You are on page 1of 2

By: Ira

Datin Salmah merasa kehilangan Helmi apabila tanaman bunga tidak terurus. Hayati pula tidak mahu bercakap dengan ibunya. Hayati amat kecewa apabila helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Namun Hayati menolak. Semasa pejalanan ke kampung dengan bas, Hilmi berpatah balik ke Kuala Lumpur. Dia bekerja di kios tempat jualan minyak. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Helmi sedih mendengar berita tentang Hayati daripada Pak Amat. Hilmi berjumpa semula dengan Encik Bakar. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar memberi dorongan kepada Helmi bahawa Helmi akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.