‫قــرســا تــوان قــلجــر‬ ‫اســلم‬

SMK.TUN ABANG HJ OPENG, Risalah Terbitan 0gos, 2004 Putera Puteri SMK T.A.Hj. Openg;
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti: 1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan. 2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang 3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro 4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina 5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan. 6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya. 7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci. 8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut. 9. Berkepit dengan pasangan yang bukan mahram di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan. 10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal ke sana kemari untuk dibuat tontonan. 11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah . 12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu . WAHAI INSAN, WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN PELBAGAI NIKMAT UNTUK DIBANGGABANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.

wahai manusia,ikutlah kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi. MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya. KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA? Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.

Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. 8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan. 9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. 10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Jenis Racun dan 5 Penawarnya;
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

4 macam manusia
Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu : Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Cermin diri
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. 5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

TINGGALKAN LIMA PERKARA
Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah. Tingggalkan melihat cacat (aib) orang lain, nescayaa anda akan lebih mengenal cacat sendiri. Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguankeraguan dan kemunafikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful