(nie sambungan part 1… ) ********************************* Umar memerhatikan sekeliling. Menikmati malam yang indah disinari kegerlipan bintang.

Allah Maha Pencipta.. detik hatinya. Sejak peristiwa lamaran Banna diterima Asiah Yusro, Umar membawa diri.... jauh dimata sahabat-sahabatnya. Bukan memutuskan persahabatan, tetapi mencari ketenangan yang abadi... Jauh disanubarinya, Umar masih kecewa dan sedih kerana gagal memiliki Asiah Yusro. Takdir penentu segalanya! ( Ya Allah, kuatkan semangat hambaMu ini..berikan ku ketenangan..) Genap 25 hari sudah..Cuma tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinan Banna dan Asiah Yusro. Kad jemputan sudah diedar, persiapan telah pun dibuat. Majlis perkahwinan mereka sederhana sahaja.. “Wah, termenung memikirkan siapa tu?” kata Hanif mematikan lamunan Banna.. Banna menoleh dan berjabat salam dengan adik iparnya. Ana memikirkan sahabat-sahabat kita.. Umar.. Umar ? ( mungkin beliau kecewa)... Hanif cuba mengorek rahsia di hati Banna. Jauh disudut hatinya, faham akan sahabatnya itu. Riak gelisahnya dapat dilihat dan ditakrifkan. “Nta, ana tidak memaksa,...tetapi jika nta menghadapi masalah..bolehlah kita berbincang. Esok, lusa nta dah bergelar suami. Ana paham, hal ini berkaitan dengan Umar kan?” Hanif cuba memahami abang iparnya itu.

Banna mengangguk dan berlalu... Pranggg....teng..teng.. Knapa tu??? Jerit Maziah. YaAllah.. terkejut melihat gelas-gelas kaca yang pecah di dapur. Kelihatan Asiah Yusro mengutip serpihan kaca di atas lantai. Yaa Asiah Yusro, biarkan saya mengutip kaca-kaca ini. Nanti, luka pula jari-jemari nti.. Asiah Yusro diam sahaja.. ditolehnya wajah Maziah.. Titisan air matanya mengalir ibarat kristal jernih.. Eh, kenapa ni? Maziah terkejut melihat Asiah Yusro. Mengapa nti menangis? Tak mengapa kata Asiah Yusro.. bangun dan mengesat air matanya... ( Ya Allah, berikan ku kekuatan untuk menghadapi hari esok..) Jauh disudut hati Maziah, cuba untuk mentaksir...kejadian ini.. Pada malam itu, selepas isyak Hanif datang ke rumah Asiah Yusro. Tujuannya menjemput isterinya Maziah untuk pulang. Sepanjang perjalanan Maziah menceritakan perbuatan Asiah Yusro dan kelakuan ganjilnya. “Begitu juga Banna”, sampuk Hanif.. Mungkin diorang mempunyai masalah kot? Ah, masalah orang nak kawin coret hati Hanif.. Forest Night Club mengakhiri operasinya. Kelihatan Fika keluar bersama rakanrakannya. Fika masih jauh tersesat. Baginya setiap manusia harus menikmati masa muda remaja dengan hiburan dan maksiat. Jam menunjukkan 2 pagi. Fika masih tertunggu-tunggu rakannya Suzie. “Ahh, mane budak ni....” Seketika menanti, Suzie datang bersama kereta kancilnya. Suzie seorang gadis kota yaang bersifat tomboy..

“Ahh, ape lagi jom la hantar aku”, kata Fika. Suzie menekan minyak dan melepaskan klac. Dipandunya kereta selaju-laju mungkin.. mereka ketawa dan berborak rancak.. dan tiba-tiba..... ************************************************* “’Assalammualaikum.. Umar” Fathil memulakan bicara.. “Waalaikummussalam...”jawab Umar biasa. “Umar, Fika kemalangan...dalam ICU sekarang!” (Astarfillah’al’azim.... Fika!) “Dimana Fika sekarang? Teruk ke?” Umar resah dan panik.. Baginya, Fika merupakan cinta juga. Yang pernah menawan hatinya.. “HKL..” jawab Fathil ringkas. Hampir 12 jam Fika koma.. Sepanjang itulah Umar dan uminya menemaninya. Menjaganya bersama.. Umar turut mendermakan darah buat Fika.. Fika kehilangan banyak darah.. kedua belah kakinya patah, bibirnya pecah, kulit kepalanya tersirat,terkoyak! Manakala, Suzie rakan Fika telah pun menerima panggilan Allah tanpa sempat bertaubat.. Allah Maha Mengasihani umatNya... Fika diberikan dugaan dan ujian supaya insaf di dunia...Tuhan masih menyayanginya lagi.. Rumah Asiah Yusro dihias cantik, sanak-saudara hadir memeriahkan suasana. Tilawah Al-Quran diadakan...berzanji diadakan.. Berita kemalangan Fika hanya diketahui oleh Fathil dan Umar sahaja. Tinggal 2 hari lagi, Asiah Yusro akan dinikahkan dengan Banna.. mungkin takdir yang gembira. Tetapi bagi Asiah Yusro, hatinya meruntun-runtun... tikanya Asiah Yusro menangis tanpa sebab. “Pak Chop! Pak Chop ! “,jerit Syed Ikram.

