KAJIAN HUTAN PAYA AIR MASIN DI PANTAI CAHAYA BULAN, KOTA BHARU,KELANTAN.

NAMA ……………………………………. TINGKATAN : 1………………

:

NAMA GURU : PN …………………….. TANDATANGAN GURU :

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya berasa syukur kehadrat illahi kerana berjaya menyiapkan tugasan yang telah saya terima. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Pn …………. kerana sentiasa memberi dorongan, galakan, nasihat serta tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan folio Geografi ini.

Tidak lupa juga jasa ibu bapa saya,Mohd ……… dan Pn …………… kerana telah menyumbangkan masa, tenaga serta wang bagi membantu saya menyiapkan folio ini.

Begitu juga dengan rakan-rakan sekelas saya. Mereka telah membantu saya mencari maklumat dengan lebih terperinci agar tidak tersilap fakta atau data mengenai isi-isi folio ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada orang lain yang telah menolong saya secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan folio yang diberikan ini .

Nama saya ……………………………..Saya belajar di tingkatan 1 Taqwa di Sekolah Menengah Kebangsaan …………………….),Kota Bharu , Kelantan.Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan. Saya telah membuat KGT ini selama 5 minggu.

Saya telah memilih tajuk Kajian Hutan Paya Air Masin. Kawasan kajian saya ialah di Pantai Cahaya Bulan,Kota Bharu, Kelantan.

Di kawasan kajian ini tidak terlalu luas dan senang untuk dikaji.Kawasan ini juga adalah destinasi pelancong.Di sana terdapat banyak pokok nipah.

Sebab-sebab saya memilih Hutan Paya Air Masin di Pantai Cahaya Bulan sebagai kawasan kajian ialah kerana Pantai Cahaya Bulan adalah Hutan Paya Air Masin yang terdekat dengan rumah saya.Saya boleh ke sana bila-bila masa sahaja untuk membuat kajian lebih terperinci.

Selain itu,sebab-sebab saya terpikat dengan kawasan ini adalah kerana kawasan itu yang strategik.Sebab akhir ialah kerana kawasan ini adalah kawasan yang banyak bahan untuk dikaji.

Objektif kajian
1.Saya dapat menyatakan jenis-jenis tumbuhan di kawasan hutan paya air masin dan jenis

hidupan yang terdapat di kawasan kajian iaitu di Pantai Cahaya Bulan , Kota Bharu, Kelantan.

2.Saya dapat mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok-pokok di kawasan kajian.

3.Saya dapat menyatakan kepentingan hutan paya air masin kepada penduduk tempatan.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang pilih ialah di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Jarak rumah saya ke Pantai Cahaya Bulan, ke 20 kilometer atau lebih kurang 15 minit perjalanan. Kalau jarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan

……………. ke Pantai Cahaya Bulan ialah dalam 17 kilometer. Jika dari pekan Kota Bharu ke kawasan kajian, kira-kira 12 kilometer. Dari pandang darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, chalet, jalanraya dan banyak lagi. Sebahagian besar dari tanahnya merupakan tanah rata dan tanah rendah. Di kawasan kajian, terdapat pelbagai tumbuhan seperti pokok nipah, bakau,paku pakis,jongkong dan nibung.Spesies tumbuhan utama ialah pokok nipah. Hutan paya air masin ialah malar hijau. Hutan paya air masin ini tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.

Bentuk muka bumi,saliran,tanih dan iklim merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokokpokok di hutan paya air masin. Muara sungai yang berlumpur dan pinggir laut yang terlindung menggalakkan pertumbuhan tumbuhan hutan paya air masin. Terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan hutan paya air masin di Pantai Cahaya Bulan. Antaranya ialah pokok nipah. Pokok nipah boleh dijadikan kraftangan. Daun-daun nipah yang bersaiz besar digunakan untuk membuat atap rumah serta untuk menganyam bakul dan tikar.

KAEDAH KAJIAN

Semasa menyiapkan folio ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu :

• Kaedah pemerhatian. Semasa saya membuat pemerhatian, saya dapat melihat kawasan kajian ini sangat menarik. Kawasannya bersih daripada sampah sarap yang busuk. Tanih yang berlumpur dan pinggir laut yang terlindung menggalakkan pertumbuhan tumbuhan hutan paya air masin.

