You are on page 1of 2

MUHD ASHRAF FAHMI BIN MUSTAFA ISL : PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN Dalam perniagaan, matlamat untuk memaksimumkan

keuntungan mampu memberi pulangan yang besar kepada peniaga. Tetapi ianya adalah bersifat sementara sahaja. Amalan perniagaan dalam sistem ekonomi konvensional meletakkan objektif memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos sebagai matlamat utama sesebuah entiti perniagaan. Objektif materialistik ini kerap kali dilihat kontra dengan kedudukan dan keutamaan sistem nilai.

Untuk memaksimumkan untung, keupayaan bagi menjana perolehan yang tinggi dan meminimumkan kos adalah dua perkara asas yang mesti dititikberatkan. Perkara ini dapat kita lihat dalam perkhidmatan bas ekspres. Sebagai contoh, saya mengambil Syarikat Bas Shamiesha Holidays sebagai modelnya. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang bermatlamatkan untuk memaksimumkan keuntungan. Hal ini jelas dilihat apabila syarikat ini sentiasa sewenang-wenangnya menaikkan harga tiket pada waktu cuti-cuti khas dan am walaupun harganya kadang-kala tidak masuk akal. Mereka mengambil kesempatan ketika cuticuti am dank has kerana faktor permintaan yang tinggi pada musim ini. Ini akan memberi impak negative daripada pengguna terhadap syarikat tersebut lalu menyebabkan orang ramai memilih untuk tidak berurusan dengan syarikat. Lama kelamaan syarikat ini akan kehilangan pelanggan sekaligus merencatkan pendapatan syarikat. Terdapat 3 faktor utama bagi menentukan kejayaan perniagaan iaitu Knowledge (Ilmu), Attitude (Sikap) dan Skill (Kemahiran). Seorang peniaga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap selok belok perniagaan dan perlu sentiasa mengambil tahu akan kehendak pengguna agar dapat memberikan kepuasan terhadap pelanggan. Sikap pula memainkan peranan penting supaya kejayaan dapat dikecapi untuk jangka masa panjang. Pekhidamatan yang mesra pengguna akan menyebabkan pelanggan selesa ketika menggunakan perkhidmatan kita sekaligus menyebabkan mereka akan menjadikan produk kita sebagai pilihan utama. Lebih baik lagi, mereka mungkin akan menyarakankan produk kita kepada rakan-rakan mereka sekaligus memudahkan kita dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan. Akhir sekali, kemahiran. Seorang peniaga perlu mahir dalam menguruskan sumber mereka. Ini penting bagi memastikan perniagaan dapat bertahan dalam persaingan dalam pasaran. Sumber bagi sesuatu perniagaan termasuklah pekerja, wang dan sebagainya. Seorang peniaga juga perlu bijak dalam mempromosikan produk mereka bagi menarik perhatian pengguna untuk memilih produk mereka.

MUHD ASHRAF FAHMI BIN MUSTAFA ISL : PENYEDIAAN BELANJAWAN TUNAI

Butir
Baki awal RM 3 600

Jun

Julai
RM 13 800

Ogos
RM 29 250

Penerimaan Tunai Jualan tunai Bantuan kewangan Bayaran yuran RM 10 000 RM 750 RM 11 000 RM 5 000 RM 12 100

Jumlah Penerimaan Pembayaran Tunai Sewa Kadar bayaran Pelbagai belanja Belian kredit Mesin fotostat Jumlah Pembayaran

RM 10 750

RM 16 000

RM 12 100

RM RM RM

250 120 180

RM RM RM

250 120 180

RM 250 RM 120 RM 180 RM 6 500 RM 4 000 RM 11 050

RM 550

RM 550

Lebihan (Kurangan)

RM 10 200

RM 15 450

RM 1 050

Baki Akhir

RM 13 800

RM 29 250

RM 30 300