You are on page 1of 3

Nota Termokimia (Praktikal 1)

Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-

molekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah setelah bertindak-balas. Haba peneutralan adalah tindak balas eksotermik. Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba. Eksotermik bermaksud haba yang

disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran dalam sistem. Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat. Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan

mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindakbalaskan. Perubahan tenaga tindakbalas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga haba. Tindak balas peneutralan ialah tindak balas antara asid dan alkali untuk

menghasilkan garam dan air sahaja.

Asid + Alkali

garam + air

Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H + daripada asid meneutralkan I mol OH- daripada alkali bagi menghasilkan air pada keadaan piawai. Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada :

o Kuantiti asid dan alkali Kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindak balas peneutralan adalah berkadar terus dengan kuatiti asid dan alkali yang digunakan. o Kebesan asid dan alkali i. Kebesan asid menunjukkan bilangan mol ion hydrogen yang dapat dihasilkan oleh satu mol asid dalam larutan akues. ii. Peneutralan asid dwibes (diprotik) sehingga lengkap

membebaskan haba dua kali lebih tinggi daripada peneutralan asid monobes (monokrotik) sehingga lengkap. o Kekuatan asid dan alkali i. Kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindak balas peneutralan adalah berkadar terus dengan kuantiti asid dan alkali yang digunakan. Contohnya : Haba tindakbalas peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol air terbentuk daripada peneutralan 1 mol ion hydrogen daripada asid dengan 1 mol ion hidroksida daripada alkali.

Untuk pengiraan pula, hanya 4 formula yang terlibat iaitu :

i.

Untuk mengira perubahan haba,

Q = mc
ii. Untuk mengira haba tindak balas

H= =

Peringatan : Nilai m dalam formula ini merujuk kepada jisim larutan yang menyerap atau membebaskan haba. Sebagai contoh, sekiranya satu cerek air dipanaskan, haba dipindahkan daripada bahan api yang dibakar kepada air di dalam cerek. Jadi, nilai m akan merujuk kepada jisim larutan dalam cerek. Bukannya jisim bahan api yang dibakar.

iii.

Untuk mengira bilangan mol larutan,

iv.

Untuk mengira bilangan mol bahan pejal

n=