You are on page 1of 21

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

B Ba ab b7 7: :
P Pa au ullo oF Fr re eiir re ed da an nV Viiv ve ek ka an na an nd da a
Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:  Memerihal latarbelakang Paulo Freire  Menilai pandangan Freire tentang peranan pendidikan  Jelaskan kurikulum yang dicadangkan oleh Freire  Menganalisis pendapat Vivikananda tentang matlamat pendidikan  Menilai cadangan Vivikananda tentang kurikulum

Chapter Outline

Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perspektif Awal Tentang Kurikulum Bab 3: Confucius dan Mencius Bab 4: Al-Farabi dan Ibnu Sina Bab 5: Socrates, Plato & Aristotle Bab 6: Jean Rousseau & John Locke Bab 7: Paulo Freire dan Swami Vivekananda Bab 8: Rabindranath Tagore and Froebel Bab 9: Kemahiran Abad ke21

Tak 7.1 Siapakah Paulo Freire? 7.2 Pandangan Freire tentang pendidikan 7.3 Kurikulum menurut Freire 7.4 Kaedah mengajar menurut Freire 7.5 Siapakah Vivekananda? 7.6 Matlamat pendidikan menurut Vivekananda 7.7 Kurikulum menurut Vivekananda

Ringkasan References

Bab ini membincang hujah-hujah yang dikemukakan oleh dua ahli falsafah tentang pendidikan; iaitu, Paulo Freire dan Swami Vivekananda. Freire yang berasal daripada Brazil menekankan pentingnya pendidikan membawa kesedaran di kalangan golongan miskin tentang masalah yang dihadapi. Vivekananda yang berasal daripada India menegaskan pentingnya melahirkan kebolehan yang sedia ada pada individu. Beliau menyenarakan beberapa peranan guru dan pentingnya golongan miskan dan kaum wanti diberi peluang pendidikan. 1

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.1 SIAPAKAH PAULO FREIRE?

Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19 September, 1921. Pada ketika itu Brazil adalah mundur. Dia bersama adiknya dididik untuk mengikuti agama Katolik secara traditional oleh ibu mereka. Bapa beliau meninggal dunia ketika dia berumur 13 tahun. Ibunya berjaya memujuk sebuah sekolah menengah swasta di Recife menerima anaknya sebagai pelajar dan diberi biasiswasa. Oleh kerana Freire datang daripada keluarga berpendapatan rendah, beliau Paulo Freire (1921 – 1997) menghadapi kesulitan menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar lain daripada golongan kaya. Di antara 1928 hingga 1932, dunia menghadapi krisis ekonomi yang sungguh teruk. Keluarga Freire berpindah ke Jaboatão kerana ia lebih murah dan tidak mampu terus bermaustatin di Recife. Oleh demikian, Freire telah kehilangan dua tahun sekolah menengah. Beliau dianggap sebagai pelajar sederhana sehingga tamat sekolah menengah. Di Jaboatão, Freire mula sedar tentang dunia sekeliling dan sungguh prihatin tentang kemiskinan penduduk tempatan. Contohnya, terdapat ramai orang yang tidak cukup makan dan ada pula yang kebuluran. Pada umur 20 tahun, Freire mempelajari undang-undang tetapi pengajiannya terkandas akhibat kemiskinan dan terpaksa mencari kerja untuk membantu keluarganya. Ketika mengikuti program undang-undang, beliau menguasai tatabahasa Protugis serta mempelajari falsafah dan sosiologi bahasa. "I spelled rat with two 'rs' (i.e. rrat) until I was fifteen”. Pada tahun 1944 beliau berkhawin dengan Elza Maia Costa Oliveira, seorang guru sekolah rendah. Freire mula bekerja sebagai peguam tetapi telah menamatkan bekerja sebagai peguam sebelum membela kliennya yang pertama, seorang doktor gigi. Lihat perbualan di bawah dengan isterinya. 2