“Yaa sahabat kenapa dan mengapa?” Tercungap-cungap Syed Ikram mengambil nafas. Pak Chop atau nama sebenarnya Haji Yusof ketawa kecil melihat Syed Ikram...sepupu kepada Asiah Yusro yang boleh tahan nakalnya. “Ni...kerbau untuk kak Asiah Yusro terlepas! Dengar cerita talinya putus..” kata Syed Ikram bersungguh. ( ish..malapetaka apakah ini?) “Sungguh ? Haa, kamu jangan gtau Pak Ngah hal ni! Cepat ke rumah Lebai Husni, beritahu beliau. Mari kita bersama-sama tangkap kerbau tu. Kehilangan kerbau tu boleh buat majlis kenduri ini tertunda,” Syed ikram berlari sekuat hati ke rumah Lebai Husni.. hatinya cukup berbangga kerana diamanahkan menyampaikan berita kerbau terlepas kepada Lebai Husni. Siapa tidak kenal dengan Lebai Husni.. pesara warden penjara Pudu suatu ketika dulu..terkenal di kampung kerana kecekapannya membidik atau menembak tupai-tupai di dusan petai. Nasib Syed Ikram baik, Lebai Husni ada di halaman rumahnya sambil berbual kosong dengan anaknya, Cikgu Zul. “Errr...Assalammualiakum Lebai... saya ni Ikram anak buah Haji Hassan..” “Waalaikummussalam..serentak menjawab..ahh,aku kenal kou... yeeye.. ada apa hal datang kemari?” tanya Lebai Husni. “Nie, kerbau akak Asiah Yusro terlepas..” “Ahhh,jom..kita pergi tangkap semula..” jawab Lebai Husni tanpa bicara. Senja berlabuh..berita kerbau terlepas mula tersebar.. itulah manusia, fitnah kecil dan umpatan yang dibawa.... Alhamdulliah.... kerbau berjaya ditangkap semula. Bagi yang memikir, kejadian ini mungkin qado dan qadar Asiah Yusro.. mungkin? Tapi kenapa...???

*********************************************** “Abang, abang.....” suara Fika memanggil... Matanya masih tertutup, keadaannya cukup lemah sekali..hiba... Umi Maisarah memegang erat jemari Fika..baginya gadis itu umpama anaknya sendiri. Umi tidak memandang kejahatan dan kejahilan Fika, tetapi memandang keadaan Fika yang hampir nazak ini... (Fika memerlukan bimbingan dan tarbiyyah serta da’wah) Umi merasa dirinya perlu membimbing Fika, Fika merupakan anak yatim piatu. Tiada beribu, tiada berayah... hanya sebatang kara. “Cukuplah dengan kejahilan selama ini, ana harap Fika akan bertaubat dan berubah”, bisik Umar kepada Umi Maisarah, bondanya yang tercinta. Tettt...tett titt tett teett... Handset Asiah Yusro berirama. Dibukanya.. Ya Allah..hampir terpitam Asiah Yusro. Assalammualaikum, ana mmohon maaf dan ampun.. Ana tahu, ana xmmpu membhgiekn nti... nti masih cintakan Umar kn? Pergilah.. dgn bismillah, ana putuskan pertunangan ini.. Sender: Abg Banna (“,) +60172560302 Tettt...tett titt tett teett... Handset Asiah Yusro berirama lagi... Dibukanya inbox, hati Asiah Yusro berdebar-debar...apakah beliau bermimpi atau? Ahh.. ( Banna, kenapa nta pergi tika hati ini mula mencintaimu......) Air mata Asiah Yusro mula menitik laju.. mesaj kedua dari Banna juga... Nta dah gtau ayh & umi nta.. Insyaalah.. mlm ni juga parents nta dtg dan beri kata putus.

