SEJARAH TINGKATAN 5

• KONSEP KERAJAAN PERSEKUTUAN

NEGARA PERSEKUTUAN
-Memuatkan bidang kuasa persekutuan iaitu hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. -Senarai negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada negeri iaitu kerajaan negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya. -Senarai bersama pula menurunkan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

PERSEKUTUAN
• Merupakan satu kaedah menyatupadukan
pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan. • Hubungan baik antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri haruslah dipelihara. • Hubungan baik antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan ngegeri perlu sentiasa dipupuk untuk menjamin keharmonian. • Pemimpin atau rakyat mestilah sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama.

KERAJAAN PERSEKUTUAN Kuasa eksekutif bagi kerajaan persekutuan terletak pada YDPA.  Kabinet atau jemaah menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA.  Jemaah menteri diketuai oleh seorang perdana menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.

KERAJAAN NEGERI
 

Kuasa eksekutif terletak pada raja/sultan/YDPN. Menteri besar atau ketua menteri dilantik oleh raja/YDPN daripada kalangan ahli DUN. Urusan pentadbiran peringkat negeri terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan Malaysia ( Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( EXCO ) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan ( ex-officio )iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta Penasihat Undang-undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.