Freire telah dijemput oleh Presiden Joao Belchior Goulart untuk melaksanakan kempen literasi di seluruh negara. Kini kedudukan dan kuasa tuanpunya tanah mula terancam dengan penambahan bilangan kaum tani yang mempunyai kuasa dan hak mengundi. 3 . 17). mengamal diskriminasi dan elitist selama berabad-abad memperhambakan kaum miskin. Dua tahun kemudian beliau dilantik sebagai Profesor Sejarah dan Falsafah Pendidikan di Sekolah of Seni Halus. I'm not going to be a lawyer.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda Frerie: "You know what. Freire giat terlibat dengan pergerakan pendidikan untuk rakyat jelata pada awal tahun 1960-an. Yang paling tereknal ialah Gerakan Kebudayaan Popular (Movement for Popular Culture) di Recife. You're an educator" (source: Pedagogy of Hope. Tesis beliau bertajuk “Pendidikan Dewasa dan Masyarakat Terpinngir: Masalah Mocambos” ( Education of Adults and Marginal Populations: the Mocambos Problem) yang dibentangkan dalam susatu Persidangan Pendidikan. Universit Recife. Isterinya mempunyai pengaruh yang nyata dalam kehidupan Freire serta penglibatan beliau dalam pendidikan. Freire mencuba kaedah mengajar dikalangan 300 petani tebu (Lihat Rajah 7. Selain daripada kegiatan akademik dan pentadbiran. Freire telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di Pernambuco. Rajah 7.1). memberi tumpuan kepada kehidupan seharian pelajar. p. Pada mas itu. Ini berbeza dengan masayarakat Brazil yang autokratik. Pada tahun 1957. di Barazil hanya individu yang kenal huruf dibenarakan mengundi. Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu. Ini telah menghadkan bilangan orang yang boleh mengundi dan secara tak langusung mengekalkan kuasa di kalangan segelintir tuanpunya tanah. Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte. Program ini melibatkan 5 juta dewasa yang buta huruf." Elza: "I was hoping for that.1: Kempen membaca “The "Bare feet can also learn to read" Apabila eksperimen telah beliau berjaya.

Chile (Lihat Rajah 7. Freire kembali ke Brazil pada tahun 1980 dan dilantik sebagai profesor di Catholic University of Sao Paulo. Kemudian. Beliau memperkenalkan suatu model pendidikan untuk tadikda dan skeolah di kawasan-kawasan miskin yang melibatkan kira-kira sejuta kanak-kanak. Rajah 7.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda Bagaimana pun. berdialog dan memberi syarahan tentang idea dan pengalaman beliau di dalam seminar. Kemudian. AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Perihalkan riwayat hidup Paulo Freire b) Apakah keadaan masyrakat Brazil ketika itu? c) Bagaimana Freire cuba menyelesaiakn masalah masyarakay Brazil? 4 . program mendidik kaum tani terjejas apabila pihak tentera telah mengambil alih kuasa dengan mengguling kerajaan Preident Joao Belchior Goulart dan pemerintahan tentera dikenalkan selama 20 tahun. di antara 1969-1970. Beliau berpindah ke Santiago.2).2: Peta Amerika Syarikat Freire telah mengembara ke merata dunia. beliau pergi ke Harvard University. Kemudian beliau dijemput memegang jawatan sebagai Setiausaha Perbandaran Pendidikan dalam pentadbiran Datuk Bandar Luiza Erundina. Setahun kemudian Freire berpindah ke Geneva. Beliau juga menjadi penasihat kepada kerajaan-kerajaan yang memberontak di Afrika. Beliau bekerja dan mengembara di bawah naungan Majlis Gereja Sedunia (World Council of Churches) sebagai duta literasi Dunia Ketiga. Beliau terpaksa memohon perlindungan politik di kedutaan Bolivia di Rio dan melarikan diri ke La Paz. Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi. kerana masalah kesihtan. Amerika Syarikat. persidangan dan kongres. Freire meninggal dunia pada tahun 1977 pada usia 75 tahun akhibat serangan jantung. Beliau berada di dalam keadaan buangan di Chile selama hampir 16 tahun di mana beliau bekerja sebagai seorang pendidik dewasa. Massachusetts. Amerika Tengah dan Caribbean. Switzerland hingga 1979. Sepanjang hayatnya. Beliau juga memperkenalkan program baru untuk mempertingkatkan tahap literasi dikalangan dewasa yang miskin. Bolivia. Freire telah ditangkap dan dipenjarakan di Olinda dan sekali lagi Recife selama lebih dua bulan.

Walau bagaimanapun. Dalam buku ini.  Beliau menentang sistem pendidikan yang menganggap manusia sebagai objek atau alat. Dalamnya diperkenalkan “konsep perbankan” (banking concept) yang mengandaikan pelajar sebagai tin kosong dan ilmu dicurahkan ke dalam. mereka tidak boleh berfikiran sempit tetapi mempunyai perspektif global. Buku-Buku Lain    The Politics of Education: Culture. kita mudah putus asa dan tidak boleh mula berjuang untuk menukar keadaan.  Pelajar perlu diajar untuk belajar (learn how to learn)  Pelajar perlu diajar tentang budaya mereka. sosial.  Beliau berhujah bahawa pendidikan harus merupakan suatu eksplorasi budaya dengan bertumpu mempelajari budaya sendiri.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda HASIL KARYA FREIRE Pedagogy of the Oppressed (Pedagogi Orang Terdindas) ialah buku yang diterbitkan pada tahun 1972 dan merupakan karya beliau yang paling terkenal. politik. and Liberation diterbitkan pada 1985. Literacy: Reading the Word & the World. New York: Continuum Press. 5 . Pedagogy of Hope (Pedagogi Harapan) ialah sebuah buku yang diterbitkan Freire pada tahun 1992. (1993). hanya mempunyai harapan tidak mencukupi kerana perlu diikuti dengan tindakan  Adalah tidak mencukupi hanya menyampaikan ilmu (transmit knowledge) tetapi pelajar perlu digalakkan untuk bertanya "kenapa" tentang fakta-fakta ekonomi. Pedagogy of the City. Power. Boston. beliau berhujah bahawa tanpa harapan. Massachusetts: Bergin & Garvey Publishers. Walau bagaimanapun. ideologi dan sejarah yang disampikan.  Tugas pendidikan ialah untuk membebaskan rakyat daripada keadaan kemiskinan. (1987).

7. menganuti apa jua agama. [Freire. Apakah kewarganegaraan? Kewarganegaraan membayangkan kebebasan untuk bekerja.] 6 .Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda    Letters to Cristina: Reflections on My Life and Work. makan. Freire berpegang kepada perspektif “REKONSTRUKTIVISME” yang melihat peranan pendidikan sebagai mendidik individu untuk mengubah masyarakat yang tidak adil (Kita telah membincang perspektif ini di Bab 2). menangis. (1997). mendidik diri sendiri dan keluarga. bercinta. Boulder. The Continuum Publishing Corporation. tidur di sebuah rumah. memakai kasut.2 PENDIDIKAN MENURUT PAULO FREIRE Beliau sangat mengambil berat tentang rakyat yang miskin dan buta huruf negara yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan. Pedagogy of the Oppressed. untuk bergerak. New York. New York: Continuum Press. Teachers as Cultural Workers. Letters to those Who Dare to Teach (1997). (1996). untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga. Pedagogy of the Heart. menyertai apa jua parti. berpakaian. Pendidikan harus meningkatkan kesedaran pelajar untuk berfikir secara demokratik dan mempersoalkan apa sahaja yang mereka belajar. 1972. untuk membantah. CO: Westview Press. marah. untuk menyokong. New York: Routledge. untuk memberi kuasa kepada mereka supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Pendidikan harus mengajar kewarganegaraan. Beliau mahu orang-orang yang terpinggir ini dididik. Paulo. Kewarganegaraan Pendidikan boleh diakses oleh golongan miskin dan yang ditindas bukan sahaja di Brazil tetapi diseluruh dunia.

[Freire. Apakah tolenrasi? Tolenrasi memerlukan hormat. Beliau berhujah bahawa ilmu bukanlah sesuatu komoditi yang boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar. New York. 1972. 42] AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Senaraikan hasil karya Paulo Freire. Pedagogy of the Oppressed. Apakah konsep perbankan? Guru mendeposit ilmu ke dalam sesuatu repositori pengetahuan yang besar. Pelajar perlu membina pengetahuan daripada pengetahuan sedia ada mereka. pg. Guru menyimpan maklumat Pelajar mengeluarkan maklumat Rajah 7.3 Konsep perbankan 7 . disiplin dan etika……Tolenrasi ialah satu sifat mulia yang mengajar kita hidup dengan orang yang berlainan. Guru-guru mesti belajar bagaimana pelajar memahami dunia mereka supaya guru memahami bagaimana mengajar pelajar-pelajar mereka. The Continuum Publishing Corporation.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda Tolenrasi Freire inginkan sistem pendidikan mengajar pelajar supaya menjadi lebih toleran. Ia mengajar kita mempelajari daripada dan menghormati perbezaan. Pelajar datang ke "bank" atau repositori ilmu untuk mengeluarkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka memerlukan untuk kehidupan seharian (Lihat Rajah 7. b) Apakah yang ditekankan dalam buku Pedagogy of the Oppressed and Pedagogy of Hope? c) Apakah implikasi terhadap pendidikan hari ini? Konsep Perbankan Freire menentang hebat “konsep perbankan” dalam pendidikan.3). Paulo.

