You are on page 1of 10

Sekolah berprestasi tinggi

Maksud Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagai sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.

Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

PERANAN MURID

Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri. Mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah. Bekerjasama dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan. Menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

PERANAN
GURU

Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan sekolah. SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah dan sekolah.

Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinan murid. Sentiasa bersedia. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P