You are on page 1of 2

Laporan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun

Pada 20 Jun 2013, satu majlis Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun telah diadakan bertempat di Dewan Aminuddin Bakhi IPG Kampus Tuanku Bainun dengan tema "Guru Malaysia; 1 Aspirasi 1 Agenda". Tujuan utama majlis tersebut diadakan adalah untuk menghargai jasa-jasa pendidik di Institut terutamanya para pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada bakal-bakal guru di IPG Kampus Tuanku Bainun. Majlis bermula sebaik sahaja perarakan masuk oleh Tuan Haji Daud bin Md Saman selaku Pengarah IPG Kampus Darulaman diiringi oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Othman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Ketua-Ketua nJabata serta Pensyarah-pensyarah Kanan dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014. Majlis diteruskan dengan bacaan doa. Majlis disusuli dengan bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Perutusan YB Menteri Pelajaran pula dibacakan. Selesai bacaan perutusan, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Majlis kemuncak dijayakan dengan gimik perasmiaan Hari Guru sebagai tanda perhargaan kepada pihak pensyarah yang banyak mencurahkan ilmu. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar oleh kumpulan Qasidah. Persembahan koir juga dipersembahkan. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada pensyarah yang telah menang Majlis tamat pada jam 4.30 petang dan semua pelajar menjamah selera jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Institut.

Laporan disediakan oleh,

24 Jun 2013

................................................. (MONES NATCHIA RUBINI A/P THIGARAJAN) Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014 IPG Kampus Tuanku Bainun