• Kaedah soaljawab Pada jangka masa yang telah guru berikan, saya telah meluangkan masa saya pergi bertanya penduduk di kawasan kajian secara lisan tentang Hutan Paya Air Masin di Pantai Cahaya Bulan.Saya telah menemubual sebanyak 12 orang respondan.

• Kaedah soal selidik. Saya juga telah membuat kaedah soal selidik di kawasan kajian. Saya telah mengedarkan borang yang mengandungi soalan-soalan yang ringkas untuk mereka jawab.

Hasil kajian JENIS-JENIS HUTAN PAYA AIR MASIN
Hutan paya air masin banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan ditenggelami air laut semasa air pasang.

Hutan ini adalah malar hijau. Species tumbuhan utama yang terdapat di hutan paya air masin ialah pokok bakau. Antaranya termasuklah pokok bakau api-api, bakau kurap dan bakau minyak. Hutan paya air masin banyak ditumbuhi pokok nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam,ramin,jongkong dan nibung.

Batang pokok bakau tumbuh lurus. Rantimg dan daun-daun pokok merimbun dan membentuk lapisan kanopi yang sekata. Hutan ini tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.

Pokok bakau mempunyai daun yang lebar dan liat. Daunnya mempunyai kalenjar yang mengeluarkan garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan daun.

JENIS POKOK Pokok Bakau Pokok Nipah

PERATUS 50% 25%

Pokok Tumu Merah 25% dan lain-lain Pokok
Nipah Pokok Bakau
tumu Merah dan Lain-lain SUMBER:- Kajian pada 9.9.2009 di Hutan Paya Air Masin Pantai Cahaya Bulan. Pokok

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUTAN PAYA AIR MASIN
Faktor-faktor yang mempengaruhi hutan paya air masin di Pantai Cahaya Bulan ialah bentuk muka bumi, cuaca dan iklim,saliran dan tanih yang terdapat di situ.

Bentuk muka bumi di kawasan kajian ialah tanah rendah. Kawasan kajian ialah pinggir laut yang terlindung dan kawasannya berlumpur menggalakkan pertumbuhan tumbuhan hutan paya air masin.

Iklim di kawasan kajian adalah Khatulistiwa. Kawasan kajian ini juga menerima hujan dan pancaran matahari sepanjang tahun.

Kawasan kajian ini juga bersaliran buruk kerana berada di sekitar kawasan sungai, tasik dan pinggir laut.Kawasan ini juga menakung air serta pinggir laut yang seringditenggelami air apabila air pasang.

Malaysia mempunyai pelbagai-bagai tanih. Di hutan paya air masin di Pantai Cahaya Bulan pula terdapat tanah liat dan tanah gambut.

RUMUSAN
Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya air masin ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan.

Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan daratan.

Adalah menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu sahaja, namun begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan hutan ini akan musnah. namun begitu membiarkan hutan ini begitu sahaja kurang memberi manafaat, seelokeloknya ambilah jalan tengah agar kewujudnnya berkekalan. Satu sistem pengurusan hutan paya air masin yang efisien perlu dilaksanakan supaya tidaklah nanti yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran.

Saya berasa amat seronok dan gembira kerana telah menyiapkan folio geografi ini. Saya juga seronok kerana dapat berinteraksi dengan penduduk di situ. Selain itu, saya dapat bekerjasama dengan kawan-kawan saya dalam kumpulan. Semasa membuat kajian ini, saya mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan dan lebih mantap pemahaman tentang hutan paya air masin. Dengan membuat kajian ini juga, ia dapat melatih keyakinan diri saya dalam pelbagai aspek seperti melatih diri saya bertolak ansur dengan kawan-kawan dan mengenal hati budi rakan-rakan saya dengan lebih banyak. Saya berasa bersyukur kerana diberikan kawasan yang berbentuk muka

bumi yang baik dan kerana penduduk di situ memberi respon yang cukup baik.

RUJUKAN

→ →

Buku teks Geografi Tingkatan 1,

pengarang,company penerbit…

Buku rujukan Nexus Geografi Tingkatan 1, Chong Mui Sen, SASBADI SDN. BHD. → www.hutanmalaysia.com → www.google.com → www.yahoo.com → www.scribd.com → Orang sumber (penduduk tempatan)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful