You are on page 1of 3

PENGURUSAN KEWANGAN Pengenalan Pengurusan Kewangan adalah satu perkara pokok dan paling penting dalam sesebuah kelab

atau persatuan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan sempurna maka perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang dan akhirnya terus berkubur. Objektif Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya kepada Bendahari kelab/persatuan dalam menguruskan kewangan secara sistematik. Melahirkan pelajar yang yang celik pengurusan kewangan. Dapat melincinkan perjalanan sesebuah kelab/persatuan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang telah dirancangkan. Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari 1. Menyediakan cash book (Buku Tunai) a. Buku Resit, b. Borang Pesanan Barang, c. Borang Baucar Bayaran. 2. Menyediakan sebuah fail kewangan dan juga tempat menyimpan fail, buku resit, baucar bayaran, borang pesanan dan bil-bil yang sempurna. 3. Bendahari kelab/persatuan perlu mencatat segala perkara yang hendak dibeli/dipesan dengan mengisi Borang Pesanan 4. Mempastikan pengerusi/setiausaha telah membuka akaun persatuan 5. Membuat pungutan yuran/derma keahlian dan sumbangan khusus bagi menjalankan sesuatu aktiviti. 6. Menyediakan Borang Pesanan

7. Apa yang patut dilakukan apabila menerima duit/wang? a. Keluarkan resit b. Rekodkan dalam cash book c. Menyimpan wang dalam Bank/Guru Penasihat dengan segera sekiranya melebihi had yang dibenarkan. (RM 30.00) 8. Setiap pembelian barang melebihi had yang dibenarkan (RM 30.00) hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Penasihat. 9. Bendahari juga perlu membuat anggaran perbelanjaan bagi sesuatu program. 10. Pembentangkan laporan kewangan dalam mesyuarat. 11. Mengadakan Baucar Pembayaran. a. Baucar Pembayaran hendaklah dibuat dalam 2 salinan. Salinan asal simpanan sekolah (kelab/persatuan) dan kedua kepada penerima. b. Masukkan butir-butir tentang perkhidmatan/bekalan yang telah beserta tarikh. c.Setiap baucar pembayaran dimestikan disertakan bil pembelian barang. d.Jumlah pembayaran dalam angka dan perkataan. e.Dapatkan resit pembayaran daripada pembekal atau pekedai. f.Tandatangan guru penasihat yang meluluskan dan tarikh. g. Jika bil asal hilang, pembayaran hendaklah dibuat terhadap bil salinan yang diperakui oleh guru penasihat h. Sebaik sahaja pembayaran dilakukan, baucar dan dokumen sokongan hendaklah ditebuk/dicop SUDAH BAYAR berserta tarikhnya bagi mengelak pembayaran dua kali. i. Baucar-baucar pembayaran yang telah dibayar hendaklah disusun dan difailkan mengikut nombor siri. dilaksanakan/dibekalkan

12. Menyediakan Penyata Kewangan Berakhir 31 Ogos pada setiap tahun dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan a. Pastikan Buku Tunai (Cash Book) telah dikemaskinikan dan ditutup.

untuk

b. Pastikan adanya Penyata Kewangan Tahunan Kelab/Persatuan sekolah yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya atau jika tidak, gunakan penyata yang belum diaudit. c. Sediakan format Penyata Kewangan Tahunan.(ada wang terima dan ada wang keluar serta baki ditangan dan juga baki dibank. d. Dapatkan tandatangan Pemeriksa Kira-Kira bagi mengesahkan bahawa segala butiran dalam Penyata Tahunan itu adalah benar atau sahih. 13. Menyemak Buku Tunai (cash book) pada setiap hujung bulan Menyimpannya di tempat yang selamat dan berkunci. 14. Sekiranya persatuan dibubarkan, bendahari hendaklah membelanjakan wang baki mengikut sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat agung. 15. Penyalahgunaan wang persatuan adalah satu kesalahan yang serius dan boleh dikenakan tindakan tatatertib