PENGGUNA DAN KEPENGGUNAAN LNS 1043

KUMPULAN D TAJUK: SEJAUHMANAKAH SERIUSNYA ISU PEMANASAN GLOBAL MEMBERI KESAN KEPADA PENGGUNA. _____________________________________________________________ NAMA PELAJAR: EDDIE LARRY LAIMIN MOHD TARMIZI BIN SHAARI MOHD SHAHREN BIN MAD YASIN MOHD SUHAIMI BIN MAT DIK MOHD SALAIHUDIN BIN MAT JUSOH

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

1

2.0 PENGENALAN KEPADA ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL
3.0 FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL 4.O KESAN-KESAN AKIBAT BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL KEPADA PENGGUNA. 5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMANASAN GLOBAL 6.0 ISU-ISU MENGENAI PEMANASAN GLOBAL YANG MENGANCAM MANUSIA DAN DUNIA. 7.0 PENUTUP

1-2

2-7

7-13

13-15

16-22

23

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Pada era globalisasi ini, kita didedahkan dengan isu dunia iaitu pemanasan global1 yang berlaku. Aktiviti-aktiviti manusia menghasilkan sebuah selimut yang besar untuk menutupi bumi kita. Selimut ini diperbuat daripada gas-gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang bertindak untuk meningkatkan suhu di permukaan bumi. Dalam erti kata lain, gas-gas tersebut akan memanaskan permukaan bumi. Mengikut pendapat Hare. T (1992, 4), pemanasan global merupakan kenaikan suhu bumi yang disebabkan oleh peningkatan paras gas-gas seperti karbon dioksida, metana dan lain-lain gas yang dibebaskan di atmosfera2. Menurut Laporan Perubahan Cuaca antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) merekodkan sejak tahun 1950-an suhu dunia mula meningkat satu darjah celcius sedekad dan tahun 1998 dianggap tahun paling panas di dunia. Hal ini disebabkan oleh kesan pengeluaran karbon dioksida yang meningkat di atmosfera dan dianggarkan 35 peratus lebih tinggi dalam tahun 2006 berbanding tahun 1990. Angka anggaran tersebut merupakan satu kadar pertumbuhan yang lebih cepat lagi daripada yang dijangka. Fenomena-fenomena yang berlaku kesan daripada pemanasan global menyumbangkan kepada perubahan iklim dunia. Aktiviti-aktiviti manusia merupakan faktor-faktor utama yang mengubah cuaca dan iklim dunia. Bukti-bukti perubahan iklim dunia seperti perubahan kandungan gas pencemar yang boleh menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau, perubahan suhu atmosfera dan suhu air lautan pada masa kini dan masa akan datang. Pemanasan global berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktorfaktor tersebut mendatangkan kesan-kesan negatif kepada pengguna atau manusia di muka bumu ini.. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengurangkan kesan pemanasan global.

1

Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh.
2

Hare. T (1992, 4), berpendapat bahawa pemanasan global merupakan kenaikan suhu bumi yang disebabkan oleh peningkatan paras gas-gas seperti karbon dioksida, metana dan lain-lain gas yang dibebaskan di atmosfera

2.0 PENGENALAN KEPADA ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng permasalahan ini. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta memakan masa yang panjang. Namun begitu, fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara. Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan sumber air. Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara di dunia.

3.0 FAKTOR-FAKTOR GLOBAL

MENYEBABKAN

BERLAKUNYA

PEMANASAN

Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa yang jelas bukti menunjukkan bahawa perubahan iklim dan pemanasan global berpunca daripada aktiviti dan cara hidup manusia sendiri. Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan iklim global. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian,

perkilangan dan pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan iklim sejagat. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia. Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.

Negara Malaysia Thailand Australia Jepun Amerika Syarikat

Tahun 1990 1994 1990 1990 1990 1994 1990 1994

Pembebasan gas-rumah hijau (juta tan) 138.0 144.0 225.0 572.0 1,215.9 1,276.1 5,895.9 6130.8

Pembebasan gas rumah hijau oleh negara-negara terpilih Sumber: Malaysia Initial National Communication (INC), 2000

Mengikut pendapat John Mike Wallace ahli pengkaji Sains Atmosfera, Berita Harian (2006, 2) berpendapat pemanasan global berlaku disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Salah satu punca tersebut ialah kepadatan bandar. Aktiviti pembandaran telah mengubah sifat-sifat fizikal permukaan bumi yang ditutupi oleh tumbuhan hijau. Contohnya, dengan pembinaan bangunan, jalan raya, padang golf, tempat letak kereta dan kemudahan lain akan menyebabkan keupayaan permukaan bandar menyerap dan menyimpan haba bertambah. Dengan perubahan pola tersebut menyebabkan suhu di kawasan bandar menjadi panas. Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di bandar juga menyebabkan udara menjadi panas akibat proses sejatan berkurangan. Hal ini mengganggu proses sejatan yang berperanan untuk memindahkan haba dari udara, di mana proses sejatan bertindak sebagai ‘penyejuk’ di permukaan bumi. Haba yang sepatutnya digunakan untuk sejatan sekarang digunakan untuk memanaskan bumi. Pembinaan bangunan berkaca seperti seni bina bangunan pencakar langit dan berkaca menjadi pilihan di bandar-bandar (Sham Sani, 1982: 3-5). Fenomena tersebut menyebabkan berlakunya pancaran gelombang panjang yang menyebabkan bangunan di bandar menyerap haba yang meningkatkan suhu di kawasan tersebut. Ketiadaan pokokpokok di bandar menyebabkan proses pantulan tidak berlaku bagi mengurangkan pancaran gelombang panjang yang diserap oleh permukaan bumi. Hal ini disebabkan

oleh aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam keseimbangan alam sekitar. Kemusnahan ekosistem adalah disebabkan oleh kurangnya pokok-pokok. Aktiviti-aktiviti manusia berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia. Hal ini telah menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini. Selain itu, pembebasan gas-gas seperti Kloroflorokarbon (CFC) juga merupakan punca-punca berlakunya pemanasan global. Ozon tertumpu di bawah lapisan stratosfera di antara 15 kilometer dan 30 kilometer di atas atmosfera permukaan bumi yang dikenali sebagai ‘lapisan ozon’. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera merupakan agen utama penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari (di ambil daripada http:// planet.time.net.my). Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah penggunaan gas seperti Kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. Kerosakan lapisan ozon dipercayai disebabkan oleh penggunaan gas buatan manusia, iaitu hidrokarbon di Halogenate yang sangat stabil dan boleh sampai pada lapisan ozon. Hidrokarbon bertindak sebagai agen yang menghuraikan molekul ozon dan menghasilkan klorin. Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan Kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penipisan lapisan ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. Gas CFC digunakan dengan pelbagai cara sama ada dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa atau bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik di kawasan beriklim panas (Banda Ak Notem, 2002: 9). Molekul CFC terurai setelah bertindak balas dengan sinaran UV dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk menipiskan ozon dan menghasilkan lubang ozon. Hayat bagi gas CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum boleh dihapuskan. Aktiviti manusia berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia yang telah menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini.

Aktiviti pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak petroleum dan gas asli turut menyumbang berlaku pemanasan global terutamanya dalam sektor pengangkutan, kilang-kilang perindustrian dan stesen janakuasa untuk menghasilkan haba dan tenaga. Bahan ini disebut bahan api fosil kerana telah dibentuk daripada sisasisa tumbuhan dan haiwan yang tertimbus di dalam tanah untuk jangka masa berjuta-juta tahun dahulu. Bahan api fosil ini mengandungi jumlah karbon yang banyak. Sektor perindusrian dan pengangkutan banyak mengeluarkan gas seperti sulfur dioksida, oksida nitrogen, asap, habuk, debu dan karbon monoksida. Pengeluaran bahan pencemar ini menyebabkan pencemaran udara, perubahan terhadap unsur cuaca dan iklim dan menggalakkan wujudnya pulau haba Bandar (Mohd Zuhdi Marsuki Dan Amer Saifude Ghazali, 2002: 209). Hal ini akan menyebabkan iklim di Bandar jauh lebih berbeza iaitu lebih panas berbanding iklim di desa. Dengan itu, gas-gas yang terbebas di atmosfera ini mula mengalami beberapa perubahan kimia dan boleh menyebabkan berlakunya kesan ke atas rumah hijau. Peningkatan kawasan industri dalam negara juga menjadi penyumbang kepada perubahan iklim. Gas-gas yang dibebaskan ke udara akan menyebabkan berlaku gangguan terhadap sistem atmosfera dan seterusnya berlaku perubahan iklim. Lantas keupayaan gas rumah hijau menyerap haba ini akhirnya menyebabkan haba yang sepatutnya dibebaskan keluar ke atmosfera terperangkap di atmosfera. Aktiviti manusia berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia yang telah menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini. Selain itu, pemanasan global juga disebabkan oleh aktiviti penebangan dan pembakaran hutan oleh manusia. Aktiviti manusia sangat menpengaruhi perubahan iklim yang negatif. Aktiviti penyahutanan yang dijalankan untuk pelbagai tujuan seperti petempatan, pertanian, pembandaran dan sebagainya. Aktiviti penyahutanan dalam sektor pertanian khususnya, melibatkan pembakaran hutan secara besar - besaran telah menyumbang kepada masalah jerebu yang sekali gus mengganggu sistem atmosfera (Abibullah Haji Samsudin, 1994: 97). Jerebu ini mengganggu sistem atmosfera apabila peratusan kelembapan dalam udara berkurang akibat tumbuhan yang tidak mampu lagi menjalankan proses transpirasi seterusnya mengurangkan jumlah hujan tahunan bagi menyeimbangkan keadaan suhu di bumi. Apabila berlakunya penebangan hutan, kadar

pertambahan gas karbon dioksida di atmosfera mulai berkurangan. Hal ini kerana, tumbuhan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis yang bertindak sebagai agen untuk menukar karbon dioksida bagi mengimbangi gas karbon dioksida di udara. Karbon dioksida ini bertindak sebagai penyerap haba di atmosfera. Apabila berlakunya penyerapan haba ini menyebabkan kelembapan udara menjadi rendah dan seterusnya berlaku peningkatan suhu bumi. Selain itu, pembakaran terbuka secara besar-besaran akan membebaskan gas hidrokarbon dan metana yang boleh menyerap haba dan meningkatan suhu bumi. Ini akan menyebabkan berlakunya pertambahan gas-gas karbon dioksida di udara. Gas-gas ini berfungsi sebagai pemerangkap haba di ruang udara menyebabkan suhu di bumi meningkat. Aktiviti manusia berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia telah menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini. Selain faktor-faktor di atas, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah aktiviti penternakan. Penternakan juga menyumbang kepada peningkatan suhu global sehingga menyebabkan kejadian pemanasan global (Banda Ak Notem, 2002: 10). Aktiviti penternakan ini telah membebaskan dua gas utama yang terdiri daripada gas rumah hijau iaitu karbon dioksida dan metana. Setiap tahun aktiviti penternakan akan membebaskan 155 juta tan gas metana yang berbahaya ke atmosfera. Hal ini menyebabkan suhu dunia akan bertambah panas kerana satu molekul gas metana boleh memberi kesan pemanasan global sebanyak 25 kali ganda. Kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dari seluruh dunia mengenai aktiviti ini dan hasilnya mendapati bahawa 1.3 juta lembu yang terdapat diseluruh dunia merupakan penyumbang kepada 1 per 5 gas metana dalam udara di dunia. Apabila gas metana ini dibebaskan ke atmosfera suhu bumi akan turut meningkat. Hal ini kerana gas metana berperanan memerangkap haba di atmosfera dan proses tindakbalas ini memberi kesan kepada suhu di permukaan bumi. Malahan kandungan gas ini bakal meningkat dalam tempoh beberapa tahun lagi disebabkan oleh pertambahan bilangan ternakan lembu di dunia. Gas metana terhasil melalui najis lembu dan dibebaskan ke udara. Oleh itu, pertambahan bilangan ternakan lembu akan meningkatan lagi kandungan gas metana dalam udara. Maka keadaan bumi akan mengalami peningkatan suhu yang ketara dan memberi kesan kepada hidupan di

dunia. Aktiviti manusia berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia yang telah menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini (diambil daripada http://www.ivy.ory/documents/savs_plunst thm).

