You are on page 1of 10

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56

1.0

KONSEP PENDEKATAN

Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai aksiomatik. Dengan ini, pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Berdasarkan kepada huraian di atas, secara amnya, kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran seperti berikut: 1.1 Daripada konkrit kepada abstrak. 1.2 Daripada mudah kepada kompleks. 1.3 Daripada keseluruhan kepada bahagian. 1.4 Daripada umum kepada spesifik. 1.5 Daripada spesifik kepada umum. 1.6 Daripada dekat kepada jauh. 1.7 Daripada yang diketahui kepada belum diketahui. Jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip atau teori pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran, maka model, prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai pendekatan untuk pelajaran yang berkenaan. Ringkasnya, pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang berciri aksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif pelajarannya yang telah ditentukan. 2.0 KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengolahan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan cara yang berkesan. Menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Beliau berpendapat, di dalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk menukar tingkah laku murid, manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Maka proses pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan, pelaziman, tunjuk ajar atau indoktinasi yang akan menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada murid-murid.

57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114

Pada umumnya, pengajaran merupakan suatu aktiviti yang meliputi sesorang pengajar, disertai dengan aktiviti pembelajaran murid. Bagaimanapun, ahli-ahli pendidik mempunyai pelbagai pandangan dan pengertian tentang konsep pengajaran. Berikut adalah sebahagian pengertian konsep pengajaran; 2.1 Pengajaran sebagai suatu proses. 2.2 Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi. 2.3 Pengajaran sebagai suatu bidang seni. 2.4 Pengajaran sebagai suatu bidang sains. Berdasarkan pengertian di atas, pengajaran boleh ditakrifkan sebagai suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh pengajar dan murid. Pengajaran ini dirancang oleh pengajar secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. 3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan komunikatif. Pendekatan ini sering diguna pakai dalam mengajar kemahiran Bahasa Melayu sekolah rendah. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan pengajaran merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172

4.0 4.1

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Pendekatan Induktif

Pendekatan Induktif ialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah menggunakan pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut. Perkara ini dapat membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini, murid-murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Murid akan belajar mengenal satu-satu perkataan dan makna perkataan tersebut. Apabila murid berjaya memahami makna perkataan, murid dibimbing membina ayat-ayat tunggal(pendek) berdasarkan perkataan tersebut. Proses ini akan berterusan sehingga murid benar-benar menguasai membuat ayat tunggal dan seterusnya murid dibimbing membuat ayat majmuk. Setelah murid mahir membuat sebarang bentuk ayat, murid dibimbing pula menyusun ayat-ayat tersebut menjadi satu cerita pendek. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai agar murid dapat gambaran cerita yang perlu ditulis. Kaedah induktif ini amat berkesan dalam mengajar kemahiran menulis karangan jika dilakukan secara sistematik berserta dengan bahan bantu yang sesuai. 4.2 Pendekatan Deduktif

Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperoleh kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan dalam contoh-contoh yang khusus. Sebagai contoh pendekatan deduktif boleh diguna pakai untuk penyelesaian masalah. Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk pengajaran penyelesaian masalah sesuatu bahasa. Contohnya, murid mempelajari imbuhan ber mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ber. Ini membantu murid memperkayakan kemahiran membina kata yang pelbagai. Dalam pengajaran kemahiran Bahasa Melayu sekiolah rendah, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif dengan memperkenalkan seberapa banyak imbuhan dan membimbing murid membina pelbagai bentuk kata menggunakan imbuhan tersebut. Guru perlu menjelaskan hukum membentuk kata kepada pelajar agar penggunaan imbuhan tidak menyelahi hukum tatabahasa. 4.3 Pendekatan Tradisional Nahu-Terjemahan

Pengajaran dalam kaedah ini dimulakan dengan latihan kemahiran membaca, kemudian melibatkan semua kemahiran yang lain seperti kemahiran bertutur, membaca, dan menulis. Pengajaran nahu (tatabahasa) pula disampaikan dengan menerangkan denisi (takrif) satu-satu perkataan dengan terperinci terlebih dahulu kemudian diteruskan dengan menerangkan contoh-contoh yang berkenaan dengannya. Takrif kaedah ini akan disuruh hafazkan oleh guru. Kaedah ini mementingkan kepada tatabahasa dalam mengajar teks bacaan.

173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209 210 211 212 213 214 215 216 217 218 219 220 221 222 223 224 225 226 227 228 229

4.4

Pendekatan Dengar-Tutur

Pengajaran dimulakan dengan latihan kefahaman mendengar, kemudian melibatkan semua kemahiran yang lain seperti kemahiran bertutur, kemahiran bacaan, dan kemahiran menulis. Pengajaran nahu (tatabahasa) disampaikan secara nahu praktik iaitu mengajarkan nahu secara tidak langsung atau memahirkan kemahiran-kemahiran bahasa dengan tidak mengupas takrif tatabahasanya satu persatu, walau bagaimana pun setiap pengajaran bahasa dalam keempat-empat kemahiran diajarkan dengan praktikal tatabahasa yang betul. 4.5 Pendekatan Eklektik

Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala ciri-ciri baik yang terdapat dalam pendekatan tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja. Melalui pendekatan ini pengajaran dimulakan dengan gabungan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran membaca, ia juga melibatkan semua kemahiran yang lain seperti kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. 4.6 Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut: Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu. Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain. Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud. Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan. Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat. Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif. Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday. Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatankomunikatif. Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara penting yang

230 231 232 233 234 235 236 237 238 239 240 241 242 243 244 245 246 247 248 249 250 251 252 253 254 255 256 257 258 259 260 261 262 263 264 265 266 267 268 269 270 271 272 273 274 275 276 277 278 279 280 281 282 283 284 285 286 287

perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara. Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar. Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan. Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif. Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-murid. Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan. Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin. Selain daripada pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik dan pendekatan komunikatif, terdapat juga pendekatan-pendekatan seperti pendekatan situasi dan pendekatan psikolinguistik. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. 5.0 INTERPRETASI KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Menurut kamus Dewan (2006) interpretasi adalah tafsiran atau penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi, dan sebagainya tentang sesuatu. Manakala menginterpretasikan membawa maksud membuat interpretasi tentang (sesuatu), atau mentafsirkan tentang sesuatu. Penginterpretasian pula merupakan perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terdapat beberapa kemahiran yang diinterpretasikan seperti kemahiran membaca, menulis, mendengar dan seumpamanya. Walau bagaimana pun, untuk tugasan ini saya hanya memfokuskan kepada menginterpretasikan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) dan huraian Sukatan Pelajaran di sekolah rendah berfokus peribahasa yang terkandung di dalam Sistem Bahasa.

5.1

BAHAGIAN YANG DIINTERPRETASIKAN BERDASARKAN SUKATAN PELAJARAN

Di bawah Organisasi Kandungan, Sistem Bahasa berfokus kepada lima eleman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Bahagian yang dipilih untuk diinterpretasikan ialah peribahasa. Peribahasa merupakan fokus terakhir dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Ia merangkumi jenis-jenis peribahasa iaitu simpulan

288 289 290 291 292 293 294 295 296 297 298 299 300 301 302 303 304 305 306 307 308 309 310 311 312 313 314 315 316 317 318 319 320 321 322 323 324 325 326 327 328 329 330 331 332 333 334 335 336 337 338 339 340 341 342 343 344

bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. 5.2 INTERPRETASI OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BERFOKUS PERIBAHASA

Objektif Bahasa Melayu Sekolah Rendah : i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. vi. memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis. vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul. viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu. x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003), objektif yang kelapan ialah menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif yang kelapan dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003). Peribahasa dilihat melalui Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Maka, secara tersiratnya, peribahasa itu terkandung dalam objektif yang kesembilan iaitu menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu. 5.3 KEWAJARAN PEMBELAJARAN PENERAPAN PERIBAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

Peribahasa merupakan bahagian dalam Sistem Bahasa. Peribahasa juga merupakan ungkapan yang disampaikan sebagai satu bentuk peradaban dalam pertuturan. Pada peringkat sekolah rendah, dua cabang peribahasa hendaklah diperkenalkan, iaitu simpulan bahasa dan perumpamaan. Pemilihan simpulan bahasa dan perumpamaan yang hendak disampaikan haruslah disesuaikan dengan kebolehan murid. Peribahasa wajar diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana peribahasa dilihat sebagai wadah untuk menterjemahkan nilai-nilai murni yang menunjangi pemikiran dan menjadi landasan kepada perbuatan dan kelakuan bangsa Melayu secara umum. Kesejagatan nilai-nilai ini juga akan menjadi bahan bukti bahawa orang Melayu mampu mencipta keindahan dalam susunan kata-kata untuk menyelitkan idea yang sarat untuk mendidik anggota masyarakat sejak dari kecil lagi (Hishamudin, Mohamad Azmi & Phat, 2007).

345 346 347 348 349 350 351 352 353 354 355 356 357 358 359 360 361 362 363 364 365 366 367 368 369 370 371 372 373 374 375 376 377 378 379 380 381 382 383 384 385 386 387 388 389 390 391 392 393 394 395 396 397 398 399 400 401 402

Hampir setiap bangsa memiliki peribahasa mereka sendiri, begitu juga dengan orang Melayu. Menurut Hishamudin, Mohd Azmi dan Phat (2007) menyatakan bahawa peribahasa yang tersebar luas dalam masyarakat Melayu sebenarnya merakamkan tanggapan tentang keindahan akal budi, bahasa dan nilai yang dikongsi bersama. Nilai-nilai yang diungkapkan dalam genre peribahasa, sarat dengan nasihat, makna dan tanda-tanda yang perlu kepada pentakrifan secara teliti dan bijaksana. Peribahasa merupakan satu susunan bahasa yang menarik dan indah, yang digunakan sebagai teladan, bandingan dan pengajaran kerana peribahasa membawa pengertian yang cukup mendalam. Peribahasa digunakan dengan meluas oleh orang Melayu lama dalam kehidupan sehari-hari dan terus kekal hingga ke hari ini kerana sifatnya yang unit. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat secara tidak langsung dapat membentuk generasi milenium yang mempunyai pemikiran dan akal budi yang murni. 5.4 INTERPRETASI KEMAHIRAN MEMBACA DALAM SUKATAN PELAJARAN

Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca (PPK, 2001: 14). Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahami perkara yang dibaca. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, didapati bahawa kemahiran membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Tahap pembacaan Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Manakala, bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses membaca, memahami dan mengenal pasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid adalah melalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri. Dalam objektif yang keempat, adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pada umumnya, terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan. Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan waktu untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari norma-norma kekritisan yang mencakup norma-norma estetik, sastera dan moral. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiran membaca penting untuk dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk membaca. Di dalam bilik darjah, kemahiran membaca diaplikasikan secara penggabungjalinan. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui program penggabungjalinan ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan kemahiran dapat dilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya, kemahiran membaca dapat digabung jalinkan dalam kemahiran lain seperti bertutur dan menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran dapat juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau beberapa mata pelajaran lain. Contohnya, kemahiran bahasa dapat digabung jalinkan dengan kemahiran Seni Muzik, Pendidikan Jasmani atau mata pelajaran lain. Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin (2007) pula mengatakan kata kunci bagi kemahiran membaca adalah seperti membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, membaca, menaakul..... dan sebagainya yang menggambarkan kewujudan kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Program penggabungjalinan dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

403 404 405 406 407 408 409 410 411 412 413 414 415 416 417 418 419 420 421 422 423 424 425 426 427 428 429 430 431 432 433 434 435 436 437 438 439 440 441 442 443 444 445 446 447 448 449 450 451 452 453 454 455 456 457 458 459 460 461

Oleh itu, disebabkan peri pentingnya kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh murid, maka guru perlu bijak mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik dalam proses mengajar membaca dalam kalangan murid. Hal ini kerana, pendekatan dan teknik yang betul menentukan pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran membaca dengan tepat dan lancar. Namun begitu, walaupun kemahiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dicapai dalam sesuatu pengajaran, tetapi kemahiran mendengar, bertutur dan menulis tidak boleh diabaikan kerana ia juga merupakan elemen penting dalam sesuatu pengajaran bahasa. 5.5 KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca sudah lama menjadi topik yang diminati dan sering dibincangkan dari semasa ke semasa di kalangan para pendidik terutama di Malaysia. Mereka yang berminat dalam bidang ini sentiasa mengkaji berbagai-bagai perspektif dan pendekatan tentang pengajaran membaca, sama ada di peringkat bacaan awal, di peringkat pertengahan ataupun di peringkat bacaan luas. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mencuba teknik membaca yang berkesan untuk golongan sasaran yang tertentu. Kemahiran membaca merupakan komponen yang penting dalam sesuatu kurikulum dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Tanpa menguasai kemahiran membaca, seseorang itu tidak dapat meneroka buku ilmiah ataupun buku bacaan berbentuk hiburan. Dalam sistem persekolahan di Malaysia, yang bermula daripada peringkat sekolah rendah, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam sukatan pelajaran bahasa dan kepentingannya telah dirakamkan dalam penyataan objektif dan matlamat sukatan pelajaran tersebut. Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata-mata. Sekiranya kemahiran membaca seseorang individu itu lemah, maka, mesej yang hendak disampaikan oleh penulis itu, sukar difahami oleh pembaca. Selain itu, kemahiran membaca juga penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat berbentuk bacaan, kemahiran membaca perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah diperoleh. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Membaca seperti ini disebut membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta (reading for details or facts). Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid sekolah rendah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh menuding jari kepada satusatu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membaca mempunyai banyak kepentingan.

462 463 464 465 466 467 468 469 470 471 472 473 474 475 476 477 478 479 480 481 482 483 484 485 486 487 488 489 490 491 492 493 494 495 496 497 498 499 500 501 502 503 504 505 506 507 508 509 510 511 512 513 514 515 516 517 518 519

6.0

PENUTUP

Pendekatan Mengajar kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tidak terikat kepada satu jenis pendekatan sahaja tetapi banyak bergantung kepada guru, murid, kemahiran dan suasana persekitaran yang banyak mempengaruhi keberkesanan sesuatu pengajaran. Guru perlu menilai dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan situasi dan persekitaran sekolah berkenaan. Ringkasnya, guru boleh memilih pendekatan yang paling berkesan dalam proses pengajarannya. Guru juga perlu bijak menginterpretasikan setiap kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah agar mudah difahami dan objektif pengajaran tercapai.

520 521 522 523 524 525 526 527 528 529 530 531 532 533 534 535 536 537 538 539 540 541 542 543 544 545 546 547 548 549 550 551 552 553 554 555 556 557 558 559 560 561 562 563 564 565

Bibliografi Baharom Mohamad PhD. (2013) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ,SPPS. UMS, Sabsh. Mok Soon Sang (2009) Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan, (2007) Psikologi Pendidikan, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur _______________ (2006), Kamus Dewan: Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur http//www.scribd.com

10