You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU SELANGOR BIL 1/2013 TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : : 17 JANUARI 2013 KHAMIS 2.15 PM BILIK MESYUARAT SK BANDAR BARU BATANG KALI

KEHADIRAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. En. Mohd Hafiz Bin Md. Sharif Isnayani Zulkapli Zubaidah bt Mohd Nor Siti Norsilah M. Salleh Maznah Bt Hamat Nur Fariq Iskandar Nurul Baizura Bt Hamzah Noorsafariah Bt Bokhari Arul Selvi a/p Durar Raj Rizwatul Azlina Bt Mohd Zahri Israhana Bt Mohd Shahril Norashidah Bt Zainal Rashid Azlina Bt Amat Yasin Hapsah bt. Munjiat Yuhaila bt. Mat Yusop Syuhaidah Bt. Salim Nurbayni bt Yusof Vimala a/p Raman Amran Bt Jusoh Mohamed Nayan B Mohamed Nik Fazila Bt Nik Mohamad Fathil Rosmaizatul Akma Bt Ismail Suparela Jasiran Azuani Bt Abdul Rahman Nor Hayati Bt Mohd Zaini Mohamad Farid B Zulkeple Fauzima bt. Mohd Yatim Siti Anifah bt. Sayuti Faezah Bt Abdul Fathah Mohd. Salleh b. Mislam Noor Asliza Bt Abdul Wahab Saniah Bt Samsudin Shalihatun Bt Selamat Koh Chee Choi Liew Pei Jin Hou Yow Shian Loo Chor Yin Ong Siew Kheng Tan Ming Ling Tee Wai Lam Wong Choy Har Chang Poh Choo Guru Besar SK Bandar Baru Batang Kali Guru Sumber SK Taman Bunga Raya 2 Guru Cemerlang SK Kalumpang Ketua Panitia SK Ampang Pecah Ketua Panitia SK Gesir Tengah Ketua Panitia SK Sri Keledang Ketua Panitia SK Antara Gapi Ketua Panitia SK Kerling Ketua Panitia SK Bukit Beruntung 2 Ketua Panitia SK Bandar Baru Batang Kali Ketua Panitia SK Batang Kali Ketua Panitia SK Kuala Kubu Bharu Ketua Panitia SK Seri Fajar Ketua Panitia SK Sungai Tengi Ketua Panitia SK Kampung Soeharto Ketua Panitia SK Lembah Beringin Ketua Panitia SK Rasa Ketua Panitia SK Sungai Choh Ketua Panitia SK Sungai Selisik Ketua Panitia SK Tun Abdul Razak Ketua Panitia SK Bandar Sungai Buaya Ketua Panitia SK Sungai Buaya Ketua Panitia SK Bukit Beruntung Ketua Panitia SK Kuala Kubu Bharu 2 Ketua Panitia SK Bkt Sentosa Wakil Ketua Panitia SK Ulu Bernam Ketua Panitia SK Ulu Yam Bharu Ketua Panitia SK Ulu Yam Lama Ketua Panitia SK Kg. Kuantan Ketua Panitia SK Gedangsa Wakil Ketua Panitia SK Serendah Ketua Panitia SK Taman Bunga Raya 2 Ketua Panatia SK Taman Bunga Raya 1 Ketua Panitia SJK(C) Batang Kali Ketua Panitia SJK(C) Choong Chee Wakil Ketua Panitia SJK(C) Bukit Fraser Ketua Panitia SJK(C) Kalumpang Ketua Panitia SJK(C) Kampung Gurney Ketua Panitia SJK(C) Kerling Wakil Ketua Panitia SJK(C) Rasa Ketua Panitia SJK(C) Serendah Ketua Panitia SJK (C) Bkt. Tangga

43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51.

Sritharr a/l Juhanadan Sivarajan a/l Jayapalan Raja a/l Poobalan Shankar a/l Balakrishnan Magaswary a/p Rajagopal Malini Devi a/p Sivakanapathy Sritharan a/l Kunchukanan Gunasilan a/l Punniakotty Sellam a/p Ramachandran

Ketua Panitia SJK(T) Ladang Kerling Ketua Panitia SJK(T) Ladang Lima belas Ketua Panitia SJK(T) Ladang Escot Ketua Panitia SJK(T) Bukit Beruntung Ketua Panitia SJK(T) Ladang Sungai Choh Ketua Panitia SJK(T) Ladang Changkat Asa Ketua Panitia SJK(T) Kuala Kubu Bharu Ketua Panitia SJK(T) Kalumpang Wakil Ketua Panitia SJK(T) Batang Kali

TIDAK HADIR : 1. Ketua Panitia SJK(C) Khing Ming] TURUT HADIR :


1. En. Aznan bin Kasan 2. En. Halim bin Sayuti Ketua Unit Sains Matematik PPD Hulu Selangor Pegawai FasiLinus

URUS SETIA :
1. Pn. Rizwatul Azlina Bt Mohammed Zahri 2. Pn. Harliza Bt Mohamad Arifin 3. En. Kamarulzaman B Che Hashim Ketua Panitia SK Bandar Baru Batang Kali Wakil SK Bandar Baru Batang Kali Wakil Sk Bandar Baru Batang Kali

AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN PENGERUSI ( EN. MOHD HAFIZ BIN HAJI MD. SHARIFF) 1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran AJK Panitia Matematik Daerah 2013 1.2 Beliau memperkenalkan diri sebagai Pengerusi Matematik Daerah Hulu Selangor 2013. 1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ketua panitia yang hadir dalam mesyuarat pertama pada kali ini. 1.4 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En. Aznan B Kasan kerana telah memberi penuh kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Panitia Matematik Daerah Hulu Selangor. 1.5 Beliau mengharapkan agar semua guru sedia menerima tugas yang dipertanggungjawabkan dengan ikhlas demi memajukan daerah Hulu Selangor ini. Peranan Ketua Panitia amat penting dalam memberi sumbangan idea dan tenaga dalam meningkatkan prestasi Matematik Daerah Hulu Selangor. 1.6 Beliau juga berharap agar mesyuarat kali ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua ketua panitia. Tindakan : Makluman

2.0

UCAPAN WAKIL PENGURUSAN AKADEMIK , PPD HULU SELANGOR. ( EN. AZNAN B. KASSAN) 2.1 Memberi salam kepada semua guru yang hadir dan mengucapkan terima kasih diatas kehadirian guru dalam mesyuarat ini. 2.2 En. Aznan B Kasan mengucapkan selamat datang ke daerah Hulu Selangor kepada Pengerusi Panitia Matematik Daerah Hulu Selangor yang baru iaitu En. Mohd. Hafiz B. Haji Md. Shariff Guru Besar SK Bandar Baru Batang Kali. Beliau juga menyatakan rasa bertuah kerana pada tahun ini daerah Hulu Selangor telah menerima individu yang lebih berpengalaman dalam bidang matematik. 2.3 Beliau juga mengumumkan perlantikan SK Bandar Baru Batang Kali sebagai tuan rumah serta Pengerusi Panitia Matematik Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2013-2015. 2.4 Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua guru diatas kerjasama yang diberikan dalam setiap program panitia daerah yang dijalankan pada tahun lepas. 2.5 Beliau menyatakan bahawa Kem Kecemerlangan UPSR yang telah dijalankan banyak memberi impak positif kepada pencapaian matematik. 2.6 Memandangkan program ini memberi kesan yang baik , beliau bercadang untuk meneruskan program ini dalam dua siri. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada budget yang ada. 2.7 Namun begitu, program ini dilihat kurang mensasarkan kepada pelajar yang lemah tetapi ia lebih kepada pelajar yang mampu membayar sahaja yang menyertai kem ini. 2.8 Beberapa program lain juga akan dilaksanakan pada tahun ini, antaranya Kursus Penandaan Kertas 2. Tindakan : Makluman

3.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 2012 3.1 Dibentang oleh 3.2 Cadangan disahkan oleh 3.3 Cadangan disokong oleh : Pn. Suhaini Bt Sudin SK Kuala Kubu Bharu 1 : Pn. Hapsah Bt Munjiat SK Sungai Tengi : Pn. Yuhaila Bt Mat Yusop SK Kampung Soeharto Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada Perkara Berbangkit

5.0 LAPORAN PENCAPAIAN UPSR 2012 MATEMATIK 5.1 Keputusan UPSR 2012 meningkat bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil . 5.2 Manakala Sekolah Jenis Kebangsan Cina pula menurun berbanding pada tahun 2011.

2011 2012 PERBANDINGAN

SK (%) 86.42 87.44 + 1.02

GPMP 2.39 2.38 +0.01

SJK(C) (%) 97.26 96.79 - 0.47

GPMP 1.57 1.64 -0.07

SJK(T) (%) 88.56 88.85 + 0.29

GPMP 2.39 2.46 - 0.07

5.2.1 Sekolah yang mendapat pencapaian matematik 100% (9 sekolah berbanding 8 sekolah pada 2011) : - SK Lembah Beringin - SJK(C) Bukit Fraser - SJK(C) Kerling - SJK(C) Chong Chee - SJK(C) Kalumpang - SJK(C) Batang Kali - SJK(T) Ladang Lima Belas. - SJK(T) Ladang Changkat Asa - SJK(T) Ladang Escot Sekolah yang mencapai 95% ke atas (6 sekolah berbanding 3 sekolah pada 2011): - SK Kuala Kubu Bharu Dua - SK Kuala Kubu Bharu - SK Sungai Tengi - SK Kampung Soeharto - SJK(C) Kampung Gurney - SJK(C) Bukit Tangga 5.2.2 Target dan TOV Matematik 2013 PERATUS SK SJKC SJKT 87.44 96.79 88.85 88.0 98.0 90.0 91.88 SK 2.38 2.16 GPMP SJKC SJKT 1.64 2.46 1.56 2.33 3.06

2012 Target 2013 TOV 2013

KPI Jabatan Pelajaran Selangor untuk matapelajaran matematik adalah 2.16. 5.3 En. Aznan B Kasan mengucapkan tahniah kepada SK Lembah Beringin kerana berjaya mengekalkan pencapaian 100% dan beliau berharap supaya tahun ini dapat mengekalkan lagi pencapaian ini. 5.4 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang berjaya

meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik. 5.5 Beliau juga menyatakan bahawa setiap sekolah perlu melihat kekuatan dan kelemahan prestasi sekolah masing-masing dan perlu menetapkan target pencapaian supaya dapat merancang program bagi meningkatkan pencapaian di sekolah masing-masing. 5.6 Secara kesimpulannya, sekolah yang telah mencapai kejayaan akan terus mengekalkannya sementara sekolah yang belum mencapai kejayaan akan terus berusaha dengan lebih keras lagi. Tindakan : Makluman 6.0 PROGRAM PROGRAM MATEMATIK 2013 6.1 Program-program PPSMI 6.1.1 Bayaran Intensif Subjek Pendidikan (BISP) akan dibayar kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. 6.1.2 Guru-guru tahun 1, 2 dan 3 tidak lagi mendapat BISP kerana pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Melayu. 6.1.3 Bagi tahun 4, 5 dan 6 akan menerima BISP sekiranya guru mengajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. 6.1.4 Guru yang mengajar dalam Bahasa Inggeris perlu membuat surat akuan dan perlu menghantar surat tersebut kepada pihak sekolah untuk dipanjangkan kepada Unit Perkhidmatan PPD, sementara guru yang mengajar dalam Bahasa Melayu perlu mengisi borang pemberhentian bayaran bermula Januari 2013. 6.1.5 Pihak pentadbir sekolah perlu memberhentikan bayaran insentif bagi guru-guru yang berpindah dan guru-guru yang tidak mengajar lebih 28 hari kerana sebab tertentu seperti cuti bersalin, kesihatan dan sebagainya. Tindakan : Makluman 6.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik PPSMI 6.2.1 Pengajaran dan pembelajaran Sains Dan Matematik boleh dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan SJK(C) ,SJK(T) boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing. 6.2.2 RPT dalam bahasa Inggeris jika guru mengajar dalam Bahasa Inggeris. Dan RPT dalam bahasa Melayu bagi guru yang mengajar dalam Bahasa Melayu. 6.2.3 RPH boleh ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Kebangsaan atau bahasa Ibunda 6.2.5 Peperiksaan Awam (UPSR) masih menggunakan dwi-bahasa sehingga tahun 2015. Tindakan : Makluman

