You are on page 1of 23

1.

0 Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah


Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin). Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya. 1.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan. Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan. 1.2 Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri. Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter , guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid. Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil. Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang

tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu. Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar. Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru. Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti

bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. 3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif. a) Guru yang agresif Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti Duduk, Diam, Dengar sini!..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar. b) Guru yang tidak asertif Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti Tolonglah berkelakuan elok sikit atau Berapa kali

cikgu cakap, tolong diam!. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan. c) Guru yang asertif Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada muridmuridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak. Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan

sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru. Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru. Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid. Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada. Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan. Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.

RUMUSAN Secara keseluruhannya dapat dilihat, model disiplin Skinner dan model disiplin Asertif Canter saling mempunyai perkaitan dan bersesuaian dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang ingin menggunakan model Skinner ini perlu menganalisa tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah terlebih dahulu. Guru perlu mengkaji tingkah laku yang telah ditunjukkan dan akibat-akibat yang telah digunakan terhadap beberapa tingkah laku yang telah ditunjukkan. Kemudian guru boleh membuat pelan

modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian yang khusus. Kenal pasti peraturan, peneguhan-peneguhan positif sekerap yang mungkin apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model Akibat Logikal Dreikurs pula menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersamasama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Model Modifikasi Tingkah laku Skinner sebenarnya merujuk kepada langkahlangkah yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku melalui peneguhan berkala. Peneguhan postif ialah rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala peneguhan negatif ialah rangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Berbeza dengan dendaan yang merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Model Disiplin Asertif Canter pula menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam ketiga-tiga model ini. Saya akan memulakan dengan Model Modifikasi Tingkah laku Skinner. Antara Kekuatan untuk model ini ialah strategi-strategi modifikasi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi di mana model ini menekankan tentang peneguhan. Murid-murid akan membetulkan tingkah laku mereka. Seterusnya ialah penggunaan strategi modifikasi tingkah laku mendesak guru menjadi lebih sedar dan peka tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Dan yang ketiga ialah program modifikasi tingkah laku memastikan agar guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian dispilin dalam bilik darjah. Kelemahan Model Modifikasi tingkah laku Skinner ini pula menunjukkan murid dimanipulasi untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran yang dijanjikan dan bukan kerana kepuasan intrinsik. Yang kedua ialah model ini agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika dan boleh menimbulkan rasa benci dalam diri murid terhadap guru dan sekolah. Yang ketiga pula ganjaran bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain. Guru juga sukar mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan keperluan setiap murid. Kekuatan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah model ini memanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Guru tidak perlu fikirkan bagaiman untuk menangani tingkah laku bermasalah yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbiran. Kedua

ialah merupakan tindakan ke atas tingkah laku murid, dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan. Kelemahan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah keberkesanan satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-murid daripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu diajar bagaimana dan betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Kedua, model ini mewujudkan persekitaran authoritarian di mana murid hanya akur kepada kehendak guru. Murid terpaksa memikul tanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul.

