You are on page 1of 16

Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam.

Pengenalan :

Bandar-bandar di Sepanyol menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam selama 8 abad dan juga menjadi pusat perkembangan Tamadun Islam Masyarakat Islam di Sepanyol merupakan masyarakat Islam di Eropah kerana bilangan majoritinya merupakan penganut agama Islam di Eropah. Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, terdapat pelbagai kaum di Sepanyol, kaum yang terbesar ialah kaum Barbar dan diikuti dengan bangsa Arab, Muwalladun,(golongan penduduk tempatan),kaum Mozarab, masyarakat Yahudi dan golongan hamba.

Isi : Kaum Barbar : 1. Masyarakat yang hidup menetap. 2. Kebanyakan tinggal di desa. 3. Melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangannya bertugas sebagai buruh, 4. Berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol. 5. Setelah bergabung dengan kaum muslimin yang lain, mereka mula menghadapi penentangan daripada puak kristian. Kaum Arab : 1. Merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan Bani Umaiyyah. 2. Terdiri daripada golongan yang kecil, 3. Mempunyai pengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban. Pengaruh mereka kuat kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah Bani Umayyah di Damsyik. 4. Mereka juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol, dan memiliki ladangladang yang besar serta hasil yang lumayan. Golongan Muwalladun 1. 2. 3. 4. Merupakan penduduk tempatan bangsa Sepanyol yang memeluk agama Islam. Bilangan mereka adalah melebihi orang Arab. Amat berbangga dengan agama yang mereka anuti. Berlaku perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan Muwalladun yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka sehingga perbezaan antara bangsa Arab dan Muwalladun tidak dapat dikenali lagi.

Golongan Mozarab : 1. Merupakan orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam. 2. Boleh disamakan dengan golongan Zimmi, di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah di Damsyik.

3. Menetap di bandar dan di luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom. 4. Bagi golongan terpelajar, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab dengan baik. 5. Membayar jizyah kepada kerajaan Islam, menikmati kebebasan beragama dan tidak dipaksa menganut agama Islam. Golongan Yahudi dan Hamba : 1. Golongan Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyubang dalam bidang intelektual. 2. Hidup dengan aman di bawah naugan kerajaan Islam dan membayar jizyah. 3. Golongan hamba terbahagi kepada 2 puak, iaitu: Puak Negro dan puak Saqalibah. 4. Golongan Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang ramai pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III. 5. Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpenagaruh dalam bidang politik. 6. Pada abad ke- 11, golongan ini merupakan salah satu daripada golongan yang penting di Sepanyol. Kesimpulan : 1. Kewujudan pelbagai puak di Sepanyol telah menjadi masalah yang besar kepada pemerintahan Islam di sana.

Kesan Perang Salib

8 Votes

Bincangkan kesan peperangan Salib terhadap dunia Islam dan Eropah Barat. Pengenalan :

Perang Salib merupakan siri peperangan di antara pihak Islam dengan pihak Kristian. Ia juga merupakan kemuncak ketegangan perhubungan di antara Islam dan Kristian iaitu semenjak pihak Islam berjaya meluaskan kekuasaannya di Barat, Afrika dan setelah berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine. Dinamakan Perang Salib kerana tentera Kristian memakai pakaian tentera bertanda salib.

Motif peperangan keagamaan dan sekular. Peperangan berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis. Peperangan mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut2 Kristian bersatu agi menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah2 yang telah dikuasai Islam terutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi. Peperangan berlarutan selama hampir dua abad iaitu dari 1095 1291M dan berlaku dalam tujuh peringkat. Negeri-negeri terlibat : Mesir, Iraq, Syria, Afrika Utara, Sepanyol dan Hijaz. Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam perang Salib seperti Raja Richard, Raja Philips Augustus, Raja Federick Babarosa dan Sultan Salahuddin al-Ayubi.

Isi Tamadun Islam : Penjajahan Eropah ke atas sebahagian dunia Islam :

Pada peringkat awal berikutan Perang Salib pertama, tentera Kristian berjaya merampas kuasa daripada Kerajaan-kerajaan Islam di wilayah Syria-Palestine, sebahagian Mesir dan Anatolia. Edessa, Tarsus, Antioch, Allepo dan Jerusalem diduduki oleh tentera Kristian dan jadikan koloni-koloni Eropah. Walaupun begitu, koloni-koloni itu wujud dalam kedudukan yang berbahaya dan pada tahun 1187 TM Jerusalem ditakluki semula oleh tentera Islam.

Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan :

Orang-orang Eropah yang menetap di koloni-koloni itu tidak begitu menyumbang kepada cara kehidupan masyarakat Islam. Kesan-kesan sosial adalah tidak mendalam. Dari segi kebudayaan dan tahap pencapaian intelektual, mereka masih wujud dalam keadaan mundur berbanding dengan orang-orang tempatan. Sebaliknya, orang-orang latin lebih tertarik kepada cara kehidupan masyarakat Islam seperti aspek-aspek pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi tidak berlaku secara meluas kecuali segolongan kecil yang berkahwin dengan orang-orang Muslim dan melahirkan segolongan yang dikenali poulains atau orang kacukan.

Ekonomi :

Dari segi kesan ekonomi peperangan Salib mempergiatkan perdagangan di Syria. Pelabuhanpelabuhan seperti Tyre, Acre, Askalon dan Gaza menjadi pusat kegiatan komersial di mana golongan saudagar Muslim berdagang dengan pedagang-pedagang Venice, Genoa, Pisa. Pada hal itu, diketahui bahawa penglibatan Venice dalam Perang Salib terdorong oleh motif hendak monopolikan perdagangan Syria, Mesir, Constantinople dan Laut Hitam.

Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam :

Pada peringkat awal peperangan Salib, dunia Islam wujud dalam keadaan perpecahan dengan munculnya beberapa buah kerajaan kecil Islam. Kerajaan Abbasiyah yang dikuasai oleh Turki Seijuk tidak berkemampuan menentang tentera Salib. Tetapi mulai tahap kedua peperangan Salib, kerajaan-kerajaan Islam telah lebih bersedia untuk bersatu di bawah beberapa pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Pemimpin-pemimpin itu bertindak untuk menentang dan merampas balik kawasan-kawasan yang diduduki oleh tentera Kristian.

Lahirnya Tokoh-tokoh Islam :

Antara pemimpin yang berjaya membendung dan menghapuskan musuh-musuh mereka ialah Zanki, Nur al-Din, Saladin, dan Baybars. Pada 1143 Zanji merampas balik kawasan Edessa. Nur al-Din, anaknya, menakluki Damancus dan menduduki seluruh Syria kecuali Antioch, Salah al-Din menakluki Jerusalem pada 1187 TM dan berjaya menyatukan dunia Islam dari Sungai Nil hingga Sungai Tigris. Baybars pemerintah kerajaan Mamluk menghapuskan kuasa dan pengaruh tentera Salib di Syria pada tahun 1250 TM.

Perubahan Pusat Pemerintahan dari Baghdad ke Kaherah. Maruah Islam Meningkat selepas Sallehuddin mengambil semula Jurusallem 1187M.

Eropah Barat : Peperangan Sesama Kristian :

Perang Salib mendedahkan kelemahan Kerajaan Byzantine di Constantinople dalam Perang Salib ke empat (1202-1204) tentera Salib yang dihasut oleh pedagang Venice menawan Pelabuhan Zara dibawah pemerintaha kerajaan Byzantine.

Perkembangan Bandar :

Perang Salib menyubang kepada perkembangan bandar-bandar di Eropah. Golongan bourjuis mendapatkan hak-hak istimewa untuk menjalankan perdagangan dengan negara-negara timur. Kemakmuran bandar kian meningkat.

Kemerosotan kuasa feudal dan bangsawan :

Dari segi politik kuasa raja-raja di Eropah bertambah kuat akibat berlakunya kemerosotan kedudukan golongan bangsawan. Jadi Perang Salib telah menyubang kepada kemerosotan sistem feudalisme dan kebangkitan sistem kerajaan monarki.

Perkembangan Industri :

Perkembangan industri dipergiatkan melalui hubungan orang-orang Barat dengan pendudukpenduduk tempatan di Asia Barat. Tambahan pula pengetahuan sains Graeco- Arab mempergiatkan juga intelek Latin yang akhirnya menyubang kepada Renaissance.

Perkembangan Intelektual :

Ekspedisi-ekspedisi tentera Kristian juga menggalakkan kebangkitan minat orang-orang Eropah dalam penjelajahan dan penerokaan. Misalnya Marco Polo, seorang pengembara Venice. Alat kompas diperkenalkan ke Eropah dan dapat menggalakkan aktiviti maritim.

Penjelajahan dan Penerokaan :

Perang Salib menyumbang kepada perubahan organisasi dan taktik peperangan di Eropah. Alat kelengkapan baru diperkenalkan ke Eropah seperti busur silang dan baju besi. Serbuk letupan digunakan meluas telah mengubah corak peperangan di Eropah.

Teknologi Peperangan. Pemangkin kepada kemajuan di Eropah dan bidang agama, Intelektual dan perdagagan. Kesimpulan : Apa saja yang berkaitan.

Islam Di Eropah

4 Votes

Masyarakat Islam Di Eropah ( Sepanyol dan Sicily ) Fokus :


Latar belakang masyarakat Struktur masyarakat Faktor kejatuhan kerajaan Islam Eropah

Isi : Latar Belakang Masyarakat : Kerajaan Islam Andalalus ( Sepanyol ) mewakili masyarakat Islam Eropah. Kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah Andalus :

Kerajaan Bani Ummaiyah. Kerajaan Muluk Al-Tawaif. Kerajaan Al-Murabbitun. Kerajaan Al-Muwabhidun Kerajaan Nasiriyah

Tempoh pemerintahan 756-1492 M (336 tahun)

Kerajaan Islam Sicily : Kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah Sicily :


Kerajaan Aghlabiyah Kerajaan Fatimiyah Kerajaan kalbiyah

Tempoh pemerintahan 903-1060M (157 tahun) Masayarakat Islam Eropah : Kerajaan Islam Andalus (Sepanyol) Bermula dengan zaman Kerajaan bani Umaiyah, pelbagai kaum wujud spt :

Barbar Arab Penduduk tempatan (Muwalladun) Penganut Kristian (Mozarab) Yahudi Hamba

Kaum Barbar :

Asal-Usul

1. Afrika Utara 2. Keturunan yang bertanggungjawab membuka Sepanyol. 3. Bekerjasama dengan orang Arab menentang ancaman orang Kristian. 4. Semua beragama Islam.

Petempatan

1. Kawasan perkampungan 2. Sebahagian kecil di bandar

Pekerjaan

Buruh, petani dan tukang

Aliran fahaman

1. Aliran Khawarij 2. Kikis perasaan anti Arab spt di Afrika 3. Kerjasama eratdijalin denan orang-orang Arab di

Sepanyol.

Kaum Arab :

Golongan pemerintah. Mendominasi pentadbiran negara dalam masyarakat dalam semua aspek : Ekonomi, politik, sastera, kekayaan dan peradaban. Taraf hidup : Golongan elit (status tinggi) Kaya-raya. Memiliki ladang-ladang yang luas

Kaum Mawali :

Bukan Arab tetapi bercampur dan bekerja dengan orang Arab. Pengaruh Arab kuat (asimilasi ) dengan cara hidup orang Arab. Bersemangat Arab.

Golongan Muwalladun :

Asal-Usul

1. Bangsa Sepanyol 2. Kumpulan majoriti, lebih ramai daripada orang Arab. 3. Semua beragama Islam.

Petempatan

Agama Islam

Hubungaan dengan Arab

1. Rapat dengan Arab 2. Asimilasi. Contoh, perkahwinan campur dengan Arab.

Pencapaian dan sumbangan

1. Dalam semua aspek. 2. Berbangga dengan pencapaian tamadun Islam

Golongan Mozarib : Beragama Kristian (fanatik agama dan bangsa)

Bernaung di bawah Kerajaan/pertahanan Islam dengan membayar cukai dan jizyah pada khalifah Islam. Petempatan : bandan dan luar bandar. Bahasa : loghat Rom dan bahasa Arab (gol. profesional dan terpelajar). Berminat mempelajari dan mengagumi undang-undang dan kebudayaan Islam. Berjuang menentang kerajaan Islam Sepanyol.

Yahudi :

Kumpulan minoriti. Gol. intelek Turut beri sumbangan dlm bidang intelektual.

Hamba : Terbahagi kepada dua : Negro :

Status paling rendah.

Saqalibah (slavs) :

Berkhidmat di istana. Tentera upahan Hubungan rapat dengan orang Arab Dibebaskan : memeluk Islam Kedudukan penting dikalangan penduduk Sepanyol (abad ke-11)

Struktur Masyarakat Islam Sicily :


Barbar : Majoriti, beragama Islam dan berasal dari Afrika Utara. Arab : Golongan elit, bangga dengan status dan kedudukan bangsa mereka dan kuasai ekonomi. Penduduk tempatan.

Ketiga-tiga kelompok tidak bekerjasama. Faktor-faktor kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol :


Tidak bersatu : mengutamakan kepentingan kaum masing-masing, tidak pernah berkompromi dalam semua perkara. Kerajaan Muluk Al-tawaif : Dasar pertahanan agresif, tiada semangat kejiranan enggan kerajaan-kerajaan lain, matlamat ingin menang dan berkuasa dan sanggup bekerjasama dengan musuh (orang kristian) Orang Kristian Utara : kukuhkan kedudukan melalui perpecahan pemimpin Islam sepanyol dan berjaya memaksa Kerajaan Muluk Al-tawaif membayar ufti kepada mereka. Kejatuhan Toledo : ke tangan alfonso VI (1085M), Toledo jadi tapak kuat tentera kristian untuk lencarkan Reconquista (penawanan semula Sepanyol oleh kristuan) Alfonso VI : pemerintah Kristian yang kuat dan perintah Leon dan Castile.

Kesenian Islam & Barat


Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat. Pendahuluan :

Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud kemahiran, cara atau kaedah (skill, way or method). Namun secara lahiriah, manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka. Mengikut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning of Art, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Nilai-nilai indah, tidak cantik adalah bidang yang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam kehidupan manusia yang kadangkadang lebih berpengaruh dalam bidang logic. Menurut Drs Sidi Gazalba menerusi buku Pandangan Islam tentang Kesenian menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semulajadi dan cinta akan kesenian yang boleh memberi ketenangan kepada hati dan fikiran. Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta akan sesuatu yang dapat memberi kepuasan hati melalui pancaindera rasa. Kesenian meliputi bidang-bidang seni seperti kesusasteraan, seni musik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater.

Isi : Perbezaan : Aspek moral dan akhlak :

Islam mengkehendaki setiap seni yang diciptakan itu mempunyai nilai-nilai mulia dan akhlak yang boleh membentuk keperibadian positif manusia. Karya seni Islam dikehendaki memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak atau berbentuk neutral iaitu bebas daripada nilai-nilai negatif. Ini bermakna agama membentuk akhlak dan akhlak membentuk seni. Manakala Barat mementingkan aspek keindahan tanpa menekankan aspek moral dan akhlak.

Kepelbagaian dalam kesatuan :

Kesenian Islam memberi sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat Islam. Kesatuan ini berbentuk dalam bidang pekerjaan, ketika berehat atau ketika tidur. Dalam alQuran, setiap perkataan merupakan satu unit yang penting bagi mendukung susunan dan makna ayat. Ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi satu unit dalam kesatuan umat. Walaupun bentuk hasil seni Islam berbeza-beza kerana perbezaan latar belakang sejarah dan budaya, tetapi masih memperlihatkan kesatuan yang melambangkan unsur-unsur akidah dan tauhid. Manakala tamadun Barat tidak mengambilkira kesatuan dalam penghasilan kesenian mereka. Tamadun Barat tidak mempunyai sesuatu idenditi yang mengikat dan menyatukan mereka seperti yang terdapat dalam Tamadun Islam yang menjadikan tulisan Arab sebagai pengikat dalam menyatukan umat Islam.

Konsep kesenian

Mengikut perspektif Islam, konsep kesenian adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Seni juga merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Manakala konsep kesenian menurut tamadun Barat, hanya menekankan nilai-nilai estetika yang tinggi yang mampu memberi kepuasan, kegembiraan dan keselesaan kepada naluri manusia sahaja.

Persamaan :

Kedua-dua Tamadun melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik, elok dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Kedua-duanya mementingkan ciri kesenian yang boleh dirasai melalui penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia yng sukakan keindahan.

Kesimpulan : Kesenian Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan mencari keredhaanNya, manakala kesenian barat adalah untuk tujuan keindahan dan kepuasan diri semata-mata. Ini bermakna, melalui kesenian Islam dapat membentuk individu yang bermoral dan seimbang daripada segi jasmani dan rohani.
http://fastnote.wordpress.com/?s=sumbangan+islam

Zaman Renaissance
Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah. Bincangkan pengertian Renaissance dan sumbangannya di Eropah. Pengenalan :

Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan. Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.

Isi-isi : Pengertian Renaissance :

Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah. Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :

Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal. Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu. Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah. Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi. Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo. Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra. Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah. Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan.

