You are on page 1of 5

Bincangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menerapkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan murid

sekolah anda

Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai pelbagai bangsa dan agama di negara kita. Rukun Negara digubal ekoran berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang telah menggugat keamanan dan keutuhan negara yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang dan memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dikalangan rakyat Malaysia. Amalan dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara di dalam jiwa rakyat Malaysia saban hari semakin terhakis kini. Tidak dinafikan setiap daripada kita tahu prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, tetapi tidak ramai yang memahami dan menghayati prinsip-prinsip tersebut. Oleh itu, semangat menjiwai prinsip-prinsip Rukun Negara seharusnya bermula sedari kecil lagi. Sekolah adalah medan untuk menyemai dan mendidik rakyat menghayati dan menghormati Rukun Negara secara langsung mahu pun tidak langsung. Pihak sekolah melaksanakan pelbagai usaha untuk menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan murid sekolah supaya mereka menghormati, memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip itu dalam kehidupan mereka. Antara usaha-usaha itu ialah: 1) Amalan Sekolah Penyayang

Konsep Sekolah Penyayang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Antara elemen penting untuk sekolah penyayang adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana kodusif dan baik akan menarik minat pelajar ke sekolah. Minda mereka dapat diisi dan dibina dengan unsure-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warganegara Malaysia yang membesar mengikut acuan kita sendiri. Guru-guru di minta mengamalkan menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah untuk mewujudkan hubungan yang erat antara satu sama lain. Ciri-ciri ini disokong oleh surat pekeliling Bil/2/1971 yang bertajuk Rukun Negara, dalam perkara 2 yang menekankan

Bincangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menerapkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan murid sekolah anda

bahawa setiap sekolah perlu menanamkan cita-cita unggul Rukun Negara ke dalam jiwa pelajar yang bertujuan memupuk semangat perpaduan antara pelajar dan mengeratkan hubungan antara satu ama lain untuk mewujudkan budaya penyayang di sekolah. 2) Penerapan nilai-nilai murni

Guru mata pelajaran Bahasa melayu telah menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya pelajar menghargai dan berbangga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa adalah alat perpaduan masyarakat Malaysia sebagaimana yang telah termaktub dalam prinsip Rukun Negara yang ketiga iaitu prinsip keluhuran perlembagaan. 3) Sambutan Hari Kemerdekaan (peringkat sekolah)

Setiap tahun pada bulan Ogos, pihak sekolah akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang bertujuan untuk menanamkan semangat patriotisme dalam diri pelajar. Pelbagai aktiviti melibatkan pelajar telah dilaksanakan seperti melukis poster, mewarna, nyanyian lagu-lagu patriotik dan Kuiz Kemerdekaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini membolehkan pihak sekolah menerapkan prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun negara. Semua aktiviti yang dijalankan ini boleh memupuk semangat patriotisme dikalangan pelajar agar cintakan negara. 4) Aktiviti Kokurikulum ( unit beruniform )

Di sekolah murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti unit beruniform sama ada Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Puteri Islam. Aktiviti ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan perkara-perkara yang bermatlamatkan melahirkan pelajar yang berdisiplin iaitu dari aspek ketatanegaraan, kerohanian, pengurusan dan gaya diri serta pendidikan moral. Kesemua aktiviti adalah untuk merealisasikan cita-cita dalam prinsip Rukun Negara yang ke lima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini yang menekankan tentang melahirkan insan

Bincangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menerapkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan murid sekolah anda yang bersopan-santun, menjaga tingkah laku, berkeperibadian mulia dan disegani supaya melahirkan masyarakat yang mementingkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum. 5) Program RIMUP

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu program yang berkonsepkan menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjassama murid dalam kegiatan khas. Pihak sekolah telah menjayakan program RIMUP ini dengan mengadakan acara sukaneka di antara sekolah SJKT Sir Chulan dan SJKC Chi Sheng pada 13 Februari 2013 yang lepas. Dalam sukaneka ini diharapkan agar konsep Integrasi Nasional dapat dihayati oleh kumpulan etnik yang terlibat. Setiap kaum perlu mengamalkan sikap bresedia untuk saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Matlamat program RIMUP ini tidak lain adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran pada masa akan datang. Kehendak ini selaras dengan amalan dalam prinsip Rukun Negara. 6) Perhimpunan mingguan

Pada setiap hari Isnin, perhimpunan mingguan telah diadakan di sekolah. Antara agenda untuk perhimpunan ini adalah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Sekolah. Semasa murid menyanyikan lagu Negara secara tidak langsung mendidik murid untuk menghormati lagu kebangsaan negara. Ini adalah antara usaha-usaha pihak sekolah untuk menerapkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara. Prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara yang hendak diterapkan telah diamalkan oleh pihak sekolah pada setiap kali perhimpunan diadakan. 7) Mematuhi peraturan sekolah

Di sekolah murid dikehendaki mamatuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan di sekolah. Patuh kepada peraturan ini adalah salah satu cara pihak sekolah lakukan untuk menerapkan unsur-unsur atau elemen prinsip Rukun Negara. Prinsip kedaulatan undang-undang mengariskan bahawa setiap rakyat harus mematuhi

Bincangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menerapkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan murid sekolah anda undang-undang yang ditetapkan supaya masyarakat boleh hidup aman dan stabil. Pematuhan murid terhadap peraturan yang terdapat di sekolah dapat melatih mereka untuk menjadi individu yang menghormati dan memelihara undang-undang supaya menjadi warganegara yang menghayati kedaulatan undang-undang. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah banyak melakukan pelbagai usaha untuk menerapkan prinsipprinsip Rukun Negara dalam diri setiap murid melalui pelbagai program dan aktiviti. Selain daripada itu, terdapat beberapa cadangan lain yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat tersebut. Antara usaha yang boleh diakukan adalah: 1) Ungkapan Rukun Negara

Ikrar atau ungkapan Rukun Negara boleh diperbanyakkan dan diletakkan di tempattempat serta laluan utama yang selalu diikuti dan menjadi tumpuan oleh warga sekolah seperti di pintu masuk pejabat sekolah, pusat sumber, laluan ilmu, pondok-pondok bacaan dan papan tanda. Ungkapan yang sentiasa di lihat di mana-mana sahaja menjadikan kita akan melekat dihati dan seterusnya dapat dihayati. 2) Bacaan ikrar

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan murid bersama-sama membacakan ikrar Rukun Negara sebagaimana amalan membaca doa sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Amalan yang kerap dilakukan menjadikan prinsip-prinsip yang Rukun Negara ini boleh diterapkan di dalam jiwa setiap murid dengan sebaiknya. 3) Menjiwai mata pelajaran Sivik dan kewarganegaraan

Panitia mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan boleh memainkan peranan untuk menerapkan semangat cintakan Rukun Negara dengan mengadakan pertandingan sajak, kuiz, membuat buku skrap dan keceriaan kelas yang bertemakan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Pertandingan seumpama ini menggalakkan murid untuk

Bincangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menerapkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan murid sekolah anda memahami dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan Rukun Negara. Secara tidak langsung murid diterapkan dengan nilai menghargai dan menghormati Rukun Negara.

4)

Kelab Rukun Negara

Kelab Rukun negara boleh diwujudkan di sekolah dan dilaksanakan aktivitinya semasa kegiatan kokurikulum. Dalam Kelab Rukun Negara ini membolehkan murid

menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Aktiviti-aktiviti seperti melukis mural, gotong-royong, lawatan ke rumah orang tua dan sebagainya. Walau apa pun pelbagai usaha telah di lakukan oleh pihak sekolah untuk menerapkan elemen dan matlamat prinsip Rukun Negara terhadap murid , namun jika prinsip ini tidak benar-benar dihayati dan diberi perhatian dibimbangi ianya hanya tinggal prinsip yang hanya meniti dibibir sahaja tanpa ada usaha untuk menghargainya sebagai ideologi yang membolehkan kita mencapai perpaduan pelbagai kaum, menghasilkan masyarakat yang adil yang boleh hidup dalam kemakmuran yang memelihara keamanan dan kesejahteraan. Oleh itu, hargailah nikmat keamanan dan perpaduan yang kita perolehi hari ini. Ini kerana, pepatah ada mengatakan untuk membina sesebuah tamadun itu tidak semudah meruntuhkannya.

10