You are on page 1of 27

BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/1

UNIT 8 : BEKALAN KUASA


Objektif am : Mengenal litar dan mengesan kerosakan yang berlaku pada
bekalan kuasa.
Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
• Menerangkan kendalian litar bekalan kuasa
• Melukis & melabel litar bekalan kuasa
• Menganalisa bahagian bekalan kuasa untuk Pengatur Transistor,
Litar Bersepadu (uA723 ) dan Pensuisan Mod.
• Mengesan sesuatu kerosakan pada bekalan kuasa
• Mengenal jenis unit bekalan kuasa komputer seperti Universal &
Pensuisan.

8.0 PENGENALAN
Bekalan kuasa yang ideal ialah bateri, kerana kestabilan voltan yang di
hasilkannya. Tetapi hanya digunakan untuk kuasa yang kecil dan mudahalih.

Untuk bekalan yang tahan lama dan mudah, unit bekalan kuasa arus terus (a.t),
bekalan arus ulangalik(a.u) adalah pilihan yang wajar.

Fungsi utama bekalan kuasa a.t ialah membekalkan arus dan voltan a.t yang
tertentu, dengan aras riak yang kecil serta kestabilan pengatur.

Sesetengah bekalan kuasa a.t masa kini mempunyai penghad arus dan pengesan
voltan lampau iaitu yang melindungi beban melebihi nilai maksima.

Dalam hal ini, kita akan membincangkan tentang dua cara bekalan kuasa a.t di
perolehi dari bekalan a.u iaitu :
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/2

i. Bekalan kuasa a.t linear


ii. Bekalan kuasa a.t mod pensuisan

8.1 KEROSAKAN PADA UNIT BEKALAN KUASA


Kerosakan peringkat awal masukan bekalan kuasa mudah di kesan, kerana ia terdiri dari
palam, kabel, suis, fius dan pemuat faktor kuasa.
Kerosakan yang mungkin di dapati disini ialah palam yang longgar, sentuhan terganggu
(intermittent), suis longgar-tidak sentuh (terbuka) dan fius putus. Jika fius di dapati
putus (terbuka), kerosakan yang mungkin berlaku adalah litar bahagian hadapan
terpintas. Contohnya pengubah, penerus, penapis atau pengatur.

Asas bekalan kuasa a.t linear terdiri dari bahagian-bahagian seperti berikut :
i. Pelindung
ii. Pengubah kuasa
iii. Penerus ( terusuai )
iv. Penapis
v. Pengatur
Lihat Rajah 1 turutan sambungan blok litar bekalan kuasa.

Rajah 8.1 : Blok unit Bekalan Kuasa.


BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/3

Pelindung

Rajah 8.2 : Litar Pelindung

Rajah 2 diatas menunjukkan litar pelindung piawai iaitu digunakan dalam bekalan
kuasa mod-pensuisan. Bagi pelindung bekalan kuasa linear biasanya terdiri dari suis,
fius dan pemuat sahaja. Bagaimana pun dalam bahagian ini, kita bincangkan fungsi dan
operasi keseluruhan litar ini.

Suis berfungsi sebagai pemutus litar manual. Masukan bekalan a.u boleh dikawal oleh
pengguna agar bekalan kuasa tidak terus berkerja.

Fius berfungsi sebagai pelindung beban lampau iaitu memutuskan litar apabila arus
keluaran melebihi had ampiar tertentu.

Pemuat berfungsi dalam dua keadaan iaitu sebagai pelindung voltan fana (transient)
dan penstabil faktor kuasa. Ia juga menyerap hingar yang dibawa bersama oleh bekalan
utama.
*V ialah verister atau varactor, guna untuk menghad puncak voltan masukan utama
dimana, kadang-kadang terdapat bekalan yang berubah menjadi lebih tinggi dari normal.
Jika terjadi demikian,verister akan menghadkan puncak kepada nilai asal,
contohnya 240 V. Rujuk Rajah 3.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/4

Rajah 8.3: Gelombang Arus Ulangalik

*Choke – voltan fana (transient ) biasanya berlaku dengan cepat. Ini bererti voltan ini
mempunyai frekuensi yang tinggi bagi pearuh jika frekuensi tinggi melaluinya ia akan
bertindak sebagai rintangan tinggi seterusnya menghalang arus masuk ke bahagian
berikutnya.
Contoh : XL = 2π fL f XL
Begitu juga fungsi C1 sebagai pelindung voltan fana, apabila frekuensi tinggi
melaluinya, regangannya menjadi rendah seterusnya memintas arus ke bumi.
Contoh : XC = 2π fC f XC

