You are on page 1of 3

Bab 1: REKA CIPTA

Maksud Reka Cipta

Penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk untuk memenuhi kehendak pengguna.

Proses Reka Cipta


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengenalpastian masalah Pemilihan idea Perekaan projek Pemilihan reka bentuk projek Perancangan projek dan pembinaan projek Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek Pendokumentasian

Langkah 1: Pengenalpastian masalah 1. Pengenalpastian masalah merupakan langkah asas dalam proses reka cipta. 2. Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses berikut perlu dilakukan : (a) Mengenal pasti masalah (b) Mengumpul maklumat dan data Pengalaman sendiri, pemerhatian, lawatan, pembacaan dan penyelidikan, melayari internet, bimbingan guru, soal selidik (c) Menganalisis maklumat Kelebihan, kekurangan, saiz, kapasiti, pilihan warna, bahan, ciri-ciri istimewa (d) Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah Perbincangan, sumbangsaran, peta minda, lakaran bebas Langkah 2: Pemilihan idea 1. Pemilihan idea ialah memilih satu daripada pilihan-pilihan idea yang ada dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap idea, serta dapat menarik minat pengguna. 2. Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea : (i) Keupayaan kendiri (ii) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada (iii) Bahan dan komponen (iv) Cara pembuatan (v) Kepentingan produk (vi) Mesra alam Langkah 3: Perekaan Projek 1. Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dihasilkan. 2. Lakaran projek boleh dibuat dalam tiga demenesi (3D) atau dua dimensi(2D) dan ianya menggambarkan bentuk dan saiz projek.

Langkah 4: Pemilihan Reka Bentuk 1. Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan. 2. Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor berikut: (i) Fungsi (ii) Rupa bentuk (iii) Kesesuaian bahan (iv) Kaedah binaan (v) Ketahanan (vi) Kos (vii) Kemasan (viii) Keselamatan (ix) Nilai komersial 3. Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik (a) Pelan (b) Pandangan hadapan (c) Pandangan sisi Langkah 5: Perancangan Pembinaan Projek 1. Bahan dan kesesuaiannya : Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan ketahanan projek dan ada nilai komersial. Contoh bahan pembinaan projek: Papan lapis, Perspek, Kayu, Mounting board, Pelekat, PVC, Medium Density Fibreboard (MDF), kepingan logam 2. Pemilihan alatan Proses Mengukur dan menanda Memotong Membentuk Mencantum Kemasan Alatan tangan yang digunakan Pensel, pembaris keluli, pita pengukur, sesiku L, tolok serong Gergaji puting, gergaji tangan, gergaji lengkung halus Kikir parit, pahat tepi serong Tukul warrington, tukul kuku kambing, gandin kayu. Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat 9

3. Menyediakan jadual kerja Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 Mengenalpasti masalah Mengumpul maklumat dan data Menjana idea, melakar, dan memilih objek Perancangan dan pembinaan objek Pemasangan, pengujian dan pengubahsuaian

Dokumentasi Persembahan

1. 2. 3. 4.

Pengiraan Kos Kos projek melibatkan kos bahan, kos upah dan kos overhead. Kos bahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membeli bahan-bahan untuk membuat projek reka cipta. Kos upah ialah gaji atau upah pekerja bagi menghasilkan projek reka cipta. Kos overhead ialah perbelanjaan lain yang terlibat semasa proses penghasilan projek reka cipta. Langkah 6: Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek 1. Mengukur, Menanda dan Memotong. 2. Membina dan Mencantum bahagian Projek 3. Memeriksa dan Menguji Sambungan & Pemasangan 4. Menguji dan Menilai Projek 5. Membuat Kemasan

Pendokumentasian 1. Mengumpul dan Merekodkan Maklumat. Perkara yang diperlukan dalam pendokumentasian: Bil Perkara 1 Tajuk projek/Nama produk Rak serbaguna 2 Latar belakang i. Pernyataan masalah ii. Produk sedia ada iii. Cadangan projek 3 Objektif dan fungsi produk Menyimpan alat-alat tulis 4 Deskripsi produk i. Bahan dan komponen ii. Jadual kerja iii. Lukisan kerja iv. Pembinaan 5 Rujukan atau bibliografi Menyenaraikan semua bahan rujukan 6 Lampiran Katalog, model, lakaran reka bentuk. 2. Membuat Persembahan Projek i. Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek. ii. Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaan projek, kemasan dan pengiraan kos. iii. Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan projek iv. Memberi maklumat tepat dan jelas v. Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus disediakan seperti gambar dan carta. vi. Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru. vii. Memperbaiki kualiti produk.

You might also like