4.O

KESAN-KESAN

BERLAKUNYA

PEMANASAN

GLOBAL

KEPADA

PENGGUNA. Isu pemanasan global bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita pada hari ini. Pemanasan global sudah lama diperkatakan bukan sahaja di negara kita malah menjadi isu di seluruh dunia. Hal ini kerana kesan peningkatan suhu yang tidak bersifat tempatan sahaja tetapi dirasakan oleh komuniti global ataupun bersifat sejagat. Peningkat suhu dunia yang dikaitakan dengan aktiviti seharian manusia telah menyebabkan manusia sendiri merasakan bahangan atau kesan aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan ‘hutan batu’ dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi. Manusia merupakan pengguna yang secara lansung telah menerima kesan pemanasan global yang semakin membimbangkan. Perubahan iklim dunia dilihat mengancam keselamatan manusia dan negara iaitu dari aspek fizikal dan psikologi. Gabungan keduanya sudah tentu menimbulkan krisis kepada kesejahteraan rakyat, keselamatan dan ketenteraman awam, kestabilan politik serta keutuhan ekonomi sekiranya tidak diuruskan dengan baik. 4.1 Kesihatan Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.

Walaupun negara tidak mengalaminya secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yang berpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian. 4.2 Ekonomi Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat. Selain itu juga, keadaan kegawatan ekonomi yang berlaku akan menyebabkan pendapatan setiap isi rumah yang bertindak sebagai pengguna akan turut terjejas. Keadaan ekonomi yang lembab menyebabkan pengguna lebih hemat berbelanja untuk menghindari diri mereka terbeban dengan hutang. Aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini. Di Malaysia, bagaimanakah padi sebagai makanan ruji negara dapat dihasilkan sekiranya kemarau yang begitu lama kemudian diikuti hujan lebat yang tidak mengenal belas kasihan. Sumber makanan yang berkurangan akan menyumbang kepada inflasi yang tinggi seterusnya menggugat sektor ekonomi negara yang baru hendak mengukuhkan akarnya dan mencambahkan pucuknya. 4.3 Pendidikan

Peningkatan suhu dunia juga memberi kesan kepada pendidikan di mana masyarakat atau pengguna menjalankan aktiviti menuntut ilmu dalam kehidupan seharian. Kesan pemanasan global yang mengakibatkan kejadian banjir di sesuatu tempat mengakibatkan pusat pendidikan terpaksa ditutup buat sementara menunggu air surut. Kejadian banjir yang biasanya berlaku di kawasan-kawasan rendah apabila hujan lebat turun menyebabkan sekolah-sekolah yang di tenggelami air terpaksa membatalkan kelas harian dan ini akan menggangu sistem pembelajaran terutama anak-anak sekolah yang masih di bangku sekolah lagi. keadaan semakin getir lagi apabila kesan banjir yang disebabkan iklim yang tidak menentu melanda pada waktu peperiksaan. Pelajar terpaksa menumpang di sekolah lain dan hal ini akan menyukarkan para pelajar untuk berulang balik sekiranya jarak sekolah dengan kediaman mengambil jarak yang jauh. Selain itu, kejadian banjir juga seringkali mengakibatkan kerosakan kepada bangunan dan kemudahan di sesebuah sekolah. Kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi membaiki segala kerosakan yang diakibatkan oleh kejadian banjir bagi menyediakan kemudahan yang lengkap bagi pelajar. 4.4 Mobiliti penduduk Keadaan cuaca yang baik sudah tentu memudahkan pengguna untuk bergerak ke sesuatu tempat ke tempat yang lain. Pengguna juga bebas untuk melalukan aktiviti luar seperti riadah bersama-sama keluarga dan juga masyarakat lain. Namun kesan pemanasan global telah menyekat kebebasan pengguna untuk bebas bergerak ke mana-mana sahaja. Keadaan panas yang melampau menyebabkan pengguna tidak ingin keluar untuk beriadah ataupun bersiar-siar di tempat lain. Hal ini menyebabkan pengguna mejadi malas dan pasif untuk bersosial dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjoging, bersukan dan bersenam. Masyarakat juga begitu tawar melakukan aktiviti-aktiviti luar disebabkan keadaan panas yang boleh menyebabkan kulit menjadi gelap sekiranya terdedah dengan matahari. Disamping itu, keadaan panas juga menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti sukan komuniti dan khidmat

masyarakat. Program-program yang dianjurkan merupakan salah satu strategi mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat yang berbilang kaum dan disamping itu ada juga program-program yang dianjurkan bagi menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat seperti motivasi, bengkel dan ceramah berkaitan dengan penggunaan terutamanya pendidikan pengguna yang dilakukakan oleh Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan kurang mendapat sambutan daripada pengguna sendiri kerana mereka malas untuk berjalan disebabkan cuaca yang panas.