Maafkan ana, Asiah Yusro. Ana bxbrmksd nk malukan nta. Tp, nta cukup baik d’ CC ana.. maaf.. Sender: Abg Banna (“,) +60172560302 ******************************* Beduk masjid dipukul bertalu-talu Azan Subuh berkumandang di hening subuh... dikala embun mula menitis dan meresap ke bumi, begitu juga dengan air mata Asiah Yusro yang tidak hentihenti mengalir. Matanya membengkak..merah.. Sabarlah..sabarlah wahai puteriku.. Bonda Asiah Yusro cuba menenangkannya.. dipeluknya Asiah Yusro yang masih bertelekung.. sepanjang malam Asiah Yusro bersolat...bertahjud....sujud kepada yang Satu. Majlis pernikahan dan kenduri doa selamat yang dirancang dibatalkan dan digantikan dengan majlis Tahlil. Keluarga Banna turut hadir dan menjelaskan perkara sebenar.... kedatangan keluarga Banna diharap dapat memberikan sesuatu pandangan positif kepada tetamu. Walaupun fitnah dan tohmahan demi tohmahan dilemparkan..keluarga Banna masih tetap mampu tersenyum dan tidak bermasam muka. Maziah mendekati Asiah Yusro. Kelihatan Asiah Yusro cuba mengelak.. Dipegang erat-erat jemari Asiah Yusro dan membisikkan sesuatu. Asiah Yusro paham dan mengerti.. mungkin jodohnya bukan dengan Banna.. (...dengan siapa? Ohh, mungkinkah Umar?) Hari-hari berlalu...

Fika mula sedar dan boleh bercakap... Paling menyayatkan hati bila Fika memanggil Umi Maisarah , ‘ibu’.. Mengalir air mata Umi Maisarah. Baginya Fika yang dijaganya selama seminggu ini umpama anaknya..yang memerlukan kasih sayang. Kelopak mata Fika turut mengalirkan air mata.. Berkaca-kaca jernih....... Tiada pernah Fika merasai belaian seorang perempuan yang bergelar ‘ibu’... Yang dirasainya selama ini adalah belaian iblis-iblis jantan yang mahukan kasih dan cintanya sahaja. Yang mahukan tubuhnya. “Ibu..Fika nak air...” sebut Fika berlahan. Umi Maisarah cepat-cepat mengesat air matanya. “Ye..Fika..sebentar..” Umi mengambil camca dan menyudu ke bibir Fika.. Bibirnya yang dahulu licin dan kemerahan kini berkerutu luka... “Selama ini Fika jahil,Fika lupa agama...Fika lupa tuhan.. Ibu, boleh tak Fika bertaubat, Fika kembali kepada Allah semula?,” bisik Fika halus kepada Umi Maisarah. Umi Maisarah tersenyum... Dibelainya kepala Fika yang botak dicukur, dicukur untuk dijahit kulitnya. “Insyaallah. Boleh Fika, ibu akan bimbing Fika ok”, janji Umi Maisarah kepada Fika.. “Umar pun leh bimbing Fika gak... Umar gtau Ibu, Umar sedia menjaga dan mengambil Fika sebagai isteri...syaratnya, Fika berubah, bertaubat, dan beriman kepada Allah... Insyaalah,” (YaAllah, besarnya pengorbanan Umar... Umar, Fika janji akan berubah... Fika janji, Fika janji....) Umar hanya memerhati dari jauh sahaja.

Fika tersenyum tawar. Rasa malu segan-segan. Perit baginya untuk senyum, jahitan dimulutnya... (aku berjanji kat diri aku, aku nak berubah..) Umar melihat handsetnya. Terdapat 1 sms yang belum dibaca. Dibukanya... Assalammualaikum Sender: +0172178117 isk..siapa pulak nie.. Umar terasa tangan gatal untuk mereplay semula.. Waalaikummussalam! Delivered to: Unknow? +0172178117 Umar menanti sms seterusnya. Tetapi hampa.. ditunggunya dengan penuh sabar. “Ahhh, miskol kang” Umar mendial dan menanti..... “Ini adalah perkhidmatan hotlink anda, sila tambah jumlah untuk membuat panggilan...” tett.. Umar mematikan panggilan. Disemaknya baki kredit. Ternyata hampa.. 5sen lagi.. (last mesaj ni.....) Assalammualaikum? Siapa ni? Ana Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti. Nta/nti mengenali ana? Last crdt nie, sok2 topp k. Ana kat HKL, kwn ana eksiden.k. ah, siapa nie???

Delivered to: Unknow? +0172178117 Umar puas hati dengan sms terakhirnya. Kakinya melangkah keluar dari surau dan menuju ke kedai serbaneka HKL.. “Adik, topap maxis10 hinggit ada?” tanya Umar dengan suara tinggi. Umar bukan tidak mahu memberi salam, tetapi yang menjaga kedai itu seorang remaja Tamil. “10 ringgit tarak, 5 ringgit kasi jual ada” jawab adik itu ringkas.

****************************************

Dalam diam, Asiah Yusro mula memikirkan cinta buah hati lamanya.. (ohh Umar, dimanakah nta??) dikenang kembali detik-detik yang pernah dilaluinya. Kenangannya. Ahh, usah dikenang semula.. Tett nett....tett nettt nett... Asiah Yusro membelek mesaj yang sampai. Assalammualaikum? Siapa ni? Ana Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti. Nta/nti mengenali ana? Last crdt nie, sok2 topp k. Ana kat HKL, kwn ana eksiden.k. ah, siapa nie??? Sender: +0176459305 Umar Al-Mujahid

Asiah Yusro tersenyum tawar... (Sape lak eksiden nih? ) Adakah dari kalangan sahabat ?. Jika dari kalangan sahabat, sudah tentu rakan baiknya Maziah akan menghubunginya... (Ahh , siapakah?)

Banna mencium pipi kedua orang tuanya.. bersalaman dengan Maziah dan Hanif. Beliau ingin berangkat ke Surabaya, Indonesia.. Tujuannya untuk mendalami lagi ilmu agamanya yang dirasakan masih cetek. Maziah, ana minta..nti jangan beritahu Asiah Yusro tentang hal ini. Biarlah Asiah Yusro sendiri yang mengetahuinya..mungkin dari sahabat-sahabat sendiri. Ana tak bermaksud nak memalukan Asiah Yusro, tetapi jiwa ana, jiwa ana dan naluri dapat merasakan yang Asiah Yusro mencintai Umar..

Tett net t... Umar mencancel bunyi itu.. Fika terjaga dan melihat Umar... Umar memalingkan wajahnya. Baginya, pandangan Fika membuatkan dirinya tergoda. (yelah, dulu Fika tu bekas awek aku) Ditekan punat..terdapat 1 sms di dalam inbox.

Assalammualaikam.. Ya Umar Al-Mujahid, ana saudara Banna. Tahukan nta, ana putus tunang... Tolong...Umar.. tlg ana.. Selamatkan Asiah Yusro.. Wassalam. Sender: +0197725438

Banna :p Kaget Umar, panik pun ada, nak gembira pun ada... isk, susah nak diberitahu lah. Umar tersenyum, tetapi senyumannya kembali tawar. Diperhatikan Fika yang terbaring.. kakinya patah.. jika sembuh, mungkin lumpuh..atau paling kurang tempang... cintanya mula mekar...mekar kepada kedua-dua insan.. iaitu Asiah Yusro dan Nur Syafika! Dapat dirasakannya... Umi Maisarah dan Fika memerhatikan Umar yang masih menggengam handset. Fika mengalirkan air matanya. Bukan berlakon, tetapi kehendak hatinya.. Fika mencintai Umar. Fika tahu, Umar boleh membimbingnya... Fika leh berubah! Fika dah insaf, Fika bertaubat... Islam masih boleh menerimanya..!

*********************************** 3 bulan berlalu.... Umar membuka dompetnya... Dikeluarkan surat yang pernah ditulis Asiah Yusro untuknya... Umar tersenyum. Dibacanya berkali-kali lagi... Assalamualaikum… Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati, Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepas selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas nta daripadanya. Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin nta pun akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya kita tak pernah bercinta. Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanya kepada nta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah pilihan terbaik untuk nta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul da’wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana mendoakan nta dimiliki oleh seorang sohibah yang faham tarbiyyah. Justeru, ketahuilah… Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup ana. Ana tak sangka diri ana mempunyai tempat di hati nta. Entahlah samada tempat ana itu telah sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah. Maafkan ana kerana terlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik…. ASIAH YUSRO.

Teettt neett teet.... handset Umar berbunyi. Dibukanya... Bang Umar, cepat lah... orang tunggu nie, akak Asiah Yusro merajuk kang...hehehe.. Sender: Fika cyg (“,) +6022118989 Umar tersenyum..sekarang barulah beliau tahu rezeki, jodohnya...dan takdirnya.

Semua memihak kepadanya.. setiap manusia mempunyai kesilapan sendiri, dan boleh berubah...bertaubat dan insaf.... Beriman...... “....aku,Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti terima nikahnya Asiah Yusro binti.....” Amin....... Sah,sah,sah.....Shah Alam errhh,eh sahh... Selang beberapa minit selepas itu.... “....aku,Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti terima nikahnya Nur Syafika bt Amir.....” Maka, tercetuslah dalam qado dan qadar mereka bertiga.... takdir..bertemu jodoh dan dimadukan.. Asiah Yusro dan Nur Syafika masing-masing memahami tanggungjawab masingmasing. Walaupun dimadukan, Asiah Yusro dan Nur Syafika masih boleh bermanis muka..yelah, Umar pun adil...bertanggungjawab...berkemampuan.. ...sekian..wassalamm. –dah habis la..