New York. Pengajaran Bahasa Menurut Freire. The Continuum Publishing Corporation. AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Jelaskan „konsep pembankan‟. Pengetahuan terdiri daripada kandungan. perbincangan dan refleksi. Pemindahan secara mekanikal wujud apabila pelajara menghafal. salah satu kesilapan yang sering dilakukan ialah memisahkan membaca dan menulis. emosi (perasaan) dan logik (pemikiran) dan sekolah harus mengaitkan komponen-komponen ini dan tidak memisahkan antara mereka. pg. sejak awal lagi... Pemisahan ini diamalkan oleh guru dan juga pelajar secara berterusan.. Dalam erti kata lain.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda . kurikulum tidak mesti dipisahkan daripada realiti.. Paulo. mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari. 22] [Konsep ini sama seperti diutarakan oleh Socrates dalam Bab 3] Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis. yang saya telah mengkritik. Bertambah pula. 1972..3 KURIKULUM MENURUT PAULO FREIRE Untuk mengelakkan orang-orang miskin dan buta huruf daripada dimanipulasi oleh mereka yang berkuasa. 8 . Menurutnya. Freire mencadangkan bahawa kurikulum mesti datang secara langsung daripada rakyat dan digubal oleh mereka. Mengapakah Freire menentang „konsep pembankan‟ dalam pendidikan? b) Sejauh manakah sekolah-sekolah di Malaysia Mengamalkan „konsep pembankan‟? 7.pengajaran bukanlan suatu proses pemindahan pengetahuan daripada guru kepada pelajar. Pedagogy of the Oppressed. [Freire. Pembelajaran ialah satu proses di mana pengetahuan yang disampaikan kepada pelajar berinteraksi dengan pengetahuan yang disampaikan melalui kefahaman. Pelajar tidak perlu mempelajari sesuatu yang tidak berkaitan dengan dunia sebenar mereka dan tidak penting untuk mereka. kanak-kanak diajar membaca dan menulis sebagai terpisah daripada proses pembelajaran umum.

4 Pertunjukan boneka 3.    BATANG mewakili masalah-masalah tertentu (problems) yang telah dipersetujui ahli kumpulan DAUN mewakili akibat / kesan (effects) masalah AKAR mewakili punca (causes) masalah 9 . Menghasilkan Kod Langkah kedua adalah untuk mewakili masalah dengan menggunakan kod tertentu seperti melukis masalah dalam bentuk rajah. Mereka diminta mengaitkan pengalaman mereka dengan masalah.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda Pengetahuan harus dianggap sebagai dinamik dan tidak statik. & c) institusi.5). Masalah dianalisis daripada tiga perspektif: a) peribadi. pelajar dan guru terlibat dalam membuat penyelidikan tentang masalah yang telah dikenal pasti.4). Menganalisis Masalah atau Situasi Langkah keempat adalah apabila pelajar dan guru bertanya mengapa masalah berkenaan berlaku dan punca masalah. b) budaya. Rajah 7. 4. pelajar menghuraikan masalah yang ditunjukkan (lukisan atau pertunjukan boneka) dalam kumpulan. Mengenal pasti Masalah: Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah (identification of problems). Guru perlu mengetahui latar belakang pelajar seperti kerja mereka. Kemudian ahli-ahlai diminta melukis 'pokok masalah‟ (Lihat Rajah 7. Pelajar Menceritakan Pengalaman Mereka dengan Masalah yang Dikenal Pasti Langkah ketiga. Pengetahuan tidak sepatutnya diterima oleh golongan miskin dan buta huruf tanpa penilaian kritis. saling berkait dan tidak terpisah. Untuk mengenal pasti masalah. pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi: 1. Kemudian guru membincang bersama pelajar tenatang lukisan atau pertunjukan boneka dan masalah yang diwakili. METODOLOGI FREIRE MENGKAJI MASALAH MASYARAKAT Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani. menggunakan objek atau mengadakan pertunjukan boneka atau puppet show (Lihat Rajah 7. kehidupan sekolah mereka dan isu-isu yang dihadapi oleh mereka 2.

