You are on page 1of 8

PERMAINAN KANAK-KANAK KATEGORI SERANGAN DAN KAWASAN

1.0

PENGENALAN
Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.

Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.

2.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif. 1. Dapat melibatkan koordinasi otot, saraf, kelajuan, imbangan, kelenturan dan daya tahan 2. secara maksimum. 3. Dapat mengaplikasikan pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek 4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ke dalam permainan. 5. Dapat meningkatkan tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan 6. kekuatan. 1

7. Dapat melatih kemahiran menghantar bola, mempertahan dan mengelakkan diri dari pelawan. 8. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat 9. Bekerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. 10. Dapat mematuhi langkah-langkah dan peraturan permainan. 11. Untuk memberi keseronokan kepada murid-murid semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

3.0

SINOPSIS PERMAINAN
Permainan kanak-kanak ini merupakan permainan permainan yang memerlukan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor.Antara pergerakan asas yang mungkin terlibat adalah seperti berlari,melompat, berdiri, dan berjalan.Mungkin pelbagai pergerakan asas lagi yang boleh diterjemahkan dalam permainan ini. Permainan kanakkanak ini memerlukan murid-murid mengatur strategi,megelola dan membuat keputusan yang cepat iaitu menguji murid bertindak pantas semasa bermain. Disamping itu, permainan ini dapat menghiburkan kanak-kanak dan kanak-kanak perlu menggunakan pemikiran atau kognitif mereka untuk mengatur strategi. Permainan ini juga memerlukan kerjasama berpasukan untuk mengatur strategi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut rakan-rakan perlu melihat dengan lebih terperinci di bawah ini.

4.0

NAMA PERMAINAN Robbers Goal

5.0

KUMPULAN SASARAN
Tahun 3 hingga 6

6.0

SENARAI ALATAN

Bil 1

Alatan Bola

Bilangan 1

Gambar

Kegunaan

Digunakan untuk menjaringkan gol

Skitel

6 Digunakan untuk mengasing kan kawasan

Tali

1 Digunakan untuk menanda kawasan

Wisel

4 Digunakan untuk memberi arahan

Bakul

2 Digunakan untuk menjaringkan gol

Papan skor

1 Digunakan untuk mempamer skor setiap kumpulan

Kain warna

6 helai Digunakan untuk membezakan kumpulan lawan

Gelung

2 Digunakan untuk kawasan gol

7.0

SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN

1. Masa permainan adalah selama 5 minit 2. Minit ke-3, pemain akan bertukar padang 3. Hanya 6 orang pemain dibenarkan masuk ke dalam padang bagi setiap pasukan 4. Permainan hanya dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel permulaan 5. Permainan dimulakan di zon tegah iaitu di antara zon B dan zon C 6. Pemain perlu berada di zon masing-masing 7. Pemain boleh menggunakan cara seperti

I. II. III. IV.

melambung, melontar, membaling atau menampar bola untuk menghantar kepada ahli pasukan masing masing

8. pemain yang memegang bola tidak dibenarkan berjalan 9. pemain yang memegang bola hanya boleh menggerakkan satu kaki untuk memberi bola pada rakan. 10. Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih dari 3 saat 11. Jika pemain melakukan body contact atau kekerasan terhadap pihak lawan, pihak lawan akan mendapat peluang seterusnya 12. Permainan akan tamat apabila masa 5 minit tamat 13. Kumpulan yang mendapat banyak mata akan dikira sebagai pemenang.

8.0

PENALTI 1. Pemain terkeluar dari zon masing-masing 2. Berlaku kekerasan terhadap pihak lawan 3. Pemain yang memegang bola dan bergerak 4. Pemain yang memegang bola lebih dari 3 saat

9.0

GAMBAR RAJAH KAWASAN

10.0

PENUTUP

Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.

Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru

menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like