6.3 Pengerusi- pengerusi Panitia Mata Pelajaran Sains Dan Matematik 6.3.1 Matematik - SK Bandar Baru Batang Kali. 6.3.1.1 Ucapan tahniah kepada SK Bandar Baru Batang Kali kerana sudi menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Panitia Matematik Daerah Hulu Selangor. Tindakan : Makluman 6.4 Pelaksanaan KSSR Tahun 3 2013 (Matematik Dan Dunia Sains Dan Teknologi) 6.4.1 Perlaksanaan KSSR Tahun 3 bermula pada Januari 2013. 6.4.2 Peruntukan Masa KSSR seperti dalam SPI Bil.11 Tahun 2010 (Tarikh 14 Oktober 2010) Matematik SK/SJK (C)/SJK(T) adalah 180 minit seminggu. Dunia Sains dan Teknologi SK/SJK (C)/SJK(T) adalah 60 minit seminggu. 6.4.3 Kursus kepada guru-guru telah dilaksanakan pada (01-02 Nov 2012/Dunia Sains Dan Teknologi dan 08-09 Nov 2012/Matematik) 6.4.5 Huraian Sukatan Pelajaran, KSSR Tahun 3 bagi mata pelajaran berkaitan telah diedarkan melalui guru-guru yang berkursus dan edaran ke sekolah. Tindakan : Makluman 6.5 Program Abakus Dan Aritmetik Mental (AMA) 6.5.1 Kursus akan dilaksanakan oleh Jabatan /PPD. Guru-guru yang berkursus perlu memberikan kursus dalaman untuk sekolah masingmasing. 6.5.2 Pengurusan sekolah diingatkan supaya guru-guru perlu menggunakan abakus di dalam P&P, khasnya bagi pelajar Tahun 1 dan 2 dan 3 KSSR 2013. 6.5.3 En. Aznan B Kasan menyatakan bahawa perlunya kursus Abakus diadakan sekiranya ada peruntukkan. 6.5.4 Selain itu, cadangan kursus JSU juga akan diadakan. Tindakan : Makluman 6.6 Program Peningkatan Prestasi Akademik (PPA) Sains Dan Matematik UPSR. 6.6.1 Cadangan untuk mengadakan Bengkel Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) supaya membuat JSU yang selaras. 6.6.2 JPS tidak akan menyediakan soalan-soalan PPA untuk program peningkatan prestasi UPSR. Walaubagaimanapun JSU bagi item soalan-soalan boleh digubal oleh panitia daerah. (sama ada sebagai percubaan atau latih tubi). 6.6.3 Analisa akan dihantar kepada PPD/Jabatan melalui Guru Penyelaras Sistem Analisa Peperiksaan (SAP). 6.6.4 Program 2Q (Quality & Quantity) UPSR anjuran JPS akan dilaksanakan secara on-site dan telah dimasukkan dalam tentatif takwim 2013. Tindakan : Makluman

6.7 Program PROTIM M3 Murid Tahun 4, 5 dan 6 6.7.1 Setakat ini, program PROTIM masih diteruskan kerana ada relevannya membantu pelajar linus. 6.7.2 Program ini merupakan program bagi murid menguasai kemahiran asas Matematik. Sasaran kepada pelajar tahun 4,5 dan 6. 6.7.3 Jangkamasa program daripada 10 & 11 Februari hingga 31 Oktober 2013. 6.7.4 Markah lulus mesti melebihi 80 % bagi semua 4 kemahiran asas. 6.7.5 03 & 04 Februari 2013 murid dikenalpasti oleh guru Tahun 4, 5, dan 6. 6.7.6 10 & 11 Februari 2013 Praujian bagi murid Tahun 4 dan 5. 6.7.7 16 & 17 November 2013 Pasca Ujian Tahun 4, 5 dan 6. 6.7.8 Pemantauan pada 10 Januari hingga 31 Oktober 2013. 6.7.9 Maklumat akan disebarkan sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh atau program. Tindakan : Makluman 6.8 Program P&P Berkesan, Kreatif & Inovatif 6.8.1 Penulisan Buku Persediaan Mengajar - Rancangan Pelajaran Harian kekal seperti tahun lepas. - Rancangan Pelajaran Tahunan perlu ditulis mengikut format sedia ada. Masukkan tarikh dan minggu tahun semasa. RPT juga perlu mengikut Takwim sekolah semasa. Masukkan juga tarikh-tarikh program sekolah semasa dalam ruangan catatan. 6.8.2 Fail Panatia Mata Pelajaran - Kemaskini fail panitia mengikut garis panduan senarai kandungan fail panitia mata pelajaran yang diberi. 6.8.3 Pemantauan oleh Pentadbir Sekolah dan Ketua Panitia - Dapatkan jadual pemantauan. Cadangan letakkan tarikh dan catatan pada jadual tersebut. - Masukkan maklumat pemantauan ke dalam fail. 6.8.4 Penggunaan ICT dalam P&P - Guna dan manfaatkan LCD dan teaching courseware. 6.8.5 Kajian Tindakan bagi P&P Matematik - Ambil langkah pro aktif dengan membuat kajian tindakan. 6.8.6 Program PATS dan Headcount - Penting dibuat untuk membuat tindakan seterusnya dalam P&P. - TOV perlu dibuat. 6.9 Program-program Kementerian Pelajaran Tindakan : Makluman

6.9.1 KSSR - Setiap mata pelajaran di bawah KSSR di tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3 mesti ada : a) Dokumen Standard b) Modul Pengajaran & Pembelajaran c) Standard Prestasi d) Rancangan Pelajaran Tahunan- Disediakan mengikut Takwim sekolah semasa. e) Pastikan guru-guru yang menghadiri kursus penyebaran KSSR hendaklah mengajar mata pelajaran berkenaan

6.9.2 PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) - Ketua Panitia perlu tahu tentang perjalanan PBS disekolah. - Buku Panduan Pengurusan mesti ada disekolah supaya ia menjadi sumber rujukan di sekolah. - Semua markah murid akan dimasukkan dalam borang checklist atau juga dipanggil borang transit sebelum dimasukkan didalam SPPBS. Pengesahan markah perlu dibuat oleh Guru Besar sebelum markah dimasukkan dalam SPBBS. - Setiap mata pelajaran ada standard prestasi yang telah diedarkan semasa kursus KSSR dan boleh dimuat turun di laman Web LPM. - Satu Fail Perkembangan Murid (FPM) perlu disediakan untuk seorang murid. Evidens terbaik pada descriptor tertinggi sahaja yang disimpan dalam fail ini. - Fail Showcase (FS) disediakan mengikut kelas atau mata pelajaran yang diajar. Ia berfungsi sebagai rujukan untuk mengesahkan pencapaian band murid. - Evidens murid boleh diserahkan kepada murid setelah rekod pencapaian prestasinya direkodkan dalam SPPBS, dicetak dan disimpan dalam FPM. - PBS hanya untuk murid tahun 1,2 dan 3 2013. - Jawatankuasa PBS sekolah sepatutnya telah mula bermesyuarat. ( sila rujuk buku panduan PBS yang telah diedarkan kepada SU PBS sekolah. - Ketua Panitia perlu sentiasa mengingatkan guru tahun 1,2,3 agar mengambil tindakan dengan mengemaskini markah murid, menurut En. Aznan B Kasan semasa pemantauan dibuat ada sekolah yang tidak mengemaskini markah murid. 6.9.3 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBBS) SPBBBS dijalankan secara online. SPBBS - evidens amat penting, markah diisi sepanjang tahun. Yang penting, jangan mayakan markah murid. Ketua Panitia perlu mengingatkan guru-guru tahun 1,2 dan3 supaya mengambil tindakan mengisi markah secara online ini. Tindakan : Makluman / Ketua Panitia 7.0 Perancangan Tahunan Panitia Matematik Sekolah 2013 7.1 Setiap sekolah perlu ada Perancangan Tahunan Panitia, Takwim dan Carta Gantt. 7.2 Laporan perlu dibuat setelah selesai setiap kali program dijalankan. 7.3 Format laporan antaranya, - Nama Program - Objektif - Kekuatan dan kelemahan - Buku program - Gambar 7.4 Panitia perlu membuat post mortem dengan melihat keputusan UPSR 2012 seterusnya mengatur strategi bagaimana mahu meningkatkan pencapaian

sekolah. 7.4.1 Sekolah perlu buat perancangan strategik SWOT sebelum merancang program. 7.4.2 Menilai semula semua program yang dijalankan pada tahun lepas dan membuat penambahbaikkan. 7.4.3 Nilai semua program Headcount dan PATS samaada berfungsi atau Tidak. 7.4.4 Headcount penting untuk aras peningkatan permulaan prestasi (TOV). 7.5 Setiap mata pelajaran perlu ada Dokumen Standard bagi tahun 1,2 dan 3, Huraian Sukatan Pelajaran bagi tahun 4,5 dan 6. 7.5.1 Setiap mata pelajaran perlu ada Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengikut Takwim persekolahan semasa- ada tarikh dan minggu. 7.5.2 Semua dokumen standard, huraian sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan perlu disimpan satu salinan dalam fail panitia. 7.5.3 Rancangan Pelajaran Tahunan mesti dibawa ke bilik darjah semasa mengajar. 7.5.4 Rancangan Pelajaran Harian ditulis dengan lengkap- mesti ada refleksi/impak. 7.6 Peperiksaan dan Ujian Bulanan 7.6.1 Pada tahun 2013 tiada peperiksaan selaras dari JPN atau PPD. 7.6.2 Sediakan senarai penggubal dan pemeriksa soalan. 7.6.3 Perlu sertakan JSU setiap kali membuat soalan dan perlu disahkan oleh Ketua panitia. 7.6.4 Keputusan samaada murid tahun1, tahun 2 dan tahun 3 perlu menduduki ujian bulanan dan peperiksaan ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa PBS sekolah dan diminitkan. 7.7 Sistem Fail Panitia 7.7.1 Perlu mengikut seperti dalam lampiran yang diberikan. 7.8 Program Minggu Panitia 7.8.1 Panitia perlu merancang program yang akan dijalankan sepanjang minggu panitia dan melaksanakan program tersebut. Tindakan : Makluman 8.0 UCAPAN PEGAWAI FASILINUS , PPD HULU SELANGOR. ( EN. HALIM B. SAYUTI ) 8.1 Ketua Panitia perlu mengambil tahu dalam program linus. - Maklum tentang pemantauan PBS. - perlu sentiasa merujuk buku panduan PBS. - menjadi AJK dalam Jawatankuasa PBS Sekolah. 8.2 Ketua Panitia perlu memastikan samada sekolah telah dipantau atau tidak. Sekiranya sekolah belum dipantau, sekolah itu akan menjalankan apa yang mereka tahu. Ini akan mengakibatkan berlaku kecairan maklumat. 8.3 Ketua Panitia perlu memaklumkan Setiausaha PBS tentang instrumen Pemantaun Penjaminan Kualiti PBS di laman web KPM. Ini kerana

instrumen ini akan digunakan oleh pemantau semasa memantau perjalanan PBS di sekolah-sekolah. 8.4 Mesyuarat PBS perlu dibuat diawal tahun. 8.5 Guru yang telah mengikuti kursus KSSR Tahun 3, perlu menyebarkan kepada guru-guru semasa program LADAP. 8.6 Ketua Panitia perlu memastikan ujian yang dijalankan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan supaya instrumen yang dibuat mempunyai kualiti dalam menguji pelajar. 8.7 Pernyataan B/D/E mesti dicatatkan dalam instrumen yang dibuat. Selepas menyemak jawapan murid guru perlu menulis samaada murid menguasai atau tidak menguasai berserta dengan nilai band yang diperolehi. 8.8 Pada awal tahun, fail Perkembangan bagi tahun 1 dan tahun 2 mesti dikosongkan tetapi yang perlu ada hanya laporan sumatif. Evidens juga perlu dikeluarkan. Hanya perlu bersedia dengan evidens tahun 3, evidens yang terkini. 8.9 Program Linus Numerasi 2013 8.9.1 Linus masih lagi dibawah tanggungjawab Panitia Matematik. 8.9.2 Selesai KOHORT pertama, Ketua Panitia perlu memastikan samaada sekolah telah mencapai 100% atau tidak. Sekiranya tidak, KPI sekolah, panitia dan guru tidak tercapai. 8.9.3 Pencapaian LINUS Numerasi Daerah Hulu Selangor. Kohot 1 - 99.2% murid mencapai arus perdana. Kohot 2 - 97.6% murid mencapai arus perdana. Kohort 3 - 90.02% murid mencapai arus perdana. 8.9.4 KPI pengarah bagi Kohot 3 - Tahun 2 ialah 97.3% sementara Kohot 2 - Tahun 3 ialah 100%. 8.9.5 Murid linus ini sekarang berada di tahun 4, dan dibawah pemulihan. Murid ini perlu menjalani program PROTIM. 8.9.6 Program yang terlibat dalam NKRA perlu dibincangkan dan diminitkan dalam mesyuarat pengurusan dan panitia. Penyelaras LINUS perlu membentangkan pencapaian LINUS setiap kali mesyuarat diadakan. 8.9.7 Ketua Panitia perlu memaklumkan kepada Penyelaras LINUS tentang penghantaran laporan Kem Linus dan program Mentor Mentee bagi tahun 2012. Begitu juga dengan kertas kerja Kem Linus dan

