You are on page 1of 31

EDU 3105

Zaman 19491969

Zaman 1970 -1979

Zaman 1990 Hingga Kini

Zaman 1980 -1989

BahanVisual

Bahan P/Dengar

MEDIA KOMUNIKASI

Radio Pendidikan

TV Pendidikan

-Perkembangan Bahan Visual dan Pandang Dengar Pengaruh teknologi pendidikan bermula dengan penggunaan bahan visual seperti gambar, carta dinding, peta, glob, bahan relia, model-model dan bahan terbuang. Di samping itu, papan hitam, papan flannel, papan kenyataan dan papan magnet merupakan alat-alat utama bagi menyampaikan pengajaran manakala para pelajar pula menggunakan papan batu dan bahan-bahan bercetak untuk pembelajaran. Kemudian alat pandang dengar seperti projektor 16mm telah mula digunakan terutamanya selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Penggunaan alat pandang dengar bermula pada awal tahun 1950-an iaitu setelah tertubuhnya sebuah Jawatankuasa Alat Pandang Dengar (APD) peringkat persekutuan pada tahun 1949 dan Jawatankuasa Alat Pandang Dengar peringkat negeri pada tahun 1959.

Objektif utama jawatankuasa APD ialah merangsang sekolah menggunakan APD. Pusat-pusat APD negeri ditadbir oleh Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran yang kemudiannya telah menubuhkan pula beberapa buah pusat APD daerah.
Pusat APD daerah ditubuhkan untuk membekalkan perkhidmatan APD kepada sekolah-sekolah kebangsaan yang terletak di kawasan luar Bandar. Terdapat sebanyak 202 buah pusat APD daerah di seluruh negara ketika itu. Pusat-pusat ini sama ada di peringkat negeri atau pun daerah telah dibekalkan dengan alat-alat dan bahan-bahan bantuan mengajar untuk membantu guru dalam pengajaran. Guru APD juga telah dilatih khusus di Maktab Perguruan Ilmu Khas untuk mengurus pusat APD daerah. Kursus APD telah diperkenalkan pada tahun 1960.

Pada tahun 1967 pusat APD kebangsaan telah ditubuhkan. Peranan utama pusat ini ialah memberi khidmat dan kemudahan di dalam kesemua bidang pendidikan APD. Dalam tahun yang sama, pusat ini telah menerbitkan majalah APD dua kali setahun. Jurnal ini pada mulanya diterbitkan dalam dwibahasa dan merupakan bahan bacaan utama dalam usaha memperkenal dan menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai APD. Siaran radio ke sekolah bermula dalam tahun 1946, diterbitkan oleh Radio Malaya, Singapura tetapi perkhidmatannya telah diberhentikan pada tahun 1964. Perkhidmatan ditamatkan kerana keperluan pendidikan bagi Singapura dan Malaysia tidak sama. Dalam tahun 1966 siaran radio ke sekolah-sekolah telah dilancarkan di bawah kelolaan Kementerian Penerangan dan Penyiaran dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Dalam tahun 1970 tugas ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran.(Yusup Hashim,1998).

Siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah bermula dalam bentuk projek perintis pada tahun 1965. Projek ini ialah mengenai pengajaran Sains untuk tingkatan satu dan empat. Ia merupakan projek usaha sama antara Kementerian Penerangan dengan Kementerian
Pelajaran.

Sejarah perkembangan APD di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan APD di United Kingdom (UK) dan Amerika. Pegawai pendidikan dan guru mendapat latihan dari UK dan Amerika. Tumpuan utama zaman ini ialah penggunaan APD visual tidak bergerak seperti gambar, slaid, poster dan carta dan bahan audio seperti radio dan tutur. Pusat-pusat APD di peringkat nasional, negeri dan daerah ditubuhkan untuk menyokong perkembangan bahan pandang dan dengar ini.

Zaman antara 1970 dan 1979 dipengaruhi oleh perkembangan media komunikasi atau media sebaran seperti radio dan televisyen. Tahun 1972 menyaksikan satu perkembangan yang sangat penting dalam sejarah perkembangan awal teknologi pendidikan di Malaysia.

Pada tahun ini Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan untuk menyelaras dan memantapkan perkhidmatan APD dan media komunikasi atau media sebaran am seperti radio dan televisyen ke sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan. Tiga unit utama iatu unit APD, Unit Radio Pendidikan dan Unit TV Pendidikan telah diletakkan di bawah satu bahagian di Kementerian Pelajaran iaitu bahagian PSP.

Di tiap-tiap negeri pula telah dilantik seorang pegawai PSP untuk menyelaraskan perkhidmatan APD, Radio dan TV Pendidikan di peringkat negeri.
Di sekolah pula dilantik seorang guru menjadi koordinator Radio dan TV Pendidikan untuk menyediakan kemudahan penggunaan APD dan siaran Radio dan TV Pendidikan

Fungsi utama Radio Pendidikan ialah membantu guru dalam pengajaran dengan menyediakan beberapa rancangan Radio Pendidikan siaran langsung beserta dengan nota guru. Untuk melaksanakan rancangan ini secara berkesan, masalah besar yang dihadapi ialah menyesuaikan jadual waktu sekolah dengan masa siaran. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan membekalkan sekolah dengan pita rakaman audio dan kaset kosong ke sekolah-sekolah untuk membuat rakaman rancangan Radio Pendidikan. Sebanyak 5100 perakam audio dan 10 pta audio kosong telah dibekalkan ke sekolah rendah (V. V. George & Adam Taib, 1980). Pita audio kosong itu juga telah digunakan bagi menghasilkan bahan-bahan audio setempat.

Siaran TV Pendidikan telah mula dilancarkan pada tahun1972 serentak dengan penubuhan PSP. Pada peringkat permulaan sebanyak enam siri program TV Pendidikan telah disiarkan untuk sekolah menengah. Sebagai permulaannya sebanyak 500 peti televisyen telah dibekalkan (Nurudin Jamin,1978).Sehingga tahun 1980, sebanyak 5500 set televisyen telah dibekalkan ke sekolah menengah dan rendah di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah 900 set dan di Sarawak sebanyak 1225 set (V.V. George & Adam Taib,1980).

Seperti siaran radio Pendidikan rancangan TV Pendidikan

juga mempunyai masalah yang sama iaitu menyelaraskan


rancangan dengan jadual waktu sekolah. Pada tahun 1981, sejumlah 94 buah alat perakam video (VCR) dan kaset

kosong (ada pita videoyang sudah dirakamkan) telah


dibekalkan ke sekolah-sekolah sebagai satu langkah mengatasi masalah tersebut. Pada tahun 1988 hampir kesemua sekolah menengah telah dibekalkan dengan sebuah alat perakam video.

Zaman 1980-an memperlihatkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber atau media pengajaran diikuti dengan perkembangan komputer dalam pendidikan. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilancarkan pada tahun 1983 dan kemudiannya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987 mengutamakan penggunaan pelbagai sumber dan kaedah pengajaran.

Kementerian Pendidikan melalui surat pekeliling bertarikh 1 Mac 1983 telah mencadangkan supaya, Pusat Sumber Sekolah digunakan secara rasmi untuk menggantikan istilah-istilah lain seperti perpustakaan sumber sekolah, pusat media sekolah, pusat resource sekolah, pusat alat pandang dengar sekolah dan sebagainya.(Kementerian Pendidikan ,1983). Penyelarasan ini bertujuan untuk mengintegrasikan perpustakaan ke dalam organisasi pusat sumber sekolah.

-Di peringkat negeri, pada peringkat awal empat buah Pusat Sumber Negeri (PSPN) telah ditubuhkan di Negeri Kedah (1982), Kelantan (1982), Pahang (1983) dan Terengganu (1984). -Negeri-negeri ini dipilih atas sebab taraf sosioekonominya yang rendah.(Hedberg,J.G, 1990). -Perancangan penubuhan PSPN di negerinegeri lain telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-95).

Di peringkat daerah pula telah dimulakan rancangan untuk membina Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) yang dibekalkan dengan alat dan bahan teknologi pendidikan di bawah peruntukan Bank Dunia ke-8 dan ke10. -PSPD mula ditubuhkan pada akhir tahun 1986 di seluruh Malaysia. -Pada 14 Ogos 1990, nama PSPD telah ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). -Sejumlah 350 PKG telah didirikan dalam Rancangan Malaysia Keenam.

Perkembangan seterusnya melibatkan penubuhan Unit Teknologi Pendidikan (UTP) di tiap-tiap Jabatan Pendidikan Negeri pada tahun 1982. -UTP ditubuhkan bagi menggantikan unit Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP). -Kemudiannya pada tahun 1987, UTP telah dicantum dan diserapkan pula ke dalam struktur organisasi PSPN sebagai usaha untuk mewujudkan satu rangkaian khidmat sokongan pendidikan yang kemas, teratur dan berkesan.

-Pada bulan Jun 1987 telah ditubuhkan Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM) yang mempunyai objektif secara umumnya meningkatkan peningkatan mutu teknologi pendidikan negara. -Pada 1 Januari 1988 nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan. -Dalam masa yang sama Unit Perpustakaan yang dulunya terletak di Bahagian Sekolah-sekolah telah diserapkan sebagai satu unit di bahagian Teknologi Pendidikan (Kementerian Pendidikan, 1988).

-Komputer mula digunakan seawall tahun 60-an dalam bentuk rangka utama (main frame) oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (Hashim,1984). -Namun ianya sangat besar,mahal,menggunakan kuasa elektrik yang tinggi dan sukar untuk dioperasikan dan hanya sesuai untuk memproses data untuk kegunaan pentadbiran dan pengurusan pendidikan.

-Komputer mikro mula diperkenal di sekolah- sekolah pada awal 1980-an dan yang terbatas untuk kegunaan membuat inventori dan mengumpul data murid. -Pada tahun 1981, Kementerian Pendidikan telah menggalakkan sekolah menubuhkan kelab komputer secara sukarela. -Mengikut laporan Kementerian Pendidikan dalam tahun 1995 terdapat 1200 kelab komputer sekolah di seluruh Malaysia. Kursus dan latihan juga dibekalkan kepada guruguru bagi menguruskan kelab komputer di sekolah. -Disamping itu guru-guru ini juga akan ditugaskan mengajar mata pelajaran Pengenalan Kepada Komputer yang telah diperkenalkan dalam tahun 1986.

-Program Literasi Komputer telah diperkenal untuk meningkatkan kemahiran asas perisian, pengendalian perkakasan komputer serta untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.
-Projek rintis di 20 buah sekolah di mana pengenalan kepada komputer telah diajar secara formal kepada pelajar tingkatan empat telah dijalankan pada tahun 1986.(Omar,1986). -Hasil daripada projek perintis ini pelajaran literasi komputer telah diperkenalkan di 60 buah sekolah pada tahun 1992. Ini diikuti dengan pengenalan program CAI (Computer-Assisted Instruction) atau pengajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994.

Kementerian Pendidikan telah mewujudkan program jaringan pendidikan pada tahun 1995 dan usaha ini diikuti dengan memperkenalkan mata pelajaran pengajian komputer dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan mata pelajaran pengkomputeran dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia mulai tahun 1997.

-Pusat Sumber Elektronik (PSE) pula mula dilancarkan pada 18 Mac 1996 di Sek. Men. Ahmad, Pekan, Pahang, oleh Dato Seri Najib Tun Razak. -Ianya mempunyai rangkaian Munsyi di mana 14 buah sekolah menengah di setiap negeri dipilih dan dimajukan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad. -PSE terbahagi kepada empat komponen utama iaitu Pengurusan Pusat Sumber, Bahan Multimedia, Perhubungan elektronik (e-mail) dan pengurusan perisian biasa. -PSE mengutamakan penggunaan multimedia seperti cakera liut, komputer dan pengimbas bagi memenuhi keperluan era teknologi maklumat (IT) masa kini.

-Salah satu aplikasi khusus dalam Koridor raya Multimedia (MSC) adalah penubuhan Sekolah Bestari yang mula beroperasi pada Januari 1999. -Sekolah Bestari merupakan sebuah kompleks yang dibina lengkap dengan kemudahan rangkaian setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN) untuk membolehkan perkongsian maklumat melalui sidang video, mel elektronik dan pangkalan data setempat. -Kerajaan mensasarkan agar sekolah Bestari berfungsi sebagai paksi membentuk minda generasi mendatang menangani cabaran era IT.

-Dengan perkembangan pantas era globalisasi dan IT ,teknologi maklumat diperlukan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran dan membantu masalah kekurangan guru. -Dengan kemudahan komunikasi yang membolehkan maklumat diakses begitu mudah dari mana-mana penjuru dunia, kurikulum pendidikan telah digubal semula dan disesuaikan dengan era semasa yang turut memberi laluan kepada ICT.