You are on page 1of 23

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Latar Belakang
- Semasa menuju kemerdekaan, timbul kesedaran di kalangan pemimpin & rakyat Malaysia utk wujudkan sistem pendidikan kebangsaan bagi mgantikan sistem pendidikan penjajah
- Dasar Pendidikan(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. - Disemak semula tahun 1960 maka menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.
2

Rasional DPK
1) utk menggantikan sistem pelajaran yang sedia ada
- sistem pendididkan zaman penjajahan - berkembang tanpa mempertimbangkan keperluan * pembangunan * pembinaan identiti kebangsaan * perpaduan - mengekalkan taat setia pendatang kepada negara asal - x menggalakkan kaum bumiputera Malaysia menimba ilmu ke tahap yang tinggi 2) utk disesuaikan dengan matlamat baru negara merdeka dan membangun
3

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (1961)

Penyata Razak (1956)

Laporan Rahman Talib (1960)

PENYATA RAZAK 1956

Penyata Razak 1956


Jawatankuasa di bawah pimpinan Tun Abd. Razak diwujudkan pada 1956. Tugasnya: 1) bentuk sistem pendidikan yang seragam 2) jadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 3) pastikan bahasa & kebudayaan lain dipelihara Penyata Razak diluluskan pada 16 Mei 1956 & dijadikan rujukan asas menggubal Undang- Undang Pelajaran 1957. Tujuan penyata ini: a) jadikan Bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan b) lahirkan perpaduan kaum sbg rumpun bangsa Tanah melayu c) sediakan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap & berkesan d) wujudkan masyarakat berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal & progresif
6

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960

Laporan Rahman Talib 1960


Jawatankuasa Razak cadangkan agar Penyata Razak 1956 dikaji semula. 1959 satu jawatankuasa diketuai oleh Abd. Rahman Talib diwujudkan. Bersetuju dgn Penyata Razak 1956 & menambah syor- syor lain. Maka wujud Laporan Rahman Talib 1960 & digubal menjadi Akta Pelajaran 1961 Syor- syor Laporan Rahman Talib: 1) Bahasa Melayu jadi bahasa pengantar di sekolah & universiti 2) Pelajaran percuma utk sekolah rendah kebangsaan 3) kelas peralihan utk sekolah vernakular yg bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu 4) Jemaah Nazir Persekutuan diadakan utk kawal mutu pelajaran di sekolah 5) Pelajaran vokasional diperkenalkan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (1961)

Dasar Pendidikan Kebangsaan (1961)


Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 & Laporan Rahman Talib 1960 Matlamat utama dasar: wujudkan persefahaman & perpaduan di kalangan rakyat. Strategi capai perpaduan rakyat: 1) sediakan sukatan pelajaran yg sama kandungannya 2) Bahasa Melayu WAJIB digunakan sbg bahasa pengantar di sekolah & universiti 3) Gunakan buku teks yg berlatarkan Malaysia 4) perluas pendidikan vokasional & teknikal 5) pendidikan rendah ikut KBSR yg berasaskan 3M (mbaca, menulis & mengira) 6) pendidikan menengah ikut KBSM yg menekankan kesepaduan JERIS
10

SISTEM PENDIDIKAN ANEKA JURUSAN

11

Sistem Pendidikan Aneka Jurusan


- Dimulakan pada tahun 1965 berlandaskan Laporan Aminuddin Baki - Matlamat: 1) menaikkan umur berhenti sekolah kpd 15 tahun 2) beri persediaan pelajar menjawat jawatan yg sesuai 3) menghasilkan tenaga manusia yg berkemahiran dalam pelbagai bidang 4) sediakan pelajaran aneka jurusan mulai Ting. 4
12

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (1979)

13

Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979)


- Dasar Pendidikan yg sedia ada dikaji semula pd 1974 oleh Jawatankuasa Kabinet

- Pada 1979, Laporan jawatankuasa ini diterbitkan


-Maka wujud Dasar Pendidikan Kebangsaan yg telah dikaji semula bagi kehendak & keperluan selaras dengan peredaran masa.

14

Objektif DPK
a) sebagaimana yg termaktub dlm pendahuluan Akta Pelajaran 1961 bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara & menggalakkan perkembangan kebudayaan sosial, ekonomi & politiknya

b) sebagai agen menyatukan kanak- kanak sekolah berbilang kaum c) menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi d) melahirkan masyarakat yg bersatupadu, berdisiplin dan terlatih e) Melahirkan insan yg berilmu, berakhlaq, seimbang & harmonis, yg boleh mencapai kesejahteraan diri & mberi sumbangan kpd kemakmuran masyarakat.
15

Strategi Pelaksanaan
Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Mengadakan kurikulum yang sama & berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah Wujudkan sistem peperiksaan yg sama Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran Tingkatkan mutu pelajaran keseluruhannya Mengadakan peluang pelajaran asas selama 9 tahun Memperkenalkan pendidikan rendah yang berasaskan 3M Memperluaskan pendidikan vokasional & teknik 16

Mempelbagaikan & memperbanyakkan kemudahan pelajaran di peringkat universiti terutama dalam bidang Sastera & Sains gunaan Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, disiplin dan keagamaan Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, iaitu kadet tentera, polis, bomba, Pengakap dll. Jadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib diajar di sekolah- sekolah

DPK menjadi satu sumber yg membentuk generasi akan datang sbg generasi yg berilmu pengetahuan, berakhlak mulia & harmonis dlm masy. majmuk
17

Selaras dgn penubuhan DPK beberapa Bahagian dan Jawatankuasa ditubuhkan :


1. Bahagian Perancang & Penyelidikan Pelajaran 2. Bahagian Pelajaran Teknik & Vokasional 3. Jawatankuasa Pusat Kurikulum 4. Biro Buku Teks 5. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia 6. Jawatankuasa Perancang Pelajaran 7. Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan 8. Pusat Perkembangan Kurikulum

18

Kesimpulan:
- Tujuan utama Dasar Pendidikan: * sediakan sistem pelajaran kebangsaan yg teratur * lahirkan warganegara yg btanggungjawab & berkebolehan * wujudkan masyarakat yg taat setia, berdisiplin & bersepadu selaras dgn Rukun Negara
19

Matlamat DPK

satukan sistem pelajaran utk pupuk kesedaran & perpaduan kebangsaan

- perluas & ubahsuai rancangan pelajaran & latihan bg penuhi keperluan tenaga kerja - perbaiki mutu pelajaran utk bina masyarakat progresif berlandaskan sains & teknologi - perbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan & pelaksanaan utk capai objektif yg telah ditentukan.

20

Samb.
- Tenaga rakyat yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan gunatenaga
- Melahirkan rakyat yg bersatupadu, berdisiplin & terlatih - Meluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pangantar

*Dasar ini boleh dipinda dari semasa ke semasa bg penuhi keperluan masyarakat & negara
21

Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat menampung keperluan negara pada masa kini & akan datang. Dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dalam pelbagai sektor dari segi jumlah bahkan juga dari segi kualiti. Melahirkan ramai cerdik pandai yang berkebolehan & berkemahiran serta berpegang teguh kepada agama.
22

23