Guru meneliti kehidupan orang yang diajar serta bahasa yang digunakan (seperti kosa kata tempatan) dan masalah yang dihadapi. Bertindak dan Mengubah Keadaan: Langkah terakhir melibatkan kedua-dua pelajar dan guru membincang pelan tindakan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serte merta dan diikuti dengan pelan tindakan jangka panjang.5 Pokok Masalah 5. Temu duga dilakukan untuk mengetahui keinginan. Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire". Freire menegaskan bahawa bahasa dan perkataan yang digunakan dalam latihan literasi perlu datang daripada penduduk tempatan dan bukan dari guru. kekecewaan mereka. Usaha dilakukan untuk melibatkan rakyat tempatan pada peringkat awal lagi. dan harapan mereka. KAEDAH LATIHAN LITERASI UNTUK ORANG DEWASA OLEH FREIRE Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis. 10 . Berikut adalah langkah-langkah kaedah berkenaan: Langkah 1: Konteks Langkah pertama ialah mengkaji konteks atau keadaan sekitar di mana latihan literasi dikendalikan.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda \ Rajah 7.

Menurut Freire. Bagi Freire. budaya dan politik penduduk tempatan (contohnya perkataan Portugis vot = undi. Tiga kriteria yang perlu digunakan dalam memilih kata-kata ialah: 1) Perkataan harus mengandungi bunyi asas bahasa Portugis dan Sepanyol [Portugis adalah bahasa kebangsaan Brazil dan Sepanyol adalah bahasa kebangsaan jiran-jirannya seperti Bolivia & Mexico). Sambil pelajar mengdekod perkataan favela. favela = setinggan. Contohnya. Pelajar diperkenalkan kepada perkataan generatif. mereka juga disedarkan tentang keadaan setinggan yang mereka tinggal. latihan literasi bukanlah satu proses mekanikal semata-mata untuk mengajar seorang untuk membaca dan menulis. perkataan favela yang bermakna setinggan dipisahkan kepada fa-ve-lah. Ia adalah untuk membawa kesedaran tentang pihak berkuasa yang menindas mereka dan kuasa ditangan Rajah 7. 2) Perkataan-perkataan yang dipilih perlu disusun supaya pelajar mula dengan mempelajari perkataan dan sebutan yang mudah kepada perkataan dan sebutan yang lebih kompleks. povo = rakyat) Langkah 3: Latihan Literasi Langkah ketiga ialah pelaksanaan latihan literasi sebenar. 3) Perkataan yang dipilih mestilah berguna dalam memahami dan menerangkan kehidupan seharian.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda Langkah 2: Pemilihan Perkataan Langkah kedua ialah pemilihan 'perkataan generatif'. perkataan adalah "generatif" apabila ia menggalakkan pelajar mempelajari perkataan baru. Sesuatu perkataan dipisahkan kepada suku katanya. Gambar dan ilustrasi digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu perkataan.6 Freire mengajar kelas mereka untuk mencabar pihak berkuasa dan dewasa menuntut kebebasan 11 .

Adakah anda bersetuju? 12 . Sebaliknya. Guru yang merendah diri akan mendengar dan memahami kehendak dan masalah pelajar miskin dan jahil.  AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Jelaskan secara ringkas kaedah yang cadangkan Freire dalam penyelesaian masalah. Ini akan menggalakkan penglibatan secara aktif kedua-dua guru dan pelajar dalam proses pendidikan. Sejauh manakah anda bersetuju kaedah ini berkesan? b) Bincangkan keberkesanan penggunaan „pokok masalah‟.4 PENDAPAT PAULO FREIRE TENTANG GURU Berikut ialah pandangan Paulo Freire tenatang Guru:  Guru mestilah seorang yang rendah diri. c) Komen tentang kaedah latihan literasi yang dicadangkan Freire. Iaitu. saling menghormati dan hubungan dua hala.   Guru mestilah peka terhadapa keperluan pelajar dan boleh mentafsir bahasa lisan dan bukan lisan pelajar. beliau mencadangkan bahawa keadaan perlu diwujud dimana “guru juga belajar dan pelajar diberi peluang mengajar”.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 7. Freire menentang „dikotomi atau perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan ia harus dimansuhkan. suatu hubungan yang mesra. Beliau juga tidak setuju dengan amalan bahawa “guru terhad kepada mengajar dan murid terhad kepada belajar”. penyayang dan menghormati pelajar. Beliau mencadangkan bahawa hubungan antara guru dan pelajar haruslah seperti hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka.