Nama : Mohammad Yusof Bin Abd Latip No I/C : 900301-01-6801 Unit : PISMP Ambilan Januari 2010, Unit H2 Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan bilik darjah merupakan perkara utama yang menjadi kepentingan bagi semua guru-guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar segala objektif dan tujuan dapat dicapai. Saya telah menerima tugasan KKBI bagi kursus EDU 3104 pada 22 Februari 2011 yang bertajuk Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah. Objektif tugasan KKBI ini adalah bertujuan supaya guru pelatih dapat mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam pelbagai model disiplin dalam bilik darjah. Selain itu, objektif tugasan ini juga adalah menerangkan kepada guru pelatih mengenai perbandingan dan perbezaan, kekuatan dan kelemahan sesuatu model disiplin bilik darjah. Seterusnya, melalui pengetahuan yang diperoleh melalui tugasan ini, guru pelatih dapat mengaplikasikan model disiplin yang dirasakan sesuai dalam pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah. Dalam tugasan KKBI Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini, saya dikehendaki melaksanakan dalam kumpulan bertiga atau berempat. Saya telah terpilih untuk berada dalam kumpulan yang mempunyai empat orang ahli. Setelah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, kami pelatih unit H2 telah membuat pembahagian kumpulan. Saya telah terpilih untuk bersama Nur Balkis Bt Omar, Siti Aishah Bt Halim dan Nur Izzati Bt Hasbullah dalam kumpulan yang sama. Setelah itu, kami telah membuat perbincangan ringkas dan membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sub tugasan nombor enam, iaitu untuk menjelaskan bagaimana guru dapat memanfaatkan manamana dua model disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di kesempatan yang ada, saya telah membuat pencarian maklumat sama ada dalam buku ataupun di laman sesawang mengenai tajuk yang signifikan dengan sub tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Melalui pencarian tersebut, saya telah dapat beberapa bahan yang dirasakan sesuai dan perlu untuk menyempurnakan tuntutan tugasan tersebut. Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas terlebih dahulu model-model disiplin yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku Skinner telah diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin Asertif Canter pula diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya juga melaksanakan tugasan KKBI daripada subjek yang lain. Namun begitu, ini bukan merupakan alasan bagi saya untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Berkat kesungguhan dan dorongan daripada rakanrakan, Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan tugasan KKBI ini. Melaluinya, saya telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama rakan sekumpulan. Saya telah dapat mempelajari sifat sabar dalam melaksanakan tugasan dan ragam manusia. Jika sebelum ini saya berasa kurang sabar dan sering terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu, kini saya telah mempelajari untuk mengatasinya. Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya dapat mengulangkaji pelajaran yang telah saya pelajari. Saya lebih memahami apa itu model disiplin dan apa kepentingannya dalam menguruskan bilik darjah. Saya juga telah memahami cara tindakan yang perlu dilakukan bagi mengawal keadaan bilik darjah iaitu dengan memberikan peraturan dan menguatkuasakannya secara berterusan. Selain itu, muridmurid perlu diberikan dendaan dan pembetulan di atas kesalahan yang telah dilakukan yang bertujuan untuk menghilangkan tingkah laku yang tidak diingini. Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya perolehi melalui tugasan KKBI ini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang mantap ini akan menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan jayanya. Akhir sekali, saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi melalui tugasan KKBI ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya menjadikan generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan hasrat wawasan 2020. REFLEKSI PEMBENTANGAN Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran yang

kondusif dapat dilaksanakan. Berdasarkan pembentangan tutorial minggu kelima yang telah dibentangkan oleh dua orang ahli kumpulan, terdapat dua soalan yang perlu dijawab iaitu jelaskan tentang konsep dan pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah dan bincangkan peranan guru dalam pengurusan pentaksiran guru dalam bilik darjah. Menurut pembentangan yang dibentangkan oleh Nur Balkis Bt Omar dan Siti Aishah Bt Halim, soalan yang pertama iaitu konsep dan pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah terbahagi kepada dua iaitu konsep dan pelaksanaan. Berdasarkan bahagian pertama iaitu konsep, Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah dilihat lebih bersifat formatif dengan mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Melaluinya, guru dapat melaksanakan diagnostik yang bertujuan untuk mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa dan seterusnya memberikan guru peluang untuk memperbetulkan kesilapan dan memperbaikai kelemahan murid serta merta. Selain itu guru dapat mengenal pasti akan kelemahan dan memperkembangkan lagi potensi yang ada pada murid. Dalam Pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah, terdapat dua jenis penilaian yang dilaksanakan di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merupakan Penilaian yang dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh memberikan maklum balas kepada guru tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Melaluinya, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Bagi penilaian sumatif pula, Penilaian ini sering dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan dijadikan sebagai penanda aras tahap pencaapaian seseorang murid tersebut. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Untuk melaksanakan penilaian, guru bertindak untuk menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai disamping merancang dan membina instrumen penilaian. Setelah membina instrumen, guru perlu melaksanakan penilaian serta merekodkan hasil penilaian murid. Setelah itu, guru perlu menganalisis maklumat penilaian dan melalui maklumat tersebut, laporan dan tindakan susulan perlu dilakukan. Selain itu, melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian yang berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut bagi mencapai hasrat yang ingin dicapai. Pelaksanaan penilaian kendalian berasaskan sekolah yang sistematik perlu mengikut langkah-langkah yang berikut iaitu yang pertama merancang penilaian dan

menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian. Setelah itu, instrumen penilaian perlu dibina dengan membuat jadual penentuan spesifikasi (JSU) dan membina soalan atau instrumen. Setelah itu, penilaian yang dirancang perlu dilaksanakan melalui pelbagai cara seperti pemerhatian, lisan dan juga penulisan. Setelah itu, segala maklumat berdasarkan penilaian yang dibuat, keputusan perlulah di rekodkan dan di analisis maklumat tersebut mengenai tahap yang diperolehi daripada murid. Jika perlu, keputusan hasil penganalisian maklumat perlu dilaporkan untuk makluman pihak tertentu. Setelah mengetahui kelemahan yang berlaku, penguasaan perkara yang diajar perlu dilakukan. Jika murid-murid dapat menguasai perkara yang diajar, tindakan susulan perlu dilakukan sebagai pengukuhan dan pengayaan dan meneruskan pelajaran yang baru. Jika sebaliknya murid-murid tidak dapat menguasai perkara yang diajar, tidakan susulan pemulihan perlu dilakukan dan setelah itu penilaian perlu dibuat bagi menilai tahap murid. Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrument yang perlu digunakan. Seterusnya, dari segi perlaksanaan, peranan umum guru perlu diketahui oleh semua iaitu peranan guru merangkumi pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah. Keputusan pentaksiran juga mempunyai implikasi penting bagi pembelajaran. Selain itu, guru dilihat berperanan menyemak kembali alat pentaksiran yang digunakan supaya selaras dengan tujuan pentaksiran. Peranan guru dalam proses penyediaan ujian dan peperiksaan pula, ujian dan peperiksaan perlu merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Proses penyediaan item-item ujian dan peperiksaan terbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum ujian, semasa ujian dan selepas ujian. Fasa sebelum ujian, bahan-bahan yang berkaitan dengan penilaian seperti sukatan pelajaran, buku rujukan, soalan-soalan yang lepas diperlukan untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan soalan. Fasa semasa ujian pula, guru berperanan memberikan pertimbangan yang serius kepada bilangan item, soalan-soalan yang lepas, dan penggubalan item-item berdasarkan JSU mata pelajaran. Ketua panitia atau guru cemerlang diperlukan sebagai pembimbing atau pakar rujuk. Setelah moderasi, guru perlu membuat pindaan yang disyorkan oleh panel moderasi seperti ketua panitia, guru kanan mata pelajaran dan guru cemerlang. Setelah pindaan dibuat, draf terakhir disemak dan diluluskan oleh panel moderasi. Bagi menjamin kualiti item yang dihasilkan, sebarang kertas yang diconteng dengan draf hendaklah dihapuskan. Setelah fasa ujian, guru perlulah membuat pertimbangan terhadap bilangan kertas yang sedia ada bagi satu-satu tahun persekolahan. Seterusnya, kertas soalan dimasukkan dalam sampul mengikut gandaan 30 dan di simpan di dalam almari berkunci dan dikeluarkan setengah jam sebelum pentadbiran ujian atau peperiksaan tersebut.

http://nidkahfi.blogspot.com/
MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH a) Model Asertif Pengenalan Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran oleh guru dalam bilik darjah. Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Lee Canter, beliau menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif Canter ini. Berikut merupakan caracaranya: Menetapkan Peraturan Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi buku teks dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah seorang murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi buku teks dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally. Peneguhan Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan. Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka. Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan.

Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru. Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Pendekatan Asertif Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid- murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid. Tindakan pembetulan Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid- murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid.

Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada muridmurid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembetulan/ akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya. Kesimpulan Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran oleh guru dalam bilik darjah. Berikut merupakan aplikasi disiplin asertif yang digunakan oleh guru terhadap pelajar: Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah. Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan. Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan pelajar-pelajar dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah. Sesungguhnya disiplin asertif amat penting untuk diaplikasikan oleh seseorang guru dalam pengurusan bilik darjah. Berikut merupakan cara-cara yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk memahirkan diri dengan teknik asertif: Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta. Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai. Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga pelajar-pelajar mematuhi arahan guru. Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua pelajar mengetahui apa yang patut dilakukan. Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkahlaku buruk. b) Modifikasi Tingkah Laku Pengenalan Modifikasi bermaksud proses (perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan (menurut Kamus Dewan edisi ke-4). Oleh itu, dalam konteks pengurusan bilik darjah, guru berperanan mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Pengurusan bilik darjah adalah merupakan satu set aktiviti yang menggalakkan tingkah laku positif. Sebagai contoh jadual tugas harian yang disediakan oleh guru akan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan pelajar. Secara tidak langsung, pelajar akan melibatkan diri