*C2 – seperti C1, ia berfungsi membetulkan faktor kuasa dan mengurangkan hingar.
*Perintang bleeder – Biasanya nilai rintangan rendah dan mempunyai watt( kuasa )
yang lebih tinggi tujuannya adalah sebagai beban semasa beban sebenar terpintas. Ia
boleh juga menghad voltan dan berkerja sebagai fius sekunder (secondary fuse ).
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/5

8.1.1 Pengubah: Kerosakan berlaku samaada terbuka atau pintas di bahagian primer.
Kebanyakan pengubah (Rajah 4) bekalan kuasa a.t rendah,mempunyai dawai lilitan
yang halus dan kerintangan yang agak tinggi dibahagian primer. Jika arus yang
digunakan berlebihan, pengubah menjadi panas dan mencairkan penebat lilitan. Saiz
wayar prima boleh menentukan arus maksima pengubah. Jika arus tinggi lilitan boleh
terputus.

Rajah 8.4: Binaan Pengubah Rajah 8.5: Simbol Pengubah

Fungsi asas pengubah kuasa ialah :


i. Penurun atau penaik voltan a.u
ii. Pengasing litar masukan dan keluaran ( isolation transformer )

i. Penurun atau penaik voltan


Fungsi ini terdapat dalam banyak bekalan kuasa rendah seperti dalam penerima
radio, osiloskop janakuasa gelombang dan sebagainya.
Pengubah penurun voltan bekalan utama 240V au kepada 6,9 atau 12V au.
Kadang-kadang terdapat juga penurunan yang lebih tinggi seperti dalam bekalan
kuasa televisyen hitam/putih, iaitu dari 240V au ke 120 atau 180V au.Tetapi
jarang sekali kita lihat pengubah bekalan kuasa digunakan untuk menaikkan
voltan kecuali dalam pengubah bekalan kausa tinggi dalam televisyen.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/6

ii. Pengasing litar ( isolation )


Pengubah pengasing diperlukan apabila kita ingin menyentuh titik ujian ( test
point ) alat dengan prob bumi alat pengukur seperti osiloskop.Ini sangat penting
kerana prob bumi alat pengukur biasanya bergabung dengan bumi bekalan
utama. Jika prob disentuh kecasis alat yang hendak diukur, kemungkinan alat
‘Neutral’ atau ‘Live’ bergabung dengan casis. Ini seolah-olah kita memintaskan
alur “ Neutral’ atau ‘Live ‘ ke bumi bekalan utama. Berpandukan Rajah 6,litar
menunjukan pengubah digunakan dalam bekalan kuasa, litar peralatan(beban)
akan terasing dari bekalan utama.

Rajah 8.6: Litar Blok Bekalan


8.1.2 Penerus: Terdiri dari diod kuasa yang mempunyai ciri-ciri ketahanan yang
terhad. Misalnya voltan pincang balik sesebuah diod kuasa ialah 50V.Jika terdapat
voltan fana (kejutan) yang lebih besar dari voltan maksima, ia akan terputus atau
terpintas. Faktor arus juga diambil kira. Katakan diod bergantung kepada had terima
arus pincang depan. Jika arus beban yang digunakan melebihi tahap maksima arus diod,
ia boleh merosakkan diod.
Tugas utama penerus ialah menukar voltan au ke voltan at. Rekabentuk litar menentukan
fungsi dan kecekapan kerjanya. Rekabentuk litar biasa terbahagi kepada 3 iaitu :
i. Diod tunggal
ii. Diod kembar ( tap tengah )
iii. Diod titi (bridge )

i. Diod tunggal
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/7

Merujuk Rajah 7, diod tunggal akan menghasilkan keluaran separuh gelombang


dan voltan puratanya agak rendah,iaitu 0.318 Vp.Ia juga mempunyai riak yang
lebih tinggi berbanding dengan penerus gelombang penuh.Penerus ini
kebanyakannya digunakan untuk voltan au yang mempunyai frekuensi lebih
tinggi seperti keluaran daripada pengubah voltan tinggi (Flyback transformer -
FBT ) dalam litar televisyen atau keluaran pengubah bekalan mod–pensuisan
kerana ia lebih mudah dan murah.

Rajah 8.7: Gelombang masukan dan keluaran litar


penerus

ii. Diod kembar


Bagi diod kembar pula boleh menghasilkan gelombang penuh. Tetapi rekabentuk
litar seperti Rajah 8 mesti digabungkan dengan pengubah ‘bertap’ tengah.

Rajah 8.8: Litar penerus gelombang penuh.

iii. Diod titi


BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/8

Penerus diod titi sangat popular, bagi menghasilkan keluaran gelombang


penuh. Selain mudah dipasang ia juga menjimatkan ruang. Kadang-kadang
terdapat juga dalam bentuk padu seperti yang terdapat dalam Rajah 9. Ia tidak
memerlukan pengubah “tap’ tengah.

Rajah 8.9 : Litar diod titi

8.1.3 Penapis: Biasanya komponen penapis ialah pemuat.Jika didapati penapis pintas ia
akan memutuskan fius pelindung.Pemuat yang terbuka boleh memberi kesan gangguan
riak di keluaran.Jika beban dikeluaran memerlukan arus yang agak tinggi seperti
amplifier kuasa audio, ia boleh membuatkan voltan keluaran berayunan atau
‘motoboting’ atau ‘humming’. Selain dari pintas dan terbuka, penapis kerap juga berlaku
‘bocor’. Ini akan menyebabkan arus tidak stabil.
Berpandukan Rajah 10, penapis berfungsi sebagai pelicin voltan at yang telah diterusuai
bagi menghasilkan keluaran lebih tulin. Ia juga akan meninggikan aras voltan at hingga
hampir kenilai puncak.Selain dari itu,voltan riak juga menjadi kecil.Penapis yang paling
mudah ialah penapis kapasitor tunggal.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/9

Rajah 8.10: Litar penapis kapasitor berserta gelombang


keluaran

1 – level voltan at tanpa penapis


2– level voltan at dengan penapis

Untuk mendapatkan keluaran yang kurang gangguan hingar seperti dalam Rajah 11,
penapis L direkabentuk. Ia mengandungi peraruh dan kapasitor. Contohnya seperti
‘supressor’ dalam bekalan kuasa radio/kaset kereta.

Rajah 8.11: Litar penapis LC

Satu lagi penapis yang selalu digunakan untuk menghindarkan gangguan dan hingar
ialah penapis jenis T atau π seperti Rajah 12 . Kedua-duanya mempunyai fungsi yang
sama,hanya rekabentuk sahaja yang membezakan nya.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/10

Rajah 8.12: Litar penapis LC jenis T dan π

8.1.4 Pengatur: Pengatur yang pintas,boleh menyebabkan tiada keluaran atau


memutuskan fius pelindung. Dalam litar pengatur, terdapat transistor siri yang
mengawal arus keluaran. Jika beban berlebihan ia boleh membuatkan transistor pintas
atau buka.Kerosakan di bahagian kawalan pengatur, misalnya 723 boleh merendahkan
atau memutuskan voltan keluaran.

Tugas asas pengatur ialah untuk menetapkan aras voltan atau menstabilkannya ke aras
voltan at yang tertentu.Dalam banyak bekalan kuasa at, pengatur di letakkan sebelum
punca keluaran.Oleh itu setengah pengatur di rekabentuk agar dapat menghad arus dan
ada yang voltan keluarannya bolehubah.Terdapat beberapa jenis pengatur yang sering di
gunakan dalam bekalan kuasa at linear:
i. Pengatur diod tunggal
ii. Pengatur transistor
iii. Pengatur litar bersepadu ( IC )
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/11

Pengatur diod tunggal

Rajah 8.13: Litar pengatur diod tunggal

Dengan ciri-ciri zener diod yang sedemikian, voltan keluaran tetap pada aras yang sama,
misalnya + 12V, walaupun voltan masukan berubah-ubah. Litar mudah serti Rajah 13
ini biasanya boleh membekalkan arus yang rendah.
Jika pengatur digunakan untuk arus yang lebih tinggi, transistor perlu digunakan bagi
mengelakkan dari diod zener rosak.Rekabentuk pengatur yang menggunakan transistor
ini dinamakan pengatur transistor.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/12

8.2 ANALISA KEROSAKAN KOMPONEN BEKALAN KUASA


Jika berlaku kerosakan pada unit bekalan kuasa maka analisa mestilah dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Contohnya bermula dengan pengubah kemudian diikuti dengan
penerus dan seterusnya.

8.2.1 Pengatur transistor


Pengatur transistor terbahagi kepada dua rekabentuk iaitu pengatur transistor siri dan
pengatur transistor selari. Dalam hal ini, kita hanya membincangkan pengatur jenis
transistor siri sahaja kerana pengatur transistor selari sangat jarang di gunakan, ia juga
kurang praktikal disebabkan pembaziran arus. Dalam pengatur jenis transistor siri,
beberapa rekabentuk litar dapat kita lihat.Ia bergantung kepada keperluan dan fungsi
masing-masing.Berikut beberapa rekabentuk pengatur transistor siri :
i. Transistor siri mudah
ii. Transistor siri penstabil keluaran
iii. Transistor siri boleh ubah
iv. Transistor siri penghad arus

i. Transistor siri mudah

Rajah 8.14: Litar transistor siri mudah

Dalam Rajah 14 transistor TR bertindak sebagai pengawal arus, bergantung pada


pincang yang diberikan oleh R. Dz pula sebagai pengawal voltan dititik A ialah
+16V dan di titik B ialah 12.7V (mengikut voltan zener ), kita tahu beza voltan
antara base(b) dan emitter(e) transistor jenis silikon ialah 0.7V.Mengikut
konfigurasi rekabentuk litar transistor NPN, voltan di b lebih besar dari e. Jadi
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/13

keluaran adalah +12V. Voltan ini tetap stabil walaupun masukan berubah-ubah.
Ini di panggil penstabil masukan. Jika beban yang dibekalkan menggunakan
arus yang tinggi yang melebihi had pengatur, ini akan memberi kesan kepada
kestabilan voltan keluaran iaitu voltan keluaran menjadi kurang dari rujukan dan
tidak stabil. Olah itu satu rekabentuk pengatur yang boleh menstabilkan
keluaran diperlukan.
ii. Transistor siri penstabil keluaran

Rajah 8.15: Litar transistor siri penstabil keluaran

Rekabentuk litar ini adalah berasaskan litar transistor siri mudah seperti litar
rajah 15. Disini TR2 digunakan untuk mengawal voltan keluaran. Ia dinamakan
amplifier ralat (error amp) . R2 dan R3 sebagai pemincang voltan. Katakan
voltan keluaran kurang dari +12V disebabkan oleh beban yang lebih. Voltan di
R3 tetap. Tetapi voltan di R2 menjadi kurang dan arus yang melaluinya juga
kurang. Ini akan membuatkan arus pincang ke TR2 juga menjadi kurang.
Seterusnya voltan yang susut merintangi pemungut dan pengeluar TR2 menaik.Ia
membuat keluaran menaik semula dan menjadi stabil. Ini dipanggil penstabil
keluaran.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/14

iii. Transistor siri bolehubah

Rajah 8.16: Litar Transistor Siri Bolehubah

Setengah bekalan kuasa memerlukan pengatur yang bolehubah atau dilaraskan


voltan keluarannya. Ini boleh dibuat seperti dalam litar Rajah 16 . Di sini TR2
digunakan sebagai pengubah voltan. Katakan Dz ialah 5.7V. Jika Rv di laras
kepada maksima (keatas ), TR2 berkerja dan seolah-olah pintas. Voltan BE TR1
ialah 0.7V, secara kasar voltan keluaran menjadi +5V. Manakala Rv di
minimakan dan TR2 tidak berkerja, voltan pemungut TR2 menjadi tinggi
menghampiri nilai voltan masukan. Katakan voltan pemungut TR2 15.7V ( 16 –
VR1 ), jadi voltan keluaran ialah 15V. R2 adalah penyuap voltan agar voltan diod
tidak jatuh keparas bawah dari voltan zener.

iv. Transistor siri penghad arus


BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/15

Rajah 8.17: Litar Transistor Siri Penghad Arus

Rajah 8.17 menunjukkan gambarajah litar transistor siri penghad arus .Dengan
menambah TR3 dan Rs, kita bolah menghadkan arus maksima yang keluar dari
pengatur atau bekalan kuasa. Ia juga berfungsi sebagai pelindung arus lampau.
Rs sebagai pengesan arus, adalah rintangan bernilai rendah dan berkuasa tinggi.
Arus yang tinggi melalui Rs akan menyusutkan voltan merintanginya. Voltan ini
adalah sama dengan voltan b-e TR3. Apabila VRs melebihi BE, transistor TR3
mula berkerja. Arus Ib untuk TR1 akan tertarik ke TR3 dan membuatkan TR1
berhenti berkerja. Arus yang tinggi tadi akan terhad.Rs boleh di kira jika
mahukan nilai arus tertentu.Contohnya jika arus maksima ialah 2 A dan
transistor yang digunakan ialah silicon,jadi :
Rs = Vbe /Imak = 0.7/2 = 0.35 Ω

8.2.3 Pengatur litar sepadu


BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/16

Pengatur litar sepadu terdapat dalam berbagai rekabentuk dan jenis. Ia berasaskan
pengatur transistor siri.Untuk lebih mudah memahami pengatur jenis ini,kita bincangkan
seperti berikut :
i. Pengatur litar sepadu tetap
ii. Pengatur litar sepadu Op-Amp
iii. Pengatur litar sepadu 723

Pengatur litar sepadu uA 723


Berasaskan pengatur transistor siri dan Op Amp, satu rekabentuk yang lebih padu telah
di buat iaitu pengatur voltan 723 seperti Rajah 8.18. Ia sangat popular digunakan dalam
litar bekalan kuasa at rendah, kerana ia mempunyai ciri-ciri boleh ubah, litar pelindung
dan boleh ubah suai untuk arus yang tinggi.

Rajah 8.18: Pakej Sepadu uA723

Dari litar dalaman litar sepadu ini, kita perhatikan semua blok-blok yang terdapat di
dalamnya mempunyai tugas tertentu. Diod zener sebagai voltan rujukan mempunyai ciri
penstabil jitu walaupun suhu berubah. Ini di bantu dengan punca arus tetap (constant
current source). Op Amp di gunakan sebagai amplifier voltan rujukan ( Vref Amp).
Amplifier ralat pula dibuat dari Op Amp yang mempunyai kecekapan yang tinggi di
mana perubahan voltan keluaran dapat di stabilkan dengan cepat. Ia juga mempunyai
litar penghad arus dan ‘Freq Compensation’ sebagai peredam hingar. Sebagai pengatur
arus rendah transistor siri ini di bina didalamnya. Ini untuk kegunaan pengaturan voltan
yang arusnya tidak melebehi 400 mA. Jika memerlukan arus yang lebih tinggi, ubahsuai
transistor siri luaran perlu di tambah seperti dalam rajah 8.19.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/17

Rajah 8.19: Litar Dalaman uA723

Contoh litar aplikasi pengatur voltan 723 seperti Rajah 8.20 di bawah:
Contoh 1

Rajah 8.20 : Litar Aplikasi Pengatur Voltan uA723

Keluaran bagi litar ini bergantung kepada Vref dan rintangan R1 dan R2.Keluaran boleh
di kira jika R1 dan R2 di tentukan nilainya. Untuk rekabentuk ini, voltan keluaran boleh
didapati antara +7V hingga +37V.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/18

Vo = Vref R1 + R2 dimana Vref standard ialah 7.15 V


R2
Isc = V23 / Rsc di mana V23 ialah tapak – pengeluar bagi transistor
penghad arus ( current limit ) iaitu 0.65 V
Jika kita ingin mencari nilai rintangan Rsc pada arus maksima yang tertentu, kita boleh
gunakan formula ini.Katakan arus maksima yang di hadkan ialah 2 A;
Rsc = 0.65/ 2 = 0.325 Ω
Dalam kebanyakan bekalan kuasa linear, arus yang lebih besar di perlukan.Bagi
pengatur litar sepadu ini,arus maksima yang di bekalkan hanya 400 mA. Jadi transistor
siri luaran di kenakan untuk memacu arus yang lebih besar.

Contoh 2

Rajah 8.21: Litar Aplikasi Pengatur Voltan uA723

Dengan cara ini, arus keluaran boleh di naikkan.Ini bergantung kepada ciri-ciri transistor
siri TR1 dan arus yang di bekalkan oleh pengatur.Dengan cara lain, Rb di kenakan untuk
menentukan arus pincang TR1.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/19

Contoh 3

Rajah 8.22 : Litar Aplikasi Pengatur Voltan uA723

Bagi litar ini voltan keluaran bergantung kepada R1 dan R2.Keluaran voltan di sekitar
+2V hingga +7V.

Vo = Vref R2
R1 + R2

8.2.4 Pensuisan mod ( switch mode )


Bekalan kuasa jenis ini banyak di gunakan dalam alat-alat elektronik dan digital masa
kini.Seperti bekalan kuasa untuk komputer,televisyen,pemain video dan berbagai-bagai
lagi.Ini kerana ia mempunyai kebaikan-kebaikan :
i. Boleh membekalkan voltan dan arus yang tinggi
ii. Tidak memerlukan pengubah masukan
iii. Mempunyai pengayun yang boleh memutuskan ‘pensuisan’ jika terdapat pintas
di beban.
iv. Penerusuai dan penapis keluaran yang mudah
v. Voltan keluaran yang stabil
vi. Mempunyai isyarat suapbalik.Seperti dalam bekalan kuasa at komputer – bekerja
apabila ada isyarat ‘power good’ dari komputer.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/20

Bagaimanapun terdapat juga kelemahan bekalan kuasa jenis ini:


i. Ia tiada pengasing dengan bekalan utama.
ii. Memerlukan kemahiran cukup dan sangat teliti apabila membaiki kerosakannya.

Rajah 8.23: Rajah blok mudah bekalan kuasa mod-pensuisan

Rajah 8.24: Litar skematik mudah


BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/21

Litar Rajah 8.23 di atas boleh menghasilkan arus yang tinggi dan kelicinan voltan boleh
di dapati kerana freq yang tinggi ( i.e 20 kHz ). Untuk memudahkan perbincangan kita
perhatikan bekalan kuasa mod-pensuisan komputer peribadi sebagai contoh.

Rajah 8.25 : Rajah blok bekalan kuasa komputer peribadi

Rajah 8.25 : Litar Pelindung

S – suis kuasa
F – fius ( pelindung beban lampau)
V – Nerister ( pelindung /penstabil voltan masukan utama yang berubah-ubah )
C1 – kapasitor faktor kuasa – pelindung voltan kejutan (transient )
- mengubah faktor kuasa
- menyerap kebisingan (hingar ) yang boleh menganggu
alat elektronik yang lain
Choke – melindungi ayunan freq sesat dari bekalan utama
C2 – berfungsi sama seperti C1 diatas
Bleeder – berfungsi sebagai fius
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/22

Rajah 8.26 : Litar Terusuai

Terusuai utama dalam litar ini seperti dalam Rajah 8.26 terdiri dari diod titi yang
menghasilkan voltan at keluaran maksima iaitu :
1.414 x 240 V
= 340 V at
Ini bermakna diod yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kuasa yang tinggi. Kita
perhatikan, setiap diod mempunyai pemuat bernilai kecil guna untuk melindungi voltan
kejutan merintangi diod tersebut.Misalnya 47nf 1kv.Ia juga berfungsi sebagai penyerap
bising (hingar ). Untuk mendapatkan voltan at yang lebih licin dan stabil, penapis
kapasitor dikenakan. Nilai kapasitor biasanya besar,contohnya C1 = 2200 uf 400V, C2
= 200uf 400V.

Bekalan sementara ( starter )


Bekalan voltan kecil pada permulaan, diperlukan untuk menghidupkan pengayun.

Rajah 8.27: Litar Bekalan Sementara


BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/23

Rajah 8.28 : Litar Bekalan Sementara

Dari dua rajah skematik di atas, bekalan sementara 12V dihasilkan. Dalam rajah 8.27 di
atas pengubah di gunakan untuk menurunkan voltan. R1 biasanya bernilai rendah guna
untuk melindungi pengubah. Kapasitor C di letakkan bersiri agar voltan keluaran at
utama tidak terus membekalkan arus kepada pengubah. Begitu juga dalam rajah 28 di
atas, rintangan R2 330 kΩ di gunakan sebagai penghad voltan at agar menghasilkan
keluaran +12V sementara.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/24

8.3 JENIS-JENIS UNIT BEKALAN KUASA KOMPUTER

Bekalan kuasa yang stabil pada sistem komputer adalah perkara yang perlu di titik
beratkan apabila menggunakan komputer.Mungkin sebahagian pengguna tidak
menghiraukan ,tetapi kejadian ini mungkin kan menyebabkan kehilangan data .Masalah
bekalan kuasa harus dititik beratkan dan perlu di utamakan.

Unit bekalan kuasa komputer berfungsi sebagai penerima bekalan elektrik 240/110 V ac
daripada punca bekalan utama dan menukarkan ke beberapa bentuk voltan dc serta
mengagihkannya ke bahagian-bahagian utama sebuah komputer. Jika sebuah komputer
tidak berfungsi langsung, antara sebab utamanya adalah kerana masalah pada unit
bekalan kuasa ini, samada ia tidak menerima bekalan utama atau ia tidak dapat berfungsi
dengan baik.

8.3.1 Paras voltan dc bekalan kuasa

Voltan Beban Kegunaan Warna wayar


+5V 4.8A Bekalan untuk IC TTL, Merah
Mikropemproses
-5V 0.5A IC TTL,Op –Amp,Speaker Putih
+12V 1.5A IC CMOS, Motor Drive, Kuning
Communication IC
-12V 0.5A Op-Amp,Motor Drive, Biru
Communication IC
Wayar Hitam adalah untuk Ground
Wayar oren untuk Power Good
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/25

Jenis –jenis unit bekalan kuasa komputer :


i. Universal
ii. Pensuisan

8.3.2 Unit Bekalan Kuasa Universal


Bekalan kuasa jenis ini adalah linear/tetap keluarganya.Di mana perubahan beban tidak
akan mempengaruhi keluaran.Waalaupun beban yang banyak (sepatutnya boleh di
bekalkan ) tetapi ia tidak boleh mengawal keluarannya dengan baik atau sebaliknya,ini
yang menyebabkan litar pintas dan pembaziran tenaga.Di mana bekalan kuasa jenis ini
kecekapannya adalah 50% dari pada masukan.
Antara fungsi setiap blok ialah:

Transformer : Berfungsi menurun atau menaikkan nilai voltan bekalan 240V ke


nilai yang lebih rendah, contohnya +12 dan – 12V.
Penerus : Berfungsi menukarkan voltan ulangalik ke bentuk voltan arus
terus (dc). Di dalam bahagian ini diod-diod digunakan.
Penapis: Berfungsi mendapatkan nilai voltan dc yang tetap dan tulin.
Komponen utama ialah kapasitor.
Pengatur : Bahagian ini menetapkan nilai voltan keluaran yang di kehendaki
supaya ia benar-benar berada pada nilai tetap yang di perlukan
walaupun terdapat perubahan pada lain-lain bahagian masukan.
Pembahagi voltan : Menetapkan keluaran-keluaran voltan yang di perlukan seperti
+12V, -12V,+5V dan –5V.
BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/26

8.3.3 Unit Bekalan Kuasa Pensuisan


Litar bekalan kuasa pensuisan adalah lebih kompleks,tetapi tujuannya adalah untuk
mengesan voltan pada beban,membandingkan dengan nilai rujukan dan menjanakan
pulse untuk pensuisan.Pada kebanyakan litar elemen pensuisan yang di gunakan adalah
‘high power transistor’ yang terletak pada sebelah primer atau sekunder pengubah.

Bekalan kuasa pensuisan adalah lebih popular disebabkan kecekapannya. Kebanyakan


rekabentuk kecekapannya mencapai sehingga 85%.Ia kurang berlaku kehilangan tenaga
secara haba,jadi bekalan kuasa adalah lebih sejuk dan menggunakan komponen yang
kecil untuk menukarkan jumlah kuasa yang sama dengan linear. Keburukannya semakin
cekap sesuatu sesuatu bekalan kuasa pensuisan itu,maka ia boleh menghasilkan ‘noise
interference’ pada litar.

Rajah 8.29 : Gambarajah Blok Unit Bekalan Kuasa Pensuisan


BEKALAN KUASA E3005/UNIT 8/27

Rajah 8.30 : Gambarajah Blok Litar Pengatur Bersuis