Sebaliknya. "Ya. Amerika Syarikat. Beliau telah mendengar tentang seorang ketua agama terkenal bernama Sri Ramakrishna Paramahamsa yang tidak pernah mempunyai pendidikan formal... SWAMI VIVEKANANDA 1863–1902 Setelah selesai matrikulasi. sama seperti saya melihat anda". serta memastikan semua orang bersenam dan bermeditasi atau bertafakur. Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta.. Di khalayak ramai. seperti 13 . "Pernahkah anda melihat Tuhan?".Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 7. Apabila Ramakrishna meninggal dunia. Sejak kecil lagi Narendranath dikagumi oleh sami-sami yang mengembara (wandering monks) dan mempercayai bahawa satu hari nanti dia akan menjadi seorang sami. Ramakrishna sangat tertarik dengan soalansoalan yang ditanya pengikut kesayangannya. Pada tahun 1893. beliau mengatakan bahawa semua agama sampai ke Tuhan yang sama. dia bertanya kepada Ramakrishna . Beliau kenali sebagai Swami Vivekananda.5 SIAPAKAH SWAMI VIVEKANANDA? Nama asal. beliau menghadiri Persidangan Agama-Agama Sedunia di Chicago. Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacaubilah. saya ada. Bapanya seorang peguam dan pencinta seni dan sastera yang berfikiran liberal. Dalam ucapan utama. ibunya adalah seorang Hindu yang soleh dan berpegang kepada amalan agama Hindu. Tidak lama kemudian. Akhirnya Narendranath telah melepaskan segala harta benda duniawi dan menjadi 'Sanyasi' iaitu seorang yang hidup dengan sederhana. beliau mengambil menjaga semua sami alam kuil. Narendra berazam untuk belajar daripada beliau. beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan mereka. Narendranath pergi ke Dakshineshwar dengan kawan-kawannya untuk menemui Ramakrishna. Pengaruh kedua-dua ibu bapanya. Beliau mempelajari falsafah barat dan ini telah menimbulkan beberapa keraguan. Narendranath telah meneriama Ramakrishna sebagai gurunya dan seterusnya menjadi pengikutnya. walaupun berbeza menyediakan persekitaran di mana Narendranath diasuh menjadi belia bercita-cita tinggi. Apabila beliau berjumpa dengan cendiakawan-cendiakawan. Narendranath menyertai sebuah kolej untuk melanjutkan pelajaran. Swami Viviekananda mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah. Ramakrishna menjawab. berjimat dan hampir hidup sebagai mengemis.

Pada tahun 1897. 14 . Menurut Vivekananda. Walau pun beliau tidak menulis buku tertentu tentang pendidikan. IV. Apa jua jenis amalan kerohanian atau „spiritual‟ akan membawa kepada kesedaran diri. berhampiran Sungai Ganges. yang paling kuno di India. Apakah makna pernyataan ini?  Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat. 358). manusia dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang menunggu dicungkil. Dengan perkataan lain. Doktrin Vedanta mengakui bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang berbeza mendekati Tuhan.6 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG MATLAMAT PENDIDIKAN Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda. kemahiran dan pengetahuan sedia ada (already in man) pada semua manusia. dan semua adalah sah. Dia telah menulis kirakira 17 buku dan beberapa artikel dalam journal. vol. beliau mendirikan Misi Ramakrishna di India. Tujuan pertubuhan ini ialah untuk meningkatkan masyarakat miskin dengan menyediakan peluang pelajaran. peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Beliau mengatakan. p. pengetahuan.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda semua sungai akhirnya akan sampai ke lautan. 7. 35). kemudahan perubatan dan sebagainya. Agama ialah mencari pengetahuan-kendiri (self-knowledge) dan mencari ketuhanan dalam diri sendiri. kebolehan. beliau telah menyumbang pelbagai hujah yang relevan hingga ke hari ini. kita perlu menganalisis penyataan beliau terkenal seperti berikut: “Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu” ‘Education is the manifestation of the perfection already in man’ (CW. Oleh itu. Doktrin Vedanta mengajar manusia menghormati semua agama. Untuk memahami pendapat. Beliau Beliau meninggal dunia pada tahun 1902 pada uisa 39 tahun. Pengajaran asas Vedanta ialah Tuhan wujud dalam setiap makhluk hidup. Kristian – dan dapati bahawa perjalannya mungin berbeza tetapi semua menuju ke Tuhan yang sama” (Gospel. Islam. “Saya telah mengkaji semua agama – Hinduisme.