Pengaruh Tamadun Islam

1 Vote

Terangkan Bagaimana Tamadun Islam Mempengaruhi Perkembangan Budaya dan Intelektual Eropah Pendahuluan :

Hubungan orang Kristian Eropah dengan Islam telah bermula apabila kerajaan Islam menjelajah dan menduduki wilayah di Eropah. Penaklukan Khalifah Muawiyah bin Abu Suffian ke atas wilayah Afrika Utara membawa kepada gerakan perluasan kuasa di sekitar Laut Mediteranean. Pengaruh kebudayaan Islam ke atas masyarakat Eropah bermula apabila terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di Sepanyol dan Sicily. Perkembangannya semakin jelas apabiia orang Eropah menaruh minat mengkaji karya klasik Yunani dan Islam Konsep tamadun Islam dan Eropah

Isi-isi Penting : Kewujudan Kerajaan Islam di Eropah :

Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan Bani Umayyah banyak mempengaruhi kebudayaan dan pemikiran masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang di Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu Arab (Artes Arabes) ke Barat. Petrus Alphonsi telah menjadi doktor istana King Henry I dan mengasakan pusat pengajian tinggi di Tolledo pada tahun 1250. Pusat pengajian ini menjadi pusat kajian Orientalis Eropah tentang peradaban Islam.

Sokongan Raja Norman :

Kebangkitan kuasa suku bangsa Norman di Eropah turut membantu perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam di Eropah. Kaum Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja Norman seperti King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar dan penulisan ilmu geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah di Naples dan Salerno.

Perang Salib Melemahkan Institusi Gereja :

Perang salib yang berlaku dari tahun 1097 hingga 1292 merupakan satu proses yang mempengaruhi pemindahan dan penyesuaian kebudayaan Islam ke Barat. Perang Salib berjaya mengubah pemikiran masyarakat di Eropah dan melemahkan kekuasaan institusi gereja apabila masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan gereja. Karya pemikir Islam seperti tulisan Al-Ghazali, Al-Kindi dan Al-Khawarizmi menjadi rujukan perkembangan ilmu falsafah, astronomi dan matematik di Eropah.

Hubungan Perdagangan :

Orang Arab dan Farsi telah menguasai perdagangan timur dengan barat. Pedagang Eropah membeli barang-barang timur seperti rempah daripada saudagar Islam di pelabuhan Venice dan Genoa..

Ilmu Pelayaran dan Geografi :

Interaksi antara pedagang Eropah dengan pedagang Islam telah mempengaruhi ilmu pelayaran dan geografi di Eropah. Atlas Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi ilmu pelayaran Eropah.

Sistem Pendidikan :

Bandar Cardova telah menjadi pusat pendidikan ilmu dari tamadun Islam di Eropah. Universiti dan perpustakaan didirikan dan menjadi tumpuan para ilmuwan dari Eropah. Leornardo Fabanacci mendapat pendidikan di Sepanyol. King Roger I telah menubuhkan sekolah tinggi di Naples dan Salerno sebagai pengkajian ilmu astronomi, geografi dan perubatan Islam. Universiti Padua yang didirikan di zaman pertengahan mula mengkaji ilmu perubatan Islam.

Kegiatan Penterjemahan :

King Frederick II di Sicily teleh meminta Micheal Scott menterjemahkan bukubuku ilmu pengetahuan Arab ke dalarn bahasa Latin. Karya tokoh intelektual Islam seperti Ibn Sina, Ibn Tufail dan Al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Contohnya: Tahafuttahafut oleh Ibn Rusyd dan Tahafut al-Faiasifa karya Al-Ghazali telah diterjemahkan atas arahan badan tertinggi gereja Kristian. Hayy ibn Yaqzan karya Ibn Tufail diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Edward Peacock dengan tajuk Philosophus Autodidactus. Hisab al-Jabar Wal-Muqabalah karya Al-Khawarizmi diterjemahkan oieh F.Rosen di London

Gerakan lntelektual di Eropah :

Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.

Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniah :

Kerajaan Turki Uthmaniah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Eropah Timur.

Bidang Ekonomi :

Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi daripada hubungan dengan orang-orang Islam dalam bidang perindustrian dan teknologi teknik tanaman sekoi,padi dan tembikai dipelajari daripada orang-orang Islam.

Pengaruh-pengaruh lain( selain daripada pengaruh Islam)


1. Perkembangan intelektual di Eropah 2. Kebangkitan golongan borjuis 3. Pertambahan penduduk 4. Pertembungan golongan berilmu dengan golongan agama Kristian 5. Penjelajahan dan penerokaan

Kesimpilan :

Kesan daripada pengaruh kebudayaan dan intelektual Islam mendorong masyarakat Eropah mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan dan intelektual. Revolusi intelektual di Eropah dikenali sebagai zaman Renaissance.

Interaksi Antara Tamadun Islam dengan Eropah Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily. Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdagangan. Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik. Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini.Antaranya ialah:

Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada penganut Islam Ketidakseimbangan ekonomi Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan orangorang Islam Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun Greek (Yunani). Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam. Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi). Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi) Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi.

Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah. Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik. Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini.

Kebangkitan Kristian Eropah


Tamadun Barat
Kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 telah membawa Eropah kepada Zaman Gelap atau dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Zaman ini berlangsung selama 1000 tahun. Pada awal Zaman Gelap ini berlaku perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atas masyarakat. Agama Krisitian semakin berpengaruh dalam masyarakat Eropah. Pihak gereja telah membekalkan ilmu pengetahuan terutama tentang kerohanian dan persediaan untuk akhirat. Rakyat tidak digalakkan mementingkan keduniaan. Menjelang kurun ke-11 dan 12 beberapa perubahan besar telah berlaku ke atas masyarakat Eropah pada Zaman Gelap itu termasuklah dalam bidang pendidikan. Pertembungan dengan orang Islam di Sepanyol banyak mempengaruhi pendidikan di Eropah. Pada kurun ke-11 telah wujud universiti di Cordova, Sepanyol. Dalam kurun ke-12 kebanyakan orang Sepanyol boleh membaca dan menulis, berbeza dengan England atau Perancis pada masa yang sama. Pada abad ke-13 pelajar-pelajar dari seluruh pelusok Eropah yang ingin menuntut ilmu telah pergi ke gereja besar lama dan sekolah biasa. Para guru telah menubuhka persatuan untuk mengendalikan pelajar mereka yang ramai itu, sementara di kalangan pelajar juga telah menubuhkan persatuan untuk meminjam guru-guru bagi membantu mereka. Persatuan ini dikenali sebagai universiti. Dalam erti kata lain, konsep universiti di Barat pada peringkat awal lahir sebagai kesatuan ahli-ahli akademik, guru dan murid. Di Perancis, Universiti Paris (sekolah gereja) adalah sebuah sekolah yang dipandang tinggi.Sekolah ini telah menetapkan peraturan untuk mengawal kelakuan pelajarnya dan maktab yang berasingan disediakan sebagai tempat tinggal. Dengan mencontohi Universiti Paris, Universiti Oxford di England telah ditubuhkan yang kemudian telah menubuhkan cawangannya, Universiti Cambridge. Di universiti ini dan universiti-universiti lain, gereja mengekalkan kuasa mengawalnya. Semua tenaga pengajar di universiti-universiti itu adalah ahli gereja kerana pada Zaman Pertengahan pendidikan terhad kepada golongan gereja. Mereka ini sering dikenali sebagai schoolmen. Di semua universiti di Eropah, mata pelajaran utama adalah sama. Tiga subjek utama yang diajar ialah tata bahasa (cara membuat ayat), logik (cara untuk berfikir) dan retorik (cara untuk berucap). Ini dinamakan trivium atau threefold course. Di samping 3 mata pelajaran asas itu terdapat juga fourfold course (quardrivium), mata pelajaran yang berkaitan dengan nombor seperti aritmetik, geometri, astronomi dan muzik. . Kemudian barulah diajar tentang perundangan dan perubatan. Fakta yang diperolehi amat terhad yang diambil dari pendapat penulis agung zaman lampau seperti Aristitledan juga dari kitab Injil. Universiti Bologna di Itali berbeza dari universiti-universiti tadi. Universiti ini diasaskan oleh penuntut sendiri dan bebas dari gereja. Sumber semua ilmu dicedok dari zaman lampau. Penekanan kepada pelajaran undang-undang, bukan teologi. Menjelang tahun 1500 M, Zaman Moden Awal Eropah bermula dengan berakhirnya Zaman Gelap. Benua Eropah mula menempuh perubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Kebudayaan Eropah menempuh satu tahap perkembangan dan peningkatan hasil daripada perhubungan dengan masyarakat Islam di Timur Tengah. Pencapaian intelektual orang Arab dalam pelbagai bidang seperti perubatan, algebra,astronomi dan geografi telah mempengaruhi masyarakat Eropah.