You are on page 1of 1

Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap; Persekutuan Pengakap Malaysia telah dinyatakan di dalam Bahagian 1: Tujuan dan Dasar;

Dasar, Pertubuhan dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia (dibaca bersamaUndang-undang Malaysia.Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968): 2. Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Bahasa rasmi Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap adalah dalam bahasa Malaysia. Dalam keadaan tertentu, Persetiaan dan UndangUndang boleh menggunakan bahasa Inggeris. Persetiaan Pengakap Persetiaan Pengakap Persesekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan tentuan sepenuhnya seperti berikut: Dalam Bahasa Melayu Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-Undang Pengakap.

Dalam Bahasa Inggeris On my honour, I promise that I will do my best: To do my duty to God, King and Country; To help other people at all times; To obey the Scouts'' Law.

Warganegara Asing Perkara 15; Seksyen 2; Bahagian 2: Menjadi Ahli Persekutuan, Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan: 15.(1) Warganegara negara asing boleh diterima sebagai ahli bergantung kepada persetujuan Ketua Pengakap Negara dan mereka akan melafazkan Persetian Pengakap seperti berikut: On my honour, I promise that I will do my best: To do my duty to God, and to the lawfully constituted Government of Malaysia; To help other people at all times; To obey the Scouts'' Law.