4.5 Kenaikan harga barangan Kesan pemanasan global secara tidak lansung mengakibatkan kenaikan harga bagi barang-barang keperluan harian pengguna. Kesan pemanasan global yang menyebabkan ketidakseimbangan iklim mengakibatkan kejadian banjir dan kemarau berlaku di kawasan-kawasan tertentu. Bencana alam yang menimpa telah menyebabkan harga barangan keperluan seperti beras, gula dan tepung naik secara mendadak di pasaran. Hal ini terjadi kerana banyak pengusaha-pengusaha dan pengeluar sumber utama produk tersebut turut dilanda dengan bencana alam yang menyebabkan sumber pengeluaran mereka terjejas. Kesukaran memperolehi sumber dan permintaan yang tinggi menyebabkan pengeluar menaikan harga sewenang-wenangnya demi untuk meraih keuntungan. Selain itu, kejadian banjir yang melanda sesuatu tempat menyebabkan pemborong tidak dapat menghatar barangan kepada peniaga yang dilanda banjir. Barang-barang harian yang dijual akan habis dijual kerana penduduk tidak mempunyai pilihan selain membeli dikedai yang berdekatan sahaja. Disamping itu, wujud juga amalan peniaga yang menapuk barangan dan mengenakan harga yang tinggi apabila stok barangan di kedai lain telah habis. Ketidak prihatinan peniaga yang menaikan harga barangan semasa pengguna dilanda dengan kesusahan sudah tentu menyukarkan lagi kehidupan para pengguna dengan kenaikan harga oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab.

4.6 Penyelewengan Kualiti dan harga barangan Kesan daripada pemanasan global juga memberikan peluang kepada para pengeluar dan peniaga menyeleweng sesuatu kualiti barangan untuk kegunaan para pengguna. Keadaan cuaca yang panas telah menimbulkan idea atau inspirasi seseorang usahawan untuk mengeluarkan barangan berkaitan dengan kosmetik bagi melindungi dan mencantikkan muka seseorang. Pelbagai janji dan kata-kata manis ditulis pada kotak setiap barangan yang dijual kepada para pengguna namun janji-janji tersebut hanya sebagai penarik atau iklan kepada para pengguna untuk membeli barangan keluaran mereka. Kita sering mendengar keluhan pengguna berkenaan dengan barangan kosmetik yang tidak memberikan sebarang kesan malah ada beberapa kes kerosakan pada muka selepas menggunakan barangan kosmetik. Pengguna hanya tahu untuk menggunakan sesuatu alat kosmetik tanpa adanya panduan daripada pihak-pihak yang pakar dalam bidang kosmetik dan ini menyebabkan pengguna tidak sedar akan kesan yang akan terjadi sekiranya bahan kosmetik tersebut tidak bersesuaian dengan kulit mereka. 4.7 Kesan terhadap kualiti alam sekitar Pemansan global mendatangkan banyak implikasi terhadap kehidupan manusia. Implikasi ini dapat dilihat melalui kualiti alam sekitar yang semakin menggugat kehidupan manusia sejagat. Pelepasan gas-gas karbon dioksida menyebabkan haba terperangkap di atmosfera bumi dan memberikan kesan terhadap alam sekitar terutama peningkatan suhu di permukaan bumi. Peningkatan suhu dipermukaan bumi menyebabkan suhu di kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan Bandar dan kawasan perindustrian lebih tinggi berbanding di kawasan seperti kampung dan tepi hutan dimana suhunya jauh berbeza dari kawasan Bandar. Peningkatan suhu di kawasan-kawasan bandar dan perindustrian sudah tentu menggangu kehidupan pengguna yang tinggal di kawasan yang panas. Pengguna tidak akan merasa selesa apabila diselubungi dengan keadaan panas setiap masa. Selain itu, pengguna juga terpaksa membeli alat kelengkapan rumah yang dapat mengurangkan

kesan suhu yang meningkat seperti kipas dan penghawa dingin. Hal ini sudah tentu membebankan para pengguna dalam menguruskan kos sara hidup yang tinggi di kawasan Bandar dan ditambah lagi dengan bayaran bil dan alat penghawa dingin yang tinggi. 4.8 Kesan Terhadap Kemudahan Awam Pemanasan global juga memberi kesan terhadap kemudahan awam yang telah disediakan. Kemudahan awam merupakan salah satu keperluan yang penting dalam kehidupan pengguna. Kemudahan awam seperti perkhidmatan bas, jalan raya, elektrik, air merupakan kemudahan asas dalam kehidupan masyarakat. Tanpa segala kemudahan ini, hidupan pengguna akan semakin sulit terutamanya penduduk di kawasan Bandar. Kesan pemanasan global yang mengakibatkan kemarau dan banjir menyebabkan kemudahan yang telah disediakan rosak dan ada yang musnah. Sebagai contoh banjir kilat yang berlaku di Johor pada penghujung 2006 ramai penduduk mengalami kerugian harta benda dan juga banyak infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan telah rosak. Kerosakan yang berlaku mengakibatkan kerugian kepada penduduk dan keadaan ini juga mengakibatkan aktiiviti harian penduduk juga turut terjejas. Selain itu, kerosakan ini akan memakan perbelanjaan yang banyak dan memakan masa yang lama untuk memulihkan segala kemudahan awam yang telah rosak. Kelewatan memperbaiki infrastruktur tersebut menyebabkan kehidupan penduduk yang berfungsi sebagai unit ekonomi dan sebagai pengguna akan terjejas. Pada masa yang sama,nMelati Mohd Ariff berpendapat pemanasan global berlaku telah mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap permukaan bumi. Salah satu kesan negatif pemanasan global terhadap permukaan bumi ialah berlakunya pencairan ais di kutub. Hal ini kerana, sejak revolusi perindustrian bermula pada awal kurun ke-16, perubahan iklim mula berlaku. Fenomena pencairan glasier berlaku di kutub disebabkan oleh kenaikan suhu dunia. Pemanasan global menyebabkan berlakunya pencairan glasier dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Malahan ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini semakin cepat dirasa apabila berlaku peningkatan air laut. Laporan Perubahan Cuaca antara Kerajaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) menyatakan bahawa paras laut akan meningkat 60 sentimeter (2 kaki) dalam tempoh 100 tahun. Dengan kehilangan sebahagian tudung Antartik, kita akan lihat peningkatan sebanyak 5 meter atau (16 kaki). Fenomena ini akan menenggelamkan pulau-pulau yang lebih rendah, dan beberapa tempat, seperti kenaikan 100 cm (40 inci) akan menenggelamkan 6 peratus daerah Belanda, 17,5 peratus daerah Bangladesh dan daerah lembah negara-negara lain. Fenomena tersebut akan menyebabkan sesetengah kawasan di muka bumi ini tidak dapat didiami oleh manusia. Mereka yang tinggal di kawasan tersebut terpaksa berpindah ke tempat-tempat lain. Kesemua kawasan daratan bumi yang rendah akan ditenggelami air. Sistem-sistem sungai akan diundurkan dan ombak laut menghampiri ke daratan. Kesan ini berlaku perlahan-lahan pada mulanya tetapi kemudian akan bertambah cepat sementara tudung-tudung ais ini mencair. Fenomena ini akan menyebabkan ketidakstabilan pada berat sistem daratan dan seterusnya meningkatkan tekanan ke atas sistem plat bumi yang menyokong daratan. Malahan tempat-tempat kediaman manusia akan di musnahkan akibat penenggelaman benua yang rendah berhampiran di kawasan pantai. Pemanasan global juga telah memberi kesan kepada perubahan iklim dunia iaitu arah angin menyebabkan berlaku bencana alam seperti ribut dan taufan. Kejadian iklim ekstrim seperti kejadian kemarau dan banjir berlaku tanpa diduga. El-Nino merujuk kepada kemarau manakala la-Nina adalah merujuk kepada banjir. El-Nino adalah fenomena semulajadi yang biasanya berlaku sekali dalam tiga hingga lima tahun. Misalnya El-Nino pernah berlaku di kawasan Asia Tenggara pada tahun 1997 hingga 1998 merupakan fenomena terburuk dalam tempoh 100 tahun. Keadaan ini menyebabkan keadaan imbangan air negatif iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun. El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhu lautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat khususnya di Asia Tenggara. Hal ini disebabkan hujan telah turun di lautan dan bukan di kawasan yang sepatutnya iaitu di daratan. Contohnya fenomena El-Nino menyebabkan sejumlah 265000 hektar hutan di Indonesia terbakar pada tahun 1997. Manakala La-Nina merupakan satu fenomena semulajadi yang

berlawanan dengan El-Nino. La-Nina pula merupakan fenomena yang membawa hujan lebat dan berkemungkinan boleh mengakibatkan banjir besar. Hal ini disebabkan kejatuhan suhu lautan Pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi relatif dengan bahagian daratan. Fenomena ini membolahkan angin bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap-wap air yang banyak untuk dilepaskan sebagai hujan. Contohnya banjir besar yang berlaku di Ecuador menyebabkan 97 orang mati dan kerugian lebih daripada RM 2.28 bilion. Ini merupakan banjir terburuk dalam sejarah Ecuador. Secara ringkasnya, kedua-dua fenomena ini berlaku mendatangkan kesan-kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar akibat kesan daripada pemanasan global yang berlaku. Malahan fenomena ini juga telah mengakibatkan kehilangan nyawa manusia dan harta benda (diambil daripada http://ms. wikipedia. org/wiki/Pemanasan_global). 5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMANASAN GLOBAL Mengikut pendapat Mohd Subhi Marssan merupakan guru dan penulis isu-isu geogafi, Berita Harian (2005: 10) berpendapat pemanasan global yang berlaku di dunia hari ini perlu diambil langkah segera bagi mengurangkan kesan negatif terhadap permukaan bumi. Salah satu langkah efektif tersebut ialah langkah Protokol Kyoto. Protol Kyoto ialah persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Cuaca (UNFCCC), yang diterima sejagat perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah hijau yang lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak jumlah atau menambah pembebasan gas tersebut yang menjadi punca gejala pemanasan global. Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 darjah celcius hingga 0.28 darjah celcius setahun sehingga tahun 2050. Nama rasmi protokol ini ialah “ Protokol Kyoto dalam rangka kerja PBB tentang perubahan iklim” yang telah dibentangkan di Jepun pada Disember 1997. Menurut kenyataan media Program Alam Sekitar Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Protol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2%

berbanding tahun 1990 (tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas rumah hijau jika tidak wujud protokol ini pada tahun 2010 ialah kirakira 29%). Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon(CFC), dan perfluorokarbon (PFC). Manakala tahap pengurangan pembebasan gas rumah hijau mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Russia dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10% untuk Britain. Persidangan rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), ini ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Peranan Protokol Kyoto ini berperanan bagi mengurangkan pembebasan gas-gas pencermar di atmosfera bagi mengatasi masalah pemanasan global yang berlaku pada hari ini (diambil daripada htpp://ms.wikipedia. org/wiki/protokol kyoto). Langkah yang seterusnya bagi mengatasi masalah pemanasan global ialah usahausaha pemeliharaan dan penanaman semula hutan. Mengikut Mohd subhi Marssan lagi usaha pemeliharaan dan penanaman semula hutan merupakan satu langkah efektif bagi mengurangkan kesan daripada pemanasan global, Berita Harian (2005, 6). Hutan sememangnya berperanan sebagai agen penyejuk suhu di atmosfera bumi. Fungsi utama hutan ialah mengurangkan kadar haba yang terdapat di atmosfera melalui proses sejatan. Kemusnahan hutan akibat aktiviti-aktiviti kerakusan manusia menyebabkan bumi menjadi semakin panas dan haba tersebut digunakan untuk memanaskan suhu di permukaan bumi. Peranan utama hutan adalah menyeimbangkan gas karbon dioksida yang dibebaskan di atmosfera. Hal ini kerana hutan menjalankan proses fotosintesis bagi membebaskan gas oksigen dan menggunakan gas karbon dioksida dalam menjalankan proses fotosintesis. Keseimbangan gas pencermar di atmosfera penting bagi mengatasi pertambahan gas-gas rumah hijau yang berperanan memanaskan permukaan bumi. Contohnya, di kawasan Asia Tenggara peratusan kawasan hutan disekitarnya adalah tinggi. Konsep Pembangunan Lestari merupakan langkah-langkah pembangunan yang berkonsepkan penjagaan alam sekitar iaitu penanaman tumbuh-tumbuhan hijau. Pembangunan berasaskan penjagaan alam sekitar penting bagi mengurangkan kesankesan kemusnahan alam sekitar yang boleh memberi kesan kepada hidupan di permukaan