secara aktif mengikut jadual yang telah ditetapkan. Modifikasi tingkah laku juga merupakan langkahlangkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku dan membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah yang sistematik dalam modifikasi tingkah laku adalah:- Mengenalpasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak Merancang prosedur atau pelan bertindak Melaksanakan strategi mengikut pelan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan Teknik Modifikasi Tingkah Laku Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku pelajar:Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong pelajar memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang menggangu. Contoh:- guru menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan. Denda Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku negatif. Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu sesuai dan berpatutan. Menurut Skinner, denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Contoh:- guru juga boleh memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini yang dilakukan oleh pelajar dengan menukarkan tempat duduknya atau berjumpa dengannya selepas waktu belajar. Reverse Psyclogy Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negative kepada positif. Ia memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi pelajar yang berkenaan serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Ia bertujuan untuk menginsafkan pelajar sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang baik. Shaping Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur kepada tindakbalas yang diharapkan. Proses shaping adalah tentukan matlamat tingkah laku, tentukan langkah untuk mencapai matlamat, kenalpasti langkah pertama dan teguhkan setiap langkah sehingga tingkah laku baru telah dip elajari. Teknik ini perlu digunakan apabila pelajar itu tidak melakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini. Token Economy Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah dan peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin pelajar. Pelajar-pelajar diberi token apabila bertingkah laku seperti yang diingini dan token tersebut boleh ditukar dengan benda/ aktiviti lain yang berperanan sebagai peneguh. Lama-kelamaan token menjadi sesuatu

peneguhan yang berharga dan ingin diperolehi. Kontrak (Lisan atau Bertulis) Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Contoh:-membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan pelajar bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Kawalan Kendiri Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Mengawal diri dari tekanan situasi yang timbul secara tiba-tiba. Ia merujuk kepada kemampuan menahan diri dari godaan dan menangguhkan keseronokan. Ia dilakukan seperti berikut:- a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan b) Mengumpulkan data c) Merancang program tindakan d) Menilai program e) Menamatkan program c) Positive Classroom Discipline Terdapat dua jenis tingkah laku bermasalah, iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku yang ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku bermasalah positif juga boleh menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa tingkah laku bermasalah positif ialah ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan juga proaktif. Contoh berdasarkan situasi dalam kelas 1 Amanah iaitu pasangan kembar Shira dan Shirin yang saling bersaing dan bergaduh semata-mata untuk menarik perhatian guru dalam kelas. Kelakuan pasangan kembar ini menggambarkan sikap yang proaktif di dalam kelas. Mereka berdua saling bersaing cuba menonjolkan diri dalam pelajaran demi menarik perhatian guru di dalam kelas. Walaupun tingkah laku saling bersaing dalam pelajaran ini dilihat sebagai satu tingkah laku yang positif tetapi ia boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ditambah lagi apabila persaingan di atara pasangan kembar diselangi dengan perasaan dengki antara mereka berdua dan menyebabkan berakhir dengan pergaduhan di dalam bilik darjah. Mengikut pendekatan teori tingkah laku, iaitu yang dipelopori oleh Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka mengaitkan perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang kurang daya inisiatif dari segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan rangsangan dalam bentuk arahan guru semasa di dalam bilik darjah juga membawa kepada terjadinya tingkah laku bermasalah ini. Arahan guru yang kurang jelas, tidak mudah difahami dan suara yang kurang kuat boleh menyebabkan murid-murid berasa keliru dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Menurut Teori Tingkah Laku Behaviourisme, rangsangan dalam bentuk arahan guru telah gagal untuk menarik motivasi murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain faktor guru yang menyebabkan berlakunya tingkah laku bermasalah, peranan keluarga juga memainkan peranan. Keluarga merupakan orang yang paling dekat perhubungan degan murid. Pengalaman daripada keluarga mempengaruhi perlakuan murid. Ibu bapa yang kurang meluangkan masa di rumah untuk anak-anak lantaran sibuk bekerja, begitu juga murid yang miskin juga kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa di rumah kerana adik-beradik yang ramai mendorong terjadinya tingkah laku

bermasalah ini di sekolah. Anak-anak yang tidak mendapat cukup perhatian di rumah selalunya cuba mendapatkan perhatian daripada guru di sekolah. Seseorang anak selalunya mendapat perhatian daripada ibu bapa apabila berkelakuan tidak senonoh. Jika mereka tidak mengganggu ibu bapa selalunya dia tidak diberi perhatian. Situasi ini menggalakkan mereka berkelakuan negatif dan tidak menggalakkan mereka berkelakuan positif. Murid ini beranggapan bahawa perlakuan tidak senonoh adalah cara untuk mendapatkan perhatian guru. Keadaan inilah yang terjadi di dalam kelas 1 Amanah di mana pasangan kembar yang saling bersaing dalam usaha menarik perhatian guru. Disebabkan Cikgu Rozana tidak menyedari masalah ini maka mereka melayan dan mengganggu murid yang lain. Faktor psikologi, sosial dan nilai diri pelajar juga merupakan salah satu punca masalah tingkah laku bermasalah. Ada di kalangan pelajar yang berasa seolah-olah dibenci kerana mereka merasa banyak kekurangan apabila memasuki sekolah yang mempunyai set peraturan yang berbeza antara sekolah atau alam sekitarnya yang jauh berbeza. Pelajar kurang dorongan dan kurang cita-cita untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik. Di dalam kelas, mereka kurang mendapat perhatian jika guru sudah ada pra-anggapan bahawa kelas ini atau pelajar ini bodoh, degil atau nakal dan sebagainya. Keadaan inilah yang berlaku di dalam kelas 1 Amanah. Murid-murid dalam kelas tersebut yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga ditambah lagi dengan tahap pembelajaran yang lemah dan sering tidak membawa buku. Murid menyangka seolah-olah benci terhadap mereka dan reaksi mereka terhadap segala peraturan menyebabkan ingin memberontak. Kadangkala murid-murid tidak merasa puas hati apabila guru memuji dan mementingkan pelajar-pelajar yang berpakaian kemas dan mempunyai buku teks yang lengkap. Dalam mengatasi masalah tingkah laku bemasalah ini menjadi semakin ketara, oleh itu langkah-langkah mengatasi haruslah segera diambil. Setiap pihak memainkan peranan dalam menangani masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan minat murid dalam bilik darjah maka guru harus mengenali latar belakang murid dan mengkaji kebolehan dan minat mereka. Dengan ini pelajaran yang disampaikan sejajar dengan kebolehan dan minat, dengan ini komunikasi berkesan akan wujud. Guru harus memanggil nama pelajar semasa menyoal dan ini membentuk suasana yang mesra antara guru dengan pelajar . Di samping itu, penyampaian arahan dan pengajaran guru hendaklah jelas dan mudah diikuti oleh murid-murid agar mereka terangsang dan tertarik untuk meneruskan proses pembelajaran. Selain itu juga, kemahiran komunikasi yang berkesan haruslah dikuasai oleh guru-guru. Ini kerana amalan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah akan membawa hasil pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Untuk mengamalkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah, guru harus menguasai kemahirankemahiran penggunaan kaedah dan teknik mengajar, khasnya teknik menyoal. Sebagai seorang penyampai ilmu pengetahuan, guru dikehendaki berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan muridmuridnya agar dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan. Guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan ialah guru yang boleh bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat. Kemahiran komunikasi ini membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran yang diajarkan dengan lebih tepat. Guru hendaklah bertutur dengan intonasi yang sesuai agar tidak membosankan murid. Guru juga perlulah bersemangat tinggi dalam penyampaiannya. Penggunaan pergerakan fizikal, gerak isyarat dan memek

muka semasa menerangkan sesuatu pelajaran akan memudahkan pemahaman dan menarik minat perhatian pelajar untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, tingkah laku guru yang membenarkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan disiplin bilik darjah. Guru perlu merangsang pelajar untuk mengemukakan soalan-soalan dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah akan lebih mesra dan tenang jika guru dapat menyelitkan humor dan unsur-unsur kecindan semasa proses mengajar dilakukan. Guru harus bersikap positif dan bertutur dengan bahasa yang baik serta bercakap tentang perkara-perkara yang baik dan benar. Guru seharusnya mengelak daripada mengkritik idea atau pendapat pelajar yang salah atau tidak tepat. Malah guru perlu memberi peneguhan positif dan cuba memperbaiki jawapan murid yang kurang tepat dan menggalakkan mereka mencuba lagi jika jawapan salah. Dengan ini, suasana sosioemosi bilik darjah akan lebih tenang dan relaks dan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan komunikasi guru dengan pelajar lebih terbuka. Oleh itu, dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan guru-guru menyebabkan muridmurid tidak terdorong ke arah melakukan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah. Dalam pengurusan disiplin dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan memberi peneguhan kepada pelajar samada dalam bentuk peneguhan positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif terdiri daripada memberi ganjaran, pujian, hadiah untuk hasil kerja pelajar dan supaya pelajar mewujudkan tingkah laku yang membina dan positif serta dikaitkan dengan perasaan kegembiraan. Mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Penggunaan peneguhan yang sistematik boleh membentuk tingkah laku seperti yang dikehendaki. Tingkah laku menjadi kurang atau lemah jika tidak diikuti dengan pengukuhan. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat berbagai-bagai tingkah laku masalah di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ini adalah disebabkan oleh berbagai faktor yang menyebabkan berlakunya salah laku ini. Faktor fizikal bilik darjah, faktor persekitaran rumah dan juga faktor peranan yang dimainkan oleh guru itu sendiri semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, berbagai cara dan langkah telah diambil dalam membantu guru dalam menangani masalah tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah dari terus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang: Bentong Pts Publication & Distributors Sdn Bhd. Disiplin Asertif (2010). Dicapai pada 20/12/2010 darihttp://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif html Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Nota PISMP: Disiplin asertif. Dicapai pada 20/12/2011 dari http://notapismp.blogspot.com/2010/05/disiplin asertif. html. Merapatkan jurang pendidikan. (2007). Dicapai pada 20/01/2012 darihttp://www.bppt.com.my/resources/download.php?id; Modifikasi tingkah laku. Dicapai pada 15/01/2012 dari http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=modifikasi%20tingkah%20laku&source=web&cd=2&sqi=2&ve

d=0CC8QFjAB&url=http%3A%2F%2Fmysalawati.21classes.com%2Fpub%2Fmysalawati%2Ftingkahlaku_bermas alah.doc&ei=oZU NordinTahir. (2011). Modifikasi tingkah laku. Dicapai pada 15/01/2012 darihttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/moditifikasi-tingkahlaku-kpli.pdf Perkembangan fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak cerdas pintar. (2010). Dicapai pada 23/01/2012 dari http://www.fskpm.upsi.edu.my//strategi_pengajaran_dan_pembelajaran.php Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka. (2010). Dicapai pada 22/01/2012 dari http://www. freewebs.com/truesenfa/bab1.htm/ Topik 7: Pengurusan bilik darjah.Dicapai pada 15/01/2012 dari http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=modifikasi%20tingkah%20laku&source=web&cd=7&ved=0CF oQFjAG&url=http%3A%2F%2Fwww.freewebs.com%2Foum1%2FBilikDarjah.ppt&ei=N

http://studentcreative2012.wordpress.com/2012/05/06/bagaimana-mengenalpasti-ciri-pelajar-gifteddisruptive-dan-menguruskan-mereka/

2.2 Model Disiplin Asertif Canter Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah: Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid: bertindak tenang konsisten Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini. Beri peluang murid luahkan perasaan. Teguran langsung kepada murid peringkat rendah Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

http://yonegaring.blogspot.com/2010/11/blog-oh-blog.html

2.4.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya. a) Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. b) Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satusatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. c) Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini,

guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek. d) Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan. e) Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya hasilnya benarbenar menepati objektif yang telah ditetapkan. http://mohdborhanjamaluddin.blogspot.com/2013/02/pengurusan-bilik-darjah-satu-kajian.html