu. Tiba tiba Razman membuka mata dan bangun. Dia kelihatan gagah berdiri sambil bertempik dan melompat. Tali belati yang mengikat kakinya terputus. Razman melompat ikut tingkap dan terus lari ke bawah pokok asam kumbang. Duduk bersila di situ, dengan kedua belah tangannya terletak atas kedua tempurung lutut, macam pelajar silat menerima amanat dari guru silat. "Anak awak ni dah silap langkah”, beritahu datuk pada Mail sambil turun dari rumah menuju ke bawah pokok asam kumbang. Beberapa ela lagi mahu sampai ke bawah pokok tersebut, datuk mencabut sebatang pokok kecil. Dengan pokok itu datuk membelasah belakang Razman hingga lembik. Kemudian datuk dukung Razman pulang. Di rumah datuk menggosok belakang Razman dengan pucuk pisang nangka hingga kesan berbalar kena pukul itu hilang. Datuk letakkan Razman betulbetul di bawah tulang bumbung rumah. "Jangan diubah ubah hingga saya datang pada sebelah malam nanti”, pesan datuk pada Mail. "Mahu ke mana pula?" “Ke masjid tadi, saya nak membuat amalan sedikit. Mudah mudahan dengan izin Allah sakit anak awak akan pulih" "Baiklah”, sahut Mail. Saya dan datuk kembali ke masjid semula. Selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk terus membaca AlQuran. Kira kira pukul tiga pagi sesudah datuk melakukan sembahyang tahajjud dua rakaat, barulah saya dan datuk pergi ke rumah Mail. Perjalanan pada sebelah malam itu agak berbeza dengan perjalanan waktu siang. Sebelum keluar masjid datuk suruh saya ikat mata dengan kain. Bila kain dibuka saya sudah berada di kaki tangga rumah Mail. Perkara pertama yang datuk lakukan bila duduk di hadapan Razman ialah meminta segelas air sejuk. Setelah air itu ditawar jampi datuk basuh muka Razman dengan air itu. Datuk pegang dan tekan tulang rusuk sebelah kanan Razman dengan jari hantu. "Man, dari mana kau dapat semuanya ni?" datuk menyoal. Razman membuka mata. Terkelip kelip macam mata katak puru kena sembur air. Mulutnya terkumat kamit tanpa suara. Kemudian Razman rapatkan matanya kembali. Kaku. Datuk mengulangi [90]

perbuatannya itu selama tiga kali berturut‐turut. Semuanya gagal. Datuk lalu meminta Mail mencari seekor ayam jantan putih. Permintaan itu Mail tunaikan. Bila ayam jantan putih berada dalam tangan datuk, dia segera meninggalkan ruang rumah masuk ke bawah rumah. Datuk sembelih ayam itu betulbetul di bawah lantai tempat Razman baring. Darah ayam itu datuk isikan dalam cawan putih. Datuk juga memberitahu Mail apa yang dilakukannya terhadap Razman jangan ditegur, walaupun perbuatan itu nampak kejam dan tidak bertimbang rasa. Datuk bawa darah ayam dalam cawan putih keatas rumah. Datuk dekatkan cawan yang berisi darah itu ke hidung Razman. Bila tercium bau darah ayam, Razman segera bangun macam orang sihat mahu meminum darah. Datuk tampar muka Razman dengan sekuat hatinya hingga Razman rebah atas tempat tidurnya kembali. "Setakat ini sahaja. Esok aku ikhtiarkan lagi”, beritahu datuk pada Mail. Mail anggukkan kepala dan terus masuk ke bilik tidur. Saya dan datuk pergi ke anjung rumah dan tidur di situ. Malam itu saya tidak mengalami sebarang mimpi yang aneh. Tetapi diri datuk saya tidak tahu. Subuh itu, sesudah menunaikan sembahyang subuh dan mandi air em‐bun, datuk terus mendukung Razman ke bawah pokok asam kumbang. Kaki Razman diikat dengan tali sabut ke sebatang anak pokok. Datuk membiarkan sinar matahari pagi yang cemerlang menikam kulit badan Razman. "Mail, biarlah aku dengan di temani oleh Tamar selesaikan kerja ni. Kau tak usah tengok, nanti kau takut. Aku minta kau pergi ke masjid dan baca AlQuran disamping berdoa pada Allah supaya sakit anak kau sembuh” "Baiklah, tapi awak tak minum lagi?" "Aku terpaksa berpuasa waktu menjalankan kerja ini. Tamar juga begitu” "Pelik juga sakit anak saya ni” "Inilah dunia. Banyak manusia jadi korban syaitan dan iblis semata mata kerana nafsu jahat. Anak kau salah seorang daripadanya” Saya lihat mulut Mail yang berbadan melengkung itu terlopong. Tanpa banyak bicara dia meninggalkan kami. Datuk sudah pun mengenakan pakaian serba hitam. Dia duduk bersila tidak jauh dari tempat Razman terbaring. Datuk minta saya menumpahkan darah ayam dalam cawan di hujung lututnya. Saya lakukan. Datuk pun mula bertafakur. Matanya terpejam rapat. Kedua belah tangannya memeluk dada erat erat. Matahari pagi memancar dengan cantik sekali. Tiba tiba Razman mengeliat macam orang baru bangun tidur. Dia tersenyum dan duduk bersila macam datuk. Datuk petik ibu jari kaki kiri tiga kali berturutt urut. Saya terus membaca beberapa potong ayat AlQuran dan Surah AnNisa’. ltu pesan datuk yang saya mesti patuhi. Tiba tiba dari tompokan darah ayam di hujung lutut datuk menjelma seekor ayam jantan putih. Terus berkokok dengan nyaring. Ayam jantan itu segera menuju kepada Razman.

[91]

Dan Razman membelai belai badan ayam sambil memerintahkan ayam jantan itu berjalan kesana ke sini. Apa yang dikatakan oleh Razman, diikuti oleh ayam itu. Datuk meluruskan tangan kirinya ke depan. Manakala tapak tangan kanannya melurut lengan kirinya dari pangkal hingga ke hujung perlahanlahan. Bila urutan itu sampai ke hujung jari, ayam jantan yang mengikut perintah Razman hilang. Razman melompat Iompat dan menjerit. Dia marah kerana datuk menghilangkan ayam jantan putihnya. Mujurlah tali sabut yang mengikat kakinya kuat. Ikatan yang datuk lakukan ini bukan sebarang ikatan. Ikat bersyarat dan berpetua. Kalau tidak pasti putus, kerana tenaga Razman ketika itu cukup luar biasa. Semua anak anak pokok getah, halba dan pokok janggut keli sekitarnya dicabut dengan mudah. Perkara yang nyata memang ada perlawanan kebatinan antara datuk dengan kuasa tertentu yang melindungi Razman. Buktinya, muka datuk berpeluh. Urat urat tangannya timbul, kedua belah bahunya bergerak macam menarik sesuatu dari direbut oleh pihak lain. Akhirnya Razman lemah sendiri. Terbaring atas tanah. Datuk bertafakur lagi. Dalam sinar matahari yang mula keras itu, tiba tiba menjelma bapak kambing hitam meluru ke arah Razman. Kambing jantan mencium dahi Razman dan Razman pun bangun lalu menepuknepuk belakang kambing hitam. Melihat keadaan yang ganjil itu, datuk jadi resah. Datuk menggenggam kedua belah tangannya dan dilapis dua. Genggam tangan kiri sebelah atas, genggam tangan kanan sebelah bawah, macam budak budak main tum tum bak. Dia rapatkan mata. Dia bangun perlahan lahan dan berdiri sebelah kaki. Kaki kanannya dibengkokkan. Bila kaki kanannya diluruskan dan dihentakkan ke bumi sekuat hati, kambing jantan yang menjelma secara tiba‐tiba mengembik sekuat hati, macam kena curahan air panas dan terus hilang. Razman rebah kembali. Matahari kian meninggi. Datuk merenung ke perdu pokok asam kumbang yang berdaun lebat. Badan saya mula berpeluh terutama di pangkal kedua belah ketiak. Perut mula terasa dimasuki angin, akibatnya saya sendawa bertalutalu. Panas pagi itu memang lain macam rasanya, kulit muka terasa cukup pedih. Datuk mengalih pandangannya dari perdu pokok asam kumbang ke arah rumpun lalang di sebelah barat daya secara perlahan Iahan. Tapak tangan kirinya menekan pangkal dada kiri dan melurut ke bawah perlahanIahan. Bila pandangannya sampai kepada matlamat, tangan kirinya lurus ke bawah. Tetapi, jari telunjuknya menekan pangkal belikat. Mulutnya saya lihat bergerak gerak, macam membaca sesuatu. Lama juga datuk merenung perdu lalang yang tumbuh liar itu. "Kita bawa Razman segera balik”, kata datuk. Bila datuk memegang pangkal tangannya, Razman segera mengelupur. menendang dan menumbuk datuk. Datuk menepis dengan cepat. Tetapi tendangan Razman dari sebelah kiri tidak dapat dielakkan. Datuk tersungkur. Mukanya tersembam ke bumi. Saya lihat kekuatan Razman memang luar biasa. Pergerakannya cukup tangkas macam orang sihat. Razman mula menerkam dan mahu memijak belakang datuk. Cepat cepat datuk melarikan badannya ke kiri hingga keluar dari bawah baying bayang

[92]

pohon asam kumbang. Razman tidak dapat melepasi baying bayang pokok asam kumbang. Bila dia terkeluar dari kawasan baying bayang itu tenaganya jadi lemah. Datuk menyedari tentang hal itu. "Carikan aku batang tepus”, pekik datuk pada saya. Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan. Batang tepus tidak juga saya nampak. "Cari sebelah matahari jatuh. Tak jauh dari pokok talang”, suara datuk cukup lantang. Perintahnya saya akur. Memang betul cakap datuk. Batang tepus saya temui berdekatan dengan pokok talang berbatang licin. Saya cabut sebatang dan berlari ke arah datuk lalu menyerahkan batang itu padanya. Datuk mara lalu memukul bertalu talu pada badan Razman. Saya lihat Razman menjerit dan terlompat Iompat bila batang tepus menjamah tubuhnya. Akhirnya, datuk hentak pangkal sikunya dengan sekuat hati ke pangkal bahu Razman. Razman melayang rebah ke bumi. Saya kira tulang bahunya pasti patah dua. Razman tergolek macam ayam kena langgar lori tentera. Datuk gosok bahagian bahu Razman yang dihentakkan dengan pangkal sikunya. Kemudian datuk gerakkan tangan Razman berkalikali. Urut lagi dua kali dan gerakkan ke kiri dan ke kanan. Datuk tepuk bumi dan dada Razman. Saya lihat Razman bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk menghampiri saya. "Tangannya yang patah sudah aku betulkan atas izin Allah. Sekarang kita bawa dia pulang”, kata datuk. Dia pun memikul batang tubuh Razman. Saya mengekor dari belakang dan saya terasa macam ada baying bayang orang memburu saya. Rumput kiri kanan saya lihat macam dipijak orang dalam sinar matahari yang keras. Anehnya, saya tidak nampak apa apa. Tiba‐tiba saya rasa bahu kanan bagaikan ditampar orang. Pedihnya bukan kepalang. Saya terus melangkah, peluh terus meleleh di dahi dan mengalir ke pangkal dagu. Kulit muka terasa pedih dan gatalgatal. Dalam hati saya terus membaca Surah AnNas dengan tenang. Gangguan itu tidak berlaku lagi pada diri saya. Bila sampai di rumah, datuk pun meletakkan Razman di tempatnya. Saya lihat jam di dinding rumah sudah pukul sebelas pagi. Dari tingkap rumah Mail, saya melihat kemuncak Bukit Larut yang berkabus tebal. Datuk bersandar pada tiang seri. Lima belas minit kemudian Mail pun pulang. Tidak banyak yang ditanya oleh Mail terhadap kerja kerja yang dilakukan oleh datuk. Mail terus masuk ke biliknya untuk menghisap rokok. Dia tahu datuk berpuasa hari itu. Mail tahu, tidak manis menghisap atau makan di depan orang yang berpuasa. Mail keluar, duduk bersila di depan datuk. Datuk masih lagi termenung panjang. Perhatiannya tidak tertumpu apa yang berlaku di depannya. Datuk bagaikan berada di dunia lain. Saya tahu bagaimana mahu menyedarkan datuk supaya kembali dalam keadaan biasa. Saya pun melipat bucu tikar mengkuang dan menindihkannya dengan lutut. Saya gigit kuku jari kanan sekuat hati sambil pura pura batuk. Apa yang saya lakukan berhasil menyedarkan datuk. Petua yang

[93]

saya jalankan itu saya peroleh dari datuk juga. Harus digunakan dalam keadaan yang tertentu mengikut hari dan bulan Islam di samping mem‐perhitungkan masa. "Mail”, datuk bersuara sambil merenung wajah Mail. “Ada tak kejadian‐kejadian aneh berlaku di pokok asam kumbang tempat anak kau suka pergi tu?", tambah datuk. Mail luruskan kaki kanan. Datuk tarik nafas panjang. Mata saya terus merenung apa yang ada dalam ruang rumah. Rasa panas bertambah kurang kerana angin yang bertiup di luar masuk ke ruang rumah menerusi tingkap dan pintu yang terdedah. "Ada”, jawab Mail. "Apa dia?" "Di bawah pokok asam kumbang itu dulu tempat orang mati bertembak" "Siapa menembaknya Mail?" "Penjahat itu berbalas tembak dengan pihak polis” "Siapa namanya Mail?" "Din Taiwan” "Waktu matinya petang atau tengah malam?" "Tengahari, kata orang waktu rembang lebih kurang pukul dua belas tengahari” Datuk menggigit lidah mendengar keterangan dari Mail itu. Dan Mail memberitahu datuk bahawa Din Taiwan masa hidupnya memang terkenal sebagai kaki rompak yang handal. Namanya amat ditakuti oleh penduduk sekitar Daerah Larut. Sikapnya tidak ubah macam kata orang tuatua, beraja di mata, bersultan di hati. "Kaki botol, kaki rogol. Dia memang pelesit”, keluh Mail. Datuk tersenyum. Saya memperkemaskan sila. Mail merenung wajah datuk yang kelihatan tenang. Perut saya mula terasa pedih dan lapar. Bau sambal tumis petai membuat saya bertambah lapar lagi. Dalam kepala saya membayangkan betapa enaknya keluarga Mail makan tengahari nanti. Kalaulah saya tidak berpuasa, dua pinggan nasi tentu habis saya telan. "Kata orang dia banyak ilmu”, tambah Mail. "Ilmu untuk dunia tanpa ilmu akhirat selalunya membuat manusia sesat” "Betul. Cuma yang anehnya bila dia dibawa ke hospital dan pada sebelah petangnya saya pergi ke tempat itu, saya lihat kesan kesan darah Din Taiwan di tanah hilang, macam ada orang yang mengambilnya”

[94]

Datuk terkejut mendengar cerita dari Mail. Muka Mail saya renung. Datuk bangun, berdiri di muka tingkap merenung ke luar. Dia tidak berkata walau sepatah pun. Datuk macam memikirkan sesuatu. Datuk terus melangkah ke anjung rumah dan tidur. Datuk bangun bila waktu Zuhur tiba dan terus sembahyang. Sementara menanti masuk waktu Asar, datuk terus membaca AlQuran. Lepas sembahyang Asar datuk dan saya pergi lagi ke bawah pokok asam kumbang. Dalam jarak dua puluh kaki dari pokok itu, datuk membentangkan sehelai kain pelikat dan kami duduk di atasnya. Matahari sudah condong, sinarnya tidak sekeras tadi. "Jangan tegur apa yang kau lihat”, bisik datuk kepada saya sambil menye‐litkan sehelai daun lalang ke telinga kiri saya. Datuk juga menyelitkan daun lalang ke telinganya. Saya terasa keadaan keliling telalu sepi. Dunia bagaikan tidak ada penghuninya. "Tumpukan seluruh pancaindera kamu Tamar pada alam lain”, saya terdengar sayup sayup suara datuk. Dan saya terasa badan bagaikan berada diawang‐awangan sebentar. Hujung baju datuk saya pegang erat erat. "Buka mata kamu Tamar”, datuk memerintah. Cakapnya saya patuhi. Mata saya tertumpu pada pangkal pokok asam kumbang. Saya terlihat seorang lelaki jatuh berlumuran darah. Lelaki itu hilang dan saya lihat batang tubuh datuk terbongkok bongkok mengambil tanah yang ada kesan darah dari lelaki itu. Datuk juga turut hilang. Dalam keadaan separuh sedar itu, saya terasa peha saya ditampar oleh datuk. Saya toleh ke arahnya. Datuk tersenyum daun lalang yang berada di celah telinga saya sudah pun berada di tangan datuk. "Sekarang sudah tahu puncanya dengan izin Allah sakit Razman boleh diubati tetapi dia harus memulangkan barang yang diambilnya kepada orang yang berhak”, beritahu datuk pada saya. Matahari kian condong. Datuk masih lagi belum mahu bergerak dari tempat duduknya. Dia memberitahu saya, bahawa saya dan dirinya harus berada di situ hingga remang remang senja. Menurut datuk diri saya dan dirinya tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Bagi datuk duduk di situ tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ada saja kerja yang di buatnya. Mulutnya sentiasa terkumatkamit dan anggota badannya yang lain juga selalu bergerakgerak. Bila hari sudah remangremang senja, datuk pun menghentakkan kakinya ke bumi. Seluruh kawasan itu berbau harum. Saya terpandangkan bayang orang perempuan yang tidak begitu jelas duduk bersimpuh di hadapan datuk. Tetapi melihat gaya perempauan itu duduk dan cara dia bertudung, saya yakin perempuan itu ada‐lah isteri muda datuk iaitu, orang bunian. Perempuan itu bercakap dengan datuk. Saya tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan oleh datuk dengan perempuan itu. Dengan sekelip mata

[95]

perempuan itu hilang. Bekas tempat perempuan itu duduk terdapat tiga longgok tanah yang berdarah. Datuk terus berpeluk tubuh. Matanya merenung lurus ke depan. Dia menarik nafas. Datuk hulurkan kaki kiri ke arah ketigatiga longgok tanah yang berdarah. Bila kakinya dilipatkan kembali seperti asal, saya lihat dari tanah longgok pertama keluar ayam jantan putih. Dari longgok kedua keluar kambing dan dari longgok ketiga terdampar mayat lelaki. Kerana longgok tanah yang berdarah sederet, semua jenis makhluk yang keluar darinya beratur sederet. Reman gremang senja bertambah hitam. Angin mula menampar nampar dedaun asam kumbang. Bunyi desiran angin itu cukup kuat bersama titik gerimis yang sambung menyambung. Saya terasa cukup seram. Ada bermacam macam bunyi yang saya dengar. Ada suara orang minta tolong. Ada suara ayam berkokok, ada suara kambing mengembik. Akhir sekali saya terdengar suara orang lelaki memuja sesuatu, suara itu macam suara Razman. Datuk menamparkan tapak tangan kanan ke tapak tangan kiri, serentak dengan itu, saya lihat batang tubuh Razman berdiri bagaikan baying bayang dalam warna senja yang kian beransur gelap. Ketiga tiga makhluk yang terdampar di hadapan datuk bergerak dan menuju ke arah Razman lalu hilang meresap ke dalam tubuhnya. Bayang bayang Razman hilang lalu diganti dengan suara perempuan mengilai di atas pucuk pokok asam kumbang. Suara perempuan mengilai itu cukup nyaring dan akhirnya, pokok asam kumbang bergegar macam di goncang oleh sesuatu. Buah buah asam kumbang yang muda berguguran atas bumi Suasana menjadi seram. Angin terus bertiup dan suara gagak mula kedengaran. Macam macam lembaga yang amat menakutkan wujud di hadapan saya dan datuk. Tetapi datuk tidak menampakkan rasa takut atau bimbang. Dia bagaikan yakin apa yang dikerjakannya akan berjaya. Datuk terus membaca Surah AlKursi dengan tenang dan teratur. Bila semuanya sudah selesai dibaca, datuk bangun lalu menghentakkan tumit kaki kirinya ke bumi. Semua yang ada dihadapan hilang terus. "Syaitan”, kata datuk lalu mengajak saya pulang. Dalam perjalanan pulang itu datuk memberitahu saya, bahawa Razman telah memuja darah orang mati dibunuh untuk sesuatu maksud yang jahat. Tetapi dia tidak dapat menunaikan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syaitan untuk dilaksanakannya. Akibatnya dia jatuh sakit dan ilmu salah yang dituntutnya itu memakan dirinya sendiri. Razman menguji ilmunya dengan darah ayam dan kambing. Ternyata ilmunya itu berjaya. Ayam dan kambing jelmaan yang didampingi oleh syaitan akan mengikut semua perintahnya. Kemudian Razman mengambil darah orang mati di bunuh di bawah pokok asam kumbang. Darah orang mati di bunuh itu dipuja dengan menggunakan beberapa kelengkapan tertentu di bawah pokok tersebut. "Darah orang mati dibunuh tu dipuja waktu bunga senja”, ujar datuk pada saya dengan tenang. Saya anggukan kepala dalam langkah senja yang kian gelap. Tetapi langit kelihatan bersih dan cerah. "Darah tu dipuja tujuh Jumaat. Orang yang melakukan pemujaan tu bersemadi menghadapi arah matahari naik dan arah angin tanpa memakai pakaian kecuali cawat untuk menutup bahagian kemaluan”, beritahu datuk lagi. [96]

Saya mula terasa cemas tidak tentu pasal. Langkah saya percepatkan. Datuk terus juga bercakap menerangkan apa yang dia tahu pada saya. Datuk yakin yang Razaman berguru pada orang yang tahu tentang kerja kerja maksiat ini. Dan orang tempat dia berguru itu belajar separuh jalan saja. "Sayang, orang tempat dia berguru itu hanya mencari yang jahat untuk tujuan yang jahat”, keluh datuk. "Maksud datuk?", saya memontong cakapnya. "Dia menuntut untuk niat jahat, bagi merosakkan sesama manusia. Kerana itu dia tidak menuntut bagaimana mahu menghancurkan perbuatan sendiri”, jelas datuk lagi. Saya diam dan tidak mahu menyoal datuk lagi. Akhirnya, kami sampai ke kaki tangga rumah Mail. Ketika datuk selesai membasuh kaki dan memijak anak tangga pertama, suara Azan mula kedengaran. Saya cukup gembira kerana tempoh menahan lapar dan dahaga sudah berakhir. Bila berada dalam rumah hati saya bertambah lapang. Sudah ada makanan yang tersedia untuk saya dan datuk. Mail lalu mempersilakan kami menjamah hidangan. Datuk hanya minum segelas air sejuk dan sebiji pisang. Lepas itu dia terus sembahyang. Saya juga berbuat demikian dengan harapan selesai datuk sembahyang, dia akan makan kembali. Harapan saya tidak dipenuhi. Lepas sembahyang datuk terus berwirid panjang dan membaca Surah Yasin tujuh kali hingga masuk ke waktu Isyak. Bila datuk selesai sembahyang Isyak barulah dia menghadapi hidangan. Datuk cuma makan tujuh jemput nasi dan minum separuh air sejuk. Tetapi, saya terus makan dengan semahumahunya. Datuk tidak menegur perbuatan saya itu. Kerana saya makan terlalu banyak, saya merasa agak sukar mahu bernafas dan bergerak. Saya tersandar di dinding dan perut kelihatan agak buncit, macam perut bantal. Datuk menghampiri saya. "Makan terlalu berlebihan tidak elok. Makan cara itu berkawan dengan iblis kerana terlalu mengikut nafsu”, bisik datuk ke telinga saya. Saya tidak dapat berkata apaapa. Saya cuma tersenyum sinis. "Cuba jangan malukan aku”, tambahnya. Datuk terus menuju ke tempat Razman. Datuk duduk bersimpuh di hadapan Razman. Datuk serkup muka Razman dengan kain hitam. Dengan hatihati datuk menekan buku lali kaki Razman sebelah kiri. Badan Razman bergerak dan datuk memanggil Mail supaya duduk dekatnya. Mail datang. Datuk mengeluarkan sebatang rotan seni dari bawah pahanya. Saya tidak tahu dari mana datuk memperolehi rotan tersebut. Datuk urut batang rotan itu tujuh kali ke atas dan tujuh kali ke bawah. Razman secara mendadak bangun dan datuk dengan cepatnya pula meletakkan hujung rotan itu ke atas kain hitam. Saya lihat Razman tidak mampu bangun. Hujung rotan itu bagaikan ada batu besar yang tidak terdaya ditolak oleh Razman, sedangkan datuk memegang pangkal rotan itu dengan dua jari saja. Dalam sekelip mata saja warna rotan bertukar menjadi hitam. Muka datuk berpeluh. Datuk tarik rotan itu dan letakkan kembali d bawah pehanya.

[97]

"Anak kamu Mail sudah teruk benar. Susah nak menghilangkan ilmu yang sudah sebati satu badan" "Saya minta tolong ikhtiarkan. Dialah satu satunya anak jantan saya” "Saya boleh cuba” Muka Mail kelihatan tenang mendengar janji datuk itu. Datuk meninggalkan Razman di tempatnya. Datuk ajak Mail pergi ke anjung rumah. Mereka duduk di situ. Saya malas mahu mengikut mereka. Saya rasa lebih selasa duduk bersandar di dinding. Saya terus terlelap dan terjaga bila terasa bahu sebelah kanan ditendang orang. Saya buka mata, saya lihat ada lelaki berbaju dan berseluar hitam berdiri di hujung kaki Razman. Dada saya berdebar, bila saya lihat Razman duduk bersila macam orang sihat dan lelaki yang berdiri itu terus sujud di kaki Razman. "Sudah kau jalankan perintah aku?", saya terdengar suara Razman. "Belum”, jawab lelaki itu tunduk. "Kenapa kau tak ikut perintah aku?" "Upahnya belum saya dapat” "Kerana itu kau siksa aku begini?” "Bila saya dapat minum darah perempuan beranak sulung malam Jumaat, semuanya akan selesai, saya tidak akan menghisap darah awak lagi” "Aku dalam bahaya. Ada orang yang mahu memisahkan kau dengan aku. Tahu?" "Darah dan roh awak sudah sebati dengan saya. Awak yang memuja saya, tidak ada orang yang boleh menewaskan saya. Saya dahaga saya mahu minum” Sebaik saja lelaki itu berhenti bercakap, saya lihat dia memegang pergelangan kaki kanan Razman. Dia terus menggigit ibu jari kaki Razman. Suara Razman bergema menguasai ruang rumah sambil melompat. Datuk segera datang kepada Razman, batang tubuh lelaki itu hilang. Cuma yang kelihatan kepulan asap nipis masuk ke lubang hidung Razman bila dia menarik nafas. Semua yang saya lihat, saya ceritakan pada datuk. Tanpa membuang masa lagi datuk pun membuka bajunya lalu diserkupkan ke bahagian dada Razman. Muka Razman datuk serkup dengan kain merah. Rotan seni datuk letakkan melintang di atas dada Razman. "Biarkan barangmbarang itu di situ. Kau tunggu di sini, kalau ada apa apa beritahu aku di anjung”, datuk meninggalkan satu pesan yang amat berat buat saya. Sebelum datuk beredar dia menyuruh saya membaca Surah Al‐ikhlas seberapa banyak yang boleh hingga saya terlelap. Mail masuk kedalam bilik tidur. Selama berada di rumahnya saya cukup sukar mahu melihat wajah isterinya. Suara isterinya juga jarang kedengaran memarahi anak anaknya yang nakal. Saya terlelap dan [98]

datuk tidur di anjung rumah. Lebih kurang pukul tiga pagi, saya tersedar dari tidur. Saya lihat datuk sedang melakukan sembahyang Tahajud. Kemudian dia melakukan pula sembahyang Istikharah. Datuk tidur kembali. Saya merasa senang hati kerana tidak ada kejadian aneh yang berlaku di hadapan saya. Dengan dada yang lapang saya menyambung kembali tidur yang terputus. Setelah menunaikan sembahyang subuh bersama datuk dan Mail, saya terus berubah tempat. Duduk di anjung rumah dekat kepala lutut datuk yang sedang membaca Surah Yasin. "Aku rasa dengan izin Allah aku dapat melawan perbuatan jahat itu. Aku mesti menjalankannya dengan sebaik baiknya. Niat aku bukan apaapa, aku mahu mengembalikan budak itu ke jalan benar”, demikan datuk memberitahu saya. Datuk juga sudah menyiapkan beberapa rancangan yang akan dilakukannya selepas dia mandi embun. Ketika matahari pagi berada di paras pucuk kelapa dara, datuk sudahpun selesai mandi embun. Dia kembali mengadap Razman, semua perkakas yang di letakkan atas tubuh Razman diambilnya. Datuk meneliti rotan seni yang panjang dua kaki itu dengan rapi sekali. Tidak ada sebarang perubahan pada rotan tersebut. Datuk ambil air dari tempayan dapur lalu membasuh muka Razman. "Razman bangun nak, bangun", suara datuk tenang di hadapan saya dan Mail. Rotan seni di tangan terus datuk bengkokkan. Bila rotan itu diluruskan Razman pun bangun dan duduk, macam orang sihat dan terus minta makanan. Datuk berbisik dengan Mail. Dua tiga kali Mail anggukkan kepala, kemudian terus ke bahagian dapur. Mail datang kembali membawa secawan kopi dan dua ketul lepat pisang. Barangbarang itu datuk ambil. Air kopi datuk campurkan dengan air dari tem‐payan. Lepat pisang datuk tikam dengan hujung rotan. Kemudian barangbarang itu datuk serahkan pada Razman. Bila Razman mahu menghirup air kopi, cawan yang dipegangnya pecah. Bila dia mahu makan lepat pisang, lepat pisang itu terbang macam ada orang yang menyentapnya. Datuk terus bertafakur. Tanpa saya duga secara mendadak Razman bangun dan menendang ke arah badan datuk. Dua tiga kali dia menendang tetapi badan datuk tidak bergerak. Datuk membengkokkan jari telunjuknya. Razman rebah. Datuk saya lihat menginsut ke depan lalu membaca Surah Yasin dengan nyaring. Bacaan itu diikuti oleh Razman, tetapi, bila sampai pada ayatayat terakhir suara Razman tidak kedengaran. Razman terus rebah. Datuk bangun dan membiarkan Razman terkapar di situ. Datuk lalu minta Mail mengorek lubang separas dada dekat pokok asam kumbang. Permintaan itu dilaksanakan oleh Mail. Bila lubang itu sudah dikorek, datuk terus masuk ke dalamnya. Dia minta Mail pulang ke rumah. Tinggallah saya dengan datuk dan datuk minta saya menimbus separuh badannya dengan tanah. Datuk minta saya mencarikan beberapa helai daun lalang kering. Daun lalang kering yang sudah saya peroleh itu, saya letakkan di hadapannya. Kerana pancaran matahari cukup terik membuat separuh badan datuk yang tidak ditimbus oleh tanah berpeluh. "Bakar lalang tu”, perintah datuk.

[99]

Saya terus patuh. Bila api membakar lalang kering, saya terasa cukup panas. Angin yang bertiup membawa lalang yang terbakar ke arah datuk. Dalam sekelip mata saja saya tidak dapat melihat separuh daripada badan datuk, hilang dalam kemarakan api. Saya lihat rambut dan muka datuk terbakar. Saya kira ini satu kerja gila. Kenapa datuk mesti melakukan kerja yang tidak akan dilakukan oleh manusia yang berfikiran waras? Apakah datuk juga mendampingi dirinya dengan syaitan? Ini kerja mengarut, fikir saya sam‐bil menutup kedua belah mata dengan tapak ta‐ngan. Tidak sanggup saya melihat datuk dalam keadaan demikian. "Aku tidak berdampingan dengan syaitan Tamar, apa yang aku lakukan ini adalah sebahagian dari kerja aku yang aku warisi dari guruku yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini sebenarnya sebahagian dari ujian dan ketahanan diri, demi keyakinan aku yang bersandarkan pada kuasa Allah”, tiba‐tiba saya mendengar suara datuk. Dia berdiri di kanan saya. Baju dan anggota badannya tidak pun rosak. Paling melucukan datuk sendiri melihat tempat dia kena timbus tadi penuh dengan api. Datuk meminta saya menyimpan rahsia aneh itu dari pengetahuan Mail dan orang lain. Segala apa yang terjadi tadi adalah untuk diri saya dan dirinya saja. Kami kembali ke rumah Mail. Datuk membuat beberapa persiapan terak‐hir. Dia mencari sendiri beberapa jenis akar kayu, daun dan beberapa ketul batu hitam yang diambil dari bekas lombong. Semua barangbarang itu datuk kumpulkan dalam kain hitamnya. Dari waktu Zuhur membawa ke waktu Isyak datuk terus membaca AlQuran. Dia berhenti bila sampai waktu sembahyang. Walau macam mana susahnya, datuk tetap meneruskan puasanya. Dia berbuka puasa dengan segelas air saja. Dan saya juga diperintahkan mengikut apa yang dilakukannya. Kerana saya suka dengan tugas datuk yang mencabar itu, pahit maung dan susah saya harungi dengan harapan perkaraperkara aneh itu akan menjadi khazanah pengalaman yang berharga pada diri saya. Lebih kurang pukul dua pagi, datuk dan saya memikul batang tubuh Razman keluar dari rumah tanpa diketahui oleh keluarga Razman. Tempat yang kami tuju ialah ke perdu pokok asam kumbang. Datuk masukkan separuh badan Razman ke dalam lubang tempat datuk membakar diri pada sebelah siang tadi. Badan Razman kami timbus dengan tanah. Datuk pun membakar semua barang barang yang dibungkusnya dalam kain hitam. Api menyala dengan garangnya, memakan barang barang itu. Api menjulang ke atas, macam disimbah dengan minyak petrol. Razman menjerit dengan sekuat hati. Datuk memadamkan api itu dengan sekali hembus. Bila api padam, semua barangbarang dalam kain hitam tidak terjejas. Datuk mengambil seketul batu hitam lalu ditanamkan ke dalam tanah dengan ibu jari kakinya. Dalam masa itu juga bermacam binatang buas muncul di hadapan datuk dan saya. Ada harimau, ada ular dan macam macam lagi. Semua binatang buas itu hilang bila datuk menepuk tangannya. Akhirnya, muncul seorang lelaki dari sebelah kiri Razman, bentuknya macam baying bayang lalu bersatu dengan diri Razman. Dengan menggunakan jari kaki juga, datuk cungkil batu hitam yang tertanam. Batu [100]

itu datuk ambil lalu digenggamnya era terat. Dari celah celah lurah jarinya keluar asap. Datuk buka tangannya sebentar. Batu hitam sudah menjadi bara yang merah saga. Datuk genggam kembali. Datuk mencampakkan kain hitamnya pada saya. "Bakar”, katanya. Saya pun bakar kain hitam. Cahaya api dari kain hitam itu menerangi seluruh kawasan yang gelap. Sebenarnya kain hitam tidak terbakar, sekadar mengeluarkan cahaya seperti lilin yang terbakar. Saya lihat muka datuk bersih benar malam itu. Dia duduk bersimpuh merenung muka Razman. "Kau siapa?", tanya datuk. "Din Taiwan” "Kenapa kau mengacau orang lain?” "Dia memuja aku untuk tujuan tertentu” "Sebab?" "Dia suruh aku bawa gadis bernama Mariam padanya” "Sudah kau buat?” "Belum lagi” "Sebab?" "Dia belum beri aku darah perempuan beranak sulung” Percakapan yang terjadi antara datuk dengan Razman berhenti. Datuk lalu melontar dua urat akar kayu ke arah Razman. Razman menjerit dan meminta datuk jangan mengulangi perbuatannya itu. Datuk setuju dengan syarat Razman harus bercerita asal usulnya. Permintaan itu dipersetujui oleh Razman. Sebenarnya bukan Razman yang bercakap ketika itu, orang yang dilawan oleh datuk bercakap itu ialah Din Taiwan. Din Taiwan memberitahu datuk dengan ilmunya dia telah merogol lebih dari seratus orang wanita yang yang terdiri dari anak dara, janda dan isteri orang. Dia telah menggunakan ilmunya itu untuk merompak dan membunuh orang. Akhirnya di tembak mengunakan peluru emas. Memang pada awalnya, dia menuntut ilmu itu untuk melindungi dirinya dari perbuatan orang, tetapi, bila separuh menuntut dia sudah terpengaruh dengan syaitan untuk merosakkan orang lain demi kebahagiannya. Dia meninggalkan gurunya lalu menjadi orang jahat. Masa dia membuat kerjakerja maksiat itulah dia selalu mempengaruhi anakanak muda lain untuk menganggotai kumpulannya.

[101]

Dia mengakui, dialah yang memberi beberapa ajaran pada Razman yang patah cinta, kerana pinangannya ditolak oleh kedua orang tua Mariam. Dia mengajarkan Razman supaya melarikan Mariam untuk dijadikan perempuan simpanan. "Kau memang jahat”, kata datuk secara mendadak. "Siapa guru kamu?" "Aku menuntut pada mulanya dengan orang asli di hutan Sabah, kemudian aku terus memuja memuja roh dan pangkal‐pangkal kayu” "Syaitan”, jerit datuk lalu membaca Surah AlKursi, kemudian datuk melemparkan batu yang digenggamnya ke arah Razman (Din Taiwan). Api menjulang bersama jeritan yang amat kuat. Bila api padam di kawasan tempat tubuh Razman ditanam, terdapat timbunan abu. Abu itu berkumpul di dalam lubang. Datuk timbus abu itu dengan tanah. Kami meninggalkan kawasan itu bila fajar sidik timbul dikaki langit. "Kita harus berada di rumah sebelum azan”, beritahu datuk pada saya. Kami melangkah dengan cepat menuju ke rumah Mail. Tetapi, hati saya sungguh kesal, secara tidak langsung datuk telah membunuh Razman anak kesayangan Mail. Apakah yang akan dijawap oleh datuk pada Mail dalam hal ini? Datuk sudah menambahkan musuh dalam hidupnya. Saya merasa menyesal dan menganggap datuk seorang pembunuh. Bagi menjimatkan masa, kami tidak terus ke rumah Mail. Kami singgah di perigi mengambil air sembahyang. Kemudian ke rumah Mail, terus duduk di anjung. Beberapa minit kemudian kami terdengar suara azan. Ketika datuk mahu memulakan sembahyang, Mail datang dan datuk menjadi imam pagi itu. Setelah selesai sembahyang, datuk tergesagesa masuk keruang rumah. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati Razman terbaring di tempatnya. Saya jadi bodoh dengan kejadian itu. Siapakah yang didukung dan dibakar oleh datuk tadi? Dalam keadaan yang serba salah itu, saya lihat datuk berdiri di hujung kepala Razman. Datuk minta semangkuk air dari Mail. Datuk masukkan tangan ke dalam mangkuk itu. Air melekat di hujung jari itu datuk titiskan ke muka Razman. Razman mengeluh. Serentak dengan itu, saya lihat macam kabus nipis keluar dari hujung kaki Razman. Kabus nipis itu terus berkumpul dan akhirnya wujudlah batang tubuh seorang lelaki iaitu, Din Taiwan. "Pulanglah syaitan, jangan kau kacau anak cucu adam ini”, kata datuk. Kabus itu ghaib. Mail terkejut, dia tidak tahu dengan siapa datuk bercakap. Dia tidak nampak seperti apa yang saya lihat. Saya juga hairan macam mana benda benda ganjil itu boleh saya lihat. Bila saya menoleh ke kiri merenung wajah datuk tersenyum.

[102]

"Pulangkan kain hitam aku”, minta datuk, barulah saya sedar yang kian hitam itu membuat saya melihat kejadian aneh sebentar tadi. Kain hitam dalam saku saya serahkan pada datuk. Datuk terus lipatkan kain hitam hingga jadi tiga segi. Kemudian, datuk sumbatkan kain itu ke dalam saku seluarnya. Perlahanlahan datuk membuka sila. Datuk lunjurkan kaki kirinya dan kaki kanannya dilipatkan. Saya lihat datuk menggigit ibu jari kirinya dua kali. Kemudian dia menyusun jari sepuluh dan hujang jarinya itu bertemu dengan bibir atas, macam pendekar zaman silam mengadap sultan. Saya terkejut bila datuk terbatuk, bagaikan ada sesuatu yang tersangkut di kerongkongnya. Datuk senyum pada saya, selalunya bila datuk berbuat begitu, membawa tanda ada sesuatu yang belum pemah saya lihat akan dilakukannya. Ramalan saya itu memang tepat. Datuk sudah pun membetulkan silanya dengan kedua belah tapak tangannya menekan ke pala lutut. Datuk mengalihkan pandangannya ke mangkuk putih, matanya kelihatan bersinar tidak berkedip merenung kearah bibir mangkuk putih yang terletak dekat tubuh Razman. Uraturat merah mula timbul dibahagian mata putihnya. Pangkal uraturat yang merah itu bagaikan berakar dari keliling bahagian anak mata hitamnya. Dan air dalam mangkuk putih berkocak sendiri, bagaikan ada tenaga ghaib yang menggerakkan badan mangkuk tersebut. Saya tersentak bila mangkuk itu terbelah dua dan airnya melimpah atas tikar mengkuang yang dianyam rapatrapat. Air yang melimpah itu kelihatan berkilaukulau dipanah oleh sinar matahari pagi yang memancar masuk ikut tingkap rumah yang terbuka lebar. Datuk segera membongkok sambil mengenakan hujung jari hantunya pada air yang melimpah atas tikar. Sebaik sahaja jari hantu terkena air tersebut, air yang melimpah terus hilang. Mangkuk putih yang terbelah dua tercantum kembali seperti asal tanpa air didalamnya. Mail yang melihat kejadiankejadian yang berlaku di depan mata‐nya diam tidak berkata. Dahinya nampak berkerut sesekali wajahnya kelihatan cemas. "Bangun anakku”, suara datuk parau. Serentak dengan itu Razman yang terbaring kaku segera bangun. Dia nampak terkejut sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Datuk merenung biji mata Razman. "Bersila di situ”, kata datuk Razman akur dengan perintah datuk itu macam orang kena pakau. Datuk lalu memerintahkan Mail mencari pucuk pisang nangka, pucuk palas dan air satu buyung. Mail mengambil masa kirakira setengah jam untuk mengadakan batangbatang tersebut. Sementara menanti barang itu berada di depan datuk. Datuk menyuruh saya melipatkan setiap bucu tikar yang terdapat di ruang rumah tersebut. Saya laksanakan tugas itu hingga selesai. Bila tugas itu selesai saya kembali duduk di sisi datuk. Razman masih duduk terpaku atas tikar macam patung. Datuk buka baju yang dipakainya. Letak di hujung lutut sebelah kanan dengan ibu jari tangan sebelah kiri datuk tekan tepi baju. Datuk merenung ke arah tingkap yang terdedah. Dia melihat sinar matahari pagi yang cukup cerah. Saya terasa pangkal kening sebelah kiri saya gatal. Saya terus menggarunya beberapa kali. Bila saya selesai menggaru, saya dapati rumah Razman sudah pun ditutup oleh datuk dengan [103]

bajunya. Datuk ambil kembali baju yang menutup muka Razman dengan jari kelingking kiri. Baju itu datuk sarungkan ke tubuhnya kembali. Saya lihat muka Razman merah, tidak pucat maeam orang sakit. Razman mula tersenyum. Tetapi dia tidak terdaya mahu bangun, macam ada sesuatu benda yang berat melekat dibawah punggungnya. Mail sudah pun meletakkan sebuyung air di hadapan datuk berserta dengan pucuk pisang nangka dan daun palas ke dalam buyung. Dan mulut buyung datuk tutup dengan kain pelikat yang selalu di pakai oleh Razman. Kain pelikat itu terbakar dan mengeluarkan asap nipis. Bila kain pelikat itu menjadi abu, datuk tekankan kedalam mulut buyung. Dengan hati‐hati datuk goncang buyung, air didalamnya berkocak dan berasap. Datuk terus membaca sesuatu. Datuk merenung ke arah mangkuk itu dan saya lihat terus jadi retak seribu dan hancur berderai. Serbuk dari mangkuk putih itu datuk ambil dan masukkan ke dalam buyung. "Rapatlah pada aku dan duduklah di hujung lututku ini, hai anakku”, kata datuk. Razman terus bangun dan duduk di hujung lutut datuk. "Yang jahat akan pergi dan yang baik tinggal pada kau”, datuk bersuara sambil mengangkat buyung lalu meletakkan ke atas kepala Razman. Buyung yang tidak bocor itu mengeluarkan air lalu membasahi seluruh tubuh Razman. Saya lihat Razman mula menggigil kesejukan. Datuk ambil buyung dari atas kepala Razman. "Buyung dan semua barangbarang yang ada di dalamnya kau hanyutkan ke laut”, kata datuk pada Mail. "Bila?" "Hari ini belum matahari terbenam” "Kalau begitu terpaksa pergi ke Port Weld untuk membuang benda ni”, suara Mail menurun. Datuk anggukkan kepala. Saya lihat Mail berbisik dengan datuk. Kemudian Mail ambil burung lalu keluar. Kira‐kira sepuluh minit kemudian Mail kembali. Dia tersenyum di ambang pintu. Melangkah dan terus duduk di samping datuk. "Cepat”, kata datuk. "Saya suruh adik saya uruskan, secara kebetulan pula dia mahu turun ke laut memancing ikan” "Kau percaya dengannya?" "Percaya. Dia adik saya, banyak menolong saya untuk berusaha mengubat sakit Razman” "Tak apalah kalau dah begitu” Datuk puas hati dengan keterangan Mail. Razman sudah tidak menggigil lagi. Datuk suruh Mail menggantikan pakaian Razman. Cepat cepat Mail bawa Razman ke dalam bilik. Saya terkejut, bila melihat Razman keluar dari bilik memakai seluar putih, baju baru lengan panjang. Rambutnya disikat [104]

rapi dan ada jambul di bahagian depan, macam jambul seniman P. Ramlee dalam filem Hujan Panas. Melihat keadaannya itu, saya kira Razman terjumlah dalam katogeri anak muda yang kacak juga. Tingginya kira kira lima kaki, lima inci. "Siapa yang siapkan dirinya Mail?” "Emak tirinya” "Begitulah, jiwa orang perempuan ni halus. Penuh simpati dan rasa kasih sayang yang tidak mengenal batas sempadan, hanya orang yang nakal saja mengatakan ibu tiri kejam”, ujar datuk lagi. Razman dan Mail duduk di hadapan datuk. Dengan menggunakan kebijaksanaannya datuk mencungkil rahsia dari Razman. Apa yang menjadi misteri dalam diri Razman terbuka. Dia memberikan pengakuan yang jujur pada datuk. Razman terus memberitahu yang dirinya mencintai seorang gadis. Gadis yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerjaraya itu tidak menolak cintanya. Dalam perkataan lain, mereka saling cinta mencintai. Razman pun membuat persiapan dengan mengumpulkan wang untuk meminang gadis tersebut. Malangnya orang tua gadis itu tidak merestui cinta mereka dan gadis itu terus ditunangkan dengan seorang pemuda yang menjadi pegawai di‐sebuah kilang perusahaan di Kamunting. Bertolak dari peristiwa yang tidak pernah diduga oleh Razman itu, menyebabkan dia menjadi manusia separuh gila. Bagi menghilangkan rasa sepinya, dia mula mencari ganja dan terjumpa Din Taiwan. Din Taiwan lah yang menggalakkan dirinya supaya membalas dendam. Setidaktidaknya mencederakan muka kekasihnya atau muka tunang kekasihnya. "Saya terpengaruh dan menuntut ilmu jahat darinya", kata Razman dengan wajah yang tenang. Mail gelengkan kepalanya. Ada rasa kesal bermain di wa‐jahnya. "Sepanjang kau terbaring di sini apa yang kamu rasakan?”, tanya datuk. "Saya sebenarnya tidak sakit. Saya berjalan ke mana mana. Saya makan dan minum” "Itu hanya perasaan yang kau sangka. Kau sudah jauh dikuasai oleh syaitan”, datuk merenung muka Razman. Mail tunduk merenung lantai. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala Mail. Angin yang bertiup diluar masuk ke dalam ruang tempat kami duduk. Razman menguap panjang. "Mail, dalam hal begini saya tidak salahkan anak awak seratus peratus. Awak siang malam duduk di masjid tetapi awak tidak pernah ambil tahu tentang diri anak awak. Apakah dia sudah belajar rukun iman, rukun Islam dan sembah‐yang. Segalagalanya awak serahkan pada dirinya untuk mengetahui semuanya tanpa perhatian dari awak”, ujar datuk. "Inilah silapnya saya. Saya fikirkan bila dia dah besar dan bekerja dia tahu mencari yang baik” "Itu satu pendapat yang silap” [105]

"Saya berjanji hal macam ni tak akan berlaku lagi” Datuk senang sekali mendengar janji dari Mail. Kemudian saya dan datuk pergi ke anjung rurnah. Tidak lama kemudian Razman turut serta. Datuk memberitahu Razman banyak perkara yang harus dilakukan supaya kekuatan semangat dalam diri Razman dapat dipulihkan seperti sediakala. "Semuanya bergantung pada diri kamu. Sama ada kau setuju atau tidak”, beri‐tahu datuk pada Razman. Saya lihat datuk lihat Razman termenung panjang. Sebentar dia gigit bibir dan sebentar pula raba pangkal dagu. Dia bagaikan berada dalam keadaan serba salah. "Kalau boleh saya mahu membebaskan diri dari belenggu syaitan”, Razman bersuara. "Atas kerelaan hatimu sendiri?" "Ya. Atas kerelaan saya sendiri” Mendengar cakap Razman itu, datuk segera bangun. Dari ruang depan datuk memanggil Mail. Bagaikan kilat Mail datang menemui datuk. "Biar aku pulihkan semangat anak kamu Mail” "Memang itulah yang saya harapkan” "Aku terpaksa tinggal di sini selama tiga hari” "Lebih dari itu pun tak apa”, balas Mail dengan ketawa kecil. Selama tiga hari tinggal dirumah Mail, datuk menumpukan seluruh perhatian pada diri Razman. Setiap subuh datuk membangunkan Razman, mengajak sembahyang bersamanya. Datuk juga memberikan beberapa ayat untuk Razman baca selepas menu‐naikan sembahyang subuh selama 44 subuh. Pada setiap petang pula, dari pukul lima ke pukul enam. Datuk mengajak Razman berlari berbatubatu. Sepanjang masa berlari itu Razman tidak dibenarkan minum kecuali memakan pucuk jambu batu bila terasa letih. Pada sebelah malamnya, datuk mengajak Razman membaca Surah Yasin hingga jam dua belas malam. Kemudian barulah Razman disuruh tidur di anjung rumah tanpa menggunakan bantal dan gebar. Pukul tiga pagi, datuk akan mengejutkan Razman dari tidurnya dan menyuruh Razman mandi. Sesudah mandi, Razman disuruh minum air sejuk sebanyak lima gelas besar. Waktu makan tengah hari Razman hanya dibenarkan makan nasi tujuh suap, minum air setengah cawan dan memakan ulamulam yang datuk buat dari dedaun kayu. Memang, Razman terasa cukup siksa menjalani rawatan yang datuk lakukan. Bila saya tanyakan pada datuk, kenapa dia lakukan hal seperti itu pada Razman yang baru sembuh dari sakit, datuk menje‐laskan tujuan dia berbuat demikian untuk me‐ngembalikan tenaga pada diri Razman di sam‐ping menguatkan semangatnya serta memu‐lihkan rasa yakin pada dirinya sendiri. "Ubat yang aku berikan padanya untuk memulihkan perjalanan darah dalam urat uratnya. Dia terlalu lama baring banyak urat urat sendinya jadi tegang dan kaku”, demikian datuk men‐jelaskan pada saya. [106]

Selepas tiga hari Razman mengalami rawatan dari datuk, dia kelihatan segar. Tidak banyak mengelamun atau mudah terkejut. Dia nampak bertambah yakin pada diri‐nya sendiri. Dan dia mula sedar bahawa yang dirinya adalah hamba Allah yang harus ada kekuatan dalam hidup. Dan sendi kekuatan setiap orang dalam hidup ini ialah berlandaskan pada ajaran agama Islam yang dianutinya. Bersandarkan pada itu, Razman mera‐sakan dirinya berada dalam dunia baru yang serba segar. Dia merasakan dirinya cukup tenang bila sembahyang. Jiwanya terasa bersih dan murni setiap kali dia membaca Surah Yasin. Dalam dunia ini dia merasakan tidak ada yang perlu ditakutkan kecuali Allah yang Maha Besar dan Maha Me‐ngetahui. "Bagaimana kau sekarang?", tanya datuk pada Razman ketika mahu mening‐galkan rumahnya. Razman yang petang itu memakai baju Melayu dan kain pe‐likat tersenyum. "Saya rasa diri saya cukup aman, tidak ada rasa takut atau bimbang” "Baguslah, jangan lupakan sembahyang lima waktu. Jauhkan diri kau dari kerjakerja yang tidak baik. Berusahalah untuk jadi orang yang berguna pada bangsa dan agama” "Saya faham. Saya mahu membuat hidup baru” "Itu yang baiknya”, datuk terus menepuk belakang Razman beberapa kali. Satu peristiwa yang mengejutkan petang itu ialah bila ayah Razman (Mail) memulangkan Razman pada datuk. "Saya mahu menyerahkan Razman pada awak, kerana awak dia baik dari sakit dan insaf” "Jangan kata begitu. Bukan kerana saya dia baik. Semuanya kerana Allah, saya cuma beriktiar”, datuk tepuk meja. Mail terkejut dan dia mula sedar tentang kesilapan yang dilakukannya. "Maafkan saya. Saya berhasrat dan memang niat dari mula lagi, kalau sakitnya baik, saya mahu memulangkan pada awak”, sambung Mail teratur tetapi wa‐jahnya nampak pucat sedikit. Datuk tersenyum. "Tak apalah, saya saya terima hajat awak tu, mulai hari ini, Razman jadi anak angkat saya”, cukup gembira datuk berkata. Datuk lalu mengeluarkan benang hitam dari sakunya. Benang itu di pintalnya menjadi tali yang kecil. Datuk keluar wang syiling dua puluh sen. Datuk tebuk lubang wang tersebut. Datuk sarungkan benang hitam bersama wang ke leher Razman macam me‐nyarungkan kalung ke leher. "Inilah tandanya kau jadi anak angkat aku Razman, jangan dicabut kecuali dia putus”, pesan datuk. "Saya berjanji”, jawab Razman. [107]

Petang itu juga kami meninggalkan Kampung Pinang, pulang ke tempat asal. Seminggu kemudian Razman menemui datuk menceritakan yang dirinya telah diberhentikan dari Jabatan Ukur. Razman juga menyatakan yang dia berhasrat untuk menjadi Askar Melayu dan meminta pertolongan dari datuk untuk memenuhi citacitanya. Kerana Razman bersungguh mahu menjadi Askar Melayu, datuk pun mem‐bawa Razman menemui seorang pegawai Askar Melayu yang tinggal di Kampung Simee, Ipoh. Pegawai Askar Melayu itu berpangkat Mejar dan berasal dari Negeri Sembilan. Pegawai itu bernama Abdul Muluk (kalau tak silap) pernah menemui datuk untuk mendapatkan beberapa petua serta amalan untuk pelindung diri ketika berada di hutan memburu pengganas komunis. Cara kebetulan pula, pegawai itu memang orang yang bertanggung jawab memilih anggota Askar Melayu yang baru. Syarat yang diperlakukan pada setiap orang yang mahu menjadi anggota Askar Melayu ada pada diri Razman. Mejar Abdul Muluk terus membawa Raz‐man menemui pegawai atasnya. Usaha itu berjaya dan Razman pun mengikuti latihan menjadi Askar Melayu. Malangnya, semasa menjalankan tugas, Razman terkorban apabila ditembak pengganas komunis. Jenazah Razman pulang ke kampungnya dan datuk turut serta mengkebumikan jenazah anak angkatnya. Sejak kematian anak angkatnya itu, datuk lebih banyak menghabiskan masanya ditanah perkuburan Razman. Kadangkadang bila bertemu dengan kawankawan rapatnya, datuk mela‐hirkan rasa bangganya atas kematian anak angkatnya yang berjuang memper‐tahan tanahair dari ancaman pihak komunis. Pagi itu, matahari bersinar dengan terangnya. Saya sudah mengorek lebih kurang dua puluh lubang untuk menanam anakanak pisang mas, walaupun hari baru pukul sebelas pagi. Kerja saya terganggu bila saya terdengar suara datuk memanggil nama saya dari tepi sempadan. Saya berlari ke arah datuk. Terasa juga penatnya berlari di atas tanah seluas dua ekar itu. Terpaksa berlariIari dengan hatihati, kalau tersepak tunggul getah pasti tersembam ke bumi. Kalau tidak kena caranya, dahi boleh berdarah. Tanah milik datuk terletak dalam mukim Buruk Bakal. Jaraknya dari jalanraya Kuala KangsarSimpang Tiga, kirakira satu batu. Kirakira setengah batu dari tanah datuk ialah kaki gunung yang bersambung dengan banjaran Titiwangsa. Menurut kata datuk, banjaran gunung itu memisahkan sempadan Perak dengan negeri Pahang. "Aku rasa ada orang yang mahu datang ke sini. Kita bersembunyi mana tahu kalau yang datang orang komunis”, kata datuk sambil membawa saya de‐katnya. Datuk ketika itu masih lagi memegang hujung kayu yang dicacakkan ke tanah. Dengan perantaraan kayu yang tercacak itu, datuk dapat mengetahui sama ada manusia atau binatang buas akan datang ke kawasan tanahnya. Petuanya mudah saja, kau cari pokok kayu sebesar ibu kaki yang daunnya lebat kearah matahari terbit dan pucuknya pula menghala ke arah matahari jatuh, kau potong dan tanamkan ke bumi arah mata angin yang datang.

[108]

Tanam kirakira setengah kaki, kau lekapkan telinga kau pada batangnya, nanti kau akan dengar tapak kaki binatang. Kalau manusia kau akan dengar suaranya”, datuk mencurahkan petua orang tuatua pada saya. Tanah milik datuk itu pada mulanya ditanam dengan pokok‐pokok getah. Kerana pokok getah sudah tua dan tidak dapat mengeluarkan susu yang banyak, datuk tebang dengan tujuan untuk di tanam pokok pisang. Peluh terus membasihi badan datuk dengan dan badan saya. Angin yang bertiup tidak dapat menghilangkan rasa panas di badan kami. "Mari”, kata datuk dan terus menarik tangan saya. Kami terus bersembunyi di bawah rimbunan pokok serunai laut. Waktu saya mahu bersila di situ, tiba‐ tiba seekor ular tedung panggukan kepala. Saya jadi cemas. "Jangan bergerak”, bisik datuk pada saya. Dan saya lihat datuk mengambil daun serunai laut lalu diramasnya hingga hancur. Datuk tepuk tanah, se‐rentak dengan itu ular tedung terus meluru ke arah‐nya. Cepat‐cepat datuk membalingkan daun serunai laut yang diramasnya ke arah ular tedung tersebut. Ular itu bagaikan terpukau di situ. Datuk terus mengarahkan kedua biji matanya ke mata ular tedung. Datuk pukau ular tedung yang berbisa itu dengan kuasa matanya dengan badannya di atas tanah. "Bergerak”, ujar datuk, ular itu bergerak dan terus merebahkan badannya atas tanah. "Bangun”, perintah datuk. Ular itu bangun. "Jangan kacau kami. Kami mahu menumpang sebentar, tidak mahu membi‐nasakan kamu” Saya lihat ular itu bagaikan faham dengan apa yang datuk kata‐kan. Datuk menyuruh ular itu pergi ke bawah rimbunan pokok serunai laut. Ular itu patuh dengan arahan datuk, menyusur perlahanIahan arah ke selatan hingga hilang dari pandangan saya dan datuk. "Meniarap”, kata datuk pada saya. Saya pun rebahkan badan dan datuk juga berbuat demikian. Saya lihat beberapa ekor semut api dan belalang merayap atas daun serunai laut. Bunyi deru angin jelas kedengaran bersama dengan bunyi rantingranting kering jatuh ke bumi. Matahari terus memancar. Sesekali terdengar suara burung tekukur dan merbuk tingkah meningkah didahan kayu. Beberapa monyet liar berlompatan dari dahan ke dahan. Lama juga kami meniarap, saya sudah merasa bosan dan lemas. Maklumlah mencium bau daun dan tanah. "Mereka sudah hampir”, kata datuk.

[109]

Saya angkat kepala, toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada batang tubuh manusia yang lihat. Saya lihat muka datuk. Dia senyum dan dia bagaikan tahu apa yang bergolak dalam diri saya. "Cuba renung ke depan”, bisik datuk. Saya pun renung ke depan. Dari celah‐celah daun serunai laut itu, saya lihat tiga manusia datang kearah kami. Dua daripadanya membawa senapang kampung laras dua. Seorang lagi membawa kayu bulat kirakira enam kaki panjangnya. Sambil melangkah mereka mere‐nung ke kiri dan ke kanan macam mencari sesuatu. Akhirnya, mereka terus duduk atas tanah datuk. "Keluar”, kata datuk. "Ke mana?" tanya saya. "Rapat pada mereka” "Merbahaya tu tok” "Kau ni suka sangat bantah cakap orang, ikut saja sudahlah”, datuk mula marah dan menarik saya keluar dari bawah rimbunan daun serunai laut. Datuk suruh saya berdiri sambiI meletakkan tapak tangan kanan atas bahagian pung‐gung. "Jatuhkan tangan itu dan melangkah perlahanIahan”, perintah datuk saya patuhi. Kerana kami melangkah begitu hatihati dan datang pula dari arah belakang, ketigatiga manusia yang duduk itu tidak sedar kami sudah menghampiri mereka. Datuk purapura batuk. Ketigatiga manusia itu melompat dan terkejut besar. Salah seorang daripada mereka menghalakan muncung senapang itu. "Kerana awak berniat mahu menembak lepaskan tembakan itu”, kata datuk. Orang itu tergamam melihat wajah datuk yang dibasahi peluh. Senapangnya terlepas dari tangan, datuk terus menyambarnya. Melihat senapang sudah berada di tangan datuk, kawannya yang seorang lagi jadi cemas. Kawannya itu merasakan keselamatan dua orang kawannya dalam bahaya dan tanpa berfikir panjang orang itu menghalakan hujung senapangnya ke arah datuk lalu menarik pemetik senapang. Senapang itu tidak berbunyi dan mengeluarkan peluru walaupun pemetiknya ditarik berkalikali. Melihat keadaan yang ganjil itu, orang itu jadi cemas. Mukanya pucat. "Saya tidak berniat jahat pada awak semua. Kenapa mahu menembak kami? Awak bertiga masuk ke tanah saya”, beritahu datuk pada orang ketiga. Mereka berpandangan sesama sendiri. Datuk memulangkan senapang di tangannya kepada orang yang berhak. "Saya bukan musuh. Saya bukan komunis yang mesti awak takutkan”, tambah datuk lagi. [110]

Saya lihat orang bertiga menarik nafas panjang. Mereka bersalam dengan datuk minta maaf. Datuk pula minta mereka melepaskan tembakan ke udara kerana menurut datuk, peluru senapang itu harus dikeluarkan kerana itu adalah merupakan niat dari tuan punya senapang. Kalau tidak dilepaskan senjata itu akan memakan tuannya sendiri. Berpan‐dukan pada petua datuk itu, kedua lelaki yang memiliki senapang berlaras dua melepaskan tembakan. Gema dari tembakan itu menguasai seluruh kawasan di pinggir banjaran gunung Titiwangsa yang mengakibatkan monyetmonyet liar bertiampiaran lari, melompat dari dahan ke dahan. Dedaun getah muda dan tua berguguran. Suasana di kawasan tersebut jadi haruhara. Bila suasana sudah tenang, datuk pun mengajak ketigatiga orang itu bersila di atas tanah. Kerana kami ada membawa air kopi dan goreng pisang datuk pun menjamu mereka. Rasa kemesraan terjalin antara kami dengan orang bertiga. Saya merenung ke arah lelaki yang berbadan tegap, berambut panjang de‐ngan parut besar melintang atas dahinya. Dia kelihatan resah tidak menentu macam ada sesuatu yang dibimbangkannya. Tetapi, dua orang lagi kawannya tidak begitu resah atau bimbang. "Ceritakan pada saya”, datuk mengajukkan per‐tanyaan pada orang yang berbadan tegap itu. O‐rang itu kerutkan dahinya lalu memandang kepada dua orang kawannya. Dan kawannya memberikan isyarat supaya menjawap apa yang di soal datuk. "Kami mencari kawan kami yang ghaib tiba‐tiba waktu menembak burung belibis”, lelaki ber‐badan tegap membuka rahsia. Datuk anggukkan ke‐pala sambil melihat langit yang cerah dan bersih. "Di mana?" "Di kolam dekat kaki gunung waktu senja” "Bila hilangnya?" "Kirakira dua hari yang lalu” "Awak semua ni dari mana?" "Kami dari Talang, Kuala Kangsar” "Jauhnya mencari burung belibis” "Ada orang yang diberitahu kami di situ tempat burung belibis mandi senja” Datuk menarik nafas panjang. Datuk menikamnikam tanah dengan ran‐ting getah. Orang bertiga itu melihat sahaja telatah datuk. Wajah orang bertiga itu jadi pucat bila datuk memberitahu mereka, sejak lepas perang Jepun, sudah tujuh orang ghaib di kaki gunung itu kerana menembak burung belibis. Kehi‐langannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. [111]

"Masuk kawan awak ini, sudah jadi lapan orang”, ujar datuk sambil menyapu peluh yang berkumpul dipangkal dagu dengan tapak tangan kiri. Orang bertiga berpandangan sesama sendiri. Saya melihat ke arah lubang yang baru saya korek. "Kalau kami tak jumpa, kami nak buat sembahyang ghaib”, mendadak sahaja orang berbadan tegap bersuara sambil menggosok laras senapangnya. Saya tahu bila datuk merenung awan berarak, ertinya dia mencari ke arah mana tiupan angin itu menuju. Datuk tersenyum, dia sudah menemui apa yang di carinya. "Awak semua berhajat benar nak menemui kawan awak yang hilang tu”, tanya datuk minta kepastian. "Memang berhajat. Kami mahu mencari mayatnya untuk disempurnakan pengebumiannya sebagai seorang Islam. Pihak warisnya berharap benar pada kami mencarinya”, jawab orang berbadan tegap. Belibis ialah sejenis burung yang bentuk badannya hampir serupa dengan itik biasa. Tetapi ukurannya lebih kecil. Biasanya terbang berkawan dan mencari ma‐kan di bekasbekas lombong dan paya yang terpencil. Dagingnya boleh dimakan oleh orang Islam dan rasanya lebih kurang macam daging ayam hitam. Datuk terus berpeluk tubuh. Rapatkan kedua belah matanya dan mulutnya membaca sesuatu. Datuk bertafakur lebih kurang dua minit. Dia muka mata kembali, renung wajah orang bertiga dengan tenang. "Sebenarnya kau orang masuk kawasan orang lain. Kawan yang hilang tu namanya Usman, ada isteri dan anak. Satu anaknya bekerja sebagai kerani Jabatan Parit dan Taliair di Kuala Kangsar, umurnya baru 32 tahun”, demikian datuk memberi keterangan tentang orang yang hilang. Orang bertiga besar mengakui apa yang datuk katakan itu memang benar. "Apa dia ditawan oleh komunis?" tanya orang berbadan tegap. "Tidak, ada di kawasan kolam tinggal tu” "Masih hidup lagi ke?" "Susah nak cakap”, balas datuk sambil tersenyum. Datuk dan orang bertiga mengadakan perundingan dan datuk pula bersedia memberikan khidmatnya untuk membantu mereka. Supaya kerja yang akan dilakukan berjalan lancar, datuk mengajak mereka tinggal di rumah datuk. Tawaran datuk itu mereka terima. Datuk pun mengadakan rundingan kilat dengan orang bertiga. Datuk ber‐sedia memberikan khidmatnya bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Tawaran dari datuk yang tidak pernah mereka duga itu amat mengembirakan me‐reka. "Kita akan mencari orang yang ghaib tu dua hari lagi. Kita mulakan pada sebelah petang dan kita mesti berada di tepi kolam tempat belibis turun sebelum waktu senja”, datuk meluahkan rancangan pada orang yang tergonggok di hadapannya.

[112]

Ada beberapa persediaan yang perlu datuk ada‐kan. Orang bertiga itu perlu dibekalkan dengan be‐berapa tangkal tertentu bagi menghindarkan diri mereka dari diresapi semangat penunggu kolam. Lebih kurang pukul satu petang, kami pun sam‐pai dirumah. Datuk menyuruh orang bertiga mandi di sungai. Saya terus memberitahu nenek supaya memasak nasi dan sayur lebih dari bisa. Ada tetamu baru yang harus di jamu makan sampai kenyang. Bila selesai sembahyang Zuhur, kami pun terus makan. Memang enak makan pucuk ubi bersama gulai lemak pucuk labu dan nasi dari padi huma. Lepas makan saya terus tersandar di dinding rumah. Datuk menyuruh salah seorang dari orang bertiga itu pulang ke tempatnya untuk memberitahu pada orang‐ orang ditempatnya yang diri mereka berada dalam keadaan selamat. "Biarlah saya saja yang pergi”, orang yang berbadan tegap itu menawarkan diri. Tidak ada bantahan dari kawankawannya yang lain. Orang itu pun segera berangkat dengan janji dia akan sampai kerumah datuk sebelum tengah hari keesokannya. Lepas sembahyang Asar, datuk terus mengajak kenalan barunya berborak di bawah pokok manggis. Sedang asyik berborak, dua orang anak muda datang menemui datuk. Datuk terkejut dengan kedatangan anak muda yang tidak di kenalinya itu. Rasa terkejutnya itu segera hilang dari dari hati datuk, bila salah seorang anak muda itu memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Rahman Hitam datang dari Parit Terachi, Negeri Sembilan. "Kami sebenarnya mengelilingi tanah semenanjung dengan berbasikal, singgah ke sini nak jumpa Mohammad Ramli, kawan saya samasama belajar di Ipoh dulu”,kata Abdul Rahman Hitam yang berbadan kurus. "Di Ipoh belajar dimana?",soal datuk. "Trade School, macam Ramli” "Macam mana tahu rumah ini?" "Ikut alamat yang diberi oleh Ramli” "Ramli itu cucu saya, dia baru dua hari pergi ke Segamat” "Apa halnya?" "Kerja. Dia jadi juruteknik rendah JKR di sana” Abdul Rahman Hitam termenung panjang. Rasa hampa terbayang di wajahnya. Datuk terus menepuk bahu kanan Abdul Rahman dua kali, sambil menjeling ke arah kawannya yang duduk atas bangku panjang bawah pokok manggis. "Sabarlah. Satu hari nanti kau akan berjumpa juga dengannya”, ujar datuk. "Dia kawan baik saya, dah lama kami tak jumpa”, keluh Abdul Rahman sambil menggigit ibu jari kiri.

[113]

Datuk pun memperkenalkan saya dengan Abdul Rahman Hitam. Datuk memberitahu padanya, saya adalah salah seorang daripada cucunya yang dipelihara sejak berusia sebulan. Dan Abdul Rahman memberitahu saya, dia salah seorang pekerja syarikat lombong besi iaitu EMMCO di Bukit Besi, Terengganu. Dia dihantar oleh sya‐rikat tersebut belajar ke Trade School Ipoh mengikuti kursus jurutera selama tiga tahun. Di Ipoh dia berkenalan dan berkawan rapat dengan sepupu saya Mohammad Ramli. Bila dia tamat belajar dia terus berhenti dari menjadi pekerja dengan syarikat tersebut. Abdul Rahman mahu meneruskan citacita mengelilingi dunia dengan basikal dan mahu menetap di Jerman Barat di samping meneruskan pe‐lajarannya di bidang kejuruteraan. Tidak lama Abdul Rahman bercakap dengan datuk dan saya, kirakira satu jam sahaja. Kemudian Abdul Rahman Hitam dan kawannya meneruskan perjalanan ke utara. Bila selesai mengelilingi tanah semenanjung, dia akan mengelilingi dunia pula. Tetapi sejak petang itu cerita tentang diri Abdul Rahman Hitam tidak saya ketahui. Apakah dia berjaya dalam citacitanya atau dia masih hidup lagi kini, saya pun tidak tahu. Malah, sepupu saya pun tidak pemah menyebut tentang dirinya. "Dia anak muda yang bercitacita besar”, kata datuk pada saya sebaik sahaja Abdul Rahman dan kawannya meninggalkan kawasan rumah. Suasana petang itu cukup damai. Langit cerah dan angin bertiup lemah tetapi, mampu meng‐gugurkan daundaun manggis yang tua. Datuk mengajak dua orang kenalannya itu pergi menjala ikan di sungai untuk di buat lauk makan malam. Kenalannya itu setuju. Saya dengan nenek pula pergi ke sawah melihat dan memetik buah terung dan mentimun yang ditanam atas batas ben‐dang. Sebelum menjelang waktu Maghrib kami berkumpul kembali di rumah. Pada sebelah malam membawa ke waktu subuh datuk menghabiskan masanya dengan membaca AlQuran. Pada sebelah paginya, datuk mengajar kedua kenalannya cara membaling buluh runcing supa‐ya tepat pada sasarannya. Menurut datuk, perkara itu perlu untuk mere‐ka bila masuk ke dalam hutan kelak. Datuk tidak mahu mereka menggunakan besi jika berhadapan dengan binatang buas. Masa yang ditetapkan pun tiba. Datuk sudah pun mengikat benang hitam bercampur putih pada pergelangan tangan kiri kedua orang kenalannya, manakala kenalan yang berbadan tegap pula datuk gantungkan benang hitam ber‐campur putih di lehernya. "Kau aku jadikan harapan”, kata datuk pada lelaki yang berbadan tegap itu. Datuk menyerahkan pada mereka buluh kuning sepanjang tiga kaki, tiap se‐orang. Datuk melihat matahari di langit. Dia membaca sesuatu dan melangkah tiga tapak ke depan lalu memacakkan buluh kuning yang dibawanya kesitu. Datukpun menyukat bayang buluh itu dengan tapak kaki kanannya. Dia merenung wajah saya dan orang bertiga de‐ngan tersenyum.

[114]

"Dah pukul lima lebih, eloklah kita pergi, semua barangbarang dah siap?", datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki yang berbadan tegap. "Dah”, jawab lelaki itu. "Periksa lagi sekali. Kita terpaksa bermalam dalam hutan, kalau tak kena caranya, kita pula yang sesat” "Ah, seram juga dengarnya. Biarlah saya periksa” Lelaki berbadan tegap itu terus memeriksa barangbarang yang akan dibawa sekali lagi. Dia yakin, semua barang yang diperlukan oleh datuk sudah ada. Tetapi datuk tidak puas hati, dia sendiri memeriksa barangbarang itu bagi kali terakhir. "Saya puas hati”, katanya pada kami. Tanpa banyak bicara datuk mening‐galkan pesan pada nenek, kalau dia tidak pulang dalam masa tiga hari, dia minta nenek memberitahu orang‐orang kampung supaya mencarinya. Nenek berjanji akan melaksanakan semua pesan datuk, dan nenek mem‐berikan doa selamat atas keberangkatan rombongan kami pada petang itu. Bila sampai kegigi hutan, datuk menyuruh lelaki berbadan tegap dan berambut panjang jadi kepala jalan. Pada mulanya lelaki berbadan tegap itu enggan memenuhi permintaan datuk dengan memberi berbagaibagai alasan. "Jangan takut, aku tak membiarkan kamu susah, aku ada bersama kamu. Aku ingat kamu ikut saja cakap aku ni. Kamu sudah biasa datang ke sini, ini lebih memudahkan kita, cepat sampai ke tempat yang dituju," suara datuk mula keras. "Saya ..... saya" "Usah berdalih lagi. Jalan saja. Kalau aku jadi kepala jalan lambat sampai nanti. Semua kerja kita tak menjadi" "Baiklah" Lelaki berbadan tegap yang berambut panjang itu membawa kami masuk ke kawasan hutan sebelah kanan. Saya mula terasa sukar untuk melangkah. Kaki saya selalu sahaja tersepak akarakar kayu. Pokok‐ pokok besar yang terdapat di situ semuanya dililit oleh akar yang berjuntaian, sesekali saya melihat ular daun memanjat akar menuju ke dahan pokok besar. Nyamuk mula terasa menggigit muka dan telinga, manakala pacat hutan berkeliaran di daundaun kayu dan cuba memanjat tubuh kami. Bunyi burungburung hutan yang bersahutan membuat bulu tengkuk saya meremang. Beberapa ekor pelanduk melompatIompat di celahcelah perdu pokok besar.

[115]

"Jangan anaiyakan binatang itu, dia mahu hidup," pesan datuk bila dia melihat lelaki berbadab tegap mahu melontarkan buluh runcing ke arah binatang terse but. Lelaki berbadan tegap itu segera minta maaf pada datuk. Matahari bertambah condong. Perjalanan menjadi bertambah sukar. Lelaki berbadan tegap dua tiga kali tersungkur akibat tersepak akar kayu. "Jauh lagi ke ?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap. "Tak jauh lagi, lebih kurang lima rantai dari sini" "Tak apalah," balas datuk sambil meneruskan perjalanan. Tiba‐tiba lelaki berbadan tegap itu berhenti melangkah. Mukanya pucat dan undur mendapatkan datuk. Keadaan jadi kelam kabut sebentar. Seekor harimau duduk mencangkung di hadapan kawasan yang akan kami lalui. Datuk tersenyum dan memaksa lelaki berbadan tegap itu mara. Ternyata lelaki berbadan tegap itu tidak berdaya melangkah. Dia jatuh terjelupuk. Kedua orang kawannya bersedia untuk lari tetapi diha‐lang oleh datuk. Perbuatan datuk itu menimbulkan kemarahan pada mereka dan mereka menghalakan buluh run‐cing kearah datuk. "Awak berdua jangan nak buat kurang ajar de‐ngan saya”, datuk mula marah. Saya menggigit bibir dan terus duduk di pangkal pokok besar sambil memerhati dengan teliti kearah harimau. Saya lihat harimau itu menjelirkan lidahnya dan terus menguap. "Awak nak anaiyakan kami!”, jawap salah seorang dari mereka. "Anaiya apa, saya nak tolong awak” "Harimau ada di depan awak suruh pergi” "Apa salahnya?” , "Awak nak suruh kami mampus!”, pekik orang itu lalu merodokkan buluh runcing ke perut datuk. Buluh runcing itu tidak dapat menembusi perut da‐tuk. Orang itu jadi serba salah. Bila orang itu mencuba merodok perut datuk untuk kali yang kedua, ha‐rimau yang ada di hadapan melompat dan terus merebahkan orang itu ke bumi. "Jangan”, pekik datuk. Harimau itu tidak jadi mencakar muka orang itu dengan kukunya. Datuk menepuk kepala harimau itu dua tiga kali. Saya lihat harimau itu dengan penuh manja menjilat lengan datuk. "Kau tahu aku ke sini”, kata datuk. Harimau itu goyangkan ekornya sam‐bil mengesel‐geselkan badannya pada kaki datuk. "Merbahayakah aku ikut sini?", tanya datuk pada harimau. [116]

Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk. Dia mengaum dengan perlahan lalu memusingkan kepalanya dari arah matahari terbit ke arah matahari jatuh. "Kita ikut arah yang ditunjukkannya”, kata datuk pada saya. Datuk menyuruh lelaki yang mahu menikamnya dengan buluh runcing bangun. Begitu juga dengan lelaki yang berbadan tegap. Kali ini saya lihat gerak‐geri lelaki bertiga itu kian bersopan dan menghormati datuk. Mereka tidak berani memandang wajah datuk. Saya tidak tahu apakah perbuatan itu kera‐na malu atau kerana mereka takut pada datuk. "Biar aku jadi kepala jalan, kalau ada diantara kita berniat jahat, jangan marahkan saya bila menerima padahnya”, datuk mengingatkan lelaki bertiga. Mereka diam dan tunduk. "Untut, kau jaga kami dan bawa kami ikut jalan selamat”, kata datuk. Harimau yang berada beberapa ela di hadapan datuk segera menghampiri datuk dari rusuk sebelah kiri. Harimau itu mencium badan datuk dan menjilat tangan kiri datuk sebelum berlari ke depan semula. Kami terus mengekori harimau itu. Sebaik sahaja sampai ke satu kawasan lapang harimau itu terus ghaib. Datuk berdiri di kawasan lapang itu sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Kiri kanan kawasan lapang itu di tumbuhi oleh pokok pokok buluh. "Kita dah sampai”, secara mendadak sahaja lelaki berbadan tegap bersuara. Dia terus berdiri dekat datuk. Tiba‐tiba kami terdengar kokok ayam hutan bertalutalu. Daundaun buluh yang tua berguguran meskipun angin tidak bertiup ketika itu. Saya merenung di bahagian kawasan lapang yang ditumbuhi pokok‐pokok buluh. Ternyata pokok‐pokok buluh itu bersambung dengan kawasan hutan yang tebal hingga ke kaki Gunung Titiwangsa. "Mana kolamnya?", datuk menyoal lelaki berbadan tegap. "Mari kita ke hadapan lagi”, jawabnya. Datuk pun mengikutinya. Saya mula terasa sakit pada pergelangan kaki. Badan mula terasa letih tetapi saya paksakan juga melangkah menuju ke tempat yang di cari. "Disini”, jerit lelaki berbadan tegap. Dan saya melihat sebuah kolam terbentang di hadapan mata dengan airnya yang cukup jernih. Di permukaaan kolam terdapat pokok teratai dan kiambang terapungapung. Anakanak ikan yang melompat mencipta alun kecil yang menghempas pada batang teratai. Suasana terasa nyaman dan sunyi sekali. Datuk segera memerintahkan kami mencari tempat yang sesuai untuk tempat duduk. Datuk dan lelaki berbadan tegap itu terus mengelilingi kolam tersebut. Sesekali saya terdengar suara harimau mengaum yang memberikan keyakinan pada saya bahawa kami berada da‐lam keadaan yang selamat. Saya lihat langit yang terbentang. Awan ber‐selisih bersama pancaran matahari yang membekalkan keadaan yang samar‐samar di sekitar kawasan kolam. [117]

"Pukul berapa?", tanya saya pada salah se‐orang kenalan datuk yang duduk dekat saya. Orang itu segera melihat jam tangannya. "Lagi lima minit pukul enam setengah”, katanya. "Kalau di luar keadaan tak macam ini” "Tentulah kita sekarang berada di tengah hutan, pokok‐pokok besar ini melindungi sinar matahari” "Betul cakap awak tu”, tingkah saya. Kami berbalas senyum. Kawannya yang seorang lagi membakar rantingranting kayu untuk di buat unggun. Asap yang datang dari unggun itu menghalau nyamuk dari menggigit kami. Datuk dan lelaki tegap tu masih lagi mengelilingi kolam. Saya terus duduk mencangkung macam Cina kalah judi. Saya masih memikirkan bagaimanakah rupa dan bentuk burung belibis itu. Tanpa saya sedari, datuk dan lelaki berbadan tegap itu sudah berdiri di belakang saya. Datuk merenung ke tengah kolam macam mencari sesuatu. Semua orang yang berada di situ diam tidak berkata melihat keadaan datuk. "Di mana hilangnya?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap. "Di situ”, lelaki berbadan tegap itu menunjuk ke arah sebuah busut jantan yang tidak jauh letaknya dari perdu buluh. Datuk anggukkan kepala. Datuk mengeliat dan menguap panjang, kemudian terus duduk dekat perdu buluh. Datuk termenung panjang di situ. Suasana yang tenang dan damai itu dipecahkan oleh bunyi suara azan. Kami berpandangan sesama sendiri. Kami tidak tahu dari arah mana suara azan itu datang. Bila suara azan itu ghaib, datuk segera bangun menuju ke bibir kolam. Datuk benamkan tangan kirinya ke dalam air kolam kirakira dua tiga minit. Datuk buat tidak kisah tentang suara azan yang didengarinya itu. "Kalau siapa nak mandi boleh mandi, tapi jangan pergi jauh”, ujar datuk pada kami. Dia terus memacakkan buluh kuning yang di bawanya dalam kolam. Datuk terus basuh muka sambiI mulutnya bergerakgerak macam mem‐baca sesuatu. Keadaan di sekitar kawasan kolam bertukar dari "Siapa yang mahu mandi, silalah turun”, suara datuk lembut. Tidak ada seorang pun yang mahu memberi jawapan atas pertanyaan datuk itu, masing‐masing membatu dengan wajah cemas. Datuk pun beredar dari bibir kolam, berdiri dekat unggun api. "Kalau mahu mandi, jangan lepas dari kawasan buluh yang aku pacakkan tu”, tambah datuk sambil membuka baju. "Saya tak mahu mandi”, tiba‐tiba lelaki berbadan tegap bersuara. Dan dua orang lagi rakannya juga memberikan jawaban yang sama. Datuk ter‐senyum sambiI membuka seluar dan membelitkan kain basahan ke pinggangnya. Datuk terus terjun ke dalam kolam. Setelah [118]

selesai mandi dan menyarungkan kain dan baju ke tubuhnya, datuk terus ambil air sembahyang. Bila melihat datuk berbuat demikian kami terus ambil air sembahyang. Kami pun sembahyang Maghrib dan datuk jadi imamnya. Tidak ada sesuatu pun yang mengacau kami ketika itu. Bila selesai memberi salam, saya lihat ada harimau duduk tertungguk berhampiran perdu buluh. Bila datuk selesai membaca doa, harimau tersebut terus ghaib. Datuk tukar pakaian. Dia menyarungkan seluar dan baju hitam ke tubuhnya. Datuk lilit kepalanya dengan kain merah dan mendongakkan kepalanya ke langit, melihat langit dan awan kirakira dua tiga saat. "Kau yakin tempat ini belibis turun?”, soal datuk pada lelaki berbadan tegap. Lelaki itu anggukkan kepalanya. Datuk kerutkan kening, dia terasa sudah cukup lama menanti, sedangkan belibis tidak juga turun bermain dalam kolam. Datuk terus berpeluk tubuh sebentar. Sepasang matanya tertumpu kepada air kolam yang tenang itu. "Baiklah, kita mulakan sekarang. Jangan ada di antara kamu menegur apa yang aku buat”, datuk mengeluarkan perintah dan dia terus duduk bersila. Kami pun segera mencari tempat duduk yang sesuai. Datuk terus me‐nekan bumi dengan ibu jari kiri. Tiga kali berturut‐turut dia melakukan perkara itu. Kemudian datuk pun meletakkan kedua lengannya atas kepala lutut kiri dan kanan. Mulutnya membaca sesuatu dan kedua belah matanya dirapatkan. Datuk menumpukan seluruh pancainderanya ke alam ghaib. Anehnya, saya lihat datuk berkalikali menggelengkan kepalanya dan berusaha dengan se‐daya upayanya menyatukan seluruh perasaannya dengan alam ghaib. Wajah datuk terus berpeluh. Suara burung hantu mula kedengaran. Pokok‐pokok buluh bergoyang dengan sendirinya macam dilanda ribut besar. Bermacam jenis suara mula kedengaran. Ada suara orang bertempik, ada suara orang membaca syair bersama paluan gendang. Bila suara itu hilang, seekor ular sawa sebesar batang kelapa merayap di hadapan kami. Ular sawa itu menuju kearah datuk lalu membuka mulutnya di belakang datuk. Badan datuk bagaikan berada dalam rahang ular itu. Manakala bahagian badan ular pula melingkari kawasan datuk duduk, tetapi, datuk tidak menghiraukan semuanya. Kenalan datuk yang bertiga tidak dapat berkata apaapa, wajah mereka pucat. Beberapa saat kemudian ular itu ghaib. Air dalam kolam pula berkocak. Kemudian berhenti, suasana kembali aman. Tidak ada sebarang keganjilan berlaku. Semuanya seperti keadaan biasa. Datuk berhenti dari tugasnya. Datuk nampak resah sekali, wajahnya yang dimandi peluh nampak merah. Saya terus menyuruh lelaki berbadan tegap menyalakan lampu gasolin. Tergesa‐gesa dia membuka bungkusan yang di bawanya. Dia keluarkan lampu gasolin dan minyak tanah lalu memasangnya. Cahaya gasolin menerangi seluruh kawasan tanah lapang. Datuk menggaru pangkal kening kirinya berkalikali. Sesekali dia merenung ke arah busut jantan. "Susah. Dia sudah tidak bernyawa lagi”, keluh datuk. “Dapat mayat nya pun jadilah”, sahut lelaki berbadan tegap.

[119]

Datuk angguk kepala dan tersenyum dalam cahaya gasolin yang memancar garang. "Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu”, nada suara datuk cukup lembut. Dia menyuruh saya memadamkan lampu gasolin. "Memadailah dengan cahaya unggun saja”, bisiknya pada saya. Datuk bangun dan terus menghentak tumitnya ke bumi berkalikali. Datuk menggigit bibirnya sambil melangkah tiga tapak ke depan dan undur tiga tapak. Kemudian berdiri macam patung dengan kedua belah tangannya terletak atas dada. "Ada kamu dengar sesuatu?”, datuk bertanya pada kami. "Tak ada”, jawab kami serentak. Datuk menggigit jari. Saya lihat apa yang datuk lakukan semuanya tidak kena. Macam ada sesuatu yang menghalangnya. Datuk terus bertafakur beberapa saat. Akhirnya, dia membongkok dan menumbuk bumi sebanyak tiga kali berturut‐turut. Bunyi bumi yang ditumbuk oleh datuk jelas kedengaran. Lepas itu tidak ada apa yang kedengaran lagi. Tiba‐tiba saya terdengar bunyi suara burung. Saya terus toleh kiri dan toleh kanan. Bila saya melihat kearah kolam, dada saya berdebardebar. Seluruh kolam itu sudah dipenuhi dengan burung belibis. Burungburung itu mandi sambil membelai bulunya dengan asyik. Datuk masih bertafakur. Mulutnya bergerakgerak macam membaca se‐suatu. Suara orang mengilai kedengaran lagi. Pokok‐pokok sekitar kolam mula bergoyang dirempuh angin. Serentak dengan itu terdengar suara gadis membaca ayatayat suci. Bila suara gadis itu hilang, seekor burung belibis hitam terbang dipermu‐kaan air dan akhirnya hinggap diatas dahan pokok yang menjulur ke atas kolam. Angin pun berhenti bertiup. Mata burung belibis yang bertenggek atas dahan itu bagaikan merenung ke arah kami. Dari atas dahan itu burung belibis hitam terbang ke arah busut jantan dan hinggap di situ. Datuk masih lagi membaca sesuatu. Seluruh badannya dibasahi peluh. Saya terus menahan nafas, saya tidak mahu bunyi tarikan nafas saya akan mengganggu datuk yang sedang menjalankan tugasnya. Malam pekat terus menguasai sekitar kawasan kolam. Burung belibis yang hinggap di busut jantan terus hilang dari pandangan mata saya. Bunyi bising mula kedengaran bercampur dengan suara petir, bumi bagaikan bergegar. Saya terus berdoa semoga jangan terjadi gempa bumi atau puting beliung. Saya lihat datuk mula bergerak kearah busut jantan. Kami bergerak mengikut datuk dengan hatihati. Kami menarik nafas panjang. Di atas busut jantan tertonggok satu lembaga yang besar. Duduk bersila dengan kedua belah tangannya mendakap dada. Lembagayang berkulit hitam tanpa baju itu bagaikan sedang menghening cipta atau bertafakur. Datuk terus mara ke arahnya. Lebih kurang dalam jarak lima kaki darinya datuk terus berhenti. Kami jadi resah . Tetapi, tidak seorang pun yang berani menyatakan keresahan masingmasing.

[120]

"Pergilah ke kolam itu semula, tepuk airnya tujuh kali kemudian sapukan ke muka, dengan berbuat begitu saja mayat orang yang hilang itu akan timbul”, kami terdengar suara lelaki. Suara itu parau dan bernada keras. Saya yakin suara itu keluar dari mulut datuk. Rasa ragu yang timbul di hati saya itu segera hilang. Suara itu adalah suara lembaga yang duduk atas busut jantan tetapi, telah di pindahkan ke dalam diri datuk. Ertinya datuk sudah berjaya mempersatukan perasaannya dengan alam ghaib. Seterusnya kami dapat mendengar percakapan yang terjadi antara datuk dengan lembaga itu seperti berikut. "Ada lagi yang mahu aku pinta padamu" "Apa dia, cakaplah sekarang" "Kami mohon keselamatan diri orang‐orang yang datang ke sini. Janganlah diri mereka dianaiya" "Boleh. Dengan syarat jangan menembak atau membunuh rakyat aku. Kalau mahu, minta cara baik" "Bagaimana caranya?" "Sebelum menembak atau menangkap rakyat aku, sembelih kambing dan darahnya buang ke dalam kolam" "Baik" Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah kanan tiga kali. Lembaga di atas busut jantan terus hilang dari pandangan kami. Datuk tergesagesa meraba kedua belah kelopak matanya, bagaikan orang yang baru sedar dari tidur. "Kita turut saja apa yang diperintah oleh orang di sini”, kata datuk kepada kami. Dia menyuruh saya menghidupkan lampu gasolin. Perintahnya itu saya ikut. Bila lampu gasolin sudah menyala, seluruh kawasan itu terang benderang. Burungburung belibis yang tadinya penuh satu kolam sudah tidak kelihatan lagi . Air kolam nampak tenang dengan pokok‐pokok teratai dan kiambang di permukaannya. Kerana waktu Isyak masih ada, kami terus menunaikan sembahyang Isyak dan imamnya tetap juga datuk. Lepas sembahyang, kami merebahkan badan dan terus tidur. Datuk menghabiskan masa malam dengan membuat amalannya. Dia berdoa dan membaca Surah Yasin. Selepas menunaikan sembahyang subuh, datuk terus melakukan senaman. Bila matahari mula terbit di kaki langit, kami sudahpun berkumpul dibibir kolam. Datuk akan melakukan upacara menepuk air kolam tersebut. "Bersedialah. Kalau buruk yang datang kita tentang, kalau baik yang datang kita tatang”, ujar datuk sambil duduk mencangkung di bibir kolam. Rasa sejuk menguasai seluruh badan kami. Dengan hatihati datuk pun menepuk air di kolam. Tepukan itu menimbulkan gelombang di permukaan kolam, pokok‐pokok teratai dan kiambang bergerak ke sana ke mari, bersama hembusan angin yang cukup kuat. Bila datuk menyapukan air kolam ke mukanya, [121]

gelombang dan angin yang bergemuruh itu terus berhenti. Kemudian datuk menyuruh kami menepuk air di kolam dan menyapu ke muka masingmasing. Bila upacara itu selesai datuk terus duduk di tepi kolam sambil mulutnya berkomatkamit membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit datuk berbuat demikian, tiba‐tiba mengapung tubuh manusia dipermukaan kolam. "Usman, mayat Usman”, pekik lelaki berbadan tegap. Dia segera mahu masuk ke dalam kolam. Datuk segera menahan dengan menolaknya ke belakang. Lelaki berbadan tegap itu jatuh ke atas bumi. Muka datuk jadi merah. Marah benar dia dengan perbuatan lelaki itu, memang pantang tujuh keturunan pada datuk jika ada orang lain mahu mendahului kerjakerjanya. "Kalau aku yang memulakannya, biarlah aku yang menyelesaikan se‐muanya”, nada suara datuk cukup keras. Dia pun menyingsing lengan dan melipatkan kaki seluarnya. Mata datuk tertumpu pada mayat yang terapung atas permukaan kolam. Datuk segera membuka kain yang mengikat kepalanya. Kain itu diletakkannya atas bahu kanan. Dengan tenang datuk turun ke dalam kolam. Air dalam kolam mula bergelombang. Pancaran matahari pagi yang menikam permukaan kolam menimbulkan cahaya kilau kemilau pada gelombang air yang membentuk bulatan kecil. Datuk terus berenang mendapatkan mayat yang terapung. Lelaki gagah yang jatuh di tolak oleh datuk tadi segera bangun, dia mengarahkan kawan‐kawannya supaya membuat pengusung. Saya tidak mahu membantu mereka. Saya lebih senang melihat tindaktanduk datuk yang berada dalam perut kolam. Datuk terus menarik mayat Usman ke tepi kolam. Dengan bantuan orang bertiga, mayat Usman diletakkandi atas pengusung. Untuk mengusung mayat ke tepi jalan raya bukanlah satu perkara yang mudah. "Begini saja, biarkan mayat itu di situ, kita pulang sekarang”, datuk mengeluarkan perintah yang ganjil. Muka orang bertiga nampak cemas. Tetapi, mereka tidak berani bertanya kenapa datuk berbuat demikian. Datuk menyuruh kami keluar dari kawasan kolam itu dahulu. Kami patuh pada perintahnya. Ketika kami melintasi pokok besar di tengah kawasan hutan, kami bertemu dengan seekor harimau yang melangkah gagah, tanpa merenung ke arah ka‐mi. Harimau itu menuju ke kawasan kolam. Bila kami sampai ke tepi jalan raya, mayat Usaman sudah berada di situ. Datuk berdiri tidak jauh dari mayat tersebut, bercakap dengan beberapa orang anggota Pasukan Polis Hutan. Bila saya memeriksa kawasan tempat mayat Usman diletakkan, saya tersua dengan tapak kaki harimau. Saya senyum sendirian. Datuk meminta pertolongan dari rakan karibnya bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Datuk menghampiri kami. Datuk terus memberitahu kami, Pasukan Polis Hutan itu mahu masuk ke dalam hutan untuk melancarkan gerakan mencari Usman yang hilang. Salah seorang adik Usman yang bertugas sebagai guru sekolah di Kuala Kangsar telah mengadu kepada polis atas kehilangan abangnya itu. Salah seorang pegawai Pasukan Polis Hutan menemui datuk. Mereka berjabat salam dan mempamirkan senyum masingmasing di bawah sinaran matahari pagi yang cerah. [122]

"Saya ASP Mualim Hamid”, dengan keramahan, pegawai yang berbadan tegap dan berkumis rapi memperkenalkan dirinya pada datuk. Mayat Usman yang terkapar di bibir jalan terus ditutup dengan kain pelikat oleh kawan‐kawannya. "Anak orang mana?", tanya datuk. "Orang Kota Bharu, Kelantan. Tetapi ayah saya berasal dari Perak" "Dari daerah mana tu nak?" "Saya kurang periksa pula tu" "Bukan apaapa. Ada saudara sepupu isteri saya yang merantau ke Kota Bharu. Orang dari Kampung Gurap dekat Ipoh. Menurut ceritanya tinggal di Daerah Kubang Krian dan membuka perusahaan batik di situ" "Menarik juga ceritanya. Tak pernah jumpa dia?" "Belum pernah. Tetapi saudara maranya ramai di sini iaitu anak buah abangnya, Uda Lanca" "Cubalah cari di sana" "Memang ada niat di hati tu kalau panjang umur nanti sampailah saya. Saya nak cari anakanak atau cucunya”, kata datuk pada pegawai Pasukan Polis Hutan itu. Datuk dan ASP Mualim Hamid terus menemui kawankawan Allhyarham Usman. Datuk dan ASP Mualim Hamid bercakapcakap dengan mereka. Kemudian ASP Mualim Hamid menghubungi pegawai Polis Daerah Dinding (sekarang Manjung) di Lumut. "Sekejap lagi mayat ini akan dihantar ke tempatnya dengan kereta polis”, beritahu ASP Mualim Hamid kepada datuk. ASP Mualim Hamid terus memerintahkan anak buahnya masuk ke dalam dua buah trak yang berhenti di situ . Datuk pun menghantar ASP Mualim Hamid ke jipnya. Sebelum jip itu bergerak, lagi sekali ASP Mualim Hamid bersalaman dengan datuk. ASP Mualim memberikan alamat rumahnya kepada datuk. "Kalau ada masa lapang datanglah ke rumah saya di Hulu Kinta. Boleh kita bercerita panjang”, kata ASP Mualim Hamid dari dalam jip. "Tengoklah, kalau ada rezeki dan panjang umur, sampailah saya ke rumah anak”, balas datuk dengan tenang. Ketigatiga buah kenderaan yang membawa anggta Pasukan Polis Hutan terus bergerak. ASP Mualim Hamid dan anak buahnya melambaiIambaikan tangan kepada kami. Kami membalasnya dengan rasa

[123]

bangga. Datuk menghampiri mayat Usman. Kemudian datuk menyuruh orang yang berbadan tegap dan kawannya mengangkat mayat Usman untuk diletakkan di tempat yang redup. Lebih kurang pukul sepuluh pagi, sebuah jip polis tiba. Dua orang polis meluru keluar. Mereka terus menuju ke tempat mayat Usman. Datuk terus menghampiri pemandu jip. Datuk bercakap dengannya sebentar. Datuk menarik pengusung dari belakang jip dengan dibantu oleh pemandu jip yang berkulit agak cerah. Tingginya lebih kurang sama dengan tinggi datuk. Datuk dan pemandu jip membawa alat pengusung ke tempat mayat Usman. Mayat Usman pun diletakkan atas pengusung dan di bawa ke dalam perut jip. "Awak tak pergi sarna?" tanya pemandu jip pada datuk. "Tidak. Kawankawannya boleh tunjukkan tempatnya”, balas datuk sambil menepuk bahu pemandu jip itu. Dua tahun kemudian saya mendapat tahu nama anggota polis yang menjadi pemandu jip itu ialah Mior Hassan. Ayah kepada kartunis dan novel Mishar dan penyanyi terkenal Sohaimi Meor Hassan. "Saya doakan selamat sampai”, ujar datuk lagi. Pemandu jip itu tersenyum dan terus menghidupkan injin jipnya. Beberapa saat kemudian jip itu meninggalkan kami. Suasana di situ terasa sunyi, tidak banyak kenderaan yang lalu di situ. Saya dan datuk terus pulang. Sampai di rumah, nenek menyambut kami di kepala tangga dengan wajah yang agak sugul. Datuk tidak bertanya pada nenek kenapa dia berkeadaan demikian. Datuk terus pergi ke sungai. Datuk mandi dan membersihkan badannya. Lepas menunaikan sem‐bahyang Zuhur datuk dan saya terus makan. Selesai sahaja makan, datuk terus berehat di anjung rumah sambil membuka beberapa buah kitab agama. Saya terus baring di ruang tengah rumah membilang atap serta melihat beberapa ekor kupukupu sesat yang masuk ke rumah. Kupukupu itu berlegarIegar disitu mencari jalan ke luar. Nenek terus mendekati datuk. Duduk berhadapan dengan datuk. Tergesagesa datuk menutup kitab yang dibacanya. "Apa yang awak susahkan ni”, datuk mengaju‐kan pertanyaan sambil meraba pangkal kening kiri‐nya beberapa kali. Nenek menarik nafas panjang. Wajah datuk direnungnya lamalama. "Apa yang awak risaukan? Cakaplah dengan saya”, soal datuk lagi. Nenek garu pangkal lehernya berkalikali. Kerongko‐ngnya bagaikan tersekat untuk memperkatakan sesuatu kepada datuk. Saya bangun terus menghampiri datuk dan nenek. Wajah mereka saya tatap. Temyata mereka dalam keresahan. "Semalam ada orang datang mengugut kita semua. Kalau awak campur dalam urusan mereka”, nenek bersuara lemah. "Siapa orangnya?" "Saya tak kenal, mereka datang berdua. Badan mereka tegaptegap belaka" "Apa katanya?" [124]

"Kalau awak menolong Kiai Muslih, mereka nak bunuh kita semua. Mereka nak bakar kita hiduphidup" Datuk menarik nafas panjang setelah meridengar keterangan dari nenek. Datuk sandarkan badan pada dinding. Datuk merenung keluar, melihat pangkal pokok mempelam di halaman rumah yang di panah matahari petang. Saya lihat datuk kerutkan keningnya macam mengingati sesuatu. Datuk cuba mengingati orang‐orang dimusuhinya. Datuk gelengkan kepala, sepanjang ingatannya tiada orang yang dimusuhinya. "Siapa mereka?", tanya datuk pada nenek. "Saya tak kenaI" "Lupakan saja. Tidak ada manusia yang mati kerana sumpah dan ugutan" "Tapi kita kena berjagajaga" "Saya faham”, datuk bersuara lemah. Datuk bangun dan terus turun dari rumah. Saya mengikuti datuk yang duduk di bangku panjang di bawah pokok manggis. Datuk termenung panjang di situ. Datuk menekannekan bumi dengan ibu jari kaki kirinya. Tiba‐tiba datuk menepuk pangkal paha kirinya tiga kali berturut turut. "Aku tahu dan aku ingat siapa Kiai Muslih”, kata datuk dengan tekanan suara yang meninggi. Dia terus berdiri dan memeluk tubuhnya eraterat. Sepasang mata datuk merenung tajam ke hadapan. Datuk merapatkan kelopak matanya perlahanIahan sambil menarik nafas. Dadanya nampak berombak dan kedua belah bahu dan kedua belah cuping telinganya bergerakgerak sendiri. Datuk membuka matanya. Muka datuk saya lihat berpeluh. "Siapa Kiai Muslih, tuk?" tanya saya. "Dia kawan aku satu masa dulu. Orangnya baik dan kuat beribadat. Pelik kenapa orang memusuhinya”, keluh datuk sambil menggosok pangkal hidungnya hingga merah. Datuk terus mengelilingi pokok manggis dua tiga kali, macam mencari sesuatu. Dahinya masih berkerut. Saya hanya melihat sahaja telatah datuk. Kemudian datuk mencari arah angin datang. "Mari”, datuk menarik tangan saya. Pada mulanya saya menduga datuk akan mengajak saya pergi kekawasan tanah yang agak tinggi. Dugaan saya tidak tepat. Datuk mengajak saya masuk ke rumah. Datuk kembali membaca kitabkitab agama hingga menjelang waktu Asar. Lepas sembahyang Asar, datuk kelihatan resah tidak menentu. Keresahan itu berlanjutan hingga waktu Maghrib dan Isyak. Semua yang di buatnya serba tidak kena. Macam ada sesuatu yang besar mengganggu dirinya. "Kiai Muslih baik orangnya”, keluh datuk sambil menggigit ibu jari kanannya. Waktu itu sudah pukul sebelas malam. [125]

"Tamar" "Kenapa tuk?" "Kau tidur dekat tuk malam ini" "Baik tuk" Saya pun membentangkan tikar mengkuang di anjung rumah. Kemudian nenek memberikan saya sebiji bantal. Saya terus merebahkan badan. Datuk terus membaca Quran. Tiba‐tiba datuk berhenti membaca Quran. Dia merenung ke arah saya. "Ingat, bacalah AlFatihah dan Surah AlIkhlas dan mengucap dua kalimah syahadah dan hadapkan badan kamu ke kiblat, barulah kau tidur" "Baik tuk”, saya pun patuh dengan apa yang diperintahnya. Dalam beberapa detik saya terus terlena. Lebih kurang pukul tiga pagi datuk kejutkan saya. Bila saya buka mata, saya lihat datuk sudah memakai baju hitam dan seluar hitam. Kepalanya sudahpun dililit dengan kain merah sebesar dua jari. "Ke mana tuk?" "Jangan banyak cakap, ikut sahaja cakap aku" "Tuk marahkan saya?" "Aku tak marah cuma menegur aja”, balas datuk dengan ketawa kecil. Saya senang hati kerana berjaya mengusik datuk. Wajahnya yang kelihatan serius sudah berubah. Wajah datuk nampak manis bila ketawa, meskipun kulit pipinya sudah berkedut. Dengan langkah yang tenang saya ikut datuk keluar dari rumah. Suasana terasa amat sepi sekali. Badan terasa cukup dingin. Dalam keadaaan subuh yang damai itu, saya dan datuk menuju ke kawasan tanah lapang yang agak tinggi kedudukannya dari tanah sekelilingnya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah itu. Saya duduk sebelah kanannya. Datuk lekapkan tapak tangan kanan ke dada sebelah kiri. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Datuk terus bangun dan berdiri tegak menghadap ke arah barat daya. Suasana cukup sepi. Tetapi langit kelihatan begitu cerah. Saya lihat kabus mula bangkit di kawasan yang agak rendah. Kedua belah cuping telinga saya terasa sejuk di sentuh angin. "Kiai Muslih, Kiai Muslih”, datuk bersuara. Tidak ada apaapa yang kedengaran kecuali bunyi deru angin yang datang dari arah barat daya. Datuk tarik nafas panjang. "Kiai Muslih, Kiai Muslih”, ulang datuk lagi. "Ya, kenapa?" saya terdengar suara. [126]

Saya tidak dapat mempastikan dari arah mana suara itu datang. Saya renung kiri kanan, hadapan belakang kalau‐ kalau ada manusia yang muncul di situ. Tidak ada orang lain selain daripada kami. "Kau sihat sekarang Muslih?" "Sihat" "Keadaan kampung kamu bagaimana?" "Kemarau panjang" "Boleh aku datang ke sana?" "Memang itu yang aku harapkan. Sudah dua kali aku menghubungi kau dengan angin, tapi tak berjaya" "Macam mana kau tahu aku ada di sini." "Tiba tiba saja hati aku tergerak dan ada alamat yang menunjukkan kau mahu bercakap dengan aku, kerana itu aku cari tempat yang sesuai untuk bercakap dengan kau" "Hajat kita sudah ditunaikan oleh Allah" "Syukurlah padaNya" "Baiklah Kiai Muslih, esok aku datang" Saya terpegun melihat keadaan yang serba aneh itu. Memang ganjil dua manusia yang duduk berjauhan boleh bercakap dengan perantaraan angin. "Balik”, saya terkejut. Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya hilang. Saya tergesagesa bangun dan melangkah mengikut langkah datuk yang begitu cepat. Tetapi, saya tetap berazam mahu bertanya pada datuk berhubung dengan peristiwa yang berlaku itu. Hati saya cukup gembira. Tanpa di duga sesudah sembahyang subuh dan mandi embun, datuk menceritakan pada saya apa yang dilakukannya itu adalah jalan terakhir dalam usahanya untuk membantu seorang kawan. "Bercakap dengan perantaraan angin tak boleh dilakukan selalu, kecuali sudah terdesak terutama waktu darurat”, kata datuk. "Kenapa begitu tuk?" "Banyak amalan yang mesti dibuat sebelum melakukannya dan orang yang kita lawan bercakap pula mestilah tahu petua dan syarat. Orangnya mesti warak, jiwanya mesti bersih" "Saya faham tuk."

[127]

Pagi itu, nenek melepaskan kami dengan iringan airmata. Nenek bimbang kalau langkah kami pagi itu, merupakan langkah terakhir. Nenek tidak mahu datuk menemui ajal di tempat orang. Kalau boleh biarlah datuk menghembuskan nafas terakhirnya di rumah. "Usah bimbang, kita pergi bukan mencari lawan, niat kita baik. Kalau sudah ajal itu lainlah”, datuk memujuk nenek. "Tapi, orang tu dah beri amaran" "Ajal maut bukan di tangan manusia. Kau harus tahu Allah yang lebih berhak dan berkuasa" "Entahlah”, suara nenek cukup lemah. Tetapi hatinya terus berdoa pada Allah semoga kami selamat pergi dan selamat pulang. Kami sampai di kampung Kiai Muslih yang terletak di daerah Sungai Manik kirakira pukul lima petang. Kiai Muslih yang berasal dari Pakalungan, Jawa Tengah menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Menurut datuk Kiai Muslih datang ke Tanah Semenanjung sekitar tahun tiga puluhan. Sebelum menetap di daerah Sungai Manik dia pemah tinggal di Johor. "Bagaimana sekarang Kiai?" "Alhamdulillah, saya setakat ini masih sihat" "Cucu perempuan awak dah besar sekarang?" "Dah jadi anak dara. Sudah bertunang dengan orang di Langkap" "Siapa namanya?" "Suariati" "Tunangnya orang Jawa juga ke?" “Tidak dengan orang Banjar" "Ingat dulu, nak dijodohkan dengan cucu saya" "Tak ada jodoh, carilah cucu saya yang lain" Sebaik sahaja Kiai Muslih selesai bercakap, datuk terus ketawa sambil menjeling ke arah saya. Petang itu juga Kiai Muslih membawa datuk dan saya melawat ke kawasan sekitar kampungnya. Saya dapati parit dan sungai semuanya kering kontang, tanah sawah kelihatan gersang dan merekah. Menurut Kiai Muslih, sudah tiga bulan hujan tidak turun. Tetapi pendudukpenduduk di situ tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan air minum kerana pihak Jabatan Kerjaraya yang berpusat di Teluk Intan membekalkan air sehari dua kali iaitu pada sebelah petang dan pagi. Air yang dikhaskan untuk diminum itu juga digunakan untuk membasuh dan mandi. Masalah besar yang dihadapi oleh para penduduk ialah tanah sawah yang menjadi punca rezeki mereka tidak dapat diusahakan. [128]

Saya dan datuk hanya dapat menyatakan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa penduduk di situ. Datuk juga berjanji pada Kiai Muslih untuk berikhtiar bagi mengatasi masalah tersebut. Pada sebelah malamnya, datuk dan Kiai mengadakan perundingan untuk mengajak para penduduk mengadakan sembahyang hajat. Belum pun Kiai Muslih memberi kata putus mengenai cadangan datuk itu, seorang penduduk mengetuk pintu rumah Kiai Muslih. Cepat‐cepat Kiai Muslih membuka pintu. "Kenapa?", tanya Kiai Muslih pada orang yang datang. "Ketua kampung suruh berkumpul di dewan, ada mesyuarat" "Dah malam baru mengadakan mesyuarat, kenapa tak buat pada sebelah siang?" "Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap”, balas orang yang datang lalu menghilangkan diri. Datuk dapat mempengaruhi Kiai Muslih untuk patuh dengan arahan ketua kampung itu. Tanpa membuang masa lagi, kami terus menuju ke dewan. Waktu kami sampai di dewan orang sudah ramai berkumpul di bawah sinaran tiga buah lampu gasolin. Tidak sampai dua minit kami duduk di dalam dewan, ketua kampung pun tiba dan terus memberikan ucapan. Ketua kampung meminta orang yang hadir memberikan pandangan untuk mengatasi masalah kemarau panjang yang melanda kampung mereka. Sebaik sahaja ketua kampung berhenti bercakap, Kiai Muslih terus bangun dan berkata: “Masalah hujan sebenamya adalah kekuasaan Allah. Tetapi Allah juga telah memberikan fikiran dan akal pada manusia untuk berikhtiar supaya tidak menyerah diri begitu saja pada alam”, Kiai Muslih berhenti bercakap. Dia merenung setiap wajah yang ada di dalam dewan. "Kita sebagai manusia wajib berikhtiar dan berusaha untuk menguasai alam demi untuk meneruskan hidup kita, berjaya atau tidaknya terletak pada kuasa Allah. Anehnya, bila saya mengajak tuantuan berusaha semuanya tidak mahu”, Kiai Muslih menambah. Tiba tiba perhatian orang yang ada di dalam dewan tertumpu ke arah seorang anak muda yang secara mendadak menumbuk dinding dewan. Anak muda itu meluru ke tengah dewan. Berdiri di situ. "Orang tua ini menyuruh kita berdoa. Dari dulu lagi dia suruh kita berbuat demikian. Apa dengan berdoa hujan boleh turun dari langit”, kata anak muda dengan suara yang cukup lantang. Orang yang berada dalam dewan berpandangan sama sendiri. Tetapi ketua kampung anggukkan kepala seolah‐olah bersetuju dengan pendapat anak muda itu. Kiai Muslih kelihatan tenang sambil meraba raba janggutnya. "Allah Maha Pemurah”, balas Kiai Muslih dengan penuh keyakinan. “Allah selalu memperhatikan doa orang yang takwa serta beriman”, tambah Kiai Muslih. Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?" [129]

Belum pun sempat Kiai Muslih memberikan jawapan, datuk segera berkata: "Bagi mereka yang percaya dan yakin, marilah kita melakukan sembahyang Istisqa untuk memohon pada Allah supaya segera diturunkan hujan rahmat, hujan yang memberikan air kehidupan pada manusia, insyallah permintaan kita akan dikabulkan" Anak muda yang menumbuk dinding segera merenung ke wajah datuk. "Awak siapa?" "Saya kawan Kiai Muslih" "Awak tahu ini bukan urusan awak" "Saya tahu, apa awak tidak sedar sesuatu yang baik memang dituntut oleh Allah untuk dilakukan oleh umatnya" Anak muda itu terdiam mendengar kata‐kata dari datuk. Ketua kampung segera menyuruh anak muda itu duduk. Setelah diadakan perbincangan selanjutnya, mesyuarat pun ditamatkan dengan dua kumpulan. Kumpulan pertama orang yang mahu melakukan sembahyang Istisqa. Kumpulan kedua orang yang tidak mahu melakukannya yang terdiri dari orang yang tidak ada pendirian dan jarang melakukan ibadah. Kumpulan kedua ini diketuai oleh anak muda dan ketua kampung yang menganjurkan pada orang‐orang kampung supaya menggali telaga dan kolam sebanyakbanyaknya untuk mengatasi masalah kemarau. Pada waktu yang dijanjikan, kedua kelompok ini menjalankan rancangan masingmasing. Sembahyang memohon hujan turun dilakukan di halaman surau kam‐pung tersebut. Yang bertindak selaku imam ialah Kiai Muslih sendiri. Manakala kelompok anak muda membawa cangkul ke tengah sawah menggali kolam dharurat. Beberapa hari kemudian, terdapat tanda‐tanda hari akan hujan. Langit kelihatan mendung dan gerimis mula turun yang diikuti ke‐mudiannya dengan hujan yang amat lebat. Semua penduduk merasa gembira menyambut kedatangan hujan terutama mereka yang melakukan sembahyang tempohari. Selama satu minggu saya dan datuk berada di kampung Kiai Muslih, boleh dikatakan harihari hujan turun. Kalau tidak sebelah pagi, sebelah petang pasti hujan. Orang‐orang mula mengerjakan sawah masingmasing. Walaupun masalah kemarau yang melanda kampung itu sudah berakhir, tetapi Kiai Muslih meminta datuk tinggal disitu untuk beberapa bulan lagi. Kiai Muslih menjadikan datuk teman rapatnya untuk mengajar agama di beberapa buah kampung sekitar daerahnya. "Kenapa datuk terima permintaannya?",saya menyoal datuk pada suatu pagi. Datuk tersenyum dan memberitahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana dia merasakan keselamatan diri Kiai Muslih tidak terjamin. Tetapi, datuk sendiri tidak dapat mencari siapakah orang yang mahu menjahanamkan diri Kiai Muslih.

[130]

"Alamat dan petua yang aku pakai bagaikan memberitahu sesuatu yang tidak baik. Apa salahnya kita tengok dan lihat dulu Tamar. Lagi pun Kiai Muslih tu orang berilmu, banyak yang boleh aku belajar darinya”, demikian datuk memberitahu saya. Dan saya tidak membantah apa juga kemahuan datuk. Sepanjang masa saya dan datuk tinggal di rumah Kiai Muslih, ternyata rumahnya tidak putusputus di kunjungi oleh para penduduk. Mereka datang menemui Kiai Muslih dengan berbagaibagai maksud. Kebanyakan yang datang itu adalah orang‐orang sakit dan sudah puas menemui doktor tetapi, sakit yang di tanggung tidak juga mahu sembuh. Bila mereka menemui Kiai Muslih dengan izin Allah penyakit yang di rawat itu terus sembuh. Biasanya, Kiai Muslih akan memberikan orang yang sakit itu minum air sejuk yang sudah dijampinya terlebih dahulu. Kemudian tangannya bergerak sendiri mencari bahagianbahagian yang sakit. Bila sudah bertemu, disempurnakan dengan membaca ayat suci dari AlQuran. Kemudian pesakit itu akan diubat dengan ramuan tradisional. Perbuatannya itu seperti tidak masuk di akal. Tetapi anehnya, kebanyakan pesakit yang dirawatnya sembuh atau bertambah kurang penyakitnya. Kerana kebolehannya yang luar biasa itu, Kiai Muslih amat dihormati oleh para penduduk disitu, dia dianggap sebagai orang tua yang berilmu tinggi. Saya amat kagum dengan sikap Kiai Muslih yang tidak pernah membe‐sarkan diri. Dia amat menghormati datuk. Melihat keadaan itu, mustahil ada orang lain yang mahu memusuhi dirinya. "Aku gagal mengubat dan memulih semangat seorang lelaki di Tanjung Malim”, Kiai Muslih mengadu pada datuk. "Apa sakitnya?" "Bila bulan terang dia akan menjerit, penyakitnya cukup ganjil. Aku yakin dia dirasuk syaitan. Rumahnya besar dan pada setiap malam dia tidur dengan perempuan cantik. Aku harap kau dapat menolong aku" "Tengoklah dulu" "Aku harap benarbenar pertolongan kau" "Begini saja, minggu depan kita kesana”, datuk memberikan jawapan. Kiai Muslih cukup gembira sambil memandang ke halaman rumahnya. Datuk mengeliat lemah dan saya melihat jam di tangan. Sudah pukul tiga petang. Kerana keadaan cuaca agak baik, Kiai Muslih mengajak datuk melihat tanah sawahnya. Datuk memenuhi permintaan itu. Ketika berjalan di tepi sawah itu, anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih muncul di hadapan kami. Anak muda itu terus menahan perjalanan kami. Dia rapat pada Kiai Muslih. "Pinangan saya di tolak, apa kurangnya saya dengan anak muda dari Langkap tu”, nada suara anak muda itu keras. "Suriati yang tidak mahu. Lagi pun jodoh kau dengannya tak ada"

[131]

"Sudahlah muka sial”, anak muda itu terus meninggalkan kami. Kiai Muslih masih tersenyum menghadapi peristiwa itu. Dua hari kemudian sesudah peristiwa di tepi sawah itu terjadi, penduduk‐penduduk kampung Kiai Muslih jadi gempar. Seorang wanita berusia dalam lingkungan tiga puluhan ditemui mati di pinggir sawah. Seluruh badannya hitam. Perempuan malang itu ialah sepupu dengan anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih di dewan dulu. Serentak dengan itu tercetus khabarkhabar angin yang mengatakan perbuatan itu dilakukan oleh Kiai Muslih. Orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita itu mengatakan, Kiai Muslih memelihara syaitan dan perbuatannya itu dilakukan sebagai membalas dendam pada anak muda yang menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai. Golongan yang tidak bertanggungjawab itu lalu mengapiapikan anak muda yang sememangnya memusuhi Kiai Muslih, supaya melakukan sesuatu. Anak muda yang sudah hilang perhitungan itu lalu bertindak liar. Anak muda itu terus mendatangi rumah Kiai Muslih. Kerana Kiai Muslih tidak ada di rumah, anak muda itu terus memukul isteri Kiai Muslih kemudian menikam cucu Kiai Muslih iaitu, Suriati hingga mati. Anak muda itu terus mencari Kiai Muslih yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai. Anak muda itu tanpa berkata sepatah apa pun terus menikam Kiai Muslih. Kiai Muslih rebah ke bumi. Saya dan datuk se‐cara kebetulan pula tidak pulang bersama Kiai Muslih dari kedai petang itu. Bila kami sampai ke tempat kejadian itu, Kiai Muslih masih bernyawa. Kami segera membawanya ke rumah. Sampai di rumah Kiai Muslih mendapati cucunya sudah tidak bernyawa lagi dan kepala isterinya berdarah. Datuk terus merawat Kiai Muslih. Datuk juga menasihatkan Kiai Muslih supaya bersabar. Saya disuruh oleh datuk supaya tinggal di rumah Kiai Muslih kerana datuk mahu melaporkan kejadian itu pada pihak berkuasa. Saya terus duduk disisi Kiai Muslih yang terbaring di dalam rumahnya. Tiba‐tiba saya terkejut, Kiai Muslih bangun. Mukanya merah. Dia boleh berjalan macam orang sihat. "Kau uruskan bersama datukmu jenazah cucu aku”, katanya pada saya. "Mahu ke mana ?", tanya saya. Kiai Muslih tidak menjawap dan terus keluar rumah. Kehilangan Kiai Muslih merunsingkan hati datuk. Walaupun isterinya sudah dihantar ke Hospital Teluk Intan dan jenazah cucunya sudah di kuburkan, Kiai Muslih tidak juga munculmuncul. Kesempatan itu digunakan dengan sebaikbaiknya oleh pihak yang menye‐barkan fitnah. Kononnya Kiai Muslih melarikan diri kerana tidak sanggup menghadapi kemarahan orang kampung terhadap perbuatannya. Datuk menafikan semua tuduhan itu, akibatnya datuk dituduh bersuhabat sama dalam kerja terkutuk itu. Datuk di beri kata dua untuk membuktikan ke‐benaran cakapnya itu dalam tempoh dua hari oleh ketua kampung. Jika datuk gagal, ketua kampung minta datuk dengan hormatnya keluar dari kampung tersebut.

[132]

"Tamar, inilah ujian yang berat buat aku, kita harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik‐baiknya Tamar”, kata datuk pada saya, sebaik sahaja dia pulang dari menemui ketua kampung kirakira pukul dua petang. Selepas sembahyang Zuhur di kampung tersebut, datuk terus menuju ke rumah Kiai Muslih. Dia terus duduk bersila di anjung rumah tersebut. Kedua belah tapak tanganya terlekap atas tempurung lututnya. Datuk bertafakur. "Keimanan Kiai Muslih tercabar, sabarnya sudah hilang. Dia mahu mem‐balas dendam yang sepatutnya tidak boleh dilakukan olehnya, kemarahan yang dipengaruhi syaitan sudah menguasai dirinya”, dengan mendadak datuk ber‐suara, wajahnya kelihatan muram. Datuk mengajak saya pergi ke arah kawasan bukit yang terdapat di situ. Cuaca yang tadi terang mula muram dengan awan hitam di langit. Datuk dan saya terus meredah hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di situ kawasan lapang. Di atas batu besar kelihatan Kiai Muslih duduk bersila bertafakur. "Mantera hitam, mantera putih bersatulah”, kedengaran suara Kiai Muslih. Kemudian Kiai Muslih menumpukan kekuatan batinnya, menyatukan rasa dengan alam. Dari mulutnya terkeluar bermacammacam mantera yang kian lama kian keras diucapkannya. "Kiai berhentikan perbuatan itu, kau sudah dipengaruhi syaitan”, jerit da‐tuk berkalikali. Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca manteranya. Awan hitam di langit semakin menebal dan guruh mula bersahut‐sahutan. Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk menghubungi diri Kiai Muslih. Saya lihat dahi datuk berpeluh dan mukanya merah, macam udang kena bakar. Tiba‐tiba datuk tersungkur atas bumi macam dihentak sesuatu. Saya mula resah tidak menentu. Dalam keadaan yang cemas itu hujan pun turun bersama dengan petir. Hujan bagaikan dicurahcurah lakunya, cukup lebat bersama dengan angin dan petir. Datuk saya lihat bergerak dan merangkak ke perdu pokok besar. Saya mengikutinya berteduh di situ. Datuk menangis tersedu sedu. Dia tidak putus putus menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Kiai Muslih yang terburu buru itu. "Semuanya sudah menjadi bubur Tamar, aku tidak berdaya menahan ke‐marahan orang yang paling sabar”, ujar datuk dalam sedu sedan yang meman‐jang. Hujan lebat terus mencurahcurah, beberapa kawasan rendah mula dinaiki air. Menjelang waktu Maghrib seluruh kampung dilanda banjir besar. Gelombang banjir yang besar itu menghancurkan apa saja yang merinta‐nginya. Kiai Muslih terus membaca manteranya tanpa mempedulikan hujan dan petir yang meledak di atas kepalanya. Datuk masih juga berusaha untuk memulihkan semangat Kiai Muslih ke alam nyata. Datuk menggunakan segala kepandaian yang ada pada dirinya. Usahanya gagal. Saya sudah menggigil, kulit badan terasa kecut tetapi, datuk saya lihat tidak mengalami apa yang saya alami. Badannya sentiasa panas dan nampak berasap. "Kiai, kau sudah sesat", pekik datuk dengan sekuat hati. Serentak dengan itu Kiai Muslih menoleh kearah datuk.

[133]

Tiba‐tiba kilat menyambar dengan kuatnya di kepala Kiai Muslih. Lidah petir yang tajam menyambar kearah Kiai Muslih. Terdengar satu gegeran yang amat kuat, seluruh kawasan itu dijilat api. Seluruh tubuh Kiai hangus terbakar. Saya terus pengsan. Bila saya sedar dari pengsan, saya dapati datuk duduk bertafakur atas bahu di tempat Kiai Muslih duduk. Datuk membaca ayatayat Quran dengan nyaring dan kuat, hujan beransuransur teduh dan akhirnya berhenti terus. "Allah yang Maha Besar telah menunjukkan pada kita bahawa perbuatan membalas dendam sesama manusia tidak diperkenankan. Dalam membalas den‐dam orang yang tidak berdosa akan terkorban”, kata datuk pada saya, kemudian datuk melihat mayat Kiai Muslih yang hangus. Esoknya, bila banjir beransur surut, datuk pun menemui ketua kampung dan menceritakan perkara yang telah berlaku. Ketua kampung mula sedar dan insaf. Ketua kampung mengakui yang dirinya telah banyak membuat kesilapan dan percaya pada khabarkhabar angin, akibatnya banyak anak buahnya yang tidak berdosa menjadi korban. Ketua kampung juga memberitahu datuk, anak muda yang menjadi musuh Kiai Muslih hilang di bawa air yang melanda kampung tersebut. Walaupun begitu, datuk tetap menasihatkan ketua kampung supaya bersabar. Ketika saya dan datuk meninggalkan kampung tersebut menuju ke Tan‐jung Malim, kami mendapat khabar yang ketua kampung juga menemui ajalnya secara ngeri. Ketua kampung mati ditimpa pokok kelapa ketika membersihkan kawasan rumahnya dari sampah sarap yang dibawa oleh air ketika banjir. Datuk hanya terdiam mendengar berita itu dan terus menghadiahkan AlFatihah pada roh ketua kampung. Saya tahu, datuk pergi ke Tanjung Malim untuk menunaikan permintaan arwah Kiai Muslih untuk mengubati penyakit ganjil yang dihadapi seorang lelaki di tempat tersebut. Kerana kami sampai ke pekan Tanjung Malim pada waktu senja, kami terus menuju ke masjid. Setelah menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Tanjung Malim, kami terus pergi ke sebuah kedai makan di pekan tersebut. Datuk terus bertanya pada tuan punya kedai tentang seorang lelaki yang tinggal di rumah besar dan mengidap penyakit ganjil. Tuan punya kedai itu memberikan jawapan yang menghampakan tetapi, dia berjanji pada datuk untuk menemukan datuk dengan penghulu. "Barangkali penghulu tahu, kalau dia tidak tahu saya akan membantu encik”, ujar tuan punya kedai. Setelah membayar harga makanan dan minuman, datuk dan saya pun segera beredar dari kedai tersebut. Saya kira datuk akan menginap di hotel malam itu. Kiraan saya itu tidak tepat. Datuk mengambil keputusan untuk tidur di masjid sahaja. "Kita tidur di masjid saja, buat amalan sikit. Sementara kita masih hidup ni buatlah mana patut untuk bekalan hari akhirat”, kata datuk pada saya. Ketika itu kami sedang melintasi landasan keretapi yang dibina atas dada jalan raya. Beberapa buah lori dan kereta membunyikan hon menyuruh kami berjalan ke tepi. Hati saya tiba‐tiba jadi marah dengan sikap pemandu kenderaan itu. Mereka memandu agak laju sambiI memasang lampu besar, tanpa memikirkan keselamatan orang‐orang yang berjalan kaki. Pemandupemandu kenderaan itu merasakan [134]

jalanraya tersebut adalah hak mereka saja. Mereka seolaholah berlumba dijalanraya sama ada mereka datang dari arah Kuala Lumpur atau arah lpoh (masa itu lebuhraya Slim River‐Tanjung Malim masih belum ada) masingmasing mahu sampai segera ke tempat yang di tuju. Mata saya dan datuk jadi silau akibat suluhan lampu kenderaan. "Kadangkadang manusia ni, bila dapat kemudahan tidak pernah bersyukur pada Allah dan tidak pula mahu memikirkan tentang orang lain yang tidak ada kemudahan”, rungut datuk. Saya menggigit bibir sambiI memijak rerumput di tepi jalan. Sesekali saya merenung kearah tiang dan lampu jalan yang setia memancarkan cahaya. Waktu saya dan datuk masuk ke kawasan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki berumur sekitar tujuh puluhan memakai kain dan baju Melayu serta memakai serban hijau. Orang tua yang kelihatan gagah itu memberi salam. Datuk membalas salamnya dan terus berjabat tangan. "Ke mana?", tanya orang tua itu pada datuk. "Cadang tu nak bermalam di masjid ni" "Memang baguslah tu, berlindung di rumah Allah nanti awak dapat syafaatnya. Tetapi sebelum tu eloklah awak merepotkan diri ke balai polis dan nyatakan awak nak bermalam di masjid" "Apakah ini undangundang?" Orang tua yang berserban hijau itu terdiam sejenak dan memalingkan mukanya ke arah pekan Tanjung Malim. Saya tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana cahaya dari lampu jalan tidak berapa kuat menyinari kawasan masjid. "Bukan undang undang, tapi untuk keselamatan diri awak. Bukan awak tak tahu kawasan sekitar Tanjung Malim belum jadi kawasan putih, sekarang zaman darurat, musim orang komunis mengamuk”, jelas orang tua itu tanpa memandang wajah datuk. "Saya faham sekarang. Terima kasihlah atas nasihat awak" "Sama sama, nama saya Haji Ramli, saya nak balik sekarang" Sebaik saja dia mengakhiri kata‐kata itu, dia terus berjalan menuju ke arah jalan raya. Datuk terpingapinga ada semacam kekesalan terbayang di wajah datuk kerana tidak sempat memperkenalkan dirinya pada orang tua itu. Tetapi, datuk mematuhi nasihatnya. Kami terus menuju ke balai polis. Salah seorang anggota polis yang bertugas pada malam itu menyambut keda‐tangan kami dengan ramah. Saya melihat jam yang tersangkut di dinding balai polis sudah hampir pukul dua belas tengah malam. "Apa halnya pakcik?" "Saya dan cucu saya ni nak repot diri, kami nak tidur di masjid”, kata datuk. [135]

"lnilah yang sebaiknya untuk faedah bersama. Waktu darurat begini kadang‐kadang ada pemeriksaan mengejut waktu malam yang masanya tidak me‐nentu. Siapa yang suruh pakcik kemari?" "Haji Ramli" "Haji Ramli?”, anggota polis itu nampak resah sambil mengerutkan dahi‐nya. Anggota polis itu merenung wajah datuk penuh keraguan. "Kenapa encik?" "Haji Ramli tu sebenarnya sudah mati kirakira enam bulan yang lalu dalam serangan hendap komunis di Behrang. "Siapa dia Haji Ramli yang sebenarnya encik?" "Dia sebenarnya sarjan di balai polis ni. Dia orang Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Agaknya pakcik ni silap orang. Pakcik dah mengantuk agaknya”, anggota polis yang bercakap dalam loghat Kedah itu mengetawakan datuk. Sesungguhnya datuk tidak tersinggung dengan sikap anggota polis itu. Dan datuk tidak mahu mempertahankan kenyataan yang dilihatnya. Barangkali datuk memikirkan perbuatan itu satu perbuatan yang siasia. Cukup sukar me‐nerangkan sesuatu tanpa bersandarkan pada kenyataan yang lojik. "Barangkali cakap encik betul”, kata datuk sebaik saja anggota polis itu berhenti ketawa. Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan la‐ma yang bentuknya kembar dua dari kertas biasa, ukuran gambarnya besar sedikit dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang). Anggota polis itu menatap gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu di kertas. Kad pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang. "Pakcik ni mahu ke mana sebenarnya?", soal anggota polis itu lagi. "Saya datang kemari, nak menolong orang sakit, saya cuma menunaikan amanat seorang kawan" "Pakcik ni Tuk Pawanglah?" "Tidak" "Dukun?" "Tidak" "Bomoh?" “Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia" "Pakcik ni ganjil orangnya" [136]

"Dalam dunia ni tak ada manusia yang ganjil, semuanya sama belaka" Anggota polis itu tersenyum sinis. Kemudian dia menyerahkan sekeping kertas kuning yang tercatat nama datuk dan nombor repot. Kertas itu datuk masukkan ke dalam saku bajunya. "Terima kasih encik" "Sama sama. Bila pakcik mahu meninggalkan masjid untuk pergi ke mana mana sila laporkan diri" "Baik encik" Datuk dan saya pun meninggalkan balai polis menuju ke masjid. Bila berada dalam perut masjid datuk terus membaca AlQuran dan saya pun mencari tempat yang sesuai untuk merebahkan badan. Tempat yang sesuai saya temui, badan pun saya rebahkan dalam beberapa saat saja saya sudah tidak dapat mendengar suara datuk. Rasa marah dan geram mula menguasai diri saya. Kerana terlalu geram saya genggam penumbuk lalu menekan penumbuk ke dinding masjid, hingga buku lima saya terasa sejuk menyentuh simen dinding. Siapa tidak meradang sedang nyenyak tidur dipaksa bangun. "Sial”, pekik saya. "Jangan biadab!”, balas datuk serentak dengan itu tangan kanan datuk menekan rehang mulut saya. Lepas itu, dia menekan pangkal pelipat kaki kanan saya beberapa minit, hingga muka dan badan saya berpeluh. Badan terasa segar dan bertenaga rasa mengantuk dan malas terus hilang. Datuk terus menarik tangan saya menuju ke pintu masjid. Di situ sudah sedia menanti dua orang lelaki. Mereka tersenyum merenung pada kami. Salah seorang dari lelaki itu saya kenali, iaitu anggota polis yang kami temui di balai polis. Dan seorang lagi tidak saya kenali. Orangnya kurus memakai baju kemeja putih dan berseluar kuning. Wajahnya nampak muram. "Ada apa encik? Encik nak periksa kami?”, tanya saya. “Tidak" "Jadi kenapa encik datang kemari?”, datuk me‐nyoal pada anggota polis. Saya lihat anggota polis yang menyandang senjata api di bahunya terse‐nyum. "Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia nak minta tolong tengokkan anaknya tidak berhenti henti menjerit”, anggota polis itu menjelaskan tujuannya yang sebenar. Datuk termenung sejenak. Ada rasa kurang senang hati terpamir di wajahnya. Memang, datuk tidak berapa suka orang lain tahu tentang kebolehannya. Datuk gigit bibir. "Saya minta Tuk Pawang tengokkan saja”, rayu lelaki yang memakai baju putih sambil merenung wajah datuk.

[137]

Anggota polis di sebelahnya tidak berkata apaapa. "Saya bukan pawang, saya bukan bomoh”, kata datuk serius. Wajah lelaki yang berbaju putih itu segera berubah. "Kami minta tolong pakcik”, anggota polis pula merayu. Lagi sekali datuk termenung panjang. "Saya bukan bomoh dan bukan pawang , saya cuma boleh berikhtiar saja. Allah yang menentukan”, nada suara datuk lemah. "Kami faham dan apa yang kami buat ni adalah ikhtiar kami”, sahut anggota polis. Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut‐turut, datuk memberi persetujuan untuk memenuhi permintaan mereka. Kami pun meninggalkan kawasan masjid. Dalam jangkaan saya waktu itu sudah pukul tiga pagi kerana bintangbintang di langit sudah berkurangan angin pula tidak sekuat tadi bertiup. Akhimya, saya dan datuk sampai ke rumah yang di tuju. Anggota polis tidak turut sama, dia kembali ke balai menyambung tugasnya. Masa berada di rumah itu, kami terdengar bunyi tembakan yang bertalutalu dari arah barat laut. Lelaki yang berbaju putih itu memberitahu datuk ada pertempuran di hutan antara pasukan keselamatan dengan pihak komunis. Datuk hanya ang‐gukkan kepala mendengar penjelasan itu. Tetapi, saya bagaikan terasa ada sesuatu yang ganjil, lalu saya membuat kesimpulan bahawa diri saya dan datuk sudah dipermainkan. Saya membuat kesimpulan itu, kerana saya tidak terdengar suara orang menangis. Suasana dalam rumah itu terasa tenang dan damai sekali lampu letrik ber‐sinar dengan terangnya. Saya dan datuk duduk bersila dekat pintu sementara lelaki berbaju putih duduk tidak jauh dari datuk membelakangi ruang rumah. "Mana dia anak awak?", tanya datuk. "Begitulah keadaannya, ada masa dia diam ada masa dia menangis" "Bawa dia kemari" Lelaki berbaju putih itu terus memerintahkan isteri membawa anaknya ke ruang tamu. Isteri lelaki berbaju putih itu dalam ling‐kungan usia tiga puluhan berkulit cerah dan tinggi lampai orangnya. Kelopak matanya kelihatan bengkak, barangkali terlalu lama menangis. Dia pun meletakkan anak yang dipangku di hadapan datuk. Anak itu cukup nyenyak tidur. Tiba‐tiba anak itu menangis dengan sekuat hatinya. Ma‐tanya terbeliak macam melihat sesuatu yang amat menakutkan, sedangkan kaki dan tangannya bergerakgerak macam orang menari mengikuti irama gen‐dang yang di palu. Datuk tidak melakukan sesuatu terhadap anak perempuan itu. Budak pe‐rempuan itu cukup comel rupa parasnya, berusia kirakira sepuluh tahun, berambut ikal yang dipotong separas bahu. Kulitnya cerah macam ibunya juga. Dia kelihatan menarik dengan pakaian baju kebaya merah dan berkain hijau. Budak comel itu terus menjerit dan menangis hingga wajahnya kelihatan agak kebirubiruan. Datuk membaca sesuatu lalu [138]

memegang tumit kaki gadis comel. Tangisan dan jeritan budak comel itu terhenti. Dia kembali tidur. Datuk terus diberi penjelasan oleh lelaki yang berbaju putih. Menurut lelaki itu, anaknya sudah dua hari dua malam berkeadaan demi‐kian. Sudah di bawa ke klinik swasta dan doktor mengesahkan anaknya tetap normal. Beberapa orang dukun tempatan pula menga‐takan anaknya itu terkena sampuk ketika melin‐tasi sebuah busut jantan sekembalinya dari seko‐lah. Dukundukun itu cuma mengubatinya. Semua‐nya tidak berjaya keadaan anaknya tetap macam itu. "Tolong saya tuan. Anak saya cuma dua orang saja, dialah yang tua. Seorang lagi lelaki. Apa yang tuan syaratkan saya tunai, ambillah emas di badan saya ini sebagai cagaran”, isteri lelaki berbaju pu‐tih merayu datuk sambil menangis. Keadaan dalam rumah sudahjadi hara biru, beberapa orang jiran kiri kanan bangunan sederet itu terjaga. Mereka lalu datang ke tempat kami. "Begini saja. Saya minta awak membaca AlFatihah dan Surah AlIklas seberapa banyak boleh. Jangan menangis dan meratap. Perbuatan itu tidak baik, memberi peluang syaitan menguasai hati awak”, kata datuk dengan tenang. Isteri lelaki berbaju putih itu terdiam. Kemudian datuk meminta jiran‐jiran tetangga yang datang supaya pulang ke rumah masingmasing. Datuk memberitahu mereka selagi mereka berada disitu, datuk tidak dapat melakukan sesuatu. Permintaan itu dipatuhi oleh jiranjiran yang datang. Suasana dalam rumah kembali tenang. Datuk terus menepuk lantai rumah tiga kali. Mulutnya bergerakgerak membaca sesuatu, kemudian datuk meletakkan ibu jarinya atas dahi gadis co‐mel. Ditekannya dahi anak comel itu hingga berbekas. "Saya minta maaf. Anak awak ni suka sangat melihat kera berjoget”, kata datuk sambil memandang wajah lelaki yang berbaju putih dan isterinya. Mereka kelihatan tercengang. Datuk tersenyum lalu meminta isteri lelaki berbaju putih itu membangunkan anak lelakinya yang berusia lapan tahun. Permintaan itu di tunaikan. Bila budak lelaki yang berusia lapan tahun itu berada di depan datuk, wajahnya kelihatan cemas. Datuk pun memegang tapak tangan kanannya sebentar. "Jangan takut. Cakap perkara yang betul dengan tuk”, kata datuk sambil melepaskan tangan budak lelaki yang dipegangnya. Budak lelaki itu anggukkan kepala. "Cucu sama kakak ada tengok tarian kera?" "Ada” "Seronok tak?" "Seronok. Kera tu menari joget ikut gendang. Dia menari dekat kakak sambil memeluk pinggang kakak" Datuk puas hati dengan penjelasan budak lelaki itu. Datuk menyuruh isteri lelaki berbaju putih membawa anaknya ke kamar tidur semula. Bila isteri lelaki yang berbaju putih datang semula dan duduk [139]

di sisi sua‐minya, datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk pun mengedutkan dahinya hingga pangkal ke dua keningnya seakanakan bertemu. Mata datuk saya lihat kian mengecil. "Mengapa dibiarkan anak perempuan awak dipegang oleh kera yang me‐nari?", pertanyaan itu datuk ajukan pada lelaki yang berbaju putih. Lelaki itu kelihatan resah, kemudian secara terus terang dia memberitahu datuk bahawa perkara yang terjadi itu di luar pengetahuan isteri dan dirinya. Datuk lalu menggesa lelaki berbaju putih mencari kera dan tuannya. Lagi sekali wajah lelaki itu cemas, bukanlah mudah untuk mencari kera dan tuannya waktu begini. "Saya tak kenaI dengan tuannya?" "Begini. Aku rasa kera dan tuannya tu bermalam di kaki lima kedai, cubalah pergi ke sana. Tetapi ingat, jangan kau apaapakan dia, bawa dia kemari”, beritahu datuk. Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis. Dengan di temani oleh anggota polis yang bertugas di situ dia pergi ke tempat tersebut. Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus merawat gadis comel secara kebatinan. Datuk tidak menyentuh kulit gadis comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan jari kelingking. Setiap kali hujung baju itu dipusingkan, gadis comel itu akan menjegilkan biji matanya, macam orang ketakutan. Saya hanya melihat saja apa yang berlaku di hadapan mata. Sementara dalam kepala saya tergambar permainan tarian kera yang pernah saya lihat. Tarian kera ini selalunya dipertunjukkan di kawasan yang menjadi tempat lalu lintas orang ramai. Kera yang menari itu dikenakan baju cantik, macam baju orang perempuan serta di beri kipas yang di buat dari bilah buluh. Tuan punya kera akan memukul gendang dan kera itu akan menari mengikut rentak dan irama gendang yang dipalu. Setelah selesai menari kera itu akan membawa tempurung menemui orang yang melihatnya. Orang ramai akan mencampakkan wang ke dalam tempurung. Bila bertemu dengan budak perempuan yang comel kera itu akan menarik baju atau memeluk pinggang gadis comel sebagai tanda persahabatan. Tarian kera ini pada mulanya diperkenalkan oleh orang‐orang India yang datang dari Madras. Orang Melayu juga ada menjalankan pertunjukan ini de‐ngan tujuan mencari wang. Kalau kera itu bertuankan orang‐orang India tarian yang dipersembahkan tetap berunsurkan tarian India, kalau orang Melayu yang jadi tuannya, kera itu pandai menari joget atau inang. Kalau kera betina akan dinamakan Minah dan kera jantan dinamakan Mulung atau Meletik. Kata orang tarian kera ini ada unsurunsur sihir yang dapat menarik perhatian orang ramai serta rasa simpati untuk menghulurkan ban‐tuan, sejauh manakah kebenaran kata‐kata itu tidak dapat dipastikan oleh sesiapapun. Akhirnya, lelaki berbaju putih itu pun pulang. Rambutnya kelihatan kusut masai dan matanya merah serta berair. Isterinya terus bertanya: "Mana keranya bang?" "Ada di luar" [140]

"Bawa masuk”, tingkah datuk sambil bangun. Beberapa saat kemudian kera dan tuannya muncul di muka pintu. Datuk mempersilakan tuan punya kera duduk disisinya. Setelah bercakap sebentar dengannya, datuk sudah dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang tuan punya kera itu. "Saya nak ambil sehelai bulu tengkuk kera ini”, ujar datuk. Saya jadi hai‐ran mendengar cakap datuk itu. Kalau hanya memerlukan sehelai bulu tengkuk kera, tidak wajar tuan punya kera itu di bawa bersama. Suruh saja lelaki berbaju putih itu mencabut sehelai saja bulu kera tersebut. Ini lebih mudah dan tidak menyusahkan tuan punya kera . Kadangkadang saya jadi bodoh dengan sikap datuk. Tuan punya kera tidak membantah dengan hasrat yang disuarakan oleh datuk. Dia pun menolak kera ke depan datuk. Dengan tenang datuk mencabut bulu kera tersebut . Isteri lelaki berbaju putih nampak resah. "Bulu kera ini saya rendam dalam gelas kirakira setengah jam, kemudian air diminumkan pada anak awak, dengan izin Allah setelah air diminum anak awak akan sembuh. Saya yakin anak awak ni kena sihir bulu kera dan inilah ubatnya” Lelaki berbaju putih dan isterinya mendengar cakap datuk dengan teliti. Tuan punya kera yang berbadan tegap itu terus melurutIurut badan keranya. Dia macam buat tidak kisah dengan apa yang terjadi di depan matanya. Dia sanggup menanti di situ hingga ke pagi asalkan diberi wang. Masa terus berlalu, semuanya menanti waktu yang di janjikan dengan dada yang berdebar. Gadis comel itu sudah dua kali menjerit sekuat hati . Datuk masih lagi bertahan, dia tidak akan melakukan sesuatu selagi belum sampai waktu setengah jam. Saya melihat ke gelas, tempat merendam bulu kera. Sementara itu tuan punya kera terus bercerita tentang pengalaman manis dan pahit sepanjang waktu dia menjaja tarian kera, merantau dari satu tempat ke satu tempat. Dia berasal dari Burma dan menetap bertahuntahun di India sebelum datang ke Tanah Melayu. Dia tidak menganut sebarang fahaman agama. Namanya juga sering berubahubah mengikut keadaan. "Bila masuk ke pekan yang banyak orang Melayu, saya jadi Melayu, kalau masuk estate saya jadi India, kalau pergi ke tempat Cina saya jadi Cina, nama saya ada tiga, saya tidur tidak kira di manamana, kadangkadang di masjid, kadangkadang dikuil atau tokong Cina”, demikian tuan punya kera menceri‐takan perihal dirinya penuh bangga dalam bahasa Melayu pasar yang tonggang langgang tapi boleh difahami. "Sekarang sudah sampai masanya”, tekanan suara nada datuk penuh yakin. Dia lalu mengambil gelas yang berisi air dan bulu kera. Dengan sedikit paksaan datuk berjaya memaksa gadis comel itu minum air bulu kera. "Kita tunggu setengah jam lagi, kalau dia tidak menjerit bererti anak encik sudah sembuh. Tetapi, kalau dia tidak sembuh atau akan maut kerana sa‐kitnya ini, kera ini terpaksa di sembelih, darahnya di beri [141]

pada anak encik untuk di minum”, semua yang ada disitu bertambah kecut mendengar pen‐jelasan datuk. Lebih Iebih tuan punya kera. Lelaki berbaju pu‐tih dan isterinya mula didatangi butirbutir peluh di dahi, mereka sering kali melihat jam di dinding. Gadis comel terbujur di atas lantai pucat le‐si. Masa terus berlalu, kedinginan kian kuat terasa menyapa tubuh badan saya. "Limat minit lagi”, kata datuk. Isteri lelaki berbaju putih anggukkan kepala. Empat minit, tiga minit, dua minit dan akhirnya tepat setengah jam. Gadis comel itu tidak menjerit, dia bangun dari tempat baringnya. Datuk menyuruh gadis comel itu membaca AlFatihah dan mengucap dua kalimah syahadah. Gadis itu dapat melakukan segalagalanya dengan lancar dan teratur. Datuk gembira. Tetapi, kegembiraan hanya berlaku sebentar saja. Lelaki berbaju putih dan tuan punya kera bertengkar. Tuan punya kera itu tidak patuh dengan janjinya. "Waktu saya ajak datang tadi dia mengenakan bayaran sepuluh ringgit, sekarang dia mahu dua puluh ringgit”, keluh lelaki berbaju putih. Isterinya pula mula membuka gelang dan kalung di leher untuk diserahkan pada tuan punya kera. Perbuatan itu segera ditegah oleh datuk. Cepat cepat datuk menepuk bahu tuan punya kera dan terus mengambil wang sepuluh ringgit dari lelaki berbaju putih, lalu diserahkan pada tuan punya kera yang bagaikan terkena pukau, menerima dan mendengar cakap datuk. Datuk, saya dan tuan punya kera meninggalkan rumah lelaki berbaju putih. Bila sampai di luar kawasan balai polis, datuk terus memegang bahu tuan punya kera. Tiba‐tiba kera yang didukung oleh tuan punya menyerang datuk dengan meng‐gigit lengan datuk. Ternyata gigi kera yang tajam itu tidak mampu menembus kulit lengan datuk. Dalam malam yang dingin itu, saya lihat muka tuan punya kera berubah, dari wajah seorang yang agak bodoh dan tolol menjadi bengis dan garang. Dia mengarahkan keranya menyerang di.manamana bahagian tubuh datuk. Datuk terus bertahan. Tiba‐tiba badan saya mengeletar, bukan kerana rasa sejuk yang di bawa oleh angin subuh, tetapi, kerana kera yang saya lihat kecil itu berubah jadi besar. Lebih tinggi dari datuk, kera itu membuka mulutnya dengan luas , kedua‐dua taring yang panjang dan tajam itu menyeringai. Datuk masih bertenang, dia mengelak bila kera itu menyerang. Tuan punya kera terus mengeluarkan arahan. Tiba tiba datuk berjaya menangkap ekor kera itu. Dalam beberapa saat saja kera itu kembali kepada keadaan asalnya. Tuan punya kera pula mula me‐nyerang dari sebelah kanan. Datuk mengelak setapak, kemudian memukul pangkal leher tuan punya kera hingga tersungkur. Ketika itu, beberapa orang anggota polis yang dapat melihat keadaan di luar balai segera keluar. Masa anggota polis itu sampai ke situ, datuk sudahpun membangunkan tuan punya kera. Dengan nada suara yang merayu rayu tuan punya kera minta datuk jangan mengapa apakan dirinya.

[142]

"Awak jahat. Awak sengaja menggunakan ilmu halus awak untuk memper‐dayakan orang. Saya tahu, awak sengaja kenakan pada budak perempauan itu. Bila dia sakit awak tahu menawarnya dan awak kenakan bayaran yang tinggi, ini kerja awak”, kata datuk sambil memulas tangan tuan punya kera. "Saya cari makan tuan” "Bukan cara ini awak cari makan, lagi sekali awak buat kerja ni, awak mati tahu?”, ugut datuk sambiI memeriksa badan tuan punya kera. Datuk menemui sekeping kulit kera yang sudah kering yang dibalut dengan beberapa rajah serta tulisan Burma. Datuk bakar kulit keras dan pembalutnya, datuk tidak peduli dengan rayuan dari tuan punya yang menyembahnyembah kakinya. "Awak balik”, kata datuk. Tanpa banyak cakap tuan punya kera beredar dari situ dengan wajah yang muram. Pada anggota polis yang berada di tempat tersebut ,datuk menasihatkan mereka supaya jangan membenarkan anakanak perempuan mereka melihat tarian kera dalam jarak dekat, apa lagi membiar‐kan kera memanjat atau memeluk badan anakanak mereka. "Tarian tu selalu digunakan oleh tuan punya menyerapkan semangat ke‐ra. Tetapi, tidak semua pula tuan punya tarian kera berperangai begitu. Kita harus berjagajaga. Tarian itu ada unsurunsur pe‐mujaan roh ghaib”, datuk membuka rahsia di seba‐lik tarian kera. Kemudian kami terus ke masjid. Tidak lama le‐pas itu waktu subuh sudah tiba, kami pun bersem‐bahyang subuh dengan orang‐orang yang datang ke masjid tersebut. Kerana memikirkan saya dan datuk orang musafir yang menumpang tidur di masjid, ti‐dak banyak yang mahu bercakap dengan kami, walau‐pun kami bersikap ramah pada mereka. Mereka datang ke masjid hanya untuk sembahyang saja dan melupakan ajaran agama yang menyuruh pengikutnya menjalin persahabatan dan kemes‐raan dengan orang yang seagama dengan mereka. Lebih kurang pukul lapan pagi kami pun keluar dari masjid menuju ke kedai tempat kami makan ma‐lam tadi. Sepanjang jalan ke kedai datuk terus merungut kerana dia tidak melakukan kebiasaannya mandi embun. Kedatangan kami di sambut oleh tuan punya kedai makan ramah sekali. Malah, dia turut makan semeja dengan kami. Banyak perkara yang ditanyakan‐nya pada datuk. Saya kira tuan punya kedai itu seorang yang bijak kerana sambil bercakap itu dia sebenarnya mengemukakan pertanyaan yang tidak begitu ketara terhadap diri datuk. Secara tidak langsung datuk sendiri membuka rahsia tujuan sebenarnya mahu mengubati lelaki yang dikatakan mengidap penyakit aneh itu. "Sebenarnya, lelaki tu ada hubungan keluarga dengan saya. Tetapi, saya tidak begitu yakin berubat cara tradisional ni “, kata tuan punya kedai sambil menghirup air kopi. [143]

Datuk pandang muka saya seolaholah datuk memberitahu bahawa, dirinya terperangkap dalam kemanisan budi dan tutur bicara tuan punya kedai. "Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya sejak semalam?”,datuk melahirkan rasa kurang senangnya. Tuan punya kedai terdiam. Datuk hirup kopi dengan tenang. Beberapa orang pelanggan terus keluar dan masuk. "Minta maaf, kalau saya katakan kebanyakan orang‐orang kita ni terutama yang mendakwa dirinya bomoh dan pawang, selalunya cari kesempatan, ke‐bolehan tidak setinggi mana cakap saja yang melambung”, tuan punya kedai meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya. Datuk tersenyum sambil menjentik badan cawan dengan jari manisnya. Tuan punya kedai menyepitkan sebatang rokok cap tembak (Rough Rider) ke bibirnya. Hujung rokok itu di bakarnya dan disedutnya panjangpanjang. Asap rokok yang diluahkannya berlegarIegar dalam ruang kedai sebelum hilang di bawa angin pergi. "Hubungan keluarga macam mana tu?", datuk menyoal tuan punya kedai sambil menghabiskan sisasisa kopi yang ada di dalam cawan. "Pangkat dua pupu dengan saya” "Awak kenal dengan Kiai Muslih?" "Kenal tu tidak, saya cuma kenal pada namanya saja. Kiai itu juga pemah mengubatnya. Tapi, tidak juga mahu sembuh” "Apa pendapat awak tentangnya?" "Dia tu saya rasa jujur orangnya” "Awak tahu dia dah meninggal?" "Saya tak tahu, bila dia meninggal?", tuan punya kedai terkejut. Datuk terus menerangkan pada tuan punya tentang kedudukan yang sebenarnya. Wajah tuan punya kedai kelihatan cemas sedikit, bila datuk menyatakan kedatangan‐nya ke situ adalah untuk menunaikan amanat Kiai Muslih. "Kita sekadar mahu menunaikan permintaan kawan, itu pun kalau kaum keluarga sipemuda tu setuju. Kita sekadar mahu menolong dan kita bukannya pawang atau dukun. Kita tidak mencari makan atas nama pawang atau bomoh”, cukup tentang datuk berkata. Tuan punya kedai terdiam. Datuk pun bangun untuk membayar harga makanan serta bersedia mahu meninggalkan kedai tersebut.

[144]

"Nanti dulu, maafkan saya kalau tersinggung” "Saya tak tersinggung, itu hak awak” "Saya tahu itu hak saya tapi, perbuatan itu kurang baik. Lagi sekali saya minta maaf. Sebab zaman sekarang, banyak orang menyamar jadi bomoh” "Selalunya yang asli tetap asli, jarang mahu menunjuk kebolehan” "Saya setuju” Bila datuk mahu membayar harga minuman dan makanan, tuan kedai itu tidak menerimanya. Malah tuan punya kedai itu membawa saya dan datuk ke sebuah bilik khas di bahagian belakang kedainya. Tuan punya kedai itu memberitahu pada datuk yang saudaranya (Ielaki berpenyakit ganjil) berusia lebih kurang tiga puluh lapan tahun. Tidak suka menerima tetamu datang ke rumah walaupun ibubapanya. “Hati hatilah awak bila kesana. Banyak orang yang cuba mengubati dikejar dengan parang panjang, kecuali Kiai Muslih”, tuan puny a kedai mengingatkan datuk. "Aneh juga perangainya”, balas datuk. "Dia bukan sakit tapi kemasukan syaitan” "Barangkali”, jawab datuk pendek. Datuk terus memberitahu tuan punya kedai yang dirinya tidak dapat pergi dengan segera ke rumah lelaki aneh itu. Paling cepat dua hari lagi. Datuk perlu membuat beberapa persiapan tertentu. Dan datuk tetap memilih masjid sebagai tempat menginap sementara menanti masa yang di tunggu itu tiba. Sejak menginap di masjid datuk terus menjalin persahabatan dengan anggota anggota polis disitu. Dan datuk sudah pun mendapat kebenaran untuk berjalan pada setiap subuh di kawasan pinggir pekan Tanjung Malim yang terdapat pokok‐pokok tumbuhan. Sebelum pergi ke tempat tersebut datuk dikehendaki melaporkan diri kepada pihak berkuasa di balai polis. Walaupun tujuan datuk pergi ke kawasan hutan tersebut untuk mandi embun. Tarikh yang dijanjikan pun tiba. Datuk dijemput oleh tuan punya kedai dengan kereta menuju ke kawasan perkampungan Melayu yang terletak ke selatan bandar Tanjung Malim. Bila sampai ke kawasan tersebut datuk pun diperkenalkan dengan kaum kerabat pemuda yang malang itu. Saya dengan datuk sampai di kampung tersebut pada sebelah pagi. Dan pada sebelah petangnya saya dan datuk sudahpun mengetahui kedu‐dukan rumah batu tempat pemuda aneh itu tinggaI. Kawasan sekeliling rumah batu itu ditumbuhi pohon‐pohon besar. Halaman rumahnya lapang dengan pokok‐pokok bunga raya. Dibelakang rumah terdapat kolam besar. Petang itu juga datuk menghampiri rumah batu tersebut. Dari jauh lagi pemuda ganjil melambaiIambaikan tangan pada datuk. Datuk terus masuk ke kawasan rumah tersebut. Pemuda ganjil mendekatinya. "Apa hajat kemari?" tanya pemuda ganjil. [145]

Wajahnya cengkung. Matanya merah, misai dan janggut serta jambang tumbuh liar di wajahnya. Datuk cuba tersenyum kepadanya. "Saya nak memancing ikan”, datuk berbohong. "Pergilah ke tempat lain. Kawasan ni kawasan saya dan tuan puteri”, ujarnya serius. "Minta maaf, saya tak tahu”, kata datuk. Pemuda ganjil itu tersenyum dan terus menghalau datuk dari kawasan rumahnya dengan maki hamun. Datuk terus menemui ke dua orang tua lelaki ganjil itu. Datuk memberitahu mereka segala usaha akan diikhtiarkan pada waktu malam hari Selasa ketika bulan mengambang. Sebelum usaha itu dilancarkan, datuk perlu mengetahui gerakgerinya. Da‐tuk merasa senang hati kerana kedua orang tua lelaki ganjil itu sanggup membantu datuk. Sementara menanti musim bulan mengambang, saya dan datuk perlu tinggal di kampung tersebut selama dua hari lagi. "Malam ni tiga belas Syaaban, malam esok empat belas dan malam lusa baru lima belas”, kata datuk pada saya sambil menggigit ibu jarinya. Saya anggukkan kepala dengan harapan datuk akan terus duduk di tebing sungai itu. Saya sudah tidak sanggup lagi untuk berjalan di kawasan yang penuh se‐mak samun itu. Selain dari itu, hati saya sentiasa bimbang dan cemas. Manalah tahu, tiba‐tiba pemuda yang tinggal di rumah batu akan keluar membawa parang untuk memotong leher saya dan datuk. Dan bermacammacam perkara bermain dalam kepala saya. "Memang elok, malam Jumaat”, tambah datuk lagi sambil merenung ke arah rumah batu yang sudah jauh tertinggal di belakang. Saya terus menggigit bibir sambiI merenung ke langit. Saya lihat awan petang itu cukup bersih. Datuk berhenti melangkah. Dengan teliti dia meletakkan punggungnya atas batu besar yang terdampar di bibir Sungai Bernam. Tidak jauh dari batu besar itu terdapat sepohon pokok ara yang akarnya terjuntai ke dalam air sungai. Perdu pokok ara itu cukup besar, kirakira dua pemelok. Air Sungai Bernam yang mengalir itu seakanakan berpusingpusing di bahagian akar pokok ara itu sebelum mengalir ke selatan. Kerana air Sungai Bernam yang mengalir itu cukup jernih, pasir dan batubatu yang terdapat di dasarnya boleh dilihat dengan jelas. Datuk saya lihat merenung air sungai yang seakanakan berpusing berhampiran dengan akar ara yang terjuntai itu. Datuk macam mencari sesuatu. Dahinya saya lihat berkedut bersama bintitbin‐tit peluh yang tumbuh di kiri kanan pipinya. Saya merasa hairan dan takjub dengan sikap datuk yang tiba‐tiba berubah itu. "Kita harus mencari akar akar kayu, pucukpu‐cuk kayu dan batubatu yang terdapat dalam sungai ni Tamar”, ujar datuk sambil merenung muka saya. Macam ada sesuatu yang timbul dalam diri saya untuk menentang apa yang datuk cakapkan. Apa perlunya batu dan akar kayu itu? Apakah datuk tidak tahu hari sudah petang? Apakah dia tidak terfikir pemuda yang berada di rumah batu itu akan sampai ke tempat saya dan datuk duduk sekarang? Saya mengeluh dalam hati.

[146]

"Semuanya ada guna untuk kita Tamar. Aku tahu apa yang kau fikirkan dan kau jangan cuba membantah cakap aku” Mendengar suara datuk itu, muka saya segera berubah. Saya malu pada diri saya sendiri. Datuk sudah tahu apa yang tersirat dalam hati saya. Datuk renung muka saya sebentar. Kemudian dengan tenang datuk Iipatkan kedua belah kaki seluarnya hingga separas kepala lutut. Datuk terus turun ke dalam sungai. Meranduk air sungai dengan tenang sambil membongkokkan badan mengutip batubatu yang berada betulbetul di tengah sungai. Kebanyakan batu yang dikutip itu berbentuk leper dan bersegi tiga. Datuk masukkan batubatu itu ke dalam saku bajunya. Jumlah batu yang dikutip oleh datuk lebih kurang tiga puluh tiga biji. Datuk memanjat tebing sungai dan terus menghampiri saya. "Mari kita ke sana”, ujar datuk sambil menuding jarinya ke arah matahari terbit. Saya pun segera bangun dan mengeliat dua tiga kali. Datuk terus lang‐kah. Saya tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikutnya saja. Matahari petang kian condong, bebayang pokok memanjang di tanah. Awan saya lihat tetap berarak tenang. Kami masuk ke kawasan hutan kecil yang bersambung dengan kaki sebuah bukit. Pokok‐pokok yang tumbuh di kaki bukit itu agak subur . Dengan menggunakan tangannya datuk pun mematahkan beberapa dahan kayu yang berdaun lebat. Kami kian jauh mara ke dalam hutan dipinggir bukit itu, matahari kian mengecil membuat suasana di sekitar kawasan tersebut agak muram. Dan datuk dengan menggunakan kekuatannya berjaya mencabut beberapa akar kayu hutan. "Balik”, kata datuk . Kepalang gembiranya hati saya mendengar cakap datuk itu. Kami berpatah balik menuju ke tebing sungai, tempat kami mula bergerak tadi. Sebaik saja sampai di bawah pokok ara tempat saya dan datuk duduk tadi, terdapat kesan kesan darah pada akar pokok tersebut. Datuk melihat kesan darah itu dengan teliti. "Darah apa agaknya?", rungut datuk sambil merenung muka saya. Cepat‐cepat saya gelengkan kepala. Ketika itu saya lihat di kaki langit, cahaya merah dan kekuningan mula bangkit, menandakan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba. Tanpa banyak cakap, datuk pun menutup kesan darah di akar kayu ara dengan daun kering. Tiba‐tiba saya Iihat wajah datuk berubah. Ekor matanya menjeling tajam ke kiri dan ke kanan, macam kucing mengamati langkah mangsanya. Saya segera menggigit bibir, bila melihat ada titisan darah jatuh dari dahan pokok ara. Darah itu menitik atas lengan datuk dan mengalir perlahanIahan menuju ke hujung jarinya. "Ambilkan daun keladi dan sapukan darah di lengan ini”, kata datuk.

[147]

Saya pun segera mematuhi perintahnya. Sebaik saja darah di lengan itu saya sapukan dengan daun keladi, datuk pun mengambil daun keladi dari saya lalu diletakkan atas tanah dengan keadaan yang terlentang. Macam kilat datuk melompat lalu membuka silat langkah pertama sambil melepaskan buah silat kiri dan kanan. Pergerakan datuk cukup cepat dan tangkas. Bila datuk mematikan langkahnya, saya lihat daun keladi yang diletakkan dalam keadaan terlentang hancur. Akhirnya datuk dongakkan kepala dan sepasang matanya merenung tajam ke arah salah satu dahan ara. Uraturat di mata datuk kelihatan seakanakan timbul dan berwarna merah. Dari kedua‐dua belah bibir matanya, saya lihat keluar asap yang nipis macam kabus. Dahi datuk berpeluh begitu juga kulit pipinya, dagu datuk bergerak‐gerak. Datuk terus menenung dahan ara itu. Tiba tiba dahan yang ditenungnya patah dan jatuh ke bumi. "Selesai”, kata datuk lalu menarik tangan saya ke arah kesan kena bakar. Daun yang terdapat di dahan itu semuanya layu dan kecut. Datuk tidak mence‐ritakan apaapa pun berhubung dengan dahan yang patah dan darah yang menitis pada lengannya. Kami pun meninggalkan kawasan tersebut. Hari sudah beransur gelap. Kerana kami ditempatkan di sebuah rumah khas oleh keluarga pemuda ganjil itu membuat saya dan datuk terasa agak selesa dan bebas bergerak. Malam itu, datuk membuat keputusan yang amat menakjubkan. Dia mahu meninjau keadaan kawasan sekitar rumah batu. Dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh pemuda itu ketika bulan menggambang. "Siapkan keris kecil untuk aku”, datuk mengeluarkan perintah. Sebaik saja dia selesai menunaikan sembahyang Isyak, saya segera mengeluarkan keris kecil dari tempatnya dan terus menyerahkan pada datuk. Datuk gulung keris itu dengan kain hitam dan terus diselitkan ke pinggangnya. Sebelum meninggalkan rumah khas tempat kami menginap, datuk terlebih dahulu duduk bersila di muka pintu sambil membaca sesuatu. Saya di suruhnya melihat bulan di langit. Saya berdiri dimuka tingkap melihat langit dan awan. Datuk terus bertafakur, kepalanya sudahpun dililit dengan kain merah. "Malam ni baru 13 Syaaban, bulan tidak begitu besar”, ujar datuk sambil menepuk lantai tiga kali. Dia terus mundarmandir di ruang rumah. Saya biarkan datuk dengan keadaannya. Saya tidak mahu campur dalam urusannya. Saya tersenyum, di langit bulan mula timbul, awan nipis yang melitupinya mula bergerak, terpisah dengan bulan yang sebesar buah kelapa sulung itu. Datuk segera menghampiri dan berdiri dekat muka tingkap. Wajahnya kelihatan berseriseri. "Malam ni mulakan dulu”, kata datuk. "Terlalu cepat datuk bertindak?" "Apa salahnya, menguji dulu sebelum masuk gelanggang”

[148]

"Saya takut kerja datuk jadi kerja yang siasia?" "Kita sekadar mencuba”, jawab datuk. Tiba‐tiba datuk dan saya terdengar lolongan anjing sayupsayup. Bulan di langit kian menyerlah. Awan kian bersih dan bergerakgerak perlahanIahan mengikut arah angin. Suara lolongan anjing kian kuat dan menyeramkan. Pokok‐pokok sekitar kawasan rumah tempat kami menginap mula bergerakgerak disentuh angin. "Aku dengar bunyi suara orang menjerit”, bisik datuk ke telinga saya. Dan datuk menyuruh saya mengamati arah mana suara orang menjerit itu datang. Saya pun pasang telinga dengan teliti. Dada saya mulai berdebar. "Dari arah rumah batu tuk” "Aku rasa pun begitu juga” "Apa yang patut kita buat tuk?" "Kita pergi kesana, meninjau” Saya menarik nafas panjang bila mendengar cakap datuk itu. Suara lolongan anjing kian kuat, angin juga mula bertiup agak kencang. Saya merasa hairan, kenapa hal itu terjadi dengan mendadak. Bila dilihat keadaan hari, memang tidak wajar angin boleh bertiup begitu kencang. Suara orang menjerit kian galak, bersambungsambung dalam lolongan yang memanjang. Datuk menyuruh saya turun dahulu. Dia mahu menguncikan daun pintu. Saya terus turun. Bila kaki saya memijak bumi, dada saya terasa berdebar debar. Dalam keadaan yang resah itu, sebiji pisang muda macam dibaling orang tertentu mengenai dahi saya. Pandangan saya jadi berpinarpinar. Badan saya terhuyunghayang. Dalam keadaan yang tidak keruan itu datuk terus memeluk saya. Datuk dudukkan saya atas anak tangga. Dengan perlahanlahan datuk menepuk dahi saya tiga kali berturut‐turut. Pandangan saya kembali normal. Dan badan saya tidak lagi terhuyunghayang. Datuk terus duduk di sisi saya di kaki tangga. Kami merenung suasana malam yang kelam itu. Suara lolongan anjing terus sambung menyambung, tingkah meningkah dengan suara cengkerik dan katak. Angin malam yang ber‐tiup melanggar dedaun dan dahandahan pokok sekitar kawasan rumah, melahirkan bermacammacam bunyi. Sekejap terdengar semacam orang berlari, sekejap terdengar semacam suara orang mengerang kerana menahan kesakitan. "Selalunya perbuatan ni, perbuatan syaitan”, kata datuk lalu bangun, menuju ke kawasan yang di duga tempat buah pisang muda jatuh. Seluruh kawasan itu datuk periksa. Tidak ada buah pisang muda yang ditemui, kecuali pelepah pisang yang panjangnya kirakira lima inci. Datuk ambil pelepah pisang itu lalu diramasnya hingga hancur. [149]

"Mari kita pergi ke rumah batu tu”, datuk tarik tangan saya. Kerana datuk menarik agak kasar dan kuat, saya hampir tersungkur mencium tanah. Me‐mang, ada ketikanya datuk kadangkadang bersikap kasar dengan saya Dan saya tidak pernah tersinggung dengan perbuatannya itu, kerana saya tahu kasih sayangnya terhadap saya tidak pernah surut dari hari nuraninya. Kami pun berjalan dengan hatihati. Tidak ada kesukaran yang kami hadapi kerana cahaya bulan malam tiga belas Syaaban yang mengeluarkan cahaya yang samarsamar banyak menolong kami. Setelah berjalan kirakira sepuluh minit, kami pun sampai di kawasan rumah batu dua tingkat itu. Datuk membuat keputusan untuk masuk ke kawasan rumah batu itu dari bahagian belakang yang dipagari dengan pokok‐pokok buluh. Datuk mengalami kesulitan kerana bahagian sebelah dalam pokok‐pokok buluh itu dilapisi dengan kawat berduri. Dalam jarak lima atau sepuluh kaki dari pohon‐pohon buluh yang di tanam itu terdapat pula pokok besar yang tumbuh merimbun bersama dengan akarakar yang berjuntaian. Suasana di situ terasa amat menyerarnkan. Ada bermacammacam bunyi yang saya dengar. Dengan pertolongan ca‐haya bulan saya dapat melihat beberapa ekor ular, lipan dan kala jengking merayaprayap atas daun buluh yang kemudian memanjat akar yang berjuntaian dari pokok besar. "Bagaimana kita nak masuk tok?”, tanya saya dengan jujur. Datuk terdiam. Matanya mula melihat bulan tiga belas Syaaban yang kian bersinar di dada langit. Ketika itu juga, saya terasa angin malam mula bertiup. Dedaun tua dari pokok besar kelihatan melayangIayang dan terus jatuh di atas daun buluh. Suara lolongan anjing kian hebat. Dalam saatsaat begitu saya terdengar suara burung hantu bersahutsahutan di atas pokok besar. Bunyi angin yang menyentuh dedaun dan dahandahan kayu amat menakutkan. Bunyinya kadang kala macam orang menangis, macam orang mengeluh. Semua terpaksa saya hadapi dengan tenang kerana datuk tetap dengan cita‐citanya untuk masuk ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat itu. Sayup‐sayup saya terdengar bunyi lonceng jam dari rumah dua tingkat itu berbunyi sebanyak dua belas kali. Badan saya mula menggigil akibat dijamah angin malam. Suara jeritan anjing liar bersahutsahutan memanjang bagaikan merayu‐rayu hiba. Datuk mula berdiri kemaskemas sambil memeluk tubuh. Datuk lalu menyuruh saya berdiri di sisinya dan berpeluk tubuh. Datuk mula mem‐baca sesuatu. Dalam keadaan yang tenang itu tiba‐tiba badan saya dan datuk ditimpa oleh air, macam air hujan sedangkan hari tidak hujan, cuaca cukup baik, langit cerah bersama bulan yang sedang mengambang. "Air apa tok?" saya menyoal datuk. Pertanyaan saya tidak mendapat jawa‐pan. Angin kian kuat bertiup, lolongan anjing dan suara burung hantu berpadu menguasai malam yang sudah berganjak ke subuh. Air dari langit itu datang lagi, menimpa muka saya. “Air apa tok?" [150]

"Air kencing langsuir” "Ha, saya takut tok” "Diamlah”, pekik datuk. Saya terdiam terus. Datuk segera mengangkat kedua belah tangannya separas dada, lurus, kemudian kedua belah tangannya itu dibengkukkannya hingga sepuluh jarinya menghala ke dada. Datuk menggerakgerakkan ke‐palanya. Sebaik saja datuk meletakkan tapak ta‐ngan kirinya ke atas bahu kanan, pokok besar ber‐goyang dengan hebatnya. Rantingranting kering jatuh ke bumi bertalutalu. Bila saja pokok besar itu berhenti bergoyang, terdengar suara orang perempuan mengilai pan‐jang. Selain dari suara itu terdengar juga bunyi orang memukul pangkal peha dengan tapak tangan bertalutalu, suara ketawa itu sambung menyam‐bung dan bertingkah pula dengan suara anjing liar yang menyalak panjang. Lagi sekali pokok besar itu bergoyang. Datuk masih bertenang. Dia tidak peduli dengan suara perempuan yang ketawa itu. Datuk menarik nafas panjang serentak dengan itu suara perempuan mengilai segera berhenti dan diganti dengan suara perempuan menangis panjang. "Jangan perdayakan aku”, suara datuk mula meninggi. Datuk terus me‐lompat ke arah pokok besar. Perdu pokok besar itu dipeluknya kuatkuat. Dengan kekuatan yang luar biasa datuk mengegarkan pokok tersebut hingga daun dan dahan pokok itu jatuh ke tanah. Suara perempuan mengilai dan menangis terus hilang. Suasana di sekeliling luar rumah batu dua tingkat itu terasa sunyi sekali. Datuk masih lagi berada di bawah pokok besar. Dengan tenang datuk menikam perdu pokok besar dengan jari kelingking, saya lihat jari kelingkling datuk terbenam dalam perdu pokok tersebut. Bila jarinya dicabut, saya terdengar suara jeritan yang memanjang di atas pokok. Datuk melompat kembali ke sisi saya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah membaca sesuatu. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, suara jeritan di atas pokok berhenti. Dari perdu pokok saya lihat seorang wanita berjalan ke arah kami, wanita itu memakai kain serba putih. Bila wanita yang memakai pakaian serba putih itu sampai di tempat saya dan datuk duduk, perempuan itu terus mengilai sambil mengibasngibas pa‐kaian putihnya ke kiri dan ke kanan, ketika itu juga bunyi suara burung hantu bertambah kuat bersama lolongan anjing. Perempuan yang memakai pakaian serba putih itu bagaikan terangkat dari bumi bergerak menuju ke bumbung rumah batu dua tingkat. "Apa benda tu tuk?" "Itulah langsuir” "Dia nak kemana tok?” "Entah”, suara datuk pendek. Saya terdiam dan tidak mahu mengemukakan pertanyaan padanya. Datuk dan saya terus berlegarlegar di tepi pagar pokok buluh. Saya tidak tahu apakah yang akan datuk lakukan. Saya selalu saja cemas melihat ular yang menjalar di atas pokok buluh. Datuk terus menepuk bumi tiga kali. Seluruh kawasan [151]

tempat saya berdiri jadi berasap tebal. Dua tiga kali saya terbatuk, kepala saya mula terasa pening. Lagi sekali datuk menampar bumi, kali ini saya lihat pagarpagar dari pokok buluh ter‐belah dua terbentang jalan berpasir menuju ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat. "Masuk”, kata datuk. "Ya, saya ikut” Saya pun mengikut langkah datuk. Datuk melangkah tiga langkah ke depan. Bila langkah yang keempat dimulai, datuk merendahkan badannya ke kiri dan tumit kakinya diangkat setinggi empat inci. Sementara kaki sebelah kanan di angkat separas lutut. Apa yang datuk lakukan saya buat dengan teliti. Datuk terus menampar tapak kaki kirinya dengan tangan kanan tiga kali berturut‐turut. Bila datuk me‐letakkan ibu jari kirinya ke pangkal hidungnya, saya terdengar satu letupan kecil dan diikuti dengan kepulan asap yang tebal. Bila kepulan asap itu hilang, pokok buluh yang terpisah tadi bercantum kembali. Dan kami sudah pun berada di dalam kawasan rumah batu dua tingkat. Saya dan datuk duduk di bawah pokok Bunga Tanjung. Tingkap bilik tidur di rumah batu dua tingkat itu terbuka. Lampu masih terpasang. "Kita tengok apa yang akan berlaku. Kau jangan tegur”, datuk mengingatkan saya, sambil melilitkan secebis kain hitam di pergelangan tangan kanan saya. Angin malam, terus juga bertiup, embun jantan mula turun. Saya mula terasa kesejukan, bibir saya mengeletar. Tiba‐tiba lampu di bilik tidur dipadamkan buat beberapa minit. Bila lampu itu di hidupkan, pemuda yang dikatakan mengalami penyakit ganjil mendepankan kedua belah tangannya sambil menguap panjang. Lepas itu dia menekan jenang tingkap. Kerana dia tidak memakai baju, bulu dadanya jelas kelihatan begitu juga dengan bulu ketiaknya. Wa‐laupun malam terasa amat dingin tetapi pemuda yang tinggal di rumah batu dua tingkat itu tidak terasa dingin. Pemuda itu merenung ke langit pada bulan yang kelihatan bersinar di dada langit. Dengan mendadak saja pemuda itu menjerit terlolong macam anjing menyalak kucing di atas pokok. Bila pemuda itu se‐lesai menjerit dia terus memadamkan lampu biliknya. Dalam beberapa minit kemudian saya dapat lihat lampu di bahagian bawah me‐nyala. Serentak dengan itu pemuda tersebut terus membuka pintu. Sinar lampu di bahagian depan itu sampai ke kawasan pokok Bunga Tanjung, saya dan datuk terpaksa berlindung di balik batang pokok tersebut, dengan berbuat demikian kami harap pemuda tersebut tidak akan dapat melihat kami. Apa yang kami harapkan memang menjadi, pemuda itu tidak merenung ke arah kami. "Wangi”, bisik saya pada datuk, kerana saya terhidu bau yang wangi datuk segera menekup mulut saya dan memberitahu saya supaya jangan menegur sesuatu yang dirasakan ganjil. Cakap datuk itu saya patuhi. Bau wangi itu terus menusuk lubang hidung saya. Tiba‐tiba pemuda yang tinggal dirumah batu dua tingkat itu muncul di muka pintu dengan pakaian yang cukup rapi. Dia berdiri sambil menyandarkan badannya ke tiang pintu. Dia merenung ke depan sambiI menarik nafas de‐ngan tenang. Seolaholah dia cukup senang menyedut udara yang berbau harum itu. [152]

Dari kejauhan saya dan datuk mula terdengar lolongan anjing yang mendayudayu. Di tengah suara anjing yang mendayudayu itu pemuda ganjil itu menari sambil menyanyi dengan kuatnya dan matanya tetap melihat bulan yang me‐ngambang. Saya mengeluh panjang, dari arah jalan yang menuju ke pintu rumah batu dua tingkat itu, saya melihat seorang perempuan bergaun putih menuju kearah tempat pemuda ganjil itu berdiri. Angin malam yang berhembus membuat gaun perempuan berkibarkibar, seakanakan menari dijalan menuju ke rumah yang sepi itu. Datuk menyuruh saya membaca beberapa potong ayat AlQuran dengan tujuan menghalau syaitan. Saya jadi kelam kabut, tidak ada satu ayat pun yang dapat saya ingati. Seluruh badan saya mengeletar. Datuk segera membaca beberapa mantera peneguh semangat, kemudian datuk hembus cuping telinga sebelah kanan saya tiga kali berturut‐turut. Rasa cemas dan darah gemuruh saya mula terkawal. Saya dapat menumpukan per‐hatian saya pada lelaki ganjil dan perempuan yang bergaun putih. Saya lihat perempuan bergaun putih itu sudah berdiri di hadapan pemuda tersebut sambil menghulurkan tangannya. Pemuda itu menyambut tangan perempuan yang bergaun putih dengan senang hati. Mereka berpelukpelukan. Suara anjing terus menyalak mendayudayu, angin terus bertiup tenang, bau harum menguasai seluruh kawasan rumah batu dua tingkat itu. "Perempuan itu syaitan menjadikan dirinya wanita cantik”, bisik datuk pada saya. "Mana boleh begitu, dia manusia”, saya membantah. "Kau baring rapatkan telinga kanan kau ke bumi, dan mata kau renung ke arahnya”, ujar datuk. Saya patuh dengan cakapnya. Bila saya sudah meniarap datuk pun memegang buku lali kaki kiri saya, dia menyuruh saya melihat ke arah perempuan yang memakai gaun puith. Lagi sekali saya menarik nafas panjang, perempuan yang bergaun putih memang berwajah hodoh. Matanya merah, kepalanya tanpa rambut, hidungnya panjang macam sumbu badak dari kedua belah rehangnya terjulur gigi yang panjang macam gading gajah. "Sudah, jangan tengok lamalama, nanti kau tak boleh tidur”, datuk terus menepuk pangkal ketiak saya. Semua yang saya lihat hilang, perempuan yang bergaun putih yang sebentar tadi saya lihat dalam keadaan yang amat mena‐kutkan, sudah kembali normal pada penglihatan macam manusia biasa. Pemuda dan perempuan bergaun putih itu melangkah ke arah bangku yang terletak dibawah pokok Cempaka, mereka duduk di situ dan ber‐cengkerama. "Kau cantik macam kawan kau juga Mariatun”, kata pemuda itu sambil memeluk pinggang wariita yang bergaun putih. Percakapan mereka dapat saya dengar dengan jelas, setelah datuk dan saya berkisar tempat duduk iaitu ke arah angin datang. Datuk juga mengikat secebis kain hitam pada sebatang kayu yang dipacakkan

[153]

dihadapan kami. Memang menakjubkan, kain hitam yang se‐besar dua jari itu bagaikan ada kuasa menghan‐tarkan buah bicara pemuda ganjil dan perempuan bergaun putih kepada saya dan datuk. "Jangan kau tinggalkan aku dan kawankawan‐ku”, suara perempuan bergaun putih. Si pemuda terus ketawa terkekeh mendengar cakap kekasih‐nya itu. Tiba‐tiba pemuda itu terus mendukung perempuan bergaun putih, dibawanya kerumah iaitu di tingkat atas. Beberapa saat kemudian lampu dibilik tidur menyala, saya lihat perempuan bergaun putih membuka gaunnya lalu merangkul pinggang pemuda. Kedua duanya rebah di atas ranjang, apa yang saya dengar ialah suara ketawa pemuda dan perempuan bergaun putih penuh mesra. Datuk terus mengajak saya pulang, saya tidak membantah. Waktu saya dan datuk keluar dari kawasan rumah batu dua tingkat itu, bau harum masih lagi berleluasa di situ, suara salakan anjing mendayu dayu, dan lampu di bilik tidur pemuda ganjil itu terus menyala. Sebaik saja saya dan datuk sampai ke kaki tangga rumah khas, saya terdengar suara jeritan orang perempuan, lalu di ikuti oleh suara orang lelaki, cukup nyaring dan meremangkan bulu tengkuk. Jeritan dari lelaki itu me‐manjang dan bergema di tengah malam yang dingin. Suara jeritan itu berlanjutan hingga beberapa jam. Bila bulan di langit dili‐puti awan dan tidak boleh mengeluarkan sinarannya, suara jeritan pemuda itu akan berhenti. Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. Datuk sandarkan badan ke dinding. Saya rebahkan badan di atas lantai. Beberapa minit kemudian saya terlena, tidak ada sesuatu yang saya takutkan, bila tidur sudah menguasai diri. Pagi itu, datuk sengaja mengajak saya pergi mandi embun berhampiran kawasan rumah batu dua tingkat itu. Kemudian datuk dan saya terus menceroboh ke kawasan rumah pemuda yang di anggap oleh orang orang kampung mengalami penyakit ganjil. Saya dan datuk masuk ikut sebelah kanan bangunan tersebut. Kerana banyak pokok‐pokok tumbuhan yang tumbuh di situ, kami tidak begitu sukar untuk memperolehi air embun. Menurut datuk, kebanyakan pokok yang tumbuh di situ semuanya dari jenis daun yang ada khasiat. Sedang saya dan datuk asyik mandi embun, tiba‐tiba secara mengejut seekor kucing hitam muncul dari celahcelah rimbunan pokok buluh. Rupa kucing itu amat ganjil sekali. Seluruh bulu di badannya berwarna hitam. Tetapi dibahagian mukanya terdapat buluh putih yang tumbuh melintang. Kucing itu menerkam ke arah datuk dan mahu membaham ibu jari kaki kiri datuk. Cepat cepat datuk mengelak, kucing itu segera pula melompat ke arah datuk dan bersedia untuk menggigit jari tangan kiri datuk. Datuk menggigit bibir, dia terasa ada sesuatu yang ganjil pada kucing hitam itu. Kucing hitam itu bukan kucing sebarangan. Matahari pagi terus bangkit dan mengeluarkan sinarnya lalu memanah ke setiap dinding rumah batu dua tingkat itu. Saya mula terasa kulit muka pedih, akibat sinaran matahari. "Bersedia”, kata datuk. Serentak dengan itu datuk menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi sebanyak tujuh kali. Kucing hitam itu mengiau , saya lihat kucing hitam itu sudah tidak mampu untuk bergerak tetapi dia masih mampu memperlihatkan gigi dan taringnya pada kami. [154]

"Berambus kau”, suara datuk keras, dia lantas memetik ibu jari tangannya. Kucing hitam itu bagaikan ditolak oleh sesuatu, tercampak ke dalam perdu buluh dan mengiau panjang di situ. "Mari kita mandi lagi”, datuk tolak badan saya. Saya terdorong ke hadapan. Kami sudah berada betulbetul di hadapan pintu rumah batu dua tingkat. Da‐tuk meneliti keadaan pintu rumah tersebut, macam mencari sesuatu. Saya dan datuk terkejut. Pintu rumah batu dua tingkat itu terbuka. Pemuda ganjil muncul di hadapan kami dengan senyum. "Mengacau saya?" "Tidak, kami tersesat” "Huh, sila masuk” Datuk dan saya terus menunaikan jemputan pemuda itu. Pagi itu pemuda tersebut nampak kemas, rambutnya disikat rapi lurus ke belakang. Orangnya tinggi kurus. Wajahnya agak pucat dan kurang bermaya bila melangkah. Kelopak matanya seakanakan mahu tertutup macam orang keletihan dan kurang tidur. "Nak minum apa?", tanya pemuda itu pada kami. "Tak payah, kami sudah minum” "Saya kurang tidur, malam tadi isteri saya datang” "Isteri?” "Ya, kenapa?" Datuk tidak menjawab pertanyaan orang muda itu. Tanpa di minta oleh datuk, pemuda itu menceritakan orang‐orang kampung menyingkirkan dirinya kerana berkahwin sendi‐rian. Datuk hanya anggukkan kepala sahaja. Ternyata cerita pemuda itu amat berbeza dengan cerita orang tua dan orang kampung sendiri. Kemudian pemuda itu membawa saya dan datuk ke dapurnya. Dia menunjukkan periuk dan kuali yang selalu di gunakan oleh isterinya. Pemuda itu juga menunjukkan beberapa helai rambut isterinya yang disimpan dalam botol. Tetapi, bila datuk mahu memasukkan paku ke dalam botol yang ada rambut isterinya, pemuda itu melarangnya. "Pesan isteri saya, jangan bawa paku bila datang ke sini, rambutnya tak boleh kena paku, nanti rumah terbakar” "Maafkan saya, berapa bini awak?” “Tiga orang” [155]

"Bila dia datang melawat awak?" "Sebelah malam, bila bulan mengambang mereka datang bergilirgilir” Dialog yang terjadi antara datuk dengan pemuda itu amat menarik hati saya. Dari percakapannya itu, tidak nampak pemuda itu seorang yang ganjil. Dia adalah manusia biasa. Soalnya, kenapa dia menjerit bila bulan mengambang dan tinggal sendirian di rumah batu dua tingkat? Pertanyaan itu berlegarIegar dalam kepala saya. Akhirnya, datuk meminta diri dari pemuda itu untuk pulang. Pemuda ganjil menghantar kami ke pintu pagar. Baru tujuh tapak datuk melangkah dari pintu pagar rumah batu, dia segera memusingkan badannya menyebabkan langkah saya yang rancak terhenti. Datuk merenung ke pintu pagar dan saya lihat pemuda ganjil melambaiIam‐baikan tangan ke arahnya. "Dia bagaikan tahu gerakgeri aku”, keluh datuk dan memusingkan badannya ke tempat asal, membelakangi pintu pagar dan rumah batu. Datuk dan saya meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah pintu pagar rumah batu. Matahari pagi terus kembang, cahayanya jatuh ke daundaun pokok yang dilekati air embun, sekali pandang air embun yang di panah oleh sinar matahari kelihatan berkilaukilauan bagaikan batu berlian. Hati saya terasa senang men‐dengar kicauan berburung dihujung dahan. "Berhenti dulu”, kata datuk dan langkah saya terus kaku. Datuk terus mengeliat sambil meramas daun ketapang dengan tangan kanan. Datuk melihat pokok‐ pokok ketapang yang berdaun lebat tumbuh di situ. Tanpa memberitahu saya, datuk terus memeriksa setiap batang pokok ketapang .yang terdapat di situ. "Apa yang tok cari?", tanya saya setelah datuk berada di samping saya. Datuk mengedutkan dahi sambil menggigit bibirnya. "Tak ada apa apa” "Kalau tak ada apa apa, kenapa diperiksa?" "Ah, kau ni banyak cakap sangat, jalanlah”, suara datuk agak keras. Dia terus menolak bahu kanan saya. Walaupun saya tidak melahirkan sebarang bantahan atas tindaktanduk datuk itu, tetapi hati saya tetap tidak puas. Cara yang paling selamat ialah melihat tindaktanduk datuk selanjutnya itu lebih baik dari memaksa dirinya bercerita, fikir saya dalam hati. Saya dan datuk terus mengatur langkah, meninggalkan pokok‐pokok keta‐pang, pokok buluh dan keduduk di belakang. Badan saya mula berpeluh dan perut sebelah kanan saya mula terasa sakit kerana penat berjalan. Tetapi, datuk tidak nampak letih. Langkahnya masih rancak, mukanya kelihatan merah dan berseri, macam orang muda yang baru berusia tiga puluhan. Kami sampai ke rumah yang dikhaskan untuk kami. Datuk terus memasak air panas dan membuat kopi. Ketika kami sedang enak menghirup kopi, saya terdengar suara orang batuk diluar. Datuk segera letakkan cawan kopi ke piring dan mata kanannya dikecilkan hingga kedua belah keningnya hampir [156]

bertemu. Dengan perlahanIahan datuk meletakkan jari manis sebelah kanan atas tulang pipi. Dia bagaikan melihat sesuatu di luar rumah dengan kuasa matanya. "Naiklah”, ujar datuk. Seorang lelaki memakai baju Melayu cekak musang, berkain pelikat petak besar muncul di muka pintu. Sebelum meletakkan punggungnya ke lantai lelaki itu angkat tangan pada datuk . "Silakan duduk” "Terima kasih" Lelaki itu sandarkan badan ke dinding. Datuk pun segera duduk disisinya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang dengan rambut yang disikat rapi lurus ke belakang. "Bagaimana dengan anak saya?" "Sabarlah, saya sedang berusaha” "Malam tadi dia datang ke rumah saya, dia nak tikam emaknya dengan buluh runcing. Dia marahkan emaknya kerana awak ada di sini” "Malam tadi? Ah pelik benar keadaannya” "Tidak pelik. Dia datang betul, nasib baik setelah saya pujuk dia tinggalkan rumah saya dengan aman” Wajah datuk saya lihat cemas sedikit setelah mendengar cerita dari ayah pemuda aneh itu. Hati saya jadi serba salah untuk memastikan sama ada cerita itu benar atau tidak. Se‐panjang yang saya tahu dan Iihat pemuda aneh itu tidak kemana malam tadi. Saya kira datuk mengetahui tentang kedudukan hal ini. Datuk renung muka saya sambil menegakkan ibu jari kirinya, saya faham dengan maksud itu. Dia mahu saya jangan campur dalam urusannya atau membuka rahsia apa yang telah dilakukan oleh datuk dan saya malam tadi. "Saya tak tahu langsung perkara itu”, datuk membohongi ayah pemuda ganjil itu. Secara diplomasi datuk bagaikan memaksa ayah pemuda ganjil bercerita tentang rumah batu tempat pemuda ganjil itu tinggal. Tujuan datuk berbuat demikian bukan apaapa atau ada maksud yang tertentu. Saya kira dengan mengetahui asal usul sesuatu kejadian itu adalah lebih baik dan memu‐dahkan tugasnya. Senang bertindak dan membuat keputusan. Mungkin kerana ayah pemuda ganjil itu memang mengharapkan pertolongan datuk untuk mengubat anaknya, dia terus bercerita dengan terus terang. Menurutnya, rumah batu itu milik arwah ayahnya yang berasal dari Muara Enim, Jambi, Sumatera Selatan, Indonesia. Rumah itu didirikan dari hasil rompakan yang dilakukan oleh arwah ayahnya ketika disana. Dalam rancangannya, wang yang dirompak dari o‐rangorang Belanda itu akan dikumpul untuk digunakan bagi menentang pen‐jajah Belanda. Kerana arwah ayahnya cekap dalam kira mengira dan dianggap amanah lalu ia dilantik sebagai penyimpan wang rompakkan itu. Tiba‐tiba arwah ayahnya gelap mata lalu melarikan wang itu ke tanah Semenanjung. Bila sampai di Semenanjung, ayahnya

[157]

menukar nama dan membeli sebi‐dang tanah lalu mendirikan rumah batu, di samping itu menjalankan pernia‐gaan kayu balak dan lombong. "Sayangnya, rumah itu tidak dapat didiami oleh arwah ayah saya kerana ada lembaga hitam yang tangannya berbulu tebal mengganggu ayah saya. Malah saya, menurut cakap ibu dilahirkan di rumah lain”, kata ayah pemuda ganjil itu. Katanya lagi, dalam zaman pemerintahan Jepun rumah itu dijadikan mar‐kas tentera Jepun untuk memancung kepala orang‐orang yang menentang mereka. Bila Jepun kalah rumah itu dijual pada seorang saudagar Cina, tetapi saudagar itu memulangkan kembali rumah tersebut pada warisnya. "Bila ayah awak meninggal?" tanya datuk. "Sebelum Jepun mendarat di Kota Sharu, Kelantan dalam tahun 1942” "Apa amanatnya pada awak?" "Dia mahu anak saya atau cucunya dihantar ke Padang Panjang, Sumatera, untuk belajar agama, dia mahu cucunya jadi seorang ulama yang terkenal” "Awak tunaikan amanatnya?" "Saya tunaikan” "Anak yang mana awak hantar ke sana?" "Anak saya yang tinggal di rumah batu itu” Datuk tersentak mendengar cakap ayah pemuda ganjil itu. Saya menarik nafas panjang. Ayah pemuda ganjil itu menggaru kulit rambutnya yang tidak gatal. Matanya merenung sayu ke wajah saya macam orang putus asa. Datuk bangun lalu berdiri di muka tingkap melihat sinar matahari pagi yang garang menikam halaman rumah. "Berapa lama anak awak di sana?", soal datuk. "Baru dua tahun disana, dia tidak mahu belajar dan pulang kesini lalu tinggal di rumah itu”, ayah pemuda ganjil memicit dahinya berkalikali. Datuk kembali duduk di sisinya. Suasana dalam rumah terasa amat sepi. Datuk dan ayah pemuda ganjil itu tidak berkata walau sepatah pun, begitu juga dengan saya. Kesepian itu terusik juga oleh kicau burung murai yang mencari cacing di luar rumah. "Sabarlah, nanti saya usahakan. Dengan izin Allah anak awak akan kembali pada keadaan asal”, tiba‐tiba datuk bersuara.

[158]

Bahu ayah pemuda ganjil itu ditepuknya berkalikali. Ayah pemuda ganjil itu minta diri dan datuk meng‐hantarnya hingga ke kaki tangga. "Menerima amanah mudah tetapi menunaikan amanah memang pahit. Ba‐nyak godaan dan dugaan yang tiba. Kalau kurang iman jahanam diri sendiri dan balanya berterusan”, kata datuk dengan nada suara yang lemah sambil merenung wajah ayah pemuda ganjil. Dari muka pintu saya lihat, ayah pemuda ganjil itu berada dalam serba salah, air mukanya berubah mendengar kata‐kata dari datuk itu. "Apakah anak saya menerima bala dari perbuatan datuknya?" "Entahlah, hanya Allah yang mengetahui dalam hal ini” "Saya rasa perbuatan ayah saya tidak bertentangan dengan hukurn agama. Dia merampas harta musuh dalam keadaan darurat atau berperang” "Saya faham. Kalau tak silap, perbuatan itu diharuskan oleh agama Islam. Malah Nabi Muhammad S.A.W. pernah melakukannya. Harta rampasan itu dibahagibahagikan atau digunakan untuk kebajikan agama, tetapi ayah awak tidak amanah sudah menyimpang jauh dari hukum Islam” Ayah pemuda ganjil itu terdiam mendengar keterangan dari datuk. Tanpa banyak cakap dia terus berjabat salam dengan datuk, kemudian melangkah dengan tenang meninggalkan kawasan rumah khas kami. "Kau tunggu rumah. Aku mahu mengambil air sembahyang”, datuk memberitahu saya. Belum pun sempat saya memberi jawapan, datuk hilang dari pandangan saya. Tidak tahu kemana datuk pergi. Semua cawan dan piring kosong saya bawa ke‐ bahagian dapur dan terus membasuhnya hingga bersih. Lepas itu saya susun atas para. Bila saya kembali ke ruang tengah rumah, saya dapati datuk sedang duduk menghadap ke arah kiblat. Datuk membaca Surah Yasin hingga tamat. Kemudian dia membilang tasbih berzikir panjang. Saya membiarkan datuk dengan kerjanya dan saya terus menyusun dan membersihkan akarakar kayu dan batubatu yang dikutip semalam. Menurut datuk, bila semuanya sudah bersih, barangbarang itu mesti dile‐takkan di atas bendul rumah supaya kena matahari dan bendabenda itu tidak boleh dilangkah oleh manusia atau binatang. Bila matahari berada betul‐betul di tulang bumbung rumah, datuk menghentikan tugasnya. Dia mengambil beberapa akar kayu dan batu yang saya susun di bendul. Barangbarang itu di bawanya ke tanah dan diatur atas sekeping papan pada tengahari yang rembang. Datuk berpanas di situ hingga seluruh badannya berpeluh. Datuk masuk ke rumah lalu menyapu peluh di muka dengan belakang tangan. Kerana waktu Zuhur sudah sampai, datuk menggesa saya mengambil air sembahyang. Saya dapati datuk sudah berada di sisi saya. Datuk tidak saya hiraukan.

[159]

"Air itu tidak rata. Kau harus membasuh kakimu hingga sampai ke bulu lali dan air itu mesti kena jari kakimu, ambil air sembahyang mesti betul. Kalau ambil air sembahyang tidak betul macam mana sembahyang boleh betul”, tegur datuk. Saya tersenyum dan segera mematuhi cakapnya. "Ingat, jangan ambil air sembahyang sebarang. Ikut syaratnya, kalau tak tahu belajar dan bertanya”, tambahnya. Dan datuk terus mengambil air sem‐bahyang. Bila sudah selesai, kami kembali ke rumah menunaikan fardu zuhur. Lebih kurang pukul dua petang, datuk suruh saya kumpulkan akarakar kayu dan batu yang dijemurnya dalam baldi kecil. Dengan baldi kecil itu, saya dan datuk membawa barangbarang tersebut kerumah batu. Lebih kurang satu rantai mahu sampai ke rumah itu, datuk mengambil baldi dari tangan saya. Bila sampai di pintu pagar rumah batu, datuk tepuk baldi dengan tangan kanannya dan pintu pagar terbuka dengan sendiri. Sebaik sahaja berada di halaman rumah batu, datuk ambil tiga batu dan tiga urat akar kayu. Batu dibuang kearah kanan dan akar kayu dibuang ke arah kiri. Mulut datuk kelihatan bergerakgerak, sebiji batu dalam baldi diambilnya lagi dan batu itu di gosoknya berkalikali. Akhirnya, batu itu diletakkan betulbetul didepan pintu rumah batu yang tertutup rapat. Bila datuk memijak batu itu dengan kaki kirinya, pintu rumah batu terbuka dengan sendirinya. Saya terpandang macam ada batang tubuh wanita berdiri di muka pintu beberapa saat. Saya tidak dapat memastikan wajah wanita itu kerana ia muncul sekejap saja dan macam bayangbayang pula. "Mari masuk Tamar”, kata datuk. "Untuk apa tok?" "Mari masuk”, sergah datuk sambiI merenung kelangit melihat matahari yang bersinar terik serta gumpalan awan yang bergerak ke arah barat daya. Saya tidak tahu, entah mengapa kaki saya terasa berat untuk melangkah, macam ada sesuatu yang membelenggu kedua belah kaki saya. Bulu roma saya mula tegak, rasa takut bersarang dalam hati. Bila saya renung ke arah pintu yang terdedah, saya bagaikan terpandang sesuatu yang aneh. Saya semacam terpandang orang berjanggut panjang beberapa saat. Bila orang itu hilang, saya terlihat perempuan cantik berhidung panjang sampai ke dada. Bila perempuan itu hilang saya terlihat orang memakan bara api, semuanya bertukar ganti dalam masa yang cukup pantas. "Saya takut tok” "Mengarut, mari”, datuk menarik tangan saya sambil menekan nadi di pergelangan tangan dengan ibu jarinya bagaikan terkejut, macam orang kena kejutan letrik. "Mengucap Tamar”, kata datuk lagi saya pun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan tenang dan teratur. Saya dan datuk terus melangkah ke dalam ruang rumah. Saya lihat beberapa ekor labahIabah merayap di dinding. Hampir seluruh kawasan ruang itu dipenuhi oleh sarang labahIabah dan angkutangkut, [160]

keadaan didalam rumah itu kelihatan suram dan samarsamar. Datuk membuka salah sebuah tingkap di situ untuk mendapatkan cahaya matahari. Bila cahaya matahari masuk ke dalamnya, ba‐rulah saya melihat pecahan kaca dan tembikar ber‐selerak di lantai, dua tiga ekor lipan bara melarikan diri dari terkena cahaya matahari, empat kerusi kuno dan sebuah meja kuno sudah berlubangIubang di makan oleh anaianai. Di kaki tangga untuk naik ke tingkat atas ter‐dapat sebuah busut jantan yang tingginya hampir lima kaki. Kalau direnung lamalama busut jantan itu bentuknya macam seorang lelaki berpeluk tubuh. Bila datuk menjamah bahagian atas busut jantan itu, beriburibu kalkatu keluar memenuhi ruang rumah batu itu. Datuk dan saya segera memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas. Terdapat lima bilik di tingkat tersebut, salah sebuah bilik di situ kelihatan bersih dan langsir kuning terpasang dengan rapi, beberapa keping patahan dari batu nisan kelihatan berselerak di muka pintu bilik. Saya dan datuk jenguk ke dalam bilik. Pemuda ganjil sedang tidur dengan nyenyaknya di atas katil kuno dengan beralaskan daundaun ketapang kering sambil memeluk batu nisan. Bila datuk mahu masuk ke bilik tersebut, rumah batu itu terasa bergegar disertai dengan bunyi dentuman yang amat kuat macam bunyi petir. Saya dan datuk mula terdengar bunyi air hujan mencurahcurah di luar. Bagi memastikan apakah di luar betulbetul hujan, datuk segera membuka tingkap, ternyata hari tidak hujan. Cuaca cukup baik, matahari tetap bersinar, langit biru kelihatan bersih. Satu hal yang menakjubkan. Bila daun tingkap terbuka perkara yang aneh itu tidak kedengaran, bila daun tingkap dirapatkan macammacam bunyi mengusik gegendang telinga. Datuk rapat ke katil pemuda ganjil. Bila datuk duduk di sisinya, saya terlihat sepasang tangan yang berbulu sebesar pokok pinang dara keluar dari dinding bilik. Sepasang tangan itu mengarah ke batang leher datuk. "Aku akan mengembalikan pada orang yang berhak. Jangan ganggu kami dan perdayakan anak cucunya”, kata datuk. Sebaik saja datuk selesai bercakap sepasang tangan yang berbulu itu hilang dari tepi dinding bilik. Datuk cuba mengejutkan pemuda ganjil yang sedang tidur. Usaha datuk itu gagal. Setiap kali dia mahu menjamah kaki pemuda ganjil itu, bayang‐bayang perempuan akan muncul di atas katil seolaholah menghalang perbuatan datuk. "Rumah ni, rumah syaitan”, keluh datuk lalu dia membaca beberapa potong ayat AlQuran dari Surah Jin. Ketika datuk membaca surah tersebut, pasir dan batu berterbangan dalam bilik. Datuk tidak peduli, dia terus membaca hingga bayangbayang perempuan itu hilang dari penglihatan datuk dan saya. Bila keadaan sudah tenang, datuk pun membangunkan pemuda ganjil yang sedang tidur. Wajah pemuda itu nampak pucat lesi. Dia bagaikan berada dalam satu keadaan yang cukup asing, mulutnya terus mengungkapkan perka‐taan yang tidak berapa jelas dan sukar difahami. Tanpa saya duga, pemuda ganjil yang nampaknya tidak bermaya tiba‐tiba melompat. Suaranya keras dan mengaum macam suara kucing yang sedang marah bila ekornya dipijak. Pemuda ganjil menerkam ke arah datuk. Tetapi datuk yang sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan itu segera me‐nekan kepala katil dengan ibu jari kiri. Dan pemuda ganjil itu seperti ditolak oleh kuasa ghaib [161]

kembali ke tem‐pat asalnya. Duduk di situ kali ini dia menentang datuk dengan kuasa matanya. Keadaan itu datuk hadapi dengan tenang. Datuk menggunakan kuasa matanya hingga mata pemuda yang bersinar garang jadi layu dan terus tertutup. Pemuda ganjil itu rebah atas katil kembali. Datuk terus membaca Surah AlFalak. Bila sudah selesai membaca su‐rah tersebut datuk meraba tubuh pemuda ganjil mulai dari kaki hingga ke pangkal leher dan datuk mematikan rabaan itu dengan menjentik sebanyak tiga kali cuping telinga kiri pemuda ganjil. Manakala dari sebelah telinga kanannya datuk membisikkan beberapa potong ayat AlQuran hingga pemuda itu membuka matanya. Datuk segera mendukung pemuda ganjil itu keluar dari rumah batu. Bila kami berada di luar kawasan rumah batu, tiba‐tiba hujan panas turun mencurahcurah. Habis rambut saya basah begitu juga dengan datuk. Pemuda ganjil yang terkapar dalam dukungan datuk tidak bergerak. Matanya pejam dan mulutnya yang separuh terbuka di masuki oleh air hujan. Peliknya, hujan panas itu terjadi dalam jarak beberapa ela sahaja dari kawasan rumah batu itu. "Inilah kebesaran Allah. Dalam panas ada hujan. Dalam hujan ada panas. Semoga Allah memberkati niat suci aku”, kata datuk lalu mempercepatkan langkahnya. Bila sampai di rumah, datuk terus me‐mandikan pemuda ganjil itu dengan air yang saya ambil dari sungai. Dengan jari manisnya datuk mencabut tujuh helai rambut pemuda ganjil di bahagian ubun‐ubunnya. Rambut itu datuk simpulkan lalu disuruh saya menanamnya. "Kau mahu minum ?" tanya datuk pada pemuda ganjil. Walaupun pemuda ganjil itu tidak memberikan sebarang jawapan, datuk tetap menyuruh saya membuat air kopi panas yang dicampurkan dengan bawang putih. "Minum”, kata datuk. Pemuda ganjil itu bagaikan dipukau menurut saja perintah datuk. Bila air kopi habis di minum, pemuda itu mula batuk dan bersin. Dia sedawa berkalikali. Mukanya kelihatan berpeluh dan merah. "Emak dan ayah saya, mana dia ?", tanya pemuda itu. "Ada, kau mahu jumpa dia?", balas datuk. "Mahu” "Cuba kau mengucap sekarang” "Boleh, Ashha..”, pemuda itu mengucap dengan lancarnya. Datuk gembira dan menyuruh saya memanggil kedua orang tua pemuda ganjil itu. Bila kedua orang tua pemuda ganjil itu tiba, suasana dalam rumah jadi lain macam. Ibu pemuda ganjil itu menangis, dia tidak terfikir anaknya yang aneh boleh kembali kepangkuannya walaupun wajah dan tubuh anaknya agak berbeza dari dulu. [162]

"Jangan sentuh dia”, datuk melarang ibu pemuda ganjil itu menjamah tubuh anak kesayangannya. Ibu pemuda ganjil itu jadi terkejut. Suaminya segera memujuk hingga rasa terkejut itu hilang dari dirinya. Datuk mengarahkan kedua ibubapa pemuda ganjil itu duduk di hadapan‐nya. Manakala datuk, saya dan pemuda ganjil duduk sebaris jarak kami dengan kedua orang tua pemuda ganjil itu kirakira dua kaki. "Kau jawap pertanyaan aku sebelum kau bertemu dengan kedua orang tua kamu”, kata datuk sambiI memandang ke wajah pemuda ganjil. Saya lihat pemuda itu anggukkan kepala tanpa memandang ke hadapan atau ke kiri dan ke kanan. "Baik”, balas pemuda ganjil. "Siapa nama ayah kau?" "Ansaruddin Hasibuan” "Emak kau?" "Teh Mayang Mengurai” "Salah”, pekik datuk sambil menumbuk lantai, semua yang ada dalam rumah jadi terkejut. Datuk segera memegang leher pemuda ganjil sambil mencabut sehelai bulu roma telinga kanan pemuda itu. Ada pertentangan dari pemuda ganjil itu, tetapi, setelah datuk menekan dengan ibu jari kaki kiri di pahanya pemuda itu menyerah. Bulu roma telinga pemuda ganjil itu datuk letakkan atas tapak tangan ka‐nan. Datuk hembus bulu telinga itu dengan kuasa hidungnya. Bulu roma itu kelihatan melayangIayang dalam ruang rumah. "Pulanglah ke tempat asalmu dan jangan ganggu anak cucu Adam”, suara datuk cukup lantang. Bulu roma yang berterbangan dalam rumah terus menuju ke muka pintu. Semua yang ada dalam rumah tercengangcengang. Kami terdengar suara orang perempuan menangis dengan sayu di tengah hari yang menyerlah itu. Sesungguhnya, saya tidak tahu dari arah mana suara itu datang. Bila keadaan sudah tenang, datuk terus bertanya pada pemuda itu. "Siapa nama emak kamu?" "Rabiatun”, jawap pemuda itu. "Betul” Datuk menyuruh pemuda itu mencium lutut ibunya. Pemuda ganjil itu ikut cakap datuk. Bila dia selesai mencium lutut ibunya, pemuda itu segera memeluk ayahnya sambil minta maaf. Mereka berpelukpelukan dan bertangistangisan. Datuk dan saya terus menyaksikan peristiwa yang penuh dramatik itu dengan perasaan terharu. Air mata saya meleleh dipipi. Sedarlah saya betapa kasihnya ibu [163]

dan ayah terhadap anaknya. Dengan izin datuk, pemuda ganjil itu dibenarkan pulang ke rumahnya. Tetapi, sebelum pemuda itu masuk ke rumah, dia harus dimandikan dulu di bawah tangga atau di pintu rumah. Perkara itu di lakukan sebagai syarat atau petua dari orang tuatua, kononnya untuk meng‐halau hantu syaitan. "Walaupun ini merupakan petua tetapi tidak ber‐tentangan dengan ajaran agama, tujuannya baik”, ka‐ta datuk pada ibu pemuda ganji itu. Syarat itu sengaja di sampaikan pada ibunya ke‐rana kerjakerja harus di lakukan oleh ibunya sen‐diri. Ayahnya tidak dibenarkan oleh datuk ikut pu‐lang sam. "Awak duduk di sini, hingga lepas waktu Asar. Banyak perkara yang mahu saya cakapkan pada awak”, ujar datuk pada ayah pemuda ganjil. Saya renung wajah ayah pemuda ganjil itu. Dia nampak tenang dan setuju dengan cadangan datuk itu. Pemuda ganjil dan ibunya segera berangkat dari rumah yang kami diami. Sementara menanti waktu Asar tiba, saya terpaksa memasak nasi dan meng‐goreng ikan gelama masin. Bahanbahan yang saya masak itu adalah pembe‐rian ayah pemuda ganjil itu semalam. Bila waktu Asar tiba, kami pun sembahyang. Lepas sembahyang dan wirid sedikit barulah kami makan. Lepas makan kami berehat di anjung rumah. Masa berehat itulah datuk menyoal bermacammacam hal pada ayah pemuda ganjil itu. "Harta anak yatim, harta pusaka dan amanah orang, jangan dipermainkan kalau tak sanggup jangan diterima”, saya terdengar suara datuk dalam nada yang lembut. Ketika dia bercakap itu matanya merenung wajah ayah pemuda ganjil di sebelahnya. "Maksud awak? Saya tak faham”, tanya ayah pemuda ganjil. "Saya rasa, ini pendapat saya. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Sepasang tangan yang berbulu di rumah batu itu merupakan petunjuk dari Allah bahawa rumah yang dibina oleh arwah ayah awak tu dari wang yang perolehi secara tidak halal” "Saya faham cakap awak” "Saya bukan apaapa. Cuma mengingatkan kalau mahu membuat rumah biarlah dari wang yang halal kerana rumah itu tempat kita berlindung dan membuat amal ibadat. Membuat rumah dari duit yang halal berkatnya lebih, hati kita sentiasa tenang bila bernaung di bawahnya” ujar datuk lagi. Saya tidak tahu kenapa perkara itu yang datuk timbulkan. Saya renung muka datuk, tidak ada sebarang perubahan di wajahnya. Lebih kurang pukul enam petang, barulah ayah pemuda ganjil itu meninggalkan rumah khas kami. Sebelum dia melangkah, dia terus berkata pada datuk. "Sudah selesaikah kerja awak?" "Belum” [164]

"Apa yang belum selesai?" "Saya mahu pergi ke rumah batu itu lagi malam ini, kalau awak nak ikut datanglah lepas waktu Isyak” "Boleh juga, saya akan datang” "Baguslah tu”, datuk pun melambaikan tangan pada ayah pemuda ganjil tersebut. Bila masuk waktu Maghrib, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang lebat itu tidak mengganggu datuk berwirid dari Maghrib hingga masuk waktu Isyak. Cuma hati saya saja yang berdebar kerana hujan yang lebat itu disertai juga oleh bunyi petir dan angin yang kuat. Tiba‐tiba saya menggigil kesejukan. Badan segera saya selimutkan dengan kain pelikat, saya duduk mencangkung. Dagu saya bertemu dengan kepala lutut. Kilat, angin dan hujan terus bermaharajalela diluar. Datuk masih lagi berada di tikar sembahyang. Satu ledakan petir yang kuat bergema, sinarnya menerangi seluruh rumah. Telinga saya bagaikan fana dan terasa kosong. Bila cahaya kilat itu hilang, saya lihat batang tubuh perempuan terpacak tidak jauh dari depan datuk. Wa‐jahnya manis sekali dengan rambut terurai hingga kepinggang, memakai baju kebaya dari kain songket warna hijau, begitu juga dengan baju. Selindang songket terletak atas bahunya yang lebar. "Kau rampas suami aku. Binatang, kau harus bersedia menerima pembala‐san”, katanya pada datuk. Wajahnya bertukar jadi merah macam udang kena bakar. Saya lihat datuk segera berdiri, saya tidak tahu waktu mana datuk mem‐buang kain sarungnya dan memakai seluar hitam, baju hitam dengan kain merah terlilit di kepala. "Kau Puteri Mayang Mengurai?", tanya datuk. "Ya, kenapa?” "Dari mana kaudatang?" "Dari Gunung Tahan” "Bohong, kau syaitan. Kau langsiur menjelma menjadi manusia untuk memperdaya manusia” "Itu soal aku, bukan soal kau. Aku mahu suami aku”, suara perempuan itu mula meninggi. Datuk menarik nafas panjang. Kedua belah tangannya di‐lekapkan ke dadanya yang bidang. Bibir bawahnya nampak bergerakgerak. "Aku bersedia memulangkan orang yang kau sayangi, kalau kau benar ma‐nusia. Buktikan yang diri kau manusia”, datuk mengajukan pertanyaan. Pe‐rempuan yang berdiri di depannya kelihatan tenang. Wajahnya yang merah sudah tidak merah lagi. "Bukankah dengan wujudnya aku di sini membuktikan itu semua”, katanya.

[165]

"Masih belum cukup, aku sangsi” "Apa lagi yang kaumahu?" "Kau berdiri di situ, jangan bergerakgerak” "Baik” Datuk senang hati dengan jawapan itu. Datuk pun mula meluruskan ke dua belah tangannya. Mulutnya mula bergerak membaca ayat AlKursi. Pe‐rempuan itu tersenyum tetapi, bila sampai pada ayat pertengahan perempuan itu tidak senyum lagi, malah cuba memberikan isyarat pada datuk supaya jangan meneruskan pembacaannya. Datuk tidak peduli. Datuk terus membaca ayat tersebut. Bila sampai pada ayat terakhir, saya lihat seluruh tubuh badan wanita itu jadi merah macam bara, wanita itu terkapaikapai macam minta tolong. Dalam beberapa saat saja badan yang merah menjadi hitam macam arang, kemudian terus hilang. "Syaitan itu sudah binasa”, datuk memberitahu saya. PerlahanIahan da‐tuk menyingsing lengan baju kanannya. Dia kembali duduk di depan tikar sembahyang. Saya tidak tahu apakah yang di bacanya. Rasa menggigil di badan saya mula hilang. Saya terus ikat kain di pinggang. Hujan dan petir masih berterusan di luar. Datuk terus membuka tingkap tetapi, cepat‐cepat daun tingkap itu dirapat‐kannya kembali, tempias hujan menjamah wajahnya. "Masih belum datang lagi”, rungut datuk. "Sabarlah, barangkali kerana hujan" "Betul juga cakap kau Tamar” "Kita tunggu sampai hujan teduh tok” "Aku fikir pun begitu juga”, nada suara datuk menurun. Dia kembali duduk di tikar sembahyang membaca Surah Yasin. Dalam kiraan saya, hujan lebat itu berlaku selama satu jam. Sebaik saja hujan berhenti, ayah kepada pemuda ganjil datang ke rumah kami. Datuk memberi dia minum kopi panas. "Kita pergi sekarang”, kata datuk. "Boleh, saya ada bawa lampu picit” "Tak pakai lampu picit pun tak apa” "Gelap nanti tak nampak jalan” "Saya ingat, mana lopak dan pokok besar” "Hum..”, mulut ayah pemuda ganjil terpelohong kehairanan. [166]

Tanpa banyak kerenah, datuk pun turun dan di ikuti oleh saya dan ayah pemuda ganjiI. Bila kami memijak bumi, tanah yang dibasahi air hujan terasa menyentuh kulit kaki meskipun saya memakai sepatu getah. Datuk yang memakai capal kulit itu cukup cepat melangkah. Percikan pasir dan tanah dari kibasan capalnya terasa mengenai muka saya. Lebih kurang sepuluh minit berjalan dalam gelap yang dikepalai oleh datuk, kami pun sampai ke rumah batu. Bila berada dalam rumah batu itu. Keadaannhya saya rasa berbeza dengan keadaan sebelah pagi tadi. Saya tidak terasa seram atau takut. Datuk terus kumpulkan kayu dan papanpapan buruk lalu dibakarnya. Api yang marak itu menerangi bahagian bawah rumah batu itu. Datuk mencari bahagian sudut rumah itu yang mengarah ke kiblat. Datuk duduk bertafakur beberapa minit disitu. Bila kerjanya itu selesai datuk pun menghampiri kami. “Sekurangkurangnya tiga gadis Cina telah di‐rogol dan dibunuh oleh tentera Jepun dirumah ini. Mayatnya di tanam di be‐lakang rumah”, datuk memberitahu saya. Menurut datuk, ada kemungkinan perempuanperempuan cantik yang da‐tang menemui pemuda ganjil pada setiap malam itu berasal dari syaitan yang mengambil kesempatan untuk menggoda pemuda ganjil yang memang diketahuinya mudah digoda kerana imannya kurang kuat dan baru mahu men‐dalami halhal agama. "Tangan yang berbulu berpunca dari apa?" Secara mendadak ayah pemuda ganjil itu bertanya. Datuk segera mengambil sebatang kayu dan menikam ke arah api yang sedang marak itu, muka datuk nampak berpeluh. Dahinya berkedut. Dia berhenti menikam api dengan serta merta. Datuk termenung panjang, terlalu sukar nampaknya datuk mahu menjawab pertanyaan itu. "Saya tak tahu. Itu kuasa Allah, kejadian itu barangkali sebagai petunjuk pada manusia supaya jangan tamak dan haloba kerana mahu hidup senang dan tergamak melakukan pecah amanah”, cukup teratur datuk bercakap sambiI matanya merenung wajah saya. Tanpa saya duga, dalam bangunan rumah batu dua tingkat itu, di depan api yang marak datuk menceritakan yang dirinya pemah mengalami kejadian itu di dua buah rumah besar. Kejadian pertama berlaku di Alor Setar dan kejadian ke dua berlaku di Pekan, Pahang. Rumah di Alor Setar itu didirikan di atas tanah pesaka yang tidak di farait atau dibahagikan mengikut hukum syarak. Sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan empat saudara, abang yang tua dalam keluarga itu menggunakan kuasa kuku besinya. Dia mengambil semua tanah pesaka itu untuk dirinya, dalam masa yang sama abang yang tua itu kena loteri kebajikan masyarakat. Dia pun mendirikan rumah batu yang besar dan membawa anak bininya tinggal di situ. Sejak tinggal di rumah baru itu anak bininya sentiasa sakit dan diganggu oleh satu lembaga besar hingga membuat abang yang tua berada dalam keadaan resah dan tidak tenang. Seorang guru agama menasihatkan abang yang tua itu supaya menjual tanah tersebut. Hasil dari pendapatan jualan itu dibahagikan sesama keluarganya atau membahagikan tanah pesaka di kalangan [167]

keluarganya mengikut hukum agama, abang yang tua memilih cara kedua. Bila tanah itu dibahagikan mengikut hukum syarak, lembaga hitam itu tidak muncul dan keluarganya tidak sakit, rumah batu itu dipecahkan kerana didirikan dengan wang loteri. "Tetapi abang yang tua tidak akan terlepas dari dosa di akhirat kerana dia berjudi”, kata datuk. Kejadian di Pekan Pahang hampir sama dengan kejadian di Alor Setar, cuma bezanya rumah besar yang didirikan oleh seorang haji disitu, adalah hasil dari penyelewengan wang kutipan zakat fitrah orang Islam, dan haji itu sendiri membunuh diri dalam rumah tersebut. "ltulah pembalasan Allah di dunia pada orang yang tidak amanah”, kata datuk mengakhiri ceritanya. Saya termenung panjang, begitu juga dengan ayah pemuda ganjil tersebut. "Sudahlah, mari kita pulang”, kata datuk, kami pun segera pulang. Sebaik saja kami sampai di kaki tangga, satu ledakan petir terjadi. Cahaya kilat itu menerangi seluruh kawasan di sekitar kami, bila cahaya kilat itu berakhir, kami jadi tergamam dan terkejut besar kerana dibahagian bumbung rumah batu dua tingkat kelihatan api menjulang. Api itu terus marak dan membakar seluruh rumah batu dua tingkat. Datuk tidak menghiraukan kejadian itu, malah dia menyuruh kami balik ke rumah. Sepanjang malam itu, saya tidak dapat tidur kerana memikirkan kejadian yang saya lihat. Pagi esoknya, kami pergi kerumah batu yang jadi korban petir . Tidak ada bentuk rumah yang wujud di situ, kecuali tiang batu yang hitam macam arang terpacak mengarah ke langit. "Awak jual tanah ni atau wakafkan, kalau awak jual wangnya jangan awak ambil satu sen pun, semuanya di berikan pada baitulmal atau ke rumah anak‐anak yatim. Saya rasa inilah cara yang paling baik dengan itu keturunan awak akan terselamat dari kutukan Allah”, datuk menasihatkan ayah pemuda ganjil. "Lagi apa yang mesti saya buat?" "Beramallah pada Allah, mohon limpah rahmat dariNya. Kita ini hamba Allah, pada Allah lah kita mengadu dan Allah akan membuat keputusan yang maha adil”, tambah datuk lagi. Dua hari kemudian, sedang saya dan datuk berkemas untuk pulang, ayah pemuda ganjil itu datang menemui datuk lalu menyerahkan wang sebanyak lima ratus ringgit, sebagai tanda terima kasih atas kejayaan datuk mengubati anaknya. "Simpan wang awak. Saya tidak cari makan cara ini. Saya menolong sesama manusia dengan ikhlas, kebolehan yang ada pada saya adalah milik Allah”, muka ayah pemuda ganjil pucat mendengar cakap datuk. "Maafkan saya, tapi saya mahu bersedekah”, balasnya. "Sedekahlah pada fakir miskin”, jawab datuk tegas dan mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang diberikan kepada saya dan datuk. [168]

Ayah pemuda ganjil itu menghantar kami ke perhentian bas. Tiga bulan kemudian, ayah pemuda ganjil itu datang menemui datuk dan menyatakan apa yang dinasihati oleh datuk telah dilaksanakannya. Tanahnya sudah dijual dan wangnya sudah diserahkan pada Baitulmal. "Anak saya sudah sihat, saya akan menghantarnya ke Padang Panjang untuk belajar agama. Kalau ada rezeki saya mahu melanjutkan pelajarannya hingga ke Kaherah, mulai tahun ini saya akan membayar zakat” "Baguslah tu”, jawab datuk. Dan saya masih dapat membayangkan bagai‐mana ayah pemuda ganjil itu menangis teresakesak ketika meninggalkan halaman rumah datuk. Musim tengkujuh pun tiba. Langit di Kampung Mandi Upeh sentiasa kelihatan mendung dan setiap hari hujan turun. Sungai kecil yang merentang di tengahtengah kampung melimpahkan airnya hingga ke paras tebing. Dan sejak pulang dari Tanjung Malim, datuk tidak kemanamana. Dia banyak menghabiskan masanya di ladang getah. Sekalisekala dia ke hutan melihat jerat pelanduknya sama ada mengena atau tidak. Sepanjang musim tengkujuh kesihatan datuk tidak begitu baik. Dia selalu diserang sakit lelah dan lemahlemah badan. Walaupun begitu, datuk tidak pernah lupa melakukan senaman harimau dan mandi embun pada setiap pagi. Dan amalan meminum air dingin satu tem‐purung yang sudah diembun selama satu malam tetap diteruskannya. Menurut datuk air dingin itu mesti diminum sebelum sarapan pagi. Khasiatnya, dapat melancarkan perjalanan darah serta membersihkan perut. Air dingin itu juga dapat menegangkan kulit, bagi orang yang mengamalkannya akan kelihatan muda. Datuk juga memberitahu saya, tempurung yang dijadikan bekas air dingin itu dipilih dari kelapa masak yang gugur sendiri. Tempurung dari kelapa itu dibelah serta di jemur hingga isinya lekang sendiri. Bahagian tempurung yang tidak digunakan itu ditanam di pangkal pokok kelapa itu. Tempurung yang dijadikan bekas minuman itu ialah bahagian bawah. Bila sudah cukup kering, tempurung itu dibersihkan serta dikilatkan dengan serpihan kaca dan di jemur kembali selama tujuh hari berturut‐turut. Kemudian baru dijadikan bekas minuman. Setiap kali datuk mahu meminum air dingin dalam tempurung itu, dia mesti membaca AlFatihah sebanyak tujuh kali dalam masa senafas. Dan saya, hingga kini tidak dapat mengamalkan petuapetua tersebut dise‐babkan oleh beberapa hal yang tertentu. Pada suatu pagi , selepas datuk melakukan senaman dia terus berehat di ruang rumah. Ketika itu nenek menghampirinya. "Bagaimana? Bila kita nak pergi ke Tanjung Ara?", soal nenek. "Untuk apa?" "Dah lupa? Jemputan kahwin anak Alang Botak”

[169]

"Tak lupa. Bukankah jemputan tu esok, esoklah kita pergi” "Awak ni merepek. Bukankah saya dengan Alang Botak itu adik beradik, kami sepupu. Tidak baik pergi kenduri kendara rumah adik beradik untuk makan aje. Kita harus pergi awal, boleh tolong tegakkan balai, siapkan tempat orang makan”, nenek mula bersyarah di hadapan datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan mengangkat ke dua belah tangannya ke atas, macam komunis menyerah diri pada pasukan askar Melayu. "Saya salah. Awak betul, kerana itu saya ikut cakap awak”, kata datuk sambil berjenaka. Nenek ketawa keciI. Begitulah sikap datuk dengan nenek. Saling bertolak ansur. Datuk tidak segan silu menurut kata nenek, kalau kata‐kata itu baik dan benar. Datuk akan menentang berhabis habisan kalau pendapat atau fikiran nenek tidak menguntungkan. Mereka bertengkar dan bermasam muka untuk mencari kebenaran bagi mencipta suasana rumah tangga yang kekal tanpa mahu mencari perkelahian yang mengakibatkan rumahtangga berada dalam kegentingan yang berakhir pada sebuah jurang pemisahan. Barangkali inilah rahsia kebahagian dan keda‐maian rumahtangga datuk dan nenek. Dan saya sering bertanya dalam diri saya, apakah dalam hidup saya kelak, saya akan menemui seorang isteri sebaik dan semulia hati nenek? Apakah saya dapat menjadi lelaki seperti datuk yang sanggup menghilangkan rasa ego seorang suami di mata seorang isteri demi kerukunan rumah tangga. "Entahlah… Begini saja, kita pergi sejam lagi. Sementara itu eloklah awak berkemas, bawalah gula barang sekati dua, kelapa sepuluh atau dua puluh biji dan pisang dua tiga tandan”, kata datuk. Nenek bagaikan terkejut. "Awak ni bergurau atau cakap betulbetul”, tanya nenek sambiI menge‐rutkan keningnya. Datuk terus mempamirkan giginya. "Saya cakap betul, kita tolong mereka dengan apa yang ada pada kita” "Nak bawa barangbarang tu dengan bas? Susah jadinya. Itulah ada kereta awak tak mahu baiki, seka‐rang siapa susah”, rungut nenek. "Sama sama susah”, jawab datuk. Nenek dan saya terus ketawa. Bila ketawa saya dan nenek bera‐khir, datuk masih lagi tersengih. "Begini saja. Awak dengan Tamar pergi naik bas dulu, barang barang tu biar saya bawa kemudian, saya juga nak bawa kambing untuk Alang Botak” "Ini dah cukup baik”, balas nenek yang kemudian menggesa saya menukar pakaian. Saya tukar pakaian dan nenek terus menge‐maskan pakaian lalu dimasukkan ke dalam beg rotan empat segi. Saya diberi tugas tertentu oleh nenek iaitu memikul beras sebanyak empat gantang yang diisikan dalam guni gandum. Bagi nenek, beras empat gantang itu sebagai tanda buah tangan untuk keluarganya di Tanjung Ara. [170]

"Bila awak nak bertolak?", soal nenek pada datuk di kepala tangga. Datuk menggigit bibir sambil memetik ibu jari kirinya. Dan sepasang mata datuk tertumpu ke arah anak bukit yang letaknya tidak jauh dari rumah. "Awak jalanlah dulu, saya tetap sampai”, suara datuk penuh keyakinan. Saya dan nenek pun berangkat dari rumah. Ketika berada dalam perut bas, hati saya cukup gembira kerana nenek tidak putus putus menjamu saya dengan kuih kuih yang dibelinya di perhentian bas. Apa saja yang saya minta nenek tunaikan. Nenek saya lihat cukup gembira sekali, maklumlah dia mahu bertemu dengan kaum keluarganya di Tanjung Ara. Dalam perut bas itu juga, pertama kali nenek membuka rahsia asal keturu‐nannya. Menurut nenek, keturunannya berasal dari Bugis yang berhijrah ke Johor, dari Johor berpindah ke lembah Sungai Kelang, Selangor, yang kemudian terlibat dalam peperangan saudara di Selangor. Dari Selangor mereka berhijrah ke Perak membantu Sultan Muzaffar Shah yang bersengketa dengan adiknya. Sultan Muzaffar Shah yang di bantu oleh orang‐orang Bugis menang, lalu ditabalkan jadi Sultan Perak. Salah seorang keluarga nenek menjadi ayam tambatan pada Sultan Perak pada masa itu. Sayangnya nenek tidak menyatakan pada saya siapa nama keluarganya yang menjadi pahlawan terbilang itu. "Kaum kerabat nenek masih terdapat di Johor terutama di daerah Batu Pahat. Di Selangor pula di kawasan Jeram dan Permatang. Tetapi moyang nenek memilih Tanjung Ara sebagai tempat bernaung, setelah berperahu dari Kuala Dinding ke sini”, kata nenek dengan megah. Saya anggukkan kepala kerana saya tahu, tidak mungkin saya dapat me‐nyusur jejakjejak keturunan nenek yang sudah begitu lama. Bas yang kami naiki sampai di pekan kecil Pengkalan Bharu. Dari situ, saya dan nenek terpaksa berjalan kaki melintasi satu kawasan lapang yang dipenuhi dengan pokok kemunting (kemuning) serta rerumput yang berdaun merah. Kata nenek, kawasan lapang itu disebut Padang Antah Berantah dan men‐jadi medan pertempuran angkatan Raja Shamsul Baharin menentang angkatan Raja Champa (Kemboja). Dalam pertempuran itu Raja Shamsul Baharin me‐mang, seluruh Padang Antah Berantah dipenuhi dengan darahdarah pahlawan Champa. Kesan daripada peperangan itu, rumputrumput yang tumbuh di situ jadi merah begitu juga dengan pasirnya (sekarang kawasan tersebut sudah dita‐nam dengan pokok kelapa). Saya tidak dapat memastikan sama ada cerita itu benar atau tidak. Kerana nenek hanya memperolehi cerita itu dari mulut ke mulut cuma. Memikul empat gantang beras dengan berjalan kaki sejauh hampir dua batu memang memenatkan, badan saya jadi berpeluh. Bagi menghilangkan rasa penat dan bosan pada diri saya, nenek terus bercerita kisah‐kisah lalu yang menggerunkan, dan kadangkadang melucukan. Saya jadi terhibur di bawah panahan matahari yang amat terik.

[171]

Ketika saya dan nenek mahu menyeberang di atas jambatan, saya ter‐lihat pokok keduduk dan petai cina di sebelah kiri bergoyanggoyang. Nenek suruh saya berhenti. Saya segera menoleh ke kiri, saya dapati datuk berdiri di situ menarik seekor kambing. Dua tandan pisang dan dua puluh biji kelapa berada di sebelah kanan. Ma‐nakala di tangannya tergantung bungkusan gula. "Cepat awak sampai”, kata nenek. "Kawan kita menghantarnya”, jawab datuk. Ketika itu juga saya terlihat ekor harimau dari celahcelah rumput keduduk dan petai cina. "Baliklah”, kata datuk dan ekor harimau itu hilang dari penglihatan saya. Saya faham apa yang sudah berlaku. "Begini. Awak tunggu di sini, biar saya jalan dulu. Kemudian saya suruh anak Alang Botak me‐ngambil barang yang awak bawa ini dengan basi‐kal”, nenek mengeluarkan cadangan. Datuk termenung seenak, bila senyum berakhir dia kerutkan kening luasnya sambil merenung ke arah rumah Alang Botak yang berada di seberang sana. "Kita pergi bersama”, balas datuk. "Barang barang ni macam mana?" "Kita tinggalkan di sini dulu, sementara menanti anak Alang Botak me‐ngambilnya” "Nanti hilang pula” "Ah, tak usah takutlah tidak ada siapa yang mahu mencurinya”, jawab da‐tuk. Nenek terdiam. Beberapa saat kemudian kami pun melangkah serentak. Alang Botak menyambut kami dengan penuh keriangan. Alang Botak dengan datuk berpelukpelukan. Ketika berpelukpelukan itulah datuk sempat membisikkan sesuatu ke telinga Alang Botak. Bila selesai berpeluk, Alang Botak terus memerintahkan salah seorang anaknya supaya mengambil barangbarang di kepala jambatan. Dengan di temani oleh Alang Botak, datuk berkesempatan menemui tukang‐tukang masak dibelakang rumah, menemui tukang buat balai di hadapan rumah serta menemui orang yang sedang menegakkan tiang pelantar tempat mele‐takkan gelas dan balang air. Semuanya bekerja dengan tekun di bawah semangat gotongroyong. Kerana datuk memang pandai dan tahu dalam hal masakmemasak datuk mencampurkan dirinya dengan tukangtukang masak di kampung itu. Saya di‐arah oleh datuk untuk memotong bawang dan halia. Berpeluh dahi dan meleleh air mata saya membuat kerjakerja itu. Sedang kami asyik dengan tugas‐tugas yang dijalankan kami dikejutkan dengan suara jeritan dari arah tebing sungai. Semua orang yang berada dibahagian belakang rumah segera bangun. "Agaknya ada orang ditangkap buaya”, kata seorang lelaki berkulit hitam yang berdiri di sebelah datuk. Belum pun sempat datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki itu, seorang perempuan setengah umur berlari ke arah kami. [172]

"Tolong, tolong anak saya disambar buaya”, kata perempuan itu dengan wajah cemas. Dia mula menangis, rambutnya kelihatan mengerbang. "Di mana?" tanya datuk. "Di tepi sungai” "Mari “, kata datuk dan orang‐orang yang berada di situ segera mengikut datuk menuju ke tebing sungai. Bila sampai di tebing sungai, orang ramai sudah pun berkumpul di situ, ada yang membawa parang. Ada yang membawa lembing dan senapang kampung masingmasing mahu membunuh buaya, tetapi buaya yang mahu dibunuh tidak kelihatan. Datuk tidak mempedulikan mereka yang sedang marah itu. Datuk terus duduk bersimpuh di tepi tebing. Datuk mengambil segenggam tanah lalu di‐campakkannya ke dalam Sungai Tanjung Ara yang mengalir tenang. Di tempat tanah itu jatuh, air sungai kelihatan berbuih macam air yang sedang mendidih. Tiba‐tiba seekor buaya muncul, bagaikan kilat buaya itu melibaskan ekor‐nya ke arah datuk. Nasib baik datuk sempat mengelak dan buaya itu terus menyelam. Belum pun sempat datuk duduk kembali, buaya itu muncul semula di permukaan sungai lalu melibaskan ekornya yang panjang itu ke tebing sungai. Libasan dari ekor buaya itu mengenai salah seorang penduduk Kampung Tanjung Ara yang berdiri dekat datuk. Lelaki malang itu terhumban ke dalam air dan bagaikan kilat rahang buaya itu menyambut tubuh badan lelaki itu, lalu lelaki dan buaya itu ghaib dari permukaan sungai mula bergelombang. Orang ramai yang tadi begitu ghairah mahu membunuh buaya jadi terpaku dan setengah daripada mereka berundur jauh dari tebing sungai. Datuk mula kelihatan resah tidak menentu. Bajunya mula dibasahi peluh dan mukanya kelihatan merah padam dipanah cahaya matahari pukul tiga petang yang cukup terik. Saya perhatikan datuk bagaikan hilang matlamat dan keyakinan pada diri sendiri. Dia lalu merenung ke tebing seberang sana yang penuh dengan tum‐buhan pokok‐pokok keladi dan mengkuang liar. Hujung daun mengkuang men‐cecah permukaan air sungai. Dalam saatsaat yang amat genting itu, buaya ganas tadi muncul sambil menjulang mangsanya tinggi dari paras permukaan air sungai. Tangan dan kaki lelaki itu terkapai‐kapai macam katak puru di mulut ulat. Gigi gigi buaya yang tajam itu terus terbe‐nam di badan lelaki itu. Darah kelihatan memancut ke luar. Datuk saya lihat sudah hilang sabarnya. Datuk terus bertempik dengan sekuat hatinya sambil terjun ke dalam sungai. Datuk terus memeluk badan buaya itu dengan sekuat hatinya. Dengan menggunakan jari kelingkingnya datuk menujah mata buaya itu. Buaya itu terus mengelupar dan air sungai terus bergelom‐bang. Buaya itu terus menghempaskan badannya. Tetapi pelukan datuk tetap kemas dan jarinya terus menujah mata buaya. Mungkin kerana terasa amat sakit, buaya itu membuka rahangnya hingga badan lelaki itu terlepas darinya. Datuk berhenti memeluk buaya itu lalu me‐nyambar badan lelaki itu dan terus dibawa ke tepi tebing. Dan buaya ganas itu terus hilang di permukaan air sungai. Orang‐orang kampung yang berada di situ terus menyambut batang tubuh lelaki tersebut dan dibaringkan ke atas tanah. Datuk pun mengesat [173]

darah di badan lelaki malang itu. Saya di suruh oleh datuk memetik dedaun hijau dari pokok pulai penipu bukit untuk dijadikan ubat penahan darah. Lelaki itupun sedar dari pengsan. Dia tidak berdaya mahu bangun. Cepat‐cepat datuk membetulkan urat belikat dan urat tangan lelaki itu. Datuk meminta orang‐orang kampung yang mengerumun lelaki malang itu supaya beredar agak jauh sedikit. Cakap datuk mereka patuhi. Seluruh badan lelaki itu datuk raba dengan belakang tangan. Semua biji mata orang yang berdiri di tepi tebing bagaikan terbeliak bila mereka melihat air Sungai Tanjung Ara bergelombang dan keruh. Pokok‐pokok keladi dan mengkuang kelihatan bergoyanggoyang kembali. Bila gelombang air sungai berakhir, dua ekor buaya timbul di permukaan air, berpusingpusing di tengahtengah sungai sambil melibaslibaskan ekor masingmasing pada air Sungai Tanjung Ara. Percikan air itu menjulang ke udara dan jatuh kembali atas permukaan air sungai. Pancaran matahari yang keras terus menikam pada gelombang air sungai akibat dari libasan ekor buaya itu. Pancaran tikaman matahari itu menimbulkan satu cahaya yang kilau kemilau, bagaikan cahaya berlian di suluh dengan lampu picit. Orang‐orang kampung terpegun melihat kelakuan dua ekor buaya itu. Tanpa di duga, dengan cara yang mendadak sekali, kedua‐dua ekor buaya itu meluru ke tepi lalu memanjat tebing sungai. “Berundur “, kata datuk pada orang ramai. Mereka pun berundur dan ke‐dua‐dua buaya itu terus merangkak, sambil memanggungkan kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan, macam biawak mahu menangkap anak ayam. Datuk masih lagi kelihatan resah gelisah. "Biarkan orang itu di situ, saya mahu umpankan buaya”, suara datuk keras melarang orang yang mahu mengangkat lelaki malang itu ke tempat lain. Sikap datuk itu menimbulkan kemarahan seorang lelaki lain yang berbadan tegap. Melihatkan bentuk tubuh lelaki itu, ternyata dia bukanlah orang Melayu tulin. Dalam badannya itu mengalir darah campuran Melayu dan Pakistan. ltulah tanggapan saya pada lelaki itu. "Awak mahu memperjudikan nyawa orang. Kalau awak tidak ubah anak saudara saya ni ke tempat lain, awak saya tembak sampai mati”, lelaki yang naik darah itu menghalakan muncung senapang kampung ke arah datuk. Datuk tersenyum. "Saya tetap patuh dengan apa yang saya kata. Kalau awak nak berkeras saya bersedia menerimanya”, jawab datuk. "Binatang”, jerit lelaki itu sambil menarik pemetik senapang. Lelaki itu jadi cemas, senapangnya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, kecuali muncung senapangnya berasap. "Awak berundur dari sini, sebelum saya bertindak”, kata datuk sambil mengesat peluh di pangkal kening kirinya dengan tapak tangan kanan. Lelaki itu bagaikan terpukau, menurut saja perintah datuk.

[174]

Kedua‐dua ekor buaya itu terus mara ke arah lelaki malang yang terkapar di atas tanah. Air mata lelaki malang itu meleleh dipipi. Datuk terus memberi semangat padanya supaya bertenang. Datuk tidak akan menyerahkan tubuh badannya untuk dikoyak‐koyak oleh buaya ganas dengan begitu saja. Lebih kurang dalam jarak sepuluh kaki kedua‐dua buaya itu mahu meng‐hampiri lelaki malang itu, datuk segera melompat dan berdiri di tengah‐tengah. Melihat perbuatan datuk itu, kedua‐dua ekor buaya itu jadi marah lalu membuka mulut dengan seluasIuasnya. Datuk sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kedua belah tangan datuk terus memeluk tubuh, matanya tepat menikam ke arah kedua‐dua ekor ma‐ta buaya itu. Tumit kiri datuk tekankan ke bumi hingga terbenam separas buku lali. Datuk membongkok lalu menghentakkan pangkal siku kanan ke tanah. Datuk terus duduk mencangkung dengan mene‐kan kepala lutut kiri ke bumi dan kepala lutut kanan‐nya bertemu dengan dagu. Kedua‐dua ekor buaya itu merapatkan kembali mulutnya dan cuba mahu merangkak, ternyata buaya itu tidak boleh bergerak. Datuk sudah pun menguncikan sendisendi kaki buaya itu. "Tutup mulut kamu”, saya terdengar suara datuk dan kedua‐dua ekor buaya itu merapatkan mulutnya. Datuk segera bangun sambil memeluk tubuh, kedua belah kakinya di kangkangnya sedikit. "Sekarang kau kembali ke lubuk kamu dan pulangkan mayat anak cucu aku yang kau binasakan itu”, kata datuk dengan lantang. Datuk terus melompat se‐tinggi empat kaki dari paras bumi. Bila kaki datuk menyentuh bumi, kedua‐dua ekor buaya itu masih terpukau lagi ditempatnya. Datuk lalu memerintahkan orang‐orang kampung itu mengusung lelaki malang ke rumahnya. Perintah datuk segera dipatuhi. Datuk kembali berdiri di hadapan kedua‐dua ekor buaya itu. "Pulang, kataku pulang”, sergah datuk lagi dan buaya‐buaya itu bagaikan baru tersedar dari tidur. Segera berpusing lalu terjun ke dalam sungai dan air sungai kembali bergelombang yang airnya memukul tebing. Tanah tebing yang tidak kuat terus runtuh ke dalam sungai dan menimbulkan buihbuih yang kecil sebelum bersatu dengan air sungai. Matahari yang sejak tadi bersinar dengan terik, mula beransur redup. Gumpalan awan hitam yang tebal mula melindungi matahari. Orang‐orang kampung yang tadi begitu ramai berdiri di tebing mula beransur kurang. Kebanyakan daripada mereka pergi ke rumah lelaki yang malang itu. Angin pun mula bertiup menggoyangkan dedaun pokok di bibir tebing. Datuk membuka baju. Baju itu diikatkan ke pinggangnya. Datuk duduk bersila di tepi tebing dengan kedua belah tangannya terletak di atas kedua tempurung lutut. Datuk bertafakur di situ sambil membaca sesuatu. Datuk berdiri tanpa membuka tangan yang memeluk tubuhnya. "Pulangkan cucuku”, kata datuk. Serentak dengan itu, seekor buaya timbul di muncungnya terpanggang tubuh seorang kanak‐kanak lelaki dalam usia empat belas tahun. Buaya itu meletakkan tubuh budak lelaki yang sudah menjadi mayat itu di bibir tebing. Cepat‐cepat datuk mengambil mayat budak lelaki [175]

itu, lalu di serahkan pada orang‐orang kampung yang masih berada di situ. Mereka pun membawa mayat budak lelaki itu ke rumah ibunya. Dan buaya yang menyerahkan mayat budak itu terus hilang dari penglihatan saya dan datuk. Sebagai tanda yang tugasnya sudah selesai, lagi sekali datuk mengepal tanah dan mencampakkan ke dalam sungai. Bila tanah itu bertemu dengan air sungai, dengan sekelip mata saja timbul berpuluhpuluh ekor buaya di per‐mukaan air Sungai Tanjung Ara, buaya‐buaya itu mempamirkan badan masing‐masing sambil melibaslibaskan ekornya pada permukaan air sungai. Melihat keadaan yang ganjil itu, wajah datuk segera berubah menjadi cemas tidak menentu. Dia merenung muka saya. "Sebenarnya, ada orang tertentu yang menaikkan semangat buaya, itu supaya menjadi ganas”, kata datuk sambil menarik tangan saya pulang ke rumah Alang Botak. Petang itu juga mayat budak lelaki yang jadi korban buaya dikebumikan. Dan lelaki malang itu terus menerima rawatan dari datuk. Sebelum men‐jelang waktu Maghrib lelaki malang itu kembali sihat dan terus membantu kerjakerja kendurikenduri di rumah Alang Botak. Sepanjang malam itu o‐rangorang yang berada di rumah Alang terus memperkatakan tentang peristiwa yang berlaku pada sebelah siang tadi. Sesungguhnya, peristiwa yang terjadi itu mencatatkan kemeriahan suasana kenduri di rumah Alang Botak yang kemuncaknya akan berlangsung pada esok‐nya. Bagi menjaga keselamatan diri orang ramai, pengumuman segera dike‐luarkan oleh ketua kampung, yang menasihatkan orang‐orang kampung supaya jangan mandi di sungai. Malah, anak lelaki Alang Botak yang bakal jadi raja sehari itu dilarang sama sekali melintas di atas jambatan, begitu juga dengan pibak pengantin perempuan. Hari itu, adalah kemuncak segala kemeriahan di rumah Alang Botak. Pagi‐pagi rumahnya sudah dikunjungi orang ramai. Kirakira pukul sepuluh pagi, macammacam permainan diadakan di balai yang dimulai dengan silat, tarian zapin dan permainan dabus. Kirakira pukul dua belas tengahari, kampung kecil itu menjadi gempar kerana ada orang yang mengingkari pesanan ketua kampung, akibatnya dua orang sudah menjadi mangsa buaya. Pukul satu tepat, tiga orang lagi menjadi korban buaya. Buaya‐buaya di Sungai Tanjung Ara mula mengamuk. Siapa saja yang ber‐diri di tebing akan akan terus di libas oleh buaya‐buaya itu dengan ekornya. Datuk sudah tidak mampu mengatasi masalah itu. Dia mengaku, ilmu dunia yang ada pada dirinya tidak boleh mengalahkan buaya‐buaya tersebut. Dengan bantuan orang‐orang kampung, tebing sungai itu lalu dipagari de‐ngan kawat berduri. Apa yang terjadi tidak mengganggugugat rancangan yang sudah di atur. Acara persandingan terus dijalankan. Bila acara persandi‐ngan itu tamat, satu mesyuarat kecil telah diadakan di halaman rumah Alang Botak untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah yang sedang di hadapi. Dalam mesyuarat itu orang‐orang kampung meminta datuk menggunakan kebolehannya untuk menghalau buaya‐buaya ganas tersebut. Datuk tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Menurut datuk, kebolehan yang ada pada dirinya masih belum cukup unutk menjinakkan buaya‐buaya ganas itu. Kejujuran yang datuk tunjukkan tidak dapat diterima oleh orang‐orang kampung. [176]

"Kamu sudah membuktikan di depan mata kami, usahlah kamu berdalih. Agaknya kamu yang memuja buaya‐buaya tu supaya menjadi ganas. Sebelum kamu datang buaya‐buaya itu tidak mengacau kami”, seorang lebai muda menghujah datuk di hadapan orang ramai. Pendapat lebai muda itu mendapat sokongan sebagaian besar dari orang‐orang kampung. Datuk berada dalam suasana yang serba salah. "Apa yang saya lakukan semalam, sekadar mendapatkan mayat budak itu. Dari percubaan pertama itu saya dapat mengesan yang buaya‐buaya itu diarah oleh orang‐orang tertentu yang dapat mempengaruhi buaya supaya menganas”, datuk memberi penjelasan dalam percubaan membersihkan nama dan dirinya. "Mungkin di antara buaya‐buaya itu, ada buaya jadijadian”, tambah datuk. Orang ramai terdiam sejenak, mereka berpandangan sarna sendiri dan berbisik bisik. Lebai muda yang berkulit cerah bangun lagi. Keadaannya lebih bersopan santun dari tadi. Dia memperkenalkan dirinya. "Maafkan saya, kalau perbuatan saya tadi menyakitkan hati tuan, nama saya Kamaruddin dan saya bekas anggota tentera laut dan sekarang membuat kerja menangkap udang di Sungai Tanjung Ara ni, apakah yang patut kita lakukan sekarang?" Datuk merenung muka lebai muda itu sejenak. Datuk merasakan lebai muda itu memang jujur orangnya. Tidak berdolakdalik atau mahu menguji datuk, dia bercakap apa yang difikirkannya patut dicakapkan, sesuai dengan keadaan dirinya yang baru berusia lebih kurang empat puluh tahun. "Kita cari pawang buaya yang handal”, kata datuk. "Kalau begitu kita panggil Saadun Juling”, jawab salah seorang penduduk kampung. "Dia tu tinggal di mana?", lebai muda bertanya. "Di Sungai Rotan”, jawab orang yang mengeluarkan cadangan. "Saya setuju dan saya boleh membantunya”, datuk memberikan pengakuan. Kata sepakat pun di buat. Beberapa orang penduduk kampung Tanjung Ara disuruh pergi ke Sungai Rotan menjemput Saadun Juling. Permintaan itu tidak dihampakan oleh Saadun luling. Dua hari kemudian, pawang buaya itu sudah pun berada di Tanjung Ara. Datuk terus mendam‐pinginya. Saadun Juling memberitahu orang‐orang kampung, dia tidak dapat melakukan kerjanya dengan secepat mungkin. Dia perlu mengambil masa kira‐kira tiga minggu. Selama dia menjalankan tugasnya itu, dia minta orang‐orang kampung menanggung makan minum dan mematuhi syaratsyarat yang dikenakan, antaranya orang‐orang kampung dilarang berjalan malam, kecuali dirinya. Seminggu sudah berlalu Saadun Juling hanya asyik berjalan di sepanjang tebing sungai. [177]

Kadangkadang dia menyorok di balik pokok besar mengintai perempuan mandi dan membasuh kain disungai. Ada kalanya, dia berdiri di tebing sungai bercakap dengan air. Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, sejak Saadun Juling berada di Tanjung Ara, buaya‐buaya suIit untuk dilihat. Tidak lagi mengganggu orang‐orang kampung yang mandi di sungai. Orang‐orang yang bekerja menangkap udang galah mendapat hasil yang berlipat ganda. Hal ini meyakinkan orang‐orang kampung yang Saadun Juling itu seorang pawang buaya yang handal. Masuk minggu yang kedua, seorang suami di kampung itu mengadu pada datuk secara suit‐suIit tentang isterinya yang telah berjaya dipujuk rayu oleh pawang buaya hingga melakukan hubungan suIit. Dan si suami tidak dapat berbuat apaapa, setiap kali dia memandang atau berhadapan dengan pawang buaya untuk mempersoalkan kedudukan yang sebenar, dia jadi kasihan dan berasa takut yang tidak bersebab. Si suami cuba membentangkan masalah dirinya pada orang‐orang kampung, mereka tidak dapat menerima lalu menuduh si suami itu berniat jahat terhadap pawang buaya yang mahu mengembalikan suasana aman di Tanjung Ara. "Masa bila dia membuat hubungan sulit tu?", tanya datuk pada si suami. "Malam” "Waktu tu, kau berada di mana?" "Dirumah?" "Kenapa kau tidak bertindak?" "Saya macam kena pukau. Tidak boleh bangun dari tempat tidur dan tidak boleh bersuara” Datuk terdiam mendengar cakap si suami itu. Ada rasa simpati terpamir di wajah datuk. "Kau bersabar, jangan bertindak terburu‐buru. Jika perkara ini benar aku akan menolong kau. Aku tidak mahu perkara maksiat terjadi di sini. Kerja‐kerja yang didorong oleh syaitan harus kita tentang” "Macam mana nak menentangnya?" "Kau berjanji jangan beritahu sesiapa apa yang mahu aku lakukan” "Saya berjanji” "Pawang tu tinggal di surau. Malam ni aku nak mengintip gerak gerinya” "Awak akan binasa, kalau melanggar pantangnya” "Allah lebih berkuasa darinya. Allah memberkati kerjakerja yang baik dan jujur. Allah mengeji perbuatan zina. Kalau kita tidak menegakkan kebena‐ran, Allah akan mendakwa kita di akhirat kelak, kerana kita tahu perbuatan itu ditegah oleh Allah” "Saya faham” [178]

"Kau pulanglah dulu”, kata datuk, si suami itu terus pulang. Pertemuan datuk dengan si suami itu tidak diketahui oleh sesiapa, walaupun pertemuan itu diadakan di rumah Alang Botak. Dan Alang Botak menganggap pertemuan itu adalah pertemuan biasa. Datuk masih lagi berdiri di anjung rumah Alang Botak. Kedua belah tapak tangannya menekan kayu palang yang memisahkan bahagian dalam anjung dengan bahagian luar rumah. Mata datuk merenung tajam ke arah batang tubuh si suami malang yang dijamah oleh sinaran matahari petang yang lembut. Batang tubuh si suami malang hilang dari pandangan datuk di balik pokok besar, dekat liku jalan yang tajam. Datuk mengeluh kecil sambil menggamit saya yang sedang berlari bersama kenalankenalan baru mengelilingi pokok asam belimbing buluh di tengah halaman rumah Alang Botak. "Ada apa tok?", tanya saya di kaki tangga sambil menyapu peluh di dahi dengan telapak tangan kanan. Datuk senyum sambil meraba misai bengkoknya. "Jangan terlalu riang bermain. Tok takut hilang riang datang duka”, katanya dengan tenang. Saya gigit bibir dan termenung panjang sambil berfikir, kenapa datuk harus mengeluarkan ingatan itu pada saya? Apakah dia sudah dapat men‐cium nasib malang yang akan menimpa diri saya? Pertanyaan itu terus berlegar‐legar dalam kepala saya tanpa menemui sebarang jawapan. "Sudah, jangan termenung”, kata datuk sambil menepuk bahu kanan saya. Sesungguhnya, saya tidak sedar bila masanya datuk turun ke tanah lalu ber‐diri di sisi saya. "Mari ikut aku ke tebing sungai”, tambahnya lalu mengatur langkah. Saya pusing kekanan lalu mengekorinya dari belakang. Langkah datuk cukup pantas. Kenalankenalan baru saya cuma melihat saja telatah saya dan datuk. Meskipun matahari petang memancar redup, bahang panas terasa juga menjamah kulit badan. Muka saya berpeluh, ketiak terasa bergetah begitu juga dengan bahagian belakang saya. Langkah datuk cukup cepat. Bagi mem‐persimbangkan langkahnya dengan langkah saya, saya terpaksa berlariIari anak. Saya dan datuk sampai ke tebing sungai Tanjung Ara. Air sungai kelihatan tenang dan nampak bermanikmanik disentuh sinar matahari. Rumputrumput hijau di tebing terus merunduk bila kami pijak, tetapi, bangun semula bila kami mengatur tapak kaki ke arah lain. Saya macam orang bodoh dibuat oleh datuk. Dia tidak berkata walau sepatah pun. Matanya tetap merenung ke arah riak air sungai yang beralun lembut. Meskipun dia melangkah tanpa merenung bumi, datuk bagaikan ada panca indera yang keenam, boleh mengelakkan dirinya dari melanggar tunggul buruk atau lubang yang banyak terdapat di tebing sungai. Sudah berantairantai berjalan di tepi tebing sungai menuju ke hulu. Belum terdapat tanda‐tanda yang datuk akan berhenti melangkah. Kedua belah pangkal paha saya mula terasa sakit. Angin petang yang bertiup tidak dapat menghi‐langkan rasa resah dalam diri saya. Saya resah mengikut cara datuk berjalan, saya resah kalau buaya timbul lalu ekornya memukul badan saya yang berjalan di tepi tebing sungai.

[179]

"Aw...”, jerit saya sekuat hati, kaki kanan saya bagaikan dipukul dengan kayu keras. Tanah tebing tempat saya berdiri kelihatan rebak dan air sungai bergelombang kuat. Saya sudah tidak mampu berdiri lagi. Pandangan saya mula berkunangkunang. Satu pukulan datang lagi. Kali ini lebih kuat dari pukulan yang pertama. Badan saya bagaikan ditarik oleh sesuatu yang mendorong sebahagian daripada badan saya tercampak ke dalam sungai. Saya terus menjerit dan mulai terasa lemas. Air sungai terus menyumbat lubang hidung dan mulut saya. Badan saya bagaikan dibelit oleh sesuatu yang secara tidak langsung menekan dan menarik saya ke tengah sungai. Saya berjuang dengan menggu‐nakan segala kekuatan yang terdapat dalam diri saya supaya badan saya jangan tenggelam. "Tolong saya tok, tolong”, kata saya dalam keadaan tercungap‐cungap. Antara tenggelam dan timbul itu, saya masih lagi dapat melihat batang tubuh datuk di tepi tebing dalam keadaan yang samarsamar. "Sabar Tamar”, kata datuk lalu dia melemparkan kain ikat kepalanya ke arah saya. Cepat‐cepat kain ikat kepala yang berwama merah itu saya sambar. Saya berpaut pada kain itu sekuat hati. Kemu‐dian badan saya bagaikan terbang ke udara lalu jatuh betulbetul di kaki datuk. "Kau sakit”, tanya datuk. Saya anggukkan ke‐pala. Datuk segera mengambil sekepal rumput hijau lalu menyapu ke muka saya tiga kali berturut‐turut. Kemudian datuk menyuruh saya mengu‐nyah dan menelan rumput hijau. Pada mulanya, tekak saya tidak dapat meneri‐manya kerana rasa rumput itu pahit dan payau. Bila rumput itu saya telan, secara tiba‐tiba saya terkencing dan terus muntah. "Bisanya sudah aku tawarkan tetapi paha kanan kau luka kena giginya”, datuk bersuara tenang. Saya masih lagi terlentang di bumi merenung awan dan langit. Rasa sakit mula terasa di paha kanan saya. Datuk terus meraba paha saya dan darah mula membasahi rumputrumput hijau yang segar di situ. Kain lilit kepala tempat saya bergantung tadi, masih berada dalam tangan datuk. Saya merasa hairan, kain lilit kepala yang tidak sepanjang mana itu boleh menyelamatkan saya. Bagaimana kain merah itu boleh panjang dan men‐jadi tali untuk menolong saya?, timbul pertanyaan dalam hati. Datuk terus memetik daun serunai laut, pucuk mengkuang hutan dan pucuk gelenggang. Semua jenis daun itu datuk satukan dan terus diramasnya hinga sebati dan kemudian diperahnya. Air dari perahan daun itu datuk sapukan ke bahagian paha yang luka. Darah segar berhenti keluar, rasa sakit tidak terasa, diganti dengan rasa sejuk dan segar. Datuk segera menyuruh saya duduk di bawah pokok pulai. Dia kembali ke tepi sungai. Duduk bertenggung di situ. Beberapa saat kemudian seekor buaya timbul dan rapat ke tebing sungai. Datuk berkata sesuatu dan buaya itu membuka mulutnya luasIuas. Datuk hulurkan tangannya ke dalam mulut buaya macam mengambil sesuatu. Datuk berlari ke arah saya. Tangan yang diselukkannya ke dalam mulut buaya itu, segera disapukan ke paha saya yang luka. Tiga kali datuk berbuat demikian hingga saya terasa yang diri saya tidak mengalami apaapa kecederaan. Saya boleh bangun dan cuba berlari, rasa sakit tidak saya alami. Datuk mendapatkan buaya yang sedang membuka mulut itu. Datuk tepuk kepalanya tiga kali, hingga buaya itu merapatkan mulutnya lalu tenggelam ke dalam air.

[180]

"Masih ada buaya yang tidak dapat dipujanya. Tidak dapat diambil sema‐ngatnya dan buaya itu akan jadi sahabat kita”, ujar datuk pada saya sambiI melihat bekas gigitan buaya di paha saya. Parutnya hingga kini kekal di paha saya, berwarna kehitamhitaman dan kulit parut itu timbul sebesar jari ke‐lingking yang memanjang bentuknya. Datuk terus memimpin saya ke rumah Alang Botak. Sambil merawat saya malam itu, datuk menceritakan apa yang berlaku atas diri saya pada Alang Botak. Bila Alang Botak mendesak datuk supaya melaporkan hal itu pada pawang buaya (Saadun Juling), datuk menolak dan meminta Alang Botak me‐rahsiakan kejadian. Datuk tidak mahu kejadian itu akan jadi buah mulut orang kampung yang boleh menghilangkan rasa keyakinan orang‐orang kampung terhadap kemam‐puan pawang buaya tersebut. Malam itu, kalau tidak silap saya malam Selasa, lebih kurang pukul dua belas tepat, datuk membangunkan saya. Dia suruh saya bersiap. "Ke mana tok tengah malam buta begini?" "Aku nak meronda kampung” "Sebab?" Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia duduk disudut bilik sambil melilitkan kain merah ke kepala. Kemudian mulutnya kumatkamit macam membaca sesuatu. "Sudah sampai masa pertukarannya, antara penggantian masa dari dua belas kedua belas, dari bulan muram ke bulan bercahaya dari laluan kuasa syaitan kepada manusia” Saya dengar suara datuk bercakap sendirian. Bila habis ber‐cakap jam dinding rumah Alang Botak berbunyi dua belas kali. Saya terdengar desiran angin malam melanggar daundaun di luar rumah. Saya terasa seram sendirian. Saya juga terdengar bunyi suara kocakkan air sungai yang hebat dituruti dengan bunyi orang memukul air sungai dengan papan, bunyinya bersahutsahutan dan memanjang bercampur dengan tiupan serunai batang padi. Bulu roma saya mula berdiri. Bunyi desiran angin ber‐tambah kuat membawa suara lolongan anjing liar yang mendayudayu. "Sekarang sudah pukul dua belas dua minit tengah malam, yang bertukar sudah berlaku, kita pergi sekarang Tamar”, datuk mengeluarkan perintah dan dia sudah pun membuka pintu. Berdiri di situ merenung malam yang kelam. Datuk melangkah, saya pun melangkah. Tujuh biji anak tangga kami pijak hingga akhirnya, tapak kaki saya dan datuk bertemu tanah. Embun jantan yang menitik menyentuh kulit telinga dan hidung. Kedinginan mula terasa menggigit tubuh. Bu‐nyi kocakkan air dan tiupan serunai batang padi sudah tiada kedengaran lagi. Tetapi, desiran dedaun yang disentuh angin tetap juga kedenga‐ran. Di langit tiada sebiji pun bintang. Dan cengkerik terus bernyanyi. Katak puru terus melompat. "Kau jangan banyak soal dan banyak tanya, ikut saja apa yang aku buat”, satu ingatan dari datuk.

[181]

Saya anggukkan kepala. Kami pun berjalan melintasi pepohon kecil yang tumbuh di kiri kanan jalan enam kaki. Sekalisekala badan saya dilanggar oleh kelawar liar yang terbang malam. Dari celahcelah pepohon yang kecil yang tumbuh merimbun itu terdengar suara burung segan. Berjalan malam di tengah hawa yang dingin begitu amat menyiksakan. Bibir saya terketarketar. Sekarang, kami terpaksa menempuh kawasan yang penuh dengan pokok‐pokok kelapa. Beberapa biji buah kelapa mambung jatuh, mengejutkan hati saya. Semangat terasa hilang. Akhirnya, saya dapat mengesan ke mana datuk mahu membawa saya malam itu. Ternyata kami sedang menuju ke sebuah surau lama yang tidak digunakan di kampung itu. Di bahagian belakang surau itu terdapat sebuah pondok yang bersambung dengan surau tersebut. Disitulah pawang buaya Saadun Juling ditempatkan oleh orang‐orang kampung. "Berhenti”, ujar datuk, sebaik saja sampai ke perdu pokok kelapa gading. Saya pun berhenti melangkah. Datuk terus duduk bersila dibawah pokok kelapa. Saya pun begitu. Dari pondok di belakang surau terdengar bunyi orang menepuk tapak tangan yang diikuti dengan suara orang menyebut sesuatu, suara itu sekejap meninggi sekejap menurun macam orang membaca Quran. Kalau didengar dengan teliti, ternyata orang itu bukan membaca Quran, tetapi menyeru sesuatu yang sengaja dibuat macam orang membaca Quran. Ada panjang, ada pendeknya. "Rapat ke pondok, jangan berjalan. Kita merangkak perlahanlahan jangan sampai terdengar olehnya”, datuk pun mula merangkak atas pasir. Datuk jadi kepala jalan dan saya menuruti dari belakang. Bila sampai di bawah pondok, kami segera bangun. Dari celahcelah dinding tepus, saya dan datuk mengintai ke dalam pondok. Angin malam kian kurang bertiup, suara anjing liar cukup jelas kedengaran bersama dengan suara burung hantu dan jampuk. Suara itu tingkah meningkah, bersahutsahutan macam satu irama muzik di majlis pesta. Keadaan bertambah seram dan menakutkan bila suara anjing, burung han‐tu dan jampuk itu disambut oleh suara dari dalam pondok yang gementar dan parau bunyinya. "Tamar, kau lihat sini”, bisik datuk dan menyuruh saya mengintai ke da‐lam pondok. Saya terkejut besar. Pawang buaya Saadun Juling yang tidak per‐nah saya tegur sapa itu sedang duduk bersimpuh menghadapi sebatang lilin besar berwarna merah. Di hujung kedua belah lututnya terdapat lilin kecil yang diletakkan atas papan. Kedua‐dua lilin itu mengeluarkan cahaya yang malap. Cahaya dari lilin besar cukup jelas memperlihatkan dada Saadun Juling yang bidang. Kepalanya hilang di selubung oleh kain hitam yang lunjung (ta‐jam ke atas macam pucung). Di bahagian kain yang menutup mata, hidung dan mulut dilubangkan yang di kiri kanan lubang itu dilapisi dengan kain putih mengikuti selebar mana lubang uitu dibuat. Memang menyeramkan melihat keadaan Saadun Juling, dalam keadaan demikian, kepalanya bergoyang ke kiri dan ke kanan macam orang ratib sambil mengeluarkan suara yang serak dan parau. Dua tiga ekor kelawar liar berter‐bangan dalam pondok.

[182]

Dua tiga ekor cicak mula datang ke arah Saadun Juling. Cicakcicak itu beratur di hadapannya. Salah seekor dari cicak itu yang bentuk badannya agak besar dari cicak biasa segera menjungkitkan ekornya, berpusingpusing ma‐cam gasing. Pada mulanya cicak itu berpusing ligat, kemudian beransur per‐lahanIahan. Sebelum cicak itu berhenti berpusing Saadun Juling segera menangkapnya. Saadun Juling dekatkan cicak itu ke api lilin besar. Ketika itu cicakcicak yang tidak ditangkap segera menghilangkan diri, lilin di kiri kanan lututnya segera padam. Suasana dalam pondok bertambah ke‐lam, ketika itu terdengar bunyi deru air yang amat kuat, seolaholah lantai pondok itu menjadi aliran air sungai. Terdengar bunyi ekor buaya memukul air bertalu‐talu. Seluruh badan Saadun Juling jadi basah kuyup oleh air yang dari mana datangnya, saya sendiri tidak tahu. Dalam cahaya samarsamar itu, saya lihat ada bayangbayang buaya duduk tertungguk di hadapan Saadun Juling. Warna buaya itu tidak berapa jelas. Bila bayang buaya itu hilang, terdengar suara orang ketawa memanjang dari setiap sudut pondok, sarang labahlabah berterbangan atas lantai. Badan saya jadi berpeluh, saya terasa ada sesuatu yang lalu di sisi saya yang tidak dapat saya lihat dengan mata kasar. Ada bunyi benda merangkak atas pasir menuju ke sungai. Suara burung hantu kian kuat berbunyi, lolongan anjing bertambah sayu dan langit yang tadi muram mula cerah. Saya renung ke kanan, saya lihat datuk meraba hujung kening kanannya tiga kali berturut‐turut, masa itu juga lubang telinga saya me‐nangkap bunyi deru angin yang amat kuat. Bagi memastikan dari arah mana angin itu datang, saya renung ke kanan dan ke kiri, saya lihat pokok‐pokok kecil tidak bergoyang. Tetapi, badan saya mula terasa mahu rebah macam ditolak oleh angin yang kencang, saya terpaksa berpaut pada tiang gelegar pondok. "Kau pegang kuatkuat, semuanya untuk sementara saja”, bisik datuk pada saya sambil meramasramas lengan tangan kanan saya berkalikali. Badan saya terasa panas. Dan badan saya terasa bertambah kuat dan tegap. Tidak lagi terasa mahu rebah. "Kita tunggu dan lihat, sampai dia keluar dari pondok ini”, beritahu datuk pada saya lagi. Muka datuk saya renung, saya sudah tidak terdaya lagi mahu berdiri. Kepala lutut terasa lenguh. Apa yang saya alami, tidak saya ceritakan pada datuk, saya takut dia marah. Mahu atau tidak, saya terpaksa mengintai ke dalam pondok melihat apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh Saadun Juling. Saadun Juling membuka sarung kepalanya, kain itu dilipat rapi dan diletakkan dekat dinding pondok. Saadun Juling bangun, berjalan tiga langkah ke hadapan, berpusing ke belakang lalu melangkah tiga tapak sambil tangan kanannya diletakkan atas kepala. Kemudian dia berdiri seperti mulamula tadi. Duduk, membaca sesuatu dengan tenang. Saadun Juling membuka bungkusan dari kain hitam. "Apa benda tu tok?" Saya beranikan diri menyoal datuk. "Tengok dulu, jangan banyak tanya”, balas datuk. Saya menggigit bibir dan mata terus melihat gerakgeri Saadun Juling. Dengan tenang Saadun Juling mengambil sesuatu lalu di sumbat ke dalam mulut, dikunyahnya dengan tenang dan penuh nafsu.

[183]

"Dia makan daging buaya kering”, datuk menjelaskan pada saya. Saadun Juling bangun, ambil mangkuk dan air dan duduk kembali. Mangkuk yang sudah diisi air itu diletakkan di hadapannya. Kemudian Saadun mengambil sesuatu dari bungkusan kain hitam. Benda yang diambilnya itu direndam ke dalam mangkuk kirakira sepuluh minit. Kemudian, cepat‐cepat Saadun Juling meminumnya. Dalam beberapa saat saja mukanya kelihatan merah. "Kau tahu apa yang direndamnya tu Tamar?" "Tak tahu tok” "Dia rendam cuIa buaya tembaga” "Apa dia cula buaya tu tok?" "Anu buaya, eh, alat kelamin buaya jantan” "Gunanya tok?" "Bila kau besar, kau akan tahu sendiri gunanya” Setelah beberapa tahun ke‐mudian saya tahu juga kegunaan cuIa buaya itu. Menurut kepercayaan tradi‐sional, cuIa buaya jantan itu setelah disalai atau dikeringkan, kemudian diren‐damkan ke dalam air sejuk atau air panas, dan airnya diminum bagi mendapatkan kekuatan luar biasa pada alat kelamin lelaki bila melakukan hubungan jenis. Saadun Juling menyimpan kembali semua barangbarang yang dibungkus‐nya. Dia mengenakan baju Melayu cekak musang ke badannya. Dengan tenang dia meninggalkan pondok menuju ke tebing sungai. Datuk dan saya mengikutinya dari belakang. Sampai di tebing sungai, Saadun berdiri dekat tunggul buruk sambil memeluk tubuh. Dia toleh kiri, toleh kanan bagi memastikan tidak ada orang yang mengintip dirinya. Bila sudah yakin tidak ada orang yang mengintipnya, dia pun terus membongkok di tepi tebing sungai menepuk air sungai tiga kali berturuttu‐rut. Air sungai bergelora, semua pokok keladi dan mengkuang di gigi sungai bergerakgerak. Bila gelora air sungai menjadi tenang, berpuluhpuluh ekor buaya timbul di . permukaan sungai. Saadun Juling duduk bersimpuh di atas te‐bing sambil bersuara: “Jum Kali jum, laut Khal‐zum dari bukit Kaf ke Jabal Nur Bahtera Noh jadi penyelamat. Aku tahu asal usulmu terselamat dari bencana neraka seorang anak bernaung di bahtera Noh. Dengar kata Noh, dengar kataku. Ucapku, adalah ucap Sulai‐man, terkunci gerakmu, mendengar kataku berkat doa, Asyahadu anla illaha… Jangan ganggu umat Adam, selagi belum aku perintahkan, pulanglah...” Sebaik saja pawang buaya Saadun Juling selesai bercakap, buaya‐buaya itu terus hilang. Suasana di sekitar sungai kembali damai. Saadun Juling bertempik dengan sekuat hatinya. Dia terjun ke dalam sungai berenang dan mandi dengan bebasnya di malam yang dingin. Buaya tetap mengiringinya bila dia [184]

berenang ke tengah sungai. Bila selesai mandi dan berenang, Saadun Juling segera naik ke darat. Kenakan seluar dan baju, langkahnya cukup rancak menuju ke sebuah rumah di pinggir kampung. Dia terus ketuk pintu rumah yang berdindingkan papan berlidah. Seorang perempuan muda berkemban membuka pintu. Mereka bertukartukar senyum. Perempuan muda itu duduk di muka pintu. Saadun Juling pula duduk di anak tangga paling akhir. Perempuan muda itu hulurkan tangannya dan Saadun Juling menggosokgosok tangan perempuan muda itu. "Suami kau sudah tidur?" "Sudah” "Malam ini aku datang lagi. Kau pasti merasa bahagia” "Hum...”, suara perempuan muda itu penuh manja. Saya lihat Saadun Juling mengeluarkan sesuatu dari dalam sakunya lalu mengenakan pada bahu perempaun muda. Dan perempuan muda itu kelihatan seperti orang ber‐khayal. "Sial. Dia mengenakan minyak ekor buaya pada perempuan itu. Minyak ekor buaya yang sudah dijampi bila terkena pada kulit perempuan, boleh membuat perempuan itu menyerah dan berkhayal”, rungut datuk sambil meng‐genggam penumbuk. Mukanya merah padam. Sesungguhnya datuk memang tidak boleh berhadapan dengan manusia yang menggunakan kepandaian dan kebolehan untuk memperdayakan sesama manusia. Bagi datuk, setiap orang atau anggota masyarakat yang ada kebolehan tersendiri sewajarnya menggunakan kebolehannya itu untuk menolong sesama manusia, bukannya untuk digunakan bagi kepentingan diri sendiri. "Manusia dibekalkan oleh Allah dengan akal dan fikiran. Tahu membezakan yang buruk dan yang baik. Tetapi, manusia selalu memilih yang buruk kerana yang buruk itu indah bagi syaitan. Aku tak mahu kejadian begini berlaku di hadapan mata aku”, tambah datuk, badannya mula mengeletar menahan perasaan marah. Dua tiga batang pokok keduduk dan pokok rambutan yang sebesar pangkal lengan datuk cabut hingga keakar umbi, matanya mula merah wajahnya amat menyeramkan, nada suaranya cukup keras. Datuk cuba menahan sabar sedaya upaya yang boleh. Kesabaran datuk sudah tidak boleh ditahan lagi bila dia melihat Saadun Juling menarik wanita muda itu ke dalam rumah. Datuk segera bertempik, Saadun Juling terkejut lalu terjun ke tanah. Pe‐rempuan muda yang berkemban juga terkejut, dia bagaikan tersedar dari kha‐yalan. Perempuan itu menangis di ambang pintu. Suaminya keluar lalu memim‐pin perempuan muda ke dalam rumah. Saadun Juling hilang dalam gelap. Datuk terus menemui suami perempuan muda itu. "Aku harap kau tidak menceritakan semuanya ini pada orang lain. Aku sedang berusaha menolong kau, bawalah isteri kamu ke tempat tidur. Basuh mukanya dengan air dan suruh dia ambil air sembahyang, aku selesaikan kerja aku malam ini”, ujar datuk pada suami perempuan muda itu. Si suami yang malang itu anggukkan kepala dan berjanji akan mematuhi apa yang datuk sarankan padanya. [185]

"Mari kita cari pawang sial tu”, datuk renung muka saya. Tangan saya di tariknya. Saya kira datuk akan terus menuju ke pondok di belakang surau. Ru‐panya, datuk melencong ke kiri menuju ke tebing sungai. Di tebing sungai itu Saadun Juling sedang memerintahkan buaya‐buaya supaya mengganas, sam‐bar apa saja yang ada di tebing sungai tidak kira manusia atau binatang ter‐nakan. "Saadun hentikan perbuatan syaitan itu”, pekik datuk. Saadun Juling tersenyum dan membiarkan datuk serta saya meng‐hampirinya yang berdiri di tebing sungai. Dalam perhitungannya, bila datuk berdiri di tebing sungai, buaya‐buaya akan melompat ke‐darat lalu menyambar paha datuk. Perhitungan Saadun tidak menjadi kenyataan . Memang buaya‐buaya itu timbul tetapi, tidak ada seekor pun yang mahu menyerang datuk dan saya. Melihat keadaan itu, Saadun Juling jadi resah. Datuk kian hampir padanya. Saadun Juling me‐raba pangkal pinggangnya, macam mencari se‐suatu. Datuk terus melangkah, lagi lima tapak datuk melangkah pasti muka Saadun Juling dengan datuk akan berlaga. Badan saya mula menggigil, hawa malam yang dingin kian terasa mencucuk kulit tubuh saya. Kepala buaya kelihatan timbul di permukaan sungai, suara kokok ayam mula terdengar bertalutalu, suara ungka dan burung tukang juga terdengar sayupsayup datang dari kaki bukit. "Kita bersahabat Saadun, dalam hidup aku tidak ada musuh sesama orang Islam kerana setiap orang Islam itu adalah bersaudara”, datuk menghulurkan tangan. Saadun Juling terdiam, mulutnya bergerakgerak, dia mahu menggu‐nakan segala kebolehan yang ada pada dirinya untuk menguji datuk. Tiba‐tiba dalam gelap itu, satu pukulan yang keras hinggap di kepala datuk. Pukulan itu tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk. Saya terkejut, Saadun Juling hilang dari pandangan, tempat dia berdiri segera di ganti oleh seorang tua yang berjanggut panjang. Orang tua berjanggut panjang itu berdiri beberapa detik saja di situ. Bila orang tua itu hilang, batang tubuh Saadun Juling terpacak di situ. "Saadun, kuasa yang abadi dalam dunia ini ialah kuasa Allah, kuasa syaitan hanya sifat sementara saja. Bila datang yang hak, kuasanya tidak bermakna lagi, aku tidak mahu bergaduh atau bermusuh sesama Islam”, kata datuk lagi. Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Saadun Juling masih juga menun‐jukkan sikap permusuhan. Datuk segera membongkok. Hujung ibu jari kanannya di teka ke bumi hingga tenggelam separas kuku, bila ibu jari itu di cabutnya kembali, Saadun Juling jadi lemah, tidak mampu berdiri. Datuk segera memangku tubuhnya dan di bawa pulang ke pondok di belakang surau. Datuk letakkan batang tubuh Saadun Juling di tengah ruang pondok. Lebih dari sepuluh minit datuk mengurut seluruh tubuh Saadun Juling hingga dia pulih seperti sediakala. Bila dia sedar datuk memberi Saadun minum air panas. Di kaki langit, cahaya subuh mula bangkit, suara ayam berkokok mula hilang, tidak lama kemudian terdengar suara Azan subuh dilaungkan dari menara masjid. Datuk segera mengambil air sembahyang dan melakukan sembahyang subuh di pondok tempat Saadun Juling menginap. Bila keadaan hari sudah [186]

beransur cerah, datuk terus mandi embun, kemudian kembali ke rnmah Alang Botak. Datuk sedikit pun tidak bimbang atau cemas membiarkan Saadun Juling sendirian di pondok tersebut tanpa mengikat kaki atau tangannya. Menurut datuk, kekuatan Saadun Juling tidak akan pulih, selagi rambutnya tidak kena cahaya matahari. Sebaik saja saya dan datuk sampai di anak tangga rumah, Alang Botak sudah menanti kami di ambang pintu, dia menyatakan rasa cemas dan bim‐bangnya kerana datuk dan saya tidak turut sama sembahyang subuh di masjid. "Ke mana sepanjang malam tadi, saya sedar masa awak berdua keluar malam tadi?", soal Alang Botak. "Ada hal sedikit”, jelas datuk. Kami terus memijak anak tangga. Bila sampai ke dalam rumah, sarapan pagi sudah tersedia. Nenek sudah pun menuangkan kopi ke dalam cawan. Saya terus sarapan tetapi datuk cuma minum air sejuk saja. Lebih kurang pukul tujuh pagi, saya dan datuk terus menuju ke pondok tempat Saadun Juling menginap. Ketika saya dan datuk melintas di hadapan dewan orang ramai kampung tersebut, beberapa orang penduduk segera memberitahu datuk, bahawa buaya kembali mengganas, memukul apa saja yang berdiri di tepi tebing. Datuk menyuruh mereka bersabar hingga pawang buaya, Saadun Juling bertindak. "Kenapa tok cakap macam tu pada dia orang. Tok kan tahu pawang tu memang tak berapa baik orangnya”, saya minta kepastian dari datuk. Datuk renung muka saya sambil tersenyum dia berkata: "Tak baik membuka keburukan seorang pada orang lain” Saya terdiam. Akhirnya saya dan datuk sampai ke pondok tempat Saadun Juling terbaring. Datuk terus menghampirinya, dia kelihatan letih dan wajahnya nampak lesu. Matanya tidak bercahaya langsung. Datuk segera memicit buah betisnya dua tiga kali. Di luar, matahari pagi mula memancar. Datuk segera mengusung Saadun Juling ke tanah. Sebelum itu, datuk terlebih dahulu menggosok mukanya dengan kain ikat kepala sebanyak tiga kali berturut‐turut. Saadun Juling di biarkan duduk di atas tanah, bila sinar matahari pagi men‐jamah rambutnya, Saadun Juling mula menggeliat dan mukanya kembali me‐rah. Dalam beberapa saat saja, dia sudah boleh bangun dan bercakap. "Kenapa awak buat saya begini? Saya dijemput untuk menghalau buaya, ini balasan awak terhadap saya”, itulah kata‐kata pertama yang ditujukan oleh Saadun Juling pada datuk. Saya lihat datuk tetap bersikap tenang. Dia terus mengikut langkah Saadun Juling yang menuju ke pondok. Bila Saadun Juling mahu masuk ke rumah datuk menghalangnya dengan berdiri di muka pintu. Saadun Juling terpaksa berdiri di atas tanah dan datuk berdiri di ambang pintu pondok. "Kenapa awak harus menipu diri sendiri?", suara datuk lantang. "Maksud awak?" "Awak berlagak jadi orang baik, sedangkan hati awak kotor. Awak bersikap mahu menolong orang tetapi, hati kecil awak telah melakukan kejahatan. Di mana keikhlasan diri awak?” [187]

"Saya tak faham” "Awak goda isteri orang untuk berzina” Tangan kanan datuk memegang jenang pintu pondok. Wajah Saadun Juling kelihatan pucat. Dia kelihatan resah dan terus merenung tanah. "Awak bukannya menghalau buaya tetapi awak ganaskan buaya, kemudian awak pujuk buaya‐buaya di sini mendengar cakap awak dengan tujuan supaya orang percayakan awak. Bila orang sudah percaya awak perdayakan mereka. Orang lain boleh awak tipu, tapi saya bukan orangnya. Kalau awak benar, buktikan kebenaran awak tu”, datuk mencabar Saadun Juling. Memang di luar dugaan saya yang Saadun Juling sangup menjawab cabaran datuk itu. "Boleh, mari kita ke sungai sekarang”, katanya. "Mari”, sahut datuk dengan tenang. Kami bertiga pun segera menuju ke sungai . Sampai di sungai, Saadun Juling terus menyeru semangat buaya, dan buaya‐buaya pun timbul, berbaris macam kayu buruk. "Awak tengok, semua buaya dalam sungai ini saya kuasai dan buaya‐buaya ini akan meninggalkan tempat ini. Kalau saya bohong dan menipu ada buaya yang tidak mendengar cakap saya” "Betulkah ni Saadun?" "Betul, saya bekerja kerana Allah. Kalau awak boleh buktikan perbuatan saya ni salah, saya mengikut cakap awak” "Saadun, dalam membuat kerja‐kerja begini, janganlah mempermainkan nama Allah nanti kita dikutuknya” "Ah… buktikan kerja saya ni tidak ikhlas, usah banyak cakap” "Kalau awak berhajat, boleh saya lakukan, ingat perbuatan kita ini mencari kebenaran, buka mahu menunjuk pandai” "Saya setuju” Datuk segera berdiri di tepi tebing. Datuk membaca surah AIFatihah dan beberapa surah yang lain termasuklah ayat Qursi. Datuk berhenti membaca dan terus mengambil segenggam tanah lalu di buang ke dalam sungai. Beberapa saat kemudian, seekor buaya timbul terus membuka mulutnya ke arah datuk. Datuk mencampakkan sehelai daun ke dalam mulut buaya itu. Dengan tenang buaya itu merapatkan mulutnya lalu bercampur dengan buaya‐buaya lain yang timbul di permukaan sungai. "Bagaimana Saadun? Apa kau masih tidak mahu mengakui perbuatan terkutuk itu, apa kau mahu aku hebahkan perkara ini pada orang lain?", tanya datuk pada Saadun Juling. [188]

Saya terdiam. Datuk gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saadun Juling tidak juga mahu mengakui segala kesilapan yang sudah dilakukan. Kemudian datuk terus memujuk Saadun Juling supaya berhenti daripada melakukan kerjakerja yang tidak terpuji itu. Datuk lalu menyebut padanya tentang maksud dari Surah Attin yang bermaksud lebih kurang begini: Sesungguhnya Allah itu mencipta manusia sebaik‐baik kejadian, kemudian Allah akan mencampakkan mereka ke tempat yang paling rendah sekali, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. "Saadun, marilah kita gunakan segala ilmu dan kepandaian pemberian Allah ini untuk menolong sesama manusia, bukan menjahanamkan mereka”, pujuk datuk Saadun Juling yang mengeluh dan termenung panjang. "Kejahatan terlalu panjang umurnya berbanding kebaikan, jadi masa yang pendek itu harus kita isi dengan perjuangan menegakkan kebaikan”, tambah datuk lagi. Saya lihat Saadun Juling mula resah. Saadun Juling termenung panjang, matanya merenung ke arah air sungai yang nampak berkilaukilau disinar matahari pagi. Buaya‐buaya yang timbul sudah menghilangkan diri. Air Sungai Tanjung Ara tetap mengalir tenang. Cahaya matahari yang memancar terik itu membentuk bayangbayang kami yang pendek di bumi. "Kau fikir dan tanyalah dirimu sendiri, apa‐kah kamu mahu mengakhiri hidupmu dengan cara begini. Ingatilah alam dunia ini sentiasa bersi‐fat baru, tidak ada yang kekal. Yang abadi hanya‐lah Allah jua, kata datuk lagi. Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Datuk terus bertindak, tangan kanan Saadun Juling disambarnya lalu dipulas ke belakang. Saadun Juling terkial‐kial menahan kesakitan. "Aku tak menghalang kau nak membuat jahat kerana itu adalah tanggungjawab kau dengan Allah. Tetapi, kalau kau mahu melakukan sesuatu yang tidak senonoh di sini aku akan jadi penghalangnya”, nada suara datuk mula keras. Tangan Saadun Juling dilepaskannya. Mungkin Saadun Juling merasa insaf atau merasakan dirinya tidak selamat selagi tidak berterus terang dengan datuk. Dia lalu memilih jalan yang mudah, dia mengakui ilmu yang di tuntutnya itu memang bercanggah dengan hukum agama dan tatasusila kehidupan. Tetapi, dia tidak boleh berpisah dengan semuanya itu, kalau dia tidak melakukan sesuatu mengikut ilmu yang dituntutnya, badannya sakit‐sakit dan batuk darah. "Dari mana kamu menuntut ilmu ini Saadun?" "Dari kawan baik ayah saya yang berasal dari Kuala Tari, Acheh, Sumatera” "Apa pantangnya?" "Saya tidak boleh kahwin seumur hidup. Kalau aku mahu memenuhkan tuntutan nafsuku, aku mesti menggoda atau merayu perempuan yang sudah bersuami sampai aku berjaya tidur dengannya. Aku juga

[189]

dilarang melakukan hubungan jenis dengan janda muda walau secantik manapun”, Saadun bersuara dengan tenang. Datuk mendengarnya dengan teliti. Saadun Juling juga menceritakan bagaimana dia jatuh hati dengan seorang janda muda di Kuala Sepetang dan hampir mahu melangsungkan perkahwinan dengannya. Akibatnya dia hampir dibaham oleh buaya ketika menangkap buaya di Sungai Krian. "Sekarang, aku minta kau menangkap buaya yang ganas dan buaya‐buaya lain jangan kau ganggu atau kau puja semangatnya”, datuk melahirkan permin‐taannya dan juga permintaan orang‐orang kampung. Saadun Juling terdiam. Dia macam keberatan mahu melaksanakan permintaan datuk itu. "Engkau sebenarnya menjadi buaya. Salah seekor dari buaya itu sudah kau satukan dengan semangat kau. Aku tahu buaya itu berwarna putih dan kau memberitahu pada orang‐orang di sini yang buaya itu buaya keramat. Mana ada buaya keramat cuma kau yang mengkeramatkan”, datuk membuka rahsia. Saadun Juling menggigit bibir. Datuk terus menggosokgosok pangkal hidungnya beberapa kali. Matahari pagi kian meninggi, sudah berada di paras pucuk kelapa bercabang dua dan sinarnya terus menjamah pada air sungai yang bergelombang kecil itu. Memang tidak ada seorang pun penduduk Kampung Tanjung Ara yang mengetahui kami berada di kawasan itu. Kedudukannya agak tersorok dan dilindungi oleh beberapa pohon‐pohon besar yang di gayuti oleh akar sebesar lengan budak. Manakala bibir tebing tempat kami berdiri pula, berkeadaan seperti sebuah teluk kecil yang pantai‐nya berpasir halus. Melihat pada keadaan tempat tersebut dan bentuk pasir yang terdapat di situ, temyata kawasan tesebut menjadi tempat buaya berjemur dan bertelur. "Bagaimana? Apa kaumahu menyangkal dengan apa yang aku katakan itu?", datuk terus renung wajah Saadun Juling. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Saadun Juling pada pertanyaan itu. Datuk lalu mengerutkan dahinya hingga kelihatan berlapis dua. Saadun Juling secara mendadak mengenggam penumbuk dan menahan nafas hingga mukanya kelihatan merah. Bila Saadun Juling melepaskan nafasnya terdengar macam bunyi suara buaya mendengkur dan wajahnya kelihatan garang sekali, biji matanya terbeliak mempamirkan urat mata yang merah berlajur atas selaput mata putihnya. Kelopak matanya nampak berlapis macam kulit buaya tua. "Aku tahu kau marahkan aku Saadun. Tetapi, cuba kau fikir berapa lama kau ‐mahu melakukan kerja terkutuk ini?" "Itu urusan aku” "Dan urusan aku pula menyelamatkan orang‐orang di sini” Lagi sekali Saadun Juling terdiam. PerlahanIahan dia melangkah ke hadapan sambil mem‐belakangi datuk. Dalam sekelip mata saja, Saadun memusingkan badannya lalu berdiri berhadapan dengan datuk [190]

sambiI membongkokkan badannya, tetapi biji matanya tetap menentang biji mata datuk. Dada saya mula berdebar dan hati kecil saya bagaikan dapat meramalkan yang Sadun Juling akan bertindak di luar rasa peri kemanusiaan. Datuk masih lagi berdiri dengan tenang, mata datuk tidak berkelipkelip ke arah biji mata Saadun Juling yang kelihatan agak tersembul dan bersinarsinar, macam mata kucing hutan terkena suluh lampu picit. "Aeiiii…”, pekik Saadun Juling sambil melompat lalu melepaskan satu tendangan kilat ke dada datuk. Kerana tendangan itu terlalu kencang dan kuat, datuk jatuh ke bumi. Dalam keadaan yang serba cemas itu, Saadun Juling ber‐pusing ke arah saya lalu melepaskan penumbuk sulungnya ke pipi kanan saya, pandangan saya jadi berpinar‐pinar, pipi mula terasa bengkak dan menebal. Saya terjatuh atas rumpun lalang liar, saya tidak berdaya mahu bangun. Saadun Juling terus menyerang datuk dengan bertubi‐tubi, menyepak dan menendang ikut suka hatinya pada tubuh datuk yang tersungkur di bumi. Datuk tidak membalas serangannya yang begitu cepat bagaikan kilat itu, datuk lebih banyak mengelak dan mempertahankan dirinya. Saadun Juling memperlihatkan kehandalannya mengalahkan pihak lawan, gerak tangan dan kakinya macam kibasan ekor buaya, muka datuk mula dibasahi darah. Datuk kelihatan tidak bermaya dan Saadun Juling kian ganas, terus menyerang tanpa belas kasihan. "Aieee...”, jerit Saadun Juling dengan lantang, ketika itu saya lihat batang tubuhnya sudah berada diawangawangan dan bersedia untuk menendang pangkal leher datuk. Kalau tendangan itu tepat pada sasarannya, pasti nyawa datuk melayang dari badan. Bila tendangan dari Saadun Juling hampir ke batang leher, datuk segera mengelak dengan memusingkan badannya ke arah perdu pokok bunga tanjung. Usaha datuk itu berjaya, Saadun Juling tertendang perdu bunga tanjung. Kerana tendangan itu terlalu kuat sebahagian dari pada kulit perdu bunga Tanjung terkopak. Saadun Juling menjalar atas bumi seketika, kemudian dia merangkak macam buaya untuk menyerang datuk. Dengan cepat datuk bangun lalu melompat ke atas belakang Saadun Juling. Kedua belah tangan datuk memegang rambut Saadun Juling di bahagian ubunubun kepala. Saadun Juling tidak melawan, dia terkapar atas bumi dengan kedua belah tangannya terkedang, macam katak mati dilanggar tayar lori. "Saadun, aku tahu di mana kekuatan dan sumpah ilmu kamu”, kata datuk sambiI bangun. Di tangan datuk saya lihat tergengam rambut Saadun Juling, tanpa banyak cakap Saadun Juling terus bangun dan duduk bersandar di perdu bunga tan‐jung. Dia kelihatan letih benar, nafasnya tercungap‐ cungap. Datuk terus membersihkan darah di muka dengan daun serunai laut. Kemudian daun itu diramas‐ramasnya, lalu disapukan ke bahagian muka yang bengkak. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bengkak dan lebam di mukanya terus hilang. Ketika datuk mengubat mukanya dengan daun serunai laut, rambut Saadun Juling di sembunyikan di celah ketiak kanan. "Saadun, aku minta pada kamu supaya jangan memuja semangat buaya yang boleh menyusahkan orang‐orang di sini”, datuk merayu dengan nada suara yang lembut . Saadun Juling juihkan bibir bawahnya ke hadapan. Datuk terus termenung panjang.

[191]

"Saadun, jangan jadikan diri kamu tempat orang meletakkan sumpah dan cara kau mencari rezeki begini tidak berkat, rezeki yang kau terima panas. Kau tak akan boleh hidup senang”, tambah datuk lagi dengan wajah yang tenang. Saadun Juling tetap membisu, tidak ada tanda‐tanda yang menunjukkan dirinya mahu patuh dengan permintaan datuk. Datuk jadi serba salah, segala usahanya me‐nemui jalan buntu. Datuk terus membasuh muka dengan air sungai. Lama juga datuk merenung bayang wajahnya dalam air, setelah itu dia memetik daun keladi liar yang tum‐buh di tebing sungai, daun keladi itu terus diisinya dengan air sambil mulut‐nya bergerakgerak membaca sesuatu. Dengan kedua belah tangannya, dia menatang air di dalam daun keladi dengan hatihati (kerana dia tidak mahu rambut Saadun Juling yang disembunyikannya di celah ketiak itu jatuh ke tanah). Bila datuk sudah hampir dengan Saadun Juling yang tercungap‐cungap di pangkal pokok itu, datuk segera mencurahkan air dalam daun keladi ke muka Saadun Juling. Saya lihat muka Saadun Juling pucat seketika, kemudian baru berdarah kembali. Sebelum Saadun Juling berkata sesuatu, datuk terus menepuk dahi Saadun Juling sebanyak tiga kali berturut‐turut sambil membaca selawat nabi. "Biarkan dia di situ. Aku sudah melembutkan hatinya. Semoga niat baik aku diberkati oleh Allah”, ujar datuk pada saya. Datuk terus duduk di sisi saya sambil melagakan ibu jari dengan jari telunjuk, macam orang membilang tasbih. "Saadun, marilah kita berbuat baik sesama manusia dan mencari rezeki yang halal, tidak memeras orang lain secara terhormat untuk kepentingan diri kita sendiri”, kata datuk sambil merenung ke muka Saadun Juling. Saya lihat Saadun Juling menarik nafas panjang sambil merenung ke arah langit yang terang benderang itu. "Aku minta kau menghentikan perbuatan jahat dan menghalau buaya da‐ri sini, itu saja permintaan aku Saadun, satu permintaan yang cukup mudah”, saya terdengar suara datuk mula meninggi. Saadun Juling menjeling tajam ke wajah datuk. "Mudah bagi kau, tapi susah bagi aku”, suara Saadun Juling mula keras. "Maksud kau?" "Kalau aku menurut cakap kau, ertinya aku menyerah nyawa pada buaya, aku akan mati” "Hidup mati kau, bukan kuasa buaya, nyawa seseorang tergantung pada Allah” "Kalau kau pandai, kau sendiri halau buaya di sungai. Aku tak mahu, kau jangan halang kerja aku” "Eh, Saadun aku bukan pawang buaya macam kau, apa yang aku lakukan selama ini ialah petua untuk menjinakkan buaya, petua tu aku perolehi dari orang tuatua, itu saja yang ada pada diriku” Matahari kian panas bersinar, angin yang bertiup sekitar kawasan itu tidak dapat memberikan rasa sejuk pada diri saya. Setiap kali saya menggerakkan kulit muka, akan terasa sakit dan pedih akibat kena [192]

penumbuk sulung dari Saadun Juling. Bila saya raba dengan tapak tangan bahagian kulit yang pedih itu, terasa tebal dan membengkak. "Tak apa Saadun, aku rnengajak cara baik kau ‐tak mahu. Mulai saat ini kita bermusuh, kalau aku lalai akan jadi habuan kau dan kalau kau pula lalai, kau akan jadi habuan aku. Ingat kejahatan kamu akan aku ceritakan pada orang‐orang di sini”, da‐tuk mengugut Saadun Juling. Rambut Saadun Juling yang disembunyikan di bawah ketiak dikeluarkan untuk disimpan dalam saku baju hitamnya, kemudian datuk mengajak saya pulang. Baru lima langkah melangkah, Saadun Juling menerpa ke arah datuk sambil menghulurkan ulu golok pada datuk. Saya dan datuk tergamam. Langkah kami terus mati. Datuk dan saya berpandangan, secara perlahanIahan saya melangkah tiga tapak ke belakang. Bukan kerana takut, cuma bersiap sedia untuk lari, kalau Saadun Juling mengamuk dengan tiba‐tiba. "Untuk apa Saadun?" "Potong rambut saya di bahagian tengkuk. Mulakan dari kiri ke kanan, jangan sampai sehelai pun rambut saya jatuh ke tanah” Datuk pun segera mengambil golok dari tangan Saadun Juling. Datuk renung rambut Saadun Juling yang panjang dan lebat itu. Dengan hatihati datuk mematuhi arahan yang dikatakan oleh Saadun Juling. Rambut yang sudah di potong itu segera di serahkan pada Saadun Juling kem‐bali, kemudian dia membungkusnya dengan kain hitam. "Mari kita duduk”, ujar Saadun Juling. Panas kian terik. Lima minit masa berlalu, kami tidak bercakap walau sepatah pun. Curna Saadun Juling saja yang memandang liar ke kiri dan ke kanan. Dari saku baju sebelah kirinya, Saadun Juling mengeluarkan kotak kecil. Kotak itu diserahkan pada datuk. "Bukalah kotak itu”, katanya. Datuk pun membuka kotak tersebut. Di dalamnya termuat sebilah pisau cukur bersarung hitam, segumpal rambut, se‐butir telur buaya yang masih baik keadaannya serta dua bilah gigi buaya yang sudah berlubang, pada lubang itu dicucuk dengan benang hitam, bila disarung‐kan ke leher akan menjadi kalung. "Ini ibu geliga buaya”, Saadun Juling menunjukkan pada datuk satu benda putih yang berkilat dan bentuknya seperti batu sebesar ibu jari. Benda putih itu dikeluarkan oleh Saadun Juling dari sebelah rusuk kirinya. Datuk anggukkan kepala mendengar penerangan dari Saadun Juling, saya cuma melihat dan memasang telinga sahaja. “Semangat buaya yang saya puja berada di sini, sekarang biarlah saya pulangkan padanya kembali dan saya minta pada buaya‐buaya di sini pindah ke tempat lain”, muka datuk berubah mendengar kata‐kata itu.

[193]

Saadun Juling terus mengambil sekepal pasir dan sehelai daun keladi. Pasir yang di genggamnya itu ditaruh atas daun keladi dan ibu geliga buaya ditaruh di tengahtengah pasir lalu dibungkus dengan daun keladi. Bungkusan itu di genggamnya sebentar sambil mulutnya menyebut sesuatu yang sukar saya fahami, bahasa yang di ucapkan bercampur aduk, ada bahasa Siam, ada bahasa Jawa dan bahasa Acheh. Bila semuanya sudah selesai, bungkusan itu dilemparkan ke dalam sungai. Dalam sekelip mata saja, air sungai bergelombang. Bila gelombang air sungai berakhir, berpuluh‐puluh ekor buaya timbul. Semua kepala buaya itu meng‐hadap ke hilir. "Pindahlah kamu dari sini, aku bukan bapak kamu lagi, pergilah ke mana‐mana”, jerit Saadun Juling. Ternyata buaya‐buaya di sungai itu mendengar cakapnya, buaya‐buaya itu bergerak menuju ke kuala. Saya kagum dengan ke‐bolehan luar biasa yang dimiliki oleh Saadun Juling. Saya kira rasa kagum itu terjadi juga pada diri datuk. Sebabnya, apa yang dilakukan oleh Saadun Juling datuk perhatikan dengan penuh minat. Saadun Juling masih lagi merenung air sungai yang kelihatan agak tenang. Kelopak matanya tidak berkedip. Tiba‐tiba air sungai bergelom‐bang kembali, seekor buaya sebesar batang kelapa timbul di permukaan sungai, buaya itu berenang ke tepi sungai. "Berhenti dan tunjukkan badan kamu”, kata Saadun Juling, buaya itu segera menimbulkan seluruh badannya. Warna badan buaya itu agak keputih‐putihan sedikit dan pergerakkan kaki serta ekornya tidak sepantas macam buaya‐buaya yang lain. "Aku tidak memerlukan kamu lagi, aku kembalikan semangat kamu yang aku pinjam pada kamu kembali, sumpah yang kita buat sudah tidak ada lagi, kau berhak memakan daging aku dan aku berhak membunuh kamu”, Saadun Juling terus berkata‐kata dengan buaya tersebut. Saya lihat buaya itu terus menyelam dan ghaib. Di tempat buaya itu menyelam muncul sepo‐tong kayu hitam macam kayu arang yang pan‐jangnya kirakira dua kaki. Kayu itu berpusingpusing di situ dengan ligatnya sambil mengeluarkan asap yang nipis dipermukaan sungai. Asap itu nampak memanjang naik ke udara. Beberapa saat kemudian asap itu hilang, dan Saadun Juling terus jatuh ke tanah. Badan Saadun Juling kelihatan kaku, tidak bergerak dan kedua be‐lah kelopak matanya tertutup rapat. Dari sinar matahari yang cukup terik itu, saya lihat seluruh badan Saadun Juling mengeluarkan wap seperti wap dari ketul asis. Bila wap itu hilang Saadun Juling mula bergerak dan terus bangun. Dengan langkah yang tenang dia mendekati datuk. "Kamu lihat buaya putih tadi?" "Ya” "Sebenamya badan buaya itu tidak putih cuma penglihatan kita saja yang membuat kita menyangka buaya itu putih”

[194]

"Maksud kau Saadun?" “Itulah buaya jadijadian yang aku puja dari puntung kayu hanyut di tengah sungai waktu malam, sebelum puntung itu aku puja, puntung itu aku serahkan pada guruku untuk ditapa selama tujuh minggu dalam lubuk yang airnya berpusing, setelah dipujanya barulah diserahkan pada aku untuk memujanya de‐ngan beberapa syarat yang tertentu” Datuk renung wajah Saadun Juling lamalama, kemudian datuk tersenyum sambil meraba pipi kanannya berkalikali. Datuk hulurkan tangan pada Saadun Juling, cepat‐cepat Saadun Juling menyambut huluran tangan datuk itu. Mereka berjabat salam penuh mesra sambi ketawa penuh makna. "Kita bersahabat ,tetapi kalau kau tersilap langkah ertinya kau habuan aku. Begitu juga dengan aku kalau tersilap langkah akan jadi habuan kamu, " kata‐kata itu diucapkan oleh Saadun Juling dengan penuh semangat. "Kalau itu sebagai satu syarat untuk kita bersahabat, aku terima Saadun”, balas datuk. "Memang itu syaratnya, aku senang bila kau terima syarat tersebut”, sa‐hut Saadun Juling. Seram juga mendengar janji dua orang yang mahu bersa‐habat ini, pelik dan ganjil sekali buat diri saya. Saadun Juling terus melangkah beberapa tapak ke belakang dan ke hadapan di depan datuk. Kerana datuk masih duduk bersila di tanah, langkah yang di atur oleh Saadun Juling itu diperhatikannya dengan ekor mata sambil bersedia kalau langkah itu akan bertukar menjadi buah silat lalu mencari sasaran di tubuh datuk. Mujurlah langkah Saadun Juling tetap dengan langkahnya, tidak ada tanda‐tanda akan bertukar menjadi buah silat membuat perasaan datuk jadi tenang. Dalam keadaan yang begitu tenang Saadun Juling terus melompat dengan tiba‐tiba dan terus duduk bersila di hadapan datuk. Saadun Juling hulurkan kepalanya yang berambut panjang serta lebat itu pada datuk. "Gunakan pisau cukur tadi dan cukurlah rambut ini, aku mahu membuang segala ilmu yang aku tuntut”, wajah datuk kelihatan berubah, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dituturkan oleh Saadun Juling padanya. "Kau mahu mempermainkan aku atau kau memang berhajat betul” "Aku bercakap benar, segala kekuatan ilmu yang aku tuntut terletak pada rambutku. Sebab itulah aku menyimpan rambut panjang, ada tujuan dan gunanya, kata orang ada muslihatnya” "Begitu. Fahamlah aku sekarang” "Eh, kau memang bijak, purapura tidak tahu. Padahal kau sendiri tahu, bila kau menarik rambut aku tadi aku sudah tahu yang kau sudah mengetahui rahsia diri aku” Datuk tersenyum mendengar kata‐kata dari Saadun Juling itu. Datuk tidak dapat berdalih lagi, secara terus terang datuk mengatakan pada Saadun Juling, segala rahsia kekuatan itu diketahuinya setelah melihat cara‐cara Saadun Juling berjalan serta cara kerdipan mata Saadun Juling. Secara jujur pula Saadun Juling mengakui, sebab utama dia mahu mengikut cakap datuk kerana datuk mengetahui rahsia [195]

kekuatan dirinya. Andainya datuk tidak mengetahui rahsia itu dia bermusuh dengan datuk hingga hari kiamat. Tanpa membuang masa lagi, datuk pun mencukur rambut Saadun Juling dengan meninggalkan rambut bahagian ubunubun kepala dalam bentuk bulat, kerana rambut yang tinggal itu panjang membuat saya teringat pada rambut kaun Red Indian di Amerika yang selalu saya Iihat dalam filem cowboy. Saya tersenyum, memang bodoh kelihatannya bila orang tua berjambul dengan rambut panjang, sebabnya, datuk meninggalkan rambut tersebut adalah atas permintaan Saadun Juling sendiri. "Sekarang cukurlah rambut yang tinggal itu dan kau bersedialah menge‐lakkan diri kau dari terkena badinya”, kata Saadun Juling sambil menyuruh datuk mengambil segumpal rambut, telur buaya dan dua bilah gigi buaya dari dalam kotak kecil. Kalung dari gigi buaya disangkutkan ke lehernya, manakala segumpal rambut dan telur buaya diletakkan atas daun keladi dan daun keladi yang diisikan dengan barang tersebut pun diletakkan di bawah paha kanan Saadun Juling. "Sekarang, cukurlah rambut itu dari arah matahari jatuh membawa ke arah matahari naik”, Saadun Juling segera memberikan perintah. Datuk segera mela‐kukannya. Bila mata pisau cukur terkena bahagian rambut tersebut, secara me‐ngejut hujan turun dalam panas yang terik itu. Air hujan yang kasar itu jatuh atas permukaan sungai membuat air sungai kelihatan seperti meruapruap. Saadun Juling memejamkan matanya dan tangan datuk yang memegang pisau cukur kelihatan bergerakgerak tidak tentu arah macam di tolak sesuatu. Akhirnya dapat juga datuk mencukur rambut sejemput itu, setelah dia membaca beberapa potong ayat suci. Bila rambut itu selesai di cukur, hujan panas segera berhenti. Tetapi, wajah datuk kelihatan kebirubiruan, kedua belah bibirnya nampak hitam dan badannya menggeletar macam orang kena serang demam kura. Datuk segera menghampiri saya serta menyuruh saya mencari daun lidah buaya dan cendawan telinga monyet. Berpeluh juga badan saya mencari bahanbahan yang dikehendaki oleh datuk sekitar kawasan itu. Nasib saya agak baik, cendawan telinga monyet saya temui di batang getah buruk. Daun lidah buaya pula saya temui dalam jarak satu rantai dari batang getah buruk tersebut. Semua bahanbahan itu saya serahkan pada datuk. Cendawan telinga monyet datuk patah dua. Sebelah digosokkan pada tapak kaki kiri dan yang sebelah digosokkan pada tapak kaki kanan beberapa kali hingga rasa mengeletar di badannya hilang. Bahagian kulit atas daun lidah buaya datuk kupas (siat) dengan golok, bila kulit itu tersiat terdapat sejenis lendir yang rupanya macam agaragar. Lendir itu datuk taruh atas tapak tangan lalu dimakannya. Saya terasa geli geleman dan tekak saya terasa loya melihat datuk menelan lendir dari daun lidah buaya. Bahagian bawah daun itu datuk kupas juga, lendimya datuk ambil dan disapukan ke muka serta kedua belah lengannya. Bibir datuk yang keliha‐tan hitam segera bertukar menjadi merah begitu juga dengan wajahnya yang kebirubiruan pulih seperti sediakala.

[196]

"Daun lidah buaya ini banyak khasiatnya, kalau anak dara mahu kulit mukanya bersih serta halus tanpa jerawat sapulah lendir dari daun ini. Kalau kita mahu kelihatan muda (awet muda) sapukan lendirnya ke muka setiap petang, kalau badan terasa panas atau mahu menjaga kesihatan tubuh badan, ini khasiatnya”, kata datuk pada saya sambil mengeliat. "Kalau mahu mengekalkan rumah tangga hingga mati dan mahu berbini lebih dari satu daun lidah buaya juga boleh digunakan. Orang lelaki yang mema‐kai daun lidah buaya muda menawan hati orang perempuan. Tapi mesti ada petua dan syaratnya, belajarlah dengan datuk awak”, sampuk Saadun Juling. Dan saya mengharapkan datuk akan mengeluarkan petuanya dan saya ber‐sedia melakukannya. Sebagai lelaki tentu saja saya teringin memikat atau jadi pujaan setiap gadis, kalau perlu mahu beristeri lebih dari satu. "Petua yang itu tidak boleh diberikan pada Tamar. Belum tentu petua itu digunakan dengan sebaikbaiknya, hari ini kita nampak bagus, bila dah dewasa belum tentu dia bagus. Kalau petua tu terlepas padanya aku yakin dia akan jadi kambing randuk (bapak kambing) yang kerjanya membilang kepala bini atau membilang kepala betina”, kata datuk lalu disambut dengan ketawa berdekah‐dekah oleh Saadun Juling. Sesunguhnya, kata‐kata datuk itu meninggalkan kesan kecewa yang amat mendalam pada diri saya. Apa boleh buat, mahu bertanya atau meminta petua itu pada datuk saya takut, silapsilap tanya atau minta nanti penampar hinggap ke muka paling kurang kena maki. Matahari sudah berada betulbetul di atas kepala dan burung helang siwah mula terbang rendah mencari makan sambil berbunyi sekalisekala, ketika itu jugalah Saadun Juling membentang kain kuning berbucu tiga di atas tanah. Rambutnya sudah dicukur, dikumpul atas kain kuning tersebut. Begitu juga dengan pisau cukur, telur buaya, kalung gigi buaya dan segumpal rambut, semua bendabenda itu dibungkus dengan kain kuning lalu diletakkan di atas batang buruk dan dihanyut‐kan ke tengah sungai. Bila kain kuning di atas batang buruk itu bergerak ke hilir, helang siwah yang terbang terus men‐junam serta menyambar kain kuning tersebut, bila kain kuning itu berada dimuncung burung helang yang berlegarIegar di udara, terdengar satu leda‐kan macam ledakan petir dan badan helang yang berada di udara berkecai, bulunya berterbangan ja‐tuh atas permukaan sungai. "Semuanya sudah habis, ilmu yang di tuntut sudah pulang ke tanah asalnya di Kuala Tari, Acheh, menemui tuannya”, ujar Saadun Juling dengan wajah yang gusar. "Habiskan usia kamu yang ada ini untuk mengabadikan diri pada Allah, mohon ampun dan bertaubatlah pada Allah, semoga kau akan bahagia dunia akhirat”, datuk terus menepuk bahu Saadun Juling sambil meninggalkan kawasan tersebut menuju ke pondoknya. Bunyi ledakan petir di tengah hari itu rupanya menimbulkan kegemparan pada para penduduk di Tanjung Ara, beberapa orang penduduk yang ingin tahu tentang kejadian itu segera mencari datuk.

[197]

"Apa yang mahu dirisaukan, bunyi petir ditengah hari perkara biasa semua‐nya berlaku atas kehendak Allah, kalau mahu mengetahui rahsianya carilah sendiri, saya sendiri tidak tahu”, kata datuk pada orang‐ orang kampung yang menemuinya dikaki tangga pondok tempat Saadun Juling menumpang. Tanpa banyak soal jawab, orang‐orang kampung terus pulang ke rumah masing‐masing. Sebagai membuktikan kejujuran dan keikhlasan hatinya pada orang‐orang kampung Tanjung Ara dan datuk, Saadun Juling membuat keputusan untuk tinggal di kampung tersebut selama dua minggu lagi. Alasan yang diberikan pada orang‐orang kampung ialah untuk melihat se‐jauh mana kejayaannya menghalau buaya di sungai tersebut. Sungguh memeranjatkan, usaha Saadun Juling tidak siasia. Buaya cukup sulit untuk di temui di sungai tersebut. Kalu ada pun, buaya tersebut hanya sekadar menumpang lalu, mempamirkan tubuh badan seminit dua di permukaan sungai, kemudian terus hilang dan amat sukar dikesan kemana buaya itu menghilangkan diri. Kerana kejayaan itu, orang‐orang kampung telah sepakat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dengan mengadakan jamuan makan tengahari di surau kampung tersebut setelah menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah. “Saya minta pada orang di sini supaya jangan membuang cicak ke sungai atau memancing ikan berumpankan cicak, perbuatan itu memang dilarang dan merupakan satu pantang. Kalau dilanggar pantang itu buaya akan mengamuk kembali. Jika ada diantara tuantuan yang memanggang cicak dengan buluh atau sebagainya lalu dibuang ke sungai padahnya cukup buruk, buaya akan membalas dendam, dalam ilmu pawang buaya hal ini memang merupakan pantang besar”, demikian Saadun Juling memberitahu orang‐orang kampung. Dia juga menyatakan pada orang‐orang kampung bahawa segala ilmu yang dituntutnya bagi menangkap buaya, sudah dibuangnya kerana dia mula sedar yang ilmu itu banyak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam majlis kesyukuran itu juga, datuk mengambil daya usahanya sendiri mempertemukan Saadun Juling dengan suami wanita yang digodanya. Memang diluar dugaan datuk pertemuan yang diadakan dengan tujuan yang baik menjadi sebaliknya. Suami wanita itu menaruh dendam pada Saadun Juling. Bila dia berhadapan dengan Saadun Juling tanpa berfikir panjang, dia terus mencabar Saadun Juling supaya bergaduh dengan menggunakan parang panjang. "Saadun, aku harap kau bersabar, orang yang sabar dikasihi oleh Allah, tujuan kita bukan mahu bergaduh, apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan. Untuk menghilangkan rasa permusuhan sesama Islam, bukankah Islam mahu para pengikutnya berbaikbaik, hidup aman dan saling tolong‐menolong”, kata datuk kepada Saadun Juling. "Saya ikut cakap awak, asalkan tujuannya baik”, sahut Saadun Juling. Datuk terus mendekati si suami yang sedang marah itu. Datuk tepuk bahu kanannya dua tiga kali, kemudian datuk ambil keris pendek yang tergenggam di tangan si suami itu. Keris itu datuk masukkan ke dalam sarungnya. Orang‐orang kampung yang tidak tahu tentang kedudukan perkara tersebut jadi tercengang‐cengang sambil berbisik sama sendiri.

[198]

"Usah bimbang, mereka ada selisih faham sedikit. Biarlah saya yang cuba mengatasinya. Saya yakin kalau kita bersikap sebagai orang Islam sejati, ma‐salah ini boleh selesai”, datuk memberitahu orang‐ orang kampung dan menyuruh mereka bersurai. Datuk terus menemui si suami yang sedang naik darah itu kembali. Datuk terus bercakap‐cakap dengannya sebentar, Saadun Juling cuma me‐lihat dari jauh saja. Saya menarik nafas tanda senang hati kerana datuk berjaya memujuk si suami yang sedang marah itu. Saadun Juling bersalam dengan si suami yang mempunyai parut di betis kanannya, kemudian si suami itu me‐ngajak datuk, Saadun Juling dan saya ke rumahnya. Kami di jamu dengan kopi panas di anjung rumah. "Saya mengaku saya bersalah dalam hal ini, ambillah golok ini dan lakukan apa saja demi menjaga kehormatan awak sebagai seorang suami, saya rela mati atas perbuatan saya”, tiba tiba Saadun Juling menghulurkan ulu golok pada sisuami yang berparut di betis kanan. "Tak perlu, saya faham dan saya sudah mengetahui kedudukan diri awak. Saya maafkan awak, walaupun perbuatan saya ini satu perbuatan dayus pada mata orang lain, saya tidak merasa kesal. Menjauhkan perasaan dendam dan bergaduh sesama orang yang seagama itu lebih mulia”, dengan tenang si suami itu bercakap pada Saadun Juling. Mereka berdakap‐dakapan dan menangis. Saya dan datuk sungguh terharu melihat peristiwa tersebut. Dengan perasaan yang ikhlas si suami itu terus bertanya pada isterinya, sama ada dia mencintai dirinya atau Saadun Juling. Dengan jujur si isteri itu menjawab, dia memang tidak mencintai atau menyayangi suaminya, kerana si suami itu bukan pilihan hatinya. Dia menikah dulu sematamata mendengar cakap ke dua orang tuanya. Si suami menerima keterangan itu dengan dada yang terbuka, kemudian dia membuat keputusan menceraikan isterinya, setelah Saadun Juling mem‐berikan jaminan yang dirinya akan memperisterikan wanita tersebut. Saadun Juling membuktikan kata‐katanya itu, setelah wanita itu lepas edah, dia terus menikah dengan wanita tersebut. Kemudian Saadun Juling membawa isterinya ke kampung halamannya dan memulakan penghidupan baru dengan membuka kedai kopi dan barang‐barang runcit di tempatnya dan namanya sebagai pawang buaya terus dilupakan orang. Kedai kopi dan barang‐barang runcit yang diusahakan oleh Saadun Juling mendapat sambutan amat menggalakkan dari para penduduk setempat. Di samping berniaga, Saadun Juling terus mendalami ilmu agama. Setiap malam, dia mengundang seorang guru agama yang terkemuka di daerahnya Tuan Haji Nawawi AlPetani ke rumahnya. Dia belajar selok‐belok agama Islam dari pukul sepuluh hingga menjelang dua belas malam. Selama dua tahun Saadun Juling berniaga, dia telah mender‐makan wang ringgitnya untuk membesarkan beberapa buah masjid di daerah‐nya, juga mendirikan beberapa buah surau serta mendirikan sekolah agama rakyat untuk kanak‐kanak yang berusia tujuh tahun ke atas belajar agama Is‐lam.

[199]

Atas nasihat Tuan Haji Nawawi AlPetani, Saadun Juling dan isterinya berhijrah ke Kelantan. Dua tahun menetap di Kelantan, kemudian pindah ke Petani di Selatan Siam, mendalami ilmu agama Islam dengan beberapa guru agama yang terkenal di sana. Setelah menetap selama tiga tahun di Petani, Saadun Julling dan isterinya pergi ke tanah suci dengan berjalan kaki dan akhirnya menetap di Jeddah. Menurut beberapa orang penduduk Tanjung Ara yang pernah pergi ke Mekah dan sempat berjumpa dengan Saadun Juling di Jeddah, menyatakan yang Saadun Juling telah membuka perniagaan di sana. Khabarnya, Saadun Juling boleh bertutur bahasa Arab dengan fasih, boleh menulis dan hafaz Quran. Namanya juga sudah berubah dari Saadun Juling menjadi Saadun Al‐Hafiz. Datuk cukup gembira mendengar berita yang disampaikan oleh pendu‐duk Tanjung Ara padanya. “Rajin dan usaha itu tangga kejayaan dan Allah tidak pemah menghampakan harapan dan citacita manusia yang bekerja keras untuk mengubah nasib hidup‐nya. Contohnya, kau sendiri sudah melihat dan mendengar tentang hal diri Saa‐dun Juling yang sesat dalam perjalanan hidup dan kembali ke pangkal jalan untuk membina hidup baru yang lebih bererti sebagai manusia yang beragama Islam”, ujar datuk pada saya. Wajah datuk saya renung, kelihatan peluhpeluh halus mula meruap didahi luas yang disinari oleh matahari petang dalam kawasan kebun pisang emasnya yang seluas satu ekar lebih. Saya tahu, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, saya dan datuk banyak menghabiskan masa di kebun pisang. Saya menolong datuk membuang daun‐daun pisang kering, menebang dan mengambil pisang yang sudah tua. Buahbuah pisang tua itu dilonggokkan pada satu tempat, sementara menanti lori pemborong buah pisang mengambilnya. Dan urusan menimbang, menjual dan mengutip wang datuk serahkan bulatbulat pada saya. "Lama sungguh kita tidak ke manamana tok”, kata saya, sebaik saya selesai menebang pokok pisang di hujung sempadan. Datuk yang asyik me‐ngumpul daundaun pisang tua, dekat pangkal pokok pulai, berhenti mengum‐pulkan dedaun pisang itu. Dia terus renung muka saya dan akhirnya duduk atas batang getah yang tumbang. "Kenapa? Kau jemu duduk di rumah?” "Tidak, saja tanya” "Sejak balik dari Tanjung Ara, kalau tak sikap aku, sudah dua kali mening‐galkan tumah, kali pertama aku pergi ke Sungai Petai, dekat Alor Gajah Melaka. Kali kedua aku pergi ke Bukit Tengah di Seberang Perai” "Tapi, saya tok tak ajak” "Oh, aku terlupa nak ajak”, kata datuk sambil ketawa. Dia menyapu peluh di dahinya dengan telapak tangan kanan. Matahari petang kian condong. Bayang saya yang berdiri dekat pokok pisang emas kelihatan memanjang di bumi. Bunyi suara burung tekukur dan merbuk, sudah jarangjarang kedengaran. Angin juga mula bertiup lemah.

[200]

"Berkemaslah Tamar, kita balik. Esok kalau panjang umur kita datang lagi”, tekanan suara datuk cukup rendah. Dia pun melangkah ke pondok yang terletak di bucu tanah sebelah kanan. Saya mengekornya dari belakang. Pondok itu sengaja didirikan oleh datuk sebagai tempat berehat dan sembahyang. Tidak jauh dari pondok itu terdapat sebatang anak sungai yang airnya cukup jernih. Air sungai itu tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Jika musim tengkujuh airnya tidak pernah melimpah ke paras tebing. Sampai di pon‐dok, datuk terus berehat di pelantar dekat tangga. Saya menggeliat dua tiga kali di depannya untuk menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikat dan lengan. "Aku nak mandi ke sungai, kau nak ikut?”, datuk mempelawa saya sambil meletakkan kain basahan di bahu sebelah kiri. "Tak mahu tok” "Sebab?" "Bila mandi di sini, sampai di rumah kena mandi lagi. Kita balik terpaksa berjalan, badan kita tentu berpeluh, lebih baik mandi sekali di rumah” "Terpulanglah pada kau Tamar” Datuk pun mengatur langkah menuju ke sungai. Sementara menanti datuk selesai mandi, saya terus membersihkan sekitar kawasan pondok. Semua sampah sarap yang sudah di kumpulkan itu saya bakar. Bila saya mahu melangkah ke arah pangkal pokok tembusu untuk mengutip daundaun yang jatuh di pangkalnya, saya dapati datuk sudah tercegat di situ. Dada saya berdebar. Batang tubuh datuk saya perhatikan, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Saya terasa ada sesuatu yang ganjil terjadi pada diri datuk. "Kenapa? Kamu terkejut kerana aku berada di sini?”, datuk menjegilkan biji matanya ke arah saya. Pertanyaan itu tidak saya balas. Saya masih mencari jawapan, bagaimana datuk boleh berada di situ? Biasanya, bila pulang dari su‐ngai, datuk akan menggunakan jalan yang selalu digunakan. Aneh, macam mana saya tidak dapat mendengar bunyi tapak kakinya. Semua persoalan itu muncul dalam tempurung kepala saya. “Tok ada masalah?" Saya memberanikan diri, mengajukan pertanyaan. Saya lihat datuk gelengkan kepala sambil tersenyum. Dengan tenang datuk menarik tangan saya menuju ke pelantar. Kami duduk di situ. Datuk menepuk bahu kiri saya, penuh dengan rasa kasih mesra. Dan datuk bagaikan tahu tentang keraguan yang timbul dalam hati saya. "Sebenarnya, aku berjalan tadi mengikut gerak angin dan tapak kaki aku bila tersentuh bumi atau daun tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi, batang tubuh aku tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, aku berada di sisi kamu ketika kamu membakar sampah, malah aku menolong menghidupkan api, kau‐ tak nampak”, datuk membuka rahsia dirinya. [201]

Saya menarik nafas panjang, perlahanIahan saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Keterangan dari datuk itu amat menakjubkan. "Agaknya datuk dikejar binatang buas membuat datuk terpaksa bertindak begini” "Tidak” "Kalau tidak untuk apa datuk berjalan mengikut arah angin dan menghi‐langkan diri, mesti ada sesuatu muslihat” "Tak ada Tamar, apa yang aku lakukan sekadar mengamalkan. Sebabnya, ilmu yang ada jika tidak diamalkan dalam masa tertentu boleh jadi kita lupa” "Saya faham” Datuk terus mengajak saya pulang. Kirakira dua puluh langkah meninggalkan pondok, saya teringatkan buahbuah pisang yang ter‐longgok di bahagian tengah kebun. Saya bimbang kalau buahbuah pisang yang dianggarkan beratnya lebih dari lima belas pikul itu akan hilang. Barangkali datuk lupa tentang buahbuah pisang tersebut. Saya perlu mengingatkannya. Saya tidak rela sama sekali buahbuah pisang itu akan jadi habuan pencuri. Mana boleh jadi, kita yang bekerja setengah mati orang lain mendapat feadahnya dengan mudah. Hujung baju datuk segera saya tarik dari belakang. Langkahnya terus mati. "Kenapa?" "Pisang kita tok?” "Kenapa pula dengannya? Kau nak bermalam dengan buahbuah pisang itu?” "Takut dicuri orang tok” "Haaaa” Datuk segera menyandarkan badannya pada salah satu pokok getah yang berbaris dikiri kanan jalan yang kami lalui. Dia mengedutkan dahinya sambil menepuk tangan tiga kali berturut‐turut. Kemudian datuk tegakkan badannya sambil menghalakan wajahnya ke arah angin yang datang. Datuk lurut lengan kanan dengan tapak tangan kiri, tiga kali berturut‐turut. Dengan tenang datuk memetik ibu jarinya sebanyak dua kali, bunyi yang lahir dari petikan ibu jarinya berbunyi cukup kuat. "Datang ke mari sekejap, ada kerja yang nak aku serahkan pada kamu”, ujar datuk dengan te‐nang. Saya segera menghampirinya. Berdiri di se‐belah kiri datuk. Tiba‐tiba datuk menolak badan saya hingga tersungkur atas tanah. Saya segera bangun, muka datuk saya renung, ternyata datuk tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi. Mulutnya kelihatan ber‐gerakgerak. Bila mulutnya berhenti dari bergerak, saya terus mengajukan pertanyaan padanya. "Kenapa saya di tolak tok?"

[202]

"Aku tak panggil kau” "Habis datuk panggil siapa?" "Itu, aku panggil itu”, jari telunjuk datuk menuding ke arah rimbunan pokok senduduk yang kelihatan bergoyanggoyang. Saya tergamam, seekor harimau belang menuju ke arah datuk. Berhenti dan merebahkan badannya atas tanah di depan datuk, sambil mengoyanggoyangkan ekornya, tidak ubah seperti kucing yang manja. Datuk tepuk kepala harimau itu dua tiga kali. Harimau itu membuka mulut‐nya luasIuas. Lidahnya menjilat pergelangan tangan datuk. Saya memberanikan diri lalu menguruturut badan harimau tersebut. Dengan penuh rasa manja hari‐mau itu mengerakgerakkan ekornya ke bahu dan muka saya hingga terasa geli. "Malam ni, kau jaga pisang kami, esok aku nak jual. Ingat kalau ada orang yang mahu mencurinya kau halaukan saja, jangan cederakan manusia”, kata datuk pada harimau itu, saya lihat harimau itu merenung ke muka datuk, ke‐mudian memejamkan kedua belah matanya sambil mengaum kecil. "Pulanglah,” kata datuk, harimau itu segera bangun dan menggeselgeselkan badannya ke badan datuk. Kemudian harimau itu bergerak menuju ke rumpun senduduk lalu hilang. Datuk menepuk bahu saya dua tiga kali. "Kausudah tahu siapa yang aku panggil Tamar?" "Tahu tok” "Dialah yang menjaga pisang kita malam ini” "Saya tahu tok” "Kalau sudah tahu, jangan banyak bertanya, mari kita blaik” Kami pun melangkah. Langkah datuk terlalu cepat membuat saya terpaksa berlariIari anak. Jarak rumah datuk dengan kebun pisang lebih kurang dua batu. Memang perangai datuk, tidak suka naik basikal pergi ke kebun pisangnya, dia lebih suka berjalan kaki. Satu keistimewaan yang terdapat pada diri datuk, dia tidak pernah merasa letih berjalan kaki, walaupun sampai berpuluhpuluh batu. Badan saya mula berpeluh tetapi, angin petang yang bertiup perlahanIahan itu dapat mengu‐rangkan rasa kepanasan di badan. Hati saya jadi terhibur, melihat telatah dan ragam monyetmonyet liar yang berlompatan dengan bebas di dahandahan pokok getah yang berdiri di kirikanan jalan enam kaki. Sedang asyik melangkah, saya dikejutkan oleh suara jeritan dari datuk se‐cara mendadak. Saya lihat datuk membuka langkah silat sambil melompat ke kanan. Dalam saat yang sama saya lihat sebatang dahan getah mati jatuh menuju ke arah datuk. Dengan tangkas datuk menyambar dahan itu lalu dicampakkan ke sebelah kanan jalan. Dahan getah yang jatuh itu sama besarnya dengan betis pemuda yang beru‐sia 20 tahun. Andainya dahan getah itu tepat mengenai batang tubuh datuk, pasti membawa maut. Datuk segera menoleh ke arah saya sambil tersenyum bangga. Datuk pun memberi isyarat supaya meneruskan perjalanan. [203]

"Berjalan dalam hutan atau dimanamana, kita harus berwaspada. Mesti tahu menguasai diri, pandai mengira langkah dan gerak makhluk serta alam”, sambil berjalan datuk memberikan ceramah kecil. Saya anggukkan kepala. Me‐mang saya tidak ada minat untuk mendengarnya. Semua yang diluahkan oleh datuk tidak masuk dalam otak saya. "Semuanya itu mustahak untuk diri kita, kalau tidak mahu menuntut ilmunya, tidak salah kalau sekadar kita mahu ambil tahu saja”, sambung datuk lagi . Saya gigit bibir. Kedua belah pangkal peha saya mula terasa sakit . "Bagaimana kita mahu tahu tentang semuanya itu tok?", secara tidak dise‐dari saya mengeluarkan pertanyaan. "Setiap manusia ada pancaindera yang lima. Kita hanya memerlukan satu daya usaha untuk mempertajamkan pancaindera yang lima itu supaya jadi lebih berkesan lagi. Caranya harus belajar dari petua orang tuatua dan kita harus amalkan. Perkara yang utama dan penting ialah keyakinan, tabah dan sabar”, cukup ghairah datuk menerangkannya pada saya. Kerana saya tidak mengemukakan sebarang pertanyaan, datuk tidak melanjutkan keterangannya. Kami terus berjalan, sambil berjalan saya terus me‐renung ke arah dahandahan pokok getah tempat monyet liar bergayutan. Saya juga mengawasi kalau ada dahan getah mati yang mahu jatuh. Saya kira kalau ada dahan yang jatuh sebesar lengan budak, saya mahu menyam‐butnya seperti apa yang telah datuk lakukan. "Jangan mencuba, kalau tidak tahu. Nanti padah menimpa diri”, saya jadi terkejut dengan kata‐kata datuk tu. Ruparupanya datuk dapat membaca apa yang tersirat dalam dada saya. "Saya cuma beranganangan saja tok” "Anganangan kalau dilakukan dengan baik, cukup pertimbangan yang sempurna akan jadi citacita” "Saya faham tok. Tetapi, untuk menjayakan citacita tu bukanlah satu perkara yang mudah” "Kau berusaha. Kalau kau mahu belajar ilmu gerak manusia dan alam, cari sendiri jangan harap ada orang lain datang menyerah untuk memberikan ilmu itu" “Begitu” Datuk segera menolak ke arah saya. Dia merasakan jawapan yang terakhir dari saya itu, macam menyindir dan membayangkan rasa tidak ada kesungguhan dari saya. Akhirnya, kami pun sampai ke rumah. Saya terus memetik buah belimbing buluh yang tua. Buah belimbing itu saya bawa ke sungai bersama dua tiga helai daun pandan wangi. Buah belimbing yang sudah diramas itu, saya gosokkan ke badan untuk menghilangkan getah pisang yang terletak di badan serta menghilangkan rasa gatal dan daki. Kemudian daun pandan yang sudah di campurkan dengan air satu baldi, saya juruskan ke tubuh untuk mewangikan bau peluh dan badan. Saya dan datuk terus ke surau untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. [204]

Lebih kurang pukul sepuluh malam, baru kami pulang. Datuk seperti biasa akan menghabiskan masa sebelah malamnya dengan membaca Quran hingga menjelang waktu subuh. Pagi itu, saya di suruh oleh datuk supaya menemui Lim Kim Bok yang menjadi peraih buah pisang. Setelah berunding dengan Lim Kim Bok beberapa minit, dia terus menelefon adiknya, Lim Tong King yang tinggal di Sitiawan. "Adik saya beli semua pisang datuk awak, dia nak jual pisang tu ke Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bharu”,katanya. "Bila dia sampai Kim Bok?" "Sekarang pukul tujuh. Lebih kurang pukul lapan setengah dia sampai” "Saya mahu nanti di mana? Nanti dia tak tahu tempatnya” "Tunggu di kebun, adik saya tahu tempatnya. Sudah banyak kali dia ambil pisang di kebun datuk awak” "Dia tahu di mana tempatnya, Paya Besar” "Apa awak cakap ni. Saya kata dia tahu, apa lagi mahu banyak cakap” "Jangan marah”, ujar saya sambil ketawa kecil. Saya terus pulang ke rumah. Dari rumah, saya bersama datuk dan nenek berjalan kaki menuju ke kebun pisang di Paya Besar. Sampai di kebun pisang saya terlihat kesan tapak kaki harimau. "Ada orang menunggu pisang awak malam tadi?", nenek bersuara. "Ada”, jawab datuk, sambil menaburkan tujuh biji bertih kedalam rumpun pokok senduduk. Saya lihat rumpun senduduk itu bergoyang dan saya terpan‐dang kelibat seekor harimau. "Pulanglah, kau sudah menolong aku”, kata datuk lagi. Seekor harimau me‐lintas di depan kami sambil berjalan tunduk macam kucing peliharaan melintas di hadapan tuannya. Sementara menanti lori yang dijanjikan tiba, kami terus membersihkan kawasan kebun pisang. Satu jam kemudian lori yang ditunggu‐tunggu pun tiba. Semua pisang yang ada di situ ditimbang dan dimasukkan ke dalam lori. Di situ juga Lim Tong King membuat pembayaran. Wang dari hasil penjualan pisang yang berjumlah lebih kurang tiga ratus ringgit datuk serahkan pada nenek. "Simpan wang tu baikbaik, seratus ringgit awak serahkan pada Imam Musa untuk tabung masjid dan lima puluh ringgit awak bagi pada Long Munah yang baru mati suami dua hari lalu. Bakinya terpulanglah pada awak”, nenek anggukkan kepala mendengar cakap datuk itu. Lim Tong Kim menghampiri datuk, dia menarik tangan datuk menuju ke arah pokok getah tua dekat sempadan tanah sebelah kanan. Mereka bercakap‐cakap sebentar, kemudian datuk datang menemui nenek kembali.

[205]

"Kita balik naik lori”, kata datuk pada nenek sambiI merenung muka saya. Cepat‐cepat saya menggigit bibir dan rasa aneh mula bersarang dalam dada saya. Selalunya datuk tidak pernah mahu pulang awal, mesti ada muslihat tertentu yang membuat datuk bertindak begitu demikian hati kecil saya mem‐buat ramalan. "Kenapa tok nak balik cepat?", tanya saya. "Si Lim Tong King ni, ajak aku jadi kawannya ke Johor Bharu, dia takut kerana banyak bawa duit” "Ah, awak ni mengarut, kerana orang sanggup bersusah payah”, nenek melahirkan rasa kurang senangnya. Datuk saya lihat tersenyum. "Mari naik”, kata Lim Tong King. Nenek pun naik lori duduk di depan dekat pemandu. Saya dan Lim Tong King duduk di bahagian belakang lori yang tidak berbumbung itu. Lim Tong King yang jadi towkey pisang itu bertindak sebagai kalindan, sekali pandang memang tidak ada potongan seorang saudagar pada diri Lim Tong King. Enjin lori pun dihidupkan. Datuk masih lagi tercegat di situ. Tidak ada tanda‐tanda yang dirinya akan naik lori. "Naiklah tok”, kata saya. "Tak payah, aku jalan kaki saja”, jawabnya sambil memulakan langkah. Lori yang berkepala merah, berbadan hijau pun bergerak, melalui jalan enam kaki. Bila layar lori itu terlanggar lubang, badan saya turut terhuyunghayang, macam orang mabuk todi. Lori yang kami naiki sampai dihalaman rumah. Pemandu lori dan Lim Tong Kim terkejut melihat datuk duduk di kaki tangga sambiI melurutIurut sebatang kayu. Nenek turun dari lori, begitu juga dengan saya. Cepat‐cepat saya masuk ke rumah mengemaskan pakaian yang saya fikirkan perlu untuk di bawa ."Awak jalan kaki ke atau terbang”, kata Lim Tong King. "Jalan kaki” "Awak mesti pakai ilmu” "Tidak”, jawap datuk sambil ketawa kecil. Saya keluar dari rumah dan berdiri dekat datuk. Kemudian, datuk pun bangun berjalan tiga langkah ke depan lalu memacak kayu yang dilurutnya tadi di atas tanah. Datuk renung ke langit, melihat awan dan matahari yang kian marak bersinar. Datuk cabut kayu itu sambil menggigit lidah. Bahagian kayu yang tertanam di tanah datuk raba ber‐kalikali.

[206]

Kesan tanah yang terletak di situ datuk ambil. Tanah itu datuk ramas berkali‐kali. Telapak tangannya dibuka dan tanah yang diramasnya kelihatan berbuku‐buku. Dengan mulutnya, datuk hembus tanah di telapak tangannya hingga berterbangan entah ke mana. "Langkah kita baik, tapi ada halangan sedikit, dengan izin Allah rintangan itu berjaya kita atasi”, begitulah datuk memberitahu saya. Lim Tong Kim ke‐lihatan tercengangcengang. Datuk terus tepuk bahu kanan Lim Tong King. Datuk terus rapat ke lori berkepala merah. Saya ikut dari belakang. “Saya ikut awak, belum tentu sampai ke Johor Bharu. Sebabnya, bila saya ingat nak balik, saya balik awak tak boleh halang saya”, datuk mengeluarkan syarat pada Lim Tong King. Ternyata, syarat tidak mendapat bantahan. Kami meninggalkan rumah kirakira jam sepuluh pagi Rabu. Datuk dan saya duduk di bahagian depan lori, Lim Tong King duduk di belakang. Satu hal yang tidak menyenangkan diri saya, lori yang membawa pisang itu terlalu ke‐rap sangat berhenti, kerana mengambil dan menjual pisang di bandarbandar yang dilaluinya. Lebih kurang pukul dua petang, kami sampai ke Kuala Dipang, datuk menunaikan sembahyang Zohor di situ. Sembahyang Asar datuk lakukan di Masjid Bidor. Dari Bidor, LimTong King tidak lagi jadi kelindan. Dia mengambil tugas kawannya. Dia jadi pemandu dan kawannya jadi ke‐lindan. Kali ini, saya mula terasa seronok naik lori tersebut kerana tidak ber‐hentihenti lagi. "Berhenti di Kelumpang Tong King, saya nak sembahyang Maghrib”, datuk mengingatkan Lim Tong King, sebaik sahaja kami melintasi pekan Tanjung Malim. Bila sampai di Kelumpang datuk terus ke masjid dan Lim Tong King mengurus penjualan pisang dengan Cina di pekan tersebut. Bila datuk keluar dari masjid, Lim Tong King masih lagi belum selesai berurus dengan kawannya. Datuk memberitahu Lim Tong King yang dia mahu balik ke masjid semula. "Begini, awak tunggu di masjid. Bila kerja saya selesai, saya panggil awak, lagipun saya rasa tak larat nak bawa lori sampai ke Kuala Lumpur. Saya ingat mahu tidur di rumah abang ipar saya yang berniaga kedai runcit di Kuala Kubu Bharu”, Lim Tong King memberitahu datuk. "Kalau begitu kata awak, saya ikut saja”, balas datuk. "Saya bimbang, saya bawa duit dekat lima ribu ringgit” "Tak apa”, datuk menenangkan perasaan Lim Tong King. Saya dan datuk kembali ke masjid. Bila selesai sembahyang Isyak baru Lim Tong King me‐manggil kami melalui seorang budak Melayu yang bekerja di kedai yang membeli pisangnya. Kami tinggalkan pekan Kelumpang lebih kurang hampir pukul sepuluh malam. Entah apa malangnya, ketika lori yang saya dan datuk tumpangi melalui satu selekoh berhampiran dengan tanah perkuburan orang‐orang Cina, lori itu mengalami kerosakan. Enjinnya mati dengan tiba‐tiba.

[207]

Puas dibaiki tidak juga mahu hidup. Lim Tong King menyuruh kawannya pergi ke Kelumpang mencari foremen. Nasib baik sebuah kereta yang ditahan mahu berhenti dan bersedia membawa kawan Lim Tong King ke Kelumpang. Sejam kemudian, kawannya kembali tanpa foremen. Akhirnya, datuk mem‐buat keputusan supaya kami duduk di dalam lori sementara menanti hari siang. Pada mulanya, kerap juga kereta lalu disitu. Bila menjelang pukul satu malam, kereta mula berkurangan. Suasana di situ terasa cukup sunyi. Bila saya toleh ke kanan, rasa takut mula menghantui hati saya. Apa yang saya lihat ialah batubatu nisan di tanah perkuburan Cina. Keadaan itu membuat saya tidak dapat memejamkan mata. Bila saya ingat, datuk juga tidur dalam lori, rasa takut segera hilang. Lebih kurang pukul empat pagi, saya terdengar lolongan anjing sayupsayup, bersama dengan bunyi desiran angin yang melanggar dedaun getah di kiri kanan jalan raya tersebut. Saya renung ke tanah perkuburan Cina, saya lihat kabus mula menguasai seluruh kawasan itu. Batubatu nisan yang tertegak kaku di situ saya rasa ber‐gerakgerak. Dalam keadaan yang cemas itu, sebuah kereta Fiat 600 berwarna putih berhenti di belakang lori. Dari perut kereta itu keluar empat orang lelaki Cina yang berusia antara dua puluh tahun hingga tiga puluh tahun. Mereka segera menuju ke bahagian depan lori. Lim Tong King yang tidur di bawah lori terkejut, salah seorang dari lelaki itu mengeluarkan parang pemotong daging lalu mengacukan ke muka Lim Tong King. Saya jadi tergamam melihat peristiwa yang terjadi di depan mata. Datuk yang duduk bersandar dekat sebatang pokok tidak jauh dari lori itu, buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Lim Tong King masih lagi bertekak dengan empat lelaki tersebut. Entah apa yang dikatakan oleh Lim Tong King, membuat lelaki yang me‐megang pisau pemotong daging itu naik darah. Dia pun melepaskan penumbuk sulung ke muka Lim Tong King. Kawan Lim Tong King tidak dapat berbuat apaapa. Empat lelaki itu terus mengkopakkan kusyen tempat duduk pemandu. Mereka berjaya mengambil wang dalam satu beg plastik yang diletakkan di situ. Lim Tong King menjerit. "Letakkan, jangan ambil orang punya barang”, kata datuk. Saya tidak sedar waktu bila datuk menghampiri mereka. Empat lelaki itu segera merenung muka datuk. "Hei Melayu, lu jangan kacau kita. Kita tak ada kacau sama awak”, salah seorang dari lelaki itu menyergah datuk sambil melepaskan tendangan terbang ala kung fu. Datuk tidak sempat mengelak, tendangan itu tepat mengenai dada datuk. Saya lihat datuk tersungkur. Empat lelaki itu menyerbu datuk. Batang tubuh datuk tidak dapat saya lihat, hilang di kerumuni oleh empat lelaki itu. Datuk menjerit dan empat lelaki itu terhumban berhampiran lori. Tiga da‐rinya sudah tidak berdaya bangun. Tetapi seorang daripada mereka masih ke‐lihatan gagah. Datuk berhadapan dengannya, lelaki itu membuka silat kung fu dan datuk membuka buah langkah silat harimau jantan yang lebih banyak bersikap bertahan dari melakukan serangan. Kerana datuk lebih banyak bertahan dari menyerang, membuat dia mem‐punyai lebih tenaga, berbanding dengan serangan kung fu dari lelaki tersebut. Datuk saya lihat banyak menggunakan tipu [208]

helah dan akal dalam pertarungan itu. Lelaki yang berbadan tegap tidak putus asa, kali ini dia melompat cukup tinggi menuju pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan menyerahkan tubuh badannya untuk digasak oleh lelaki itu. Tetapi, bila lelaki itu merendahkan badannya dan menghu‐lurkan kaki kirinya untuk menendang pangkal leher datuk, cepat‐cepat datuk melompat sambil menyam‐bar tangan kanan lelaki yang terkedang itu. Datuk memusingkan ke belakang dan lelaki itu jatuh ke tanah, macam nangka busuk. Bila lelaki itu cuba mahu bangun, datuk segera menepuk bumi. Kedua belah kaki lelaki itu bagaikan terpasung. Dia tidak boleh bergerak. Datuk tepuk bumi lagi sekali, barulah lelaki itu boleh mengangkat kedua belah kakinya dan me‐merintahkan kawankawannya menuju ke kereta untuk lari. Bila mereka berada dalam kereta, cepat‐cepat mereka menghidupkan enjin kereta. Ketika itu juga terdengar ledakan pistol dari kereta tersebut, rupanya lelaki yang bertarung dengan datuk tadi mengambil pistol dan menembak datuk bertalutalu. Anehnya, peluru pistol yang ditujukan pada datuk tidak mencederakan tubuh badannya, cuma baju datuk sahaja yang berlubanglubang. Melihat keadaan itu, empat lelaki itu jadi cemas, mereka naikkan cermin kereta dan bersedia mahu meninggalkan tempat tersebut. Datuk segera menghulurkan tangan kanannya sambil mengembangkan ke‐limalima jarinya. Sungguh menakjubkan, enjin kereta segera mati dan badan kereta nampak terangkat kirakira lima kaki dari bumi, melayanglayang se‐bentar atas permukaan tanah perkuburan orang Cina di situ. Keempatempat lelaki itu menjerit dan datuk merapatkan tangannya ke dada, kereta itu segera berhenti di hadapannya. "Buka pintu”, kata datuk. Pintu kereta pun terbuka. "Keluar” Ke empatempat lelaki itu keluar. "Pulangkan duit” Ke empatempat lelaki itu segera menuju kepada Lim Tong King. Mereka sujud di kaki Lim Tong King. Salah seorang daripada mereka menyerahkan kembali wang yang di curi. "Tolong baiki lori ini”, kata datuk, salah seorang dari lelaki menuju ke lori dan terus membuka bonet. Dia melakukan sesuatu di situ. Kemudian bonet lori dirapatkan. "Sudah baik”, katanya. Lim Tong King masuk ke perut lori, menghidupkan enjin, ternyata enjin lori boleh dihidupkan. Saya tersenyum senang. "Pulang, lain kali jangan kacau orang”, kata datuk.

[209]

Ke empatempat lelaki itu masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kami. Lima belas minit kemudian, kami pula meninggalkan kawasan tersebut. Kali ini kami singgah di Kerling. Datuk menunaikan sembahyang subuh di situ. Selepas membaca AlQuran dan wirid di masjid tersebut, saya dan datuk menuju ke kedai kopi. Seperti yang dijanjikan Lim Tong King dan kawannya sudah menanti di situ. Saya dan datuk sampai ke kedai itu lebih kurang pukul enam setengah pagi. "Awak minum dulu, saya nak cari foremen nak minta tolong periksa lori ni, supaya boleh berjalan dengan baik”, kata Lim Tong King. Datuk bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Lim Tong King. Saya dan datuk terus masuk ke kedai kopi tersebut. Dalam kedai kopi terdapat lebih kurang sepuluh orang lelaki yang terdiri daripada para pekerja Jabatan Kerjaraya dan buruh ladang getah, minum kopi di situ. Di sudut sebelah kiri kelihatan seorang lelaki Melayu memakai ketayap putih, berusia sekitar lima puluh tahun. Datuk bersalam dengan lelaki itu yang datuk kenali semasa sembahyang di masjid sebentar tadi. "Kedai ini memang di buka sejak pukul enam pagi. Saya yang punya kedai tetapi, anakanak saya yang menjalankan perniagaan”, lelaki berketayap putih memberitahu datuk. Tidak saya duga, pertemuan di situ melahirkan rasa persau‐daraan sesama Islam yang mendalam antara datuk dengan lelaki itu. Datuk menceritakan apa yang terjadi pada dirinya dalam perjalanan tadi. "Saya ni orang Islam, berdosa hukumnya mempercayai perkara yang karut‐marut, tetapi, kejadian yang awak alami itu sudah kerap benar berlaku. Konon ceritanya, manusia yang awak lawan tu bukannya manusia”, cukup tenang lelaki itu bercakap. "Kalau bukan manusia, siapa mereka?" "Syaitan. Pernah terjadi pada diri saya diserang perompak di situ bila saya menyerah dan hari sudah siang saya jumpa wang yang saya rompak itu atas nisan kubur Cina. Tidak jauh dari tempat kejadian itu saya terjumpa bangkai kereta yang menurut pihak polis terlibat dalam kemalangan jalan raya. Empat pemuda Cina yang menaikinya mati dan dikuburkan di situ” Dada saya berdebar mendengar cakapnya. Memang, saya sedar dan lihat ketika meninggalkan kawasan itu, menjelang waktu subuh tadi, saya terlihat bangkai kereta yang sudah berkarat dalam hutan lalang tidak jauh dari tempat lori kami berhenti. Hal ini sungguh memeningkan kepala saya. Apakah yang datuk lawan malam tadi syaitan atau hantu dari tanah perkuburan orang Cina? Saya sendiri tidak dapat memberikan jawapannya. Satu hal yang pasti, kawasan perkuburan Cina yang terletak diantara Tanjung Malim dan Kerling itu, memang menarik perhatian para pemandu, kerana di kawasan jalan yang berliku dan menaiki bukit itu kerap berlaku kemalangan yang dahsyat hingga kini. Perbualan datuk dengan lelaki berketayap putih itu terhenti. Suasana dalam kedai kopi pagi jadi kelamkabut. Salah seorang dari orang yang minum disitu muntah darah dan mengelepar atas lantai, macam ayam kena sembelih. Datuk segera menghampirinya. Datuk tekan dada orang itu dengan ibu jari, [210]

darah keluar memancutmancut dari mulutnya. Datuk segera mengambil segelas air sejuk, gelas yang berisi air itu datuk rapatkan ke bibirnya. Datuk membaca sesuatu. Kemudian datuk berikan pada orang yang sakit itu. Bila air sejuk diminum habis satu gelas, orang itu terus muntah. Saya lihat muntahnya bercampur dengan kaca halus dan pasir, serta beberapa jenis serbuk. Datuk tepuk belakang orang itu, muntahnya berhenti. Datuk segera mem‐bancuh garam dengan air satu gelas, air garam itu juga disuruhnya orang yang sakit itu minum. Bila air garam itu selesai di minum, orang itu segera sihat. Dia mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk dan memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Halim, berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai pe‐mandu lori balak. Pada Abdul Halim, datuk membekalkan seketul ibu garam dan datuk menasihatkan padanya, sebelum minum kopi, baik di manamana pun serbuk garam itu mesti dibubuhkan terlebih dahulu sebagai penawar racun. "Ini satu santau. Ada orang yang berniat tidak baik pada awak”, bisik datuk pada lelaki yang berketayap puith itu. Muka orang itu kelihatan berubah wajah datuk direnungnya. "Boleh awak menolong saya?" "Saya cuma boleh berusaha. Yang menentukan kejayaannya adalah Allah. Tetapi ingat, kalau saya menolong awak, jangan sekalikali awak mahu mem‐balas dendam, saya cuma mahu berusaha menyekat perbuatan orang itu su‐paya jangan merebak dan merosakkan orang lain”, kata datuk. "Ya, tapi saya mahu tahu orangnya” "Tak boleh. Belum tentu hal itu sengaja di lakukannya. Boleh jadi dia ter‐silap. Kita perlu mencari puncanya”, terang datuk lagi. Lelaki berketayap putih itu terdiam. Saya mula terasa bosan duduk dalam kedai kopi. Bagi menghilangkan rasa bosan itu, saya terus menggaru pangkal dagu beberapa kali. Dan sepasang mata saya terus tertumpu ke dada jalan raya yang mula sibuk dengan kenderaan. Debudebu jalan berterbangan dalam sinar matahari pagi yang kian garang. Saya toleh ke kiri. Lelaki berketayap putih dan datuk masih termenung. Masingmasing merenung dinding kedai kopi yang cat putihnya sudah pudar bertukar menjadi kekuningkuningan. Apa yang mereka fikir, saya pun tidak tahu. Orang‐orang yang datang minum dan makan pagi sudah berkurangan, tidak sehebat tadi. Pekerjapekerja di kedai itu lebih banyak duduk dari melayani para pelanggan. Agaknya mereka masih mengenangkan peristiwa ganjil yang telah berlaku beberapa jam tadi. Mereka juga berharap pada setiap pelanggan yang baru datang, tidak akan dapat mencium berita buruk itu.

[211]

Lelaki berketayap putih memanggil pekerjanya yang bertugas sebagai tukang membancuh kopi. Pekerja yang berbadan tegap, berambut kerinting serta bermulut lebar itu menghampirinya. "Ada apa hal Ayah?" "Beritahu pada semua yang bekerja di sini supaya merahsiakan kejadian yang baru berlaku, kalau kisah ini merebak alamat kedai kita tak laku." "Saya faham ayah," jawab pekerja itu sambil beredar dari lelaki yang berketayap putih. Datuk saya lihat tersenyum memandang pada lelaki berketayap putih. Datuk renung biji matanya tepattepat, kemudian datuk tepuk bahu kiri lelaki berketayap putih itu. "Awak takut kedai awak tak didatangi orang? Dan awak mahu merahsiakan kejadian tu," ujar datuk sambil menarik nafas. "Lelaki berketayap putih termenung sejenak. "Ya, saya takut," katanya tegas. "Pernahkah awak terfikir bahawa rezeki yang awak terima selama ini, adalah pemberian Allah?" "Bukan terfikir, malah mengakuinya." "Kalau awak sudah mengakuinya kenapa awak takut, kalau cerita yang berlaku di kedai awak tersebar pada orang ramai." Kata‐kata yang diluahkan oleh datuk itu, membuat lelaki berketayap putih terkejut. Air mukanya nampak berubah. Dia menggeliat sambil memicitmicit pergelangan tangan kanannya. "Rezeki manusia tidak berada di tangan manusia tetapi, berada di tangan Allah Yang Maha Besar, rezeki itu pula tidak datang bergolek kalau manusia tidak berusaha mencarinya," datuk memulakan ceramah kecil di hadapan lelaki berketayap putih. Saya lihat lelaki itu tunduk mendengar kata‐kata datuk itu. "Jangan jadikan diri kita derhaka pada Allah kerana sesuatu kejadian yang kecil, juga jangan tenggelamkan diri kita dalam sifat tamak haluba," sambung datuk lagi sambil bangun lalu berjalan menuju meja kosong yang terletak dekat pintu masuk. Datuk duduk di situ. Beberapa minit kemudian, lelaki berketayap putih menghampiri datuk lantas duduk di situ. "Kejadian seperti ini, selalu saja berlaku di sini, setiap kedai kopi yang terkena musibah tersebut terus gulung tikar, saya tak mahu hal begitu jadi pada diri saya, saya tak ada harta untuk saya tinggalkan pada anakanak saya bila saya mati," lelaki berketayap putih mengadu hal pada datuk.

[212]

Rasa simpati mula berbunga dalam hati saya. Memang, saya mengharapkan datuk dapat melakukan sesuatu untuk menolong orang tersebut. "Nasib manusia selalunya tidak sama," kata datuk. "Saya faham, tetapi saya memikirkan nasib anakanak saya." "Sepatutnya awak tak boleh memikirkan hal mereka, apa yang perlu awak fikirkan ialah tentang nasib awak sesudah awak mati, ada baiknya awak menghitung amal ibadat yang telah awak buat, dari memikirkan nasib anakanak sesudah awak mati," saya lihat datuk begitu bersemangat bercakap. Tidak ada tanda‐tanda yang menunjukkan dirinya, mahu menolong orang tersebut. Saya benci dengan tindak tanduk datuk itu, terlalu banyak bercakap dan menasihati orang. Rasa benci itu, saya perlihatkan pada datuk dengan cara yang sopan. Saya keluar dari perut kedai, berdiri di kaki lima kedai sambil berlarilari. Ternyata perbuatan saya tidak disenangi datuk. Dia menjengilkan biji matanya, membuat saya jadi cemas dan takut. Saya segera masuk ke kedai kopi kembali. Duduk di sisi datuk. "Orang yang beriman dan berilmu, tidak akan meninggalkan hanta pada anakanak tetapi, meninggalkan atau membekalkan ilmu pengetahuan dunia akhirat yang secukupnya, kerana doa anak yang salih untuk orang tuanya yang sudah meninggal diberkati Allah," beritahu datuk pada lelaki berketayap putih itu. Tiba‐tiba datuk bangun dan terus berjabat tangan dengan lelaki berketayap putih sambil mengucapkan terima kasih. Perbuatan datuk itu amat mengejutkan dan di luar dugaan saya sama sekali. Datuk pun melangkah keluar dari kedai kopi. "Janji awak dengan saya bagaimana?" Kata lelaki berketayap putih sambil memegang bahu kanan datuk. "Saya ingat," jawab datuk dengan tidak mematikan langkahnya menuju ke gigi jalan. Tidak sampai lima minit kami berdiri di gigi jalan, lori yang dipandu oleh Lim Tong King pun tiba. "Sudah dibaik benda yang rosak," itulah persoalan pertama yang diajukan oleh datuk pada Lim Tong King. Saya lihat wajah kawan Lim Tong King cukup riang duduk di atas buahbuah pisang. "Pelik sungguh, sudah diperiksa oleh formen, tidak ada yang rosak," cukup jelas suara Lim Tong King memberitahu datuk. Saya tersenyum mendengarnya. "Saya tak dapat ikut awak, janji kita cuma di sini saja Lim," wajah Lim Tong King kelihatan muram, dia menggigit bibir sambil merenung muka datuk. "Janganlah susah hati, pergilah awak akan selamat sampai ke tempat yang dituju," kata datuk. "Tapi." "Tak apa, awak pergilah, dengan izin Allah awak selamat." [213]

"Baik," balas Lim Tong King sambil menekan minyak lori dan lori pun bergerak perlahanlahan meninggalkan kami. Kawan Lim Tong King melambailambai tangan pada saya. "Ke mana kita nak pergi tuk?" "Ke mana lagi, ke masjidlah." "Hum...," saya mengeluh pendek. Baru sepuluh langkah menapak, saya terpaksa berhenti kerana lelaki berketayap putih mengejar kami dari belakang sembil memanggilmanggil nama datuk. Anehnya datuk tidak hirau langsung dengan teriakan dari lelaki itu. Dia terus melangkah dan melangkah. "Jangan bimbang, datuk saya akan tunaikan janjinya dengan pak cik," kata saya sebaik saja lelaki berketayap putih berhenti dekat saya. "Dia mahu ke mana tu?" "Ke masjid membaca Quran dan berzikir." "Baik ajak saja datuk awak duduk di rumah saya, lagi baik." "Saya tak berani nak beritahu dia, saya fikir usah ganggu dia, kalau ada apaapa hal jumpa saja waktu sembahyang Zohor nanti." "Datuk awak ni ganjil orangnya." "Memang datuk saya ni ganjil tetapi, ganjilnya tidak menyusahkan orang lain, tidak pernah mungkir janji. Tak apalah pak cik saya pergi dulu." Lelaki berketayap putih saya tinggalkan dalam keadaan termangumangu. Saya terus memburu datuk hingga dapat jalan bersaing dengannya. "Apa yang dia mahu Tamar?" "Menanyakan janji tuk dengannya." "Mudah sangat tidak percaya sesama manusia, perbuatannya menunjukkan sifatsifat tamak, sebagai seorang Islam dia harus percaya dengan janji yang dibuat oleh orang yang seagama dengannya, bukankah menepati janji itu salah satu dari peraturan yang harus dipatuhi setiap orang Islam," demikian datuk merungut. Saya diam saja, tidak kuasa saya menjawab rungutannya itu. Datuk dan saya sampai ke masjid. Datuk mengambil air sembahyang dan melakukan sembahyang sunat untuk menghormati masjid dan membuat keputusan untuk beriktikaf di masjid bagi melakukan amal ibadah. "Tamar." [214]

"Ya, tuk, ada apa apa hal," kata saya sambil duduk di sisinya. Datuk merenung muka saya sambil membelai belai rambut saya yang jatuh atas dahi dengan penuh manja. Tangan datuk saya pegang dan saya cium, tiba tiba hati saya terasa hiba, tidak dapat saya nyatakan padanya, betapa sayang saya pada datuk yang pada zahirnya nampak kasar dan bengis membela saya. "Masjid", sebaikbaik tempat untuk kita beramal, gunakanlah kesempatan maha besar," ujar datuk. Dia pun bangun mengambil Quran dan terus membacanya. Saya tanpa membuang masa terus mencari beberapa buah kitab agama yang terdapat dalam masjid itu dan terus membacanya secaranya merangkakrangkak. Lebih kurang pukul dua belas setengah tengah hari, seorang lelaki dalam lingkungan usia lapan puluhan masuk ke masjid. Janggut dan misainya sudah putih tetapi, kulit mukanya tegang dan sepasang matanya kelihatan bercahaya, menandakan yang dirinya waktu muda dulu seorang yang pintar. Dari gerak badan dan cara dia berjalan, saya dapat menduga bahawa orang tua itu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang ilmu mempertahankan diri. Orang tua itu melakukan sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang sunat dia duduk di satu sudut masjid dan terus berzikir dengan khusyuk. Bila datuk berhenti membaca Quran dan orang tua itu berhenti berzikir. Datuk segera menemuinya, mereka bersalamsalaman. Waktu datuk dan orang tua itu bercakapcakap, saya segera menjauhkan diri. Duduk bersendirian dekat pintu masjid. Beberapa minit kemudian, orang tua tersebut melintas di hadapan saya. Dia terus memukul beduk (kerantung) menandakan waktu zuhur sudah tiba. "Siapa nak azan (bang) saya atau awak?" Tanya orang tua itu pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum memandang pada saya. "Biarlah orang muda yang membuatnya," balas datuk. "Siapa orangnya?" "Cucu saya," jawab datuk dan orang tua itu memandang ke wajah saya dengan senyum yang menarik. Dia menghampiri saya lalu menepuk nepuk kepala saya dua kali berturut‐turut. "Tunaikan permintaan datukmu, mendengar cakap orang tua untuk jalan kebaikan, diberkati oleh Allah," bisik orang tua itu pada saya. Dua kali saya menarik nafas bagi menghilangkan rasa darah gemuruh dalam diri. "Cepat Tamar," jerit datuk. Saya pun memulakan azan dengan suara yang amat lantang, saya mahu suara saya didengar oleh semua penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berhampiran dengan masjid.

[215]

Selesai saja saya mengerjakan azan, saya dapati lima enam orang penduduk sudah berada dalam masjid. Sembahyang Zuhur itu diimamkan oleh orang tua tersebut. Selesai saja sembahyang dan berdoa orang‐ orang kampung pun meninggalkan perut masjid menuju ke rumah masingmasing. Datuk menyandarkan badannya ke dinding masjid. Dia menggigit lidah sambil merabaraba kening kirinya berkalikali. "Orang tu, tak datang tuk," bisik saya pada datuk. "Tak apalah, agaknya dia ada hal, malam nanti dia tentu datang mencari kita," balas datuk dengan tenang. Orang tua yang sejak lepas sembahyang duduk di tempatnya, segera bangun. Dia menghampiri datuk. "Awak jangan ke mana mana, saya nak balik dulu. Lepas tu saya datang jumpa awak lagi." "Apa halnya?" "Awak tunggulah sampai saya datang," balas orang tua itu sambil melangkah bendul masjid. Datuk kembali membaca Quran. Saya mula mengelabah kerana perut mula terasa lapar. Saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menyatakan pada datuk yang diri saya cukup lapar. Saya tidak berani mengganggu datuk yang sedang membaca Quran, memang pantang datuk nenek tujuh keturunan bagi datuk, kalau ada sesiapa yang mahu menahan atau mengganggu dia membaca Quran. Akhirnya, saya terus baring di dalam masjid dengan harapan bila berbuat demikian saya akan tertidur. Memang susah mahu tidur, kalau perut kosong. Glek kiri, golek kanan. Menelentang meniarap mata tidak juga mahu rapat. "Assalammualaikum." terdengar suara dari luar masjid. Saya segera bangun dan menerpa ke pintu. Orang tua yang berjanji dengan datuk tadi sudah tiba. Dia membimbit mangkuk tingkat berwarna kebiru biruan. "Masuk pakcik," kata saya. Orang tua itu terus masuk dan berdehem dua kali berturut turut. Datuk segera menoleh ke arahnya sambil menutup Quran. Orang tua itu meletakkan mangkuk tingkat dan terus duduk bersila di hadapannya. "Mari kita makan, ini rezeki awak sama cucu awak, mari," orang tua itu terus membuka mangkuk tingkatnya. Diletakkannya berderet atas lantai. Datuk pun datang dan terus duduk bersila. "Perbuatan begini tidak digalakkan dalam Islam," datuk bersuara dengan tiba‐tiba. Orang tua itu merenung muka datuk. "Maksud awak?" [216]

"Orang Islam tidak digalakkan makan sedekah, Islam menyuruh umatnya berusaha kerana itu nabi besar kita Muhammad S.A.W. pernah bersabda, tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima, eritnya umat Islam disuruh berusaha." "Saya faham maksud awak tu, satu perkara yang harus awak kaji dan fikir, awak tidak duduk di masjid sepanjang masa membuat amalan kemudian hidup atas sedekat orang, perbuatan tidak terpuji. Awak musafir dan saya mahu memberi awak makan, kalau tak ada saya, awak pun boleh makan." "Awak orang tua yang hebat." "Saya tidak hebat, yang hebat dan berkuasa ialah Allah. Niat saya mahu makan bersama awak," orang tua itu pun menyorongkan nasi ke hujung lutut saya dan datuk. Kami pun makan bersama. Bila selesai makan saya terpaksa membersihkan mangkuk tingkat orang tua itu di telaga. Mangkuk tingkat yang sudah dibersihkan itu, saya susun seperti asal lalu saya serahkan pada orang tua tersebut. Saya kira orang tua itu akan pulang, setelah saya serahkan mangkuk tingkat padanya, ruparupanya dia tidak mahu pulang. Dia mengajak datuk duduk di serambi masjid dan terus bercerita panjang dengan datuk. Orang tua itu memberitahu datuk, dia berasal dari Bangkahulu. Bila berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dia menetap di sebuah kampung di dalam kawasan Batang Kali yang dikenali dengan nama Genting Malik. Dalam zaman pemerintahan Jepun, dia telah membunuh tiga orang tentera Jepun dengan parang panjang yang mahu merogol seorang gadis jirannya. "Saya lari malam, bila tentera Jepun mengamuk dan menyeksa orang‐orang kampung akibat perbuatan saya itu, saya sampai ke Kerling sesudah mencukur rambut dan dan menyamar sebagai orang asli," orang tua itu mula membuka lipatan sejarah silamnya. Menurutnya, semasa di Kampung Genting Malik, dia dikenali sebagai Ujang Silat. tetapi, bila menetap di Kerling namanya segera bertukar menjadi Mahyuddin. "Pada mulanya saya tinggal jauh di pendalaman, kemudian bila orang putih memerintah Malaya kembali, saya dibawa oleh anak angkat saya tinggal berhampiran masjid ini," katanya lagi. "Awak tak ada isteri?" "Tak ada, tapi kaya dengan anak angkat." "Badan awak bertuah," ujar datuk berjenaka. Orang tua itu turut ketawa. Mungkin kerana terasa jemu duduk di anjung masjid, orang tua itu mengajak datuk berjalan di halaman masjid. Kemudian mereka duduk di atas sebatang kayu, sambil menikmati suasana petang yang begitu tenteram dan damai. [217]

"Sejak awak datang subuh tadi, saya dapat meneka yang diri awak ni ada isi dunia akhirat," orang tua memaut bahu kanan datuk. Matanya dengan mata datuk berlaga. Datuk tidak menjawab pertanyaan yang diajukan oleh orang tua itu. Daruk macam mahu menyembunyikan sesuatu dari orang tua itu. "Saya tak ada apaapa," jawab datuk. "Tak apalah, saya sekadar bertanya dan meneka," balas orang tua itu. Dia menggigit bibir dan terus juga menepuknepuk bahu datuk. Selepas menunaikan sembahyang Asar, orang tua itu menjemput saya dan datuk ke rumahnya. Jemputan itu kami penuhi dengan rasa bangga. Rumah orang tua itu, terletak kira kira sepuluh rantai dari masjid, kedudukannya agak terpisah dari rumahrumah yang lain. Tidak beberapa kecil berbumbung limas dan berdindingkan papan lidah. Rumah itu mempunyai dua bilik, satu bilik tidur dan satu bilik sembahyang. Apa yang menarik hati saya tentang bilik sembahyangnya, kerana didalamnya terdapat kitab kitab agama yang tersusun rapi atas rak. Manakala di sebelah kanan sudut bilik itu terdapat , beberapa bilah senjata seperti lembing, pedang, keris dan parang panjang. "Parang itulah yang membunuh askar Jepun," katanya sambil menatang parang panjang yang terdapat kesan darah kering bercampur dengan karat. Datuk dan saya pun anggukkan kepala. Kemudian, tanpa diminta oleh orang tua itu, datuk pun menceritakan tujuan sebenarnya, kenapa dia menginap di masjid. "Niat awak baik, tapi jangan terkejut bila kerja awak selesai, apa yang awak fikirkan tidak sama dengan apa yang awak alami," kata orang tua itu. "Apa maksud awak?" "Tak payah saya terangkan jawapannya akan awak tahu sendiri," balas orang tua itu, saya dan datuk berpandangan orang tua itu tetap senyum memandang kepada kami. Tiba tiba saja datuk minta diri, macam ada sesuatu yang tidak kena dalam hatinya. Orang tua itu mengizinkan permintaan kami. Sebaik saja kaki kami memijak bumi, orang tua itu terus terjun ke tanah dan menghalang perjalanan datuk. "Orang yang meminta pertolongan, kau tu namanya Dumba, tetapi orang orang di sini mengenalinya sebagai Jahid atau Lebai Jahid," kata orang tua itu. Belum pun sempat datuk mengemukakan sebarang pertanyaan orang tua itu sudah berdiri di muka pintu. Cukup pertanyaan orang tua itu sudah berdiri di muka pintu. Cukup cepat dia bergerak, saya tidak sedar masa bila dia memijak anak tangga. [218]

Saya dan datuk meneruskan perjalanan. Sebaik saja sampai dekat pokok besar berhampiran masjid, lelaki berketayap putih muncul dari balik pokok. Pandangannya semacam saja melihat kami. Datuk terus menyapanya. Sayang sekali, teguran datuk tidak dijawabnya, kecuali mengganggukkan kepala saja. "Kau baru balik dari rumah Mahyuddin?" Tanyanya. "Ya, kenapa?" Tapi, saya syak dia yang membuat perkara tak baik ni," lelaki berketayap putih melahirkan apa yang ada dalam hatinya. Datuk terdiam. Saya pula menggigit lidah. Lelaki berketayap putih kelihatan cukup tenang. "Jangan mudah menaruh syak wasangka pada seseorang, kalau tak ada buktinya," jawab datuk. Dari wajahnya, ternyata lelaki berketayap putih amat kecewa dengan jawapan dari datuk itu. Kerana lelaki berketayap putih itu semacam memaksa mengajak datuk ke rumahnya, dengan alasan memudahkan datuk datang bila dijemput pada sebelah malam nanti, datuk segera menunaikan permintaannya. "Saya akan pergi ke rumah awak. Tetapi, saya tidak akan naik ke rumah dan minum." "Kenapa?" "Itu sebahagian dari petua, saya tidak akan makan atau minum di rumah orang yang memerlukan pertolongan dari saya." "Tak apalah," lelaki berketayap putih memberikan persetujuan. Saya dan datuk pun mengekorinya dari belakang. Sepanjang jalan ke rumahnya, saya senyum sendirian kerana syarat yang datuk kenakan padanya, adalah syarat yang sengaja diadakanadakan oleh datuk, mungkin datuk berbuat demikian dengan tujuan tertentu. Sebaik saja sampai di rumahnya, perkara pertama yang datuk lakukan ialah berdiri di pangkal tiang seri rumahnya. Kemudian mengelilingi kawasan rumahnya dua kali sambil memetik daun hatihati yang ditanam tiap penjuru rumah. "Kami balik dulu," datuk memberitahu lelaki berketayap putih. "Silakan, tapi bila awak mahu datang untuk membantu saya?" "Malam ni saya datang." "Pukul berapa?" "Tengok gerak hati tapi yang tentunya dengan izin Allah saya akan datang malam ini."

[219]

Ketika kami meninggalkan rumah Dumba (lelaki beketayap putih), matahari sudah condong benar. Bayang pokok pinang yang tumbuh di kiri kanan jalan kelihatan memanjang atas daun lalang tua. Sebelum sampai ke jalan raya Kuala Lumpur Tanjung Malim, kami terpaksa mendaki bukit kecil yang agak curam. HILANG Macam selalu, lepas sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk akan menghabiskan masanya dengan membaca Quran dan berwirid panjang. Saya terus menelentang dekat dinding masjid memikirkan sesuatu yang saya kira agak ganjil telah berlaku dalam masjid tersebut. Pada hemat saya, datuk sendiri pun menyedari hal tersebut tetapi dia sengaja tidak mahu memberitahu pada saya. Waktu sembahyang Maghrib tadi Mahyuddin (orang tua) ada datang tetapi, Dumba (lelaki berketayap putih) tidak datang. Bila Dumba datang untuk menunaikan sembahyang Isyak, ada perselisihan perbadi yang tidak mudah dapat dikesan oleh orang lain. Tepat jam dua pagi, datuk mengejutkan saya dari tidur. Dia suruh saya membasuh muka. Bila saya selesai membasuh muka di perigi, saya dapati datuk sudah berada di halaman masjid. Siap berpakaian serba hitam dengan kain merah terlilit di kepala. "Siap Tamar," katanya, saya segera menghampirinya. Datuk segera meletakkan tangan kanannya atas bahu kiri saya. Secara mendadak saja badan saya menggeletar. Bila datuk angkat tangannya. Rasa menggeletar itu segera hilang. "Pegang hujung baju aku dan pejamkan mata," katanya. Cakap datuk saya patuhi. Saya tidak sedar apa yang berlaku setelah itu. Saya rasa badan saya melayanglayang. Bunyi angin berdengungdengung menolak gegendang telinga saya. Tiba‐tiba saya terasa macam ada sesuatu yang menarik sepasang kaki saya. badan saya terhumban atas rimbunan pokok yang tidak dapat saya tentukan. Muka saya terkena pada sejenis daun yang agak kesat dan miangnya. "Tamar, buka matamu, kita diperdayakan," saya terdengar suara datuk. Dan kelopak mata pun saya buka. Pertama yang saya lihat ialah langit dan awan malam. Saya renung kiri kanan, saya dapati diri saya dan datuk berada dalam rumpunan lalang tua. Datuk segera bangun sambil menepisnepis dedaun lalang yang lekat di bajunya. "Bangun Tamar," katanya pada saya sambil menarik tangan kanan saya yang terasa sakit kerana dicucuk oleh tunggul lalang. Dalam keadaan yang serba sulit itu, (maklumlah malam terlalu pekat) saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan, bergerak saja, kaki sudah tersepak kayu atau terpijak tunggul lalang.

[220]

Aneh juga, tunggul lalang di situ cukup tajam, boleh menembusi tapak sepatu getah cap tiga bintang yang saya pakai. "Tamar, pejamkan matamu," perintah datuk saya ikuti. "Buka matamu sambil mengucap dua kalimah syahdat dan selawatkan nabi tiga kali, kemudian kau baca ayat dari Surah Ibrahim waktu nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya," beritahu datuk lagi. Semua kemahuan datuk itu saya penuhi. Bila saya membuka mata kawasan sekeliling itu jadi terangbenderang, macam cahaya bulan yang mengambang penuh. Saya dan datuk keluar dari kawasan tersebut dan cahaya yang terang itu terus ghaib. Baru saja tiga langkah datuk dan saya melangkah untuk menuju ke rumah Dumba, sekumpulan anjing liar segera mengelilingi kami. Anjing anjing itu cukup garang dengan mulut separuh terbuka menjelirkan lidah, bersedia untuk menerkam pada saya dan datuk. Setapak kami bergerak, selangkah anjing anjing liar itu merapati kami. Ketika itu juga suasana di situ berubah keadaan, kami bagaikan berada di hutan tebal, terdengar bermacam macam suara bersama dengan titik titik hujan yang kasar. Angin juga bertiup cukup kuat, dedaun yang jatuh mengeluarkan bunyi yang menggaum bila terkena bumi. Saya terpandang dari celahcelah pokok pokok besar tersembul lembaga yang tidak menentu rupa bentuknya, menyapu bumi, giginya juga kelihatan ganjil. Gigi bahagian atas cukup panjang dan terkeluar menutup bibir bahagian bawah, hidungnya juga panjang dan lembik berjuntai hingga atas gigi. Lembaga lembaga itu memegang tali yang terikat pada leher anjing. Telinga saya mula dihujani dengan suara orang ketawa dan menjerit, saya lihat rambut lembaga yang panjang itu bagaikan terpacak ke atas dan badan lembaga tanpa kaki itu terangkat dan bergerak di awangawangan, mengikuti tiupan angin. "Matilah kita tuk," saya mengeluh. "Ini permainan syaitan, kita berdua diperdayakan, kita harus berusaha," bisik datuk pada saya, ketika itu wajahnya saya lihat cukup cemas. Datuk melangkah ke depan setapak, anjing anjing liar pun mara, kian dekat dengan kami, begitu juga dengan lembaga yang bergantungan, mempamerkan gigi seolah olah ketawa pada kami. Datuk terus memeluk tubuh sambil menahan nafas. Matanya merenung tajam ke arah seekor anjing yang bentuk badannya lebih besar dari anjing yang lain lain, bulunya juga berbeza dengan anjing anjing lain. [221]

Anjing besar itu berbulu hitam berkilat, sedangkan anjinganjing yang lain bewarna kekuningan. Tenungan mata dari datuk itu dilawan oleh anjing tersebut dengan matanya yang bagaikan tersembul. Anjing itu terus menggaum. Dalam saat saat begitu saya terlihat batang tubuh Mahyuddin melintas di hadapan kami dan hilang dengan sekelip mata. Datuk segera menjatuhkan kedua belah tangannya. Datuk menggenggam penumbuk, tetapi jari kelingking kiri dan kanan tidak dilipatkan, kedua‐dua jari itu menunjuk ke bumi. Bibir datuk bergerak gerak, sebaik saja bibirnya berhenti bergerak, dengan pantas datuk menepuk tangan, ketika itu juga terdengar satu ledakan yang amat kuat macam bunyi petir. Seluruh kawasan itu dipenuhi dengan kabus bercampur asap tebal, tidak ada satu pun yang dapat dipandang. Saya segera memeluk pinggang datuk dengan sekuat hati. HIDUNG dan mata, saya tekankan ke badan datuk dengan sekuat hati. Gegendang telinga saya terus juga menangkap bunyi suara orang ketawa sambungmenyambung. Bila suara orang ketawa itu berakhir, segera digantikan dengan bunyi tapak kaki binatang yang sedang berlari, macam bunyi tapak kaki kerbau dikejar harimau. Saya ketakutan, bulu tengkuk meremang. Badan datuk saya paut sepenuh tenaga. Saya tidak mahu berpisah dengan datuk. Dalam saat yang serba gawat itu, saya rasa bahu kanan saya di pegang oleh orang. Badan saya terus menggeletar. "Tamar kau cucu tuk," saya terdengar suara datuk cukup jelas. Tangan yang terlekap atas bahu saya segera bergerak ke kepala. "Cucu tuk harus berani, hanya orang yang berani dan tegas saja yang boleh hidup dalam dunia yang penuh dengan tipu daya manusia," tambah datuk sambil menepuk nepuk kepala saya. Saya segera memisahkan muka saya yang terlekap di badan datuk. Kelopak mata pun saya buka luasluas. Saya jadi tergamam sebentar sambil mengkedutkan kulit dahi. Ada sesuatu yang aneh terasa dalam diri. Saya segera terfikir, apakah saya bermimpi atau berada dalam alam khayalan. Saya segera meraba kulit pipi, batang hidung dan daun telinga. Kemudian ibu jari saya gigit sekuat hati hingga terasa sakit, ternyata saya tidak bermimpi. Saya berada di alam nyata, batang tubuh saya terpacak di atas bumi di halaman rumah Dumba di malam yang tidak berapa pekat. "Tuk, apa dah jadi," tanya saya. "Kita diuji dan diperdayakan, kita harus melawan. Jika kita lari bererti kita akan mati," jawab datuk sambil meletakkan tapak tangan kanannya di atas bahu kiri. Tangan kirinya diluruskan. Kaki kanannya dibengkukkannya sedikit, manakala kaki kirinya tetap dalam keadaan lurus. Bunyi angin yang merempuh dedaun pinang dan kelapa cukup kuat kedengaran. Putikputik kelapa dan pinang berguguran ke bumi, macam bunyi buah mempelam gugur yang pokoknya digoncang oleh manusia. Datuk segera merenung langit malam, ada bulan berbentuk sabit yang mula didekati oleh [222]

awan hitam berbentuk kepala burung geruda. Angin terus menderu, sayupsayup terdengar suara jampuk miang meningkah suara burung hantu mengilai di hujung dahan, sesekali terdengar bunyi raungan serigala di kaki bukit. Semuanya menjadikan suasana malam itu cukup seram dan menakutkan. Bila saya renung ke arah kaki bukit, terlihat kabus putih memanjang naik ke udara, kabus itu bagaikan bergerak menuju pada saya dan datuk dalam bentuk lembaga manusia bermata satu. Biasanya kabus tidak akan terus naik menuju ke langit tetapi, kabus yang saya lihat ini, memang ganjil pada bentuknya yang seakanakan bentuk pokok besar tanpa dahan dan ranting. Dalam keadaan bentuk pokok besar itu, ia kelihatan menembusi langit. Saya jadi bodoh dengan keadaan yang begitu pelik. Tiba‐tiba kabus yang berbentuk pokok itu mengepung diri saya dan datuk. Apa yang wujud di hadapan kami ialah pemandangan yang semuanya kelihatan putih macam kain kapan pembalut mayat. Datuk masih tidak berganjak dari tempat asalnya. Dia bagaikan tidak ambil kisah apa yang terjadi di hadapan matanya. Dalam sekelip mata kabus yang berbentuk pokok besar itu menjadi manusia berkepala tengkorak. Dari leher ke perut berbentuk badan ular sawa. Dari bahagian perut hingga ke bahagian lutut berbentuk ruas buluh. Anehnya, mereka tidak mempunyai kaki untuk memijak bumi, keadaannya tergantunggantung. Jumlahnya pula bukan sedikit. Semua manusia tengkorak itu bergerak sambil mengeluarkan suara ketawa yang memanjang, manakala bahagian mata yang berlubang mengeluarkan beriburibu kelipkelip atau kunangkunang. Semua kunangkunang itu menuju ke arah datuk, macam lebah yang keluar dari sarang kerana di kacau orang. Seluruh tubuh dauk digayuti oleh kunangkunang itu, datuk terus melompat sambil berkata : Allah hu Akhbar tiga kali berturut‐turut. Habis saja datuk menyebut perkataan tersebut, kunangkunang itu hilang. Datuk terus membaca sesuatu sambil membuka kain ikat kepalanya. Dalam saat yang sama terdengar ledakkan. Api pun menjilat seluruh kawasan tempat lembaga putih berdiri. Suara tangisan mula kedengaran, bila api yang marak itu paam. Saya dan datuk tetap berada di tempat asal iaitu di halaman rumah Dumba. "Kita pulang Tamar, kalau kita mara padah buruk menanti kita," bisik datuk pada saya. Kami pun mula melangkah untuk pulang. Saya merasa amat kecewa dengan sikap datuk kali ini. Datuk tidak mahu melakukan sesuatu supaya perjalanan pulang jadi cepat. Masa mahu datang ke rumah Dumba tadi, dia suruh saya pejamkan mata sambil memaut bajunya. Kenapa masa mahu pulang datuk tidak mahu melakukan hal sedemikian? Timbul pertanyaan dalam hati saya. “Cara itu dilakukan ketika ada hal yang dikirakan mustahak saja, tak boleh digunakan ikut suka hati,” tanpa diduga datuk menyelesaikan masalah yang menghantui fikiran saya. Pelik juga, saya tidak bertanya, saya tidak mengeluh. Tetapi, datuk tahu apa yang tersurat dalam hati. Itulah istimewanya datuk saya. Kami terus melangkah dengan tenang dalam malam yang dingin memburu subuh. Kokok ayam sayupsayup kedengaran bersama titik air embun subuh yang menjamah wajah saya dan datuk. “Melihat pada kedudukan bulan sabit, tiupan angin dan gerak awan, sekarang dah pukul empat pagi,” kata datuk ketika memasuki sebuah lorang kecil yang menuju ke jalan raya. Kiri kanan lorong itu ditumbuhi dengan pokok‐pokok keduduk yang bergoyang, saya terlihat seperti ada baying bayang manusia melintas di hadapan kami. [223]

“Apa benda tu tuk?” “Kau diam.” Saya terus mengigit bibir. Bayang bayang itu ghaib entah ke mana. Dalam keadaan yang serba pelik itu, muncul pula seekor kucing hutan yang berbulu tebal, matanya merah menyala merenung ke arah saya dan datuk sambil membuka mulutnya luasluas, mempamirkan kedua siung giginya putih dan tajam. Kucing hitam itu juga ghaib dalam sekelip mata. “Sudahlah, tak guna bersembunyi, ilmu dunia tidak ada yang kekal, semuanya bersifat sementara dan ilmu itu akan lemah kuasanya mengikut umur dan kekuatan diri kita, bukankah kita ini hamba Allah,” saya terdengar suara datuk bercakap ke arah tempat bayangbayang manusia dan kucing hitam itu ghaib. Bila datuk selesai bercakap, terdengar salakan anjing macam mengejar sesuatu di kawasan yang tidak jauh dari tempat kami berhenti. Saya dan datuk meneruskan perjalanan. Kali ini langkah datuk cukup panjang dan laju. Saya terpaksa berlarilari anak untuk menyamakan langkah saya dengan langkahnya. Hasilnya, saya termengahmengah dan badan terus berpeluh dalam dingin subuh. Datuk dan saya sampai ke kaki tangga masjid. Datuk terus membasuh kaki dan badan di perigi, kemudian datuk mengambil air sembahyang, selalu bila datuk berada dalam masjid dia terus membaca Quran hingga terentak waktu subuh. Masa yang sedikit itu saya gunakan untuk tidur. “Bangun, jangan tidur bertemankan syaitan,” datuk goncang badan saya yang tersandar di tiang masjid. Bila saya buka kelopak mata, saya dapati orang‐orang kampung sudah berada dalam masjid. Saya juga diberitahu oleh datuk yang azan sudah dilaungkan oleh salah seorang para jemaah. “Saya mimpi tuk.” “Mimpi apa?” “Saya terdengar suara orang menyanyikan lagu Pasir Roboh tuk.” “Ah, yang kau dengar tu suara azan, syaitan cuba mengkhayalkan kau, pergi ambil air sembahyang,” sergah datuk. Saya pun terus ambil air sembahyang dan menunaikan fardhu Subuh. “Hebat juga awak malam tadi,” ujar Mahyuddin. “Saya tak faham dengan apa yang awak cakap.” “Tak faham atau sengaja tidak mahu faham,” Mahyuddin tepuk bahu datuk dan terus melangkah pulang. Saya yang berdiri dekat datuk segera kedutkan dahi. Pelik juga saya memikirkan kata‐kata Mahyuddin itu? Apakah peristiwa yang terjadi malam tadi ada hubungannya dengan diri Mahyuddin. Saya juga tidak dapat mempastikan antara Dumba dengan Mahyuddin siapa yang lebih awal datang ke masjid, saya juga tidak tahu adakah mereka bertegur sapa antara satu sama lain. MANDI [224]

Pagi itu saya dan datuk berjalan ke arah utara masjid, mencari air embun di hujung daun untuk disapu ke muka dan badan. Bila matahari pagi berada di paras pucuk kelapa dara, kami kembali ke masjid sebentar. "Kau tunggu di sini, biar aku yang masuk," datuk menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Dia pun melangkah ke dalam masjid. Kirakira tiga minit kemudian datuk keluar dari masjid dengan wajah yang tidak begitu riang. "Aku sudah berjanji, kalau tidak aku mahu balik saja hari ini," datuk semacam mengeluh di hadapan saya. Sebelum datuk melangkah dia terus membaca sepotong ayat dari Quran, mohon pada Allah semoga perjalanannya ke tempat yang dituju tetap selamat dan diberkati. Di bawah sinar matahari pagi yang cerah, saya mengikuti langkah datuk yang tidah saya ketahui arah tujuannya. Bila saya dapati datuk tidak melencung dari jalan tanah merah yang dilalui, saya sudah dapat menduga yang datuk mahu pergi ke kedai Dumba. Saya gembira kerana perut saya akan diisi dengan nasi lemak dan kopi. Dumba menyambut kedatangan kami di muka pintu dengan wajah yang riang. Dia memeluk tubuh datuk sambil menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga pada datuk. "Saya sangka awak dah lupa dengan janji awak pada saya, malam tadi saya tunggu di rumah sampai pukul tiga pagi tapi, awak tak datang," Dumba merungut di depan datuk. Saya lihat datuk mempamirkan senyum. Sepasang matanya meraut seluruh wajah Dumba. Bila datuk merenung dengan tepat pada kedua dua anak mata Dumba, cepat‐cepat Dumba mengalihkan pandanyannya ke arah lain. Dia bagaikan tidak mampu menahan sinar anak mata datuk yang tajam dan bercahaya itu. Dumba menarik datuk ke dalam kedai tanpa mahu mendengar jawapan dari datuk atas pertanyaan yang diajukan olehnya. "Jangan duduk di sini, mari kita masuk ke bilik saya." ujar Dumba ketika datuk menarik bangku untuk duduk dalam ruang kedainya. Datuk renung ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Dumba dengan jari telunjuknya. Bilik tersebut terletak di bahagian dapur kedai yang dipisahkan oleh satu ruang khas selebar empat kaki. Pintu bilik dibuat dari papan yang sudah diketam tanpa palang zigzag. Ada dua pasu bunga terletak di kiri kanan pintu yang ditanam dengan pokok daun hatihati serta lidah buaya. Dumba buka pintu. Kami pun masuk dan duduk bersila di lantai menghadapi sebuah meja panjang yang rendah. Bentuk meja itu hampir menyerupai meja yang digunakan oleh orang Jepun untuk minum teh. Tiang meja dibuat dari buluh, begitu juga dengan bahagian permukaan meja dianyam dengan buluh yang terlalu indah dan seni pembuatannya. Beberapa pokok buluh aur, buluh betung dan buluh lemang ditanam dalam pasu besar pada setiap sudut bilik menjadikan suasana dalam bilik itu cukup tenang dan aman tetapi, agak seram. Seorang pekerjanya masuk lalu meletakkan tiga cawan kopi bersama tiga pinggan kecil nasi lemak. Dumba duduk bersila di sebelah meja buluh tersebut.

[225]

"Minum dan makanlah ini yang ada untuk awak berdua," kata Dumba. Saya pun memperkemaskan sila lalu membongkok untuk memegang tangkai cawan. Secara mendadak datuk mendehem sambil menepuk pangkal paha kanan saya. Saya tidak jadi memegang tangkai cawan. "Minum jangan segan segan," suara Dumba cukup ramah. Datuk anggukkan kepala sambil menyeluk saku bajunya. Datuk mengeluarkan secebis kain merah yang selalu digunakan untuk mengikat kepalanya, kain itu datuk genggam. Datuk tarik nafas panjang panjang. Sepasang mata datuk merenung air kopi di dalam cawan dengan renungan yang amat luar biasa sekali. Saya terkejut, cwan di hadapan saya dan datuk kelihatan merekah dan akhirnya terus pecah berkecai, air kopi melimpah atas meja buluh. Pinggan nasi lemak terbalik dengan sendirinya. Dumba terus memegang bibir meja, suasana cerah dalam bilik segera bertukar menjadi agak kelam, macam hari mahu hujan. Saya tidak berbuat apaapa. Punggung saya bagaikan terpaku di lantai. Tidak boleh bergerak walau seinci pun. Kerongkong saya tiba‐tiba terasa sakit dan pedih untuk menelan air liur. Antara datuk dan Dumba bagaikan ada pertarungan secara kebatinan. Masingmasing menggunakan tenungan kekuatan kuasa mata. Saya lihat datuk meletakkan ibu jari kirinya atas muka meja. Ibu jari itu datuk tekan hingga bahagian yang ditekan itu mengeluarkan asap serta berlubang. "Saya senang berhadapan dengan awak Dumba, kita boleh mencari kejujuran di sini," suara datuk parau. Urat matanya kelihatan merah tersembul. Dumba berhenti memegang bibir meja, bahagian bibir meja yang dipegangnya kelihatan hitam. Dumba termenung sejenak. "Saya bukan orangnya untuk awak jadikan musuh," tambah datuk sambil berdiri. Dada saya terasa panas macam ada bara api di dalamnya. Saya cuba bangun tetapi, tidak berdaya, punggung terasa berat. Dumba terus duduk bertafakur, kedua belah ibu jarinya didekatkan ke lubang hidung. Datuk mula bersikap kurang ajar. Datuk pijak dada meja yang dibuat dari buluh. Dumba tidak juga bergerak dari tempatnya. Perlahanlahan Dumba meletakkan tangan kanannya di atas meja, ketika itu juga cahaya panas mula masuk ke dalam ruang bilik. Batang tubuh datuk yang berdiri mencipta bayang yang memanjang di atas lantai. Dumba bangun bagaikan kilat lalu melintasi bayang datuk sambil menghembuskan nafas dengan sekuat hati pada ibu jari kirinya yang terlekap di hidung. "Dumba jangan khianati aku," pekik datuk sambil menundukkan badan. Hembusan angin dari hidungnya tepat mengenai tiang bilik. Tiang itu berasap dan berlubang. Saya kira kalau hembusan angin dari hidung Dumba kena pada tubuh datuk, tentu tubuh datuk berlubang dari belakang hingga ke dada. Bila asap di tiang itu hilang, saya lihat di lantai pangkal tiang ada habuk dalam bentuk abu yang berkilatkilat. Datuk menepuk dadanya dengan tangan kiri. Habuk yang terkumpul segera berselerak menjadi dua bahagian. Bahagian pertama menjadi serbuk kaca yang halus, manakalan bahagian kedua terdiri dari miangmiang buluh bercampur dengan sejenis getah dari pokok Ipoh. Dumba tersandar di dinding bilik. Dia kelihatan tidak bermaya. Kemudian jatuh perlahanlahan dan terduduk di situ. Seluruh mukanya berpeluh.

[226]

"Mengakulah Dumba, semua kejadian yang berlaku di sini, puncanya dari kau. Aku tahu kau mahu menguju aku, sebab itu kau kenakan pemandu lori balak yang minum di kedai kamu," datuk meluahkan perasaannya. Dumba tidak berkata walau sepatah pun. Saya menarik nafas dengan rasa lega yang amat sangat kerana saya boleh bergerak dan bangun. Dada saya yang terasa panas kembali normal. "Demi Allah yang Maha Besar, kalahlah aku tahu niat kau dari mula mula dulu, aku tidak akan berjanji mahu menolong kau. Apakah daya keikhlasan dan kejujuran hatiku sudah kau salah tafsirkan, kau mahu memperdayakan aku Dumba," datuk terus mengeluh, wajahnya kelihatan muram, penuh dengan rasa hampa dan kecewa yang amat sangat. SINAR Matahari yang bersinar garang di luar, membekalkan cahaya yang cukup bagi menerangi seluruh sudut bilik. Wajah Dumba yang terkena sinar matahari kelihatan pucat, macam wajah orang mati. Datuk segera menghampiri Dumba, datuk letakkan tangan kanannya atas bahu Dumba. Ketika itu juga saya lihat pergelangan tangan datuk menjadi hitam kebiru biruan, macam tangan orang yang terkena bisa ular tedung. Datuk segera mengikat pergelangan tangannya itu dengan kain merah. Kelimalima jari datuk menjadi hitam. Wajah datuk terus berpeluh peluh. Peluh itu menitik ke atas badannya. Saya terkejut dan hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Kelima lima jari datuk merekah dan retak seribu. Dari rekahan itu keluar air jernih menitik atas lantai. Beberapa saat kemudian, keadaan kelimalima jari datuk kembali dalam keadaan biasa. Wajah Dumba kembali berdarah, tidak pucat macam wajah mayat. "Dumba aku mahu kau berterus terang dan marilah kita mencari sesuatu yang baik untuk diri kita dan orang lain," nada suara datuk merendah. Dahi Dumba digosoknya berkalikali. Datuk terus duduk bersila di hadapan Dumba.. "Kau ada masalah? Sila terangkan, kalau boleh aku atasi aku akan membantu kau," datuk renung muka Dumba. Saya lihat Dumba kedutkan keningnya. Sepasang mata Dumba menatap tiap sudut bilik, bagaikan mencari sesuatu. "Sebenarnya, aku benci semuanya ini, tetapi aku tidak ada cara lain untuk mengatasinya, sama ada aku mahu atau tidak aku terpaksa melakukannya." "Apa yang awak cakapkan ini?" "Hal yang kau lihat." "Ilmu santau yang kau amalkan ini." "Ya ilmu yang aku tuntut ini mengikat diri aku, kalau aku tidak melakukan dengan apa yang aku janjikan ketika menuntut dulu, anak bini aku jadi korban."

[227]

"Kerana sayangkan anak bini, orang lain kau korbankan." "Ya aku terpaksa." Datuk menggigit bibir. Dia masih kurang yakin dengan apa yang dikatakan oleh Dumba. Dia merasakan kata‐kata itu merupakan satu perangkap bagi Dumba untuk menguji sejauh mana kekuatan diri datuk. Sesungguhnya, datuk tidak mahu dirinya diuji atau dicuba. Datuk tahu dia serba kekurangan. Apa yang ada pada dirinya sekadar cukup untuk melindungi dirinya sendiri. "Maafkan aku Dumba, apa yang terjadi bukanlah niat aku untuk mencabarmu, semua yang aku lakukan kerana mahu menolong kau." "Aku faham," suara Dumba parau. Dia pun bangun sambil mengajak datuk duduk di satu sudut bilik berdekatan dengan pokok buluh aur yang ditanam dalam pasu besar. Pada mulanya, datuk memang keberatan untuk memenuhi permintaan Dumba itu. Tetapi, setelah Dumba sendiri mengubah kedudukan pasu besar yang ditanam dengan pokok buluh aur itu ke tempat lain, barulah datuk memenuhi permintaannya. "Ingat Dumba yang kita cari kebaikan, bukannya pergaduhan." "Saya faham." "Kalau kau sudah faham, penuhi syarat dari aku." "Apa syaratnya." "Duduk berhadapan, kedua‐dua kepala lutut kau bertemu dengan kepala lutut aku, tangan kanan aku menindih tangan kanan kamu. Apa kamu setuju?" "Setuju." Datuk tersenyum. Dia dapat membaca hati dan perasaan Dumba. Dia mula sedar, Dumba benar benar berniat baik. Dumba tidak akan melakukan sesuatu yang buruk pada dirinya. Sebenarnya, syarat yang dikenakan oleh datuk pada Dumba banyak membawa keuntungan pada diri datuk sendiri. Saya tahu, bila datuk mempertemukan kepala lututnya dengan kepala lutut Dumba, secara tidak langsung datuk menguncikan pergerakan Dumba yang dikiranya akan bermula dari gerakan kaki. Bila datuk menindih tangan kanan Dumba dengan sendirinya racun santau yang berada di celah kuku Dumba akan menjadi tawar. Cukup bijak datuk bertindak kali ini. Dia tidak mahu diperdayakan, fikir saya. "Apa masalah kamu Dumba," datuk renung biji mata Dumba. "Aku merasakan saat kematian aku sudah hampir, boleh jadi dalam tempoh sebulan dua lagi." "Macam mana kau tahu semuanya ini?" "Mengikut firasat ilmu yang aku tuntut, menunjukkan ada tanda tanda yang aku akan mati." [228]

"Salah satu daripada contohnya Dumba?" "Aku selalu menangis bila mahu menunaikan janji yang aku buat ketika menuntut dulu. aku takut dengan ilmu yang aku amalkan dan aku merasakan diri aku terlalu jauh dengan Allah yang mencipta diriku dan Alam." Datuk memejamkan kelopak matanya. Saya terdengar bunyi daun pintu diketuk orang. Datuk menyuruh saya membuka pintu. Bila pintu dibuka, tidak ada manusia di luar. Tengkok saya mula terasa seram. Pintu saya rapatkan kembali. Bila saya mahu duduk, terdengar lagi ketukan di pintu tetapi, kali ini datuk memberi isyarat pada saya supaya jangan memperdulikan ketukan itu. Aneh, pintu itu terbuka dengan sendiri dan tertutup dengan sendiri. "Ceritakan apa yang terniat dalam hatimu Dumba." "Begini, aku tidak akan menurunkan ilmu ini pada keturunan aku, kerana tidak menguntungkan tetapi, bila ku mati, salah seorang daripada anak aku akan mewarisnya dengan secara tidak langsung, perkara itu terjadi diluar pengetahuan meraka dan kerelaan aku." "Kalau mereka menolak bagaimana?" "Mereka akan jadi korban, aku harap kau dapat menolong aku, aku sudah menguji kamu, aku tahu kau boleh berusaha ke arah itu." CERITA Datuk menarik nafas panjang. Kemudian datuk minta Dumba menceritakan bagaimana hal itu boleh terjadi pada dirinya. Dumba pun bercerita dari A hingga ke Z. menurut Dumba dia berasal dari satu daerah di Mendiling Sumatera Utara, tempat atau kampung halamannya di panggil Panai. Ayahnya bekerja di ladang cengkih kepunyaan Belanda. Tuan punya ladang tersebut mempunyai beberapa orang ketua pekerja yang terdiri dari orang‐orang Indonesia yang tidak bertimbang rasa, selalunya menyiksa para pekerja. Akibat dari perbuatan ketuaketua pekerja di situ membuat ayahnya masuk ke hutan dan bertapa dalam sebuah gua dengan tujuan menuntut ilmu. Bila ayahnya keluar dari tempat pertapaan, Ayahnya terus membalas dendam dengan menggunakan ilmu santau. Akhirnya, ayahnya mengambil upah membunuh orang dengan ilmu yang dituntutnya. "Walaupun ayah saya handal tetapi, dia mati juga ditikam orang dengan ranting buluh tumpat," kata Dumba dengan wajah yang sedih. "Itu saja ceritanya Dumba." "Ada lagi, kerana menuntut ilmu itu adik perempuan saya jadi korban, ketika ayah menuntut adik saya di panah petir dan mayatnya terus hilang, menurut ayah, adik saya memang dijadikan makanan syaitan tempat ayah menuntun ilmu."

[229]

Datuk menggaru kepala yang tidak gatal. Sekali sekala datuk menjeling ke arah saya sambil mengerutkan dahinya. Saya tidak tahu apa yang datuk fikirkan. Suasan dalam bilik yang tadi cerah tiba‐tiba menjadi agak gelap. Saya segera bangun dan membuka tingkap kecil di sudut bilik melihat ke langit. Ada awan mendung bertompoktompok tetapi, matahari masih bersinar, saya juga terlihat titiktitik yang halus turun dari langit, Jam ketika itu saya kira baru pukul sembilan pagi. "Macam mana dengan kau?" soal datuk. "Bila ayah meninggal dunia, saya membawa diri ke Perlis sambil mengamalkan ilmu yang diajar oleh ayah pada saya, tujuannya untuk mempertahankan diri tetapi....," Dumba terus berhenti bercerita, matanya merenung sayu pada datuk dan saya. Datuk, tidak putus asa, dia terus mendesak Dumba bercerita. Kata Dumba, sampai di Perlis dia menetap di Kuala Perlis dan bekerja dengan kapal kecil yang berulang alik dari Kuala Perlis ke Setul (sebuah tempat di Selatan Siam), bila ada orang orang Siam yang bersikap kasar dan menyakitkan hatinya, dia menggunakan ilmunya untuk membinasakan mereka. "Saya akhirnya menikah dengan orang Kuala Perlis dan berpindah ke Alor Setar dengan azam untuk membuang ilmu tersebut, tetapi usaha saya tidak berjaya, kerana saya berazam mahu meninggalkannya, anak pertama saya mati muntah darah, sejak itu saya terus mengamalkannya," kata Dumba. Saya dan datuk terus memasang telinga. "Dari Alor Setar saya pindah ke Perak iaitu di Air Tawar, dekat Sitiawan, ke Gopeng dan Hutan Melintang, setiap tempat saya bernaung memang ada manusia yang jadi korban yang kadangkadang berpunca dari perkara yang kecil kecil, saya dan keluarga saya jadi kera sumbang." "Kemudian apa yang kamu lakukan?" "Saya pergi ke Pahang dan akhirnya menetap di sini, saya tidak sanggup lagi nak jadi pembunuh, paling kurang setahun mesti seorang saya korbankan dengan santau kalau tidak diri saya akan jadi korban, saya tersepit sekarang," Dumba berterusterang dengan datuk. Datuk terus memisahkan kedua‐dua kepala lututnya yang bertemu dengan kepala lutut Dumba. Begitu juga dengan tangannya yang menindih tangan Dumba. Datuk mengisut kebelakang hingga terjadi ruang jarak selebar dua kaki antara Datuk dan Dumba. Di luar hujan rintikrintik segera bertukar menjadi hujan panas yang agak lebat. Tempiasnya masuk ke dalam bilik. Datuk tidak mengetahui isi hati Dumba sampai ke akar umbinya. Bila semuanya perkara sudah diketahui akan memudahkan kerja datuk. "Awak bermusuh dengan Mahyuddin?" soal datuk. "Ya, salah seorang anak sahabat karibnya jadi korban saya, perkara itu terjadi secara tidak sengaja, ketika itu janji saya dengan ilmu yang saya tuntut sudah cukup tempohnya, saya harus memberikan satu nyawa, orang yang saya pilih adalah orang luar tetapi, ketika saya melepaskan santau dari kuku, anak sahabat karib Mahyuddin melintas dan muntah darah."

[230]

"Mahyuddin tahu hal ini?" "Dia tahu tetapi, usahanya untuk membinasakan saya tidak berjaya saya dilindungi oleh ilmu saya." "Kau sebenarnya mahu membunuh aku pagi itu, kerana aku dapat tepis angin yang datang pemandu balak itu jadi korban." "Ya saya mengaku, awak orang luar dan saya kira awak adalah mangsa saya, sayangnya sangkaan saya tidak tepat, ruparupanya awak tidak berjalan dengan lidah dan gigi saja, awak ada isi." MENGELUH Datuk mengeluh. Dia sudah mengetahui segalagalanya. Datuk terus bangun lalu menendang pasu yang berisi pokok pokok buluh. Dumba hanya melihat apa yang daruk lakukan dengan mulut separuh terbuka. "Kau mahu memisahkan dirimu dengan ilmu Santau Dumba?" soal datuk. "Ya." "Pecahkan buluh yang jadi tiang meja ini," ujar datuk lagi. Dumba lakukan apa yang datuk perintahkan. Bila tiang meja dari buluh itu dipecahkan, seluruh lantai bilik itu dipenuhi dengan kaca kaca yang halus, rambut dan serbuk dari miang buluh. "Ini ibu santau?" Tanya datuk. Dumba anggukkan kepala. Datuk tidak berani menjamah benda benda itu. Datuk seluk saku baju sebelah tangan.

[231]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful