You are on page 1of 9

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

SEMESTER SEPTEMBER 2013

NAMA TUTOR : EN. MOHD SENIN BIN KASSIM

DISEDIAKAN OLEH : MASTURA BINTI IBRAHIM mastura_ibrahim77@yahoo.com

770727036372001

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 2. Definisi tentang individu berkeperluan khas. 2.1 Nyatakan / senaraikan kategori individu berkeperluan khas. 3.0 Bagaimana cara mengenal pasti individu berkeperluan khas. 4.0 Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan setiap individu khas tersebut. 5.0 Keperluan fizikal dan infrastruktur khas untuk individu khas. 6.0 Lain-lain perkara yang berkaitan dengan individu berkeperluan khas.

1.0 Pendahuluan Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan sesebuah Negara dan tanggungjawab kementerian adalah memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan. Pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan dirancang untuk kanak-kanak istemewa. Di Malaysia, pendidikan pemulihan khas telah disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3m). Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang mengembirakan di sekolah dan mereka juga akan tercicir dari sistem persekolahan sejak awal lagi. Untuk mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan lebih awal terhadap bentuk pendidikan pemulihan yang lebih berkesan amat diperlukan untuk membantu murid yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara yang berguna pada masa hadapan. Agensi yang terlibat dalam pembangunan warga istemewa di Malaysia ialah Kementerian Pelajaran, Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Sumber Manusia. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanakyang luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986). Pendidikan khas juga merupakan pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid (Akta Pendidikan, 1996). Sekolah khas pula ialah sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41. Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan individu yang mempunyai

keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai ibu bapa, ahli keluarga, guru, mahu pun masyarakat amnya, kita perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai kanak-kanak istimewa ini. Dengan pengetahuan asas yang bakal dimiliki menerusi tugasan ini, kita akan berupaya membantu golongan istimewa. Tanpa bantuan, insan istimewa ini akan terus ketinggalan daripada segala aspek kehidupan. Objektif tugasan ini dijalankan adalah untuk mengetahui tentang pendidikan inklusif dan individu berkeperluan khas. Selain daripada itu, objektif tugasan ini adalah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan setiap individu khas. 2.0 Definisi tentang individu berkeperluan khas. Individu berkeperluan khas ataupun kanak-kanak yang istimewa merupakan sekumpulan murid yang kurangupaya dan mengalami masalah pembelajaran. Mereka memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. 2.1 Nyatakan / senaraikan kategori individu berkeperluan khas. Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketakupayaan pembelajaran. Sebenarnya, ketakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Dan ini juga bukanlah berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran. Ketakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketakupayaan pembelajaran iaitu;

Disleksia - ini adalah ketakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa.

ADHD(Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) - ini adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.

Dispraksia - ini satu ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota tubuh.

Diskalkulia - satu jenis ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun di tetap sukar memahaminya.

Autisme - ini pula merujuk kepada ketakupayaan kanak-kanak mengalami dunia persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dalam cara yang berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.

3.0

Bagaimana cara mengenalpasti individu berkeperluan khas Terdapat 19 ciri-ciri autisme manakala 17 ciri-ciri disleksia yang telah disenaraikan oleh

pakar perubatan. Antara ciri-ciri Autisme dan Disleksia yang mempunyai kaitan rapat dengan kita yang digelar individu normal. AUTISMA

Menggoyang kaki Memutar pensel Mencium sesuatu yang diperolehi Suka bersendirian dan menjauhkan diri dari orang ramai Kurang sensitif pada rasa sakit atau rasa takut

DISLEKSIA

Membaca dengan lambat atau teragak-agak dan perlu bantuan jari untuk menunjuk tempat bacaan.

Kerap kali hilang tempat bacaan atau mengulang bacaan pada perkara yang sama.

Kerap terkeliru lambang tulisan dangan lambang bunyi, contoh NAMA di baca MANA. KAKAK=KATAK. BAYU=BAJU.

Memendekkan perkataan yang panjang, contoh KEROSAKAN dibaca ROSAK sahaja.

Suka mendengar bacaan tetapi tidak suka membaca sendiri. Keliru dengan posisi kanan dan kiri. Tidak merangkak ketika bayi.

4.0 Aktiviti-aktivi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan setiap individu khas tersebut.

5.0

Keperluan fizikal dan infrastruktur khas untuk individu khas. Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah

bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter

persegi (9 m 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar PK.Sebagai contoh, menyediakan tempat riadah untuk aktiviti senaman bagi pergerakan motor kasar dan bangunan yang mesra OKU pelbagai infrastruktur untuk pelajar program pendidikan khas. Antaranya ialah menyediakan bilik pendidikan khas, bilik kedap bunyi, bilik sensori, alatan teknologi bantuan, ePKhas USM (repositori sumber multimedia untuk pendidikan khas), serta alatan penilaian murid berkeperluan khas Contohnya TV LCD, projektor dan skrin, serta Smartboard. Selain itu, terdapat juga BBM seperti model mata, telinga dan otak, serta alatan untuk melatih kemahiran motor, dan kemahiran manipulatif. Di samping itu, bilik ini juga dilengkapi dengan alatan teknologi bantuan dan perisian untuk pengendalian proses P & P. Antaranya mesin braille, mesin embossor, perisian JAWS dan Duxbury untuk mengikuti P & P dalam bidang masalah penglihatan. Bagi bidang masalah pendengaran pula, alatan seperti kit pendengaran (hearing kit), mesin audiometer, serta alat tala bunyi disediakan. Bahan untuk bidang masalah pembelajaran termasuk Intellitools, SOLO Co-Writer, BoardMaker dan suis. Alatan walker dan kerusi roda juga disediakan. 6.0 Lain-lain perkara yang berkaitan dengan individu berkeperluan khas. Kurikulum Pendidikan Khas Falsafah pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,
7

berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2005). Visi pendidikan khas ialah dengan memberikan pendidikan yang berkualiti bagi menjana murid bekeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan manakala misinya ialah dengan membangunkan modal insan yang cemerlang berasaskan empat prinsip iaitu sistem pendidikan yang berkualiti, releven dan menyeluruh. Kedua, perkembangan potensi diri ke tahap yang optimum, keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak. Objektif pendidikan khas ini pula menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan asas, meyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, objektif pendidikan khas juga adalah untuk menguasai kemahiran asas 3m, meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran (Jabatan Pendidikan Khas, 2008). Program pendidikan khas dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa serta sekolah teknik dan vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar minimum bagi keperluan pendidikan khas di sekolah rendah adalah selama enam tahun manakala tempoh belajar minimum sekolah menengah pendidikan khas selama lima tahun.

6.0 Penutup

RUJUKAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak_istimewa http://uppa.usm.my/ http://eprints.utm.my/14941/1/Perkembangan_Kurikulum_Pendidikan_Khas_Teknik_dan_V okasional.pdf