Dalam jangka masa panjang.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda  Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk pelajar meunjukkan potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi). Pendidikan sebenar mesti melahirkan individu yang boleh berdikari (CW. semangat kedermawanan. AKTIVTI PEMBELAJARAN a) Perihalkan riwayat hidup Vivekananda b) Apakah maksud pernyataan “Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu”? Adakah anda bersetuju? MELATIH MINDA Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda". 147–148). vol. Beliau menghuraikan lanjut mengenai konsep 'kesempurnaan' yang menurut beliau adalah untuk menangani pelbagai masalah yang manusia hadapi dalam masyarakat. menghafal atau mengulangi fakta ayng dipelajari. Menurut beliau. Latihan minda menurut Vivekananda melibatkan konsentrasi dan ketabahan. ms 147-148). Kita dapat melihat bahawa setiap perbuatan yang berkaitan dengan pembelajaran. pp. Kata beliau. latihan. Perempuan mesti mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana kaum perempuan yang mendidikan generasi akan datang (Prabhananda. Tumpuan hendaklah diberikan kepada melatih minda pelajar dan bukan hanya setakat mengumpulan fakta. Keupayaan konsentrasi yang tinggi akan dapat membawa pencapaian dan penguasaan yang tinggi dalam apa jua bidang. VII. Seperti Al-Farabi. vol. 1993). 15 .  Konsentrasi ialah kebolehan menumpukan kepada yang relevan dan penting dan mengenipakan yang lain. VII. dan sebagainya. adalah sebahagian daripada proses ke arah akhir yang adalah kesempurnaan.  Pendidikan yang tidak membantu dalam menyiapkan rakyat jelata menghadapai cabaran hidup serta memperkekuatkan watak. memuatkan minda seseorang dengan maklumat dan kemahiran teknikal adalah sia-sia dan tidak berguna selagi minda seseorang tidak diperkukuhkan dan dilatih. Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan melahiran manusia yang sempurna. Ia umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang macis. pendidikan tidak bermakna sekira ia tidak dapat melengkapkan diri manusia menghadapi cabaran dunia dan berdirkari (CW. dan keberanian seekor singa bukan pendidikan sebenar. Perkataan kesempurnaan dalam takrif pendidikan juga amat penting.

Beliau menekankan kepada prinsip-prinsip asas yang terdapat dalam semua agama yang boleh membawa perubahan yang diingini. Menurutnya. orang yang menjadi kawan kita akan menentukan sama ada kita menjadi baik atau jahat dan seterusnya perwatakan kita. beliau menyebut tentang „agama‟.Vivekananda mengesyorkan agar agama menjadi teras pendidikan. 16 . Manusia tidak hanya terhad kepada aspek tubuh fizikal dan minda. Agama hendak elak menjadi terlalu dogmatik atau terhad kepada ritual semata-mata. Apabila mengajar tentang nilai moral. Beliau menegaskan bahawa pendidikan adalah jalan untuk menyelesaikan masalah golongan miskin dan terpinggir. tetapi sama penting ialah aspek kerohanian yang sering kali diabaikan dalam sistem pendidikan. PERANAN AGAMA Vivekananda menegaskan bahawa pembangunkan pengetahuan. keamanan. kemahiran dan nilainilai moral pelajar adalah tidak mencukupi. yang telah menerima pendidikan membantu golongan miskin. Apabila. seseorang itu dianggap manusia yang sebenar. kasih sayang. adalah lebih bermakna sekiranya pelajar membincang tentang nilai-nilai moral yang ingin disemaikan dan tidak semata-mata mendengar tentang nilai-nilai moral. Menurut Vivekananda. Hanya apabila hikmah. Adalah tanggungjawab golongan atasan. Adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri. Tumpuan ialah kepada prinsip-prinsip agama yang dapat menguatkan mental dan memperluaskan pandangan sesorang. keikhlasan.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda  Ketabahan harus disemaikan di kalangan pelajar kerana ia memperkukuhkan watak pelajar untuk terus maju dalam proses pembelajaran. beliau tidak menumpukan kepada sesuatu agama tertentu. Golongan ini harus tampil ke hadapan dan membasmi kemiskinan melalui pendidikan. apa itu yang betul dan apa itu yang salah. keprihatinan terhadap orang lain dan nilai-nilai lain menjadi nyata. Oleh itu guru memainkan peranan penting dengan menjadi teladan kepada pelajar dengan memupuk nilai moral yang positif. pendidikan hari ini mengabaikan kerohanian atau aspek spiritual manusia. PEMBENTUKAN WATAK Pendidikan perlu berusaha untuk membina watak pelajar. PENDIDIKAN UNTUK ORANG MISKIN DAN KAUM WANITA Vivekananda memperjuangkan hak golongan miskin dan lemah di India.

7 Pendidikan untuk wanita Vivekananda amat bimbang tentang pengabaian wanita di India. sains rumahtangga. AKVITI PEMBELAJARAN a) Mengapa Vivekananda menegaskan pentingnya konsentrasi dan ketabahan? b) Mengapa beliau tidak bersetuju dengan hafalan? c) Mengapa agama penting? d) Apakah pendapat Vivekananda tentang pendidikan untuk wanita? 17 . seni kulinari. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai kebolehan yang sama. beliau mengesyorkan pengenalan subjek seperti jahitan. dan sebagainya untuk pendidikan wanita.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda Rajah 7. Beliau menegaskan bahawa wanita perlu dididik. kejururawatan. kerana wanita yang membentuk generasi masa depan dan destinasi negara. Beliau sedar bahawa jika wanita diberi peluang pendidikan. mereka akan dapat menyelesaikan masalah mereka sendiri dengan cara mereka sendiri.

taraf sosioekonomi.  Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang membolehkann mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan (Prabhananda. 18  .  Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak disampaikan serta kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan. kanta cembung menumpukan cahaya matahari pada satu poin hingga dapat membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 7. Rajah 7.  Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk. Pelajar harus dilatih teknik mengenepikan perkara-perkara yang tidak relevan dan berfokus kepada yang penting. 183).Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 7. Contohnya. IV. vol. p.7 Kanta cembung menumpukan cahaya matahari  Apabila membincang isu „betul atau salah‟. pelajar hendaklah digalakkan membincang mengapa sesuatu tindakan itu „betul atau salah‟. kasta atau jantina.  Guru mempunyai pengaruh positif terhadap pelajar dibawah jagaannya dengan menunjukkan teladan yang baik dan mengamal nilai-nilai yang diterima masyarakat. Menurut Vivekananda.7).7 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG PERANAN GURU Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau. 1993). “guru yang berkesan ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar” (CW.  Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa.

AKTIVITI PEMBELAJARAN      a) Apakah pendapat Vivekanada tentang peranan guru? b) Senaraikan mata pelajaran yang disyorkan oleh Vivekananda. Rajah 7. memastikan pokok itu mendapat udara dan baja yang mencukupi dan membiarkannya bertumbuh dengan sendiri. Veda dan Upanishad untuk menyemai nilai-nilai kerohanian Disyorkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.. Beliau mencadangkan pengajaran yang kitab klasik seperti Ramayana. Tugas guru ialah menyiramnya dengan air. Pengajaran ialah seperti menanam pokok MATA PELAJARAN Apakah subjek yang perlu diajar di sekolah-sekolah?   Nilai-nilai budaya negara harus menjadi sebahagian besar daripada kurikulum sekolah. Mata pelajaran lain yang perlu diajar adalah pendidikan jasmani. Pelajaran teknikal adalah penting untuk pembangunan industri. sains dan teknologi. 19 . Bahasa Sanskrit adalah penting untuk mempelajari secara mendalam kitabkitab klasik. Gita. bukan sahaja menjadi pekerja bergaji.8. Mahabharata. seni halus.Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda  Pengajaran ialah seperti menanam pokok. Beliau juga mencadangkan pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit. tetapi dapat bekerja sendiri dan menyara diri sendiri serta menyimpan duit untuk masa depan. Bahasa Inggeris adalah perlu bagi menguasai sains dan teknologi Barat. supaya individu.

Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire".Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda RINGKASAN  Paulo Freire dilahirkan di Recife. yang paling kuno di India. Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta. peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari. Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani. Menurut Vivekananda. Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis. Sepanjang hayatnya. Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte. Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi. pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi. Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau-bilah. Nama asal. Freire menentang „dikotomi atau perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan ia harus dimansuhkan. 20              . Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis. Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda". Amerika Selatan pada 19 September. di Brazil. Freire menentang hebat “konsep perbankan” dalam pendidikan. 1921. Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda. Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu.

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda   Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk. Prabuddha Bharata. the encyclopaedia of informal education.  Smith. Prospects: the quarterly review of comparative education (Paris. Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa. vol. [www. K. Education in the Vision of Swami Vivekananda. UNESCO: International Bureau of Education).  Gerhardt. XXIII. Heinz-Peter (1996).439–58. M. REFERENCES  Sudipta Dutta Roy. kasta atau jantina.infed. no. (1997. p. taraf sosioekonomi. 1993. 3/4.org/thinkers/et-freir. 21 .htm]. 2002) 'Paulo Freire and informal education'.