bumi. Usaha kerajaan mengadakan kempen pendidikan “Penghijauan di Kawasan Bandar” merupakan langkah awal bagi membendung masalah pulau haba yang berlaku di bandar. Hal ini kerana faktor ketiadaan tumbuhan-tumbuhan di bandar menyebabkan suhu bandar lebih tinggi di kawasan luar bandar di antara 2 hingga 10 darjah celcius. Oleh itu, peranan tumbuh-tumbuhan amat penting bagi mengurangkan kadar peningkatan suhu di permukaan bumi. Pada masa yang sama, tahap kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia mengenai aspek penjagaan alam sekitar didapati masih rendah. Aktiviti dan cara hidup masyarakat Malaysia memerlukan perubahan terutamanya dari aspek menjaga dan memulihara alam sekitar. Langkah-langkah dan strategi yang diambil tidak bermakna sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada masyarakat sendiri. Peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat antaranya ialah:-

• • • • •

mengurangkan pembaziran sumber tenaga elektrik mengajar kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta impak menanam lebih banyak pokok sebagai sumber oksigen mengitar semula bahan terbuang. ·membantu Kerajaan dalam mengenalpasti pihak yang terlibat

dan kesan pemanasan global.

mencemarkan alam sekitar. Perubahan iklim dunia dan pemanasan global yang mengundang pelbagai permasalahan sewajarnya menyentap kesedaran semua manusia di seluruh dunia agar lebih menghargai alam sekitar. Walaupun negara berada dalam suasana yang aman, namun hakikatnya tanpa disedari, sebenarnya negara berhadapan dengan ‘peperangan’ yang mengancam keselamatan rakyat yang bernaung di bawahnya. Perubahan iklim global yang melanda dilihat merungkai kerakusan yang berpunca daripada manusia sendiri. Ini memerlukan usaha dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat dan juga

komuniti antarabangsa dalam memelihara alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

6.0 ISU-ISU PEMANASAN GLOBAL 6.1 Tangani fenomena pemanasan global, (ARKIB : 20/11/2007, Oleh Mohd. Subhi Marsan) Baru-baru ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal. Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal3. Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan ‘hutan batu’ dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi. Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan. Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut.
3

Namun demikian, jika kita kaji dan teliti

,Mohd. Subhi Marsan, ARKIB, Tangani fenomena pemanasan global , (2007)

sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini. Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara. Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun. Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali. Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global. Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan

tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal. Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang membuka mata banyak pihak di negara kita. Amaran- Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa. Umpama peribahasa, ‘sediakan payung sebelum hujan’ dan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara. Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar. Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya. Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.

Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahanbahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula. Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran. Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar. 6.2 Ahli sains ramal gelombang panas bakal landa dunia, (ARKIB : 03/02/2007) PARIS 2 Feb. – Anak cucu kita akan datang terpaksa hidup dalam suasana iklim tidak menentu dan menakutkan - gelombang panas, puting beliung, ribut kuat - akibat perubahan suhu dunia yang puncanya daripada perbuatan nenek moyang mereka sekarang. Laporan mengenai perubahan iklim yang dikeluarkan di sini hari ini meramalkan ribut tropika mirip malapetaka yang melanda New Orleans di Amerika Syarikat pada 2005 akan menjadi lebih kerap lagi. Perkara itu terkandung dalam Laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan buat kali keempat. Kali terakhir laporan itu dikeluarkan pada 2001.Laporan itu yang dibuat berdasarkan kajian 2,500 ahli sains daripada lebih 100 buah negara, menekankan, suhu di permukaan bumi dijangka meningkat antara 1.8 darjah Celsius kepada 4 darjah Celsius manakala paras laut pula dijangka naik antara 18 hingga 29 sentimeter menjelang 2100. Di Malaysia misalnya yang suhu maksimumnya dicatatkan 38 darjah Celsius, jika berlaku kenaikan kepada 4 darjah Celsius, ia akan berlaku gelombang panas. Fenomena itu akan menyebabkan banyak hidupan akan mati akibat kepanasan melampau. Meskipun tempoh jangkaan bencana yang disebutkan oleh laporan itu masih jauh, aktivis alam sekitar mengingatkan ia memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi kesannya pada bila-bila masa. Ahli-ahli sains juga meramalkan, ribut kencang, gelombang panas dan hujan lebat akan melanda dengan lebih dahsyat dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Laporan tersebut turut merumuskan pemanasan global 90 peratus berpunca daripada manusia dan tidak boleh dihalang selama beberapa abad akan datang. Sehubungan itu, dalam laporan itu, IPCC menyebut, pemanasan sepanjang seabad lalu “hampir 90 peratus pasti” disebabkan oleh aktiviti manusia. Laporan itu turut memberi amaran tentang kesan gas rumah hijau yang dikeluarkan ke atmosfera. Beberapa kumpulan pendesak alam sekitar, dalam reaksinya terhadap laporan yang mencemaskan itu menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menangani krisis itu. Kumpulan Greenpeace memberi amaran bahawa “pintu untuk bertindak semakin cepat tertutup.” WWF International dan Friends of the Earth pula merancang menggesa Kesatuan Eropah (EU) dalam satu sidang kemuncak bulan depan supaya memainkan peranan utama dalam usaha antarabangsa mengawal pengeluaran gas rumah hijau. 6.3 Fenomena ribut, kemarau, (Oleh ZULKIFLI YUSUP) SEJAK akhir-akhir ini kebimbangan kesan pemanasan dunia semakin menjadi kenyataan. Pada 26 Disember 1996, ribut tropika Greg yang lazimnya menjadi lemah apabila menghampiri garisan khatulistiwa telah melanda timur laut Sabah dan mengorbankan 170 nyawa. Pada 27 Disember 2001, negara sekali lagi dikejutkan apabila ribut tropika Vamei melanda selatan Johor, mengakibatkan tragedi tanah runtuh dan banjir lumpur di Gunung Pulai. Ini merupakan kali pertama ribut tropika Vamei tersasar jauh merentasi garisan khatulistiwa. Hujan lebat yang menyebabkan banjir 2006/07 juga dikaitkan dengan fenomena pemanasan dunia apabila berlakunya sistem tekanan udara rendah di ruang angkasa Johor. Ini menyebabkan monsun timur laut yang lazimnya membawa hujan di Pantai Timur menderu dengan lebih laju ke selatan Semenanjung dan membawa bersamanya hujan yang lebat4. Di rantau tropika, pemanasan global diramal menyebabkan berlakunya ribut yang lebih kerap dengan diselangi oleh tempoh kemarau lebih lama. Saiz ribut yang lebih besar dan semakin kerap berlaku dikhuatiri akan menjejas keupayaan struktur tebatan banjir seperti empangan dan benteng. Ini kerana struktur tebatan banjir, terutama yang telah lama dibina tidak mengambil kira fenomena perubahan cuaca. Oleh itu asas reka bentuk
4

Zulkifli Yusup, Fenomena ribut, kemarau, 1996.

banjir yang sedia ada perlu dikemas kini dengan mengambil kira ramalan ke atas ciri-ciri ribut pada masa akan datang. Namun dengan keadaan iklim yang semakin tidak menentu, kerja-kerja ramalan seperti ini akan lebih mencabar. Di kawasan rendah, seperti tadahan Batu Pahat pengaliran air larian permukaan ke hilir terganggu oleh kesan pasang surut air laut. Kesan banjir pada masa akan datang mungkin menjadi lebih buruk jika ramalan kenaikan aras air laut menjadi kenyataan. Meskipun kenaikan sebenar aras laut sukar diramal dengan tepat, pihak IPPC (Intergovernmental Panel on Climate Change) menjangkakan kenaikan 0.5m dalam tempoh satu dekad. Berbanding sebelumnya, banjir 2006/07 telah menyaksikan kenaikan paras air yang begitu cepat dengan kandungan lumpur atau enapan yang tinggi. Hal demikian boleh dikaitkan dengan aktiviti pembangunan dan penerokaan tanah. Kesan banjir boleh menjadi lebih serius dengan bertambahnya kawasan tidak telap apabila tumbuhan asal dibersihkan dan tanah dibangunkan untuk tujuan perbandaran, perumahan atau pertanian. Namun kesan ini boleh dikurangkan jika pembangunan tanah dilakukan secara terkawal dan mesra alam. Umpamanya kajian oleh Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia mendapati kesan banjir akan menjadi lebih mendadak apabila kawasan tidak telap dalam tadahan melebihi 20 peratus. Kesan aktiviti pertanian dan pembalakan juga akan dapat dikurangkan jika kawasan tidak telap dalam bentuk jalan ladang dan jalan hutan dapat dihadkan tidak melebihi 8 peratus. Masalah hakisan di tapak-tapak pembinaan dan kawasan pertanian masih agak berleluasa. Tanah yang gondol lebih terdedah kepada impak titisan hujan dan hakisan air larian permukaan. Ini menyebabkan permukaan tanah menjadi semakin mampat dan seterusnya menjana lebih banyak air larian permukaan. Akibatnya, lebih banyak keladak dan enapan memasuki sistem saliran. Untuk jangka masa yang lama, kesan kumulatif enapan, terutama di bahagian hilir menjadi lebih ketara. Antaranya, ia akan mengurangkan kapasiti sungai untuk mengalirkan air ke muara. Pada masa yang sama , kerja pemantauan bagi projek pembangunan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan strategi dan garis panduan yang menekankan keperluan mengawal banjir di punca. Antara lain, pemaju dikehendaki

membina kolam takungan atau kolam tahanan untuk menyimpan lebihan air larian semasa kejadian ribut. Garis panduan yang dikenali sebagai Manual Saliran Mesra Alam (MaSMA) ini telah dilancarkan pada tahun 2000. Meskipun MaSMA mengandungi garis panduan yang komprehensif, perlaksanaannya memerlukan komitmen dan sokongan dari semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan dan pemaju hartanah. Dalam hal ini pemaju boleh melaksanakan konsep pembangunan lestari. Dengan kuasa membeli yang semakin bertambah, pembeli kini sanggup membayar harga yang lebih untuk mendapat hartanah yang mesra alam. Trend ini harus digarap oleh pemaju hartanah umpamanya dengan menampilkan imej air seperti tasik dan sungai dalam konsep pembangunan hartanahnya. Jika diadun dengan bijak, imej air ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kesan banjir malah dapat meningkatkan nilai hartanah. Di Batu Pahat, banjir mengambil masa yang cukup lama untuk surut. Pada umumnya tadahan Batu Pahat mempunyai topografi yang landai. Adalah menarik untuk membincangkan kesan banjir di Batu Pahat dari sudut pembangunan tanah. Sebahagian besar tadahan Batu Pahat asalnya diliputi oleh hutan paya gambut. Tanah gambut mengandungi lebih 90 peratus bahan organik dan mempunyai keupayaan menyerap air yang sangat tinggi. Hutan paya gambut juga berfungsi mengurangkan kesan banjir dengan melambatkan pergerakan air ke hilir. Dalam tahun 70-an, hampir kesemua hutan paya gambut di Batu Pahat telah diterokai dan dimajukan melalui Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Johor Barat. Terusan dan parit telah dibina dengan banyaknya untuk mengalirkan air dan merendahkan aras air bumi agar sesuai untuk tanaman. Akibatnya tanah gambut yang sebelum ini sentiasa ditenggelami air terdedah kepada udara. Ini menyebabkan tanah gambut mengalami proses pereputan, pengoksidaan dan larut resap. Kesan jangka panjang proses ini ialah berlakunya pemendapan tanah. Bergantung kepada lokasi, pemendapan, antara satu hingga tiga meter telah dilaporkan berlaku. Akibatnya topografi tadahan Batu Pahat hari ini menjadi lebih rendah dari topografi asal sebelum tahun 70-an. Oleh itu adalah penting untuk mengambil kira faktor pemendapan tanah dan kenaikan aras air laut dalam menyediakan strategi kawalan banjir di tadahan Batu Pahat. Pengurusan saliran dan sungai juga memerlukan paradigma baru dalam menangani masalah banjir. Anak sungai dan parit terutamanya di bahagian hulu harus

