You are on page 1of 10

DIDIK HIBUR

Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara

Ciri-Ciri Didik Hibur


i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. (ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

Ciri-Ciri Didik Hibur


iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. (iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan

Ciri-Ciri Didik Hibur


(v) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-Ciri Didik Hibur


(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. (vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

Ciri-Ciri Didik Hibur


(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. (ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal. (x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.


( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. (iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.


(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. (v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. (vi) Guru boleh membuat pelbagai suara. (vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.


(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak. (x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.