You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU, 28700 BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR.

Telefon Fax Email : : : 09-2201312 09-2201314 cba0019skbp@gmail.com

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2014

Tarikh Hari Tempat Masa Kehadiran

: 31 Disember 2013 : Selasa : Bilik KSSR : 9.20 pagi 10.15 pagi : Hadir: 1. En. Tuan Ab Aziz Bin Tuan Abdullah (Guru Besar) 2. Pn. Saedah Binti Daud 3. Pn. Suziana Binti Noor Mohamed 4. Pn. Rudzilah Binti Ghazali 5. Pn. Hafiza Binti 6. En. Saifulraizal Bin Ujang

Agenda: 1. Ucapan Aluan Pengerusi (Pn. Saedah Binti Daud) 1.1 Bagi mendapatkan keberkatan, mesyuarat pada hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. 1.2 1.3 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang terlibat. Semua ahli panitia matematik di harap dapat memberikan kerjasama dengan sebaik mungkin dan dapat menyumbangkan idea-idea baru bagi

mempertingkatkan pencapaian dan kecemerlangan Matematik. 1.4 Memperkenalkan guru Matematik baru iaitu Pn. Faiza Binti Mohd Rasip dari SK Tun Fatimah. 2. Ucapan Guru Besar (En. Tuan Ab Aziz Bin Tuan Abdullah) 2.1 Ucapan tahniah di atas kecemerlangan UPSR bagi tahun 2012 dan 2013 kerana telah mencapai peratus kelulusan yang tinggi iaitu 90% ke atas. TAHUN 2012 2013 PERATUS LULUS 92.6% 90.59%

2.2

Ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pn. Norzaidah Binti Ismail kerana telah berjaya memartabatkan matematik kearah yang lebih cemerlang menerusi program-program matematik yang telah dijalankan oleh beliau.

2.3

Pn Faiza Binti Mohd Rasip yang telah menggantikan Pn. Norzaidah Binti Ismail diharap dapat memberikan komitmen yang setanding atau lebih baik daripada beliau.

2.4

Semua guru Matematik perlu berusaha lebih lebih gigih memandangkan TOV bagi murid tahun 6 agak rendah iaitu peratus lulus hanya 58.76%.

2.5

Target cemerlang bagi UPSR 2014 adalah seramai 25 orang murid mendapat 5A.

3. UPSR 3013 3.1 Keputusan UPSR Tahun 2013 bagi matapelajaran Matematik. CALON 85 3.2 A 31 B 22 C 24 % LULUS 90.59 D 6 E 2 GPS 2.13

Faktor yang menyebabkan bilangan A semakin merosot berbanding tahun 2012 adalah kerana soalan kertas 1 lebih banyak melibatkan soalan KBAT dan aras sederhana. Murid masih belum dapat menguasai soalan KBAT dengan baik.

4. PKSR 3 2013 4.1 TOV & ETR bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 2014. TAHUN 6 TOV/ETR TOV ETR TOV ETR A 8 46 4 24 B 19 25 20 30 C 30 21 36 33 %LULUS 58.76 92.93 68.97 100% D 33 7 26 E 7 1 3.00 GPS 3.12

5. Folio B Tahun 5 & Tahun 6 5.1 Folio B bagi murid Tahun 5 akan dibuat oleh guru Matematik tahun 5 berdasarkan keputusan PKSR. 5.2 Bagi murid Tahun 6, Kaedah Tulang Ikan akan diperkenalkan dan akan diadakan in house training bagi memastikan semua guru matematik lebih faham dan jelas mengenai kaedah yang baru diperkenalkan ini.

6. Rancangan Matematik 6.1

Pelajaran

Tahunan(RPT)

&

Rancangan

Pelajaran

Harian(RPH)

RPT & RPH boleh diambil daripada ahli panitia Matematik ataupun dimuat turun melalui email PPD iaitu kurikulumppdbentong@gmail.com dengan kata laluan ppdbtg123.

6.2

Format RPH bagi Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 (KSSR) Kelas/Masa: Matapelajaran: Tajuk: Standard Pembelajaran: Objektif Pembelajaran: Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran: EMK: BBB: Penilaian P&P/ Pentaksiran: Refleksi :

6.3

Format RPH bagi Tahun 5 dan Tahun 6 Kelas/ Masa: Matapelajaran: Tajuk: Bidang Pembelajaran: Objektif Pembelajaran: Hasil Pembelajaran: Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran: EMK: BBB: Refleksi:

7. Takwim Panitia Matematik 2014 Bulan Januari Aktiviti Mesyuaarat Panitia Matematik Kali pertama Penyediaan Sudut Matematik Dalam Kelas Kemaskini Bilik Matematik Program Bijak Sifir Program Jana Minda Februari Pelancaran Program Bijak Sifir dan Linus Jana Minda Mac Mesyuarat Panitia Kali Kedua Kelas Tambahan Matematik Tahun 6 Jana Minda April Program BijaK Sifir Kelas Tambahan Tahun 6 Jana Minda Mei Program Bijak Sifir Kelas Tambahan Tahun 6 Kem Kecemerlangan UPSR Klinik Matematik Jana Minda Jun Program Bijak Sifir Kelas Tambahan Tahun 6 Mesyuarat Panitia Kali Ketiga Klinik Matematik Jana Minda Julai Program Bijak Sifir Kelas Tambahan Tahun 6 Klinik Matematik Jana Minda Ogos Program Bijak Sifir Program Gerak Gempur UPSR Program 15 Minit Jawab Untuk Lulus Kelas Tambahan Tahun 6 Jana Minda September Program Bijak Sifir Jana Minda Oktober Program Selepas UPSR Tahun 6

8. Profil Mata Pelajaran 8.1 Semua guru Matematik perlu mengisi Profil Mata Pelajaran terutama Guru Tahun 6 8.2 Borang Bagi Profil Mata Pelajaran boleh diambil daripada GPK Pentadbiran untuk diisi.

9. Laporan KSSR 9.1 Semua Borang Transit mesti dimasukkan ke dalam fail peribadi guru dan diletakkan di bilik KSSR. 9.2 9.3 Urusan KSSR secara online akan mula beroperasi pada 1 April 2014. Pembentangan hasil Kursus KSSR Tahun 4 mengenai format penulisan RPH. (Rujuk Lampiran 1) 10. Laporan Pemulihan Khas 10.1 Senarai Nama Murid Pemulihan Khas Numerasi NAMA Nur Aleysa Balqis Bt Rosnata Muhammad Mazwa Fitri B Muhammad Hanif 3 TAHUN Wawasan

BIL 1. 2.

3 Wawasan

11. Standard Kecukupan Latihan 11.1 Kecukupan Latihan bagi kelas Bitara dan Intelek minimum 10 soalan dan kelas Wawasan minimum 5 soalan bergantung kepada situasi. 12. Hal-hal lain 12.1 Laporan Tahap Pencapaian murid bagi murid Tahun 4 KSSR mestilah diisi ke dalam Laporan Standard Prestasi 12.2 Diharap semua guru Tahun 6 dapat bersama-sama merancang dan

membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik bagi mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dalam UPSR 2014.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.

Disediakan oleh
.. (SUZIANA BINTI NOOR MOHAMED) Setiausaha Panitia Matematik SK Bukit Piatu

Disemak oleh ..
(SAEDAH BINTI DAUD) Ketua Panitia Matematik SK Bukit Piatu

Lampiran 1

RANCANGAN PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 4 Kelas : 4 Bitara Masa : 8.15 pagi 9.15 pagi Matapelajaran : Matematik Tajuk : Pecahan Standard Pembelajaran : 7.2 (i) (a) Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menambah hingga 3 pecahan wajar yang penyebutnya sama hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran : 1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pecahan wajar dan mengaitkannya dengan penambahan pecahan. 2. Guru membimbing murid menambah 2 pecahan wajar dengan penyebut sama menggunakan gambar rajah. 3. Murid menyatakan jawapan dalam pecahan termudah. 4. Murid menjawab soalan penambahan pecahan yang diberi oleh guru dengan menggunakan gambar rajah. 5. Guru membimbing murid menambah 2 pecahan wajar dengan penyebut sama menggunakan kaedah menambah pengangka. 6. Murid menjawab soalan di papan putih dengan bimbingan guru. 7. Guru membimbing murid menambah 3 pecahan wajar dengan penyebut sama menggunakan kaedah menambah pengangka. 8. Guru menegaskan semua jawapan mestilah dalam bentuk pecahan termudah atau pecahan wajar. 9. Murid menjawab lembaran kerja dengan bimbingan guru. EMK : Kreatif dan inovatif, TMK BBB : Persembahan Power Point, lembaran kerja Penilaian P&P/ Pentaksiran : Berdasarkan kepada keupayaan murid menambah hingga 3 pecahan wajar dengan penyebut sama. Refleksi : 30 murid telah menguasai kemahiran dan 4 murid belum menguasai kemahiran dan perlukan bimbingan. 4/34 murid menjalankan aktiviti pemulihan.