diurus secara tabii. Amalan melurus dan membersih sungai semasa musim banjir tidak semestinya membantu mengurangkan kesan banjir. Pendekatan pengenyahan pantas (rapid disposal) air sungai mungkin boleh menyelesaikan masalah banjir di bahagian hulu tadahan tetapi akan mempercepatkan lagi aliran ke bahagian hilir. Akibatnya air banjir akan cepat meluru ke kawasan rendah di hilir. Sebaliknya saliran yang diurus secara tabii, dengan membiarkan pokok-pokok akuatik tumbuh dan membesar di dalamnya boleh membantu melambatkan pergerakan air ke hilir. Strategi ini akan lebih berkesan jika digabungkan dengan tanah bencah (wetlands). Di beberapa negara maju seperti Jepun, Korea dan Denmark amalan ini bukan suatu yang janggal, malah telah terbukti berkesan dalam mengawal banjir dan mengembalikan semula habitat akuatik. Di hilir tadahan pula, kerja-kerja membersih dan mendalamkan saliran sebelum musim banjir tiba boleh diteruskan. Secara umumnya kaedah kejuruteraan dan pemuliharaan ekosistem perlu digabungkan. Kita juga harus merumus pelan tindakan kecemasan banjir untuk setiap tadahan yang mempunyai risiko banjir. Strategi pengurusan dan pencegahan banjir juga harus mengambil kira persediaan menghadapi musim kemarau dengan mengoptimumkan sumber air. Objektifnya ialah untuk mengurangkan kerosakan semasa air berlebihan dan memastikan bekalan yang mencukupi semasa musim kemarau.

7.0 KESIMPULAN Peningkatan suhu dunia sejak akhir-akhir ini telah banyak menimbulkan masalah kepada kehidupan di muka bumi ini samada manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Keadaan ini mengikut kajian para saintis adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia yang merupakan ejen utama yang menyumbang kepada berlakunya pemanasan global pada masa kini. Oleh itu, fenomena pemanasan global ini adalah merupakan satu bentuk fenomena alam yang tidak harus dipandang remeh oleh semua masyarakat. Hal ini kerana kita mesti memikirkan kesan yang mungkin akan dihadapi akibat daripada fenomena ini. Timbul persoalan adakah kita mahu generasi kita akan datang hidup dalam keadaan yang tidak selesa akibat peningkatan suhu bumi yang disebabkan oleh kejadian fenomena pemanasan global. Sudah tentu, kita tidak mahu perkara seperti ini terjadi. Manusia tentu akan menanggung pelbagai kesan pemanasan iklim global ini seperti kesan yang telah dialami sekarang, ditambah dengan fenomena cuaca dan keadaan iklim melampau yang semakin kerap berlaku. Jelas bahawa jika karbon dioksida terus bertambah di dalam atmosfera, maka seluruh dunia akan menjadi lebih panas dan keadaan ini akan lebih kuat dirasai di garisan lintang tinggi. Ada kemungkinan kumpulan ais artik dan beberapa lapisan ais kebendaan akan menjadi cair. Oleh itu langkah yang wajar dan sesuai harus diambil segera yang mungkin bagi mengurangkan fenomena ini daripada terus berlaku. Langkah tersebut hendaklah dapat memberi kesedaran kepada semua masyarakat dunia yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini kerana faktor-faktor manusia merupakan faktor utama yang menyumbangkan kepada berlakunya pemanasan global. Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga alam sekitar daripada terus terancam bagi menjaga kesejahteraan hidup generasi akan datang.

RUJUKAN Abidullah Haji Samsudin. 1994. Isu-Isu Semasa Dalam Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Banda Ak Notem. 2002. Seminar Pemanasan Global, Punca Dan Kesannya Terhadap Ekosistem dan Kehidupan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Hare T. 1992. Selamatkan Bumi Kita, Kesan Rumah Hijau: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. John Mike Wallace. (2006, Jun 23). Suhu Terpanas Sejak 2,000 Tahun: Kegiatan Melampau Manusia punca Cuaca tak Menentu. Berita Harian. Halaman 2. Mohd Zuhdi Marsuki Dan Amer Saifude Ghazali. 2002. Etika Alam Sekitar Daripada Perspektif Islam timur Barat: PTS Publications Dan distributors Sdn. Bhd. Protokol Kyoto (2008). Di perolehi pada Febuari 21, 2008 daripada

Http://id.wikipedia.org/wiki/Protokol_Kyoto. Penipisan Lapisan Ozon (2008). Di perolehi pada Febuari 21, 2008 daripada Http://planet.time.net.my. Pemanasan Global (2008 ). Diperolehi pada Februari 21, 2008 daripada Http://www.ivy.ory/documents/savs_plunst thm. Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim bandar Dan Pencemaran Udara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful