You are on page 1of 6

MESYUARAT AGUNG KELAB GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG SESI 2012 / 2013

TARIKH MASA TEMPAT : 1 MAC 2012 : 1.00 PETANG : BILIK GERAKAN SKBBS

KEHADIRAN : seperti dalam lampiran

AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI 2.UCAPAN PENASIHAT 3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2011 4. PERKARA BERBANGKIT 5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN 6. PEMBUBARAN AJK KELAB GURU DAN KAKITANGAN SKBBS SESI 2011 7. PERLANTIKAN AJK KELAB GURU DAN KAKITANGAN SKBBS 2012 8. PERBAHASAN USUL 9.HAL- HAL LAIN 10. UCAPAN PENANGGUHAN

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG (SKBBS)

TARIKH MASA TEMPAT : :

1 MAC 2012 (KHAMIS) 1.00 3.40 PETANG BILIK GERAKAN SK BANDAR BARU SELAYANG 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

KEHADIRAN :

Seperti diLampiran 1

1.0

UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS ( KGK) 2011-2012 Encik Muzaffar bin Amir @ Musa, mengalu-alukan kehadiran guru-guru atas

kesudian menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Guru dan Kakitangan kali ini.

1.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas komitmen ahli jawatan kuasa dan kerjasama serta penglibatan guru-guru dalam menjayakan aktiviti-aktiviti KGK bagi tahun 2011-2012.

2.0

UCAPAN PENASIHAT 2.1 Guru Besar SKBBS, Encik Sharim bin Hashim, selaku penasihat Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada

AJK Kelab Guru dan Kakitangan 2011-2012. 2.2 Beliau juga berharap ahli-ahli dapat bekerja sama dan sama-sama menyokong segala aktiviti dan program yang bakal diadakan.

3.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB GURU DAN KAKITANGAN SESI 2011 3.1 Minit Mesyuarat Agung Kelab Guru dan Kakitangan Sesi 2011 diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

4.0

PERKARA BERBANGKIT 4.1 Perkara 9.1 Pihak pengurusan Bilik Data mengucapkan terima kasih dia atas sokongan ahli KGK. Wang sumbangan mencukupi untuk penyelenggaran perkakasan komputer di bilik tersebut.

5.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN SKBBS BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2011 5.1 Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS sesi 2011 yang berakhir pada 31 Disember 2011. 5.2 5.3 Baki wang KGK SKBBS sehingga 31 Disember 2011 sebanyak RM 1,015.07. Penama-penama berikut telah diberi tanggungjawab dalam urusan kewangan KGK SKBBS 2011 termasuklah menandatangani cek, iaitu: 5.3.1 Encik Muzaffar bin Amir @Musa Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS 2011 No. Kad Pengenalan : 690105-08-6287

5.3.2

Encik Ahmad Muhaimin bin Mahmood Setiausaha Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS 2011 No. Kad Pengenalan : 831019-14-6227

5.3.3

Encik Ahmad Sanusi bin Mohamad Bendahari Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS 2011 No. Kad Pengenalan : 771228-11-5521

6.0

PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN SKBBS SESI 2011 6.1 Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Kelab Guru SKBBS sesi 2011 tanpa pindaan

7.0

PEMBUBARAN JAWATAN KUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN SKBBS 7.1 Encik Muzaffar bin Amir @ Musa, selaku Pengerusi Kelab Guru Dan Kakitangan SKBBS 2011 membubarkan Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS 2011.

8.0

PERLANTIKAN JAWATANKUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN SKBBS SESI 2012 8.1 Mesyuarat bersetuju menerima pelantikan AJK Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS Sesi 2012 seperti berikut: : Puan Azlina binti Rahmat : Puan Rehaida binti Mansor : Puan Azlyna binti Abdul Razak : Puan Norazam binti Mohd. Taib :Puan Hamidah binti Yeop Nazri :1. Cik Nor Amira binti Akashah 2. Puan Wan Noraini binti Wan Mat 3. Puan Wan Faizatul Akmar binti 4. Puan Noraishah binti Mat Hassan 5. Cik Nor Fadhilah Hanim bt. Awang@Ibrahim Pemeriksa Kira-kira 1 : Puan Norma binti Shukor Pemeriksa Kira-kira 2 : Puan Hasidah binti Yaacob

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari AJK

8.2

Sehubungan itu, penama-penama berikut diberi tanggungjawab dalam urusan- urusan kewangan termasuklan menandatangani cek, iaitu:

8.1.2

Puan Azlina binti Rahmat Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan 2012 No. Kad Pengenalan : 811113-10-5386

8.1.3

Puan Azlyna binti Abdul Razak Setiausaha Kelab Guru dan Kakitangan 2012 No. Kad Pengenalan : 690318-04-5032

8.1.4

Puan Hamidah binti Yeop Nazri Bendahari Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS 2012 No. Kad Pengenalan : 620330-08-5332

9.0

PERBAHASAN USUL Mesyuarat bersetuju menerima usul seperti berikut : 9.1 Anak-anak guru yang belajar di prasekolah, hanya boleh berada di bilik guru selepas waktu belajar dengan pengawasan ibu atau bapa mereka. Walau bagaimanapun, mereka perlu dinasihatkan untuk tidak mencari ibu bapa di kelas-kelas.

10.0

HAL-HAL LAIN 10.1 Kelab Guru dan Kakitangan menerima cadangan menyemak semula perlembagaan bagi menyediakan peruntukan untuk ahli, sama ada mendapat cucu pertama atau menantu pertama di sekolah ini. 10.2 KGT disyorkan supaya mengambil alih penjualan t-shirt sekolah, t-shirt rumah sukan dan seluar trek, serta buku kehadiran kokurikulum daripada pihak kedai buku.

10.3

Guru Besar menegaskan ibu bapa dilarang berjumpa anak mereka atau guru pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Pastikan ibu bapa telah berjumpa dengan pihak pentadbir terlebih dahulu.

11.0

UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKBBS Sesi 2012 memohon tunjuk ajar daripada guru-guru senior untuk memastikan aktiviti dan program yang dirancang dapat berjalan lancar. 11.2 Beliau berharap sebarang program dan aktiviti yang djalankan dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua ahli. 11.3 Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr serta ditangguhkan pada pukul 3.40 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

_________________________ (AZLYNA BINTI ADUL RAZAK) Setiausaha, Kelab Guru Dan Kakitangan SKBBS 2012

_______________________