10

Program Mentor Mentee 2013 perlu dihantar kepada PPD. 8.9.8 Pada tahun ini, fail akan dilihat semasa pemantauan dibuat. 8.9.9 Semasa pengajaran dan pembelajaran, pendekatan didik hibur perlu diterapkan di dalam kelas LINUS. 8.9.10 Bermula pada tahun ini, hanya 2 kali saringan akan dibuat. 8.9.11 Ketua Panitia perlu melihat tahap penguasaan murid pra sekolah sama ada menguasai atau tidak. 8.10 Encik Halim B Sayuti meminta Ketua Panitia menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Guru Linus dan Penyelaras Linus kerana telah menjalankan program linus dengan jayanya. Tindakan : Makluman 9.0 PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA MATEMATIK DAERAH 2013 9.1 Pengerusi mengemukakan dan membentangkan beberapa cadangan aktiviti Panitia Matematik Daerah Hulu Selangor bagi mendapatkan persetujuan daripada semua guru. 9.1.1 Pembinaan Item Berfokus Topikal Kertas 2 UPSR. Pengerusi : SK Bandar Baru Batang Kali Tarikh : hantar sebelum 18. 2. 2013 9.1.2 Kursus Pendek Pedagogi Tahap 2 (Tahun 4 dan 5) Pengerusi : SK Taman Bunga Raya 2 Tarikh : Bulan April 9.1.3 Kursus Penandaan Kertas dan Skema Pemarkahan Pengerusi : SK Bukit Beruntung Tarikh : Akhir bulan April 9.1.4 Program Pemantapan KSSR Tahap 1 Pengerusi : SK Kalumpang Tarikh : Mac atau April 9.1.5 Bengkel Kecemerlangan Peningkatan Prestasi Matematik UPSR 2 siri. Pengerusi : SK Bandar Baru batang Kali (Zon Tengah) Pengerusi : SK Gesir Tengah ( Zon Utara) Pengerusi : SK Bukit Sentosa (Zon Selatan ) Tarikh : Julai 9.3 Mesyuarat dengan ini sebulat suara menerima semua cadangan aktiviti yang dikemukakan oleh Pengerusi. 9.4 Cadangan dari SJK(T) mencadangkan Pembinaan Item Berfokus Topikal Kertas 2 UPSR dibina mengikut jenis sekolah. Oleh itu, mesyuarat telah

11

mencadangkan pembahagian semula topik akan dibuat oleh sekolah yang dilantik sebagai pengerusi. 9.4.1 Pembinaan Item Berfokus Topikal Kertas 2 UPSR (Bagi SJK(C) & (T)) Pengerusi : SJK(T) Ladang Kalumpang Pengerusi : SJK(C) Batang Kali 9.5 Encik Aznan meminta Pengerusi yang dilantik bagi setiap aktiviti perlu mengemukakan kertas kerja dan hantar kepada PPD melalui e-mail. Sekolah yang menjadi Pengerusi boleh berbincang dengan PPD. Mesyuarat Pelarasan akan dibuat bagi melancarkan lagi aktiviti yang akan dilaksanakan. 9.6 Encik Aznan juga mengingatkan pengerusi yang terlibat dapat menghantar kertas kerja selewat-lewatnya awal bulan Mac ke alamat e-mail beliau iaitu aznan.ppdhs@btpnsel.edu.my. Tindakan : Semua ahli mesyuarat 10.0 HAL-HAL LAIN 10.1 Puan Isnayani menyatakan bahawa penulisan RHP masih sama seperti tahun lepas cuma ditulis dalam bahasa Malaysia. Beliau juga menekankan penulisan strategi pengajaran dalam RHP perlu dinyatakan. 10.2 Pengerusi mengemukakan cadangan pelarasan Format Penyediaan Soalan Matematik Kertas 2 dan 1, JSU Matematik 015/1 dan 015/2 dan Format penjumlahan Markah Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 seluruh sekolah di daerah Hulu Selangor seperti di dalam lampiran yang diedarkan. 10.3 Encik Aznan menetapkan cadangan pelarasan yang dikemukakan oleh pengerusi akan diterima pakai di semua sekolah di daerah Hulu Selangor. Tindakan : Semua ahli mesyuarat 11.0 PENUTUP 11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar segala aktiviti yang dijalankan dapat membuahkan hasil yang cemerlang di daerah Hulu Selangor ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Dicatat oleh: RIZWATUL AZLINA BINTI MOHAMMED ZAHRI Setiausaha Panitia Matematik Daerah Hulu Selangor

12

You might also like